Sejarah STPM 2016
Transcript of Sejarah STPM 2016
MODUL PUNCAKMODUL PUNCAKMODUL PUNCAK SEJARAH STPMSEJARAH STPMSEJARAH STPM
KERTAS 1KERTAS 1KERTAS 1 SEJARAH DUNIASEJARAH DUNIASEJARAH DUNIA
( 1500-1955 )
PENGGAL 1 Negeri Melaka 2016
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
Ahli Panel Duduk dari kiri : 1. Encik Noordin b.Ambon2. Encik Jumali b. Rasikun3. Encik Mohd. Yusri b. Seman4. Tuan Haji Bahari b. Drus5. Encik Abd. Rashid b. 6. Encik Shaharum b. Husain7. Encik Bakhtiar b. Bahir Berdiri dari kiri : 8. Cik Sim Swee Neo 9. Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid10. Puan Rodziah bt.Asmuni11. Puan Norhayati bt. Rambeli12. Puan Aidah bt. Md. Said 13. Puan Khadijah bt. Baharudin14. Encik N. Rajendran Nallatamby15. Encik Tan Soo Chok 16. Puan Siti Salwah bt. Majid17. Puan Norhayati bt. Mohd18. Puan Kang Hwa Lih 19. Puan Siti Suhana bt. Tumin20. Puan Khatijah bt. Arwan
Modul Puncak Sejarah
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 1, 2016
Encik Noordin b.Ambon SMK Lubok China Encik Jumali b. Rasikun SMK Seri Tanjong Encik Mohd. Yusri b. Seman SMK Munshi AbdullahTuan Haji Bahari b. Drus SMK Tun Haji Abdul Malek
Mohd Salleh SMK Pulau Sebang Husain SMK Infant Jesus Conven
Encik Bakhtiar b. Bahir SMK Seri Kota
SMK Tinggi Melaka Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid SMK Datuk Bendahara
Asmuni SMK Dato Abdul Rahman Ya’akubPuan Norhayati bt. Rambeli SMK Dato Haji Talib Karim
Md. Said SMK Seri Mahkota Puan Khadijah bt. Baharudin SMK Sultan Iskandar Shah
Nallatamby SMK St. Francis SM Teknik Melaka
bt. Majid SMK Bukit Baru Mohd. Kassim SMK Sultan Alauddin SMK Tinggi Perempuan
bt. Tumin SMKA Sultan MuhammadPuan Khatijah bt. Arwan SMK Munshi Abdullah
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
, 2016
SMK Munshi Abdullah SMK Tun Haji Abdul Malek
SMK Infant Jesus Convent
SMK Datuk Bendahara SMK Dato Abdul Rahman Ya’akub SMK Dato Haji Talib Karim
SMK Sultan Iskandar Shah
SMK Sultan Alauddin SMK Tinggi Perempuan Melaka SMKA Sultan Muhammad SMK Munshi Abdullah
i
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 Edisi 2016 Negeri Melaka
RUBRIK PENSKORAN SEJARAH STPM P
PENGETAHUAN Fakta, Idea, Konsep,
Tema
8 6 - 7 4 - 5 2 - 3 0 - 1 Penguasaan subjek
soalan luas dan mendalam.
Penguasaan subjek soalan agak luas tetapi kurang
mendalam. Menguasai subjek soalan,
tetapi keluasan dan kedalamannya terbatas
Hanya mengetahuai subjek soalan secara kabur
Tiada pengetahuan subjek soalan
Menyediakan maklumat utama, bukti
sokongan dan pendetailan amat memadai, tepat, relevan, dan amat membantu calon menjawab soalan
secara terperinci dan mendalam.
Menyediakan maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan agak memadai, majoritinya
tepat, relevan, dan membantu menjawab
soalan secara mendalam.
Maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan
terbatas, hanya sebahagiannya tepat,
relevan, menyumbang kepada kedalaman
jawapan.
Maklumat utama, bukti sokongan sangat terhad dan tidak mendasar, ada yang
kurang tepat, kurang relevan, dan tidak membantu calon menjawab soalan secara
memuaskan.
Gagal menyediakan maklumat utama dan bukti
sokongan. Hanya membuat kenyataan
umum, banyak tidak tepat, tidak relevan, dan gagal menyediakan maklumat
yang diperiukan bagi menjawab soalan.
Kesilapan fakta amat minimum, sama sekali
tidak mencacatkan ketepatan jawapan
Kesilapan fakta minimum, tidak
mencacatkan ketepatan keseluruhan jawapan
Kesilapan fakta kurang ketara, tetapi agak
mencacatkan ketepatan jawapan
Kesilapan agak ketara. sehingga banyak kecacatan dari segi ketepatan jawapan
Kesalahan amat ketara, dan mencacatkan
ketepatan keseluruhan jawapan
ii
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 Edisi 2016 Negeri Melaka
T
TAAKULAN Kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis, evaluasi
6 5 4 3 0 - 2 Membina hujahan teras secara logical merujuk sepenuhnya kepada kehendak soalan - idea yang dikembangkan sebagaj respon terhadap soalan, kupasan isu disandarkan pada banyak contoh, fakta, pendetailan yang relevan menyebabkan penaakulan sangat mantap
Membina hujahan teras merujuk kepada
kehendak soalan-kupasan
menggunakan beberapa contoh, fakta dan pendetailan yang menyumbang kepada taakulan yang agak
mantap
Pembinaan hujahan teras merujuk secara
longgar kepada kehendak soalan-kupasan idea yang
dikembangkan berdasarkan bukti
terbatas, tetapi hujahan agak koheren
Hujahan teras tidak jelas dan hanya merujuk secara
longgar kepada soalan- kupasan idea hanya
berdasarkan sedikit bukti menyebabkan hujahan kurang koheren
Tiada hujahan teras, kenyataan kabur dan tidak jelas dan tidak
merujuk kepada kehendak soalan -kupasanidea yang
dikembangkan tidak didasarkan bukti.
Eviden dalam hujahan amat relevan
Eviden dalam hujahan kebanyakannya
relevan Sebahagian kecil eviden
kurang relevan Ada eviden yang relevan,
tetapi kebanyakannya lemah
Tiada eviden yang relevan dalam hujahan
iii
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 Edisi 2016 Negeri Melaka
K KOMUNIKASI Susunan wacana,
binaan tesis, penyampaian isi,
fokus perbincangan, penegasan wacana,
rumusan dan kesimpulan
6 5 4 3 0 - 2
Susunan idea amat logikal, analitikal, teratur dan sesuai kehendak soalan
Susunan idea logikal, agak analitikal dan
tersusun sesuai kehendak soalan
Susunan idea secara deskriptif, kurang
logical , tetapi tersusun dan tidak lari dari kehendak soalan
Susunan idea kurang logical, sangat deskriptif dan tidak tersusun tetapi tidak lari dari kehendak
soalan
Susunan idea tidak logikal, dan tidak tersusun lari dari kehendak soalan
Penyampaian idea amat jelas dan licin menerusi ayat dan tatabahasa yang
kemas.
Penyampaian idea jelas dan licin, tetapi
ada kesilapan ayat dan tatabahasa yang
minimum.
Penyampian idea kurang jelas dan melompat, kesilapan ayat dan
tatabahasa agak ketara.
Penyampaian idea kabur, ada pengulangan dan
kesilapan ayat dan tatabahasa ketara
Idea yang disampaikan menyimpang, dipenuhi
kesilapan ayat dan tatabahasa
Idea-idea utama dalam perenggan terangkai secara
bertalian membentuk idea keseluruhan
yang padu
Idea utama dalam perenggan terangkai
secara bertalian membentuk idea keseluruhan yang
kemas
Idea utama dalam perenggan bertalian, tetapi sebahagianya
kurang berkaitan membentuk idea
keseluruhan yang agak teratur
Idea utama dalam perenggan banyak yang
tidak bertalian dan kurang membantu pembentukan idea keseluruhan secara
lancar
Perenggan tiada idea utama, hanya kenyataan
umum yang tidak terangkai dan binaan
idea keseluruhan tidak teratur
Wacana terfokus pada tesis :
menunjukkan kefahaman mendalam terhadap pengetahuan dan kehendak soalan
Wacana terfokus pada tesis : menunjukkan kefahaman tertiadap
pengetahuan dan kehendak soalan
Wacana kurang terfokus pada tesis :
menunjukkan kefahaman tidak
sepenuhnya terhadap pengetahuan dan kehendak soalan
Wacana tidak banyak terfokus pada tesis :
menunjukkan kefahaman rendah terhadap
pengetahuan dan kehendak soalan
Wacana tidak terfokus pada tesis :
menunjukkan ketiadaan kefahaman terhadap
pengetahuan dan kehendak soalan
Mensintesis idea
keseluruhan secara jitu sehingga rumusan dan kesimpulan amat
padu.
Sintesis idea keseluruhan agak jitu sehingga rumusan dan kesimpulan agak padu.
Sintesis idea keseluruhan kurang jitu menyebabkan rumusan
dan kesimpulan longgar.
Sintesis idea keseluruhan longgar sehingga rumusan dan kesimpulan tidak jelas.
Sintesis idea keseluruhan sangat longgar sehingga
rumusan dan kesimpulan tidak
relevan.
I
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
SEJARAH DUNIA ( 1500-1955) ANALISIS SOALAN SEAJARAH STPM PENGGAL 1 TAHUN 2013-2016
TEMA SUB TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN
TEMA 1 Masyarakat 1.1 Masyarakat Feudal
England dan Jepun ( abad 16-17)
Calon dapat menjelaskan : i. Definisi. ii. Susun lapis masyarakat feudal. iii. Membandingkan ciri-ciri feudalisme di
England dan Jepun.
2013 (S1)
2016 (S1)
Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868. Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke- 16 hingga abd ke- 17
1.2 Masyarakat Agraria
Belanda dan China ( abad 16-17)
Calon dapat menjelaskan : i. Definisi. ii. Ciri-ciri masyarakat agraria.
U2014 & 2015 (S1)
Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
1.3 Masyarakat Maritim
Portugal dan Jepun ( abad 16-17)
Calon dapat menjelaskan : i. Definisi. ii. Ciri-ciri masyarakat maritim.
U2013 & 2014 (S1)
Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.
1.4 Masyarakat Industri England dan Jerman ( abad 18-19)
Calon dapat menjelaskan : i. Definisi. ii. Ciri-ciri masyarakat industri.
II
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA SUB TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN
TEMA 2 Pemerintahan
dan Pentadbiran
2.1 Institusi Pemerintahan 2.1.1 : Raja/Maharaja
China dan Russia ( abad 16-20)
Calon dapat menghuraikan : i. Kedudukan dan peranan raja/maharaja
U2014/2015 (S2)
2016 (S2)
Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.
Huraikan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada zaman dinasti Ching.
2.1.2 Pembesar
China dan Russia ( abad 16-20)
Calon dapat membandingkan : i. Peranan pembesar dalam pemerintahan
2.2 Negara Bangsa 2.2.1 : Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan England dan Perancis ( abad 16-18)
Calon dapat membincangkan dan membandingkan : i. Sistem pemerintahan Raja Mutlak dengan
Raja Berperlembagaan
III
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
2.2.2 : Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan Perancis dan Amerika Syarikat ( abad 18-19)
Calon dapat membincangkan : i. Pemerintahan negara republik dan negara
persekutuan
2016 (S3)
Bincangkan tiga transformasi dalam bidang politik hasil daripada penubuhan kerajaan republik di Perancis selepas berlakuya Revolusi Perancis.
2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa
Itali dan Jerman ( abad 19)
Calon dapat membincangkan : i. Proses penyatuan negara bangsa.
2013 (S2)
U2013 (S2)
2014 (S2)
Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.
Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.
Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.
IV
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA SUB TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN
TEMA 3 Kemajuan dan Pembangunan
3.1 Sistem Ekonomi 3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme
Jepun dan China ( abad 16 ) Jerman dan Perancis ( abad 16-18 ) England dan Amerika
Syarikat ( abad 18-19 )
Calon dapat menghuraikan sistem ekonomi : i. Feudalisme di Asia ii. Feudalisme di Eropah iii. Kapitalisme
2013 (S3)
2016 (S4)
Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.
Jelaskan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke- 19.
3.1.2.1 Perdagangan dan Perniagaan
Portugal dan Belanda ( abad 16-18 )
i. Perdagangan dan perniagaan
3.1.2.2 Pertanian
Belanda dan England ( abad 17-18 )
ii. Pertanian
U2013 & 2014 (S3) U2014 & 2015 (S3)
Bincangkan pelaksanaan Merkantilisme di England pada abad ke-17 Masihi.
Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda
pada abad ke-18 Masihi.
V
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
3.1.2.3 Perindustrian
Jerman dan Jepun ( abad 16-18 )
iii. Perindustrian
3.2 Intelektual 3.2.1 Perkembangan Ilmu
England dan Perancis ( abad 17-19 )
Calon dapat membincangkan i. Proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu
pengetahuan kesan daripada Renaisans. Reformasi Protestan, Revolusi Sains, dan Gerakan Pencerahan.
2013 (S4)
U2013 (S4)
Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah?
Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanism di Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi. Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanism di Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
3.2.2 Sumbangan Tokoh
England dan Perancis ( abad 18-19 )
Calon dapat menilai idea dan sumbangan tokoh i. Charles Louis Montesquieu ii. Adam Smith iii. Jean Jacques Rosseau
3.3 Kemajuan Pendidikan 3.3 Kemajuan
Pendidikan England dan Perancis ( abad 18-19 )
Calon dapat menghuraikan : i. Proses perubahan pendidikan daripada sistem
pendidikan tradisonal kepada pendidikan moden
U2014 (S4)
2015 (S4)
Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.
VI
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA SUB TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN
TEMA 4
Nasionalisme dan
Pembentujan Negara Bangsa
4.1 : Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat dan Kesan Penjajahan Barat.
China dan India ( abad 19-20 )
Calon dapat: i. Menganalisis reaksi masyarakat tempatan
terhadap peluasan kuasa Barat ii. Membincangkan transformasi sosial, ekonomi
dan kemunculan intelektual tempatan
2013 (S5)
U2014 & 2015 (S5)
“Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.
Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.
4.2 Konflik Antarabangsa 4.2.1 Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )
Jerman dan Russia ( abad ke-20 )
Calon dapat : i. Membincangkan sebab dan kesan Perang
Dunia Pertama
2013 (S6)
2016 (S5)
Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara Jerman.
4.2.2 Perang Dunia Kedua ( 1942-1945 )
Jepun dan Amerika Syarikat ( abad ke-20 )
ii. Menganalisis sebab dan kesan Perang Dunia
Kedua
U2013 & 2014 (S5)
Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
VII
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
4.2.3 Perang Dingin ( 1945-1955 ) Russia dan Amerika
Syarikat ( abad ke-20 )
iii. Menganalisis sebab dan kesan Perang Dingin
U2013 &
2014 (S6)
U2014 & 2015 (S6)
Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.
Bincangkan polisi ekonomi dan politik
Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955.
4.3 Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan
China dan India ( abad ke-20 )
Calon dapat: i. Menerangkan langkah-langkah mendapatkan
kedaulatan dan dekolonisasi oleh orang tempatan.
2016 (S6)
Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.
4.4 Perhubungan Luar
Soviet Union dan Amerika Syarikat ( abad ke-20 )
United Kingdom dan
India ( abad ke-20 ) United Kingdom dan
Amerika Syarikat ( abad ke-20 )
Calon dapat membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua: i. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United
Nations) ii. Komanwel ( Commonwealth Of Nations ) iii. North Atlantic Treaty Organisations ( NATO)
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
KELEMAHAN-KELEMAHAN UTAMA JAWAPAN CALON 1. KELEMAHAN UTAMA :
a. Penguasaan fakta b. Penguasaan teknik menjawab 2. KELEMAHAN DAN KESILAPAN CALON STPM
1. Tidak kena atau tepat dalam memilih soalan. Memilih soalan yang susah atau sukar difahami, tidak jelas pertanyaan dan tidak memahami maksud soalan.
2. Pendahuluan yang tidak menentu dan panjang berjela-jela. Pendahuluan tidak sesuai dengan kehendak soalan dan pokok persoalan.
3. Isi-isi atau fakta-fakta yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak menentu atau fakta-fakta atau isi-isi yang dikemukakan terkeluar dari kehendak soalan. Ini kerana calon tidak menyediakan rangka jawapan terlebih dahulu.
4. Keluar dari tajuk. Calon-calon tidak memahami kehendak soalan yang sebenarnya.
5. Tiada penekanan kepada peristiwa-peristiwa sejarah yang berhubung kait dengan tajuk
6. Tulisan yang tidak dapat dibaca oleh pemeriksa seperti menggunakan ejaan ringkas yang tidak jelas, kotor dll.
7. Tidak membahagikan masa dengan baik. Contohnya menjawab satu soalan dalam masa melebihi 30 minit menyebabkan calon tidak mempunyai masa yang tidak sepatutnya untuk menjawab soalan berikutnya.
8. Calon-calon tidak mematuhi arahan soalan. Umpamanya, tidak menjawab semua soalan yang dikehendaki mengikut arahan soalan.
9. Calon terlalu bergantung kepada soalan ramalan hingga jawapan yang diberi berlainan daripada apa yang dikehendaki soalan.
10. Tiada kesimpulan pada akhir jawapan.
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
3. KELEMAHAN-KELEMAHAN JAWAPAN CALON i. Pendahuluan :
a. Tiada – jawapan terus kepada isi. b. Ada pendahuluan tetapi : Terlalu ringkas atau terlalu umum Tidak menjurus kepada kehendak soalan/ tiada kaitan dengan soalan. Pendahuluan merupakan pengulangan kenyataan soalan.
Pendahuluan tidak menepati kehendak skema tetapi ada kaitan dengan soalan (dimaafkan jika ia boleh diterima).
ii. Isi-isi jawapan : a. Gagal merancang jawapan kerana tiada pengetahuan/fakta yang cukup
untuk dikemukakan menyebabkan jawapan terlalu ringkas, umum dan tiada contoh yang sesuai.
b. Tidak memahami istilah atau tidak memahami kehendak sebenar soalan. Contohnya, soalan mengenai etika peperangan tetapi calon mengemukakan fakta berkaitan strategi peperangan. Ini menyebabkan jawapan calon terpesong dari kehendak soalan.
c. Gagal mengenal pasti susunan zaman atau tamadun atau peristiwa dengan tepat .
d. Isi kurang daripada yang diminta atau disyaratkan. e. Huraian yang cetek dan tiada contoh.
f. Tiada pengkategorian isi menyebabkan isi terlompat-lompat dan menunjukkan calon tidak merancang jawapan mereka.
g. Sistem pemerengganan yang lemah. h. Tidak menjawab semua bahagian soalan @ jawapan untuk setiap
bahagian tidak seimbang. i. Tidak menyatakan konsep yang dikehendaki. j. Mutu bahasa yang lemah dan terlalu banyak kesalahan. k. Terkeluar dari ‘frame-time’ yang dikehendaki soalan. l. Perbandingan tidak sepadan.
Modul Puncak Sejarah Penggal 1: Edisi 2016 Negeri Melaka
m. Kesalahan fakta seperti menganggap Melaka sebagai Alam Melayu atau sebaliknya.
n. Fakta yang terpesong atau tiada kaitan. o. Tidak memberikan contoh yang sesuai.
iii. Kesimpulan : a. Kesimpulan merupakan pengulangan isi. b. Kesimpulan tiada kaitan.
1
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 1 : MASYARAKAT
Tajuk-Tajuk Fokus : 1. Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17. 2. Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Jepun dalam bidang
ekonomi pada abad ke 16 dan ke 17 3. Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di England pada abad ke 18 dan 19 masihi. .
2
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 1 : MASYARAKAT
Soalan 1: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17. Masyarakat agraria adalah masyarakat yang menjalankan aktiviti
pertanian termasuklah bercucuk tanam, menternak binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan . Kawasan penempatan adalah tertumpu di kawasan sekitar lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang mempunyai saliran yang baik.
Pengenalan
Isi 1 Kegiatan ekonomi Fakta Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang
diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin. Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-17 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum. Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan penternakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.
Huraian
Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.
Contoh
Oleh yang demikian, aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif berikutan berlakunya peningkatan penduduk terutamanya di kawasan bandar.
Penegasan Isi
Isi 2 Petempatan Fakta Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pinggir
pantai atau lembah sungai yang amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalankan usaha menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian. Aktiviti penambakan laut dan tebus guna tanah telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian dan penempatan.
Huraian
Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect Contoh
3
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Sehubungan dengan itu, penempatan masyarakat agraria Belanda semakin hari semakin bertambah selaras dengan pertambahan kawasan pertanian. Penegasan
Isi Isi 3 Pembinaan Sistem Pengairan Fakta
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian. Masyarakat agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian
Huraian
Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian.
Contoh
Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif. Penegasan
Isi Isi 4 Mempunyai kemahiran berkaitan kesuburan tanah dan teknologi Fakta
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan. Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta. Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
Huraian
Kaedah penggiliran tanaman mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800
Contoh
Sehubungan dengan itu, dapat dilihat masyarakat agrarian Belanda sangat gigih dalam mengusahakan kegiatan agrarian dan muncul sebagai sebuah masyrakat yang maju dalam bidang pertanian.
Penegasan Isi
Kesimpulannya, usaha masyarakat di Belanda yang mempelbagaikan jenis tanaman dan aktiviti ekonomi berserta dengan penggunaan teknologi tinggi dan sokongan pihak pemerintah telah menjadikan masyarakatnya berjaya meningkatkan taraf hidup. Seterusnya, Belanda juga terkenal sebagai sebuah negara agraria dengan hasil pertanian dan penternakan yang berkualiti.
Kesimpulan
4
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 2 : Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Jepun dalam bidang ekonomi pada abad ke 16 dan ke 17. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
berasaskan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke 16 dan ke 17. Kelahiran masyarakat maritim di Jepun didorong oleh perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan. Oleh itu, kemunculan masyarakat maritim menyebabkan Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi.
Pengenalan
Isi 1 Antaranya adalah penggunaan mata wang. Fakta Hal ini kerana masyarakat maritim di Jepun menggunakan mata wang dalam aktiviti perdagangan. Kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. Pedagang Jepun juga membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam.
Huraian
Sebagai contoh, Nguyen Phuc Tran (Maharaja Vietnam) memohon untuk mendapatkan bekalan mata wang tembaga daripada Jepun pada akhir abad ke 17.
Contoh
Kesannya, penggunaan mata wang telah melahirkan pasar dan Bandar-bandar baru di Jepun.
Penegasan Isi
Isi 2 Seterusnya merujuk kepada perdagangan luar negeri. Fakta Jelas bahawa masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan dunia luar. Pedagang Jepun telah menjalankan perdagangan dengan negara Asia Tenggara.
Huraian
Buktinya, hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam yang berkembang pesat pada abad ke 16. Jepun turut menjalin hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke 3.
Contoh
Kesannya, Jepun mengalami pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi.
Penegasan Isi
Isi 3 Di samping itu, persatuan dagang yang wujud di Jepun. Fakta Jelas dilihat masyarakat maritim memainkan peranan penting dalam penubuhan persatuan dagang. Orang Belanda telah menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609. Persatuan kewangan yang dikenali sebagai “Mujinko” turut ditubuhkan.
Huraian
Misalnya, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun. Contoh
5
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Impaknya, perkembangan berkenaan merancakkan pertumbuhan ekonomi di Jepun.
Penegasan Isi
Isi 4 Sehubungan dengan itu, pengkhususan kerja juga berlaku hasil perkembangan ekonomi. Fakta Hal ini kerana penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi iaitu pertukangan, perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan.
Huraian
Contohnya, golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Contoh Tegasnya, orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.
Penegasan Isi
Isi 5 Selain itu, munculnya kelas pedagang di Jepun. Fakta Keadaan ini disebabkan perkembangan pesat dalam sektor perdagangan. Pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah. Menjelang abad ke 17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan perniagaan.
Huraian
Misalnya, pedagang-pedagang Jepun turut menubuhkan “persatuan pedagang’ di kawasan bandar. Contoh Kesannya, golongan pedagang dapat mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
Penegasan Isi
Isi 6 Akhir sekali, perkembangan perindustrian. Fakta Jelas bahawa menjelang abad ke 16, sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Industri yang berkembang pesat di Jepun adalah industri tekstil, tembikar, industri kertas dan barang logam. Manakala menjelang abad ke 17, industri tembikar, porselin dan tekstil merupakan industri penting di Jepun.
Huraian
Sebagai contoh, industri kain kapas berkembang di Kinai dan industri sutera berkembang di Fukushima. Contoh Kesannya, kedudukan ekonomi Jepun bertambah kukuh menerusi perkembangan perindustrian.
Penegasan Isi
Kesimpulannya, masyarakat maritim memperlihatkan sumbangan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi di Jepun. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara luar iaitu Korea, China dan Vietnam dan memantapkan kedudukan ekonomi Jepun.
Kesimpulan
6
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 3 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di England pada abad ke 18 dan 19 masihi. Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang
perindustrian. Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunkan mesin. Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
Pengenalan
Isi 1 Kegiatan ekonomi Fakta Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di
kilang-kilang tekstil. Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup. Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan bagi menyara hidup. Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan. Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke sektor industri perkhidmatan.
Huraian
Contohnya, John Kay telah mencipta mesin penenun yang dikenali sebagaiFlaying Shuttle pada tahun 1733 Contoh
Oleh yang demikian, dengan terciptanya pelbagai ciptaan baru dalam industri, ekonomi di England meningkat dengan drastik Penegasan Isi
Isi 2 Mobiliti sosial & Kemunculan kelas Fakta Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan
kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional. Perkembangan ini menyebabakan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat. Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian. Mobiliti bermaksud pergerakan sebagai salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
Huraian
7
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Contohnya, wujud dua kelas masyarakat iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang-kilang perindustrian
Contoh
Hal ini menyebabkan kehidupan masyarakat berubah dan dapat menikmati kehidupanyang mewah. Penegasan Isi
Isi 3 Pengkhususan kerja Fakta Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja
untuk menghasilkan sesuatu barangan. (pengkhususan kerja) Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja. Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan.
Huraian
Contohnya penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro tull membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran
Contoh
Impaknya, pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran Penegasan Isi
Isi 4 Masyarakat Literasi Fakta Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam
kehidupan mereka. Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan. Masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.
Huraian
Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England Contoh Oleh itu, lahirnya masyarakat literasi ini seiring dengan perkembangan perindustrian di England Penegasan Isi
Perubahan pesat akibat perkembangan industri telah mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap masyarakat.Pertumbuhan urbanisasi serta kadar pengeluaran yang berlipat ganda memesatkan petumbuhan ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama telah menyebabkan masalah pencemaran dan kesihatan serta munculnya golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Kesimpulan
8
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 2 :
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Tajuk-Tajuk Fokus : 4. Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke- 20. 5. Bincangkan pelaksanaan pemeritahan raja mutlak yang diamalkan di England pada
abad ke 16-18 masihi 6. Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis.
Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.
9
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Soalan 4 : Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke- 20. Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh
raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar pada abad ke-16 hingga ke-20 melaksanakan tugas pemerintahan dan merupakan orang kedua terpenting selepas kedudukan raja.Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai sarjana) dan golongan bangsawan. Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam.
Pendahuluan
Isi 1 Peranan di Peringkat Pusat Fakta Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, tentera dan
tempatan. Memegang jawatan penting dan berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis
Huraian 1. Sekretariat Agung Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam
menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian. 2. Majlis Tertinggi Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja.Melalui majlis ini, sebenarnya urusan pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau dikenali sebagai Shangschu. Shanschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. 3. Lembaga Penapis (Censoreta) Lembaga Penapis atau Censoreta menjadi mata dan telinga maharaja,iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar-pembesar China kepada maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.
Contoh
10
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Sehubungan dengan itu peranan pembesar Cina di peringkat pusat sangat penting dalam mencorakkan sistem pemerintahan Cina Penegasan Isi
Isi 2 Peranan di Peringkat Wilayah Fakta Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Diberi kuasa
autonomi dalam pentadbiran wilayah. Berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk. Berhubungsecaralangsungdenganpemerintahanpusat. Tugas gabenor ialah menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraman, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam diri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim
Huraian
Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya, iaitu Jabatan Kakitangan, Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kerja Awam.
Contoh
Oleh yang demikian, kuasa autonomi pembesar wilayah mampu mengawal keamanan dengan mengikat kesetiaan rakyat kepada maharaja.
Penegasan Isi
Isi 3 Ketua Tentera Fakta Bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah. Mendapat
tempat istimewa dalam kerajaan. Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentry. Ketua tentera memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di samping menjaga wilayah mereka sendiri.
Huraian
Contohnya, pentadbiran ketenteraan berada di bawah lima ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.
Contoh Kesannya dengan kekuatan militeri yang ada, menyebabkan maharaja amat bergantung kepada golongan ini demi keselamatan baginda dan negara.
Penegasan Isi
11
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Isi 4 Golongan Intelektual (Gentry) Fakta Mendapat pendidikan Confucius. Lulus dalam peperiksaan
awam dan keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di istana. Golongan terpelajar (sarjana) mempunyai darjat paling tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.
Huraian
Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting. Mereka ditempatkan di kementerian-kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar, iaitu menganggotai Imperial Secratariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial Cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar
Contoh
Dapat dilihat, sebahagian besar pembesar China merupakan golongan intelektual yang menjadi tulang belakang maharaja. Penegasan Isi
Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar. Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.
Kesimpulan
12
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 5 : Bincangkan pelaksanaan pemeritahan raja mutlak yang diamalkan di England pada abad ke 16-18 masihi Raja Mutlak ialah seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya
untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Bermaksudcarapemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun 1485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta. Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang di England.
Pendahuluan
Isi 1 Penerimaan rakyat terhadap institusi beraja mutlak Fakta Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan
beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka.
Huraian
Raja-raja Tudor dapat bekerjasama dengan baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).
Contoh
Kesannya, sistem pemerintahan beraja berjaya diteruskan tanpa ada halangan
Penegasan Isi
Isi 2 Kemunculan golongan baharu Fakta Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang
memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.
Huraian
13
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional.
Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik).
Contoh
Impaknya, pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
Penegasan Isi
Isi 3 Era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Fakta Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan
Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648). Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.
Huraian
Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik.
Contoh
Sehubungan dengan itu berlaku pergeseran dalam sistem pemerintahan England antara institusi beraja dengan parlimen.
Penegasan Isi
Isi 4 Pembubaran parlimen pada tahun 1611. Fakta Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I
membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan.
Huraian
14
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.
Contoh
Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja.
Penegasan Isi
Isi 5 Rusuhan telah berlaku di Ireland Fakta Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah
menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
Huraian
Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell
Contoh
Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
Penegasan Isi
Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.
Kesimpulan
15
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 6 : Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis. Raja Louis XIV telah ditabalkan sebagai pemerintah Perancis pada
tahun 1643. Raja Louis XIV digelar Grand Monarch memerintah selama 72 tahun dan pemerintahannya secara berkuasa mutlak. Semasa pemerintahan, baginda mengukuhkan kedudukan dengan memperkenalkan sistem pentadbiran pusat yang teratur dan kukuh serta terlibat secara langsung dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Raja Louis XIV telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan pemerintahan monarki antaranya dengan menyusun semula dasar dalam negara, agama, ekonomi dan sebagainya
Pendahuluan
Isi 1 Dasar dalam negara Fakta Raja Louis XIV telah menyusun semula pentadbiran pusat
negara kepada empat majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara menguruskan hal ehwal luar negara iaitu berkaitan hubungan diplomatik, ekonomi dan ketenteraan dengan negara luar. Manakala Majlis Kewangan bertindak menguruskan masalah percukaian, perbelanjaan dan pendapatan. Baginda juga bertindak melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantu dalam pentadbiran Perancis antaranya Colbert sebagai Menteri Kewangan dan Louvois sebagai Menteri Peperangan. Bagi mengukuhkan kuasanya di setiap provonsi, Raja Louis XIV telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja. Malahan penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, kutipan cukai disetiap daerah supaya berjalan dengan lancar.
Huraian
Contohnya, baginda mendirikan istana besar di Versailles yang mana istana itu dibina oleh arkitek-arkitek terkemuka seta dilukis dengan lukisan yang cantik. Contoh
Sehubungan dengan itu, sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, Raja Louis XIV percaya baginda harus hidup bergaya dan mewah untuk mengukuhkan pemerintahan baginda.
Penegasan Isi
Isi 2 Dasar ekonomi Fakta Dalam bidang ekonomi pula, Raja Louis XIV melaksanakan
dasar ekonomi mekantalisme bagi mengukuhkan kedudukannya yang bertujuan memastikan negaranya muncul sebagai negara kuat dan agung. Raja Louis XIV dengan mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industrit empatan. Antaranya mengenakan bayaran tariff yang tinggi kepada barangan luar, mengenakan
Huraian
16
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
cukai tinggi kepada kapal-kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis. Melalui bantuan kewangan kepada industri perkapalan di Perancis telah membantu merancakkan lagi kegiatan perdagangan di Perancis.
Colbert sebagai Menteri Kewangan, bertanggungjawab melaksanakan dasar ini dengan bersungguh-sungguh. Antara tindakan yang dilakukan oleh beliau ialah memulakan industri baharu, memansuhkan tarif tempatan dan mengawal harga barang. Malahan Colbert berusaha membina gudang senjataToulan, mengadakan perhentian pedagang di India, Senegal dan Magadascar bagi menggalakkan perdagangan dan seterusnya meningkatkan ekonomi Perancis.
Contoh
Oleh yang demikian, kegigihan Raja Louis XIVdengan berusaha dan membuat pelbagai cara untuk meningkatkan perbendaharaan serta meningkatkan ekonomi negara.
Penegasan Isi Isi 3 Dasar ketenteraan Fakta
Bagi mengukuhkan kuasa pemerintahan monarki di Perancis, Raja Louis XIV dengan melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan. Antaranya baginda bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan. Selain itu anggota tentera yang ditempatkan berada di bawah kawalan baginda dan pelantikan pegawai-pegawai tentera berasaskan kepada sistem merit. Ini bermakna mana-mana tentera yang melakukan kesalahan dan tidak setia kepada raja, maka mereka tidak layak untuk kenaikan pangkat.
Huraian
Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, pemerintahan Raja Louis XIV bertindak merekrut anggota tentera mengikutcara yang agresif dan dijaga kebajikan mereka seperti perumahan dan bekalan makanan. Langkah tersebut telah berjaya melahirkan angkatan tentera Perancis yang berani, berkaliber dan muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah pada ketika itu iaitu terdiri 4000 tentera .
Contoh
Tegasnya, Perancis mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat di benua Eropah ketika itu dengan berjaya meluaskan wilayah jajahannya.
Penegasan
Isi
17
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Isi 4 Dasar agama Fakta Dalam bidang agama pula, Raja Louis XIV bertindak memaksa
golongan Huguenot (Calvinis Perancis) menerima agama Katolik. Pada tahun 1685, baginda mengambil tindakan membatalkan Edit of Nantes yang memberi kebebasan beragama kepada Huguenot untuk memilih agama masing-masing. Mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk memegang jawatan dalam kerajaan bagi menarik minat mereka untuk memeluk agama Katolik. Dasar ini dibuat oleh Raja Louis XIV bagi mengekalkan kedudukannya kerana melalui agama Katolik, kuasa raja tidak akan tergugat kerana adanya doktrin kuasa suci raja melalui agama tersebut dan rakyat mesti patuh arahan dan menunjukkan taat setia kepada raja.
Huraian
Kesan daripada pembatalan Edict of Nantes menyebabkan 200 000 Huguenot meninggalkan Perancis ke England, Holland dan Amerika Syarikat. Mereka tidak mahu menganut agama Katolik kerana percaya akan menambahkan lagi pengukuhan kuasa mutlak raja .
Contoh
Namun, tindakan Louis XIV ini mendapat sokongan rakyat tempatan yang beragama Katolik.
Penegasan Isi
Isi 5 Dasar luar negara Fakta Dasar yang diamalkan oleh Louis XIV melibatkan dasar luar
negara bagi mengukuhkan kuasa monarki di Perancis. Raja Louis XIV melancarkan dasar perluasan kuasa dan baginda berjaya meluaskan wilayah Perancis hingga keperbatasan Sungai Rhine.
Huraian
Seterusnya, Raja Louis XIV menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belgium dan Belanda melalui kekuatan ketenteraan. Baginda berpendapat lebih banyak tanah jajahan yang diperoleh oleh negara Perancis, maka negara-negara Eropah yang lain akan memandang tinggi terhadap kehebatan Perancis sebagai sebuah kuasa besar.
Contoh
Ini secara tidak langsung turut membantu mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah berkuasa mutlak.
Penegasan Isi
Kesimpulannya, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV telah berjaya mengukuhkan kuasa pemerintahan raja mutlak di Perancis. Kedudukan baginda diperkuatkan lagi melalui pembinaan istana besar di Versailles. Pembaharuan yang dilaksanakan menjadikan Perancis sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
Kesimpulan
18
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Tajuk-Tajuk Fokus : 7. Sejauhmanakah kemunculan pengusaha-pengusaha baharu berjaya merancakkan lagi
sektor perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20. 8. Huraikan sumbangan Adam Smith sebagai salah seorang tokoh ilmuan di benua Eropah 9. Jelaskan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam perkembangan intelektual pada
Zaman Pencerahan di Eropah
19
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Soalan 7 : Sejauhmanakah kemunculan pengusaha-pengusaha baharu berjaya merancakkan lagi sektor perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20. Menjelang abad ke-19 dan ke-20, Jepun mengalamiperkembangan pesat dalam bidang perindustrian.Perkembangan dalam sektor perindustrian inimenyebabkan muncul pengusaha-pengusaha baharu sebagai penaung kepada industri ini. Namun, terdapat juga sebab-sebab lain yang turut sama menjadi pengerak kepada pertumbuhan pesat bidang perindustrian dan akhirnya Jepun muncul sebagai sebuah negara industridalam tempoh masa yang singkat.
Pengenalan
Isi 1 Kemunculan pengusaha-pengusaha baharu Fakta
Perkembangan sektor perindustrian di Jepun didorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baharu yang kaya raya. Pada awal abad ke-20 muncul empat buah keluarga yang telah menguasai sektor perindustrian di Jepun. Keluarga ini telah menguasai dan menjadi penaung kepada sektor perkembangan perindustrian di Jepun
Huraian
Contoh pengusaha baharu yang muncul ialah keluarga Zaibatsu yang dianggotai oleh beberapa buah syarikat besar seperti Syarikat Yasuda yang memberi perkhidmatan dalam bidang perbankkan.
Contoh
Tegasnya, kemajuan perkembangan sektor perindustrian di Jepun disokong kuat dengan rangkaian syarikat-syarikat besar dan teguh. Penegasan Isi
Isi 2 Dasar Kerajaan Meiji Fakta
Kerajaan Meiji telah mengambil beberapa langkah untuk memajukan bidang perindustrian di Jepun. Antaranya ialah memberi bantuan modal kepada pengusaha industri, mendapatkan khidmat pakardari luar negara untuk memodenkan sektor perindustrian, menyediakan latihan perindustrian, memberi khidmat nasihat kepada pengusaha industri, dan mengadakan bengkel mengenai teknik perniagaan Kementerian Perusahaan juga turut ditubuhkan bagi memajukan sektor perindustrian di Jepun .
Huraian
Seramai 130 orang pegawai asing telah diambil oleh kerajaan Meiji pada tahun 1879 bagi memajukan lagi sektor perindustrian.
Contoh
20
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Implikasinya, dasar kerajaan ini telah berjaya membawa kemajuan ekonomi kepada negara Jepun Penegasan Isi
Isi 3 Kemajuan dalam pengangkutan Fakta
Pemimpin-peminpin kerajaan Meiji telah mengambil langkah untuk membangunkan kemudahan dalam bidang pengangkutan di Jepun. Pada tahun 1872,landasan kereta api sepanjang 26 batu dibina di Jepun yang menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Pada tahun 1874 landasan kereta api Kobe dan Osaka juga turut dibina dan menjelang tahun 1877 landasan kereta api diperluaskan ke Kyoto, Otsu, Tsuruga dan Nagahama.
Huraian
Pada tahun 1880 landasan kereta api Tokyo – Yokohama telah berjaya mengangkut seramai dua hingga tiga juta orang penumpang.
Contoh
Sehubungan dengan itu, kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merangsang perkembangan sektor perindustrian di Jepun. Penegasan Isi
Isi 4 Dasar kewangan yang teratur Fakta
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik di Jepun juga menjadi faktor kepada perkembangan perindustrian yang semakin maju.Kerajaan Jepun telah memperkenalkan matawang dan menubuhkan institusi kewangan . Pada tahun 1868, unit mata wang kertas ditukar dari ryo kepada yen. Menjelang tahun 1873 Bank Negara telah ditubuhkan berasaskan model bank di Amerika Syarikat. Bank Pusat Jepun juga ditubuhkan dan menjadi agensi kewangan utama kerajaan. Bank Perindustrian ditubuhkan di Jepun untuk membiayai perindustrian secara besar-besaran. Menjelang akhir abad ke 19, Jepun mempunyai lebih daripada 200 buah bank yang beroperasi di Jepun.
Huraian
Pada tahun 1872, MitsuiOno Bank ditubuhkan.1880 Bank Yokohoma Specie muncul sebagai bank asing utama Jepun. Manakala pada tahun 1897 Bank Hypothec ditubuhkan dan berperanan sebagai bank pusat bagi bank-bank pertanian dan perindustrian di 47 buah wilayah di Jepun.
Contoh
Oleh itu, kemunculan bank-bank ini telah membantu meningkatkan perkhidmatan pelbagai sektor perindustrian di Jepun. Penegasan Isi
Kesimpulannya, perkembangan perindustrian di Jepun digerakan oleh beberapa faktor yang seiring dan telah membawa kepada kepesatan ekonomi negara Jepun. Pemerintahan Maharaja Meiji telah menjadikan Jepun sebuah negara moden dan akhirnya berjaya menjadi salah sebuah kuasa yang kuat di rantau Asia.
kesimpulan
21
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 8 : Huraikan sumbangan Adam Smith sebagai salah seorang tokoh ilmuan di benua Eropah. Pada abad ke-18 muncul ramai tokoh ilmuan di England yang mengemukakan idea-idea bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh England selepas negara berkenaan mengalami Revolusi Perindustrian. Salah seorang daripadanya ialah Adam Smith. Beliau dilahirkan di Kirkcaldy , Fife , Scotland pada tahun 1723. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790 di Edinburgh. Beliau merupakan salah seorang tokoh terkenal yang memberi sumbangan dan idea dalam Zaman Pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden.
Pengenalan
Isi 1 Pengasas kepada disiplin ekonomi moden Fakta
Beliau ialah pengasas kepada disiplin ekonomi moden Memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal , polisi merkantilisme , monopoli negara , dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire,iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
Huraian
Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada “. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan. Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa.
Contoh
Oleh itu, menurut beliau sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum. Penegasan Isi
Isi 2 Teori percukaian Fakta
Menurut beliau, teori pencukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara yang tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak.
Huraian
Negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport , dan melindungi industri domestik.
Contoh
22
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Tegasnya, kerajaan perlu mengambil kira kebajikan rakyat dalam hal-hal percukaian untuk mendapat sokongan. Penegasan Isi
Isi 3 Teori Ekonomi Pasaran Bebas Fakta
Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Pengeluar mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Harga barang akan meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang dalam pasaran. Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
Huraian
Peningkatan kepada pengeluaran akan menghapuskan keadaan kekurangan barangan. Contoh
Oleh itu, harga barangan akan menjadi normal dengan sendirinya. Penegasan Isi
Isi 4 Proses Pengumpulan modal Fakta Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu
daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi, Adam Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Modal ini boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa kepada persaingan antara pengusaha.
Huraian
Contohnya modal boleh diperolehi daripada tuan tanah dan golongan bangsawan, kemudian modal ini akan dikembangkan oleh para pengusaha atau kapitalis dalam perdagangan.
Contoh Kesannya, apabila modal sudah berkembang maka akan terjadilah peningkatan dalam kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi serta negara.
Penegasan Isi
Kesimpulannya, Adam Smith melalui dua karyanya , The Theory of Moral Sentiments (1759) dan The Wealth of Nations (1776) telah banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang digunapakai hingga hari ini. Doktrin yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi dalam sesebuah negara.
Kesimpulan
23
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 9 : Huraikan sumbangan Jean Jacques Rousseau dalam perkembangan intelektual di Eropah pada abad ke-18 hingga ke-19. Jean Jacques Rousseau, ahli pemikir yang berasal dari Geneva yang
dilahirkan pada tahun 1712. Sebelum muncul sebagai penulis dan pemikir yang unggul, tokoh ini melakukan pelbagai kerja untuk menimba pengalaman, antaranya pengukir, setiausaha dan pemuzik. Pergaulan dengan ahli falsafah seperti Condillac dan Diderot telah mematangkannya dan memberikan inspirasi untuk menghasilkan karya yang mampu mencetuskan perubahan dari segi pemikiran dalam kalangan masyarakat Eropah. Antara karya yang dihasilkan ialah Discourse on the Arts and Sciences (1750), Discourse on the Origin of Inequality (1755), The Social Contract (1762) dan Emile (1762)
Pengenalan
Isi 1 Discourse on the Arts and Sciences. Fakta
Karya terawal yang dihasilkan oleh Rousseau membicarakan tentang aspek seni dan sains. Beliau berusaha menghubungkaitkan kedua-dua bidang ini dengan aspek moral. Rousseau berpandangan kemajuan bidang seni dan sains tidak mampu menyumbang kepada pemurnian moral individu, sosial, dan perkembangan politik. Rousseau berpandangan seni dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia seperti geometri lahir dari kerakusan, fizik daripada rasa ingin tahu yang sia-sia dan falsafah moral daripada rasa bangga yang keterlaluan.
Huraian
Beliau amat menyanjungi tindakan pemerintah Sparta yang mengetepikan golongan artis demi kemajuan dan memuji Socrates, ahli falsafah Yunani yang menyedari kemusnahan sesebuah masyarakat disebabkan kcdua-dua bidang terscbut Namun begitu, beliau amat mengagumi dengan pemikiran Bacon dan Newton.
Contoh
Oleh itu, beliau mahukan masyarakat memberikan perhatian kepada memperbaik tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan bidang sains dan seni
Penegasan Isi
Isi 2 Karya The Social Contract Fakta Membicarakan teori politik yung agak bertentangan dengan
sistcm politik yang dipraktikkan oleh Kerajaan Perancis pada masa tersebut. Melalui karya ini, beliau mcngharapkan akan wujud sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat terutama dalam aspek keselamatan dan kebajikan, dan bukannya sekadar memeras keringat rakyat demi kepentingan pemerintah semata-mata. Rousseau berpandangan hubungan antara kerajaan dengan rakyat ibarat suatu kontrak.
Huraian
24
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Kegagalan kerajaan melunaskan tanggungjawab boleh menyebabkan kerajaan akan hilang hak atau mandat, dan rakyat mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada. Idea yang menyarankan rakyat mempunyai kebebasan berfikir ini amat bertentangan dengan sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak di Perancis.
Malah idea ini telah menjadi teras utama dalam Pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan dalam gerakan Revolusi Perancis. Contoh
Dengan demikian, menurutnya manusia sering dirosakkan oleh kepentingan dalam sesebuah masyarakat. Penegasan Isi
Isi 3 Karya Emile Fakta
Rousseau telah menekankan betapa pentingnya pendidikan awal kepada kanak-kanak bagi merangsang pemikiran seseorang kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak harus menekankan perkara yang baik dan mampu memupuk minat serta diikuti dengan aktiviti yang spontan. Beliau berpandangan bahawa pengaruh masyarakat harus dihindarkan daripada seseorang kanak-kanak supaya mereka boleh hidup secara semula jadi dan membesar dengan bebas daripada pengaruh negatif. Ibu bapa dan guru harus peka dengan perkembangan kanak-kanak dan diharapkan dapat menyediakan pengalaman berdasarkan masa yang sesuai.
Huraian
Falsafah pendidikan mengikut Rousseau harus menekankan empat perkara iaitu kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.
Contoh Tegasnya, karya ini merupakan karya yang menjurus kepada bidang pendidikan psikologi. Penegasan Isi
Isi 4 Karya Discourse on the Origin of Inequality Fakta
Dihasilkan pada tahun 1755 yang menggambarkan perkembangan tamadun, merosakkan kebahagiaan semula jadi, kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan dalam aspek kekayaan, kekuasaan dan keistimewaan sosial. Manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana setiap individu bebas namun apabila masyarakat menjadi lebih moden, individu yang kuat dan paling pintar akan memperoleh kelebihan ke atas individu-individu yang lemah.
Huraian
Perlembagaan yang digubal adalah untuk membetulkan ketidakseimbangan melalui keamanan dan keadilan akan mampu mengekal dan merealisasikan perkara ini.
Contoh
Jelaslah, setiap individu yang lahir ke dunia ini menurut beliau adalah suci dan tidak terikat mana-mana kuasa. Penegasan Isi
25
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Kesimpulannya, idea-idea Rousseau melalui karyanya banyak memberikan impak yang besar kepada masyarakat Eropah. Selain itu telah mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh zaman seterusnya ke arah pembentukan atau kemerdekaan Amerika Syarikat.
kesimpulan
26
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 10 : Jelaskan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam perkembangan intelektual pada Zaman Pencerahan di Eropah. Lahir di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689.
Meninggal dunia pada 10 Februari 1775. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang banyak memberikan sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan (Enlightenment).
Pengenalan
Isi 1 Pembentukan Kerajaan Fakta
Sesebuah kerajaan yang dibentuk berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan. Huraian
Sebagai contoh, pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklim yang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil.
Contoh
Tegasnya, beliau mengkritik kerajaan Perancis yang baru mengalami kejatuhan sistem beraja Mutlak pada tahun 1715 Penegasan Isi
Isi 2 Teori pengasingan kuasa Fakta
Charles Louis Montesquieu memperkenalkan idea politik pemerintahan melalui doktrin pengasingan kuasa. Teori ini dibincangkan melalui karyanya Spirit of the Laws. Karya ini telah memberi kesan mendalam sama ada dalam bidang intelektual mahupun dalam amalan bidang politik dan pemerintahan terhadap negara-negara di dunia. Perkara yang dibincangkan dalam karya ini termasuklah bentuk-bentuk pemerintahan, adat kebiasaan dan iklim, masalah ekonomi, dan masalah agama. Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan terbahagi kepada tiga buah badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendiri dan setiap cabang pemerintahan tidak mencampuri urusan badan lain. Doktrin ini dikemukakan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak. Beliau berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang (legislatif) dan kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud kerana pihak pemerintah akan menggubal undang-undang yang zalim supaya mereka terus berkuasa. Kebebasan juga tidak akan berlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya.
Huraian
27
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Menurut beliau, kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan, estet-estet provinsi, majlis perbandaran, dan pihak gereja. Pemusatan kuasa dalam sistem monarki berlaku secara berleluasa kerana raja mempunyai kuasa yang tidak terbatas dalam semua bidang.
Contoh
Tegasnya, pengasingan kuasa ini perlu supaya penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan. Penegasan Isi
Isi 3 Mengkritik amalan masyarakat Perancis Fakta
Melalui karya Letters Persanes yang diterbitkan pada tahun 1721, beliau telah mengkritik masyarakat Perancis kerana kemerosotan moral semasa penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Rakyat telah memberi taat setia yang keterlaluan kepaa raja Selain itu, masyarakat Perancis juga masih lagi mengamalkan cara lama yang boleh menyekat kemajuan khususnya kongkongan lelaki terhadap wanita.
Huraian
Karya ini mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan Rica yang mengembara ke Perancis. Semasa pengembaraan, isteri-isteri mereka dikawal oleh sida yang bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri-isteri tersebut
Contoh
Sehubungan dengan itu, idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Perancis sehingga menimbulkan Revolusi Perancis
Penegasan Isi
Isi 4 Memperbaharui kaedah penulisan sejarah Fakta Penulisan sejarah memerlukan bukti yang saintifik dan
revelan berdasarkan sebab dan akibat Beliau menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasiln penulisan sejarah
Huraian
Karya The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans yang diterbitkan pada tahun 1734 memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan, dan kejatuhan kerajaan Rom. Montesquieu menyatakan untuk memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar, seseorang harus memahami masyarakatnya. Montesquieu telah menunjukkan cara beliau menginterpretasikan sebab dan akibat sejarah dengan memfokuskan kepada sebab-sebab tersirat dari segi sosial dan moral bagi kejatuhan kerajaan Rom.
Contoh
Sebab itulah, beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.
Penegasan Isi
28
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu memberikan sumbangan besar kepada Perancis semasa Zaman Pencerahan terutamanya dalam sistem pemerintahan. Tidak hairanlah jika doktrin pengasingan kuasa yang beliau ketengahkan mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia termasuk penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat 1787.
Kesimpulan
29
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Tajuk-Tajuk Fokus : 10. Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap dunia yang tercetus pada tahun 1939-
1945 11. Sentimen anti-asing merupakan faktor terpenting kebangkitan Boxer di China pada
tahun 1899. Bincangkan 12. Bincangkan sumbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memelihara
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.
30
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Soalan 10 : Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap dunia yang tercetus pada tahun 1939-1945. Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika
Syarikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial
Pengenalan
Isi 1 Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Fakta Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa,
(PBB) ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang peperangan. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.
Huraian
Sebuah Majlis keselamatan telah dibentuk bagi mengawal keamanan antarabangsa yang dianggotai oleh kuasa-kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Britain dan China
Contoh
Oleh yang demikian, Penubuhan PBB ini secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara di dunia ini.
Penegasan Isi Isi 2 Eropah terbahagi kepada dua blok Fakta
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besar baharu iaitu Ameika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sama semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Perang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali. .
Huraian
Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi Contoh
Oleh itu, berlaku persaingan kuasa akibat daripada idealogi yang berbeza.
Penegasan Isi
31
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Isi 3 Kematian dan kemusnahan harta benda. Fakta Peperangan ini menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang
luas rosak dan pengeluaran hasil pertanian merosot Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada tahun 1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang pernah dikeluarkan pada tahun 1938. Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kekurangan makanan.
Huraian
Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.
Contoh
Sehubungan dengan itu Perang dunia kedua merupakan peperangan yang mengorbankan banyaknyawa dan kemusnahan dalam sejarah manusia.
Penegasan Isi Isi 4 Kemajuan Teknologi Perang Fakta
Perkembanganteknologi peperangan telah menyebabkan negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta kapal-kapal perang yangmengunakan teknologi terkini. Perkembangan yang paling pentingdalam bidang teknologi ketenteraan ialahkemajuan dalam penggunaan senjata nuklear. Kemuncak kepada perkembanganteknologi nuklear adalah pengguguran bomatom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.
Huraian
Menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, peluru berpandu telah digunakan dalam medan peperangan. Menerusi Projek Manhattan, saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert Oppenheimer berjaya mencipta bom atom
Contoh
Tegasnya, selepas tamat Perang Dunia Kedua,kuasa-kuasa besar yang terlibat dalampeperangan mula melengkapkan askar-askardengan peralatan peperangan yang canggih.
Penegasan Isi
32
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syaikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.
Kesimpulan
33
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 11 : Sentimen anti-asing merupakan faktor terpenting kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899. Bincangkan. Pemberontakan Boxer pada tahun 1899 merupakan reaksi orang Cina
terhadap tekanan kuasa-kuasa asing kepada negara China. Perjuangan adalah bermatlamat untuk menghalau orang asing dari China, menamatkan penguasaan ekonomi oleh orang asing dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian.Namun begitu terdapat juga faktor lain iaitu sentimen anti kristian, masalah kewangan, bencana alam dan sokongan pihak istana yang mencetuskan pemberontakan ini.
Pengenalan
Isi 1 Sentimen antiorang asing khususnya kuasa barat Fakta Sentimen antiorang asing meningkat akibat pencerobohan
kuasa-kuasa barat sejak Perang Candu Pertama. Tindakan kuasa-kuasa merebut konsesi telah menjatuhkan dan mencemarkan maruah orang Cina serta pemerintah China khususnya selepas termetrinya Perjanjian Nanking dan Tientsin.
Huraian
Maharani Dowager bertindak menamatkan hak wilayah asingan yang diberikan kepada kuasa-kuasa asing di China. Baginda mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai istana memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.
Contoh
Semangat inilah yang menyebabkan buat kali pertama rakyat dan pihak istana berganding bahu mengusir orang asing di China.
Penegasan Isi
Isi 2
Selain itu, sentimen anti-kristian juga merupakan faktor berlakunya Pemberontakan Boxer. Fakta
Kegiatan mubaligh Kristian meluas setelah para mubaligh dibenarkan menyebarkan agama ini hingga ke kawasan pedalaman dan luar dari Canton. Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucious dan Taoisme.
Huraian
Hubungan orang Cina yang memeluk Kristian dengan orang Cina beragama Buddha menjadi renggang. Orang Cina yang beragama Kristian dibenci kerana mereka bersikap sombong dan mengganggap status mereka lebih tinggi. Bagi orang-orang Boxer, mereka perlu dihapuskan kerana mereka ialah pengkhianat bangsa dan mudah diperalatkan oleh orang asing.
Contoh
34
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Jelaslah bahawa, kebencian terhadap agama Kristian telah menyemarakkan perjuangan pemberontak Boxer untuk mengembalikan kebudayaan dan kepercayaan tradisi nenek moyang di China.
Penegasan Isi
Isi 3
Di samping itu, Pemberontakan Boxer juga disebabkan perasaan benci terhadap penguasaan ekonomi oleh kuasa asing.
Fakta
Penguasaan ekonomi negara China telah dimonopoli oleh orang-orang asing. Kemasukan pelabur asing menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan. Peniaga asing bebas berniaga di pelabuhan lain selain Canton tanpa melalui perantara Co-hong.
Huraian
Sebagai contoh, kapas yang dibawa oleh pedagang barat satu pertiga harganya lebih murah daripada harga kapas tempatan. Hal ini mengurangkan permintaan kapas tempatan, pengusaha mengalami kerugian dan pasaran dikuasai oleh orang asing. Kadar pengangguran meningkat kerana pengenalan penggunaan jentera dalam pengeluaran barangan.
Contoh
Sesungguhnya, penguasaan ekonomi yang dimonopoli oleh orang asing menimbulkan kemarahan orang-orang Cina seterusnya mencetuskan Pemberontakan Boxer.
Penegasan Isi
Isi 4
Faktor seterusnya yang mencetuskan pemberontakan Boxer ialah isu bencana alam iaitu kemarau dan banjir besar yang melanda China.
Fakta
Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda Negara China telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda. Masyarakat China menyalahkan orang asing sebagai punca kepada segala penderitaan di China. Mereka berpendapat bahawaorang asing yang menjadi punca kepada segala penderitaan harus keluar daripada negara China.
Huraian
Sebagai contoh, masyarakat China menganggap kejadian kemarau dan banjir besar di China ialah suatu sumpahan berikutan tindak tanduk orang barat yang rakus menyediakan projek pembangunan seperti pembinaan jalan kereta api, pemasangan kabel telegraf, pembinaan kilang-kilang yang dikatakan mengganggu dewa-dewi mereka dan roh nenek moyang mereka menjadi tidak tenteram.
Contoh
35
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Sememangnya, sensitiviti yang tinggi terhadap kepercayaan terhadap nasib baik dan buruk menimbulkan persepsi mendalam kapada masyarakat China khususnya apabila berlakunya sesuatu musibah alam dalam negara. Hal ini akhirnya menanam kebencian kepada orang asing dan menggerakkan sokongan terhadap Pemberontakan Boxer.
Penegasan Isi
Pemberontakan Boxer merupakan kemuncak rasa tidak puas hati terhadap pencerobohan barat. Perubahan yang berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial tempatan mendorong pemberontak mengembalikan kedaulatan China. Walaupun menemui kegagalan, namun memberi kesedaran kepada pemerintah tempatan untuk melakukan pembaharuan bagi menguatkan kerajaan untuk menghadapi ancaman asing.
Kesimpulan
36
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Soalan 12 : Bincangkan sumbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 26 Jun 1945 adalah
bertujuan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dunia. Sumbangan terbesar PBB adalah untuk menyelesaikan sebarang konflik antarabangsa dan permasalahan dunia melalui kata sepakat , secara aman dan tanpa menggunakan kekerasan. Antara sumbangan besar PBB dalam memelihara keamanan dunia adalah menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan, menyelesaikan masalah pelarian antarabangsa,mengatasi masalah perlumbaan senjata, menangani masalah dasar Aparteid dan menangani konflik antarabangsa.
Pengenalan
Isi 1
Sumbangan PBB pada peringkat awal ialah memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Fakta
Pada tahun 1960, melalui artikel 73, PBB meluluskan pengisyhitaran kemerdekaan wilayah dan penduduk negara yang dijajah iaitu pihak penjajah seharusnya meninggalkan tanah jajahan memberikan peluang kepada rakyat negara dijajah itu memerintah sendiri negara mereka.
Huraian
Sebagai contoh, kewujudan Majlis Amanah dalam PBB berfungsi membantu negara yang belum merdeka supaya dapat berkerajaan sendiri seperti seperti Negara Iraq selepas kejatuhan Saddam dan Afghanistan selepas kejatuhan kerajaan Taliban. Malaysia turut mendapat kemerdekaan kesan daripada sumbangan PBB ini.
Contoh
Jelas sekali sumbangan PBB ini dapat memberikan tanah jajahan berdikari dan menentukan kesejahteraan hidup negara mereka sendiri.
Penegasan Isi
Isi 2
Selain itu, PBB juga membantu dunia dalam menangani isu-isu melibatkan konflik antarabangsa secara aman. Fakta Melalui peranan Majlis Keselamatan yang mempunyai 11 ahli
iaitu 5 ahli tetapnya ( Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom,Perancis dan China) dan 6 ahli biasa PBB berfungsi mengendalikan tuntutan bertindih wilayah dan pertikaian sempadan dengan persetujuan pihak-pihak yang membuat tuntutan. Sebarang pertikaian antarabangsa lain yang wujud harus diselesaikan tanpa kekerasan, tanpa menggugat keamanan,tanpa ugutan, keselamatan dan dengan keadilan sejagat selari dengan Piagam PBB.
Huraian
Sebagai contoh, pada tahun 1960, Majlis Keselamatan dalam PBB berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez. PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.
Contoh
37
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
Jelaslah, peranan PBB adalah untuk menyatukan fikiran, pendapat, dan tindakan negara-negara yang membabitkan kepentingan sejagat. Perdebatan dalam Perhimpunan Agung membolehkan wakil negara anggota diberi peluang menyuarakan pendapat, berbincang dan membuat keputusan berdasarkan undian terbanyak.
Penegasan Isi
Isi 3
Antara sumbangan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan dunia ialah menyelesaikan masalah pelarian dunia.
Fakta
PBB telah menubuhkan International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada pelarian antarabangsa di khemah-khemah pelarian antarabangsa.PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu yang bersedia menerima mereka.
Huraian
Sebagai contoh, UNHCR ditubuhkan dan memainkan fungsi yang aktif dalam menangani masalah pelarian Syria ke negara-negara Eropah ketika ini dan berusaha menangani masalah pelarian Rohingya.
Contoh
Jelaslah bahawa, PBB sebagai badan dunia yang sah melalui UNHCR berjaya memberi bantuan kepada orang pelarian kembali ke negara asal atau menetap di negara lain.
Penegasan Isi
Isi 4
Di samping itu, PBB juga berfungsi sebagai badan dunia yang mengambil langkah menyekat dan mengatasi masalah perlumbaan senjata sama ada senjata nuklear ataupun kimia.
Fakta
Penggunaan senjata kimia secara berleluasa akan meninggalkan kesan buruk kepada mangsa perang. Masyarakat dan rakyat yang tidak berdosa menjadi korban dalam masa singkat malah akan menderita ancaman penyakit serta gangguan genetik setelah terdedah kepada bahan radioaktif.
Huraian
Dalam hal ini, PBB berjaya memujuk Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kes yang sama juga dengan gencatan senjata semasa perang Iran-Iraq. PBB juga memberi tekanan kepada Korea Utara dalam isu ujian senjata nuklearnya yang mengancam keselamatan sejagat.
Contoh
Natijahnya amat jelas, sumbangan PBB ini berjaya mengurangkan jumlah korban perang dan penularan wabak serta ancaman kesihatan dalam kalangan masyarakat dunia.
Penegasan Isi
38
Modul Puncak Sejarah Penggal 1 : Edisi 2016 Negeri Melaka
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraaan dunia dengan berkesan. Sewajarnya enam organisasi dalam PBB memainkan peranan aktif dalam isu-isu sejagat tanpa diselubungi kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis , Rusia dan China yang mempunyai kuasa pemutus dalam setiap keputusan PBB.
Kesimpulan
MODUL TAMAT