SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan,...

23
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS) SEKTOR PEMBINAAN BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 W.P. PUTRAJAYA Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355 E-mail:[email protected] Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.my Laman Web PLWS: www.plws.gov.my FB: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Transcript of SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan,...

Page 1: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI

PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

SEKTOR PEMBINAAN

BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP)JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355E-mail:[email protected]

Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.myLaman Web PLWS: www.plws.gov.my

FB: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Page 2: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Pengenalan 4

3. Daftar Istilah 5

4. Ciri-ciri Utama PLWS 6

5. Model-Model PLWS 7

6. Elemen-Elemen PLWS 9

7. Perlaksanaan PLWS Di Sektor Pembinaan 11

8. Penutup 22

Page 3: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

3

PENGHARGAAN

Penerbitan buku ini adalah hasil daripada program attachment yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di beberapa buah syarikat yang terpilih. Pihak JPPM ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat bagi menghasilkan buku panduan ini. Diharapkan penerbitan buku ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

Page 4: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

4

PENGENALAN

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau Productivity-Linked Wage System (PLWS) adalah satu sistem untuk mewujudkan kaitan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya daya saing Negara. Ia akan memberi manfaat kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja sama ada yang berkesatuan atau tidak berkesatuan.

Sektor pembinaan adalah antara penyumbang utama pembangunan ekonomi negara serta menentukan halatuju infrastruktur sesebuah negara. Sektor pembinaan terbahagi kepada tiga sub sektor iaitu kejuruteraan awam, kediaman dan bukan kediaman. Pada tahun 2008, pertumbuhan sub sektor kejuruteraan awam dirangsang oleh projek-projek yang dilaksanakan seperti projek Lebuhraya Pantai Timur (Fasa II), Lebuhraya Senai – Desaru, Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Kota Kinabalu serta kerja-kerja binaan industri minyak dan gas seperti pembinaan saluran paip dan gas Sabah-Sarawak serta kerja – kerja penerokaan laut dalam. Manakala bagi projek-projek di bawah sub sektor kediaman pula adalah seperti pembinaan 36,000 unit rumah mampu milik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad dan bagi sub sektor bukan kediaman pula adalah seperti pembinaan ruang pejabat, ruang niaga seperti kompleks membeli belah dan pembinaan hotel ¹.

Oleh itu Kerajaan telah memberi tumpuan kepada sektor pembinaan bagi memastikan sektor ini terus berkembang pesat dan mampan serta berdaya saing.

¹ Laporan Ekonomi 2008/2009, Kementerian Kewangan Malaysia

Page 5: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

5

DAFTAR ISTILAH

Gaji pokok Bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi unit masa kerja yang telah dilakukan, tidak termasuk premium, elaun-elaun dan lain-lain faedah tambahan.

Upah Apa-apa bayaran tunai yang dibayar kepada pekerja di atas kerja yang dilakukannya.

Pendapatan Jumlah bayaran yang diperolehi termasuk gaji pokok,upah, kerja lebih masa, insentif, lain-lain faedah tambahan seperti makanan, pakaian dan hostel.

Produktiviti Daya pengeluaran serta satu pencapaian terhadap hasil kerja yang dilakukan.

Bonus Bayaran tunai yang dibayar sebagai imbuhan tambahan kepada pekerja di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

Page 6: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

6

CIRI-CIRI UTAMA PLWS

Ciri-ciri utama PLWS adalah seperti berikut :

a. Upah hendaklah merangkumi kombinasi pendapatan bulanan atau lain-lain bayaran yang kerap, kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan atau lain-lain bayaran tunai kepada pekerja;

b. Upah hendaklah mengandungi komponen tetap, termasuk gaji pokok dan komponen tambahan dalam bentuk bayaran bolehubah;

c. Satu contoh ciri terpenting dalam komponen tetap dan bolehubah adalah seperti berikut :

Komponen Tetap

• Gaji pokok• Kenaikan gaji tahunan• Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

Komponen Boleh Ubah

• Kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada peningkatan produktiviti atau berdasarkan formula pengagihan keuntungan

d. Perubahan gaji pokok perlu mengambilkira faktor-faktor seperti kos sara hidup;

e. Komponen tetap hendaklah menggambarkan nilai kerja dan bayaran kenaikan gaji tahunan adalah sebagai pengiktirafan terhadap tempoh perkhidmatan dan pengalaman para pekerja; dan

f. Komponen boleh ubah boleh ditentukan dengan mengaitkannya kepada produktiviti dan prestasi individu, kumpulan kerja atau organisasi. Petunjuk-petunjuk yang digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta pertimbangan juga hendaklah diberikan berdasarkan kepada situasi semasa.

Page 7: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

7

MODEL-MODEL PLWS

PLWS boleh diasaskan kepada model-model seperti berikut :

a. Model Berasaskan Keuntungan Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; • Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen boleh ubah pula terdiri daripada :

• Bayaran bonus - Komponen ini berdasarkan kepada keuntungan syarikat. Formula pengagihan keuntungan hendaklah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan kesatuan serta dijelaskan dalam perjanjian kolektif atau melalui rundingan bagi syarikat yang tidak berkesatuan.

• Insentif upah - Komponen ini akan dibayar apabila keuntungan yang diperolehi melebihi suatu tahap keuntungan yang ditetapkan (threshold level). Tahap atau nilai keuntungan ini boleh dikira berdasarkan pulangan ke atas pelaburan dan juga purata keuntungan yang diperolehi dalam beberapa tahun yang lepas.

b. Model Berasaskan Produktiviti

Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; • Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Page 8: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

8

Komponen boleh ubah bagi model produktiviti adalah seperti berikut:

• Pihak pengurusan dan pekerja / wakil pekerja akan berunding mengenai bayaran insentif yang sesuai berdasarkan peningkatan produktiviti bagi tahun berkenaan;

• Insentif upah bagi sesuatu tahun hendaklah sepadan dengan peningkatan produktiviti;

• Kenaikan gaji tahunan yang dibayar berdasarkan produktiviti boleh ubah yang berkala;

• Bayaran produktiviti yang berubah bergantung kepada prestasi syarikat. Jika prestasi merosot dengan ketara mungkin bayaran boleh ubah tidak akan dibayar;

• Pada peringkat permulaan, satu formula atau persefahaman perlu diwujudkan untuk membuat pelarasan bagi bayaran produktiviti boleh ubah;

• Syarikat-syarikat yang tidak mempunyai petunjuk-petunjuk produktivitinya sendiri boleh menggunakan petunjuk industri atau produktiviti Negara atau petunjuk pertumbuhan ekonomi Negara sebagai panduan bagi menentukan pelarasan gaji bagi tahun berkenaan; dan

• Petunjuk-petunjuk produktiviti yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada nilai ditambah setiap pekerja atau kaedah-kaedah lain.

Page 9: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

9

c. Model Gabungan

Model ini adalah gabungan Model Keuntungan dan Model Produktiviti. Contohnya, di dalam komponen boleh ubah iaitu bonus yang dibayar bergantung kepada produktiviti pekerja dan keuntungan syarikat.

ELEMEN-ELEMEN PLWS

Berikut adalah di antara elemen-elemen PLWS yang digunapakai:

i. Bonus Bukan Kontraktual Sistembonusfleksibelyangditentukanberdasarkankeuntungan syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya.

ii. Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi; Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja

iii. Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang Dicapai Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan yang dicapai oleh syarikat (threshold level).

iv. Kadar Per Unit Bayaran upah adalah berdasarkan kuantiti pengeluaran. Bayaran insentif tambahan diberikan jika pengeluaran melebihi tahap yang hendak dicapai.

v. Kombinasi Bonus Kontraktual Bukan Kontraktual Kombinasi kedua-dua bonus ini dibayar bergantung kepada keuntungan syarikat ataupun prestasi pekerja.

vi. Pencapaian Individu / Kumpulan Insentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja / kumpulan yang dilihat dari segi kuantiti, kualiti dan penggunaan masa oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu proses pengeluaran.

Page 10: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

10

vii. Insentif Kedatangan Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja.

viii. Caj Perkhidmatan Caj Perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan akan

diagihkan kepada pekerja berdasarkan point system yang ditetapkan. Biasanya diamalkan di sektor perhotelan.

ix. Elaun Kemahiran Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran atau

pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas.

x. Lain-lain insentif yang diberikan mengikut kesesuaian sesebuah syarikat.

Sumber : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Page 11: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

11

PELAKSANAAN PLWS DI SEKTOR PEMBINAAN

Berikut adalah contoh struktur upah yang terdapat di dalam sektor pembinaan:

Komponen Tetap • Gaji pokok / asas

• Kenaikan gaji tahunan tetap yang minima

Komponen Boleh Ubah

• Kenaikan gaji tahunan kepada pekerja secara merit berdasarkan prestasi individu pekerja dan prestasi kewangan syarikat sebelum cukai (Profit before interest & tax (PBIT))

• Pembayaran bonus berdasarkan prestasi individu pekerja dan prestasi kewangan syarikat sebelum cukai (PBIT)

Pengukuran terhadap prestasi individu dibuat berdasarkan kepada dua bahagian utama iaitu:

a. Pengukuran terhadap penghasilan kerja, pengetahuan dan kemahiran yang memberikan wajaran sebanyak 70%. Ianya mempunyai empat petunjuk utama prestasi dan diukur dengan kriteria pencapaian tertentu. Setiap pencapaian diberi rating dan wajaran tertentu yang telah ditetapkan oleh syarikat (Jadual 1); dan

b. Pengukuran terhadap kualiti peribadi, kegiatan dan sumbangan terhadap organisasi yang memberikan wajaran sebanyak 30%. Ianya juga mempunyai empat petunjuk utama prestasi dan diukur dengan kriteria pencapaian tertentu. Setiap pencapaian diberi rating dan wajaran tertentu yang telah ditetapkan oleh syarikat (Jadual 2).

Kedua-dua pengukuran tersebut apabila digabungkan akan memberikan jumlah wajaran keseluruhan sebanyak 100%.

Page 12: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

12

Jadual 1: Petunjuk-petunjuk utama penghasilan kerja, pengetahuan dan kemahiran individu

NoPetunjuk-petunjuk

Utama PrestasiJangkaan

PencapaianKadar(1-5)

PengukuranPencapaian Wajaran

1.0 Sistem penyampaian yang efisyendanefektif

Memastikan semua kerja pembinaan mematuhi spesifikasikontrak,perjanjian jual beli dan mematuhi keperluan / peraturan pihak berkuasa. (Kesan negatif seperti tambahan kos untuk membetulkan dan membaiki kecacatan projek).

5 Pematuhan 100%

15%

4<Tidakmematuhi3itemspesifi-kasi kontrak dengan tiada kesan negatif

3 Tidakmematuhi3itemspesifikasikontrak dengan tiada kesan negatif

2Tidak mematuhi 1 hingga 5 item spesifikasikontrakdenganmem-punyai kesan negatif

1>Tidakmematuhi5itemspesifikasikontrak dengan mempunyai kesan negatif)

Memastikan projek pembinaan disiapkan mengikut jadual dan notis serahan pemilikan kosong (Vacant possession-VP) dikeluarkan dalam tempoh 23 bulan dari tarikh perjanjian jual beli.

5 < 22 bulan

15%

4 22-23 bulan

3 23 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

224 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

1> 24 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

Memastikan sijil layak menduduki (CF) diperolehi sebelum serahan pemilikan kosong (VP) dibuat.

5 CF diperolehi sebelum VP

10%

4 CF dan VP diperolehi serentak

3 CF diperolehi dalam tempoh 1 bulan selepas VP

2 CF diperolehi di antara tempoh 1-3 bulan selepas VP

1 CF diperolehi melebihi tempoh 3 bulan selepas VP

2.0 Penjimatan kos secara efektif.

Memastikan arahan pembetulan /perbezaan (Variation Order-VO) terhadap kontrak pembinaan dikurangkan/dihapuskan.

5 Tiada VO

10%

4 VO kurang 1% daripada jumlah kontrak (Contract Sum-CS)

3 VO di antara 1-5% daripada CS

2 VO lebih dari 5-10% daripada CS

1 VO lebih dari10% daripada CS

Page 13: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

13

NoPetunjuk-petunjuk

Utama PrestasiJangkaan Pencapaian Kadar

(1-5)PengukuranPencapaian Wajaran

3.0 Dokumentasi dan kertas kerja

Memastikan sistem fail yang teratur dan setiap dokumen difailkan segera supaya dapat diperolehi di dalam tempoh 10 minit apabila diminta.

5 Serta merta

10%

4 5 hingga <10 minit

3 10 minit

2 >10 hingga 60 minit

1 > 60 minit

Memastikan penyediaan dokumen, kertas kerja dan laporan disiapkan dengan lengkap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5 100% lebih awal

5%

4 > 10% lebih awal

3 100% tepat masanya

2 > 10% lewat

1 100% lewat

4.0 Disiplin Berdisiplin dan mematuhi segala peraturan tanpa sebarang aduan, surat peringatan atau surat amaran daripada penyelia atau pihak atasan berkaitan tugas.

5 Tiada aduan, surat peringatan atau amaran

5%4 Tiada surat peringatan

atau amaran

3 Satu surat peringatan

2 > satu surat peringatan

1 Surat amaran

Jumlah markah 70%

Petunjuk-petunjuk prestasi utama yang digunapakai di dalam Jadual 1, adalah melibatkan proses kerja utama yang diperlukan dalam sektor pembinaan bagi memastikan sesuatu projek pembinaan dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Ia bermula dari proses awal hingga suatu projek itu disiapkan meliputi kecekapan jangkamasa menyiapkan sesuatu proses kerja dan pematuhankepadaspesifikasiyang telahditetapkanolehpihaksyarikatdanpihak-pihak berkuasa . Ianya diukur secara perbandingan di antara jangkaan pencapaian dengan pencapaian sebenar. Setiap petunjuk-petunjuk prestasi utama tersebut akan dihitung berasaskan kepada kadar rating dan wajaran yang diberikan dengan jumlah keseluruhan 70% seperti berikut:

Jumlah markah = Kadar yang diperolehi bagi setiap petunjuk Bilangan kadar setiap petunjuk x Wajaran(%)

Page 14: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

14

Jadual 2: Petunjuk-petunjuk utama kualiti peribadi, kegiatan dan sumbangan terhadap organisasi

NoPetunjuk-petunjuk

Utama PrestasiJangkaan Pencapaian Kadar

(1-5)PengukuranPencapaian Wajaran

1.0 Kepimpinan Mempunyai wawasan, komitmen, kebolehan membuat keputusan, menggerak dan mendorong kakitangan bawahan untuk mencapai objektif syarikat.

5 Cemerlang

10%4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat lemah

2.0 Kebolehan mengurus

Keupayaan dan kebolehan mengurus segala sumber-sumber seperti kewangan, tenaga manusia,peralatan dan maklumat bagi merancang, mengatur, membahagi dan mengendalikan sesuatu tugas untuk mencapai objektif syarikat

5 Cemerlang

10%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

3.0 Proaktif dan inovatif Kebolehan menjangka kemungkinan, mencipta dan mengeluarkan idea baru, membuat pembaharuan dan pernambahbaikan untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

5 Cemerlang

5%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

4.0 Kerjasama dan semangat berpasukan

Berkebolehan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni, mesra serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

5 Cemerlang 5%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

Jumlah markah 30%

Petunjuk-petunjuk utama yang digunapakai di dalam Jadual 2, adalah berdasarkan kepada keupayaan memimpin, kebolehan untuk menguruskan sumber-sumber yang ada, sumbangan kepada organisasi dan juga semangat kerjasama serta semangat berpasukan. Ianya diukur secara perbandingan di antara jangkaan pencapaian dengan pencapaian sebenar. Setiap petunjuk-petunjuk prestasi utama tersebut juga akan dihitung berasaskan kepada rating dan wajaran yang diberikan dengan jumlah keseluruhan 30% seperti berikut:

Page 15: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

15

Jumlah markah = Kadar (rating) yang diperolehi bagi setiap petunjuk x Wajaran(%) Bilangan kadar (rating) setiap petunjuk

Kenaikan gaji tahunan tetap dan secara merit

Kenaikan gaji tahunan yang tetap adalah sebanyak 1% yang dinikmati oleh semua pekerja dan kenaikan gaji tahunan secara merit berdasarkan markah prestasi yang diperolehi oleh individu dan juga keuntungan syarikat sebelum cukai (Profit Before Interest and Tax – PBIT). Kaedah ini menggabungkan keuntungan sebelum cukai (PBIT) syarikat bagi tahun yang dinilai dengan pencapaian prestasi individu yang terlibat. Prestasi individu tersebut diukur berdasarkan kepada jumlah markah yang diperolehi daripada petunjuk-petunjuk utama prestasi di Jadual 1 dan 2. Pencapaian individu tersebut akan dipadankan dengan PBIT dan seterusnya akan memberikan kadar kenaikan gaji yang akan dinikmati oleh individu tersebut (Jadual 3).

Jadual 3: Kenaikan gaji tahunan (Merit increment)

Keuntungan sebelum cukai (PBIT)-RM Juta

<5 5-10.99 11-15.99 16-20.99 >21

Prestasi Individu Kadar Kenaikan Gaji (%)

Lemah (Kurang daripada 50%) 0 0 0 0 0

Memuaskan(51-60%) 0.5 1.5 2.0 2.5 3

Baik(61-70%) 2.5 3.5 4.0 4.5 5

Amat Baik(71-80%) 4.5 5.5 6.0 6.5 7

Cemerlang(81% dan ke atas) 6.5 7.5 8 8.5 9

Page 16: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

16Keuntungan sebelum cukai (PBIT)-RM Juta

<5 5-10.99 11-15.99 16-20.99 >21

Prestasi Individu Bulan Bonus

Lemah (Kurang daripada 50% 0 0 0 0 0

Memuaskan(51-60%) 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5

Baik(61-70%) 1.0 1.25 1.5 1.75 2.0

Amat Baik(71-80%) 1.5 1.75 2.0 2.5 3.0

Cemerlang(81% dan ke atas)

1.75 2.25 2.5 2.75 3.5

Contoh Pengiraan:

Ahmad berjawatan Jurutera Projek dan gaji pokok (2008) beliau ialah sebanyak RM2,500.00 sebulan. PBIT syarikat berakhir 31 Disember 2008 ialah sebanyak RM17 juta . Kenaikan gaji tahunan tetap yang diterima oleh Ahmad ialah 1% daripada gaji pokok. (Andaikan jumlah markah prestasi Ahmad bagi tahun 2008 adalah seperti di Jadual 1(a) dan 2(a).

Pembayaran Bonus

Pembayaran bonus adalah berdasarkan peratus keseluruhan markah prestasi yang diperolehi individu dan juga keuntungan syarikat sebelum cukai (Profit Before Interest and Tax - PBIT). Kaedah ini menggabungkan keuntungan sebelum cukai (PBIT) syarikat bagi tahun yang dinilai dengan pencapaian prestasi individu yang terlibat. Prestasi individu tersebut diukur berdasarkan kepada jumlah markah yang diperolehi daripada petunjuk-petunjuk utama prestasi di Jadual 1 dan 2. Pencapaian individu tersebut akan dipadankan dengan PBIT dan seterusnya akan memberikan kadar bonus tahunan yang akan dinikmati oleh individu tersebut (Jadual 4).

Jadual 4 : Pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi individu dan PBIT

Page 17: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

17

Jadual 1 (a) : Petunjuk-petunjuk utama penghasilan kerja,pengetahuan dan kemahiran individu

NoPetunjuk-petunjuk

Utama PrestasiJangkaan

PencapaianKadar(1-5)

PengukuranPencapaian Wajaran

1.0 Sistem penyampaian yang efisyendanefektif

Memastikan semua kerja pembinaan mematuhi spesifikasikontrak, perjanjian jual beli dan mematuhi keperluan / peraturan pihak berkuasa. (Kesan negatif seperti tambahan kos untuk membetulkan dan membaiki kecacatan projek).

5 Pematuhan 100%

9%

4 <Tidakmematuhi3itemspesifikasikontrak dengan tiada kesan negatif

3 Tidakmematuhi3itemspesifikasikontrak dengan tiada kesan negatif

2Tidak mematuhi 1 hingga 5 item spesifikasikontrakdenganmempunyai kesan negatif

1>Tidakmematuhi5itemspesifikasikontrak dengan mempunyai kesan negatif)

Memastikan projek pembinaan disiapkan mengikut jadual dan notis serahan pemilikan kosong (Vacant possession-VP) dikeluarkan dalam tempoh 23 bulan dari tarikh perjanjian jual beli.

5 < 22 bulan

12%

4 22-23 bulan

3 23 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

2 24 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

1 > 24 bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani

Memastikan sijil layak menduduki (Certification of Fitness-CF) diperolehi sebelum serahan pemilikan kosong (VP) dibuat.

5 CF diperolehi sebelum VP

8%

4 CF dan VP diperolehi serentak

3 CF diperolehi dalam tempoh 1 bulan selepas VP

2 CF diperolehi di antara tempoh 1-3 bulan selepas VP

1 CF diperolehi melebihi tempoh 3 bulan selepas VP

Page 18: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

18

Jadual 1 (a) : Petunjuk-petunjuk utama penghasilan kerja,pengetahuan dan kemahiran individu

NoPetunjuk-petunjuk

Utama PrestasiJangkaan

PencapaianKadar(1-5)

PengukuranPencapaian Wajaran

2.0 Penjimatan kos secara efektif.

Memastikan arahan pembetulan /perbezaan (Variation Order-VO) terhadap kontrak pembinaan dikurangkan/dihapuskan.

5 Tiada VO

8%

4 VO kurang 1% daripada jumlah kontrak (Contract Sump-CS)

3 VO di antara 1-5% daripada CS

2 VO more than 5-10% daripada CS

1 VO more than 10% daripada CS

3.0 Dokumentasi dan kertas kerja

Memastikan sistem fail yang teratur dan setiap dokumen difailkan segera supaya dapat diperolehi di dalam tempoh 10 minit apabila diminta.

5 Serta merta

8%

4 5 hingga <10 minit

3 10 minit

2 >10 hingga 60 minit

1 > 60 minit

Memastikan penyediaan dokumen, kertas kerja dan laporan disiapkan dengan lengkap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5 100% lebih awal

5%

4 > 10% lebih awal

3 100% tepat masanya

2 > 10% lewat

1 100% lewat

4.0 Disiplin Berdisiplin dan mematuhi segala peraturan tanpa sebarang aduan, surat peringatan atau surat amaran daripada penyelia atau pihak atasan berkaitan tugas.

5 Tiada aduan, surat peringatan atau amaran

5%

4 Tiada surat peringatan atau amaran

3 Satu surat peringatan

2 > satu surat peringatan

1 Surat amaran

Jumlah markah 55%

Page 19: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

19

Jadual 2 (a): Petunjuk-petunjuk utama kualiti peribadi, kegiatan dan sumbangan terhadap organisasi

No

Petunjuk-petunjuk Utama

Prestasi

Jangkaan Pencapaian Kadar(1-5)

PengukuranPencapaian Wajaran

1.0 Kepimpinan Mempunyai wawasan, komitmen, kebolehan membuat keputusan, menggerak dan mendorong kakitangan bawahan untuk mencapai objektif syarikat.

5 Cemerlang

8%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

2.0 Kebolehan mengurus

Mempunyai wawasan, komitmen, kebolehan membuat keputusan, menggerak dan mendorong kakitangan bawahan untuk mencapai objektif syarikat.

5 Cemerlang

6%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

3.0 Proaktif dan inovatif

Kebolehan menjangka kemungkinan, mencipta dan mengeluarkan idea baru, membuat pembaharuan dan pernambahbaikan untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

5 Cemerlang

5%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

4.0 Kerjasama dan semangat berpasukan

Berkebolehan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni, mesra serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

5 Cemerlang

5%

4 Baik

3 Sederhana

2 Lemah

1 Sangat Lemah

Jumlah markah 24%

Berdasarkan kepada jumlah markah prestasi Ahmad bagi tahun 2008 sebanyak 79%-Amat Baik (55% daripada Jadual 1(a) dan 24% daripada Jadual 2(a)), maka beliau layak untuk mendapat ganjaran seperti berikut:

Page 20: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

20

i) Kenaikan gaji tahunan tetap sebanyak 1% daripada gaji pokok 2008

1100

x RM2,500 = RM25

ii) Kenaikan gaji tahunan secara merit adalah sebanyak 6.5% (Rujuk Jadual 3(a) daripada gaji pokok 2008 (RM 2,500) :

Jadual 3(a): Kenaikan gaji tahunan (Merit increment)

Keuntungan sebelum cukai (PBIT)-RM Juta

<5 5-10.99 11-15.99 16-20.99 >21

Prestasi Individu Kadar Kenaikan Gaji ( %)

Lemah (Kurang daripada 50% 0 0 0 0 0

Memuaskan(51-60%) 0.5 1.5 2.0 2.5 3

Baik(61-70%) 2.5 3.5 4.0 4.5 5

Amat Baik(71-80%) 4.5 5.5 6.0 6.5 7

Cemerlang(81% dan ke atas) 6.5 7.5 8 8.5 9

6.5100

x RM2,500 = RM162.50

Maka bagi tahun 2009, gaji pokok Ahmad yang baru ialah sebanyak RM 2,500 + RM25 + RM162.50= RM2,687.50

Page 21: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

21

iii) Pembayaran bonus berdasarkan keuntungan syarikat sebelum cukai (PBIT) dan prestasi pekerja adalah sebanyak 2.5 bulan gaji pokok

(Rujuk Jadual 4(a)):

Jadual 4(a) : Pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi individu dan PBIT

Keuntungan sebelum cukai (PBIT)-RM Juta

<5 5-10.99 11-15.99 16-20.99 >21

Prestasi Individu Bulan Bonus

Lemah (Kurang daripada 50% 0 0 0 0 0

Memuaskan(51-60%) 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5

Baik(61-70%) 1.0 1.25 1.5 1.75 2.0

Amat Baik(71-80%) 1.5 1.75 2.0 2.5 3.0

Cemerlang(81% dan ke atas) 1.75 2.25 2.5 2.75 3.5

Maka bonus tahunan bagi 2008 adalah sebanyak= 2.5 bulan X Gaji pokok Ahmad 2008= 2.5 bulan X RM 2,500= RM 6,250

Page 22: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

22

PENUTUP

Sistem penetapan gaji yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan suatu kaedah penetapan upah anjal yang boleh membawa manfaat bersama kepada pihak majikan dan para pekerja. Ia tidak hanya membolehkan pekerjaan lebih terjamin, malahan ganjaran kepada pekerja, prestasi syarikat dan seterusnya pencapaian ekonomi Negara akan meningkat. Lebih penting lagi, sistem upah berkenaan turut berperanan bagi menggalakkan semangat bekerja dan meningkatkan kerjasama khususnya antara majikan dan pekerjanya sebagai satu pasukan. Jika ini tercapai, ia boleh membawa kepada keharmonian dalam perhubungan perusahaan.

Kejayaan pelaksanaan sistem upah ini amat bergantung kepada komitmen pihak pengurusan dan sambutan serta kerjasama dari pihak pekerja. Komunikasi dua hala berasaskan penilaian yang adil dengan kriteria yang telus serta usaha gigih berterusan pihak berkuasa boleh memastikan kejayaan pelaksanaan sistem upah ini secara meluas.

Page 23: SEKTOR PEMBINAAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembinaan.pdf · Selatan, Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar, Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

23