Segitiga Makna Odgen Dan Richard

3
1 SEGITIGA MAKNA ODGEN DAN RICHARD Di dalam buku yang bertajuk The Meaning Of Meaning , C.K. Odgen dan I.A. Richard menulis mengenai makna pada tahun 1923. Melalui kaedah ini, makna dianalisis ke dalam tiga bahagian, iaitu lambang, fikiran dan benda. Komponen   komponen ini berhubungan antara satu sama lain, baik secara langsung atau tidak langsung. KONSEP BENTUK / SIMBOL RUJUKAN Menurut Jos Daniel Parera dalam karyanya yang berjudul Teori Semantik   (1990:41) menyatakan Odgen dan Richard telah membawa satu pembaharuan: mereka menghubungkan kata dan konsep ke rujukan, objek. Untuk itu kita perlu membatasi dahulu konsep symbol yang merupakan konsep utama dalam tulisan mereka. Menurut Jose, istilah “simbol” hanya dipakai untu k kata yang merujuk kepada benda, situasi, peristiwa, dan sebagainya. Ilmu baru tentang simbolisme dibatasi pada bidang semantik yang langsung berhubung dengan kata yang merujuk kepada benda melalui fikiran. Hal ini adalah kerana menurut Odgen dan Richard, setiap kata yang menyatakan perasaan dan sikap bukan sebuah simbol. Sebagai contoh ayat “Ini baik” hanya kata “ini” merupakan satu simbol jika kata “ini” merujuk ke satu benda, situasi, peristiwa di dunia nyata, misalnya sebuah mangga, seorang anak, seekor kucing dan sebagainya.

Transcript of Segitiga Makna Odgen Dan Richard

SEGITIGA MAKNA ODGEN DAN RICHARD

Di dalam buku yang bertajuk The Meaning Of Meaning, C.K. Odgen dan I.A. Richard menulis mengenai makna pada tahun 1923. Melalui kaedah ini, makna dianalisis ke dalam tiga bahagian, iaitu lambang, fikiran dan benda. Komponen komponen ini berhubungan antara satu sama lain, baik secara langsung atau tidak langsung.

KONSEP

BENTUK / SIMBOL RUJUKAN

Menurut Jos Daniel Parera dalam karyanya yang berjudul Teori Semantik (1990:41) menyatakan Odgen dan Richard telah membawa satu pembaharuan: mereka menghubungkan kata dan konsep ke rujukan, objek. Untuk itu kita perlu membatasi dahulu konsep symbol yang merupakan konsep utama dalam tulisan mereka. Menurut Jose, istilah simbol hanya dipakai untuk kata yang merujuk kepada benda, situasi, peristiwa, dan sebagainya. Ilmu baru tentang simbolisme dibatasi pada bidang semantik yang langsung berhubung dengan kata yang merujuk kepada benda melalui fikiran. Hal ini adalah kerana menurut Odgen dan Richard, setiap kata yang menyatakan perasaan dan sikap bukan sebuah simbol. Sebagai contoh ayat Ini baik hanya kata ini merupakan satu simbol jika kata ini merujuk ke satu benda, situasi, peristiwa di dunia nyata, misalnya sebuah mangga, seorang anak, seekor kucing dan sebagainya.Istilah istilah seperti baik, kebebasan, kemerdekaan, kesetiaan, prinsip, kepercayaan, rajin, penting dan sebagainya tidak menjadi simbol kerana menurut Odgen dan Richard kata kata tersebut telah dikomplikasikan dengan perasaan, diplomasi dan gangguan gangguan yang lain dan istilah tersebut dikelompokkan ke dalam bahasa emotif. Perbezaan bahasa simbolik dan bahasa emotif tidak beerti pemerahan terhadap bahasa emotif. Odgen dan Richard berpendapat bahawa emotif mempunyai kegunaan dalam proses komunikasi untuk membangkitkan sikap yang diharapkan daripada orang lain atau untuk mendorong orang lain bertindak dan sebagainya. Akan tetapi menutur mereka bahasa emotif tidak mempunyai tempat dalam ilmu baru simbolisme. Odgen dan Richard hanya mempunyai perhatian kepada hubungan antara kata kata dan fikiran serta benda, dan bahasa limu merupakan contoh yang utama dari teori teori mereka.

ISTILAH ISTILAH DALAM SEGITIGA MAKNA ODGEN DAN RICHARDDalam membicarakan Segitiga Makna ini, terdapat tiga istilah yang digunakan dalam karya Odgen dan Richard iaitu symbol, untuk menjaga pemahaman kita kepada karya Odgen dan Richard, tiga istilah itu tidak diterjemahkan.

1) SYMBOLMenurut Odgen dan Richard symbol ialah hanya kata kata yang merujuk kepada benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Menurut Odgen dan Richard lagi kata kata yang menyatakan perasaan, sikap, harapan, impian dan sebagainya tidak termasuk dalam pengertian symbol. Ilmu baru simbolisme Odgen dan Richard hanya berurusan dengan bidang yang terbatas dari pengalaman manusia.Bahasa simbolik yang didefinisikan oleh Odgen dan Richard ialah bahasa yang sesuai dengan fakta atau bahasa kefaktaan. Symbol itu bebas / impersonal dan harus diverifikasikan dengan fakta. Bahasa simbolik adalah bahasa yang sesuai dan laras bahasa ilmiah.

2) REFERENCEOdgen dan Richard tidak menggunakan kata fikiran, hal ini adalah kerana mereka menggunakan istilah reference untuk menunjukkan satu reference ke suatu objek, yakni ke satu referent.

3) REFERENTOdgen dan Richard mencipta istilah referent. Istilah tersebut masih digunakan sehingga kini. Hal ini adalah jelas istilah tersebut untuk memenuhi satu keperluan. Istilah itu juga merujuk kepada sesuatu di luar otak manusia dan berada di dunia ini. Jika kita menggunakan simbol, maka kita akan merujuk kepada referent seperti apa itu, di mana, siapa itu, sampai bila yang berada di dunia nyata. Odgen dan Richard menyatakan bahawa sangat penting untuk menemukan referent agar diketahui apakah satu reference benar atau tidak. Jika reference benar, maka ia merujuk kepada fakta. Mereka mengatakan If a reference hangs together in the way the actual referent hangs together, the reference is true and refers to a fact.Menurut Odgen dan Richard logic bukan sahaja berhubungan dengan konsistensi yang validitas (dalam silogisme) melainkan lebih daripada itu. Bagi Odgen dan Richard logic bukan sahaja berhubungan dengan konsistensi yang validities melainkan lebih daripada itu. Bagi Odgen dan Richard logis itu harus diresponkan dengan fakta. Kebenaran terbatas pada kesesuaian references dan juga referent. Jika sebuah penyataan itu konsisten, koheran dan koresponden, maka penyataan itu benar dan tepat. Menurut Odgen dan Richard lagi, dalam setiap perkara yang membicarakan mengenai hubungan menyatukan yang merujuk kepada apa yang disebut sebagai konteks psikologi (reference) dan konteks fisikal (referent). Hal yang lebih penting dalam ilmu simbolisme ialah menyatukan konteks psikologi dan juga konteks fizikal atau kita harus menyatukan reference yang kompleks denagn referent yang kompleks, maka referent itu benar dan logik.

3