RPH Tahun 6 Gosokan BARU

9
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : Tahun 6 UM Tarikh : 20 Februari 2014 Kehadiran : ___ / 40 Bidang : Menggambar – Buah-buahan Tempatan Tajuk : Menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan teknik gosokan. Masa : 8.00 - 9.00 ( 60 minit ) Objektif Pengajaran 1. Murid mengetahui teknik gosokan untuk aktiviti gosokan 2. Mengenali bahan yang bersesuaian untuk diaplikasi dalam teknik gosokan. 3. Mengaplikasi campuran pelbagai ton warna dalam teknik gosokan. Alat dan Bahan : 1. Alat - pensel warna 2. Bahan - kertas lukisan, permukaan berjalinan Bahan Bantu Mengajar: Objek sekeliling (permukaan yang bejalinan), lembaran aktiviti (teka-teki), contoh hasil gosokan, lukisan buah-buahan Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid mengenali pelbagai jenis buah-buahan 2. Murid boleh menggunakan pensel warna 3. Murid tidak pernah membuat kemahiran teknik gosokan Penerapan Nilai: Kebersihan, rajin, kreatif, kerjasama

description

SENI

Transcript of RPH Tahun 6 Gosokan BARU

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual

Mata Pelajaran: Pendidikan Seni VisualKelas: Tahun 6 UMTarikh: 20 Februari 2014Kehadiran: ___ / 40Bidang: Menggambar Buah-buahan TempatanTajuk: Menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan teknik gosokan.Masa: 8.00 - 9.00 ( 60 minit )

Objektif Pengajaran1. Murid mengetahui teknik gosokan untuk aktiviti gosokan2. Mengenali bahan yang bersesuaian untuk diaplikasi dalam teknik gosokan.3. Mengaplikasi campuranpelbagai ton warna dalam teknik gosokan.

Alat dan Bahan : 1. Alat - pensel warna 1. Bahan - kertas lukisan, permukaan berjalinan

Bahan Bantu Mengajar: Objek sekeliling (permukaan yang bejalinan), lembaran aktiviti (teka-teki), contoh hasil gosokan, lukisan buah-buahan

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid mengenali pelbagai jenis buah-buahan 2. Murid boleh menggunakan pensel warna 3. Murid tidak pernah membuat kemahiran teknik gosokan

Penerapan Nilai: Kebersihan, rajin, kreatif, kerjasama

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Pembelajaran secara fleksibel tanpa tekanan dan murid boleh membuat secara persendirian atau kumpulan.2. Murid menghasilkan lukisan dengan jalinan, warna dan ton yang pelbagai dengan sendiri. 3. Semua pelajar dapat menguasai kemahiran dengan baik.

KBKK: Murid dapat menjana idea secara kreatif dan dapat menghargai benda sekeliling.

Langkah &MasaIsi kandungan Butiran Kegiatan Pengajaran dan Pembelajaran Guru & MuridStrategi P&P / Nilai / BBM

Set Induksi(5 minit) Bermain teka-teki Buah-buahan tempatan

1. Guru mengadakan permainan teka-teki tentang buah-buahan tempatan.Waktu subuh ke tepi paya,Hendak menembak seekor buaya,Merah pekat warna kulitnya,Putih melepak warna isinya.

Adik kecil mukanya bersih, Selepas dimandi oleh bonda, Kulitnya hitam isinya putih, Rasanya manis seperti gula.

Tiap pagi pergi ke sawah, Mencari rezeki untuk keluarga, Terkenal sebagai raja buah, Durinya tajam tidak terkira.

Selepas subuh pergi ke kota,Meraduk lumpur dan juga paya,Buah ini mempunyai mahkota,Badannya pula dipenuhi mata.

Murid menjawab soalan teka-teki yang diberikan oleh guru. Rambutan Manggis Durian Nanas

Teori Kecerdasan Pelbagai- interpersonal- verbal linguistik

BBM: Soalan teka- teki

Langkah 1 (10 minit)

Definisi dan contoh-contoh motif jalinan alam dan buatan manusia.

1. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid tentang pengalaman masing-masing di dusun buah dan buah kegemaran mereka.2. Guru menjelaskan tajuk pelajaran iaitu konsep gosokan dengan contoh permukaan yang mempunyai jalinan. Murid-murid memberikan pelbagai respon tentang soalan yang diajukan oleh guru. Murid-murid menumpukan perhatian terhadap penerangan yang dibuat oleh guru.

Teknik Soal jawab Pembelajaran Kontekstual

BBM: permukaan benda disekeliling (jalinan)- cermin tingkap - tapak kasut- daun- duit syiling - dinding - lantai

Langkah 2Set Perkembangan(10 minit) Pengenalan alat dan bahan Demonstrasi Hasilan guru1. Guru memperkenalkan bahan yang perlu digunakan untuk teknik gosokan Kertas lukisan Pensel warna

2. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara untuk menghasilkan gambar buah-buahan tempatan menggunakan teknik gosokan.

Murid memerhatikan langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru untuk membuat gambar buah-buahan menggunakan teknik gosokan.

Langkah 1 Setiap murid diberikan sekeping kertas yang mengandungi gambar buah-buahan seperti gambar dibawah.

Langkah 2 Murid-murid dikehendaki mencari permukaan yang mempunyai jalinan. Langkah 3 Kertas bergambar tersebut digosok di atas permukaan yang mempunyai jalinan itusehingga menampakkan kesannya dengan menggunakan pensel warna. Langkah 4 Ulangi langkah yang sama tetapi di atas permukaan jalinan yang berbeza seperti gambar di bawah.

Langkah 5 Murid dikehendaki menggunakan ton dan warna yang pelbagai seperti gambar rajah diatas sehingga siap. BBM: contoh lukisan buah-buahan menggunakan teknik gosokan

Kemahiran Generik:- Kinestetik- visual-ruang

Langkah 3Aktiviti(30 minit) Aktiviti murid (aktiviti luar)

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. 2. Guru meminta murid mengeluarkan alat dan bahan masing-masing.3. Guru meminta murid beratur diluar kelas dan bergerak ke kawasan luar bilik darjah. 4. Guru mengarahkan murid untuk memulakan aktiviti dalam kumpulan.5. Guru membimbing murid menyiapkan gambar buah-buahan tempatan sambil menekankan aspek disiplin dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid membuat kerja secara individu tetapi di dalam kumpulan. Murid mengkaji pelbagai bahan yang ada di sekeliling. Murid menjaga kebersihan kawasan tersebut.

Nilai:1.Bekerjasama2.Kebersihan.3.Tolong-menolong4.Berdisiplin

Kemahiran Generik:- Verbal-linguistik- Visual-ruang- Warna- Bentuk

Penutup (5 minit) Sesi apresiasi dan refleksi kerja murid1. Guru mempamerkan dan seterusnya menceritakan tentang hasil kerja mereka.2. Guru bertanya soalan tentang teknik gosokan. 3. Sesi apresiasi dan refleksi hasil kerja yang telah dihasilkan murid:- baik- sederhana- kurang mencapai tahap

Murid berasa gembira dengan hasil kerja masing-masing. Murid menjawab soalan. Murid dapat menilai tahap keupayaan diri dan rakan-rakan. Murid diberi peluang memberi pendapat tentang hasil kerja rakan yang lain.

Nilai:1. Keberanian2. Hormat-menghomati.3. Berkerjasama.

Kemahiran Generik:- Verbal-linguistik