RPH - Laporan

2
Laporan Keseluruhan Bagi Setiap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Dijalankan Setelah selesai menjalankan ujian diagnostik bahasa Melayu terhadap klien saya iaitu Anip, keputusan ujian menunjukkan Anip lemah dalam kemahiran tulisan. Jadi berdasarkan kelemahan Anip ini, saya telah merangka satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai bagi membantu Anip memperbaiki kelemahannya yang wujud. RPH yang digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran secara individu. RPH saya bertemakan haiwan peliharaan dan objektif saya pada RPH ini ialah Anip diperkenalkan dengan kosa kata yang baru, contohnya nama- nama haiwan dan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada haiwan tersebut. Antara kemahiran menulis yang ditekankan dalam RPH ini ialah menyambung titik- titik bagi membentuk huruf, mengenal dan menulis huruf dan suku kata, dan menulis perkataan dan ayat mudah. Di akhir pengajaran Anip dapat menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad perkataan yang diberikan, menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan haiwan, menulis 2 ayat mudah mengenal haiwan. Saya mulakan pengajaran dan pembelajaran saya dengan set induksi. Kami berbual mengenai haiwan-haiwan yang boleh dipelihara oleh manusia dan saya bertanyakan Anip sama ada Anip ada membela haiwan ataupun tidak. Anip memberitahu dia ada membela burung dan Anip bercerita dengan penuh semangat. Setelah selesai bercerita dan bekongsi maklumat saya terus ke langkah yang berikutnya. Langkah pertama ialah menyambung titik-titik atau garisan putus-putus bagi membentuk nama haiwan. Saya menunjukkan kad haiwan kepada Anip contohnya kad ayam, kemudian saya menyebut perkataan ayam dengan betul dan menyuruh anip menyambungkan garis-garis putus bagi membentuk perkataan ayam . Anip berjaya melakukan apa yang disuruh dengan sempurna. Langkah kedua ialah mengenal dan menulis huruf dan suku kata nama-nama haiwan. Dalam langkah ini saya menunjukkan kepada Anip kad ayam sekali lagi dan menyebut ayam dengan betul. Seterusnya saya menunjukkan suku kata membentuk perkataan ayam dan menyuruh Anip

Transcript of RPH - Laporan

Page 1: RPH - Laporan

Laporan Keseluruhan Bagi Setiap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Dijalankan

Setelah selesai menjalankan ujian diagnostik bahasa Melayu terhadap klien saya

iaitu Anip, keputusan ujian menunjukkan Anip lemah dalam kemahiran tulisan. Jadi

berdasarkan kelemahan Anip ini, saya telah merangka satu Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) yang sesuai bagi membantu Anip memperbaiki kelemahannya yang

wujud. RPH yang digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran secara individu.

RPH saya bertemakan haiwan peliharaan dan objektif saya pada RPH ini ialah

Anip diperkenalkan dengan kosa kata yang baru, contohnya nama-nama haiwan dan

ciri-ciri fizikal yang terdapat pada haiwan tersebut. Antara kemahiran menulis yang

ditekankan dalam RPH ini ialah menyambung titik-titik bagi membentuk huruf,

mengenal dan menulis huruf dan suku kata, dan menulis perkataan dan ayat mudah. Di

akhir pengajaran Anip dapat menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad perkataan yang

diberikan, menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan haiwan, menulis 2

ayat mudah mengenal haiwan.

Saya mulakan pengajaran dan pembelajaran saya dengan set induksi. Kami

berbual mengenai haiwan-haiwan yang boleh dipelihara oleh manusia dan saya

bertanyakan Anip sama ada Anip ada membela haiwan ataupun tidak. Anip

memberitahu dia ada membela burung dan Anip bercerita dengan penuh semangat.

Setelah selesai bercerita dan bekongsi maklumat saya terus ke langkah yang

berikutnya.

Langkah pertama ialah menyambung titik-titik atau garisan putus-putus bagi

membentuk nama haiwan. Saya menunjukkan kad haiwan kepada Anip contohnya kad

ayam, kemudian saya menyebut perkataan ayam dengan betul dan menyuruh anip

menyambungkan garis-garis putus bagi membentuk perkataan ‘ayam’. Anip berjaya

melakukan apa yang disuruh dengan sempurna.

Langkah kedua ialah mengenal dan menulis huruf dan suku kata nama-nama

haiwan. Dalam langkah ini saya menunjukkan kepada Anip kad ‘ayam’ sekali lagi dan

menyebut ‘ayam’ dengan betul. Seterusnya saya menunjukkan suku kata membentuk

Page 2: RPH - Laporan

perkataan ‘ayam’ dan menyuruh Anip mengikut saya mengenal huruf dan

membatangkan suku kata. Kemudian anip diarahkan untuk menulis suku kata tersebut.

Anip berjaya melakukanya dengan baik.

Langkah ketiga dan yang terakhir ialah menulis ayat mudah berdasarkan gambar

haiwan yang ditunjukkan. Sebagai contoh saya menunjukkan gambar ayam kepada

Anip dan menyuruh Anip untuk menulis ayat-ayat mudah tentang ayam. Anip ada idea

tentang ayat yang menggunakan perkataan ayam tetapi Anip tidak mampu untuk

menginterpretasikan secara bentuk tulisan. Jadi saya membantu Anip memberi huruf

dan suku kata yang sesuai untuk ditulis bagi membentuk sesuatu ayat mudah.

Di akhir pengajaran, saya menutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sekali

lagi bercerita kepada Anip tentang kepentingan haiwan kepada manusia. Kita perlu

sayangkan haiwan dan hargai haiwan sebagai sumber rezeki makanan kita.

Di akhir pengajaran anip berjaya dapat menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad

perkataan yang diberikan, menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan

haiwan, menulis 2 ayat mudah mengenai haiwan.