SENI.docx

13
Pengenalan Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan pelbagai mata pelajaran di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar 1

Transcript of SENI.docx

PengenalanSeni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan pelbagai mata pelajaran di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu Anak Itik Tok Wi selepas mengajar teks cerita haiwan.Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.

Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujuddi sekelilingkita.Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya.Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransangmindakanak-kanaksewaktuprosespengajarandan pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Muridjuga akan berasa seronok dan gembira dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tidak dirancang malah melakukanaktivitidenganlebihaktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P.

Lukisan mural : Tema- Alam Sekitar

Melalui tugasan projek yang telah diberi,kami telah memilih untuk membuat lakaran sebuah lukisan mural yang bertemakan alam sekitar. Tema ini telah dipilih berdasarkan minat dan hubungan manusia dengan alam. Banyak perkara yang kita dapat pelajari melalui alam sekitar dan kepentingannya dalam kehidupan seharian.Selain itu ianya bertujuan memupuk minat dikalangan pelajar khususnya dalam memelihara serta menguruskan alam sekitar dengan lebih baik pada masa depan. Lakaran yang telah dipilih adalah tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang begitu sinonim dengan alam sekitar. Terdapat pelbagai jenis dan saiz tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang berada di sekeliling kita. Selain itu lukisan ini di paparkan suasana senja bagi mewujudkan keadaan harmoni disekeliling lakaran pokok-pokok yang menjadi subjek utama. Berdasarkan karya mural yang telah dibuat, terdapat beberapa prinsip dan unsur seni seperti irama, warna dan ruang yang digunakan secara bersepadu. Prinsip irama yang terdapat di dalam karya mural ini ialah ialah melalui penghasilan kelompok awan. Melalui garisan beralun yang dihasilkan oleh pengkarya, garisan yang dihasilkan dapat menimbulkan kesan pergerakan. Garisan beralun disusun dengan baik di dalam kawasan yang disediakan. Garisan beralun yang dihasilkan juga mewujudkan corak yang berulang dan seakan-akan bergerak. Ruang digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pengkarya untuk mewujudkan kesan pergerakan dan berjaya mewujudkan kesan harmoni di dalam karya mural. Rupa dan bentuk pokok-pokok yang dihasilkan juga berjaya mewujudkan kesan pergerakan di dalam karya mural ini. Unsur warna yang terdapat di dalam karya mural di atas ialah warna yang harmoni. Warna yang digunakan di dalam karya ini juga menggunakan ton-ton yang cerah. Jika diperhatikan, terdapat juga warna panas iaitu merah di dalam karya mural ini, tetapi ton cerah yang digunakan untuk menghilangkan kesan penegasan di dalam karya mural ini. Pengkarya cuba menyampaikan satu suasana yang tenang dan harmoni di dalam karyanya. Selain itu, ia dapat memupuk minat cintakan alam sekitar dan juga mengagumi ciptaan Allah S.W.T.

Menurut Seligman (1987) kebanyakan pengkritik seni bersetuju bahawa mural ialah sejenis karya seni samada dalam bentuk catan, mozek, kolaj, timbulan mahupun fotograf yang dihasilkan khusus untuk tempat tertentu saling melengkapi dengan senibina, dengan kata lain komposisinya mempengaruhi persekitaran dan sebaliknya. Menurutnya lagi mural dihasilkan pada dinding atau siling ruang dalaman dan dinding luaran pada skala yang besar, kadang-kadang pada skala kecil. Catan mural akan kekal pada tempat ianya dihasilkan menjadikannya berbeza daripada catan atas kanvas yang boleh digantung dimana-mana pada bila-bila masa.Mural yang kami hasilkan pula adalah berskala kecil dan sesuai untuk dijadikan hiasan dan sudut-sudut khas. Tema mural adalah bebas contohnya ilusi lanskap, figura, tulisan, corak, dan sebagainya dipersembahkan dengan gaya penapilan sama ada realistik, semi abstrak mahupun abstrak. Justeru itu, Tema lukisan ini merujuk kepada definisi mural itu sebagai karya pada dinding, justeru itu kami telah meneliti terlebih dahulu sejarah perkembangan lukisan dinding dengan mengambil kira penemuan lukisan dinding gua sebagai titik mula, Ahmad suhaimi dalam bukunya Sejarah Kesedaran Visual di Malaya, telah mengaitkan penemuan lukisan dinding gua sebagai bukti awal kesedaran visual di Malaysia. "Penemuan lukisan-lukisan pra sejarah di dinding-dinding gua memberikan isyarat penting kepada kita mengenai perkembangan konsep visual dalam kalangan masyarakat sepanjang zaman di negara kita" (Suhaimi, 2007:14) Wassily Kandinsky pelukis ternama Rusia menyatakan, lukisan abstrak ada persamaan dengan muzik. Memahami lukisan abstrak boleh diibaratkan seperti kita mendengarkan muzik instrumental. Kita boleh merasai keindahan nada muzik itu tanpa dibebani dengan unsur-unsur lain.Bertitik tolak dari itulah, berdasarkan penyataan-penyataan yang telah dipetik kami telah sedaya upaya menghasilkan sebuah karya seni lukisan mural . Semua unsur estetika dikembalikan pada bentuknya yang paling baik. Dalam muzik, semua unsur nada mewakili nada itu sendiri manakala seni lukis, warna mewakili warna, garis mewakili garis, demikian pula dengan unsur-unsur visual lainnya. Dalam lukisan mural alam sekitar ini, unsur-unsur visual disusun sedemikian rupa, sehingga menyampaikan pengertian atau kesan tertentu. Unsur-unsur visual ini sendiri memiliki karakter dan makna simbolik. Dalam muzik instrumental kita boleh merasai nada-nada senang, sedih, semangat dan sebagainya, sama seperti lukisan komposisi dengan unsur-unsur visual, boleh menunjukkan hal yang sama iaitu kesan tenang, tegas, berani, optimis dan sebagainya.Penutup Generasi yang celik dan menghargai seni memerlukan murid-murid mendapat pendedahan kepada persekitaran yang sesuai untuk mereka berkembang kearah itu. Sebelum proses kreatif berlaku dalam otak manusia, mereka memerlukan pengalaman yang berkaitan dengan subjek tersebut. Jaffri Hanafi ( 2004 ) memetik Horowitz (1985) didalam bukunya ' More Than You See: A Guide to Arf mentakrifkan seni sebagai satu bentuk konsep yang mengandungi unsur-unsur sokongan yang tertentu dan ia tidak mementingkan fakta fakta yang berbentuk nyata dan realiti. Beliau juga menjelaskan seni itu adalah sesuatu objek yang dihasilkan oleh seseorang individu yang kreatif, mempunyai kualiti yang tertentu, ia merupakan rakaman pengalaman sebenar yang telah dilalui oleh individu itu Murid menimba pengalaman seni melalui aktiviti langsung di dalam kelas dan dengan mencerap persekitaran visual di sekeliling mereka secara tidak formal. "Pendidikan merupakan proses transmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berlaku antara suatu generasi ke generasi yang lain atau dalam generasi yang sama" (Amir Hassan Dawi, 2002: 58). Robiah dalam bukunya Pemikiran Dalam Pendidikan ,1998 memetik Bourner, Martin dan Race (1993) bahawa pengajaran dan pembelajaran secara pengalaman terjadi apabila pelajar memainkan peranan yang aktif. Pelajar terlibat secara langsung dalam situasi-situasi yang timbul atau ditimbulkan. Berasaskan pengalaman yang dilalui itu pelajar diberi peluang membuat perhitungan atau kesimpulan tentang perkara-perkara utama yang diajar oleh guru Apresiasi seni visual dapat membantu memupuk minat khalayak terhadap seni visual seterusnya membudayakannya dalam pemikiran mereka serta mampu menghargai keindahan. Menurut Syed Ahmad Jamal dalam Rupa dan Jiwa (199:1), "Keindahan, suatu nilai yang wujud dalam pengamatan dan dianggap kebaikan yang muktamad bagi pembentukan nikmat. Schopenhauer berpendapat, keindahan memberi kepuasan terhadap kehendak sifat semula jadi manusia yang terpendam" Aspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang celik seni akan dapat dicapai melalui pendidikan.Wahana ini seterusnya akan membantu dalam mengembangkan lagi seni visual menjadi satu bidang yang mampu menyumbang dari segi ekonomi kerana masyarakat yang celik seni akan merancakkan aktiviti jual beli karya-karya seni. Sebagaimana pendapat Robiah Sidin : "Tujuan kurikulum bukan sahaja untuk keperluan sosial atau membudayakan murid-murid dengan dunia fizikal dan sosialnya, tetapi untuk memenuhi objektif politik, ekonomi dan perdagangan negara juga bertujuan menyediakan warga mudah hidup dalam dunia yang pesat berubah, canggih tetapi tidak menentu" (Robiah Sidin, 1998: 15). Kesimpulannya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Semoga lukisan mural bertemakan alam sekitar ini dapat memenuhi semua aspirasi yang telah dinyatakan diatas.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana kami telah berjaya melaksanakan tugasan Projek Seni Dalam Pendidikan (WAJ3073) dengan jayanya. Tugasan ini diterima oleh kami pada 19 Julai 2014 dan kami diberi masa selama lebih 4 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini kami mendapat pelbagai input yang berguna berkaitan dengan nilai-nilai daripada pelbagai aspek seni, di mana nilai-nilai tersebut sedikit sebanyak telah berjaya memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian.Selama menyiapkan tugasan ini, kami juga telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah membuatkan kami lebih menghargai masa apabila ingin melaksanakan tugasan ini. Cabaran yang dimaksudkan ialah kekangan-kekangan masa yang alami semasa ingin menyiapkan tugasan ini. Namun semua ini dapat diatasi dengan perancangan yang sistematik dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas. Bimbingan daripada pensyarah mata pelajaran juga adalah amat dihargai kerana telah memberikan nasihat dan pandangan untuk kami menyiapkan tugasan iniTugasan buat pertama kalinya bagi mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan ini telah banyak memberi kami ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika tugasan ini tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini kerana nilai-nilai,teknik dan pelbagai aspek yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan telah membuatkan saya lebih mengerti tentang konsep sesebuah karya seni itu sendiri seterusnya mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya atau hasil seni itu boleh berkembang maju dengan gemilang kerana wujud pelbagai keistimewaan yang menjadi asas dalam pembentukannya.Seterusnya, melalui tugasan ini juga, kami dapat memotivasikan diri saya sendiri semasa mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan tugasan. Selain itu, kemahiran untuk melakar sesebuah karya seni amat perlu dititikberatkan. Mujurlah rakan-rakan sekelas kami yang lain turut sama dalam mengembangkan idea dan seterusnya menghasilkan sebuah lukisan yang merangkumi semua aspek dalam kehendak soalan.Akhir sekali kami berasa amat bersyukur kerana tugasan ini telah banyak memberi pengetahuan dan yang paling penting dapat membantu diri kami dalam membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Kami akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat untuk menjadi pendidik yang cemerlang.

BIBLIOGRAFI

Burton, J.M. (1994). The arts in school reform. Teachers College Record, 95, 477- 493.

Herbert Read. (1935). The Meaning of Art. London : Faber & Faber

Osman HashimdanAhmed Ghazie Ibrahim.(2007).Ke Arah Peningkatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Syamsul Izwan, Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan, http://notapismp.blogspot.com, dilayari pada 6 Ogos 2014.Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni Visual, didapati pada 15 Ogos2014dari(http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f_infro.pdf#search=%22seni%20dalam%20pendidikan%22

9