Sajak Kemerdekaan

6
Riang Ria Merdeka Lari dan berlari.. Kanak-kanak berlari mengejar rakan Riang bermain di senja hari Membawa senjata palsu melawan musuh Kononnya berperang menuntut merdeka Adakah mereka kenal erti merdeka? Sorak dan tawa.. Mereka gembira menawan musuh Mendapat bendera tanda mereka menang Bersorak-sorak Melompat-lompat bertepuk tangan Mengibar bendera menjadi tugu negara Bangga berjaya mengalahkan musuh Mereka menjerit mentertawakan yang tewas Mentari melabuhkan tirainya Malam menyusul bersama bulan dan bintang Keheningan malam membangkitkan suasana Penat bermain di siang hari Kini lena diulit mimpi Adik-adikku.. Mengertikah engkau maksud kemerdekaan? Di sebalik bermain perang menentang musuh Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan? Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira.. Wahai adik-adikku.. Hayatilah erti kemerdekaan Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan Kelak engkau akan faham Mengapa merdeka perlu dipertahankan Mengapa bendera dikibarkan Mengapa tugu negara dibina Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang Kibarkanlah jalur gemilang Tabikla perwira-perwira negara Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Transcript of Sajak Kemerdekaan

Page 1: Sajak Kemerdekaan

Riang Ria Merdeka

 

Lari dan berlari..Kanak-kanak berlari mengejar rakanRiang bermain di senja hariMembawa senjata palsu melawan musuhKononnya berperang menuntut merdekaAdakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..Mereka gembira menawan musuhMendapat bendera tanda mereka menangBersorak-sorakMelompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negaraBangga berjaya mengalahkan musuhMereka menjerit mentertawakan yang tewas

Mentari melabuhkan tirainyaMalam menyusul bersama bulan dan bintangKeheningan malam membangkitkan suasanaPenat bermain di siang hariKini lena diulit mimpi

Adik-adikku..Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?Di sebalik bermain perang menentang musuhApakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..Hayatilah erti kemerdekaanIngatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaanKelak engkau akan fahamMengapa merdeka perlu dipertahankanMengapa bendera dikibarkanMengapa tugu negara dibinaMengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilangTabikla perwira-perwira negaraJadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..BergembiralaBersoraklaBila engkau tahu apa itu kemerdekaanKerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.

Nurkilan Md.Rz @ Mohd Rozaimie..Ogos07

Page 2: Sajak Kemerdekaan

52 Tahun Merdeka

Hari ini..Merdeka, merdeka, merdeka..Dilaungkan sekuat hatidengan senyuman, keriangan, kepuasanTanpa tangisan

52 tahun dahulu..Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..Dilaungkan dengan penuh rasa banggaTatkala ayat keramat kedengaranAir mata rakyat kegembiraan mengalir,menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapankepada bangsa, agama dan negara

Kini 52 tahun berlalu..Segala harapan dan impian 52 tahun dulu telah dicapaiKu bangga melihat semua kejayaan iniTapi disebalik kejayaan masih ada kegagalanAdakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini..Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaanMereka hanya lihat merdeka ilusi sematabuku, gambar, video dan sedikit cerita orang tuaApa yang mereka rasa?Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 52 tahun dahulu?

52 tahun..Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaandi jiwa insan generasi baruApa akan jadi kepada kemerdakaan kitaAdakah ia akan berkekalan selamanya?Sedarlah kawan-kawankuCarila erti kemerdekaan..Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraanrakyat 52 tahun duluJika kamu mahu 5000 tahunmerdeka tetap merdeka..

Nurkilan Md. Rz..Julai 07

Page 3: Sajak Kemerdekaan

RINTIHAN KEMERDEKAAN (SAJAK CAHAYA OGOS 2006)

Rintihan Kemerdekaan.  

Kemerdekaan ini,Satu anugerah Tuhan…sinaran keberkatan,

Satu nikmat…pancaran kesyukuran,Memberikan kita wadah hikmah,

Penuh Sejarah,Membawa seribu erti,

Mencalit seribu makna,Tidak lagi…dibelanggu,Tidak lagi…terbelenggu,

Oleh kuasa luar,Nan jauh.

 Kemerdekaan ini bukan mudah,

Bangsaku…Tanah ini pernah meratap,

Tanah ini pernah menangis,Tanah ini pernah meraung,

Demi pertiwi…Biar putih tulang,jangan putih mata,

usah digundahkan,Maruah bangsa mesti dipertahankan,

Demi tatapan generasi wawasan, 

Berjanjilah bangsaku,Pekalah dengan pengorbanan ini,

Isilah kemerdekaan ini dengan sewajarnya,kitalah warga merdeka berjiwa besar,

Tanpa sekelumit gentar,Bersemangat patriotisme!

Kelangsungan ini…Marilah kita,

…hadapai panahan suria bersama,…hadapi dingin hujan bersama,…hadapi kilat banjir bersama,

Dengan asas yang dibina. 

Kini masyhur harum menjulang nama,Kini bangun-bangun pelangi penuh cita-cita,

Bumi merdeka,Mekar Sinarnya,

Kemana-mana sahaja.                                       Oleh: Nur Hazlina bt. Mohd Fisol

Negaraku Bebas Merdeka

 

Kini..tiada lagi tangisan insan terseksaterkapai-kapai lemas mencari daratan

Page 4: Sajak Kemerdekaan

berkorban jiwa pertahan negarapenjajah durjana merampas segala

52 tahun dahaulu..stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdekarakyatku tidak lagi sengsaramenangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..tiada lagi penjajahan..tiada lagi penderitaan..tiada lagi jeritan penyiksaan..tanah air ditadbir insan bijak bestari..memimpin negara mengukir nama..

Kini..52 tahun sudah merdeka..negaraku cemerlang, gemilang dan terbilangburung berkicau bebas berterbanganmenjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologikearah mencapai wawasan 2020.kugenggam erat amanah pejuang tanah airpertahanlah kemerdekaanteruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaansematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hatisemoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

 

Nurkilan Md.Rz..July07

Page 5: Sajak Kemerdekaan

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG33600 ENGGOR, PERAK.