seni.docx

7
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Aspek Penerokaan 3.0 Aspek Pengalaman 4.0 Maklumat 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan. 1.0 Pengenalan Secara semula jadinya kanak-kanak suka melakukan pergerakan ia juga merupakan fitrah kejadian setiap makhluk yang bergelar manusia. Mereka ingin belajar dan terus belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Justeru itu apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal, mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya

Transcript of seni.docx

ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan2.0 Aspek Penerokaan3.0 Aspek Pengalaman4.0 Maklumat5.0 Kesimpulan6.0 Rujukan.

1.0 PengenalanSecara semula jadinya kanak-kanak suka melakukan pergerakan ia juga merupakan fitrah kejadian setiap makhluk yang bergelar manusia. Mereka ingin belajar dan terus belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Justeru itu apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal, mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu.Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal,koordinasi dan ketangkasan murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas contohnya bermain ayam dan musang. Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kepada kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain, ia dapat menjadi medium untuk melahirkan perasaan gembira dan keseronokan. Almy (1984) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa melakukan aktiviti main, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru misalnya selepas berinteraksi dengan rakan-rakan. Mengikut Vvgotsky (1967), beliau menyatakan main dapat membantu bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia realiti.

Di samping itu, melalui aktiviti bermain juga, dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Aktiviti main dapat dilakukan di dalam dan luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan. Dengan bermain, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktivit dalam pembelajaan. Ia juga dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Bermain juga dapat mengajar kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang sihat. Tambahan pula, main juga dapat membina minda yang sihat dan cerdas.

Seawal usia dua tahun,kanak-kanak sudah mula melahirkan rasa ingin tahu dan tempoh itu adalah saat terbaik untuk memberi galakan kepada perkembangan kanak-kanak. Ketika bermain, perkembangan motor kasar sudah bermula begitu juga perkembangan deria rasa mereka. Melalui permainan, kanak-kanak terdedah dengan bahan dan peralatan yang berbeza bentuk permukaannya, begitu juga dengan rasa dan bau yang dihasilkan bahan itu. Secara tidak langsung, ia meransang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan mereka menemui perkara baru sepanjang bermain.

Selain itu,kanak-kanak jugadidedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru ketikabermain.Kanak-kanakbelajar mengenai warna dan bentuk berbeza. Ini dapat menggalakkan mereka menggunakan psikomotor sekali gus memperkembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak.

Seterusnya melalui aktiviti bermain,ia turut memberikan peluang untukkanak-kanakmeluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkanperkembangansosio serta emosi mereka.Kanak-kanakberkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. Perasaanegosentrik kanak-kanak sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yangbermainpermainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian.

Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka.Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan.Contoh pendahuluan 2Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Antara permainannya ialah galah panjang, guli, congkak, teng-teng, dan batu seremban. Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri. Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar. Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari. Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses pempelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif, kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak.

Copy and WIN :http://ow.ly/KfYkt

2.0 Aspek Penerokaan

3.0 Aspek Pengalaman4.0 Maklumat5.0 Kesimpulan6.0 Rujukan.