Senyuman Satu Terapi

2
Senyuman Satu Terapi Kita perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling terutamanya, dengan keluarga, rakan-rakan dan juga saudara mara. Kita juga haruslah sentiasa berbaik sangka. Sering bertanya khabar dan mesti rajin-rajin meluahkan perasaan dengan cara meminta pendapat ataupun berkongsi masalah. Apabila terserempak, berikanlah senyuman ikhlas. Dengan senyuman, fikiran yang kacau-bilau akan menjadi lapang. Otak pula tidak berserabut dan dapat berfikir dengan baik. Fikiran dan emosi yang tenang akan terpancar pada wajah. Oleh itu, hiasilah wajah kita dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Senyuman yang berseri-seri pasti akan menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Perasaan gundah-gulana dan gelisah secara tidak langsung akan hilang apabila kita ceria. Ketika senyum, tubuh akan berada dalam keadaan yang tenang. Oleh yang demikian, sistem imun badan kita juga akan menjalankan fungsinya dengan lebih baik.

description

Lembaran Kerja BM

Transcript of Senyuman Satu Terapi

Senyuman Satu TerapiKita perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling terutamanya, dengan keluarga, rakan-rakan dan juga saudara mara. Kita juga haruslah sentiasa berbaik sangka. Sering bertanya khabar dan mesti rajin-rajin meluahkan perasaan dengan cara meminta pendapat ataupun berkongsi masalah.Apabila terserempak, berikanlah senyuman ikhlas. Dengan senyuman, fikiran yang kacau-bilau akan menjadi lapang. Otak pula tidak berserabut dan dapat berfikir dengan baik.Fikiran dan emosi yang tenang akan terpancar pada wajah. Oleh itu, hiasilah wajah kita dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Senyuman yang berseri-seri pasti akan menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya.Perasaan gundah-gulana dan gelisah secara tidak langsung akan hilang apabila kita ceria. Ketika senyum, tubuh akan berada dalam keadaan yang tenang. Oleh yang demikian, sistem imun badan kita juga akan menjalankan fungsinya dengan lebih baik.Sentiasalah senyum mulai hari ini agar kita dapat melalui hari-hari kita dengan lebih bermakna.