sejarah lengkap
-
Upload
kholan-mubarak-ali -
Category
Documents
-
view
322 -
download
0
Transcript of sejarah lengkap
-
7/15/2019 sejarah lengkap
1/205
ISI KANDUNGAN
Bil Tema Muka Surat
1 BAB 1: Kemunculan TamadunAwal Manusia
1-20
2 BAB 2 : Peningkatan Tamadun 21-47
3 BAB 3 : Tamadun Awal Asia
Tenggara
48-64
4 BAB 4: Kemunculan Tamadun
Islam Dan Perkembangannya di
Makkah.
65-77
5 BAB 5 : Kerajaan Islam Di
Madinah
78-93
6 BAB 6: Pembentukan Kerajaan
Islam Dan Sumbangannya.
94-116
7 BAB 7: Islam Di Asia Tenggara 117-133
8 BAB 8: Pembaharuan Dan
Pengaruh Islam Di Malaysia
Sebelum Kedatangan Barat.
134-150
9 BAB 9: Perkembangan Di Eropah 151-172
10 BAB 10: Dasar British Dan
Kesannya Terhadap Ekonomi
Negara.
173-195
-
7/15/2019 sejarah lengkap
2/205
SEJARAH TINGKATAN EMPAT.
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
A. PENGENALAN:
1. Zaman Prasejarah ialah zaman di mana manusia masih belum mengenai sistemtulisan
2. Kajian terhadap zaman Prasejarah dan budayanya dilakukan oleh ahli arkeologi.
3. Terdapat empat tahap utama dalam zaman Prasejarah iaitu
i. Zaman Paleolitik
ii. Zaman Mesolitik
iii. Zaman Neolitik
iv. Zaman Logam ( Terbahagi dua: Zaman Gangsa dan Zaman Besi )
4. Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup secara
Secara nomad- berpindah randah Tinggal di dalam gua sama ada di kawasan tepi tasik, sungai atau di
dalam gua.
Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
Menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan
menangkap ikan.
Menggunakan alatan batu ciptaan mereka sendiri iaitu lebih
mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.
5. Pada zaman Neolitik manusia hidup secara:
Menetap dalam kelompok yang besar iaitu dalam masyarakat.
Mereka menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang
Wujudnya penciptaan baru yang lebih licin serta mempunyai pelbagai
fungsi
Terciptanya beberapa bahan tembikar seperti tembikar tanah yang
dihasilkan dengan teknik putar yang dijumpai di Gua Musang, Kelantan
dan belanga tanah berkaki tiga atau tripod, di Jenderam Hilir Selangor.
Wujudnya pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka
mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.
Muncul juga beberapa individu berjaya memikirkan cara
meleburkanlogam di sesetengah petempatan masyarakat Neolitik pada
peringkat akhir zaman tersebut.
Wujud sistem pertukaran barang- sistem barter.
6. Zaman Logam dibahagikan kepada 2
1. Zaman Gangsa
2. Zaman Besi
Penggunaan alatan logam khususnya besi telah menyebabkan manusia
pada zaman ini berjaya mencipta perahu dan rumah.
Dengan menggunakan perahu, mereka mula meneroka lautan dan
meningkatkan kegiatan perdagangan maritime.
2
-
7/15/2019 sejarah lengkap
3/205
Perdagangan ini bermula di kalangan masyarakat pesisir kawasan yang
berdekatan.
Hubungan ini terus berkembang ke masyarakat yang lebih jauh.
Munculnya penempat besar dan kota pertahanan
Petempatan besar ini berkembang menjadi bandar atau kota contoh.
a) Bandar Jericho di Jordan ( 800 S.M)
b) Catal Huyuk di Turki ( 6500 S.M )
Maklumat Tambahan
Maklumat o Kajian terhadap tinggalan artifa, eikofak, dan feature
masyarakat lampu secara sistematik melalui proses cari gali.
Artifak o Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan
pinggan magkuk.
Feature o Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang
tidak dapat diubah.
Ekofak o Tinggalan spt sisa makanan, tulang dan tumbuh- tumbuhan
Petempatan awal o Di Malaysia- penempatan awal zaman Paleolitik ialah di tepikawasan tasik seperti Lenggong, Kota Tampan ( Perak )
o Tingkahayu ( Sabah ) sementara petempatan awal di gua ialah
Gua Niah, Sarawak.
Pertanian o Di Timur Barat, pertanian telah dikenali sejak tahun 8000S.M
dan biri- biri mula diternak di Iraq.
o Di China, tanaman padi telah dikenali sejak 8000 tahun dahulu.
o Di Asia Tenggara, tanaman padi mula dikenali di Non Nok Tha
dan Ban Kao ( Thailand ) pada sekitar yahun 3500 S.M
o Di Malaysia, tanaman awal ialah padi dan ditemui di Gua Sireh
( Sarawak ) pada sekitar tahun 4500 S.M
Pertukaran Barang o Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga
melibatkan cengkerang siput gerus atau cowrie sebagai nilai
tukaran dagangan.
Cengkerang Cowrie o Digunakan sebagai salah satu nilai tukaran dagangan
cengkerang siput gerus atau cowrie ini diikat antara satu sama
lain sehingga berbentuk seperti rantai supaya mudah dibawa
kemana- mana.
B. MAKNA TAMADUN
1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Mudun, madain dan
madana. Membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
2. Juga berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Civilization yang berasal daripada
bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar.
3. Bermaksud peradaban
4. Bagi masyarkat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
khususnya dal hal- hal kebudayaan seperti penulisan, Undang- undang, kesenian
dan pembandaran.
5. Sarjana Barat Gordon Childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
3
-
7/15/2019 sejarah lengkap
4/205
6. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah dan menekankan
kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
7. Dari segi Islam, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
8. Syed Nuquib al-Attas memberi pandangan bahawa tamadun ialah pencapaian
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuahmasyarakat. Pandangan beliau disokong oleh sarjana Barat iaitu Richard Sullivan
yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.9. secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian
berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata- mata tetapi juga
mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
C. CIRI- CIRI TAMADUN.
Usaha manusia untuk menyesuaikan hubungan mereka dengan alam
sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif yangs
selalunya bergantung pada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah
mereka.
Proses pembentukan tamadun merupakan menifestasi kepada pencapaian
manusia dalam kedua- dua aspek ini.
i. PETEMPATAN KEKAL
Kehidupan secara menetap/ corak hidup lebih sistematik
Pertempatan tertentu di kawasan yang subur/ sesuai untuk aktiviti pertanian
Pandai dalam penanaman dan penyimpanan makanan dan menternak binatang.
Wujudnya penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi
sistem pengairan yang baik.
Meningkatkan hasil pengeluaran dan lebihan makanan dijual dengan
menggunakan sistem barter dan hasil lebihan makanan dapat menampung
pertambahan penduduk.
ii. KEHIDUPAN BERORGANISASI Dapat mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan
kemakmuran hidup.
Peringkat awal wujudnya sistem keluarga
Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa proses
pembahagian masyarakat yang kompleks.
Sistem sosial, sistem masyarakat tamadun awal selalunya berbentuk pyramid dan
bersusun lapis.
LAPISAN 1: Golongan bangsawan yang meneraju pemerintahan/raja
LAPISAN 2: Golongan pembesar/golongan yang menguasai upacara dan
hal ehwal agama/ individu yang dihormati oleh masyarakat sptketua keluarga ataupun kelompok/kumpulan pentadbir dan
ilmuan/kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam kesenian.
LAPISAN 3: Golongan rakyat biasa- mempunyai jumlah yang ramai.
Merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi terutamanya bidang
pertanian dan perdagangan.
4
-
7/15/2019 sejarah lengkap
5/205
LAPISAN 4: Golongan hamba/bergantung kehidupannya pada lapisan- lapisan
di atasnya.
iii. SISTEM PEMERINTAHAN Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran.
Seseorang pemimpin/raja menggunakan unsur magis serta mendakwa diri mereka
sebagai wakil tuhan untuk mendapatkana pengiktirafan sebagai ketua
pemerintah.
Lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk
menjamin dan menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
iv. PENGKHUSUSAN KERJA.
Peningkatan produktiviti menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi
penting.
Dapat menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik dan membawa kepadapeningkatan dan perkembangan ekonomi.
Barangan/hasil keluaran dikeluarkan oleh kumpulan tertentu berdasarkan
kepakaran.
Menghasilkan pertukaran barangan/sistem barter ( permulaan aktiviti
perdagangan)
Berlaku juga pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya sesebuah
masyarakat dengan masyarakat lain.
v. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Merupakan perkara penting dalam perkembangan tamadun
Berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian
sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan
dalam pembentukan tamadun awal.
Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia cuba memahami dan
menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.
Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar spt pokok, batu, matahari dan laut
dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanandan kemakmuran hidup.
Kepercayaan animisme percaya terhadap kuasa ghaib alam sekeliling.
Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama.
Agama tamadun awal dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan
terhadap lebih daripada satu tuhan.
vi. BAHASA DAN TULISAN.
Antara bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit
Sistem tulisan terawal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram.
Bahasa dan tulisan memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan antara
masyarakat.
5
-
7/15/2019 sejarah lengkap
6/205
Penghasilan sistem tulisan penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti
menyimpan rekod, penulisan undang- undang dan hal- hal keagamaan.
Bahasa dan tulisan merupakan instrument penting untuk menyampaikan,
memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.
Ciri- ciri tamadun ini berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini
berkembang pesat di bandar. Kemunculan bandar- bandar memainkan
peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun. Bandarberperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat aktiviti ekonomi, pusat
penyembahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
pusat pertemuan masyarakat. Bandar merupakan sebuah menifestasi
kepada penciptaan manusia yang mencerminkan tahap ketamadunan
manusia.
D. PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN.
- Bermula apabila wujudnya hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam
sekeliling.
- Mereka memilih kawasan lembah sungai- kerana kesuburan tanah untuk pertanian.
- Mempunyai kemudahan bekalan air, makanan serta kemudahan tahap ketamadunan
manusia.
1. TAMADUN MESOPOTAMIA.
A. LOKASI
Mesopatamia bermaksud tanah di antara 2 sungai
Terletak di antara Sg. Tigris dan Sg. Euphrates yang mengalir dari kawasan
pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi
Dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagin timur laut, dataran tinggi Arabdi Barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.
B. KERANGKA MASA
Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara 7000- 5000 S.M.
Sekitar tahun 3500 S.M wilayah Mesopotamia berkembnag menjadi pusat
tamadun awal, banyak kerajaan muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di
lembha Mesopotamia.
Kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M
Kerajaan terakhir ialah Chaldea pada tahun 539 S.M
Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang
terpenting seperti:
- Kerajaan Sumeria 3500- 2340 S.M- Kerajaan Akkad 2371- 2006 S.M
- Kerajaan Ur 2113- 2006 S.M
- Kerajaan Babylon Awal atau lama 2000- 1530 S.M
- Kerajaan Kassites 1530- 1100 S.M
- Kerajaan Assyria 1100- 626 S.M
- Kerajaan Chaldea 626- 539 S.M
6
-
7/15/2019 sejarah lengkap
7/205
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia
hingga membawa keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia.
Antara kerajaan tersebut ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon lama dan Assyria
merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.
C. PROSES PEMBENTUKAN
Bahagian Utara Bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sg.Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sg Zab yang dikenali sebagai Assyria.
Bahagian Selatan Baghdad - meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg.
Euphrates yang hampir bercantum.
dikenali sebagai kasawan Babylon yang
terbahagi pula kepada 2
Akkad di Utara
Sumeria di Selatan
Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan iaitu Sumer.
Orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan neolitik
telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.
Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan sertamenjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina
sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai
Berlakunya lebihan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk
yang semakin bertambah.
D. CIRI- CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA
1) Negara Kota
Setiap kota mempunyai cirri fizikal tersendiri
Setiap Negara kota terbahagi kepada kawasan utama iaitu
a. pusat kota
b. tembok kota
c. luar kotad. pelabuhan
Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk
pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai
dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota
masyarakat.
Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri. Sungai serta
kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedatidan keldai.
Bandar atau Negara kota dapat dihubung oleh laut dari wilayah- wilayah lain.
Jalan perhubungan utama ialah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota
Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.
2) Organisasi Sosial
Kehidupan masyarakat lebih teratur
Masyarakat kota terbahagi kpd 2 golongan iaitu
7
-
7/15/2019 sejarah lengkap
8/205
a) golongan pemerintah- terdiri daripada raja,
ketua pendeta, ketua tentera dan golongan
bangsawan.
b) Golongan rakyat- terdiri daripada rakyat bebas
seperti petani, artisan serta pedagang danhamba yang terdiri drpd tawanan perang.
3) Sistem Pemerintahan- sistem pemerintahan beraja berbentukteokrasi
Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota.
Walaupun raja dianggap sebagai tuhan, rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan
kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin ( 2291- 2255 S.M) di Akkad. Beliau
memaksa rakyat Akkad menyembahnya kerana beliau menganggap dirinya sebagai tuhankerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya
sebagai Raja Empat Penjuru Alam
Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal
ehwal keagamaan.
Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di Zigurat serta
menentukan bentuk pentadbirannya.
Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan
khazanah Negara.
Raja amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
Raja dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan
bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.
4) Pengkhususan Kerja-berlaku bila wujudnya lebihan hasil pertanian
Terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi
peniaga, pedagang dan artisan.
Perdagangan dikendalikan dengan kawasan wilayah sekitar dan kawasan di Lembah
Indus. Aktiviti perdagangan pentig kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan
mentah
Barangan logam, kayu kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil
pertanian Mesopotamia
Ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di Negara kota.
Ada sebilangan masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan
Negara kota.
5) Sistem Tulisan-bermula dengan tulisan bergambar
Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat.
Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku atau dikenali sebagai cuneiform.
E. SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA
a) PERUNDANGAN
Kod hammurabi- digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah
Babylon.
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
8
-
7/15/2019 sejarah lengkap
9/205
Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza
mengikut susun lapis masyarakat
Mengandungi 282 undang- undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar
Rakyat dapat membaca undang- undang tersebut.
Kod ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagaikaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
Dapat mewujudkan dan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
kehidupan masyarakat.
Kod ini juga dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka
panjang ( 3500- 530 S.M)
b) SISTEM TULISAN-
Kelahiran jurutulis melancarkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkod.
Dalam perdagangan kesemua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit.
Melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh ( hasil kesusasteraan tertua
di dunia ) mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
c) BIDANG SAINS- Perkembangan ilmu astronomi
Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada
perkembangan ilmu matematik seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak,
mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada
perkembangan ilmu geometri.
Penguasaan bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan
laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan
dalam satu tahun.
Perkembangan ilmu perubatan diberi perhatian oleh kerajaan Assyria kerana kerajaan
ini amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat- ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah
dikatalogkan dengan menggunakan ubat- ubatan juga telah dicatatkan sebagai
panduan kepada pengamal perubatan.
d)PENCIPTAAN RODA- Digunakan dalam menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan
atau pengangkutan barangan.
Juga membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke
kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
Tamadun ini menyumbang ciptaan alat pengangkutan terawal dunia- penggunan
kapal layer dan pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M
Menyebabkan mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka
dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah kawasan Mediterranean.
e) PENCIPTAAN ARCA DAN TIANG BATU: Membina arca patung Raja Gudea
Penggunaan arca dan tiang batu dalam pembinaan Zigurat.
- Raja Sargon beerjaya mewujudkan kerajaan Akkad yang merupakan empayar pertama di
dunia. Beliau berjaya menakluk dan menyatukan wilayah- wilayah kerajaan Sumeria di
Selatan Mesopotamia. Beliau dikatakan operintis kepada pembentukan sesebuah empayar
9
-
7/15/2019 sejarah lengkap
10/205
selepasnya dan kemudian menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose
111 pada zaman Mesir Purba.
- Mesopotamia menyumbang kpd pembentukan sebuah masayarakat berestetika.
- Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun adalah hasil usaha pemimpin masa
lampau seperti Ashubanipal (668-627 S.M) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaandiraja di bandar Nineveh.
MAKLUMAT TAMBAHAN.
10
-
7/15/2019 sejarah lengkap
11/205
B) TAMADUN MESIR PURBA
MAKLUMAT KETERANGAN
Sumeria Berasal daripada nama kuno merujuk kepada wilayah di
selatan Iraq, iaitu Sumeria.
Peringkat awal kawasan ini didiami oleh 3 kumpulan etnik
iaitu Sumeria, orang Semitik dan orang yang tidak diketahui
asal- usul keturunannya tetapi bilangannya kecil
Negara Kota Keluasannya bih kurang 1000 batu persegi.
Contoh keluasan Kota Lagash adalah lebih kurang 1800 batu
persegi dan penduduknya berjumlah antara 30 000hingga 35
000 orang.
Setiap Negara kotaini merupakan sebuah kerajaan ang
berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri.
Negara kota akan bersatu tenaga untuk berperang dan
menentang musuh.
Taman Tergantung
Babylon Salah satu daripada 7 keajaiban dunia
Dibina pada zaman Raja Nabuchadnezzar- raja Chaldea
Dalam taman ini terdapat pelbagai pokok dan pokok bunga
yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit teres yangmenampakkan seolah- olah tanaman tersebut tergantung.
Teokrasi Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan
hukum agama dan bersifat ketuhanan
Hammurabi Memerintah dari tahun 1792-1750 S.M
Berasal dari keturunan Amorite
Membina banyak Negara Kota. Pusat pemerintahnya diBabylon
Menakluki Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia
Contoh Kod Hammarubi- jika seseorang bangsawan
mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya
akan dipatahkan. Jika seseorang bangsawan mencederakan
mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya,
maka bangsawan ini didenda satu wang perak.
Epik Gilgamesh Kisah kepahlawanan tokoh Gilgamseh yang memiliki sifat
2/3 tuhan, 1/3 manusia, wajah tampan dan susuk badan yang
sasa. Mempunyai kekuatan dan keberanian. Beliau
memerintah serta memberikan perlindungan kepada
kehidupan kepada Kota Uruk.
Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan,
kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Perpustakaan Diraja Mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet yang
mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan
sejarah lampau Mesopotamia daripada koleksi ilmupengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan jugaberibu- ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan serta
susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan
peristiwa sejarah.
11
-
7/15/2019 sejarah lengkap
12/205
a) LOKASI
o Terletak di tebing sungai Nil. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai Nil Biru
yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sg. Nil Putih yang bermula dari Tasik
Victoria di Uganda.
o Limpahan air Sungai Nil berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir yang sebelumya
gersang.
o Mesir menjadi tanah dataran yang subur. Tanah lanar berjaya membentuk sebuah delta
yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.
b) KERANGKA MASA.
o Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik ( 10 000- 500 S.M)
o Pada sekitar tahun 3500 S.M wilayah di sekitar delta serta di bahagian pertengahan Mesir
telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
o Dibahagikan kepada empat
a. Zaman Awal 3100-2200 S.Mb. Zaman Pertengahan 2040-1785 S.M
c. Zaman Empayar 1570- 1085 S.M
d. Zaman Keruntuhan 1085- 322 S.M
o Tempoh peralihan masa adalah terlalu lama.
o Mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing
seperti Libya ( 1100-747 S.M), Kush ( 730- 670 S.M), Assyria ( 663- 609 S.M ), Parsi
( 525 S.M ), Yunani ( 332- 30 S.M ) dan Rom ( 30 S.M )
c) PROSES PEMBENTUKAN
o Manusia yang tinggal di Lembah Sungai Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa
pada zaman Logam sejak tahun 5000 S.M
o Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan
yang baik untuk aktiviti pertanian
o
Kreativiti ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatankawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah.
o Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.
o Petempatan tetap ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampong- kampong
ini telah wujudkan beberapa buah bandar yang kemudiaanya bergabung membentuk
sebuah nome atau daerah.
o Kesemua nome kemudian disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat
pentadbiran. Contohnya Bandar Thiris, Memphis dan Thebes.
d) CIRI- CIRI TAMADUN MESIR.
o Bila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah
kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak
di bahagian tengah Sungai Nil.o Pusat Pentadbirannya berpindahke bandar Memphis berhampiran dengan delta Sg. Nil
o Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbirannya berpindah ke Bandat Thebes.
o Terdapat beberapa bandar penting lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abbydos.
o Kehidupan di bandar merupakan salah satu cirri penting dalam tamadun ini kerana
disinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga
pelabuhan penting tamadun ini.
Struktur Organisasi Susun Lapis
12
-
7/15/2019 sejarah lengkap
13/205
- Diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
- Jawatan firaun ( raja mesir) diwarisi secara turun- temurun.
- Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
- Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana
dipercayai baginda adalah anak tuhan Matahari, iaitu Amon- Re.- Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
- Firauan ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.- Diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
- Lapisan paling bawah ialah hamba.
Sistem pemerintahan
- Diterajui oleh raja iaitu Firaun.
- Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan,
mengurus dan mengagihkan hasil makanan di dalam Negara.
- Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan
juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
- Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
- Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yangdilantik untuk menulis rekod kerajaan.
- Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
- Pada zaman Empayar seorang telah dilantik menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut
( 1501- 1479)- Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terus dan penukaran
padang pasir kepada tanah pertanian tang subur.
- Kejayaan ini meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain.
( menunjukkan wanita yang memerintah Mesir mempunyai status yang tinggi.- Kerajaan Mesir Purba merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah
kawasan yang luas termasuk wilayah di Nubia di Selatan Mesir hingga ke utara serta
barat dan juga wilayah di sebelah Asia iaitu wilayah di Palestin hingga Lubnan dan Syria.
Pengkhususan Kerja- Seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan.
- Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas
- Aktiviti ekonomi ialah perlombongan emas di kawasan Nubia.
- Pengangkuran air memainkan peranan pentig dalam tamadun Mesir Purba.
- Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal- kapal menyusurinya dan
berlabuh di pelabuhan- pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
- System pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang- pedagang dari
Laut Medeiterranean dan Laut Merah singgah di pelabuhan Mesir purba.
Kepercayaan.
- Percaya kepada konsep politiesme. Setiap orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan
unsure alam seperti Re( Tuhan Matahari) Ra- Atum ( Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan
Angin )- Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu mayat disimpan dan dijaga
dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan selepas
mati.
- Mayat diiringi dengan kelengkapan harian yang akan ditanam bersama- sama dengannya.
Solekan mayat, alat kebeasaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam
menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
System Tulisan
13
-
7/15/2019 sejarah lengkap
14/205
- Dikenali sebagai hieroglif yang berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang
berdasarkan bunyi.
- System tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan
pungutan cukai.
- Berperanan untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
E. SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA.
Seni Bina
- senibina pyramid bermula daripada ilham Imhotep, saintis, ahli fizik, arkitek dan
penasihat penting firaun Djoser ( 3150 S.M ). Memperkenalkan teknik pembinaan
bangunan dengan menggunakan batu- bata. Juga merupakan pengamal ilmu perubatan
dan pengarang sains dan sastera.
- Pembinaan pyramid menggambarkan kreativiti mesyarakat Mesir Purba dalam bidangpembinaan.
Penciptaan Kertas.
- Mencipta kertas daripada pokok papyrus yang hidup di Lembah Nil.
- Penciptaan ini memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada
kepingan batu- bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Sistem Tulisan.
- tulisan berbentuk hieroglif, dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan cantik,
halus dan penuh seni pada makam dan batu.
Sistem pendidikan.
- Mewujudkan system pendidikan pada kanak- kanak daripada keluarga atasan.
- Mereka diberi pendidikan sejak dari umur rendah.
- Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan.
- Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya
juru tulis yang sempurna dan terlatih.
- Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang bolehmenguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan
dan pyramid.
Bidang Perubatan
- Telah melahirkan pengamal perubatan- Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat.
- Berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
- Kemajuan utamanya dalam proses memumiakan mayat berkaitrapat dengan kepercayaan
orang Mesir Purba.
Bidang Sains
- Kemajuan dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan
sumbangan besar kepada perkembagan ilmu hingga hari ini.
Bidang Pengairan.
- Pengawalan aliran air Sg. Nil menjadi nadi kepada tamadun.
14
-
7/15/2019 sejarah lengkap
15/205
- Pemerintah berjaya mencipta system pengairan yang menukarkan kawasan padang pasir
menjadi kawasan tanah pertanian.
- Pemerintah firaun Senuusret 111 membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123km
bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah 10
000 hektar.
Bidang Matematik
- Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi digunakansepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sg. Nil yang berlaku sekali
dalam setahun.- Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir
memperkenalkan system calendar 365 hari iaitu 12 bulan dalam setahun.
Maklumat Tambahan
Maklumat keterangan
Firaun Ketua kerajaan Mesir
Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu pharaoh
yang beerti rumah yang agung
Bermaksud pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran
cukai kepada tanah dan harta
Rumah yang agung merujuk kepada istana dan raja yang
memerintah iaitu firaun.
Politeidsme Kepercayaan kepada banyak tuhan
Penemuan
makam
Tutankhanum
II
Ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howaard Carter pada 1922
Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha mencari gali di lembah yang
dikenali sebagi lembah Raja di Thebes dijalankan
Mayatnya diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11kg.
Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.Jasa Imhotep Pembinaan pyramid Sakkara yang merupakan pyramid tertua dan binaan
batu yang pertama di dunia
Pyramid ini dibina untuk firaunDjoser iaitu firaun kedua pada dinasti ke-3
Hieroglif Tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar
Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratic- tulisan berangkai.
Pada 700S.M tulisan hieratic ini berkembang ke tulisan demotic.
Dokumen
Perubatan
Mesir
Buku serta catatan tentang perubatan ini ditemui di dalam makam Firaun
Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah
pada tahun 1600 S.M yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulisdiraja sejak zaman berzaman
C) TAMADUN INDUS.
a) LOKASI
- Merupakan tamadun terawal diduniaTerletak di Lembah Sungai Indus yang berpunca
daripada Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.
- Dikenali juga sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama tamadun
ini.
15
-
7/15/2019 sejarah lengkap
16/205
- Terletak di bahagian barat laut India. Dikelilingi oleh Banjaran Makram, Pergunungan
Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di
bahagian tenggara.
b) KERANGKA MASA
- Muncul sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun 1800 S.M
- Masih belum jelas factor kemerosotan tamadun ini dan ada yang menyatakan tamadun inimengalamani kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir,
kemarau dan gemapa bumi.
c) PROSES PEMBENTUKAN
Di bahagian Barat Laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan
kehidupan secara nomad, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan
memburu dan mengumpul makanan.
Penduduk ini kemudiannya membentuk petempatan kekal di sepanjang Ss. Indus
kerana kawasan ini sesuai sebagai sumber air, tanah yang subur dan boleh
meningkatkan hasil pertanian. Keadaan ini membawa kepada pertambahan
penduduk.
Factor ini menyumbang kepada perkembangan bandar
Dua bandar utama yang terbentuk ialah Mohenjo- Daro dan Harappa.
Lothal dan Sutkagen merupakan bandar pelabuhan penting.
d) CIRI- CIRI TAMADUN INDUS.
Petempatan Kekal
- Membawa kepada pembentukan bandar terancang.
- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
- Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan
bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan
pembersihan dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
- Bandar- bandar disusun dengan teratur dan sistematik.- Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dari pembinaan serta
sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar- bandar ini disusun berassakan blok- blok berbentuk segi empat dan dipisahkan
oleh satu rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
- Setiap bandar mempunyai system kumbahan yang terancang.
- Selain jalanraya, bandar- bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi
sebagai jalan perhubungan.
Organisasi Sosial
- Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakatnya terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan atasan dan bawahan.
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun bilnagannya kecil, para pendetamempunyai kuasa dan pengaruhcbesar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya
yang melibatkan kegiatan keagamaan.
- Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta.
- Oleh kerana tiada bukti kewujudan raja, sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan
dipegang oleh golongan pendeta.
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.
- Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil
tersebut kepada pihak berkuasa.
16
-
7/15/2019 sejarah lengkap
17/205
- Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar,
membina tembok di benteng dan membina terusan.
Pengkhususan Kerja.
- Terutamanya dalam bidang ekonomi.
- Masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian,
pertukangan dan pembuatan.- Aktiviti perdagangan termasuklah dengan Mesopotamia. Ini terbukti melalui penemuan
cop mohor muatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.- Antara hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading, gajah, manik dan hasil
pertanian.
- Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti
barli, kacang dan sebagainya.
- Ada masyarakat yang menjadi artisan secara khusus- terlibat dalam pembinaan dan
penghasilan barangan logam dan barang tembikar.
Keagamaan
- Dikenalpasti mempunyai satu amalan agama
- Terbukti dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsure keagamaan.Antaranya sebuah patung Proto- Siva menunjukkan seseorang duduk bersila dengan
stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepala yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu
dan Siva ( penting dari sudut kaitannya dengan agama Hindu)
- Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu- diwarisi daripada kebudayaan yang lebih
awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam masyarakat
Mesopotamia, Asia kecil, Syria dan palestin.
System Tulisan.
- Berbentuk piktograf (tulisan tamadun ini masih lagi misteri kerana masih belum dapat
ditafsirkan sehingga kini.
e) SUMBANGAN TAMADUN INDUS
Perancangan Bandar
- Keupayaan mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo- Daro dan Harappa.
- Memerlukan gabungan antara kepakaran dan pengisiannya, pemahaman tentang ilmugeometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan.
- Hasil pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti
oleh jalan raya yang lurus dan masyarakatnya meningkatkan mutu bahan binaan.- Mereka tidak hanya bergantung kepada panas matahari untuk membuat batu- bata
daripada tanah liat sebaliknya dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Sifat Keterbukaan
- Melalui hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membolehkan
masyarakatnya memperolehi manfaat sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau
seumpamanya.
- Segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Maklumat Keterangan
System saliran di Rumah- rumah di bandar ini mempunyai bilik mandi dan tandas
17
-
7/15/2019 sejarah lengkap
18/205
bandar terancang. Air dan sisa kumbahan dari rumah disalir terus untuk
membolehkan kerja pembersihan dilakukan jika tersumbat.
Bahan buangan ini akan dihantar ke pusat pembuangan di luar
bandar.
Cap mohor Dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan
Cap ini berbentuk empat segi bujur dan dikatakan sebagailambang pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang.
Tuhan Ibu Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu terbukti dengan penemuan
patung wanita.
Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat lembah Indus bagi
melambangkan kesuburan
Hubungan
tamadun
Mesopotamia
Tamadun Indus
Sumber Mesopotamia menyatakan nama Bandar seperti Makan
dan Meluhha.
Bandar Makan dikenalpasti sebagai Maakran dan Meluhha
berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo- Daro.
Sumber ini langsung memaparkan wujudnya hubungan antara dua
tamadun.
D) TAMADUN HWANG HO.
a) LOKASI
Muncul daripada kesuburan tanah di Hwang Ho atau Sg. Kuning
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di
bahagian utara Negara China.
Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di
sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat- pusat tamadun dunia lain.
Cirri- cirri fizikal yang bergunung ganang, berpadang pasir menyebabkan tamadun inibersifat setempat.
b) KERANGKA MASA
Kemunculan tamadun ini dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapian yang
dikenali sebagai Peking man yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M.
Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan zaman paleolitik.
Zaman neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M
Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan
Dinasti diraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar
tahun 2205 1766 S.M ( namun belum ada bukti kewujudan dinasti Hsia seperti Dinasti
Shang. Dinasti Shang dibuktikan dengan jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya
pada sekitar tahun 1766- 1050 S.M
Pada penghujung dinasti Shang, muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman
pemerintah Raja Shang.
Ini mendorong suku Chou yang mendiami lembah Sungai Wei di bahagian barat
mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintah Shang
dengan pemerintah dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga 256 S.M.
18
-
7/15/2019 sejarah lengkap
19/205
c) PROSES PEMBENTUKAN
Berasaskan peranan sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan sekitarnya.
Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan
awal di kawasan ini.
Tapak Bampo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal
penduduk Hwang Ho.
Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternak binatang selain
mengumpul hasil hutan dan berburu.
Keadaan ini telah melahirkan beberapa buah bandar di lembah Hwang Ho.
Salah sebuah bandar awal tamadun ini ialah Hwang Ho iaitu Anyang yang merupakan
pusat kerajaan Dinasti Shang. Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan
khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar
Hwang Ho.
Semasa D inasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yang
Tze.
d) CIRI- CIRI TAMADUN HWANG HO NEGARA KOTA
- Anyang merupakan salah satu contoh Negara kota.
- Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana,
kuil dan pusat pentadbiran.
- Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di
kawasan bandar.
- Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dikelilingi
oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
ORGANISASI SOSIAL
- Masyarakat Shang mmeperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduku lapisan
paling atas yang diduduki oleh raja.
- Lapisan bawahan adalah golongan petani yang membentuk sebahagian besar pendudukyang tinggal di kawasan luar bandar.
- Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang digunakan untuk menghasilkan senjata,
perisai dan hiasan pada kereta kuda untuk digunakan oleh tentera serta peralatan untuk
upacara keagamaan.
- Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. Oleh itu
golongan itu boleh mnegguanakan kemewahan mereka untuk menundukkan golongan
bawahan.- Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
- Perhambaan merupakan satu cirri utama dalam Dinasti Shang.
PENGKHUSUSAN KERJA
- Golongan pembesar memilki tentera dan terdapat dua kumpulan tentera iaitu
i) kumpulan tentera berkereta kudaii) kumpualn tentera berjalan kaki.
- Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan
golongan atasan. Kumpulan petani telah membentuk kumpulan artisan.
- Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan
makanan, senjata dan barang tembikar.
- Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-
Kerja pemburuhan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
19
-
7/15/2019 sejarah lengkap
20/205
SISTEM PEMERINTAHAN.
- Dinasti Shang berbentuk pemeritahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada
kalangan lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
- Raja- raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social dan agama.
- Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
- Masyarakat mempercayai kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja- raja
Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripadaketurunan pemerintah agama.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbirwilayahnya.
- Golongan bangsawan berhak mewujudkan system pentadbirannya sendiri dalam hal
seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang- undang.
- System yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabial mereka mengambil
alih pemerintah Shang.
- Raja- raja dinasti Chao membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah- wilayah
dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
- Pembesar- pembesar Dinasti Chao membuat ikrar taat setia kepada pemerintah di
samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
- Mereka melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.- Pembesar tempatan diberika hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan
upacara pengorbanan.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN.
- Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politiesme.
- Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
- Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) dan tuhan bumi ( Tu) di samping
penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacarapenyembahan diketuai oleh golongan bomoh.
- Keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura- kura di Anyang.
Tulang ini dikenali sebagai Oracle. Fungsi tulang Oracle adalah untuk meramal sesuatu
keadaan.- Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas
unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan
sesuatu kerajaan.
SISTEM TULISAN
- Amalan penilikan tulang Oracle membawa kepada kemunculan system tulisan awal di
China.
- Rekahan- rekahan pada tulang menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta
tulisan.
- Tulisan China berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol.
- Tulisan asal ini kebanyakkannya mempunyai gambar seperti kanak- kanak, bulan,
matahari dan sungai.
- Tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat padahari ini.
e) SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO
a) Bidang Politik.
Dari segi politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi pemerintahan China
Kuno.
20
-
7/15/2019 sejarah lengkap
21/205
System pemerintahan monarki diteruskan sehingga ke Dinasti Ching. Hanya
berlaku sedikit perubahan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Konsep anak syurga dan mandate dari syurga yang dikaitkan dengan raja
(Maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti- dinasti di China
hingga abad 20.b) Bidang Ekonomi.
Pembinaan system pengairan
Pemimpin- pemimpin dinasti Shang amat prihatin terhadap pembangunan
pertanian.
Terusan- terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain
mengelakkan banjir.
System pengairan diteruskan di zaman Ching oleh Shih Huang Ti ke kawasan
barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di
wilayah tersebut.
Pembangunan dalam sector pertanian membawa kemajuan dalam teknologi
pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Perubahan berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat
pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
c) Bidang Tulisan.
System tulisan berkembang secara evolusi dan masa yang digunakan oelh orang
China hingga hari ini.
Penggunaan tulisan adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan
pencetakan.
Tulisan ini diajar di sekolah China. Malah tulisan ini terus berkembang dengan
penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
d) Agama dan Kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang masih berkekalan sehingga hari ini.
Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut
kesesuaian masa. Contoh, unsure korban manusia tidak algi diamalkan dan
digantikan dengan unsure makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
Konsep Yin dan Yan serta Fen Sui merupakan dua daripada kepercayaan yang
masih terdapat dalam masyarakat China.
e) Takwim
Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat
30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai.
Amalan menggunakan calendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian
seperti upacara perkahwinan, pemburuan atau pengebumian.
f) Falsafah.
Mengamalkan falsafah peang Sun Tzu.
Karyanya- Art of War membicarakan selok belok perang dan bagaimana
menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
21
-
7/15/2019 sejarah lengkap
22/205
Pada hari ini falsafah ini telah diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan
perniagaan.
Maklumat Tambahan
Maklumat Keterangan
Mandat dari tuhan Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan
dan rakyat akan menikmati kemakumuran dan kesejahteraan
hidup kerana pemerintah itu direstui tuhan.
Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat
itu kerana mereka telah berlaku zalim
Raja Chou Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang
menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara
agama, hal ehwal monarki dan undang- undang.
Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh
pembesar- pembesar feudal
Shang-ti dan Tien Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk
pada nenek moyang pemerintah Shang Orang Cina kuno mempercayai satu kuasa agung yang
dikenali sebagai Tein.
Konsep Tien sukar dijelaskan tetapi Tien boleh
dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuat dan
tertinggi di alam semesta
Tien kadang- kadang dirujuk sebagai syurga
Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan
Yang.
Yin dan Yang Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya
terdiri daripada dua unsure yang saling melengkapi iaitu Yin
dan Yang.
Yin ialah kuasa pasif dan yang adalah kuasa aktifFeng Sui Falsafah Toisme yang berlandaskan falsafah alam semesta
yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam
sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup
secara harmoni dengan alam semesta.
22
-
7/15/2019 sejarah lengkap
23/205
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
A. LATAR BELAKANG TAMADUN
1. Tamadun Yunani
Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau- pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh
laut Aegean dan laut Mediterranean.
Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai Negara kota
atau polis.
Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampong dan bandar pada sekitar
tahun 1000- 800 S.M
Terdapat banyak Negara kota pada zaman Yunani dan setiap Negara kota mengandungi
sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan- kawasan pertanian.
Di dalam kota ada pasar, kubu, kuil, dan istana.
Kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth- ketiga- tiga kota ini terletak
berhampiran dengan Laut Mediterranean.
Setiap Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang- undang tersendiri selain
turut memiliki beberapa buah tuhan.
Masyarakat dalam setiap Negara kota sentiasa bersatu padu, walaupun begitu
peperanagan sering berlaku antara Negara- Negara kota tersebut.
2) Tamadun Rom Tamadun ini lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai
Tiber, di Lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin.
Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M. Lembah ini berkembang dan
menjadi penting.
Pada abad ke -2 masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di
setiap bandar.
23
-
7/15/2019 sejarah lengkap
24/205
Majlis perbandaran ini menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadiran pusat di
Rom. Keadaan ini membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
Pembinaan bandar yang terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
system pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum) rumah mandi
awam dan istana.
Bandar Pompei merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan
seperti pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintugerbang dan colloseum ( binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan pahlawan Rom)
Pada tahun 80M bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.
Terdapat system saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 KM
yang melibatkan 14 buah saliran dan terusan- bekalan air dapat diberikan kepadapenduduk Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selian digunakan untuk
tujuan perindustrian dan pengangkutan.
3) Tamadun India
Tamadun terawal di India ialah tamadun Indus yang mencapai era kegemilangan antara
tahun 2500-1800 S.M
Selepas zaman ini tamadun Indus mengalami keruntuhan yang dkaitkan dengankedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada
masyarakat.
Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik- nama Vedik diambil sempena kelahiran kitab-
kitab Veda.
Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat
tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
Menjelang abad ke-7 S.M masyarakat telah beralih ke Lembah Ganges.
Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
Terdapat dua bentuk kerajaan atau Janapada atau kerajaan kecil dan mahanjadapada
atau kerajaan besar.
Di bawah pemerintahan Changragupta Maurya, kerajaan- kerajaan kecil disatukan. Pada zaman 321 S.M telah lahir empayar yang pertama di India kerana semasa
pemerintahan Dinasti Maurya, seluruh India Utara disatukan.
Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan ketika pemerintahan Asoka.
4) Tamadun China.
Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
Perluasan kawasan ini bermula dengan kemuncalan Dinasti Chin.
Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun
China.
Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M dan berakhir pada tahun 206 S.M
Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya
memperluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya
sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa
dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.
B.ASPEK- ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
24
-
7/15/2019 sejarah lengkap
25/205
i. Di kesan melalui idea- idea baru yang diperkenalkan dalam pentadbiran yang bertujuan
menambahbaikkan lagi system atau cara yang sedia ada.
ii. Dikesan dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.
a) Tamadun Yunani.
Telah wujud beberapa pemerintahan yang diamalkan oleh sebuah Negara kota.
Bentuk pemerintahannya menagalami perubahan monarki, oligarki, aristocrat,
diktator (traini) dan akhirnya kepada demokrasi.
Keadaan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek
pemerintahan dan pentadbiran Negara kota mereka.
Sebelum system demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan system beraja.
Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.
Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Bila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim,
dan ketua agama merosot.
Akibatnya, lahirlah system raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad.
Keadaan ini berlaku kerana dalam system pemerintahan ini pentadbiran dikuasai
oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
System pemerintahan oleh beberapa orang konsul dikenali sebagai oligarki.
Daripada kalangan konsul, lahir golongan aristokrat yang kuat- mereka memiliki
kuasa yang besar yang dikenali sebagai pemerintahan aristokrasi
Rakyat mereka tidak puas hati dengan corak pemerintahan aristokrasi yang
menyebabkan munculnya golongan yang menuntut hak ini dan membawa kepada
berlakunya rampasan kuasa.
Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan bentuktirani oleh diktator.
Biasanya dictator bukannya daripada golongan aristocrat tetapi daripada
golongan kaya atau tentera.
Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa, tetapi tindakan itu telah
ditentang oleh golongan aristocrat. Oleh itu lahir pula system demokrasi.
Dalam system demokrasi ada Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.
Dewan perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli
Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
Ahli Majlis, Majistret dan juri dilantik oleh Dewan.
Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.
Walaupun system demokrasi ini berlaku di Athens, tetapi system ini tidak
berlaku di Negara kota yang mengamalkan system berja berkuasa mutlak.
Athens mengamalkan demokrasi, Sparta pula mengamalkan pemerintahan
tentera- memberikan penekanan terhadap system pertahanan. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan system latihan
ini menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat
patriotik yang tinggi dan handal.
System demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu
telah diwarisi hampir seluruh Negara di dunia dengan amalan demokrasi
berebeza setiap Negara.
b) Tamadun Rom
25
-
7/15/2019 sejarah lengkap
26/205
Pemerintahan beraja mulai tahun 753 S.M. Pada masa ini Rom diperintah secara
mutlak oleh raja- raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada
kalangan masyarakat Latin tempatan.
Oleh itu pemerintahan secara mutlak raja- raja Etruscan ini tidak disenangi oleh
masyarakat Latin.
Masyarakat latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai
Patrician telah memberontak. Akhirnya Rom membentuk sebuah republic padatahun 509 S.M.
Dalam system republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
untuk sesuatu tempoh.
Dua orang konsul ini menyebabkan tiada yang lebih berkuasa antara mereka.
Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi
membincangkan hal- hal pentadbiran dan merangka perundangan.
Kebiasaannya sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagi konsul, beliau
ialah Praeotor iaitu pemerintah tentera.
Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh
semua rakyat Rom.
Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan
untuk diluluskan.
Sistem republik di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di
bawah pemerintahan Julius Caesar.
Perubahan berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia,
Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Briritania (Britain) dan beberapa kawasan di
Jerman.
Pemerintah bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan
terbentuknya system pentadbiran berpusat iaitu kesan penyatuan wilayah-
wilayah kecil yang ditaklukinya.
Julius Caesar telah menamatkan system republik dan menjadi dictator.
Beliau menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakn gelaran
maharaja.
Gelaran maharaja diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27- 14
S.M
Walaupun memerintah sebagai maharaja, beliau berjaya membawa keamanan
dan keagungan kepada empayar Rom.
Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
Zaman kegemilangan ini digelarPax Romana (keamanan Rom).
Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua iaitu Asia, Afrika, dan
Eropah.
c) Tamadun India
Awal pembentukannya antara tahun 600- 320 S.M, tamadun India mempunyai
dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja
Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
Raja mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak.
26
-
7/15/2019 sejarah lengkap
27/205
Kedudukan seseorang raja kemudiannya diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk
upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah
suci dan harus dihormati.
Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan
penting dan diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggiserta merupakan golongan dominant.
Chandragipta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321- 185 S.M. Keadaan ini telah
mengubah status raja kepada maharaja.
Empayar Mautrya meliputi kawasan dari teluk Benggala hingga ke pergunungan
Hindu Kush.
Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja
Asoka iaitu dari tahun 273-232 S.M.
Penilaian ini dibuat berasaskan kerajaan Asoka menamatkan perang saudara
selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki Negara Kalinga yang
memiliki penduduk yang ramai di India.
Selepas Perang Kalinga, Asoka telah menekankan kedamaian dan kemajuansocial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan
tidak lagi menerusi ketenteraan.
Walaubagaimanapun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau
telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.
d) Tamadun China.
Perluasan kuasa telah mnegubah pemerintahan berbentuk system feudal kepada
pemerintahan berbentuk system pentadbiran berpusat.
Perluasan kuasa juga telah melahirkan empayar pada Zaman Dinasti Chin dari
tahun 221-206 S.M
Pada masa ini konsep raja telah bertukar kepada maharaja.
Pemerintahan maharaja membolehkan pembentukan sebuah system pentadbiranatau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Mereka yang dilantik terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Perlantikan pegawai- pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam
peperiksaan awam.
System ini diwujudkan pada zaman dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.
Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.
Maklumat Tambahan
Maklumat Keterangan
Polis Institusi politik yang merdeka. Saiznya agak kecil dan
Athens merupakan polis yang terbesar.
Jumlah penduduknya juga kecil. Athens pada zamankemuncaknya hanya mempunyai 40000 orang penduduk.
Setiap polis mempunyai
- Acropolis iaitu kawasan tertinggi yeng menempatkan
bangunan kerajaan dan keagamaan.- Agora iaitu tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat
27
-
7/15/2019 sejarah lengkap
28/205
yang merupakan pusat ekonomi bagi sesebuah polis.
- Kawasan pertanian di luar kota- menyediakan
keperluan penduduk di dalam kota.
Shih Huang Ti Memerintah 226-210 S.M. beliau lahir pada sekitar tahun 259 S.M
Nama asal beliau ialah Raja chen. Peranan utama beliau ialah
menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China
sehingga seperti wujud pada hari ini.
Ologarki Sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam tamadun
Yunani di Athens
Dalam sistem ini, kuasa pemerintah terletak dalam tangan
beberapa orang konsul
Aristokrasi Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
Tirani Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan
digunakan sewenang- wenangnya.
Diktator Pemerintahan berkuasa mutlak iaitu mempunyai kuasa yang tidakterhad.
Demokrasi Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih
oleh rakyat melalui pilihan raya. Terdapat beberapa bentuk demokrasi. Contohnya demokrasi di
Athens berbentuk penyertaan langsung warganegara lelakinya
terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang
mengaanggotai Dewan Perhimpunan
Republik Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui
pilihanraya dan diketuai oleh presiden.
Julius Ceasar Lahir pada tahun 100 S.M dan terkenal sebagai ketua tentera yang
agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan.
Pada tahun 62 S.M beliau dilantik menjadi praeotor dan pada
tahun 59 S.M beliau menjadi konsul pula.
Beliau Berjaya mengisytiharkan dirinya sebagai dictator setelah
mengalahkan Jeneral Pompey.
Beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M oleh penyokong Jeneral
Pompey
Perang Kalinga Berlaku pada tahun 261 S.M dalam usaha Asoka mewujudkan
empayar agung
Dalam perang ini 100000 orang terkorban sementara 150 000
orang cedera.
Perang ini telah menyedarkan Asoka tentang akibat perang yang
membawa penderitaan dan kematian.
Perang ini diingati dalam sejarah dan tamadun India kerana
menjadi peristiwa penting yang menyebabkan Asoka memeluk
agama Buddha dan mengembangkan agama tersebut.Birokrasi Sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan
mempunyai banyak peraturan.
2. PERUNDANGAN.
Saiz masyarakat yang bertambah besar dalam sesebuah tamadun boleh
mendatangkan masalah sekiranya tidak ada peraturan atau system yang
dapat mengawal segala tindakan mereka.
28
-
7/15/2019 sejarah lengkap
29/205
Oleh itu, undang- undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan
aman dan sejahtera.
A) TAMADUN YUNANI.
Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang- undang.
Kepentingan Undang- undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republik.
Menurut beliau Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik
dan berupaya menggubal undang- undang.
Dalam tamadun awal, undang- undang yang digunakan adalah berbentuk undang- undang
bertulis.
B) TAMADUN ROM
Undang- undang Rom yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang telah dipahat pada
kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk
tatapan rakyat.
Undang- undang awal lahir pada Zaman Republik.
Oleh kerana banyak undang- undang dan antaranya yang rumit, Maharaja Justinioan telah
mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang- undang tersebut walaupun padamasa itu, terdapat hakim- hakim yang mahir.
Usaha beliau telah melahirkan kod Undang- Undang Rom pada tahun 572M.
Kod ini dikenali sebagai Undang- Undang Justinian dan intipati undang- undang ini
masih kekal hingga kini.
C) TAMADUN INDIA
Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan serta
keberkesanan pentadbiran.
Kitab Dharma Satra dianggap kitab undang- undang Hindu paling tua dalam tamadun ini.
Kitab ini dipercayai telah dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M
Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-
undang.
Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung
kepada keseriusan kesalah tersebut.
Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang atau urusan undang-
undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum- hakam terutamanya yang
berkaitan dengan keagamaan.
Pada zaman Dinasti Maurya undang- undang maharaja disampaikan sebagai titah dan
perintah raja.
Segala titah perintah itu diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supayaundang- undang itu boleh dibaca oleh rakyat.
Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan
Asoka.
Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan
pemerintahannya adil.
D) TAMADUN CHINA.
29
-
7/15/2019 sejarah lengkap
30/205
System perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan hukuman
bercorak kolektif.
Teras undang- undang itu daripada falsafah legalisme. Ia telah digubal dan diperkenalkan
oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
Mengikut falsafah ini undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkahlaku
manusia. Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.
Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan dengan sebab itu raja
mesti memiliki kuasa yang utuh.
Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang
berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya iaitu ZamanDinasti Han dari tahun 206 S.M- 8 S.M.
Ajaran Confucius menekankan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian
manusia serta masyarakat.
3.PERALIHAN KUASA
Seseorang pemerintah yang berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil
akan berusaha meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan danpembukaan kawasan baru.
Kawasan yang ditakluki akan menerima bukan sahaja corak pemerintahan yang
dibawa oleh penakluk tetapi juga kebudayaan penakluk.
A. TAMADUN YUNANI.
Bermula dari tahun 800 S.M, kegiatan penaklukan kerajaan berjalan rancak.
Pada zaman Philip II dari Mecadonia, kerajaan Mecodania dan Yunani disatukan.
Usaha ini diteruskan oleh anaknya Alexander the Great yang telah berjaya meluaskan
lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan
Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean itu berada di bawah
kekuasaannya.
Alexandar the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan yang dikenali sebagai
Hellenistik- merupakan kebudayaan campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta
kebudayaan timur yang lain .
Kebudayaan ini tersebar dari kota- kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di
Itali, Iskandariah dan Antioch.
Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the Great dengan kemunculan
Rom.
.
B. TAMADUN ROM
Berlaku mulai tahun 27 S.M iaitu pada zaman pemerintahan Augustus Caesar
Beliau telah berjaya menubuhkan system empayar yang berbeza daripada system republik
sebelumnya iaitu mewajibkan system pemerintahan warisan. Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan
Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Mecadonia,
sebahagian Turki dan Palestin.
C. TAMADUN INDIA.
Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula
pada zaman pemerintahan Chadragupta Maurya ( dari 321- 292 S.M)
30
-
7/15/2019 sejarah lengkap
31/205
Kejayaan ini disebabkan kekuatan tenteranya yang besar iaitu 600 gajah, 1000 orang
tentera berkuda dan 10 000 orang infantry.
Beliau berjaya menguasai seluruuh India Utara dan setelah mengukuhkan kedudukannya,
beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid
di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Anak Chndragupta, Bindusara meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian
Selatan India.
Kaedah perluasan kuasa berbeza pada zaman Asoka. Beliau tidak menekankan kekuatan
kententeraan sebagai asas untuk mmeperluaskan kuasa, sebaliknya telah menekankandasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.
Asoka memberikan penekanan kepada agama Buddha. Pada zaman Asoka, seluruh India
telah menjadi kawasan takluk Empayar Maurya. Keadaan ini berlaku akibat daripada
kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.
D. TAMADUN CHINA.
Perluasan kuasa telah membawa kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin iaitu di
bawah pemerintahan Shih Huang Ti.Beliau telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan
kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah
menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima
tentera untuk mentadbir.
Bagi mempertahankan empayar China dari serangan Orang Gasar telah mengarahkan
pembinaan Tembok Besar China.
Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han.
Pada zaman Dinasti Han, kewibawaan Maharaja Hang Wu Ti yang juga digelar Maharaja
Tentera telah berjaya meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang
besar dan kuat.
Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah, Singkian, Lembah Tarim dan
Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di Selatan.
Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan
negeri China telah diwujudkan.
4.PENINGKATAN EKONOMI.
Antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia termasuklah bercucuk
tanam, bereternak binatang dan menghasilkan barang perdagangan.
Pada tahap awal kegiatan ekonomi yang paling utama ialah penanaman dan
penternakan binatanaang yang bertujuan untuk menyara keluarga.
Tapi bila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan
bandar, kegiatan tersebut telah membawa penghasilan yang melebihi keperluan
mereka sendiri.
Hasil yang berlebihan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaantempatan seperti tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan
yang terdapat di bandar.
A. TAMADUN YUNANI
Hampir semua Negara kota memberikan tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan
kecuali Sparta
31
-
7/15/2019 sejarah lengkap
32/205
Keadaan ini berlaku kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan
sesuai untuk aktiviti pertanian.
Terdapat aktiviti perdagangan dengan kawasan luar terutamanya melalui jalan laut.
Pada peringkat awal, aktiviti perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir pantai
yang berhampiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
Negara kota Athens dan Corinth menghadapi kekurangan makanan kerana kekurangantanah untuk pertanian.
Ini menyebabkan Negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari
kawasan di luar.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatan dan Laut Hitam.
Athnes juga menjadi pusat pengumpulan barabf keperluan yang dating dari Timur.
Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota dikenakan cukai dan ini
menyebabkan kenaikan harga barang.
Akibatnya ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat- tempat lain seperti Alexandria pada
Zaman Graeco-Rom ( 300 S.M)
B. TAMADUN INDIA
Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 S.M
Aktiviti ini melibatkan perdagangan dalaman iaitu antara kawasan- kawasan di dalam
wilayah India malah turut melibatkan perdagangan luar.
Antara pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa yang
menghasikan senjata, gading gajah emas, berlian dan mutiara.
Hubungan luar telah dilakukan antara kerajaan Maurya dengan Mecadonia, Sri Lanka,
rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan Negara luar
termasuklah Taimpralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach,
Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah meransang kewujudan persatuan
perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar. Persatuan ini termasuklah persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan
sebagainya.
Matlamat persatuan ialah mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang
telah diawasi oleh raja.
Matawang digunakan sebagai medium jualbeli.
Pada zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan.
Pengguanaan matawang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah
dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Guptha telah melaksanakan satu dasar
kewangan dan ekonomi yang sistematik.
Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalamsektor perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil kain kapas dan sutera.
Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares.
Perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang
di India.
Sejak Zaman Maurya juga, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil
perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah- buahan.
Cukai itu adalah untuk menyara anggota para pentadbir dan raja.
32
-
7/15/2019 sejarah lengkap
33/205
Sejak tahun 100 M, perdagangan maritime antara India dengan Alam Melayu telah
berkembang dan meningkat pada zaman Gupta.
Pedagang India telah memperolehi hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan
besi dari Alam Melayu serta tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.
Perdagangan dengan Rom dan Sri Lanka juga turut berkembang.
C. TAMADUN CHINA
Peningkatan ekonomi berlaku semenjak zaman Dinasti Shang.
Kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritime,
perusahaan dan pembentukan persatuan perdagangan.
Dalam bidang pertanian sejak Zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan untuk
membuat batas tanaman, kolar kida untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu,
kereta kuda dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah.
Pada Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching perkembangan terus meningkat
dalam penciptaan alat kegunaan pertanian.
System penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
System pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperolehi
sumber air dalam pertanian terkawal.
Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang
dibina.
Perusahaan logam dan tembikai berkembang sejak Zaman Dinasti Hang lagi.
Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperi Alam Melayu,
India, Timur Tengah dan Barat.
Hasil ini mula- mula dibawa melalui jalan darat. Iaitu jalan Sutera Darat dan kemudian
melalui jalan laut mulai Zaman Dinasti Tang.
Buktinya terdapat tembikar China di tapak- tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan
tersebut.
Barangan logam juga telah diperdagangkan. Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di Negara
China sendiri.
Di Negara China muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran
gologan kelas pertengahan yang besar.
Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam system
perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta
kuda dan kereta lembu.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat Keterangan
Maharaja Justinian Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru iaitu EmpayarByzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M.
Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran
Hukum Kanun 12 Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M
Undang- undang ini kekal selama 400 tahun.
Undang-undang
Rom
Undang-undang terdiri daripada cabang:
i. Undang- undang sivil.
ii. Undang-undang rakyat
33
-
7/15/2019 sejarah lengkap
34/205
iii. Undang-undang natural.
Prinsip
i. Semua manusia sama di sisi undang- undang.
ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
iii. Keadilan terhadap setiap individu.
iv. Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
Prinsip undang-undang ini telah menjadi asas kepada undang-undang yangterdapat pada hari ini.
Contoh undang-
undang yang
terdapat pada
Tiang Asoka.
Raja atau pemerintahan diumapamakan bapa oleh masyarakatnya.
Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.
Alexander The
Great
Beliau menaiki takhta pada tahun 336 S.M dan merupakan salah seorang jeneral
yang agung dalam sejarah dunia.
Beliau menjadi raja apabila ayahnya Philip II dari Mecadonia meninggal dunia.
Ayahnya buat pertama kalinya menyatukan semua bahagian Yunani menjadi
sebuah negara.
Alexander The Great telah mengepalai gabungan tentera Mecadonia dan Yunani
menakluki Parsi.
Zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan perkembangan
kebudayaan Hellenistik di seluruh timur.
Augustus Caesar Adalah anak saudara Julius Caesar. Beliau ialah pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.
Keadaan ini berlaku setelah beliau Berjaya mengalahkan tentera Anthony, bekas
jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah
pimpinan Cleopatra dalam perang Antium ( 31 S.M)
Tembok Besar
China
Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin ( 221-206 S.M)
Panjangnya lebih kurang 5000 Km.lebarnya antara 4.5m hingga 9m dan tinggi
7.5m.
Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung sehingga 6400 km.
Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orangHun ( nomad ).
Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai iaitu lebih daripada 30 000
orang
Zaman Graeco-
Roman
Zaman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellanistik.
Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.
Mata Wang Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta dikenali sebagai Dinaramempunyai berat antara 7.8 hingga 9.3 gram.
Selain itu, terdapat juga wang yang terdiri daripada cengkerang siput.
Kolar Kuda Kegunaannya untuk menarik kenderaan serta beban. Di Barat penggunaan kolar pada kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi
di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad ke-4 S.M ini telah dapat
menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta
mencekik kuda tersebut.
Jalan Sutera darat. Hubungan perdagangan antara China dengan India dan barat iaitu Rom telahterjalin pada peringkat awal melalui jalan darat.
Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sutera Darat.
Jalan ini bermula di barat iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah keIndia dan seterusnya China.
Jalan Laut Jaringan jalan yang mneghubungkan China dengan India dan Barat iaitu Rom.
Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada
sekitar abad ke-5M.
34
-
7/15/2019 sejarah lengkap
35/205
Kapal yang belayar dari Rom singgah di India kemudian melalui Teluk
Benggala dan Selat Melaka begitu juga dengan kapal dari China dan India.
5. PENINGKATAN SOSIAL
Meliputi perkara seperti pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina,
serta sains dan teknologi.
Pendidikan merupakan asas atau tonggaknya.
Pendidikan membantu manusia untuk meningkatka tahap intelek yang seterunya
membawa kepada peningkatan dalam bidang- bidang lain.
PENDIDIKAN.
A. TAMADUN YUNANI.
Khususnya di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang
seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
Bagi orang Athens, manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat
memenuhi tuntutan fizikal dan mental.
Hanya manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangankepada kesejahteraan kehidupan manusia.
Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan
menulis telah begitu dititikberatkan di Athens.
Masyarakat Sparta pula matlamat pendidikannya adalah untuk melahirkan
warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.
Pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran
menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.
Di Yunani perkembangan pendidikan berlaku apabila banyak sekolah falsafah
tumbuh dan berkembang di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan
Miletus.
Athnes juga dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa
pemerintahan Pericles.
Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti
i. Thucydides dan Herodatus.
ii. Ahli pemikir dalam bidang sains dan teknologi.
Seperti Thales, Anaximander, Heralitus dan Anaxagoras.
B. TAMADUN ROM
Pendidikan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada
Rom.
Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yangberupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan , Rom banyak mengambil dan
menyerapkan unsure- unsure dari Yunani.
Pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan berkembang