Sce 3106- Laporan

5
Keberkesanan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan penyediaan Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar yang menarik pengajaran dan pembelajaran hari itu dijalankan dengan lancar sekali dan telahpun mencapai objektif apabila murid dapat mengelas haiwan-haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih. Berdasarkan hasil lembaran kerja murid. Saya dapati slaid power point dan aktiviti P&P saya telah mencapai objektif P&P kerana murid-murid telahpun menguasai kemahiran proses sains- mengelas yang saya pilih dalam tugasan saya supaya mengelas haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih. Kekuatan Aktiviti P&P Model pelbagai haiwan telah menimbulkan minat dan menyediakan suasana pembelajaran kepada murid untuk topik hari itu. Bahan bantu mengajar yang berbentuk slaid power point yang bervideo telah menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Slaid power yang bervideo telah membantu guru membimbing murid supaya dapat mengelas haiwan-haiwan mengikut ciri yang terpilih. Latihan dalam power point dan aktiviti kumpulan telah memberi peluang komunikasi antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Nilai-nilai dan sikap cinta akan alam sekitar, menyayangi haiwan, bekerjasama dan berani telah dapat dipupuk melalui aktiviti P&P. Murid telah dapat menguasai kemahiran proses ains iaitu mengelas melalui aktiviti P&P yang telah dirancangkan. Lembaran kerja yang sesuai dengan topik P&P dapat memperkukuhkan pengetahuan yang dipelajari oleh muird pada hari itu. Dalam Hukum Latihan, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan gerak balas,seseorang murid hendaklah 1

description

sce 3106 laporan

Transcript of Sce 3106- Laporan

Page 1: Sce 3106- Laporan

Keberkesanan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Dengan penyediaan Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar yang menarik

pengajaran dan pembelajaran hari itu dijalankan dengan lancar sekali dan telahpun mencapai

objektif apabila murid dapat mengelas haiwan-haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih. Berdasarkan

hasil lembaran kerja murid. Saya dapati slaid power point dan aktiviti P&P saya telah mencapai

objektif P&P kerana murid-murid telahpun menguasai kemahiran proses sains- mengelas yang

saya pilih dalam tugasan saya supaya mengelas haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih.

Kekuatan Aktiviti P&P

Model pelbagai haiwan telah menimbulkan minat dan menyediakan suasana pembelajaran

kepada murid untuk topik hari itu.

Bahan bantu mengajar yang berbentuk slaid power point yang bervideo telah menarik

perhatian murid untuk menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Slaid power yang bervideo telah membantu guru membimbing murid supaya dapat mengelas

haiwan-haiwan mengikut ciri yang terpilih.

Latihan dalam power point dan aktiviti kumpulan telah memberi peluang komunikasi antara

guru dengan murid dan juga murid dengan murid.

Nilai-nilai dan sikap cinta akan alam sekitar, menyayangi haiwan, bekerjasama dan berani telah

dapat dipupuk melalui aktiviti P&P.

Murid telah dapat menguasai kemahiran proses ains iaitu mengelas melalui aktiviti P&P yang

telah dirancangkan.

Lembaran kerja yang sesuai dengan topik P&P dapat memperkukuhkan pengetahuan yang

dipelajari oleh muird pada hari itu. Dalam Hukum Latihan, Thorndike berpendapat bahawa

perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan

diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi

latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Kelemahan Aktiviti P&P

Saiz sesetengahj model haiwan yang agak kecil telah menjejaskan keberkesanan aktiviti

Fasa Pencetusan Idea kerana murid yang duduk di belakang kurang jelas melihat ciri-ciri

haiwan yang ditunjukkan.

Guru hanya beri peluang kepada murid untuk memilih jawapan dan menyebut jawapan tetapi

tidak beri peluang untuk murid keluar dan bergerak mencari jawapan sendiri menggunakan

komputer .

1

Page 2: Sce 3106- Laporan

Lembaran Kerja Kumpulan yang bersaiz kertas A4 kurang sesuai kerana terlalu kecil

menyebabkan sesetengah murid tidak dapat lihat semasa wakil kumpulan membuat

pembentangan.

Kesuntukan masa bagi murid menyiapkan lembaran kerja dalam fasa renungan kembali. Oleh

itu, 5 minit dalam waktu rehat murid terpaksa digunakan untuk menyiapkan lembaran kerja

mereka.

Penambahbaikan Aktiviti P&P

Saiz bahan bantu mengajar yang dipilih mestilah cukup besar dan sesuai bagi murid

supaya keseluruhan murid di kelas dapat lihat dengan jelas.

Selepas aktiviti P&P, barulah saya dapat idea supaya bagi murid peluang untuk keluar dan

bergerak mencari jawapan sendiri supaya mereka tidak berasa bosan.

Lembaran kerja kumpulan yang bersaiz A4 sepatutnya diganti dengan kertas mahjong

yang besar supaya pembentangan hasil kumpulan lebih berkesan.

Masa aktiviti perlu dirancang dengan baik kerana ini akan menjejaskan keberkesanan

aktiviti P&P.

Lebihkan aktiviti belajar sambil bermain kerana pandangan daripada Maria Montessori:

Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak. Permainan memberi peluang kepada

kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka

menemui pengetahuan yang baru.

Peneguhan dan pujian yang sesuai mesti banyak diberi kepada murid supaya dapat

memotivasikan murid untuk belajar. Menurut Skinner, peneguhan positif merupakan

sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran kebendaan dan pujian. Misalnya guru

memberi pujian kepada muridnya yang mendapat markah tertinggi.

2

Page 3: Sce 3106- Laporan

Kesimpulan

Dalam pengajaran sains, Kemahiran Proses Sains adalah amat penting selain daripada

dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir

secara kreatif dan kritis. Dalam tugasan individu, saya telah memilih kemahiran mengelas dalam

aktiviti rancangan mengajar saya. Dalam rancangan mengajar saya, saya telah mengaplikasikan

kemahiran mengelas dalam aktiviti-aktiviti P&P saya. Selepas P&P saya, saya dapati murid-murid

telah dapat menguasai kemahiran mengelas dengan baik.

Selain itu, sebuah rancangan mengajar harian yang baik telah membantu guru

berkeyakinan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajarannya. Guru dapat menyampaikan

pelajarannya dengan sistematik dan teratur dengan persediaan awal yang mencukupi. Dengan ini,

guru tidak akan menjadi kelam-kabut dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Selepas

pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh mengimbas kembali pengajaran dan

pembelajarannya dan membuat refleksi. Guru juga dapat meninjau keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran pada hari itu. Jadi guru dapat mencari alternatif dan langkah penambahbaikan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang akan datang sekiranya mendapati kelemahan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran akan jadi

lebih berkesan.

Seandainya, guru-guru pandai menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dalam

pengajaran dan pembelajarannya, murid-murid akan terpikat dengan pelajaran hari itu. Guru tidak

lagi asyik bercakap dan murid asyik mendengar. Pada masa kini, “talk and chalk” tidak sesuai lagi

digunakan dalam era pengajaran guru. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan

mendapat tindak balas yang lebih baik daripada murid-murid.

Secara kesimpulannya , Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar serta kemahiran

proses sains yang telah disediakan ini telah memberi manfaat bahkan kepada guru mahapun

kepada murid-murid. Berdasarkan hasil kerja murid, P&P saya telah berjaya kerana murid-murid

dapat menguasai kemahiran yang telah diajar. Dengan secara langsungnya , proses pengajaran

dapat dilaksanakan dengan sempurna dan juga menimbulkan suasana pembelajaran yang

harmonis.

3