SEJARAH 3103

8
SEJARAH 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat patriotime di kalangan murid. Pendahuluan Sudah terhantuk baru tengadah” begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan apabila kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk, selagi itulah kita alpa dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat akan pengalaman lepas atau pengalaman individu lain. Di sinilah letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi muda yang mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya. Dalam perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini, mereka tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat mata pelajaran berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia, Matematik tambahan, kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan kerjaya mereka. Kepesatan perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring perkembangan ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat terhadap mata pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya. Mereka melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu sains semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama, masyarakat di sini juga perlu

description

sejarah

Transcript of SEJARAH 3103

Page 1: SEJARAH 3103

SEJARAH 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat patriotime di kalangan murid.Pendahuluan

Sudah terhantuk baru tengadah” begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan

apabila kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk, selagi

itulah kita alpa dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat akan

pengalaman lepas atau pengalaman individu lain.

Di sinilah letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini

tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi

muda yang mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya.

Dalam perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda

semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini,

mereka tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat mata

pelajaran berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia, Matematik

tambahan, kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan kerjaya

mereka.

Kepesatan perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring

perkembangan ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat

terhadap mata pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya.

Mereka melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu

sains semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama,

masyarakat di sini juga perlu menguasai ilmu sains. Hal ini memang tidak dapat

dinafikan ada relevannya. Namun, kehebatan sesebuah tamadun bukanlah terletak

pada pencapaian gemilang ilmu sains sahaja. Sebaliknya, ia perlu diimbangi dengan

keutuhan jati diri rakyat yang datangnya daripada ilmu kemanusiaan.

Kita sering membuat perbandingan tentang betapa indahnya kota cinta Paris, hebatnya

teknologi penyiasatan CSI di New York, dan kecanggihan sistem pengangkutan awam

di kota London. Kemudian kita persoalkan kenapa ia tidak berlaku di negara kita?

Page 2: SEJARAH 3103

Ditambah lagi persoalan, walaupun mereka hebat berteknologi, namun masyarakatnya

punya jati diri yang utuh. Perlu diingat mereka ini pewaris bangsa penjajah.

Ketamadunan mereka dibina dengan “keserasian” ilmu sains dan ilmu kemanusiaan

juga. Teori-teori ilmu kemanusiaan dan sains sosial berkembang di negara mereka.

Lantas kita di sini juga menghantar para pelajar mempelajari pengalaman mereka.

Barat dapat diperhatikan perkembangan kedua-dua bidang ilmu, iaitu sains dan

kemanusiaan. Hal ini bagi mereka penting kerana proses pembinaan jati diri sebagai

rakyat perlu diimbangi. Maka tidak hairanlah, dalam sistem pendidikan mereka mata

pelajaran Geografi dan Sejarah menjadi keutamaan bermula di peringkat rendah lagi.

Hal ini demikian kerana menurut mereka bagi melahirkan generasi yang bangga

dengan negaranya, mereka perlu didedahkan dengan keagungan tamadun bangsa

mereka yang diwarisi zaman-berzaman. Mereka juga didedahkan dengan dunia luar di

peringkat sekolah rendah lagi. Mereka perlu menjadi pewaris bangsa penjajah juga,

tetapi dalam konteks dunia yang baharu, iaitu globalisasi.

Persoalannya, di manakah mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita?

Sementelahan kita asyik mempersoalkan generasi muda merupakan pewaris generasi

masa depan negara. Kita perlukan perubahan minda dalam kalangan masyarakat

tentang mata pelajaran Sejarah.

Memang tidak dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sejarah bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian

Tempatan kepada para pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat

menengah diteruskan dengan mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga lima.

Di peringkat rendah, para pelajar didedahkan dengan konsep asas sejarah, bermula

yang dekat dengan diri mereka, keluarga, masyarakat, kawasan setempat dan peristiwa

penting sejarah negara. Di peringkat sekolah menengah pula, mereka mempelajari

sejarah politik, ekonomi dan sosial negara berlatar belakang zaman prasejarah,

Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia, prakemerdekaan, sehinggalah

negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika dilihat secara kasar, kurikulum

sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya. Namun di manakah kecacatan yang

menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah ini? Adakah guru yang kurang

kemahiran “dipaksa” mengajar sejarah atau pun penggubalan kurikulum itu kurang

Page 3: SEJARAH 3103

menarik perhatian pelajar? Sememangnya persoalan ini kritis untuk dijawab. Pakar

pedagogi dan mereka yang terlibat dengan pembinaan kurikulum ini sahaja yang boleh

merungkaikannya. Tetapi, itu persoalan yang terus berlaku dan akan terus berlaku,

selagi kesan pembinaan generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.

Anjakan paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan.

Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di

atas fakta yang kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri

sendiri, masyarakat atau negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah. Sekurang-

kurangnya kita pernah berkata, “tidak ingatkah apa yang telah berlaku dahulu”. Hal ini

merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Ini juga suatu disiplin dalam

sejarah. Masyarakat perlu ada kefahaman bahawa Sejarah itu bukanlah suatu mata

pelajaran yang perlu menghafal semata-mata tentang sesuatu peristiwa. Sebaliknya,

jika ditelusuri banyak kemahiran yang cuba digarap melalui pembelajaran mata

pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar tentang kemahiran Kajian Masa Depan. Melalui

kemahiran ini, para pelajar dilatih menggunakan fakta yang sedia ada untuk

meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Selain itu, semangat ingin tahu

disemaikan ke dalam jiwa pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran Inkuiri Penemuan.

Kemahiran ini penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa mempersoalkan

fakta yang diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta tersebut. Ini

merupakan sebahagian daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran sejarah

yang mungkin tidak disedari oleh para ibu bapa.

Kita tidak mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang

dicanang oleh liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali

dalam bentuk yang baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah

boleh diibaratkan kepada perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G,

sekiranya rakyat tiada jati diri yang kukuh. Janganlah kita menjadi seperti kata pepatah

“yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Pembinaan jati diri ini hanya dapat

dipupuk melalui kesedaran terhadap kepayahan generasi terdahulu membina sebuah

negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah merupakan faktor penting dalam mencapai

usaha tersebut.

Page 4: SEJARAH 3103

Minda Sejarah: Ciri-ciri Guru Sejarah Cemerlang

Salam perjuangan buat semua guru Sejarah yang dihormati lagi disegani meski di manapun kalian semua sedang berkhidmat kini demi membangun jiwa anak bangsa agar menjadi insan terpimpin dan memimpin peradaban ke mercu kegemilangan.

Pada kali ini Minda Sejarah akan berkongsi satu tajuk penting ke arah merealisasikan matlamat melahirkan ciri-ciri guru sejarah yang berkesan.

Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri cemerlang? Jawapannya adalah sangat mudah iaitu seorang murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh seorang guru yang cemerlang.

Tidaklah bermakna penulis merupakan pencinta dan pembimbing sejarah yang berkesan apatah lagi cemerlang, namun sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan rakan-rakan guru sejarah lain yang telah mencipta kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :

Page 5: SEJARAH 3103

(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid.

(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.

(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.

(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.

(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model' kepada para pelajar.

(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi mereka.

(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.

(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan semangat, memupuk kesedaran,

Page 6: SEJARAH 3103

menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah.

(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.

(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid.

(11) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.

Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah.

Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.

Page 7: SEJARAH 3103

Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru, pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.