SATAH PERGERAKAN

download SATAH PERGERAKAN

of 2

Transcript of SATAH PERGERAKAN

SATAH PERGERAKAN

Selain daripada struktur dan fungsi, jenis pergerakan sendi juga turut dijadikan ciri penting dalam mengklasifikasikan sendi. Satah pergerakan terbahagi kepada empat jenis iaitu satah gelungsur, satah bersudut, satah sirkurnduksi dan satah putaran. Namun dalam kemahiran menanduk bola, satah pergerakan yang terlibat hanyalah dua jenis iaitu satah pergerakan gelungsur dan satah pergerakan bersudut. Satah pergerakan gelungsur terbahagi kepada dua iaitu satah koronal (depan dan belakang) dan satah sagital (kiri dan kanan). Dalam pergerakan menanduk bola, satah pergerakan yang digunakan ialah satah koronal iaitu pergerakan ke belakang di mana posisi pada fasa persediaan sebelum menanduk bola dan pergerakan ke hadapan semasa menanduk bola. Satah pergerakan bersudut (satah axial) pula ialah melibatkan berlakunya pergerakan antara batang tulang dengan permulaan artikular yang membentuk sudut tertentu. Pergerakan ini melibatkan sama ada pergerakan fleksi, ekstensi, Pergerakan menanduk bola

hiperekstensi, abduksi, adduksi atau sirkurnduksi.

melibatkan pergerakan ekstensi di mana semasa dalam fasa persediaan, pemain akan berdiri tegak dan sendi siku dan lutut mengalami ekstensi. Manakala dalam

fasa lakuan, pemain akan menggerakkan badan ke hadapan dan di sini sudut sendi

lutut berkurang fleksi dan lengan akan terangkat dari posisi asal. Kepala pula akan didongakkan ke atas di mana ekstensor otot sternomastoid kepala didongakkan . Otot trapezius pula bergerak apabila sendi bahu digerakkan di mana bahu dinaik dan diturunkan. Seterusnya, pemain melompat dan menanduk bola denga kedua-dua belah kaki berada pada satah posterior frontal (bergerak ke belakang). Fleksor hamstring yang berada pada pelvis dan femur atas menarik kaki ke belakang. Otot deltoid di atas bahu mengalami abduksi di mana lengan di angkat ke arah luar dari sisi badan. Tulang frontal (dahi) menanduk bola. Selepas menanduk bola, pemain berdiri di atas permukaan tanah semula dengan lengan diturunkan semula ke arah pertengahan badan melibatkan pergerakan adduksi. Pergerakan ini turut melibatkan tulang sakrum dan koksiks

kerana badan meliuk ke sisi.