SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 kumpulan mary n ely (sharif masahor).pptx

17
SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 AHLI KUMPULAN ELIZABETH MAPONG ANAK PETER MARY UMUT

Transcript of SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 kumpulan mary n ely (sharif masahor).pptx

SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE 20

SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABAD KE 20AHLI KUMPULANELIZABETH MAPONG ANAK PETERMARY UMUT

TAJUK PEMBENTANGANSHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK

SIAPA SHARIF MASAHOR??Nama sebenar: Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-ShahabJuga dikenali: Syed MasahorBerasal dari Kampung Igan di muara Sungai RajangBerbangsa Melanau dan campuran ArabIsteri: Fatimah ZaharahMerupakan Gabenor yang memerintah di Sarikei sejak tahun 1849.Dilantik oleh Sultan Abdul Mumein (Brunei).Sangat berpengaruh dalam kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN TERHADAP BROOKEKewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran BrookePeristiwa berlaku apabila James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei.Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steel sebagai wakil British dianggap mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor.Beliau disokong oleh Datu Patinggi Abdul Ghapur (Orang Besar Melayu di Kuching)Ini kerana Datu Patinggi Abdul Ghapur telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke kerana mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk Kuching.Datu Patinggi Abdul Ghapur telah mengadakan pakatan sulit dengan Sharif Masahor untuk menghapuskan orang kulit putih yang ada di Sarawak.

Peristiwa Penentangan

Pada tahun 1855, Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke.James Brooke bertindak balas melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei. Tindakan James Brooke itu telah menyebabkan kemarahan Sharif Masahor Pada tahun 1859, mereka telah menyerang kubu Brooke di Kanowit.Dalam serangan tersebut, Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh dua orang pegawai British iaitu Charles Fox dan Henry Steel.Pada tahun1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghapur, Temenggung Hashim dari Sadong serta bantuan dari Org Iban dan Melanau telah membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan brooke.Pakatan itu telah diketahui oleh Charles Brooke.Pasukan Charles Brooke dengan bantuan Belanda telah menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur.Beliau kemudiannya dipenjarakan di Betawi dan meninggal dunia di sana.

Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke telah berlaku di Sungai Sadong.Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor telah ditenggelamkan dan seramai 64 orang terbunuh tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri dan naik ke darat lalu pergi ke Sarikei dan kemudiannya ke Mukah mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran NipaPada tahun 1861, James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor.

Charles Brooke telah mengadakan rundingan dengan Sharif Masahor dan Charles Brooke telah menyatakan bahawa Sultan Brunei mengarahkan supaya Sharif Masahor meninggalkan Mukah.Sharif Masahor telah melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura dan beliau telah dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.KESAN PENENTANGANWalaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan, namun gerakan menentang kerajaan Brooke tidak pernah berakhir.pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupartahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai KanowitSetelah dibuang negeri ke Singapura, Sharif Masahor telah membantu Raja Mahadi menentang British di Selangor.

Peristiwa di SelangorBerdasarkan fakta sejarah di Sarawak, Inggeris juga meyakinkan rakyat Sarawak, Shariff Masahor meninggal dunia di Singapura pada 1890 ketika berusia 80 tahun. Sebaliknya, menurut Dato Dr Mansor pada 1872, Shariff Masahor dikenali di Selangor sebagai Syed Masahor membantu Raja Mahadi melawan Inggeris di Kuala Lumpur. Malah insiden kepala ketua pasukan askar Sepahi dipenggal juga mirip kepada tradisi pahawan Sarawak.Van Hagen dan Cavaliero yang memimpin askar Inggeris di Kuala Lumpur, dipenggal kepalanya pada Ogos 1872 selepas ditawan oleh Syed Masahor bersama sekutunya Raja Mahadi, Sutan Puasa, Raja Laut, Raja Asal dan Raja Berkat.Syed Masahor berdasarkan sejarah Selangor dikatakan berasal dari Pontianak di Kalimantan (mungkin bagi mengelirukan Inggeris), terbabit dalam gerakan melawan penjajah di Kuala Lumpur. Beliau kemudian berundur ke Hulu Selangor apabila Raja Mahadi ditewaskan Inggeris setelah menerima sokongan dari Pahang (yang menghantar pahlawan-pahlawannya Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato Bahaman) pada 1872. Syed Masahor meninggal dunia di Hulu Selangor, dan dikebumikan di Kerling. Justeru kata Dato Dr Mohd Mansor, kerajaan negeri Sarawak di bawah Pehin Sri Taib Mahmud dan kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim perlu prihatin dengan sumbangan pahlawan berkenaan melawan penjajah.Kerajaan negeri perlu abadikan sumbangan Syed Masahor melawan penjajah di Sarawak dan di Selangor, menurut Dato Dr Mohd Mansor.Kawasan kebangkitan Sharif Masahor

PETA SARAWAK

Rajah James Brooke

RUJUKAN Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman. (2005). Sejarah Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia SDN. BHD.Mardiani Nordin, Hasnah Hussiin. (2011). Pengajian Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

SEKIAN TERIMA KASIH