Sce3110 sains angkasa.docx

13
1 Malaysia ingin menjadi Negara maju dalam bidang sains angkasa standing dengan Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Cina. Bincangkan. Pendahuluan  Rasululah s.a.w lagi. Nabi Muhammad s.a.w adalah angkasawan pertama yang melintasi angkasa ketika baginda melakukan Mikraj dari stesen pelancarannya di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis. Peristiwa ini direkodkan di dalam al-Quran dalam Surah al-Israk dengan penuh simbolik dan signifikan sekali. Bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak begitu bersungguh-sungguh mengajak rakyat berusaha semampu mungkin mencapai kemajuan kerana bagi beliau rakyat perlu bekerja keras kerana dengannya kesemua akan mampu mencapai kemajuan, malah sampai "ke angkasa lepas" sekalipun. Pada tahun 1960, Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy melancarkan gerakan  penerokaan angkasa lepas dan hanya selepas sepuluh tahun kemudian iaitu pada 196 7, AS telah  berjaya menghantar beberapa kapal angkasa untuk melakukan ujian pend aratan manusia ke  bulan. Hasilnya pada tahun 1969, AS telah berjaya menobatkan an gkasawannya iaitu Neil Armstrong di permukaan bulan yang pernah dianggap mustahil dan tidak masuk akal oleh sebahagian besar penduduk dunia ketika itu. Kejayaan penuh gemilang ini telah membuka dimensi baru kepada korpus sains dan teknologi angkasa global di mana negara-negara besar dan kecil turut serta dan berusaha untuk menjejaki angkasa lepas dan menakluki bulan serta planet-planet lain termasuk Marikh bagi mencari  penempatan baru manusia di galaksi ini. Hakikat ini juga turut mempengaruhi corak pemikiran dan dimensi sains dan teknologi angkasa rakyat Malaysia. Dasar Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa  peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran

Transcript of Sce3110 sains angkasa.docx

Page 1: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 1/13

1

Malaysia ingin menjadi Negara maju dalam bidang sains angkasa standing dengan

Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Cina. Bincangkan.

Pendahuluan Rasululah s.a.w lagi. Nabi Muhammad s.a.w adalah angkasawan pertama yang melintasi angkasa

ketika baginda melakukan Mikraj dari stesen pelancarannya di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Peristiwa ini direkodkan di dalam al-Quran dalam Surah al-Israk dengan penuh simbolik dan

signifikan sekali. 

Bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak begitu bersungguh-sungguh mengajak rakyat berusaha

semampu mungkin mencapai kemajuan kerana bagi beliau rakyat perlu bekerja keras kerana

dengannya kesemua akan mampu mencapai kemajuan, malah sampai "ke angkasa lepas"

sekalipun.

Pada tahun 1960, Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy melancarkan gerakan

 penerokaan angkasa lepas dan hanya selepas sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1967, AS telah

 berjaya menghantar beberapa kapal angkasa untuk melakukan ujian pendaratan manusia ke

 bulan. Hasilnya pada tahun 1969, AS telah berjaya menobatkan angkasawannya iaitu Neil

Armstrong di permukaan bulan yang pernah dianggap mustahil dan tidak masuk akal oleh

sebahagian besar penduduk dunia ketika itu.

Kejayaan penuh gemilang ini telah membuka dimensi baru kepada korpus sains dan teknologi

angkasa global di mana negara-negara besar dan kecil turut serta dan berusaha untuk menjejaki

angkasa lepas dan menakluki bulan serta planet-planet lain termasuk Marikh bagi mencari

 penempatan baru manusia di galaksi ini. Hakikat ini juga turut mempengaruhi corak pemikiran

dan dimensi sains dan teknologi angkasa rakyat Malaysia.

Dasar Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir 

Mohamad pada 28 Februari 1991. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa

 peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran

Page 2: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 2/13

2

kerana banyak faedah diperoleh rakyat dan negara. Pembabitan serius negara dalam industri

angkasa lepas adalah pendekatan kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi

menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dihormati dunia.

Selaras dengan kesungguhan itu, 

DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK telah mengeluarkan kenyataan - Adalah

menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai

angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT,

 bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan

memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada

manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya. 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa peruntukan besar yang disediakan

kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran kerana banyak faedah diperoleh

rakyat dan negara. Pembabitan serius negara dalam industri angkasa lepas adalah pendekatan

kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara

maju dan dihormati dunia 

Ketua Pengarah Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman menjelaskan, bidang sains angkasa

mencakupi ruang lingkup yang luas termasuk sains atmosfera (kajian ke atas perhubungan antara

matahari dan bumi), cuaca, kehidupan extra terestrial dan bermacam-macam lagi.

``Di bawah bidang sains angkasa ialah astronomi, sains atmosfera, kajian cuaca, ekso biologi,

 perubahan angkasa dan sebagainya,'' katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-

 baru ini.

Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan

teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak 

 bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang

 berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lainterutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka.

Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap

kehidupan manusia. 

Page 3: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 3/13

3

Tidak ada negara membangun di dunia ini yang tidak menitik beratkan kemajuan dalam bidang

sains dan teknologi, negara-negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, Jepun dan China telah

menyertai industri tersebut kerana mereka percaya program sedemikian mampu memberi

keuntungan kepada banyak pihak.

Rasional Manusia Mempunyai Keinginan Menerokai Angkasa Lepas 

Ruang angkasa yang cukup luas sebenarnya penuh misteri. Sebab itulah banyak negara

 berlumba-lumba membuat penerokaan bagi merungkai misteri tersebut dan sains adalah platform

yang membawa mereka ke sana.

Terlalu banyak perkara misteri yang ingin diketahui oleh manusia terutama saintis mengenai

angkasa dan isi kandungnya.Antaranya ialah berapakah usia alam ini termasuk angkasa dan salah

satu kaedah menganggarkannya ialah melalui kajian organisma mikro (seni).Malah, penemuan

manusia mengenai angkasa ketika ini hanyalah satu peratus berbanding 99 peratus belum

diketahui.

Sebab itu, manusia telah lama meneropong ke angkasa dan kemudian melakukan eksplorasi bagi

mengetahui apakah yang wujud di luar sana.Penemuan demi penemuan oleh manusia

membolehkan mereka merumuskan beberapa perkara meskipun belum ada kepastian

mengenainya.Ada yang menganggarkan dunia telah berusia lebih 4 bilion tahun berdasarkan

 beberapa penemuan termasuk bakteria.

Penemuan tersebut bukan sahaja di kawasan ruang angkasa tetapi termasuk objek yang

menunjukkan bahawa terdapat kehidupan lain, selain yang ada di Bumi.

Misalnya, salah satu bulan planet Musytari, Eropa yang diselaputi ais setebal beberapa kilometer 

dengan bahagian bawahnya mempunyai cairan.Ini telah membawa kepada munculnya pendapat

yang kemungkinan terdapat hidupan di planet berkenaan.Sebab itulah, usaha merungkai misteri

di angkasa terus dilakukan oleh banyak negara yang berkemampuan, termasuk saintis dari negara

ini.

Page 4: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 4/13

4

Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman menerangkan, astronomi ialah kajian mengenai bintang dan

galaksi yang dilakukan menggunakan teleskop oleh astronomer atau ahli astronomi.

Ia berbeza dengan bidang astrologi yang menilik nasib menerusi peta bintang.

Kajian angkasa bermula sekian lama berdasarkan beberapa peralatan astronomi yang wujud

sebelum ini seperti jam dan kalendar yang wujud sebelum tamadun Aztec.Malah, sebelum

 perkembangan bidang fizik, manusia telah terlibat dalam bidang astronomi.Pencerapan angkasa

untuk menghasilkan kalendar yang sangat tepat adalah bukti bidang ini telah bermula awal.

Justeru kajian sains angkasa di negara ini perlu diperhebatkan, bukan sahaja untuk membolehkan

Malaysia bersaing dalam pembangunan teknologi angkasa lepas tetapi juga bagi meningkatkan

 pembangunan sumber manusia untuk jangka panjang.kata Mazlan, akan memberi tumpuan

dalam pembangunan teknologi satelit.

Ini kerana, teknologi satelit dan yang berkaitan dengannya memberi pulangan terus kepada orang

ramai dalam bentuk komunikasi dan pencerapan Angkasa juga akan memfokuskan kepada

teknologi roket supaya satu masa nanti, negara ini memiliki kepakaran dalam teknologi

 berkenaan.

``Kita mungkin tidak memerlukan banyak ahli astronomer, 20 orang mungkin sudah cukup.''

``Tetapi secara keseluruhannya banyak pakar dalam cabang sains angkasa lain yang diperlukan

termasuk kejuruteraan angkasa, kejuruteraan satelit dan komponen-komponennya seperti solar 

 panel, perisian, bateri, kamera, serta geologi angkasa, biologi angkasa, pakar cuaca dan

atmosfera serta undang-undang angkasa,'' katanya.

Katanya, tidak sukar untuk memupuk minat rakyat negara ini kepada bidang sains

angkasa.Penerokaan manusia ke angkasa dan pencerapan langit sangat menarik minat kepada

rakyat negara ini dan boleh dianggap sebagai faktor pencetus untuk mereka menceburi bidang

tersebut secara serius.``Gambar-gambar objek sangat cantik dan berseni, ini yang seronok kerana

terlalu banyak misteri yang belum terungkai di luar sana,'' ujar beliau.

Page 5: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 5/13

5

Selain itu, persoalan sama ada terdapat kehidupan di luar bumi ini juga menarik minat yang

diharap dapat menggalakkan orang ramai terutama kanak-kanak memilih bidang ini sebagai

kerjaya.Mazlan berkata, kita memang mempelajari dan mengetahui mengenai planet Marikh.

Tetapi mengapa dan apakah kaitannya dengan kita?

Sudah tentu kita ingin mengetahui lebih daripada itu.``Sebab anak cucu kita nanti akan melihat

manusia sampai ke Marikh. Adakah kita juga sudah mengorak langkah supaya mereka nanti

 boleh juga terlibat sebagai angkasawan dan menyertai misi seumpama itu,'' ujarnya.

Ilmu angkasa sering menarik minat kanak-kanak dan mereka akan terus bertanya beberapa

 persoalan misteri di angkasa yang sering mereka dengar seperti UFO (Unidentified Flying

Object).``Harapan saya supaya sains angkasa dapat dilihat secara holistik iaitu ia bukan dilihat

dari segi pembangunan teknologi semata-mata tetapi memberi faedah secara langsung kepada

rakyat,'' kata Mazlan.

Faedah:

Adakah penerokaan ke ruang angkasa lepas satu usaha yang memaanfaatkan ? 

Usaha penerokaan angkasa lepas adalah wajar kerana : 

Hari ini, teknologi angkasa menjadi sebahagian daripada hidup manusia tanpa disedari. Baju

yang dipakai oleh ahli bomba dan penggunaan telefon bimbit adalah sebahagian kecil limpahan

daripada teknologi tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti hiliran lain hasil daripada teknologi angkasa lepas yang banyak 

digunakan seperti pelbagai peralatan atau perkakasan perubatan, telefon bimbit, penerimaan

siaran televisyen digital, imej untuk kegunaan pemetaan, pertanian, perikanan, perladangan danlain-lain lagi telah digunakan oleh orang ramai.

Malah, pelbagai kemajuan dalam bidang perubatan juga telah memanfaatkan teknologi angkasa

lepas seperti ubat-ubatan dan perubatan yang telah digunakan secara komersial.

Page 6: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 6/13

6

Aspek komersial hasil teknologi angkasa itu berpotensi untuk terus dikembangkan:.

Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas akan merangsang kemajuan bidang

teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih

 banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa

 batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan

 bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan

kemajuan penerokaan angkasa lepas itu.. 

Kemajuan sains angkasa lepas membawakan ciptaan dan perlancaran satelit komunikasi yang

memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, telefon, televisyen, data-data komputer 

dihantar ke seluruh dunia.Siaran TV ke seluruh pelusuk dunia dan komunikasi maklumat boleh memesatkan urusan

 perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia.

Seterusnya, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi

 pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-

gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua

hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan

 juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra

alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau

 perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya,

teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha

menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

Selanjutnya, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa

lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang

udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya

dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia.

Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan

untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga

Page 7: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 7/13

7

akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan

 penggunaan robotik yang begitu banyak.

Penglibatan dalam sains angkasa dapat memenuhi naluri ingin tahu dan pengetahuan manusia.

Maklumat yang diperolah daripada usaha penerokaan angkasa lepas dapat mencelikkan mata

manusia terhadap alam semesta dan memungkinkan manusia mencari jawapan kapada banyak 

kemusykilan yang masih tidak terjawab, misalnya rahsia sistem solar, asal usul manusia dan

kewujudan hidupan lain dalam sistem solar lain. Contohnya, penemuan planet ke-10 dalam

sistem solar telah menambahkan pengetahuan manusia dan membuktikan ketepatan al-Quran.

Pendaratan angkasawan Neil Armstrong dan Kapal Angkasa Apollo II di bulan pada 12 Julai

1969 taleh menjelaskan pelbagai misteri mengenai bulan.

Usaha penerokaan angkasa lepas memungkinkan manusia sejagat mencari logam-logam atau

sumber tenaga yang baru di angkasa lepas untuk menapung permintaan yang kian meningkat

akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat di bumi.

Satelit tiruan yang dihasilkan melalui teknologi angkasa lepas boleh digunakan untuk mencari

gali minyak, logam-logam tertentu atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi.

Satelit angkasa Rusia Mir yang dilengkapi dengan makmal penyelidikan tercanggih mungkin

membolehkan manusia mengeluarkan pancalogam baru dalam keadaan tanpa medan graviti.

Kajian biologi, kimia astrologi dan fizik dalam angkasa lepas mungkin menghasilkan penemuan

 baru yang tidak dapat diperoleh di permukaan bumi.

.

Para saintis telah meramalkan bahawa manusia mungkin akan tinggal dalam kapal atau stesyen

angkasa raksasa yang serba lengkap sebagai satu langkah mengatasi masalah kesesakan tempat

tinggal di bumi kelak. Ahli-ahli Sians Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan

Amerika (NASA) meramalkan bahawa gas kesan rumah kaca yang menyababkan fenomena

kenaikan suhu di bumi mungkin boleh digunakan untuk menaikkan suhu Planet Mrikh supaya

 boleh didiami manusia.Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet

Page 8: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 8/13

8

hijau dengan memasang cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang gas

kesan rumah kaca" mungkin akan mengambil masa 200 tahun.

Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton Bulan sejurus

selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di kutub bulan oleh pihak NASA.

Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin menghampiri kenyataan

.

Kemajuan dalam usaha penerokaan angkasa lepas membolahkan pengkaji cuaca menramalkan

keadaan cuaca di bumi. Ini dapat mengurangkan kesan-kesan malapetaka seperti taufan,letupan

gunung berapi dan sebagainya. Pengesanan pencemaran alam misalnya masalah penipisan

lapisan ozon dapat dilakukan melalui satelit kaji cuaca yang beredar di angkasa lepas.

Ini membolehkan manusia lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah alam sekitaryang

 bakal menimpanya.

Teknologi angkasa lepas membolehkan manusia mencipta pelbagia alat-alat baru seperti pakaian

angkasa. alat penahan panas, makanan baru dan sebagainya untuk kegunaan manusia.

Ujian-ujian perubatan yang dijalankan di angkasa lepas boleh menghasilkan pelbagai

 pengetahuan perubatan baru, misalnya pembuatan ubat-ubatan berkualiti dengan ketulenan tinggi

kerana keadaan vakum dan tanpa berat di angkasa lepas.

Maklumat dari satelit-satelit pengintip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan

kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negaranya. 

Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan

angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan gravity terhadap

manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan

 jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan

 pelbagai kajian yang boleh memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.

Page 9: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 9/13

9

Kelemahan / kesan negatif usaha penerokaan ke angkasa lepas : 

Penerokaan ke angkasa lepas satu insiden yang berisiko tinggi. Boleh membawakan pengorban

 jiwa dan pencemaran alam. Tragedi yang menimpa kapal angkasa Challenger pada 1986

menyayatkan hati setiap orang yang melihatnya. Seluruh kapal angkasa Challenger itu telah

hancur berkecai dan hangus akibat letupan sejurus kapal angkasa itu dilancarkan.

Sebarang kemalangan satelit dan terjatuh balik ke permukaan bumi mengundangkan kehancuran

 besar dan mungkin kebocoran radiasi membahayakan.

Faedah penerokaan hanya dinikmati segelintir kecil manusia. Setiap tahun beribu malah berjuta-

 juta manusia mati kerana kebuluran, bencana alam dan kemunduran pelbagai segi.

Bidang angkasa lepas merupakan bidang ilmu yang paling mahal yang tidak dapat dilakukan

oleh semua Negara. Menelan perbelanjaan yang amat besar. Setiap program penerokaan ke

angkasa lepas menelan berbillion-billion AS dollar. Adalah lebih baik sumber kewangan dan

kekuatan teknologi untuk penerokaan angkasa lepas disalurkan untuk mengatasi masalah

terdekat di bumi .

 Negara kita masih lagi kekurangan saintis. Jumlah saintis yang sedia ada hanya pada kadar 18

saintis bagi setiap 10,000 penduduk sedangkan matlamat Wawasan 2020 ialah memastikan

kuota 60 saintis bagi 10,000 penduduk tercapai. 

Cabaran yang tidak kurang pentingnya ialah masih ramai berasa sangsi kemampuan Malaysia

untuk membangunkan teknologi angkasa lepas, apatah lagi hasilnya lambat untuk dinikmati.

Usaha Untuk Memajukan Industri.

1. Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah kerajaaan untuk menyedia infrastruktur 

yang diperlukan bagi perkembangan & pembangunan sains angkasa di negara ini.

Page 10: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 10/13

10

2. Galakkan penglibatan syarikat swasta dalam program. Syarikat dan institusi perlu melibatkan

diri dalam program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan

industri tempatan. 

3. Kerjasama Antarabangsa. Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di

Eropah,Asia dan Amerika dalam program,atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik 

dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan starategi sains dan indstri

Malaysia. 

4. Penekanan yang berterusan dan minat yang dipupuk kepada generasi muda harus dilaksanakan

sejak di awal usia lagi.

5. Pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri angkasa memberi kefahaman kepada

orang awam mengenai kepentingan teknologi angkasa. Dengan melakukan pelbagai pendekatan

agar orang ramai memahami teknologi angkasa lepas menerusi kegunaaan barangan keperluan

harian yang digunakan, sebagai contoh, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan Google

Earth memberi sumbangan pemetaan dan penggunaannya semakin meningkat.

6. Program pembangunan modal insan yang berterusan terus dititik beratkan dalam mencapai

agenda yang digariskan. Melahirkan pakar daripada anak tempatan yang berpotensi untuk 

 berdaya saing setanding dengan negara maju. dalam usaha menarik minat dan mengekalkanwarga kerja terutama tenaga mahir yang telah dilahirkan.

7. Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997) membuktikan

kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas. Dengan adanya pelan terancang ini

industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin

 pembangunan negara. Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian

 jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai 2002. Agensi ini

 berperanan besar dalam menghadapi era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit

terbuka.

Page 11: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 11/13

11

Kesimpulan 

Pada 10 Oktober 2007 yang lalu adalah detik paling bersejarah bagi negara dan apabila

Malaysia berjaya menghantar angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa

(ISS) dengan Soyuz TMA-11. Namun sewajarnya Malaysia bukanlah sekadar menghantar 

angkasawan ke angkasa lepas, malahan wajar lebih serius membina industri angkasa lepas

negara pada masa hadapan serta komited menjadikannya sebagai agenda utama kemajuan

negara. Menguasai teknologi membina roket adalah keutamaan negara berbanding menghantar 

angkasawan ke angkasa.

Usaha meneroka angkasa lepas walau menelan kos perbelanjaan yang bukan sedikit, namun itu

 bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan

memberikan manusia satu informasi yang berguna, terutama jika semua usaha ini berkonsepkan

kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentangangkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak.

Teknologi angkasa lepas , telah menjadi sebahagian daripada kehidupan era moden dalam

mengubah inovasi merentasi landskap pembangunan teknologi yang merangkumi spektrum yang

luas. Penguasaan dalam teknologi angkasa lepas membawa kepada fenomena yang luas terutama

daripada hasil kajian saintifik dan penemuan terkini oleh jurutera angkasa lepas dan saintis

mampu menganjak paradigma untuk kesejahteraan masa hadapan. Jadi, usaha penerokaan

angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan dan keraguan lagi. 

Walaupun Malaysia bukanlah dalam kelompok negara maju yang terlebih dahulu menerokai

angkasa lepas seperti Rusia dan AS, namun negara ini mesti bersungguh-sungguh untuk 

menyaingi dan mendahului negara lain di rantau ini seperti yang berjaya dilakukan oleh Cina dan

India.

Page 12: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 12/13

12

Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej baik terhadap kemajuan bidang

sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan

masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam

 bidang teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama

Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.

Petikan:

Pegawai dari Kementerian Sains dan teknologi China, Encik Mei Yonghong menganalisis:

"Perkembangan sains dan teknologi negara ini sudah mencapai satu tahap yang tinggi dengan pembentukan sistem subjek sains yang sempurna yang paling lengkap di dunia. Selain itu, kami 

telah mempunyai tenaga kepakaran yang melimpah dengan berfokus pada penyelidikan dan

 penerokaan sains. China sudah menduduki tempat terdepan dalam bidang sains di arena global ." 

China mulai melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1978 dan sejak itulah,

 pihak berkuasa menetapkan manifesto yang bersifat strategik tentang "Sains dan Teknologi,

Produktiviti Pertama". Selepas itu, negara ini beransur-ansur memulakan pelaksanaan projek sains

dan teknologi satu persatu.

Pada masa ini, China sudah memasuki satu tempoh keemasan untuk menikmati hasil 

 perkembangan sains dan teknologi yang berjumlah kira-kira 20 ribu setiap tahun. Hasil-hasil tersebut muncul dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan asas, sumber tenaga, pertanian,

 perlindungan alam sekitar dan lain-lainnya. Sains dan teknologi memainkan peranan yang semakin

 penting dalam kehidupan seharian rakyat, di samping menunjang perkembangan sosioekonomi.

Ketua Pejabat Kaji Siasat dan Penyelidikan Kementerian Sains dan Teknologi China, Encik Xu

Heping berkata:

"Sektor sains dan teknologi kami telah mengecilkan jurang perbezaan dengan negara maju, malah

menjadikan sebahagian penyelidikannya mencapai taraf maju di arena antarabangsa. China

berperanan lebih aktif dalam mendorong perkembangan sains dan teknologi global. Dan akhirnya,

kejayaan sains dan teknologi amat membantu menjamin pertahanan negara dan menjamin pembangunan sosioekonomi di negara ini berjalan dengan lancar." 

Warganegara China mulai menikmati kehidupan yang semakin makmur yang dibawa oleh kemajuan

sains dan teknologi, di samping berasa bangga tentang kemajuan negara. Rasa patriotik itu

memuncak apabila Projek Penerbangan Angkasa Lepas dengan Membawa Angkasawan mencapai 

kejayaan.

Page 13: Sce3110 sains angkasa.docx

7/27/2019 Sce3110 sains angkasa.docx

http://slidepdf.com/reader/full/sce3110-sains-angkasadocx 13/13

13

Rujukan 

Kamus Dewan Edisi Ketiga

Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 

Disunting Daripada Artikel Aslan Rafie 

Dr. Mohd. Roshdi Hassan, 2007. "Manfaat Program Angkasawan Negara". Utusan Malaysia, 9

Oktober 2007Zin Mahmud, 2007. "Impian Malaysia jadi kenyataan".  Mingguan Malaysia, 14 Oktober 2007

Dr. Hassa n Ahmad, 2007. "Islam pelopor sains angkasa". Utusan Malaysia, 25 Oktober 2007