RPH PERBUALAN PAGI
Transcript of RPH PERBUALAN PAGI
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT- (PERBUALAN PAGI)
Nama kelas : Prasekolah Mawar Berduri
Bil. Murid : 25 orang
Tarikh : 20 Ogos 2010
Tunjang : Sosioemosi
Tema : Makanan
Umur : 6 TahunMasa : 8.10-8.30 pagi
Subtema : Makanan yang disukai dan Sebaliknya
Fokus MI : Interpersonal
KBKK : Mengkategori
Hasil Pembelajaran :(P.S.E 2.3.4) Bertutur dengan penuh keyakinan (P.S.E 2.3.7) Bercerita dan memberi pendapat.
Objektif :1. Murid dapat membina keyakinan untuk berkomunikasi2. Murid dapat mengkategorikan makanan yang disukai dan tidak disukai
Pengetahuan sedia ada : 1. Makanan yang dibincangkan adalah makanan yang biasa dimakan oleh murid.
Penerapan nilai murni : Adab makan dan bersyukur dengan rezeki pemberian TuhanPenggabungjalinan : Sosioemosi, kognitif, kerohanian, fizikal dan moral.
Bahan bantu mengajar : LCD projektor, laptop, gambar makanan sebenar.
LANGKAH/MASA
STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI BAHAN CATATAN
Induksi
(2 minit)
Adab makan: Baca doa sebelum
makan Duduk dan makan
dengan tertib
Guru menyatakan “ Adab – adab makan” kepada murid.
Murid menyatakan adab makan yang telah guru nyatatakan.
Nilai:Adab makan dan
bersyukur
Langkah 1
( 5 minit )
Makanan kegemaran: Mee sup Nasi Ayam Roti Canai Bubur nasi
Guru menayangkan gambar beberapa jenis makanan kepada murid.
Murid diberikan peluang menyatakan makanan kegemaran berdasarkan gambar yang ditayangkan.
Laptop,LCD
projector
Penggabungjalinan:
Sosioemosi,
kognitif
MI:
Kecerdasan bahasa
Langkah 2
( 7 minit )
Mengkategorikan makanan :
Disukai Tidak Disukai
Murid melihat gambar makanan pada skrin projektor
Murid menyebut nama makanan yang ditunjukkan oleh guru dan mengkategorikan makanan tersebut disukai ataupun tidak..
Gambar makanan
Penggabungjalinan:Sosioemosi dan
kognitif
MI:Kecerdasan bahasa
Langkah 3
( 4 minit )
Pengalaman murid
tentang makanan disukai
dan tidak disukai.
Murid dipilih untuk
menceritakan pengalaman
berkaitan makanan disukai
dan tidak disukai dengan
bimbingan guru.
Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh rakan –
rakan dan guru dengan
bahasa yang betul.
Penggabungjalinan:
Sosioemosi dan
kognitif
MI :
Interpersonal
Penutup
( 2minit)
Rumusan tentang hasil
pembelajaran dalam slot
perbualan pagi
Guru meminta murid
mengulang membaca doa
sebelum dan selepas makan .
Nilai :
Adab makan dan
bersyukur
Refleksi
/ulasan
kendiri
Murid:
Guru: