rph sastera

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Gamma Hari : Khamis Tarikh : 13 Ogos 2014 Masa : 9.15 – 10.15 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 29 orang Tema : Kesusasteraan Tajuk : Sayangi Ibu dan Bapa Hasil Pembelajaran : Fokus Utama: 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa. Aras 2 i. Mentafsir latar yang terdapat dalam karya. Fokus Sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. menyatakan sekurang kurangnya 2 daripada 3 latar daripada lakonan yang dilakukan. 2. Membaca bahan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul.

description

ok

Transcript of rph sastera

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran:Bahasa MelayuTahun: 5 GammaHari: KhamisTarikh: 13 Ogos 2014Masa:9.15 10.15 pagi (60 minit)Bilangan Murid: 29 orangTema:KesusasteraanTajuk: Sayangi Ibu dan Bapa

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama:

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umumdari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai danpengajaran, dan gaya bahasa.

Aras 2i. Mentafsir latar yang terdapat dalam karya.

Fokus Sampingan:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan danintonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yangdibaca.

Aras 1i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutandan intonasi yang betul.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

1. menyatakan sekurang kurangnya 2 daripada 3 latar daripada lakonan yang dilakukan.2. Membaca bahan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. membina 3 daripada 5 ayat berdasarkan kata nama majmuk yang diberikan.

Pengisian Kurikulum :Sistem Bahasa:- Tatabahasa: kata majmuk-kosa kata:neraka, makbul, bestari, belia, aniaya, amanat, terlaknatNilai :kasih sayang, hormat-menghormati, baik hati.Ilmu:Pendidikan Islam, Moral, Sastera, kajian tempatan.Kemahiran Bernilai Tambah :Kemahiran berfikir- Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.Teori Kecerdasan Pelbagai- MuzikBelajar Cara Belajar- Membaca mekanisBahan Bantu Mengajar: LCD, Video, Lagu.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari konsep menghormati ibu bapa.

LANGKAH/MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

SET INDUKSI(5 MINIT)Video menghina ibu bapaContoh soalan :Apa yang kamu faham tentang video sebentar tadi?Adakah ini contoh anak yang berbudi pekerti mulia?Bagaimanakah cara untuk menjadi anak yang berbudi pekerti mulia terhadap ibu bapa?1. Guru meminta murid menonton video.2. Soal jawab tentang video.3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.Teknik :sumbang saran, soal jawab

BBM :Video

Nilai murni :Hormat-menghormati

LANGKAH 1(25 MINIT)

Aktiviti lakonan.

Murid diminta berlakon berdasarkan situasi seperti berikut :1.Anak menengking ibu dan bapanya di dapur.2.Anak yang sudah berjaya dalam hidup, tetapi tidak menghormati ibu dan ayahnya.3.Anak yang menghantar ibu dan ayahnya di rumah orang tua-tua.4.Anak yang menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua.5.Anak yang melukakan hati dan perasaan ibu dan ayahnya.6.Anak yang lupa daratan apabila sudah hidup mewah dan berjaya.

1.Guru meminta wakil murid untuk mengambil kad aktiviti lakonan.2.Secara berkumpulan, murid berbincang tentang aktiviti lakonan yang akan dipersembahkan.3.Murid mempersembahkan lakonan.4. guru menerangkan kepada murid mengenai maksud latar di dalam sesebuah cerita.5. murid diminta menyatakan latar yang terdapat dalam lakonan yang telah dilakukan.Teknik :Lakonan. BBM :audio Nilai Murni :Berdisiplin, menghormati.

LANGKAH 2(15 MINIT)

Teks syair bertajuk Ketaatan Terhadap ibu Bapa (Rujuk lampiran 1)

Contoh perkataan yang sukar disebut :AnakandaMakbulAniayaKhianatContoh perkataan yang tidak difahami :NerakaMakbulBestariBeliaAniayaAmanatTerlaknat1. Guru mengedarkan teks syair.2. Murid membaca teks syair secara senyap.3. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang sukar disebut.4. Guru membuat demonstrasi bacaan syair Ketaatan terhadap Ibu Bapa yang betul.5. Murid yang dipangggil namanya membaca kuat teks yang diberi dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.6. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang tidak difahami maksudnya.Teknik :Tunjuk cara, soal jawabBBM :Teks syair, audio bacaan syair

Nilai Murni :Berdisiplin, hormat-menghormati

LANGKAH 3(10 MINIT)

Kata nama majmuk.Konsep kata nama majmuk:Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.

Contoh kata nama majmuk dalam teks : Cahaya mata bermaksud anak. Taat setia yang bermaksud patuh. Muda belia bermaksud muda sekali.

Contoh ayat-ayat menggunakan kata nama majmuk:Ahmad taat setia kepada ibu dan bapanya.Pasangan pengantin itu masih muda belia lagi.Encik Amran dan Puan Suliza memperoleh cahaya mata yang comel.

1. 1 Murid diminta memerhatikan perkataan yang digariskan dalam teks syair.2. Guru mengaitkan perkataan-perkataan tersebut kepada konsep kata nama majmuk.3. Guru menerangkan secara ringkas konsep kata nama majmuk.4. Murid diminta membina ayat menggunakan kata nama majmuk tersebut. (lihat lembaran kerja 1).

Kaedah : induktif

Teknik : Sumbang saran, soal jawab

BBM : slaid, lembaran kerja, teks syair Ketaatan Terhadap Ibu Bapa..Nilai : gigih

PENUTUP(5 MINIT)Rumusan Isi PelajaranNilai murni.Contoh nilai murni:Kasih sayang, baik hati, kesyukuran.

- Nyanyian lagu ayah dan ibu.1.murid merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini secara soal jawab.2.murid diterapkan nilai-nilai murni yang dipelajari pada hari ini.3. murid menyanyi lagu ayah dan ibu.Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.