SCE3106betul

31
SCE 3106 BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK TAJUK TUGASAN INDIVIDU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ( MEMERHATI ) NAMA : SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332) KUMP : MT 1/PPG/JUN 2011 PENSYARAH : TUAN HJ.ZAKARIA BIN MOHAMED NOR TARIKH HANTAR : 05 APRIL 2014

description

ASIGMNT

Transcript of SCE3106betul

Page 1: SCE3106betul

SCE 3106

BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

( MEMERHATI )

NAMA : SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332)

KUMP : MT 1/PPG/JUN 2011

PENSYARAH : TUAN HJ.ZAKARIA BIN MOHAMED NOR

TARIKH HANTAR : 05 APRIL 2014

Page 2: SCE3106betul

Isikandungan Mukasurat

Pendahuluan.........................................................................................................................................2

1. Kemahiran Memerhati...................................................................................................................3

2. Rancangan Pengajaran Harian Sains..............................................................................................7

3. Laporan perlaksanaan kemahiran memerhati.............................................................................10

4. Lampiran Bergambar...................................................................................................................16

5. Refleksi Individu SCE 3106..........................................................................................................22

6. Rujukan........................................................................................................................................26

1

Page 3: SCE3106betul

Pendahuluan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, dapatlah

saya menyempurnakan tugasan individu iaitu PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS. Untuk menyempurnakan tugasan

ini saya telah memilih kemahiran memerhati. Saya memilih kemahiran ini kerana ia

menjadi asas kepada murid yang melibatkan lima deria iaitu deria penglihatan,

pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Untuk menjayakan tugasan ini saya telah

memilih murid Tahun 3. Saya juga menyediakan aktiviti menarik agar objektif dapat

dicapai memandangkan tugasan ini di luar bidang perguruan saya. Walau

bagaimanapun tugasan ini telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat kekangan

masa menguruskan aktiviti seharian di sekolah. Saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah memberi dorongan dan

perangsang kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada

pensyarah Tuan Hj. Zakaria bin Mohamed Nor yang telah membimbing saya dalam

usaha menyiapkan tugasan ini.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya

ucapkan kepada pihak perpustakaan IPGM Kampus Batu Pahat kerana telah

memberi ruang yang amat selesa untuk saya mencari bahan-bahan berkaitan.Tidak

lupa juga kepada rakan – rakan PPG MT 1 yang membimbing serta memberi

suntikan semangat tanpa jemu untuk saya terus berusaha dalam bidang pendidikan.

Semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan. Segala

kekurangan di dalam tugasan ini saya dipohon kemaafan. Yang baik itu datangnya

dari Allah dan segala kelemahan yang ada itu datangnya dari pihak saya sendiri.

Sekian terima kasih

2

Page 4: SCE3106betul

1. Kemahiran Memerhati

Kemahiran memerhati adalah asas kemahiran proses sains yang melibatkan

semua lima deria bersama untuk mencirikan objek-objek, mengenalpasti

perubahan, perubahan, persamaan dan perbezaan bagi memahami dunia

sekeliling kita. Memerhati juga boleh melibatkan proses mengumpul maklumat

berkaitan objek atau fenomena. Memerhati menggunakan deria, penglihatan,

pendengaran, sentuhan rasa atau bau. Hasil pemerhatian ini menjadi fakta sains

yang akan digunakan untuk melakukan proses sains asas yang lain.

Memerhati dalam sains, memerlukan murid-murid memberi perhatian secara

menghalusi. Memandang, melihat dan memerhati hendaklah difahami dengan

jelas. Dari istilah sains, memandang dan melihat dianggap sebagai pendekatan

pasif manakala memerhati ialah pendekatan aktif.

Pemerhatian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemerhatian kualitatif,

pemerhatian kuantitatif dan pemerhatian perubahan. Pemerhatian kualitatif

melibatkan deria sahaja. Pemerhatian berdasarkan ciri-ciridan sifat-sifat objek

atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.

Contoh pemerhatian kualitatif ialah proses membeli sebiji buah durian. Organ

deria penglihatan, mata digunakan untuk melihat bentuk dan warna buah durian.

Bentuknya yang hampir bulat dan berduri. Kemudian deria bau terlibat secara

tidak langsung untuk mengetahui sama ada buah durian masak atau tidak. Ada

kalanya kita mencuba rasa menggunakan lidah untuk memastikan sama ada

buah durian itu sedap atau tidak. Ada juga di kalangan pembeli,menggoncang

dan mendengar bunyi untuk menguji isi yang terkandung di dalamnya.

3

Page 5: SCE3106betul

Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat

dengan menggunakan instrument untuk mengukur. Sebagai contoh,jika pembeli

ingin tahu berat durian tersebut maka buah durian itu perlu ditimbang

menggunakan alat penimbang. Bacaan penimbang dibaca dengan memerhati

nombor yang ditunjukkan oleh jarum penimbang,seperti 15kg.

Pemerhatian perubahan bermaksud perubahan yang berlaku khasnya

fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia.Perubahan ini boleh

diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Contohnya perubahan warna kertas litmus apabila dicelup ke dalam air

limau.Perubahan kertas litmus biru ke merah.

Perubahan kertas litmus ini kemudiannya dibaca skalanya untuk menentukan

keasidannya.Skala penentuan yang menunjukkan kehadiran asid dan alkali

4

Page 6: SCE3106betul

dalam sesuatu larutan. Langkah-langkah keasidan atau kealkalian bahan larut

air ( pH adalah singkatan bagi 'potensi Hidrogen ). Nilai pH adalah nombor 1 -

14, dengan 7 sebagai titik tengah ( neutra l ). Nilai-nilai kurang daripada 7

menunjukkan keasidan yang meningkat sebagai nombor berkurangan, 1 yang

paling berasid. Nilai-nilai di atas 7 menunjukkan kealkalian yang meningkat

sebagai peningkatan bilangan, 14 yang paling alkali. Skala ini,

bagaimanapun, tidak skala linear seperti skala sentimeter atau inci ( di mana

dua nilai bersebelahan mempunyai perbezaan yang sama ). Ia adalah skala

logaritma di mana dua nilai bersebelahan menambah atau mengurangkan

oleh faktor 10. Sebagai contoh, pH 3 adalah sepuluh kali lebih berasid

daripada pH 4, dan 100 kali lebih berasid daripada pH 5. Begitu juga, pH 9

adalah 10 kali lebih alkali daripada pH 8, dan 100 lebih beralkali daripada pH

7.

Petunjuk memerhati

1. Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan.

2. Mengenalpasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.

3. Mengenal pasti ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.

4. Memperihalkan perbezaan dan persamaan.

5. Memperihalkan perubahan yang berlaku.

6. Mengena lpasti tertiban kejadian yang berlaku.

7. Menggunakan alat bagimembantu deria untuk membuat kajian secara

terperinci.

Secara keseluruhannya,dapatlah dikatakan bahawa keupayaan membuat

pemerhatian yang baik penting bagi murid-murid sekolah rendah untuk

memperkembangkan kemahiran proses sains yang lain, berkomunikasi,

mengkelas, mengukur, membuat inferens dan meramal.

Panduan guru membimbing murid-murid melaksanakan kemahiran proses

memerhati:

1. Guru membimbing murid focus kepada objek atau peristiwa yang

sedang dikaji dan dikenalpasti ciri-cirinya.

5

Page 7: SCE3106betul

2. Guru memberi peluang murid menyatakan pemerhatian kualitatif awal.

Kemudian barulah meminta murid memberi huraian dengan menyoal

atau memberi alatan yang boleh membantu mereka menjalankan

pemerhatian kuantitatif.

3. Guru membimbing murid membuat pemerhatian perubahan dengan

mengambilkira sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku.

4. Guru menggalakkan murid menggunakan rujukan kepada benda yang

telah menjadi biasa kepada semua orang untuk menjelaskan sesuatu

pemerhatian. Contohnya bagi menerangkan warna biru dengan

merujuk langit biru,warna merah dengan merujuk lada dan hijau

merujuk warna rumput.

5. Guru membantu murid membuat perbandingan sifat dengan rujukan

unit. Sesuatu kenyataan ukuran mengandungi dua bahagian iaitu

nombor menerangkan berapa bilangan dan nama unit pula

memberitahu berapa banyak kandungan isinya.

6

Page 8: SCE3106betul

7

Page 9: SCE3106betul

2. Rancangan Pengajaran Harian Sains

Bidang : Pengenalan kepada Sains

Tajuk : Kemahiran Saintifik

Tahun : 3

Bilangan murid : 25 orang

Tarikh : 19/3/2014 ( Rabu)

Masa : 11.15- 11.45 pagi

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk

1.1 Memahami kemahiran proses sains

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk

1.1,1 Memerhati sifat-sifat bahan yang

ditunjukkan guru

2.2.2 Memerihal persamaan dan perbezaan

bahan

Objektif : Murid-murid dapat menyatakan 5 deria yang

Diigunakan.

8

Page 10: SCE3106betul

Bagi proses memerhati.

FASA CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN

KOMUNIKASI

1.Orientasi

Pemerhatian

( 2 minit )

1. Murid-murid ditunjukkan 2 helai

baju, A dan B.

2. Murid-murid melihat sambil

memegang kedua-dua baju

tersebut?

1. Apakah yang kamu

nyatakan tentang baju

A dan B?

Contoh jawapan murid:

-Baju A besar, Baju B

kecil. -Baju A

dan B warnanya sama.

2.Pencetusan

idea dan

ramalan awal

( 8 minit )

1. Murid – murid dibahagikan

kepada 5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan berbincang

3. Ketuakumpulan mencatat

kan maklumat

1.Kamu dikehendaki

mengumpul beberapa

maklumat berkaitan

beg A dan beg B.

2.Kamu boleh

berbincang di dalam

kumpulan dan catatkan

pada kertas yang

disediakan.

3.Penstruktura

n semula idea

( 10 minit )

1. Murid –murid menyenaraikan

ciri-ciri beg A dan beg B.

2. Ketua kumpulan membaca

hasil perbincangan mereka.

3. Guru menyenaraikan maklumat

yang dibaca.

1.Apa yang dapat kamu

nyatakan tentang beg

A dan beg B?

2. Apa yang sama?

3.Apa yang berbeza?

4.Adakah kemahiran

memerhati

menggunakan deria

penglihatan sahaja?

9

Page 11: SCE3106betul

4.Aplikasi

( 8 minit )

Pentaksiran

1.Murid-murid diberikan tugas

secara berpasangan .

2.Murid-murid diberi peluang

memilih 2 benda di dalam

kelas .

3.Kemudian mencatatkannya di

dalam kad tugasan yang

disediakan.

4.Murid dapat menyatakan

persamaan dan perbezaan

bahan yang dipilih

B3 DS1 E1

1. Pilih pasangan kamu.

2. Ambil kad tugasan.

3. Pilih 2 objek.

4. Lukis 2 objek itu.

5. Senaraikan

persamaan dan

perbezaan 2 objek

tersebut.

Refleksi :

( 2 minit )

Wakil kumpulan membentangkan

hasil dapatan mereka.

Guru menerangkan konsep

pelajaran pada hari itu iaitu 5 deria

terlibat semasa menjalankan

kemahiran proses memerhati iaitu

deria penglihatan, deria sentuhan,

deria bau, deria rasa dan

pendengaran

Nilai dan Sikap Bekerjasama, kebersihan dan

kreatif

10

Page 12: SCE3106betul

3. Laporan perlaksanaan kemahiran memerhati

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, demi meningkatkan

pencapaian  murid-murid,di samping mengurangkan kekurangan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH) guru perlu melaksanakan

beberapa perkara di bawah :

• Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran

• Membuat skema rancangan kerja untuk tahunan

• Menyediakan persediaan pengajaran  harian

Rancangan pengajaran harian yang disediakan dengan berkesan, teliti dan

lengkap merupakan kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar

yang lengkap dan sistematik telah membantu saya mencapai objektif pelajaran.

Semasa menyediakan  rancangan pengajaran harian (RPH),saya telah memilih

bidang pengenalan kepada sains dan tajuk kemahiran saintifik. Standard

kandungannya ialah memahami proses sains manakala standard

pembelajarannya ialah murid berupaya untuk memerhati sifat-sifat bahan yang

ditunjukkan oleh guru dan memerihal persamaan dan perbezaan bahan.

Objektifnya pula ialah murid boleh menyatakan lima deria yang digunakan

semasa proses memerhati.

Dalam pengajaran ini saya telah memilih kelas tahun 3 dan masa yang

diperuntukkan selama 30 minit sahaja. RPH saya ini mengandungi 5 fasa iaitu

orientasi,pencetusan idea,penstrukturan semula idea,aplikasi dan refleksi. Saya

menggunakan strategi induktif dan pemusatan murid.Kaedah yang saya telah

gunakan ialah soal jawab,penerangan dan perbincangan.

11

Page 13: SCE3106betul

Untuk fasa orientasi (Fasa 1),saya menggunakan dua helai baju berwarna oren bagi

merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.Kedua-dua baju ini

dilabelkan A dan B. Semasa menjalani aktiviti ini murid-murid berminat dan

mengambil peluang untuk memegang baju yang ditunjukkan.Mereka juga berani

untuk melibatkan diri menjawab soalan yang dikemukakan.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN

KOMUNIKASI

1. Orientasi

Pemerhatian

(2 minit )

1.Murid-murid ditunjukkan 2 helai

baju, A dan B.

2.Murid-murid melihat sambil

memegang kedua-dua baju

tersebut?

1.Apakah yang kamu

nyatakan tentang baju

A dan B?

Contoh jawapan murid:

-Baju A besar, Baju B

kecil.

-Baju A dan B warnanya

sama.

12

Page 14: SCE3106betul

Fasa kedua ialah pencetusan idea. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.

Bagi menjalankan aktiviti ini,saya memilih untuk menggunakan bahan yang murid

biasa gunakan iaitu beg sekolah yang sama saiz. Ianya untuk mengaitkan dunia

persekitaran mereka dengan sains. Murid-murid bebas untuk mencari maklumat

berkaitan beg tersebut.. Aktiviti ini berpusatkan bahan dan murid. Hasil

perbincangan murid dicatat.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN

KOMUNIKASI

2. Pencetusan idea

dan ramalan awal

( 8 minit )

1. Murid –murid dibahagikan

kepada 5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan berbincang.

3. Ketua kumpulan mencatatkan

maklumat

1.Kamu dikehendaki

mengumpul beberapa

maklumat berkaitan

beg A dan beg B

2.Kamu boleh

berbincang di dalam

kumpulan dan

catatkan pada kertas

yang disediakan.

13

Page 15: SCE3106betul

Fasa yang ketiga ialah penstukturan semula idea dengan kaedah sumbang saran.

Saya menggunakan kemahiran menyoal bagi mendapatkan keputusan persamaan

dan perbezaan beg A dan beg B. Penstrukturan semula banyak melibatkan

kemahiran menyoal . Ini merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran

yang efektif di dalam bilik darjah untukmenggalakkan interaksi antara guru dan

murid,murid dengan murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis

dan analitis dan mendapat maklum balas yang tepat. Tambahan pula,penyoalan

dapatmengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli

kumpulan lain.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

4. Penstrukturan

semula idea

( 10 minit )

1. Murid-murid menyenaraikan

ciri-ciri beg A dan beg B

2. Ketua kumpulan membaca

hasil perbincangan mereka.

5. Guru menyenaraikan

maklumat yang dibaca.

1. Apa yang dapat kamu

nyatakan tentang beg A

dan beg B?

2. Apa yang sama?

3. Apa yang berbeza?

4. Adakah kemahiran

memerhati

menggunakan deria

penglihatan sahaja?

14

Page 16: SCE3106betul

Fasa keempat ialah fasa aplikasi. Murid melakukan aktiviti berpasangan

menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi di dalam kelas. Saya meminta

murid memilih dua objek di sekeliling mereka. Kemudian objek itu dilukis dan

menyatakan persamaan dan perbezaan kedua-dua objek itu. Objek tersebut

beg,bekas pensel,buku dan botol air.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

4. Aplikasi

( 8 minit )

Pentaksiran

1. Murid-murid diberikan tugas

secara berpasangan .

2.Murid-murid diberi peluang

memilih 2 benda di dalam kelas

.

3. Kemudian mencatatkannya di

dalam kad tugasan yang

disediakan.

4. Murid dapat menyatakan

persamaan dan perbezaan

bahan yang dipilih

B3 DS1 E1

1. Pilih pasangan kamu.

2. Ambil kad tugasan.

3. Pilih 2 objek.

4. Lukis 2 objek itu.

5. Senaraikan persamaan

dan perbezaan 2 objek

tersebut.

Penilaian dan pentaksiran sesi pembelajaran amatlah penting,ia bertujuan untuk

guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang . Melalui

penilaian guru boleh menilai pencapaian objektif pada hari itu juga. Penilaian saya

kepada murid-murid sebenarnya bermula dari awal pengajaransaya sehinggalah

selesai pengajaran saya pada hari tersebut. Penilaian tersebut dari segi pemerhatian

dan bahan bertulis.

15

Page 17: SCE3106betul

Fasa yang kelima ialah refleksi . Pada fasa ini murid mengaplikasi pengetahuan baru

dan mengingati kembali proses pembelajaran mereka pada hari tersebut. Hasil kerja

murid dibacakan oleh murid sendiri dan guru membimbing murid membuat rumusan

pembelajaran.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Refleksi :

( 2 minit )

Wakil kumpulan

membentangkan hasil dapatan

mereka.

Guru menerangkan konsep

pelajaran pada hari itu iaitu 5

deria terlibat semasa

menjalankan kemahiran proses

memerhati iaitu deria

penglihatan, deria sentuhan,

deria bau, deria rasa dan

pendengaran

16

Page 18: SCE3106betul

4. Lampiran Bergambar

Baju yang berlabel A dan B

Murid-murid mendengar arahan awal guru

17

Page 19: SCE3106betul

Guru menunjukkan baju A dan baju B Murid-murid melihat dan memegang baju

Beg A dan Beg B Aktiviti mengumpul maklumat beg A

18

Page 20: SCE3106betul

Murid-murid berbincang tentang beg Berkomunikasi dan berkongsi idea

berkaitan beg B

Aktiviti menyenaraikan ciri-ciri beg Hasil perbincangan ditulis di papan hitam

19

Page 21: SCE3106betul

Guru membimbing murid menulis

persamaan dan perbezaan bagi beg A dan beg B

20

Page 22: SCE3106betul

Guru memberi arahan dan kad tugasan

Contoh kad tugasan berpasangan

21

Page 23: SCE3106betul

Murid bersama rakan membuat aktiviti

Hasil tugasan

22

Page 24: SCE3106betul

5. Refleksi Individu SCE 3106

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah saya dapat menyiapkan tugasan

ini walaupun dibatasi waktu yang sangat terhad. Pada semester 6 ini banyak

perkara baru yang diperolehi dan dipelajari.

Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, saya telah membuat

pelan tindakan bagi memudahkan urusan mencari bahan kerana saya terpaksa

membahagikan masa sebagai seorang guru perpustakaan yang sibuk di sekolah

dan juga seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak calon SPM, PMR dan

UPSR. Namun begitu saya telah merangka perancangan bersama rakan saya,

Puan Hajah Noraini binti Saudi. Pelan tindakan itu bermula pada 15 Februari

hingga 4 April 2014. Pada semester ini tugas saya semakin mencabar dan sukar.

Kami mendapat dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu.

Bagi tugasan berkumpulan kami memilih alatan sains iaitu mikroskop.kami

memilih mikroskop kerana alat itu mempunyai fungsi yang sangat besar terhadap

perkembangan sains dan teknologi dunia. Bermula dengan sejarah penciptaan

mikroskop, jenis-jenisnya, cara menggunakan dan cara menyimpan. Bagi

tugasan kedua pula saya memilih kemahiran proses sains memerhati sebagai

tajuk tugasan.

Sebelum melaksanakan tugasan kami berdua mencari bahan yang berkaitan

dengan tugasan secara individu kemudiannya kami mengadakan perbincangan

bersama di Perpustakaan Desa Sungai Balang pada cuti sekolah yang lepas.

Bagi menjimatkan masa kami telah berbincang terlebih dahulu melalui telefon.

Pada hari berikutnya kami mengadakan perbincangan lagi di tempat yang sama

selama 5 jam. Perbincangan bukan setakat di situ sahaja , sebaliknya kami tetap

berbincang sehingga tugasan selesai.

Bagi tugasan kedua pula, saya terlebih dahulu berjumpa dengan guru sains di

sekolah saya iaitu Encik Mohd Hakim bin Mat Daud bagi mendapatkan Dokumen

Standard Pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Selepas itu saya

membina rancangan pengajaran harian (RPH) dan meminta Puan Hafidawati

Harun iaitu Jurulatih Utama Sains di sekolah saya untuk menyemak RPH itu.

23

Page 25: SCE3106betul

Setelah RPH disemak saya menulis semula dan merujuk beliau semula. Selepas

itu RPH itu saya gunakan untuk pengajaran sains saya pada 20 Mac 2014.

Semasa menyiapkan kedua-dua tugasan ini saya mendapati bahawa sains itu

menggalakkan manusia berfikir tentang alam. Alam ciptaan Allah. Kebetulan pula

pada ketika ini,kita masih dihujani dengan persoalan berkaitan pesawat MH370.

Maka ini menguatkan lagi minat saya untuk membaca bahan berkaitan sains. Sains

membawa kepada ciptaan teknologi baru seperti mikroskop. Mikroskop pula dicipta

bagi memudahkan manusia mengkaji biologi. Mikroskop memudahkan manusia

melihat objek yang lebih kecil untuk dikaji dan diuji.Hasil kajian itu maka muncul

24

Page 26: SCE3106betul

teknologi makanan dan perubatan yang membantu penduduk sedunia. Inilah faedah

bidang sains yang perlu ditekankan kepada murid-murid saya.

Semasa membuat tugasan kedua saya mendapati bahawa untuk menjadi seorang

guru Sains yang baik mereka perlu banyak membaca,mengkaji dan kreatif

mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas.. Guru Sains banyak bermain dengan

bahasa dan istilah di dalam kelas. Semasa pengajaran saya,saya terpaksa

menghafal istilah-istilah sains seperti menyatakan, mengelaskan dan hipotesis.

Sesi pengajaran saya melibatkan 25 orang murid yang sangat aktif. Contohnya

semasa sesi orientasi baju oren yang saya bawa itu Berjaya menarik perhatian

murid dan pada waktu itu saya gagal mengawal kelas. Ini kerana sebahagian

daripada mereka tidak menumpukan kepada arahan saya sebaliknya tumpuan

mereka kepada baju yang dibawa itu. Selepas itu barulah saya menyedari bahawa

arahan mestilah jelas bagi mengawal kelas. Saya juga mendapati bahawa walaupun

sudah 17 tahun mengajar tetapi ada lagi strategi dan teknik yang belum sempat

dipraktikkan di dalam kelas.

Hasil daripada tugasan ini ialah saya dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan

pengajaran saya. Selain itu saya menyedari bahawa sains banyak melibatkan

kemahiran komunikasi di dalam kelas. Guru perlu bijak mengajukan soalan supaya

dapat mencetuskan idea murid terhadap isi pelajaran. Saya amat mencemburui

guru sains kerana setiap hari kehadiran mereka dinantikan oleh murid. Murid-murid

lebih berminat dengan sains kerana melibatkan aktiviti berkumpulan dan

eksperimen. Alangkah indahnya jika saya juga menjadi popular seperti itu.

Rumusannya semua guru mempunyai peranan masing-masing bagi menyampaikan

isi pelajaran mereka pada setiap hari. Pengajaran yang berkesan banyak di sokong

dengan penyediaan alat atau radas. Jika guru tidak menggunakan radas,aktiviti

25

Page 27: SCE3106betul

boleh juga dilakukan di dalam kelas disertai aktiviti-aktiviti yang menarik.

PELAN TINDAKAN TUGASAN SCE 3106

BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

1 15 FEB 2014 Mendapat tugasan Ahli kumpulan

2 8 MAC 2014 Perbincangan bersama pensyarah Ahli kumpulan

3 10 MAC 2014 Mencari bahan tugasan 1 dan 2 Individu

4 16 MAC 2014 Perbincangan tugasan 1 dan 2 Individu

5 18 MAC 2014 Perbincangan tentang RPH Guru PPG dan Guru Sains

6 20 MAC 2014 Sesi pengajaran sains Tahun 3 Guru PPG dan Guru Sains

7 23 MAC 2014 Perbincangan tugasan 1 Ahli kumpulan

8 27 MAC 2014 Perbincangan tugasan 2 Ahli kumpulan

26

Page 28: SCE3106betul

6. Rujukan

Mohamed Roslan Bin Ghazali (2012).Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 3 ,Kuala

Lumpur:Dewan Bahsa dan Pustaka.

Rosemaliza bt Muhd Kamalluden(2013).Dunia Sains Dan Teknologi.Kuala

Lumpur:Oxford Fajar Sdn Bhd

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian dalam Proses Pendidikan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

27