SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga...
Transcript of SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA … 3 - SPESIFIKASI... · 2019-02-07 · 3.4 Harga...
SULIT
1
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI WISMA BERITA, JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
1.0 LATAR BELAKANG OPERASI KAFETERIA
1.1. Jabatan Penyiaran Malaysia mempunyai 4 buah bangunan yang
beralamat di Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur dan mempunyai
warga Jabatan seramai lebih kurang 2,500 orang.
1.2. Salah satu bangunan Wisma Berita dilengkapkan dengan sebuah
kafeteria yang terletak di Aras G berkeluasan 767.97 m.p, ruang
tertutup bukan berhawa dingin dan ruang terbuka di bahagian luar
serta ruang masak utama berkonsepkan heavy cooking.
1.3. Ruang kafeteria ini tidak dilengkapkan dengan kerusi dan meja.
Ruang tersebut dianggarkan dapat menampung seramai 200 orang
pada satu-satu masa di ruang tertutup dan terbuka.
1.4. Waktu operasi kafeteria adalah seperti berikut:
Isnin - Jumaat : 6.00 pagi – 6.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 6.00 pagi – 3.00 petang
1.5. Penyebut harga dikehendaki menyediakan perkhidmatan menjual
makanan dan minuman yang berkualiti kepada semua warga
Jabatan dengan harga yang berpatutan.
SULIT
2
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
2.0 PENDAFTARAN KEWANGAN
2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor Pengendalian
Kafetaria yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Di
Bawah Kod Bidang 040301 – Makanan Bermasak Islam.
Pendaftaran yang berkaitan mestilah yang masih sah tempohnya.
3.0 BAYARAN SEWA
3.1 Penyebut harga hendaklah menawarkan kadar sewaan bulanan.
Sewaan bulanan tidak termasuk dengan bil air dan elektrik.
3.2 Kadar minima sewa bulanan bagi kafetaria ialah sebanyak
RM7,950.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Sembilan Ratus Lima
Puluh Sahaja). Sepanjang bulan Ramadan, kadar sewaan minima
adalah separuh daripada kadar sewa iaitu sebanyak RM3,975.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sembilan Ratus tujuh Puluh Lima
Sahaja).
SULIT
3
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
3.3 Penyebut harga hendaklah memasukkan harga tawaran sewaan
bagi Kafetaria di Lampiran A. Pembayaran sewa hendaklah dibuat
pada atau sebelum 10 (sepuluh) hari bulan pada setiap bulan
kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia dalam
bentuk Bank Draf di atas nama Ketua Pengarah Jabatan
Penyiaran Malaysia. Kerajaan berhak untuk mengambil tindakan ke
atas kegagalan pihak tuan menjelaskan sewaan bulanan.
3.4 Harga jualan yang diberikan hendaklah berdasarkan kepada harga
yang ditawarkan didalam sebutharga. Sekiranya terdapat rungutan
daripada pihak pengguna atau pihak Pengurusan Jabatan Penyiaran
Malaysia mengenai harga jualan yang tidak munasabah, maka
Kerajaan berhak menarik balik tawaran yang telah dibuat pada bila-
bila masa sahaja tanpa apa-apa bayaran pampasan
3.5 Harga tawaran yang diberikan oleh Operator Kafeteria semasa
menyertai sebutharga ini adalah muktamad. Sebarang permintaan
untuk kenaikan harga selepas sebutharga perlu mendapat kelulusan
pihak Jabatan terlebih dahulu.
SULIT
4
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
4.0 DEPOSIT CAGARAN
4.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki membuat pembayaran
wang cagaran untuk tempoh tiga (3) bulan DAN sewa bulan
pertama dalam bentuk Bank Draf di atas nama Ketua Pengarah
Jabatan Penyiaran Malaysia kepada Seksyen Kewangan dan
Pentadbiran, Jabatan Penyiaran Malaysia, Tingkat 3, Wisma TV,
Angkasapuri.
5.0 SKOP OPERASI
5.1 Perkhidmatan kafetaria adalah wajib adalah dari jam 6.00 pagi
hingga 6.30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan
jam 6.00 pagi sehingga 3 petang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti
umum. Oleh sebab Jabatan Penyiaran Malaysia beroperasi 24
jam, Pengusaha Kafetaria dibenarkan beroperasi 24 jam. Sebarang
perubahan waktu hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Penyiaran Malaysia.
SULIT
5
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
5.2 Penyebut harga hendaklah menyediakan perkhidmatan menjual
makanan dan minuman HALAL yang berkualiti sahaja.
5.3 Penyebut harga perlu menyediakan perkhidmatan makanan
berpandukan:
a) Akta Makanan 1983 (AM, 1983)
b) Peraturan Peraturan Makanan 1985 (PPM, 1985)
c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM,2009)
d) Garis Panduan Mass Catering KKM 2012
e) Modul Latihan Katering Sihat KKM 2004
f) Garis Panduan Penilaian Pengiktirafan Kafeteria Sihat 2012
g) Garis Panduan Amalan Pengilangan yang baik (GMP)
h) Garis Panduan Pelaksanaan Vending Machine (Mesin Jual
Minuman dan Makanan Sihat di Fasiliti Kesihatan Kementerian
Kesihatan Malaysia 2011 atau Garis Panduan Pelaksanaan
Mesin Layan Diri (vending machine) Minuman dan Makanan Sihat
dalam Perkhidmatan Awam 2011.
i) Lain-lain akta, pekeliling dan surat-surat pekeliling Kementerian
Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Pihak Berkuasa
Tempatan berkaitan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
SULIT
6
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
5.4 Penyebut harga perlu mengemukakan cadangan menu di Lampiran
B mengikut kategori seperti berikut: Menu Tempatan / Menu
Western / Menu Vegetarian/Menu berbilang kaum atau mana-mana
menu yang berkonsepkan menu sihat.
Nota : Penyebut harga perlu melabel hidangan berunsurkan daging
lembu/kambing dan lain-lain bagi menjaga sensitiviti kaum/agama di
kalangan pengguna.
5.5 Penyebut harga hendaklah wajib menerima tempahan makanan bagi
mesyuarat, kursus atau majlis rasmi mengikut Panduan Penyediaan
Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat. Namun begitu pihak Jabatan
sentiasa mempunyai hak untuk membuat pesanan perkhidmatan
makanan selain daripada Pengusaha Kafeteria yang sedia ada.
Nota: Penyebut harga hendaklah berdaftar dalam sistem
ePerolehan bagi memudahkan urusan tempahan makanan daripada
PTJ / Pusat Kos.
5.6 Penyebut harga adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk
menyediakan pekerja yang mencukupi dan efisien pada setiap masa
bagi memastikan operasi kafeteria sentiasa berjalan lancar
terutamanya pada waktu puncak.
Nota: Penyebut harga diminta untuk menyatakan bilangan
kakitangan yang terlibat dalam pengendalian kafeteria ini.
SULIT
7
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
5.7 Penyebut harga hendaklah mengemukakan senarai nama dan
maklumat peribadi pekerja yang bertugas di Kafeteria seperti di
Lampiran C kepada pihak Jabatan. Penyebut harga diminta
mengutamakan warganegara Malaysia sebagai tenaga kerja. Walau
bagaimanapun, jika tenaga pekerja asing diperlukan pekerja tersebut
mestilah mempunyai permit kerja yang sah dalam bidang
pengendalian makanan, lulus tapisan keselamatan dan hanya bagi
kerja-kerja pembersihan sahaja.
5.8 Kebajikan, keselamatan pekerja dan peralatan adalah dibawah
tanggungjawab sepenuhnya pihak Pengusaha Kafetaria. Pihak
Jabatan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan,
kecurian atau kerugian yang berlaku di pihak Pengusaha Kafetaria.
6.0 PERJANJIAN DAN KONTRAK
6.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu (1)
dokumen perjanjian dengan Jabatan Penyiaran Malaysia.
6.2 Kontrak ini adalah selama dua (2) tahun mulai tarikh setuju terima
ditandatangani.
SULIT
8
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
6.3 Penyebut harga adalah dilarang sama sekali membuat penyediaan
keperluan katering luar di dalam kawasan kafetaria Jabatan.
Tindakan akan diambil sekiranya pihak Pengurusan RTM mendapati
penyebut harga melanggar peraturan ini.
7.0 PENGURUSAN BAHAN MENTAH, MAKANAN/MINUMAN
BERMASAK, DAN BERBUNGKUS
7.1 Penyebut harga bertanggungjawab memastikan pengendalian
bekalan bahan makanan mentah hendaklah mematuhi perkara-
perkara berikut:
a) Memastikan bahan mentah dan diproses adalah dari sumber-
sumber yang diiktiraf, berkualiti dan diakui HALAL oleh badan yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
b) Memastikan ruang penerimaan dan penyimpanan bahan mentah
bersesuaian, berkeadaan bersih dan selamat.
7.2 Penyebut harga hendaklah menyediakan kemudahan yang
mencukupi, bersih dan “mesra alam” bagi penyimpanan makanan
yang sempurna dan selamat bagi bahan mentah dan bahan yang
sudah dimasak atau sedia untuk dimakan.
SULIT
9
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
7.3 Makanan yang dimasak perlulah mematuhi Akta Makanan 1983,
Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Garis Panduan
Amalan Pengilangan yang baik (GMP) dan Garis Panduan Penilaian
Pengiktirafan Kafeteria Sihat 2012.
7.4 Penyediaan makanan adalah berkonsepkan sedia dan hidang serta
masakan panas. Penggunaan semula makanan siap masak
(recycle) termasuk minyak masak adalah tidak dibenarkan.
7.5 Makanan yang telah siap dimasak perlu disimpan di dalam bekas yang bersih, bertutup, mesra alam dan boleh mengekalkan suhu makanan: a) Makanan panas : Disimpan di dalam steam tables/ food warmer/ bain Marie b) Makanan sejuk: Disimpan di dalam ruang penyejuk (display chiller)
7.6 Penyebut harga hendaklah menyediakan variasi makanan/minuman
tambahan siap berbungkus yang pelbagai seperti sandwich,
minuman tin/kotak, biskut, buah potong, kuih, kek dan lain-lain snek
berkhasiat yang bersesuaian.
SULIT
10
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
8.0 PEKERJA KAFETARIA DAN PENGELOLA MINUMAN DAN
MAKANAN
8.1 Kakitangan kafeteria hendaklah bebas daripada sebarang penyakit
berjangkit dan memastikan diri serta persekitaran sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan sihat.
8.2 Semua pengendali makanan WAJIB menjalani suntikan anti-typhoid.
Bukti pengambilan suntikan hendaklah diserahkan dalam tempoh
dua (2) minggu kepada pihak Jabatan selepas menandatangani
Surat Setuju Terima bagi Penyebut harga yang berjaya.
8.3 Penyebut harga bertanggungjawab memastikan:
a) Semua pengendali makanan memakai pakaian seragam yang
sopan, bersesuaian dan lengkap dengan apron berwarna cerah,
penutup kepala, tanda nama serta kasut semasa bertugas.
b) Memastikan pakaian seragam yang dipakai sentiasa bersih dan
kemas pada setiap masa.
SULIT
11
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
8.4 Latihan Asas Pengendali Makanan
Setiap pengendali makanan WAJIB menjalani latihan pengendali
makanan dan mendapat sijil latihan pengendali makanan yang
dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009. Salinan sijil hendaklah diserahkan dalam
tempoh dua (2) minggu kepada pihak Jabatan selepas
menandatangani Surat Setuju Terima bagi Penyebut harga yang
berjaya.
9.0 JUALAN DAN SENARAI BAHAN YANG DIJUAL
9.1 Penyebut harga hendaklah meletakkan harga tawaran yang
dinyatakan dalam senarai menu makanan yang disertakan dalam
Sebut Harga ini. HARGA MAKANAN DAN MINUMAN MESTILAH
BERPATUTAN DAN WAJIB DIPAMERKAN dengan jelas di tempat
yang strategik dan mudah di lihat oleh pelanggan.
9.2 Penyebut harga dilarang menjual bahan-bahan makanan dan
minuman yang Tidak Halal, Bahan-bahan yang telah tamat tarikh
luput, beralkohol dan yang dilarang penjualannya oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.
9.3 Rokok dan sebarang hasil tembakau adalah di larang sama sekali
penjualannya di kafeteria.
SULIT
12
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
9.4 Senarai Bahan yang dijual mestilah mematuhi senarai produk
minuman dan makanan sihat yang dibenarkan seperti yang
terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Vending Machine
(Mesin Layan Diri), Minuman dan Makanan Sihat di Fasiliti
Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2011, Minuman dan
Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam 2011 dan juga Garis
Panduan Penilaian Kafeteria Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia
2012.
9.5 Tidak menggunakan straw minuman plastik. Sebarang
pembungkusan makanan/minuman hendaklah menggunakan
produk biodegradasi serta mematuhi peraturan semasa yang
berkuatkuasa.
10.0 RUANG PREMIS
10.1 Penyebut harga hendaklah memastikan semua perkakasan dan
peralatan kafeteria disusun dengan kemas, teratur dan selamat
untuk mewujudkan suasana ceria, bersih, dan kondusif serta
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kebersihan ruangan
kafeteria dan kawasan sekitarnya pada setiap masa
10.2 Penyebut harga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja
pengubahsuaian kepada ruang kerja dan peralatan yang melibatkan
struktur bangunan Kafeteria tanpa kelulusan pihak pengurusan
Jabatan.
SULIT
13
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
10.3 Penyebut harga digalakkan membuat usaha-usaha penambahbaikan
di dalam ruang kafeteria yang sedia ada dengan syarat mendapat
kelulusan daripada pihak pengurusan Jabatan dan kosnya
ditanggung oleh Pengusaha Kafeteria.
10.4 Semua kerosakan yang berlaku dalam premis ruang Kafetaria yang
melibatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak Jabatan mestilah
dilaporkan dengan segera kepada Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Penyiaran Malaysia secara bertulis/media elektronik. Jika
didapati kerosakan adalah berpunca daripada kecuaian dan salah
guna pihak Pengusaha Kafeteria maka kos pembaikan hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh Pengusaha Kafeteria.
10.5 Penyebut harga hendaklah menyediakan sendiri semua
kelengkapan peralatan memasak, kerusi, meja, peti sejuk beku
(freezer) dan lain-lain peralatan (sekiranya perlu) sebelum
memulakan operasi kafeteria serta menyediakan semua peralatan
sajian termasuk kutleri yang mencukupi dan bersih.
10.6 Pengurusan dan pembuangan sampah serta sisa makanan
hendaklah mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak
Jabatan dan sentiasa memastikan kawasan pembuangan sampah
dalam keadaan bersih.
SULIT
14
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
10.7 Mengambil langkah-langkah pencegahan dan penghapusan
serangga perosak (tikus, lalat, semut, lipas dan lain-lain)
terutamanya di tempat penyimpanan makanan dan bahan mentah.
10.8 Menyelenggara dan membersihkan grease trap, floor trap, kitchen
hood, exhaust fan, longkang dan lain-lain bagi memastikan ianya
dapat berfungsi dengan baik. Alat perangkap makanan perlu
disediakan di semua singki, besen cuci tangan dan tempat masak
sebelum air disalurkan ke saluran keluar utama dari premis.
10.9 Kawasan premis perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih
dan selamat.
a) Lantai - Tidak basah, tidak melekit dan tidak licin
b) Pendawaian elektrik - Tiada pendawaian elektrik yang berbahaya
dalam kawasan premis.
c) Kawasan cuci tangan hendaklah bersih, disediakan tisu dan
sabun pencuci tangan.
SULIT
15
BIL. SPESIFIKASI SETUJU TIDAK
SETUJU CATATAN
11.0 PEMATUHAN PERNIAGAAN/URUSNIAGA
11.1 Penyewa kafeteria perlu mematuhi semua Akta, “By-Laws” dan
peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa
tempatan yang berkaitan dengan operasi servis makanan.
11.2 Penyebut harga tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang
bertentangan dengan Peraturan dan Undang-undang yang sedang
berkuatkuasa.
11.3 Penyebut harga hendaklah pada bila-bila masa memberi kerjasama
sepenuhnya bagi pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh pegawai
yang diberi kuasa dibawah Akta Makanan 1983.
11.4 Tindakan yang sewajarnya akan diambil jika penyewa tidak
mengambil tindakan ke atas surat peringatan (kebersihan, kualiti
perkhidmatan, tanda harga, aduan dll) daripada pihak Jabatan dan
melambatkan bayaran sewa bulanan.
12.0 PENGALAMAN
12.1 Penyebut harga wajib mempunyai pengalaman mengusahakan
kafetaria atau premis minuman dan makanan sekurang-kurangnya
dua (2) tahun. Sila nyatakan senarai pengalaman di Lampiran D.