Sejarah Pp

45
A RAM SAM SAM A RAM SAM SAM A ram sam sam ( 2x) A ram sam sam ( 2x) Goolie ( 5x ) Goolie ( 5x ) Ram sam sam Ram sam sam Ah Ravi ( 2x ) Ah Ravi ( 2x ) Goolie ( 5x ) Goolie ( 5x ) Ram sam sam Ram sam sam The Pizza Hut (2x) The Pizza Hut (2x) Kentuncky Fried Chicken Kentuncky Fried Chicken And the Pizza Hut And the Pizza Hut MacDonald ( 2x ) MacDonald ( 2x ) Kentucky Fried Chicken Kentucky Fried Chicken And the Pizza Hut And the Pizza Hut

description

sejarah

Transcript of Sejarah Pp

  • A RAM SAM SAMA ram sam sam ( 2x)Goolie ( 5x )Ram sam samAh Ravi ( 2x )Goolie ( 5x )Ram sam sam

    The Pizza Hut (2x)Kentuncky Fried ChickenAnd the Pizza HutMacDonald ( 2x )Kentucky Fried ChickenAnd the Pizza Hut

  • Mee Rebus ( 2x )Char Kuey TeowAnd Mee RebusCapati ( 2x )Char Kuey TeowAnd Mee Rebus

  • Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan pengakap puteri.

  • Persatuan Pandu Puteri1910 : Persatuan Pandu Puteri

    ditubuhkan oleh Agnes Baden-Powell1914 : Brownie ditubuhkan (Rosebud)1916 : Senior Guides (15 - 21 thn)

  • Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)1917 - ditubuhkan secara rasminya didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.

  • Pertubuhan Pandu Puteriditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap 1910 ditubuh oleh Lord Robert Baden-Powell, dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. September 1908 - sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya1918 - Isteri Lord Baden-Powell, Lady Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930.

  • Sejarah Pandu Puteri Malaysia 1917 - Pasukan Pandu Puteri Pertama ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di SM Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya1919 - Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. Puan A. Cavendish telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tadbir.

  • 1920 - Pek Brownie pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.1921 - Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak1920an - Pek Tunas Puteri yg pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 - Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang1924 - Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan1924 - Ibu Pejabat Pandu Puteri pertama ditubuhkan di Bangunan Hong Kong & Shanghai , Kuala Lumpur.1925 - Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 - Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit

    Renjer Puteri Malaya.

  • 1926 : Hari Peringatan dimulakan (22 Feb)1928 : WAGGGS ditubuhkan1928 - Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dlm bentuk sokongan & kerjasama seterusnya memberi sumbangan &peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

  • 1929 - Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama diadakan di Port Dickson.1930 : Bendera dunia digunakan1932 - Pasukan Pandu Puteri Johor & Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan & merupakan Pasukan Pandu Puteri yg pertama mengadakan kegiatan dlm bahasa Melayu.Perkhemahan seluruh Malaya diadakan di Melaka.

  • 1934 - Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Pandu Puteri, Lady Olave Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.1937-1946 - Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.1941 : Lord Baden Powell meninggal1943 : Penubuhan Trefoil Guild bagi ahli yang melebihi 21 tahun, tetapi tidak mempunyai masa untuk membimbing kumpulan beruniform.

  • 1946 : Lencana dunia. Gerakan bergerak semula1947 - Kegiatan kepanduan yg tergendala telah dihidupkan semula dgn usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apb penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Puan A.W. Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya.Beberapa orang ahli pandu puteri & pemimpin dr PPPM telah mengambil bahagian dlm perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. Perwakilan dihantar utk menyertai Jambori antarabangsa di Australia (Peserta termasuk DYMM raja Perempuan Perlis).

  • 1948-1960 - Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.1950 - Jurulatih dari U.K. diundang Cik A. Wilson yang kemudiannya diganti oleh Cik Mary Bowers.1951 - Pakaian seragam ke warna biru1953 - Majlis Kounsel bersetuju untuk mengasingkan Kounsel bagi Malaya dan Singapura.Unit Udara Renjer yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.1955 - Sebuah bangunan telah didirikan sebagai Ibu Pejabat baru di Kuala Lumpur dan dinamakan Agnes Pinnick Hut mengenang jasa beliau memimpin Pandu Puteri.Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru.

  • 1957 - Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dirasmikan sebagai penaung DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang DiPertua.1958 - Lady Baden-Powell melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke Negara-negara Timur.1960 - PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

  • 1962 - PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Kebangsaan Rantau Asia National Leaders of the Asia Area of the World Association yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 - Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan egara Malaysia pada 1963.1965 - Singapura telah keluar dari Malaysia.

  • 1962 - PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Kebangsaan Rantau Asia National Leaders of the Asia Area of the World Association yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 - Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan egara Malaysia pada 1963.1965 - Singapura telah keluar dari Malaysia.1966 - Malaysia - ahli penuh WAGGGS

  • 1917-1967 - Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.1969 - Perletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.1973 - DPU Renjer diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sempena Kursus Pentadbiran dari 9 hingga 13 April.1974 - Malaysia menjadi tuan rumah bagi seminar Renjer bagi Rantau Asia-Pasifik: Negara-negara New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand turut serta.1977 - Lady Baden Powell meninggal

  • 1977-1986 - Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dgn Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan & Undang-Undang (DPU) Perkhemahan & Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kpd TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru utk Pandu Puteri, Tunas Puteri & Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.1982 - Seminar Renjer diadakan di Kangar, Perlis dari 7-11 Ogos.1985 - Pertukaran rekabentuk pakaian Brownies Malaysia yg bertukar gelaran menjadi tunas Puteri & lambangnya ditukarkan drpd pari-pari kpd bunga-bunga tempatan.

  • 1986 - PPP Selangor dipecahkan utk membentuk PPP Wilayah Persekutuan & PPP Selangor.1987-1996 - Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yg dimulakan dgn sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kpd Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel & Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan & program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kpd Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yg setaraf dgn Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1987 - Persidangan Renjer Kebngsaan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dari 12-17 April.

  • 1990 - Persidangan Ketua-Ketua Pesuruhjaya Negara-negara Komanwel di UPM Serdang dari 4-8 Jun.Persidangan Dunia di Singapura.1991 - Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Dek. Tun Fatimah, JB.Seminar Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung tahunan di tropical Inn, JB.1992 - Perayaan 75 Tahun Kepanduan di Malaysia dimeriahkan dengan Larian Kepanduan di Seremban, Negeri Sembilan dan Ekspedisi Muhibah berkereta menjelajah Semenanjung Malaysia.1993 - Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro Dunia dan Makoma Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia ke Malaysia.

  • 1996 - Skim Jurulatih PPPM diiktiraf oleh WAGGGS.Kem Cabaran di Ulu Bendul, N. sembilan sebagai kem latihan CC 98.1997 - Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.Acara kemuncak Kuiz Kepanduan sempena Majlis Renjer Puteri di Meru, Selangor.1998 - Perjumpaan OBPS (Olave Baden Powell Society) diadakan di Kuala Lumpur.Pengarah Biro Dunia, Lesley Bulman, melawat Wisma Pandu Puteri.Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 98 di Ulu Bendul, N. Sembilan.

  • 1999 - Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.Program Lima Tahun Kepanduan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pelayaran antara Abad.Perancangan Strategik 1999-2003 bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentangkan.Pelancaran Titian Emas di Wisma Pandu Puteri.Majlis Menjunjung Kasih untuk DYMM Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah.Persembahan selepang Penaung DiRaja kepada DYMM Permaisuri Siti Aishah.

  • 2000 815 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas PPPM oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Melancarkan Projek Biskut & Penyerahan Jalur Gemilang Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.Majlis Menandatangani Laman Web PPPMPesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000/International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.2026 Nov. Aktiviti Antarabangsa;Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran Malaysia China)

  • 20017-12 September Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand

    2002 April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri MalaysiaSambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.

  • 2003Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).Projek"Lids for Limbs"telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Projek Bungkusan Kasih atau"Peace Packs"telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

  • 2004Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projekInternational Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

  • Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasukiMalaysian Book of Recordssebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

  • 200521 - 23 Februari - Pada pertama kalinya"Girl Guides' Summit"diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.Sebanyak 4,581"Peace Packs"telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

  • 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS(Friends of Asia Pacific WAGGGS)yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

  • 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 OktoberYABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

  • 2006Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

    Nama LamaNama BaruTunas PuteriPandu Puteri TunasPandu PuteriPandu Puteri RemajaRenjer PuteriPandu Puteri RenjerKadet PuteriPandu Puteri Kadet

  • Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

  • 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

  • 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

  • Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

  • 2007Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif"Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

  • 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-93 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada"9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

  • 6 Jun - Forum Belia bertajuk"Voice of Girls and Young Women"diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM

  • 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

  • 200819 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 201117 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom

  • Rujukanhttp://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Baden-Powell,_1st_Baron_Baden-Powellhttp://www.pinetreeweb.com/B-P.htmhttp://www.panduputeri.org.my/sejarah/sejarah.shtml