Sejarah Bola Jaring

4
SEJARAH BOLA JARING 1.1 Pengenalan Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah- sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia. 1.2 Asal Usul Bola Jaring dan Perkembangannya Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.

description

good

Transcript of Sejarah Bola Jaring

Page 1: Sejarah Bola Jaring

SEJARAH BOLA JARING1.1 Pengenalan

Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular

di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar

perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi.

Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain

dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal

daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di

Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.

            Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia

bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh

guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan

menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.

1.2 Asal Usul Bola Jaring dan PerkembangannyaBola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai

daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada

tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat

melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s

Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola

jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan

menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol

dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan

permainan.

            Permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) ialah

bakul. Ini bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan bola

balik selepas setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di

Amerika Syarikat iaitu:

      i.        Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki.

    ii.        Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki).

   iii.        Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.

Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini

mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang

dilakukan ialah:

Page 2: Sejarah Bola Jaring

a)    Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.

b)    Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.

c)    Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.

d)    Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.

e)    Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.

f)     Skor:

                      i.        Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/ kawasan tengah.

                    ii.        Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England.

Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bola

keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring.

Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung

besi ditukar kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand,

India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanya sehingga

selepas beberapa tahun.

            Di peringkat antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan

Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations)

yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963, Kejohanan Bola

Jaring Dunia telah dilangsungkan di England dengan pasukan dari Australia telah

muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai ramai peminatnya,

terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu sukan dalam

Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia, Persatuan Bola Jaring

Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang mengawal dan mengawasi

perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan

Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program pertandingan dan perkembangannya telah

memajukan permainan bola jaring dalam kalangan pelajar sekolah. 

Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan di kalangan

wanita.Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai

salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara

Komanwel. Permainan bola jaring yang seakan-akan menyamai bola keranjang, mula

dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak tahun 1897, permainan tersebut mengalami

banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk menyesuaikan peraturan

Page 3: Sejarah Bola Jaring

permainan serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-ratanya adalah

kaum wanita.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring

telah diterbitkan di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini

dengan bola keranjang. Skor atau mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar

kepada jaring dan saiz bola dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian

dipopularkan oleh negara-negara Tanah Jajahan British.

  Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama kali diadakan pada

tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Antarabangsa telah ditubuhkan.

Serentak dengan itu, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan permainan

bola jaring dibuat dengan lebih terperinci. Pada peringkat awal, permainan bola jaring

diperkenalkan di Malaysia oleh guru-guru Inggeris kepada anak-anak tempatan.

             Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-

mubaligh Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-

negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi

Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an

hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar wanita

di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.