SIDANG KETIGA PULUH TUJUH MAJLIS BAHASA BRUNEI...
Transcript of SIDANG KETIGA PULUH TUJUH MAJLIS BAHASA BRUNEI...
1
SIDANG KETIGA PULUH TUJUH
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA MALAYSIA
(MABBIM)
(Kuala Terengganu, Negeri Terengganu Darul
Iman, Malaysia
02 – 06 Mac 1998: 03 – 07 Zulkaedah 1418)
2
Pernyataan Bersama
Sebagai lanjutan Sidang Ke-37 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD),
Panitia Kerja Sama Kebahasaan (Pakersa), Indonesia dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(JKTBM), Malaysia yang diadakan di Hotel Riverview, Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara
Brunei Darussalam pada 03 - 07 Mac 1997, maka Sidang Ke-37 MABBIM telah diadakan di
Hotel Primula Parkroyal, Kuala Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman pada 02 - 06 Mac
1998. Majlis telah: (1) meneliti dan menerima Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM, (2)
meneliti dan menerima hasil Sidang Ke-11 Pakar MABBIM, dan (3) membincangkan dan
mengambil keputusan tentang hal-hal yang perinciannya seperti terlampir.
Majlis juga mengambil perhatian bahawa Seminar Kebahasaan yang bertemakan Bahasa
Melayu/Indonesia dan Teknologi Maklumat/Informasi telah diadakan pada 02 - 03 Mac 1998 di
Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman.
t.t.
(DR. HASSAN ALWI) Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Indonesia
t.t.
(HAJI A. AZIZ DERAMAN) Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Malaysia
t.t.
(DATO PADUKA HAJI ALIDIN HAJI OTHMAN)
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam
Kuala Terengganu,
Negeri terengganu Darul Iman,
07 Zulkaedah 1418
4
I. Acara Sidang Majlis
1. Perasmian Sidang : Isnin, 02 Mac 1998
8.30 pagi – 11.00 pagi
2. Seminar Kebahasaan : Isnin, 02 Mac 1998
11.30 pagi – 5.00 petang
: Selasa, 03 Mac 1998
8.30 pagi – 5.00 petang
3. Sidang Eksekutif
Sidang I : Rabu, 04 Mac 1998
8.30 malam – 11.30 malam
Sidang II : Khamis, 05 Mac 1998
9.00 pagi – 10.00 pagi
10.30 pagi – 1.30 petang
9.00 malam – 11.20 malam
Sidang III : Jumaat, 06 Mac 1998
10.00 pagi – 1.30 petang
II. Anggota Sidang Eksekutif
1. Tuan Haji A. Aziz Deraman (Malaysia/Ketua dan Pengerusi)
2. Dr. Hasan Alwi (Indonesia/Ketua)
3. Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman (Brunei Darussalam/Ketua)
4. Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain (Malaysia)
5. Dr. Hans Lapoliwa,M. Phil (Indonesia)
6. Dato Paduka Haji Ahmad Kadi (Brunei Darussalam)
7. Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim (Malaysia)
8. Dr. Dendy Sugono, S. Pd. (Indonesia)
9. Awang Haji Zaini Haji Omar (Brunei Darussalam)
10. Puan Hajah Noresah Baharom (Malaysia/Setiausaha)
11. Drs. Hasjmi Dini (Indonesia/Sekretaris Perutusan)
12. Awang Hanafiah Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam/Setiausaha)
Pembentang Kertas Kerja
1. Dato Haji Hassan Ahmad (Malaysia)
2. Encik Ismail Dahaman (Malaysia)
5
Pemerhati
Brunei Darussalam
1. Dayang Hajah Saddiah Haji Ramli (Brunei Darussalam, Urus Setia)
2. Dk. Sainah Pg. Haji Mohamed (Brunei Darussalam, Urus Setia)
Malaysia
1. Puan Hajah Halimah Haji Ahmad
Singapura
1. Dr. Liaw Yock Fang
2. Encik Abdul Malek Ahmad
III. Dokumen
1. Dokumen JKTBM
JKTBM/S37/1 Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM
JKTBM/S37/2 Laporan Sidang Ke-11 PAKAR MABBIM (Laporan Malaysia)
JKTBM/S37/3 Kertas Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)
JKTBM/S37/4 Kertas Gagasan MABBIM Terhad Kemungkinan Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Asean
2. Dokumen PAKERSA
Istilah Umum Kedokteran
3. Dokumen JKTBMBD
Istilah Tatanama Tumbuhan/Herba
IV. Agenda Sidang Eksekutif
1. Ucapan Aluan-aluan Pengerusi
2. Memperkenalkan Angota Perwakilan oleh Ketua-Ketua Perwakilan
3. Meneliti dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM
4. Meneliti dan Mengesahkan Laporan Sidang Ke-11 PAKAR MABBIM.
5. Perkara-perkara Berbangkit daripada Kedua-dua Laporan.
6. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sempena Sidang Ke-38 MABBIM.
7. Membincangkan Tarikh dan Tempat:
i) Sidang Ke-12 Pakar MABIM
ii) Sidang Ke-38 MABIM
8. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37 MABBIM.
9. Membincangkan Kertas Gagasan MABBIM Terhadap Kemungkinan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa ASEAN.
10. Membincangkan Logo MABBIM
6
11. Memaklumkan Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
12. Hal-hal lain.
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM
1.1 Sidang menerima Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM yang diadakan
di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darus-salam, pada 3 - 7 Mac 1997,
dengan pindaan seperti yang berikut:
i. Asal:
Tarikh Seminar kebahasaan dan Sidang Ke-36 MABBIM ialah pada 5
Mac 1997.
Pindaan:
Tarikh Seminar Kebahasaan dan Sidang Ke-36 MABBIM ialah pada 3-7
Mac 1997.
ii. Tajuk bagi perkara 8 ialah:
Asal:
Membincangkan tema Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37 MABBIM
Pindaan: Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Sidang Ke-36 MABBIM.
2. Perkara-perkara Berbangkit daripada Keputusan Umum Sidang ke-37
MABBIM
2.1 Perkara 2.1
Sidang mengambil perhatian tentang perkembangan penyusunan Kamus
Peribumi:
Brunei Darussalam
i. Keris - Masih pada peringkat pengumpulan
ii. Buah-buahan - Pengumpulan bahan selesai dan akan diterbitkan
iii. Tenunan - Masih pada peringkat pengumpulan
Indonesia
i. Keris - Masih pada peringkat pengumpulan
ii. Pertanian - Masih pada peringkat pengumpulan
7
iii. Perkapalan - Masih pada peringkat pengumpulan
iv. Tenunan - Masih pada peringkat pengumpulan
Malaysia
i. Keris - Pengumpulan bahan dari Terengganu dan Sarawak
akan diteruskan
ii. Perkapalan - Masih pada peringkat pengumpulan
2.2 Perkara 2.4
Pihak Indonesia dan Brunei Darussalam telah menyediakan daftar
tumbuhan/herba, manakala pihak Malaysia akan memulakan pengumpulan pada
1998.
2.3 Perkara 7.2
Pihak setiausaha ketiga-tiga negara diminta meneliti semua Keputusan Sidang
Eksekutif yang terdahulu termasuk penyediaan Rangkaian Bahasa Melayu dalam
internet.
2.4 Perkara 9.3 (iv) (d)
Penghargaan tokoh MABBIM dikategorikan seperti yang berikut:
KATEGORI PENGHARGAAN KETERANGAN
Anugerah Kencana MABBIM
Anugerah Tertinggi MABBIM yang diberikan
kepada pencetus, ahli bahasa dan pakar bidang
yang telah mencapai tahap yang paling tinggi
dalam MABBIM.
Anugerah Tokoh Bahasa
MABBIM
Anugerah yang diberikan kepada ahli bahasa
yang telah banyak berjasa dalam MABBIM.
Anugerah Tokoh Ilmuwan
MABBIM
Anugerah yang diberikan kepada pakar bidang
yang banyak berjasa dalam MABBIM.
8
Pada Sambutan 25 Tahun MABBIM kali ini, penganugerahan penghargaan adalah
seperti yang berikut:
JENIS ANUGERAH
PENERIMA
Anugerah Kencana MABBIM
1
Allahyarham Tun Datuk Dr. Hussein
Onn (Malaysia)
2 Bapak Mashuri Salleh, S.H. (indonesia)
3 Dato’ Paduka Haji Ahmad Kadi
(Brunei Darussalam)
Anugerah Tokoh Bahasa
MABBIM
Tidak diberikan pada kali ini.
Anugerah Tokoh Ilmuwan
MABBIM
1. Prof. Dr. Baharuddin Salleh (Malaysia)
2. Prof. Dr. Muhammad Yahya (Malaysia)
3. Awang Haji Abdul Ghani Haji Mohd.
Yusof (Brunei Darussalam
4. Awang Haji Abd. Majid Haji Abd.
Rahman (Brunei Darussalam)
5. Allahyarham Prof. Dr. Herman Johannes
(Indonesia)
6. Prof. Dr. Andi Hakim Nasution
(Indonesia)
Catatan: Anugerah Kencana MABBIM dan Anugerah Tokoh Ilmuwan pertama kali
diberikan semasa Sidang Ke-37 ini.
3. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-11 Pakar MABBIM
3.1 Sidang menerima hasil laporan Sidang ke-11 Pakar MABBIM yang diadakan
di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 8 - 12 September 1997.
4. Perkara Berbangkit daripada Laporan Sidang Ke-11 Pakar MABBIM
Majlis telah membahaskan usul dan masalah yang dikemukakan oleh kelompok bidang
ilmu. Majlis sepakat untuk tetap mempertahankan keputusan yang sedia ada yang
diputuskan dalam Sidang Ke-35 MABBIM, perkara 2.2 (a-e) yang diadakan di
9
Bukittinggi, pada 20-22 Mac 1996; dan dipertegas lagi dalam Sidang Ke-36
MABBIM, perkara 4.2 yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei
Darussalam, pada 3-7 Mac 1997.
5. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sidang Ke-38 MABBIM
5.1 Sidang bersetuju untuk mengadakan Seminar Kebahasaan sempena Sidang Ke-
38 MABBIM
5.2 Sidang juga bersetuju supaya negara tuan rumah menyediakan 4 kertas kerja, dan
negara-negara anggota masing-masing menyediakan 3 kertas kerja. Satu kerja
tambahan dari negara pemerhati akan juga disediakan. Di samping itu akan
diadakan satu sesi diskusi panel.
5.3 Sidang bersetuju supaya Seminar membincangkan tema “Pembinaan Bahasa
Indonesia/Melayu dalam Dunia Pendidikan”. Makna Pembinaan dalam konteks
Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura ialah “Penguasaan dan Penggunaan
Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan”. Tajuk yang sebenar bagi Seminar
berkenan akan ditentukan oleh negara tuan rumah.
6. Membincangkan Tarikh dan tempat (i) Sidang Ke-12 Pakar MABBIM, dan (ii)
Sidang Ke-38 MABBIM
6.1 Sidang bersetuju supaya Sidang Ke-12 Pakar MABBIM diadakan pada 03-07
Ogos 1998 di Yogyakarta, Indonesia.
6.2 Sidang juga bersetuju supaya Sidang Ke-38 MABBIM diadakan pada 08-12
Mac 1999 di Ujung Pandang, Sulawesi, Indonesia, termasuk 2 hari untuk
mengadakan Seminar Kebahasaan.
7. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37 MABBIM
Seminar mengambil perhatian terhadap isu-isu yang timbul dalam Seminar
Kebahasaan Sidang Ke-37 MABBIM yang diadakan di Dewan Konvensyen, Wisma
Darul Iman, Kuala Terengganu pada 02 - 03 Mac 1998, seperti yang berikut:
7.1 Memasukkan agenda bahasa kebahasaan dalam badan pelaksana dasar teknologi
maklumat negara, misalnya NITA (National Information Technology Agenda)
dalam konteks Malaysia.
7.2 Menegaskan semua dasar penggunaan Melayu/Indonesia dalam semua urusan
rasmi kerajaan dan juga sektor swasta. Kemungkinan persoalan dasar
penggunaan dwibahasa , khususnya di sektor swasta diterima supaya bahasa
Melayu/Indonesia mudah dipasarkan sekali gus meningkatkan nilai ekonominya.
7.3 Membudayakan teknologi maklumat melalui bahasa Melayu/Indonesia.
Internet hendaklah dijadikan saluran utama untuk maklumat terbaru
berbanding dengan saluran lain. Malaysia dan Brunei Darussalam digesa supaya
10
meningkatkan usaha memasukkan maklumat dalam internet, dalam bahasa
Melayu supaya seiring dengan yang dilakukan oleh Indonesia.
7.4 Mencadangkan agar Laman MABBIM diwujudkan segera sebagai mengimbangi
perkembangan bahasa Inggeris dalam laman internet. Laman MABBIM akan
membuka ruang kepada pengguna internet mengenali MABBIM dan peranannya
dalam usaha memasarkan bahasa Melayu/Indonesia ke peringkat antarabangsa.
7.5 Menggalakkan cendekiawan dan para sarjana untuk menulis bahan ilmu
dalam bahasa Melayu/Indonesia, bukan sekadar mengimport ilmu dalam
bahasa asing. MABBIM seharusnya memainkan peranan yang lebih
berkesan dengan menyediakan kemudahan mengakses istilah untuk rujukan
penulis. Penyediaan sistem tertentu akan memudahkan pengaliran maklumat
kepada penulis, sarjana dan ilmuwan.
7.6 Menggesa ahli bahasa supaya bersifat proaktif untuk mewujudkan
kerjasama dengan ahli teknologi maklumat. Jurang hubungan antara kedua-
dua bidang perlu dirapatkan. MABBIM dapat berperanan sebagai
penghubung melalui maklumat yang disebarkan dalam Laman MABBIM.
8. Kertas Kerja Gagasan MABBIM Terhadap Kemungkinan Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa ASEAN.
8.1 Majlis bersetuju menerima kertas “ Gagasan MABBIM Terhadap
Kemungkinan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN”, sesuai dengan
saranan para pemimpin ketiga-tiga negara anggota, ahli-ahli bahasa dan
sebagainya, sama ada secara tersirat atau tersurat. (Sila Lihat Lampiran 1)
8.2 Majlis bersetuju supaya setiap negara anggota memikirkan strategi paling
berkesan untuk mengemukakan gagasan ini kepada kerajaan masing-masing
supaya dapat dilaksanakan.
8.3 Majlis bersetuju supaya gagasan ini ditangani secara bijaksana dan
pragmatik supaya tidak menyentuh sensitiviti negara-negara yang di luar
MABBIM.
9. Kertas Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) (Sila Lihat Lampiran II)
9.1 Majlis mengambil maklum dan menyatakan sokongan moral penuh
kepada keputusan Kerajaan Malaysia mewujudkan Majlis Antarabangsa Melayu
(MABM) kerana fungsi MABBIM dan MABM jelas berbeza. Fungsi
MABBIM ialah membina dan mengembangkan bahasa Melayu/Indonesia untuk
menjadikan bahasa ini sebagai salah satu bahasa moden, dan menjalin
kerjasama serantau dalam bidang kebahasaan, manakala fungsi MABM ialah
seperti yang berikut:
a. MABM berfungsi sebagai penyelaras bagi perancangan dan pelaksanaan
program dan aktiviti pengembangan, pemupukan, pemeliharaan dan
pemantapan bahasa Melayu/Indonesia antarabangsa.
11
b. MABM bertujuan mendorong kemajuan bahasa Melayu secara
berperingkat-peringkat untuk menjadikan bahasa Melayu satu bahasa
yang berpengaruh di dunia, setaraf dengan bahasa-bahasa moden yang
lain; mengembangkan bahasa Melayu melalui pelbagai program di pusat-
pusat pengajian, institusi penyelidikan dan menjalin kerjasama
kebahasaan dan kesusasteraan Melayu di seluruh dunia.
9.2 Majlis bersetuju negara anggota MABBIM memberi sokongan yang
sewajarnya terhadap aktiviti atau kegiatan yang akan diusahakan oleh MABM.
10. Logo MABBIM
Setelah meneliti cadangan logo daripada ketiga-tiga negara anggota majlis bersetuju
menerima logo MABBIM yang disediakan oleh pihak Malaysia setelah meneliti tiga
cadangan logo dari tiga negara dengan pindaan seperti berikut:
i. Memasukkan warna kuning pada ketiga-tiga mata pena
ii. Tona merah berubah daripada warna gelap kerana warna terang, dari bahagian ke
bahagian atas logo, sekiranya mungkin.
iii. Tulisan MABBIM dan ungkapan “Pengerak Bahasa Serantau” ditiadakan tetapi
tulisan MABBIM dan ungkapan Penggerak Bahasa Serantau bolehlah ditulis
dengan tulisan Jawi atau Rumi pada sampul
surat atau kepala surat dan sebagainya negara anggota masing-masing. (sila lihat
Lampiran III)
11. Hal-hal Lain
11.1 Majlis bersetuju dengan ketetapan penyeragaman format risalah
prosiding Seminar Kebahasaan seperti yang telah ditetapkan pada Sidang Ke-35
MABBIM pada 20-22 Mac 1996 di Bukittinggi, iaitu menjadikan tema Seminar
Kebahasaan sebagai judul Prosiding Seminar.
12. Penghargaan
12.1 Sidang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri
Terengganu Darul Iman kerana sokongan moral dan kewangan yang
diberikan bagi menjayakan Sambutan 25 Tahun MABBIM di Kuala
Terengganu, Terengganu.
12.2 Sidang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Seri
Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mohktar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu
kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian Sidang Ke-37 MABBIM dan
Pameran 25 Tahun MABBIM.
12
12.3 Sidang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Sri
Mohd.Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia kerana
telah menyampaikan ucap utama sempena Seminar Kebahasaan MABBIM
pada 3 Mac 1998.
12.4 Sidang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Haji
Abdul Rashid Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan
Manusia Terengganu merangkap Pengerusi Sambutan 25 Tahun MABBIM serta
pasukan kerjanya kerana kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Sambutan
25 Tahun MABBIM, dan menyempurnakan Majlis Penutupan Sidang Ke-37
MABBIM.
12.5 Sidang juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Paduka
Haji Mahmud bin Haji Bakyr atas sumbangan dan komitmen yang telah
beliau berikan kepada MABBIM.
13
LAMPIRAN I
Gagasan MABBIM untuk menjadikan Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia Bahasa
ASEAN Menjelang 2005
______________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN atau “bahasa rasmi” ASEAN telah disuarakan
oleh tokoh bahasa, sarjana, dan gerakan sosiobudaya serta pimpinan politik, khususnya di
Malaysia. Tujuan kertas ini ialah untuk meninjau setakat manakah gagasan ini dapat
dilaksanakan.
2. Senario Bahasa Di Kawasan ASEAN
2.1 Kepelbagaian etnik, budaya, agama dan bahasa merupakan ciri ASEAN yang paling
ketara. Di kawasan ASEANlah terdapat bahasa yang berasal daripada empat atau lima
Kumpulan Keluarga Bahasa yang berbeza: bahasa-bahasa Austronesia atau Malayo-Polynesia,
kumpulan bahasa Sino-Tibet (terutama bahasa Cina), kumpulan bahasa Dravidia (contoh:Tamil
dan Malayalam), kumpulan bahasa Indo-Eropah (khusus bahasa Inggeris) dan bahasa-bahasa
Austroasiatik (atau kumpulan bahasa Aslian)1 Indonesia, misalnya, mempunyai lebih 500
kumpulan etnik yang menggunakan ratusan bahasa dan dialek yang berbeza-beza. Tetapi ciri
kepelbagaian ini juga menjadikan ASEAN sebuah kawasan yang mempunyai persamaan yang
banyak dari segi warisan sejarah dan budayanya.
2.2 Tiap-tiap negara ASEAN cuba membina perpaduan nasional melalui kepelbagaian ini
menurut cara yang sesuai dengan sejarah dan keadaan masing-masing. Sebagai contoh, kita
melihat bagaimana dasar bahasa memainkan peranan sebagai salah satu alat untuk membentuk
jati diri negara dan perpaduan nasional. Kebanyakan negara ASEAN menggunakan bahasa
anak negeri (pribumi) yang diketahui umum, iaitu bahasa komunikasi luas, sebagai bahasa
rasmi/bahasa kebangsaan tunggal masing-masing. Singapura agak unik. Negara ini
menggunakan pelbagai bahasa rasmi (Inggeris, Mandarin, Bahasa Melayu dan Tamil).
2.3 Di peringkat ASEAN (peringkat multinegara) kepelbagaian bahasa ini menimbulkan
masalah mencari satu bahasa serantau yang sama yang dapat diterima dan digunakan oleh
golongan ASEAN sebagai bahasa perhubungan dan urusan rasmi antara kerajaan ASEAN,
pendek kata sebagai bahasa rasmi ASEAN. Yang dimaksudkan dengan bahasa rasmi ASEAN
ialah bahasa yang digunakan dalam mesyuarat dan persidangan ASEAN, dalam segala dokumen
(surat, perjanjian, protokol dan sebagainya) ASEAN dan sebagai bahasa pentadbiran Urus Setia
ASEAN di Jakarta. Untuk menyelesaikan masalah ini negara-negara pengasas ASEAN
memilih bahasa non-pribumi, iaitu bahasa Inggeris, sebagai bahasa rasminya. Inilah
penyelesaian yang mungkin dianggap paling pragmatis. Pilihan lain ialah, menggunakan
pelbagai bahasa rasmi sebagaimana yang diamalkan oleh Kesatuan (Komuniti) Eropah tetapi
pilihan ini mungkin dianggap tidak praktik dari segi kemudahan/kecekapan pentadbiran dan
kelicinan perhubungan diplomasi. Bahasa Inggeris, walaupun tidak merupakan bahasa yang
terbesar di wilayah ASEAN, dipilih kerana bahasa ini dianggap bahasa “neutral”, yakni bebas
etnik atau bebas kebangsaan atau nasional. 1 Bagaimanapun, bahasa Vietnam tidak termasuk dalam mana-mana Kumpulan Bahasa ini. Maklumat ini disampaikan kepada
penulis oleh Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain di Sidang MABBIM Ke-37, pada 5.3.8.
14
3. Kedudukan Bahasa Melayu di ASEAN
3.1 Salah satu sebab mengapa orang terdorong untuk mencadangkan bahasa Melayu dijadikan
“bahasa ASEAN” ialah faktor jumlah pengguna bahasa itu di kawasan ASEAN. Dianggarkan
bahawa penduduk ASEAN yang asal (Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan
Negara Brunei Darussalam) berjumlah kira-kira 350 juta orang. Lebih kurang 60% daripada
penduduk ASEAN ini berada di kawasan bahasa Melayu iaitu di Indonesia, Malaysia, Negara
Brunei Darussalam, Singapura, dan di selatan negara Thai. BM adalah bahasa rasmi/bahasa
kebangsaan di empat buah negara (Indonesia, Malaysia, NBD dan Singapura). Walaupun BM
tidak merupakan bahasa rasmi tunggal di Singapura namun boleh dikatakan bahawa BM masih
dapat digunakan sebagai lingua franca sosial antara-etnik di pulau itu; BM lebih banyak
diketahui penduduk pelbagai etnik di Pulau itu daripada bahasa Tamil atau bahasa Mandarin. Di
NBD dasar dwibahasa Melayu-Inggeris nampaknya diamalkan di peringkat sistem pendidikan
tinggi. Namun demikian BM diwajibkan kepada semua pelajar.
3.2 Tetapi apabila ASEAN diperluas dengan kemasukan negara anggota baru dalam tahun
1997, iaitu Vietnam, Myanmar dan Laos [Keanggotaan Kampuchea ditangguh-
kan setelah krisis politik di negara itu] kedudukan BM sebagai bahasa majoriti di ASEAN tidak
absolut lagi. Berdasarkan banci penduduk 1991, jumlah penduduk Vietnam, Myanmar dan
Laos lebih kurang 112,000,000 orang2. Ini bererti bahawa jumlah penduduk ASEAN
sekarang ialah lebih kurang 462,000.000 orang. Penutur BM di Vietnam, Myanmar dan Laos
tidak ada -- kalau ada pun bilangannya tidak bermakna, dan ragam bahasa Melayu yang
digunakan tidak difahami oleh penutur di kawasan induk BM. Ini bererti bahawa penduduk
ASEAN yang memahami BM menurun bilanganya, boleh jadi tinggal antara 40-45% sahaja
[catatan: menurut beberapa kajian, tidak semua penduduk Indonesia yang berjumlah lebih 200
juta orang mengetahui BI. Lebih kurang 17.03%3 daripada penduduk Indonesia dikatakan
masih tidak mengetahui BI/BM. Tentu sahaja bilangan ini akan menurun lagi akibat proses
pemasyarakatan BI melalui media massa, sistem pendidikan dan pentadbiran pusat].
Sebagaimana yang kita maklum, penutur asli BM di kawasan ASEAN tidak besar, barangkali
cuma 10-15% sahaja daripada jumlah penduduk yang mengetahui bahasa ini sebagai bahasa
kedua.
3.3 Perkara lain yang patut kita fikirkan juga ialah keragaman BM. Statistiknya tidak ada tetapi
kita tahu bahawa ragam BM “tidak baku” (‘non-standard variety’) lebih banyak
penutur/penggunanya daripada jumlah penutur/pengguna ragam BM Baku. Ini bererti bahawa
jumlah orang yang dapat menggunakan BM Tinggi/BM. Baku dalam bidang/domain (ranah)
yang formal (domain ilmu, sains, teknologi, urusan kerajaan, perdagangan dll.) tidaklah banyak
sangat. Pengguna bahasa Inggeris tidak sebegitu diglosik seperti pengguna BM. Penutur asli
bahasa Inggeris “standard” tidak menggunakan ragam yang berlainan dalam tulisan dan dalam
pertuturan (lisan). Nahunya sama. Bagaimanapun, di ASEAN ragam bahasa Inggeris yang
disebut “Englishes” pun cukup ketara. Tidak semua ragam bahasa Inggeris yang digunakan di
kalangan penduduk ASEAN (di peringkat masyarakat) dapat digunakan untuk tujuan formal.
2 Jumlah penduduk Vietnam = 67,290,000 penduduk Myanmar = 42,546,000 dan penduduk Laos = 4,167,000.
Dalam tahun 1996 jumlah penduduk di negara ini masing-masing dianggarkan: Vietnam= 74,930.000, Myanmar
= 47,201,000 dan Laos = 4,68.000.
3 Maklumat yang diberikan oleh Dr. Dendy Sugono (Indonesia) dalam sidang MABBIM Ke-37 di Kuala
Trengganu, pada 5.3.98.
15
4. Pengaruh Bahasa Inggeris
4.1 Senario bahasa yang semakin ketara di ASEAN ialah meluasnya penggunaan bahasa
Inggeris, baik di peringkat dalam negeri ASEAN mahupun di peringkat serantau ASEAN,
dalam bidang perusahaan, kegiatan ekonomi, teknologi, malah juga dalam urusan rasmi
kerajaan. Negara Brunei Darussalam, misalnya, menggunakan dwibahasa, iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris, dalam beberapa urusan pentadbiran dan dalam sistem pendidikan tinggi. Di
Filipina, walaupun bahasa rasmi/bahasa kebangsaannya ialah bahasa Filipino, kedudukan dan
pengaruh bahasa Inggeris terutama dalam sistem pendidikan tinggi, cukup kuat dan merebak. Di
Malaysia, BM adalah bahasa rasmi tunggal tetapi sebagaimana yang kita tahu terdapat di negara
ini dasar dualisme bahasa: BM di sektor pentadbiran dan sistem pendidikan tinggi awam (yang
sedang tercabar!) dan bahasa Inggeris di sektor swasta (sektor ekonomi, perusahaan, teknologi
dan sebagainya) dan di sektor pengajian tinggi swasta. Di Vietnam dan Loas bahasa kedua yang
diutamakan ialah bahasa Inggeris (bahasa Perancis atau bahasa Rusia tidak dipelajari lagi). Di
Singapura, bahasa rasmi utamanya ialah bahasa Inggeris, yang kedua bahasa Mandarin.
Walaupun BM bertaraf “bahasa kebangsaan” ia tidak diajarkan sebagai bahasa wajib dalam
sistem pendidikan Singapura; oleh demikian lama-kelamaan BM tidak akan diketahui lagi oleh
penduduk bukan Melayu di Pulau itu4 .
4.2 Cuma di Indonesia sahaja nampaknya bahasa Melayu (BI) menjadi bahasa kebangsaan
(nasional), bahasa negara dan bahasa pembangunan/kemajuan yang kukuh kedudukannya.
5. Kesimpulan dan Cadangan
5.1 Huraian ringkas tentang kedudukan politik dan sosiologi bahasa di ASEAN di atas dapat
memberikan petunjuk kepada MABBIM untuk memikirkan soal setakat manakah BM dapat
dijadikan “Bahasa ASEAN” atau salah satu bahasa rasmi ASEAN. Taraf dan fungsi bahasa
Inggeris sebagai “bahasa rasmi” (dan bahasa diplomasi) ASEAN selama ini jelas tidak
menimbulkan apa-apa masalah dan bantahan daripada mana-mana negara anggota ASEAN.
Walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa pribumi dan tidak merupakan bahasa rakyat ASEAN
tetapi untuk urusan rasmi dan formal ASEAN bahasa ini, yang dikuasai oleh golongan elit
ASEAN, lebih mudah diterima daripada BM kerana walaupun BM masih merupakan bahasa
yang terbesar (kira-kira 40%) tidak banyak golongan elit ASEAN yang mampu menggunakan
bahasa ini untuk bidang dan urusan formal. Golongan elit di luar kawasan Malaysia-Indonesia-
NBD tidak mengetahui BM. Mereka pasti akan membantah jikalau BM diajukan sebagai bahasa
ASEAN di samping bahasa Inggeris. Kita akan menghadapi kesukaran untuk mencari alasan
yang kuat mengapa BM patut dijadikan salah satu bahasa rasmi ASEAN. Pilihan lain ialah,
ASEAN menggunakan pelbagai bahasa rasmi (bahasa Inggeris, BM, bahasa Thai, bahasa
Vietnam, bahasa Filipina dan mungkin bahasa Myanmar, mengikut contoh Komuniti (Kesatuan)
Eropah dalam urusan tertentu, misalnya dalam persidangan atau mesyuarat menteri-menteri
ASEAN. Tetapi untuk tujuan praktik dan kecekapan urusan pentadbiran penggunaan
kepelbagaian bahasa rasmi ini mungkin tidak sesuai. Negara anggota ASEAN pasti akan
memilih satu bahasa sahaja, iaitu bahasa Inggeris, sebagai bahasa rasmi pentadbiran harian
(“working official language”) Urus Setia ASEAN5.
4 Pelajar Singapura diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing
5 Sebagai perbandingan, UNESCO menggunakan enam bahasa rasmi (Inggeris, Perancis, Sepanyol, Rusia, Cina
dan Arab), tetapi “working languages” hanya dua, iaitu bahasa Inggeris dan Peranchis (sebagai bahasa tuan rumah).
Enam bahasa rasmi itu digunakan dalam Persidangan Agung, Commision Persidangan Agung, dan dalam
Mesyuarat Lembaga Kerja (Executive Council) dan jawatankuasa LK UNESCO yang lain sahaja. Bagaimanapun,
16
5.2 Tetapi peranan bahasa bukan untuk urusan politik, diplomasi dan birokrasi sahaja. Lebih
penting lagi bahasa mempunyai peranan budaya dan sosial, iaitu sebagai penjana tamadun dan
nilai bangsa. Peranan ini hanya dapat dilakukan oleh bahasa sendiri, bahasa rakyat ASEAN. Ini
tentunya lebih merupakan soal dalam negeri, soal nasional, bukan soal ASEAN sebagai
kesatuan pelbagai negara. Dari segi MABBIM kita perlu melihat peranan kita sebagai pembina
tamadun bersama Malaysia-Indonesia-NBD dengan menggunakan bahasa bersama kita sebagai
alat penjananya. Pertumbuhan bahasa Melayu sebagai lingua franca sejak abad ke-12
(ada yang berpendapat, sejak 2000 tahun dahulu) di Kawasan Kepulauan Melayu dan
kemudiannya, mulai abad ke-16 sebagai bahasa persuratan dan ilmu di kawasan yang sama,
memungkinkan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa bersama untuk keperluan komunikasi
politik, ekonomi, budaya, sastera dan interaksi formal yang lain di kalangan penduduk pelbagai
etnik dan pelbagai bahasa di seluruh kawasan tersebut selepas tamatnya sejarah penjajahan
Barat di kawasan kita. Dasar bahasa kita bukan sahaja bermatlamat ideologis (iaitu, untuk
membina identiti negara dan perpaduan bangsa) tetapi juga untuk memajukan bahasa kita
sebagai bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa
perusahaan dan bahasa ekonomi. Kalau ini bukan matlamat kita atau matlamat kerajaan kita
yang mewujudkan dan mendukung MABBIM sejak 25 tahun dahulu maka sia-sialah misi kita
selama ini. Kalau selama 25 tahun ini kita masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pembina peradaban kita maka usaha kita sudah gagal. Paling-paling kita cuma dapat bermegah
menghitung sekian banyak istilah, sekian banyak kamus istilah dan sekian banyak sidang. Di
luar sidang MABBIM dunia berbahasa Melayu masih terus terpukau dengan bahasa Inggeris.
5.3 Jadi, beberapa kemungkinan dapat difikirkan, seperti yang berikut:
a. BM dijadikan bahasa perhubungan diplomasi, politik, budaya dan komunikasi
rasmi (surat-menyurat, perjanjian, minit mesyuarat dll.) yang utama antara negara
berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Jikalau
bahasa yang digunakan dalam pertemuan MABBIM (yang bukan sahaja
membincangkan soal bahasa tetapi juga soal ilmu) ialah BM mengapa tidak model
ini perluas ke bidang perhubungan politik, diplomasi dan komunikasi rasmi antara
negara yang mendukung MABBIM?
b. BM digunakan (di samping bahasa Inggeris) dalam majlis/upacara
perasmian/persidangan/kegiatan ASEAN yang diadakan di Malaysia, Indonesia
dan NBD
c Ketua kerajaan dan menteri-menteri Malaysia, Indonesia dan NBD
menyampaikan ucapan di majlis rasmi ASEAN, khususnya yang diadakan di
Malaysia atau Indonesia atau NBD [teks ucapan mereka boleh diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris]. Negara ASEAN yang lain boleh menggunakan bahasa
kebangsaan/bahasa rasminya, di samping bahasa Inggeris, di majlis rasmi ASEAN
yang diadakan di negara itu.
d. BM diajarkan di institusi pengajian tinggi yang utama di ASEAN.
wakil negara anggota UNESCO boleh menyampaikan ucapan utama di Persidangan Agung UNESCO dalam
bahasa lain (misalnya bahasa Thai atau Jepun, boleh juga bahasa Melayu) dengan syarat segala kos
menterjemah/terjemahan selari dan juga penterjemah ke dalam bahasa-bahasa rasmi UNESCO disediakan dan
ditanggung oleh negara berkenaan.
17
e. Kerajaan Malaysia, Indonesia dan NBD hendaklah memperkukuh kedudukan BM-
BI sebagai ilmu, bahasa ekonomi, perusahaan dan teknologi di dalam negara
masing-masing [Tidak usah kita berangan-angan untuk menjadikan BM sebagai
bahasa ASEAN jikalau bahasa ini lemah di dalam negara sendiri].
5.4 Jadi, walaupun bahasa Inggeris boleh terus menjadi bahasa pentadbiran harian Urus Setia
ASEAN di Jakarta namun segala usaha hendaklah dilakukan oleh para pemimpin negara
anggota ASEAN untuk mengembangkan citra bahasa kebangsaan/bahasa rasmi masing-
masing sebagai bahasa persidangan, mesyuarat, majlis perasmian dan persembahan
budaya ASEAN yang diadakan di negara tuan rumah, di samping bahasa Inggeris ASEAN
bukan wilayah bahasa Inggeris. ASEAN mempunyai sejarah dan tamadun sendiri yang
dibentuk melalui bahasa indigenus ASEAN. Maka penting sekali fungsi bahasa pribumi
ASEAN sebagai pembentuk budaya ASEAN dipertahankan, baik di dalam negeri sendiri
mahupun di peringkat “majlis” ASEAN, dan tidak digantikan sepenuhnya oleh bahasa
Inggeris. Pemimpin ASEAN akhirnya terpaksa berkomunikasi dengan rakyat ASEAN
melalui bahasa anak negeri yang difahami oleh penduduk terbanyak di negara ASEAN.
Misi dan visi ASEAN dikatakan tidak diketahui secara meluas oleh penduduk ASEAN6
kerana, menurut pendapat kami, selama ini para elit ASEAN dipisahkan dengan rakyat
ASEAN oleh bahasa Inggeris ASEAN dapat bertemu dengan rakyat ASEAN hanya
melalui bahasa anak negeri ASEAN, tidak melalui bahasa Inggeris.
6 Pada 12 Februari 1998 penulis berkesempatan bertemu dengan Setiausaha Agung ASEAN di pejabatnya di
Jakarta dalam rangka lawatan pasukan ASEAN-JAPAN Multinational Cultural Mission untuk menyusun perakuan
tentang kerjasama ASEAN-Jepun dalam bidang budaya. Penulis menjadi anggota misi itu sebagai wakil Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, SU Agung ASEAN menyatakan bahawa penduduk ASEAN rata-rata masih tidak
mengetahui apakah visi dan misi ASEAN.
18
LAMPIRAN II
MAJLIS ANTARABANGSABAHASA MELAYU (MABM)
1. TUJUAN
1.1 Kertas ini bertujuan memaklumkan secara rasmi tentang penubuhan sebuah
majlis yang dinamai Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (singkatannya
MABM), iaitu sebuah majlis tetap di peringkat antarabangsa dengan fungsi yang
lebih menyeluruh untuk memayungi semua aktiviti kebahasaan yang ada pada
masa ini, mencakupi majlis dan jawatankuasa di pelbagai peringkat.
1.2 Majlis ini ditubuhkan khas untuk menyelaras aktiviti kebahasaan yang menjurus
kepada matlamat pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan, negara Malaysia akan
menjadi penyelaras kepada gerakan dan aktiviti kebahasaan ke seluruh dunia
menjelang alaf baru ini dengan sekretariatnya di Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Cadangan untuk menubuhkan majlis ini telah lama timbul, terutamanya apabila
perkembangan bahasa Melayu menjadi pesat dan usaha yang dilaksanakan oleh
beberapa pihak untuk menyebarkan dan mengembangkan bahasa ini semakin
meningkat, khususnya di luar negara. Contohnya, bahasa Melayu/Indonesia, kini,
sedang dipelajari dan dikaji di institusi pengajian tinggi dan di pusat-pusat
bahasa di peringkat antarabangsa. Sementara itu, siaran Suara
Malaysia/Indonesia dari negara-negara luar semakin hari semakin bertambah;
begitu juga dengan aktiviti kebahasaan, khususnya yang bersifat persidangan,
seminar, pertukaran pakar dan penyelidik. Perkembangan ini perlu diselaraskan
dan diberi sokongan.
2.2 Beberapa persidangan dan kongres yang diadakan juga telah membuat cadangan
dan resolusi ke arah penubuhan sebuah majlis atau jawatankuasa untuk
menyelaras dan menggerakkan aktiviti kebahasaan di peringkat antarbangsa,
antaranya Kongres Bahasa Melayu Sedunia yang berlangsung di Kuala Lumpur
pada bulan Ogos 1995, dan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing
yang dijadikan pada 21-25 Mei 1996 di Beijing, China.
2.3 Fungsi, aktiviti dan pengaruh beberapa buah majlis dan jawatankuasa
kebahasaan yang ada setakat ini, JKTBM, MABBIM dan yang terbaharu,
MASTERA, hanya terhad kepada tiga negara di peringkat Nusantara sahaja, dan
kebanyakan aktivitinya pula bergerak secara berasingan.
Penyelarasan dan perancangan yang lebih menyeluruh untuk memberikan kesan
yang berpanjangan memang dirasakan perlu.
19
2.4 Maka, pada bulan Julai 1997 yang lalu, kerajaan Malaysia telah membuat
keputusan bahawa sebuah majlis tetap, dengan nama Majlis Antarabangsa
Pengembangan Bahasa Melayu (singkatannya MAPBM), dibentuk segera. Majlis
yang diberi amanah untuk mengkaji dan menyelaras semua aktiviti kebahasaan
yang menjurus ke arah pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa
ini bersekretariat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Majlis ini, kemudiannya,
dipinda menjadi Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu sahaja dengan
singkatannya MABM.
3. FUNGSI MABM
3.1 MABM berfungsi sebagai penyelaras bagi perancangan dan pelaksanaan
program juga aktiviti pengembangan, pemupukan, pemeliharaan dan pemantapan
bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
3.2 Antara fungsinya yang utama ialah mendorong kemajuan bahasa Melayu secara
beringkat-peringkat untuk salah satu bahasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dalam abad kedua puluh satu; menjadikan bahasa Melayu satu bahasa
yang berpengaruh di dunia, setaraf dengan bahasa-bahasa moden yang lain;
mengembangkan bahasa Melayu melalui pelbagai program di pusat-pusat
pengajian, institusi penyelidikan dan budaya antarabangsa; dan menjalin
kerjasama kebahasaan dan kesusteraan Melayu di seluruh dunia.
4. KEAHLIAN DAN SEKRETARIAT
4.1 MABM yang bersekretariat di Malaysia ini dianggotai oleh tokoh dan wakil dari
pelbagai negara di peringkat antarabangsa. Keahliannya anggotanya terbahagi
kepada dua bentuk, iaitu:
a. Ahli Majlis
Ahli tetap yang terdiri daripada tokoh bahasa yang berwibawa atau tokoh
dari pusat penyelidikan atau pusat pengajian yang dilantik mewakili
mana-mana negara yang menjadi anggota.
b. Ahli Pemerhati
Ahli yang dijemput sebagai pemerhati mewakili negara masing-masing
ketika majlis bersidang.
4.2 Sekretariat tetap Majlis ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur
dengan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai penasihat, Ketua pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka sebagai Pengerusi Tetap, Pengarah
Pengembangan dan Penyelidikan Bahasa sebagai Setiausaha Kehormat dan
Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam sebagai urus setianya.
20
5. SIDANG ATAU MAJLIS
Setelah MABM diumumkan secara rasmi dan MABBIM mengambil maklum akan
penubuhannya, jemputan dan perlantikan ahli akan dibuat secepat yang mungkin.
Sidang yang pertama akan diadakan pada tahun ini (tahun 1998). Mengikut
piagamnya, MABM boleh mengadakan sidangnya setiap tahun secara bergilir-gilir,
iaitu sekali di Malaysia dan sekali di mana-mana negara anggota yang sanggup
memberikan sokongan sebagai tuan rumah.
6. RANCANGAN AM DAN SUMBER DANA
6.1 Sidang MABM yang pertama yang akan diadakan di Kuala Lumpur akan melihat
dan mengkaji aktiviti kebahasaan semasa di peringkat antarabangsa, menyelaras
aktiviti yang sedang dilaksanakan supaya memberikan manfaat kepada lebih
banyak ahli, dan mencadangkan/-merancang program-program yang lebih
berkesan untuk masa hadapan termasuk yang bersifat separa ilmiah seperti
seminar dan kongres, pertukaran pelajar/petugas dengan institusi di luar negara,
kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan dan sebagainya.
6.2 Sumber kewangan asas untuk Majlis dan urus setianya akan ditampung oleh
kerajaan Malaysia dengan sokongan/sumbangan mana-mana pihak yang
berminat, manakala belanjawan untuk perwakilan dan pelaksanaan aktiviti perlu
mendapat sokongan daripada negara-negara anggota.
7. PENUTUP
Pihak Malaysia berharap MABM dapat dibentuk dan digerakkan segera demi
perkembangan bahasa Melayu dan perluasan pengaruhnya ke serata dunia. Untuk itu,
dan masa depan bahasa kita bersama, sokongan yang padu dalam apa juga bentuk
daripada semua pihak, khususnya negara anggota MABBIM amatlah diperlukan.
Sumbangan dan sokongan daripada negara-negara lain yang akan menjadi anggota
MABM amat dialu-alukan.
21
LAMPIRAN III
LOGO DAN PENJELASAN LOGO
Gabungan tiga mata pena melambangkan tiga negara anggota MABBIM, iaitu Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia. Logo Tersebut juga membentuk payung atau tempat
bernaung.
Reka bentuk logo menunjukkan ketiga-tiga negara anggota MABBIM seiring dan bekerjasama
erat dalam memajukan bidang penyelidikan bahasa, tatabahasa, ejaan dan peristilahan.
Jalur-Jalur putih dan warna merah melambangkan MABBIM terus subur berkembang dan gigih
memperkasakan bahasa Melayu yang semakin mencabar dalam era teknologi maklumat.
Bulatan kuning pada mata pena bermaksud MABBIM diterajui dan digerakkan oleh mereka
yang berwibawa.
Logo ini berkonsepkan kerjasama dan kesepakatan MABBIM sebagai wahana pembinaan dan
pemasyarakatan bahasa Melayu Serantau.
22
ATUR CARA
ATUR CARA PERASMIAN
ISNIN, 2 MAC 1998
8.30 pagi
Ketibaan Anggota Perwakilan dan Para Jemputan
8.40 pagi
Ketibaan Dif Kehormat
8.45 pagi
Ketibaan Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
9.00 pagi
Persembahan Koir
9.05 pagi
Persembahan Video 25 Tahun MABBIM
9.15 Pagi
• Ucapan Alu-aluan oleh
• Y.B Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Terengganu
Merangkap Pengerusi Bersama jawatankuasa Penganjur
Sambutan 25 Tahun MABBIM
• Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
• Ucapan Ketua Perwakilan Indonesia
• Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
• Ucapan Perasmian oleh
Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
• Penyampaian Anugerah Tokoh MABBIM oleh
Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
• Penyampaian Cenderamata
• Melawat Pameran
11.00 pagi
Jamuan Ringan
23
SESI SEMINAR
ISNIN 2 MAC 1998
TEMA: Bahasa Melayu/Indonesia dan Teknologi Maklumat/Informasi
Sesi I (11.30 pagi – 1.00 petang)
Kertas 1 : Dr. Asim Gunarwan (Indonesia)
Kertas 2 : Awang Haji Zaini Haji Omar (Brunei Darussalam)
Pengerusi : YA Dato’ Faiza Thamby Chik (Malaysia)
Pelapor : Puteri Roslina Abdul Wahid
Hasnah Mohamad
Rohaida Baharuddin
Sesi II (2.30 pagi – 4.30 petang)
Kertas 3 : Awang Hj. Abd. Ghani Hj. Mohd. Yusof (Brunei Darussalam)
Kertas 4 : Ir. Gunarso (Indonesia)
Kertas 5 : Abdul Hamid Abdul Rahman (Malaysia)
Pengerusi : Dr. Asim Gunawan (Indonesia)
Pelapor : Siti Zibaidah Zainal Abidin
Zuraini Abu bakar
SELASA, 3 MAC 1998
Sesi III (8.30 pagi – 10.30 pagi)
Kertas 6 : Dr. Onno Purbo (Indonesia)
Kertas 7 : Dr. Zuraini Wati Abas (Malaysia)
Kertas 8 : Awang Haji Md. Salleh Haji Md. Tahir (Brunei Darussalam)
Pengerusi : Awang Haji Zaini Haji Omar (Brunei Darussalam)
Pelapor : Md. Johari Hasan
Khairul Anum Mohd. Ali
Sesi IV (11.00 pagi – 12.00 tengah hari)
Kertas 9 : Dr. Haji Ahmad Sabirin Arshad (Malaysia)
Kertas 10 : Dr. Paitoon M. Chaiyanara dan Encik Wan Imran Mohd. Woojdy
(Singapura)
Pengerusi : Prof. Dato’ Dr. Nik Safiah Haji Abd. Karim (Malaysia)
Pelapor : Hendun Ibrahim
Raba’ah jaffar
24
SESI FORUM
SELASA, 3 MAC 1998
FORUM KEBAHASAAN (2.30 Petang – 4.30 petang)
Tajuk : Bahasa Melayu/Indonesia dan Teknologi Maklumat/Informasi
Panel : Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh (Malaysia)
Drs. Prakasturi Adhitma (Indonesia)
Dr. Haji Hashim Haji Abd. Hamid(Brunei Darussalam)
Pengerusi : Dato’ Haji Hassan Ahmad (Malaysia)
FORUM PERDANA KEBAHASAAN (8.30 MALAM – 10.30 MALAM)
Tajuk : Peranan MABBIM Dalam Usaha Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa Melayu Serantau
Panel : Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain (Malaysia)
Dr. Hans Lapoliwa, M. Phil. (Indonesia)
Dato’ Paduka Haji Ahmad Kadi (Brunei Darussalam)
Pengerusi : Dato Dr. Latif Awang (Malaysia)
Atur Cara
8.30 – 8.30 malam
Pendaftaran Peserta
8.30 malam
Kata Alu-Aluan Pengerusi Forum
8.35 malam
Forum Perdana
9.35 malam
Sesi Soal Jawab
10.05 malam
Penyampaian Cenderamata
10.15 malam
Jamuan Ringan
10.30 malam
Majlis Bersurai
25
SESI LAWATAN
RABU, 4 MAC 1998
• Lawatan Berpandu di Sekitar Bandar Kuala Terengganu (Ketua-ketua Perwakilan dan Rombongan)
8.30 pagi
Berkumpul di Hotel Primula Park Royal
8.30 – 1.00 tengah hari
Lawatan di Sekitar Bandar Kuala Terengganu
1.00 tengah hari
Makan Tengah Hari di Muzium Negeri
2.00 – 4.00 petang
Bebas
SESI SIDANG
RABU, 4 MAC 1998
SIDANG KE-37 MABBIM
Tempat : Hotel Primula Park Royal,
Kuala Terengganu,
Terengganu.
8.30 – 10.00 malam
Mesyuarat Sidang Eksekutif I Pengerusi : Tuan Haji A. Aziz Deraman
• Ucapan Alu-aluan Pengerusi
• Memperkenalkan Anggota Perwakilan oleh Ketua-ketua Perwakilan
• Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-36 MABBIM
• Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-11 Pakar MABBIM
• Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit Daripada Kedua-Dua laporan
• Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sempena Sidang Ke-38 MABBIM
• Membincangkan Tarikh dan Tempat:
(i) Sidang Ke-12 Pakar MABBIM
(ii) Sidang Ke-38 MABBIM
10.00 malam
Sesi Bergambar
10.15 – 10.30 malam
Jamuan Ringan
26
KHAMIS, 5 MAC 1998
8.30 – 10.30 pagi
Mesyuarat Sidang Eksekutif II Pengerusi : Tuan Haji A. Aziz Deraman
• Membincangkan Isu Seminar Sempena Sidang Ke-37 MABBIM
• Membincangkan Kertas Kerja Gagasan MABBIM untuk menjadikan Bahasa Melayu
Bahasa ASEAN Menjelang Tahun 2005
10.30 – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 12.45 tengah hari
• Membincangkan Logo MABBIM
• Memaklumkan Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MBAM)
• Hal-hal lain
12.45 tengah hari – 2.00 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Sembahyang
2.00 – 4.30 petang
Bebas
7.30 – 8.30 malam
Makan Malam
8.30 – 10.30 malam
Pengerusi : Tuan Haji A. Aziz Deraman
• Menyemak Draf Laporan Keputusan Umum Sidang Ke-37 MABBIM
10.30 – 11.00 malam
Jamuan Ringan
JUMAAT, 6 MAC 1998
10.00 pagi
Ketibaan Anggota Perwakilan dan Tetamu Jemputan
10.10 pagi
Ucapan Penanggihan ketua Perwakilan
• Indonesia
27
• Brunei Darussalam
• Malaysia
10.20 pagi Ucapan Penutupan Sambutan 25 Tahun MABBIM oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah
10.30 pagi
Penandatanganan Laporan Keputusan Umum Sidang Ke-37 MABBIM
10.45 pagi
Penyerahan Pita Video Ulang Tahun Ke-25 MABBIM dan Album Sidang Ke-11 Pakar
MABBIM kepada Ketua Perwakilan Negara Anggota dan Negara Pemerhati.
10.50 pagi
Sesi Bergambar
11.00 pagi
• Makan Tengah Hari
• Bersurai
• Bertemu Lagi pada Sidang Ke-38 MABBIM
28
UCAPAN PENAUNG SIDANG KE-37 MABBIM
Y.A.B. Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad
- Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Yang Berbahagia To’ Puan Hajah Mariam,
Yang Berhormat Dato’ Baharuddin bin Ismail
- Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Yang Berbahagia To’ Puan,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah
- Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Mabbim dan Yang Berbahagia To’Puan,
Yang Berhormat Tuan Haji A.Aziz
- Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Mabbim – Merangkap Ketua Perwakilan Malaysia
dan Isteri,
Yang Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi
- Perwakilan Indonesia dan Anggota Rombongan,
Y. Bhg. Dato’ Paduka Haji Alidin Haji Othman
- Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam dan Anggota Rombongan,
Y. Bhg. Tun Hajah Suhaila Tan Sri Mohd. Noah,
Penerima Anugerah Tokoh Kencana Mabbim dan Tokoh Ilmuan Mabbim,
Yb Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Isteri,
Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam dan Tyt Duta Besar
Indonesia
Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Para Pemerhati dari Singapura,
Ketua-Ketua Jabatan,
Ahli-Ahli jawatankuasa induk, dan jawatankuasa Kecil Sambutan 25 Tahun Mabbim,
Serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Assalamualaikum warahmatullah wr. Wb.
29
Saya bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan izinNya kita bertemu pada
majlis perasmian Sidang Ke-37 dan Seminar Kebahasaan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia-Malaysia atau MABBIM. Semoga para perwakilan ketiga-tiga negara dan pemerhati
Singapura serta para peserta seminar mendapat petunjuk dan rahmatnya.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Kuala
Terengganu, khususnya kepada rombongan dari Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura
serta negara-negara luar yang turut serta dalam majlis ini. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri
Terengganu dan penduduk Terengganu Darul Iman amat mengalu-alukan kedatangan Tan Sri-
Tan Sri, Datuk-Datuk, Prof-Prof., pakar-pakar bidang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk
membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan bahasa khususnya peristilahan bahasa kita,
iaitu bahasa kebangsaan negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia juga hal-hal
kebahasaan lain. Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan dan
kerjasama seperlunya untuk menjayakan usaha pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu,
khususnya yang sesuai dengan taraf dan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan negara
Malaysia.
Saya difahamkan bahawa majlis ini telah genap usianya 25 tahun pada 29 Disember
1997 yang lalu. Saya juga difahamkan bahawa banyak kejayaan telah dicapai dalam bentuk
pedoman ejaan dan pedoman peristilahan, daftar istilah dan kamus istilah di ketiga-tiga buah
negara. Di malaysia, saya bagi pihak Kerajaan Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang menjalankan tanggungjawab sebagai urus
setia Sidang-sidang MABBIM secara bergilir tempat dengan pihak Indonesia dan Brunei
Darussalam, dan seterusnya menerbitkan hasil Sidang MABBIM.
Menyorot kembali sejarah perjuangan bahasa, sebenarnya ketiga-tiga negara mempunyai
jalinan yang erat kerana persamaan rupa bangsa, budaya apa tah lagi bahasa. Kesan penjajahan
Inggeris dan Belanda menyebabkan bahasa yang asalnya serumpun semakin menonjolkan
identiti masing-masing, terutama dari segi sebutan dan ejaan. Penubuhan Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972 merupakan usaha yang simbolik ke arah
penyatuan bangsa yang dahulunya serumpun dan kini bersatu menggunakan satu bahasa dan
bersama-sama memperjuangkan bahasa Melayu/bahasa Indonesia sebagai bahasa ilmu dalam
menghadapi era baru teknologi terkini. MBIM yang kini MABBIM telah berjaya menemukan
pakar-pakar ilmu sains, teknologi, kemasyarakatan, kemanusiaan – semuanya berbicara dalam
bahasa Melayu/bahasa Indonesia.
Saya juga difahamkan MABBIM juga akan memberikan penghargaan kepada beberapa
orang tokoh sebagai mengenang jasa mereka menunjangi perjuangan MABBIM. Tahniah saya
ucapkan kepada mereka yang terpilih. Perjuangan MABBIM sebenarnya masih belum selesai
dan MABBIM seharusnya melahirkan pasukan pelapis dalam menangani cabaran alaf baru abad
ke-21.
Setelah 25 tahun MABBIM berjuang merealisasikan bahasa Melayu/bahasa Indonesia
sebagai bahasa ilmu di perpantaian antarabangsa, wajarlah MABBIM mengatur strategi
menghadapi cabaran alaf baru agar bahasa Melayu/bahasa Indonesia tetap utuh dan kukuh.
Saya berharap janganlah hendaknya bahasa Melayu/bahasa Indonesia terpinggir dalam agenda
wawasan alaf baru lantaran kegawatan ekonomi kini. Perjuangan mestilah diteruskan dan
bahasa Melayu/bahasa Indonesia mestilah digunakan sepenuhnya dalam semua bidang,
termasuklah bidang teknologi maklumat. Kejayaan MABBIM selama 25 tahun tidak hanya
30
dinilai dari segi jumlah istilah yang dihasilkan tetapi haruslah juga dilihat dari segi penyebaran
serta penggunaan istilah yang dihasilkan.
Saya berharap ketiga-tiga negara anggota MABBIM berusaha sedaya upaya pemantapan
penggunaan istilah yang disepakati bersama itu dapat membantu pertukaran maklumat dan
penerbitan lainnya antara ketiga-tiga negara dapat berjalan lancar. Saya yakin pemimpin
MABBIM akan sentiasa berusaha ke arah menjadikan bahasa Melayu/bahasa Indonesia sebagai
bahasa ilmu dengan pertukaran maklumat tersebut.
Di Malaysia, kita yakin bahasa Melayu/bahasa Indonesia mempunyai masa depan yang
cemerlang, yakni semakin luas dan mantap penggunaannya sebagai ilmu dan bahasa
komunikasi rakyat Malaysia. Mungkin pemimpin MABBIM akan memikirkan strategi untuk
memperjuangkan bahasa Melayu/bahasa Indonesia sebagai salah satu bahasa utama dalam
urusan diplomatik di kalangan ketua negara ASEAN. Kita mempunyai kekuatan jika
pemimpin-pemimpin Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam mempunyai hasrat dan
wawasan yang sama menjadikan bahasa Melayu/bahasa Indonesia sebagai bahasa ilmu dan
teknologi tinggi.
Sepekara yang saya ingin bangkitkan di sini, ialah penyebaran tulisan Jawi di kalangan
pengguna bahasa Melayu/bahasa Indonesia. Kita tidak mahu tulisan yang menjadi tunjang
bahasa yang kita cintai satu ketika dulu mulai luput ditelan masa. Sudah sampai masnya
kementerian dan jabatan kerajaan mengambil berat soal tulisan Jawi. Malah hal ini perlu
mendapat perhatian sewajarnya oleh pemimpin MABBIM.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan demi kejayaan penggunaan bahasa kebangsaan
atau bahasa rasmi di negara anggota MABBIM. Kita maklum bahasa MABBIM hanya
bersidang sekali setahun dan sidang pakar istilah MABBIM sekali setahun. Sebahagian besar
lagi tugas memasyarakatkan bahasa terletak pada pihak tertentu dan rakyat keseluruhannya di
negara-negara anggota MABBIM.
Akhir sekali, saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-25 kepada
MABBIM. Semoga hasrat murni majlis dapat direalisasikan dan diteruskan dengan jayanya
hasil persefahaman ketiga-tiga buah negara. Dengan harapan yang begitu tinggi, saya dengan
lafaz bismillah hirrahmanirrahim merasmikan Sidang Ke-37, Seminar Kebahasaan, dan juga
Pameran 25 Tahun MABBIM di Kuala Terengganu.
31
UCAPAN KETUA PERWAKILAN BRUNEI DARUSSALAM
Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
Dan Yang Amat Berbahagia Dato’ To’ Puan Seri Hajah Aishahtun.
Yang Berbahagia Tun Hajah Suhaila Tan Sri Mohd. Noah,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
dan Yang Berbahagia To’ Puan Hajah Mariam,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah
Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Mabbim
dan Yang Berbahagia To’Puan,
Yang Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Indonesia serta Anggota perwakilan,
Yang Berbahagia Tuan Haji A.Aziz
Ketua Perwakilan Malaysia
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Isteri,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia,
Tan Sri, Datuk-Datuk,
Penerima Anugerah Tokoh Kencana Mabbim dan Tokoh Ilmuan Mabbim,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Perwakilan Pemerhati dari Singapura, dan negara-negara lain,
Dif-Dif kehormat,
Para peserta seminar,
Taun-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Para perwakilan ketiga-tiga negara dan pemerhati dari Republik Singapura serta para hadirin
yang dihormati,
32
Alhamdulillah, kita dapat lagi bertemu dalam Sidang MABBIM dalam suasana aman damai dan
persaudaraan bangsa serumpun. Pertemuan kali ini iaitu Sidang Ke-37 mempunyai
keistimewaannya tersendiri kerana MABBIM sudah genap usia 25 tahun dengan acara-acara
menarik selain sidang yang lazimnya menjadi acara utama. Saya dan rombongan membawa
salam muhibah dan kemesraan dari Negeri Brunei Darussalam untuk para perwakilan, dan para
hadirin dankhusus untuk kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Kita
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan juga
Kerajaan Negeri Terengganu kerana menjadi tuan rumah bagi Sidang Ke-37 MABBIM.
Sejak Sidang ke-36 MABBIM di Bandar Seri Begawan pada tahun lalu, usaha-usaha
dalam bidang kebahasaan terus dijalankan di negara masing-masing untuk memantapkan lagi
peranan bahasa itu. Usaha-usaha berterusan ini kita perlukan bagi memastikan bahasa
Melayu/Indonesia terus dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di rantau kita ini
dan menjadikannya sebagai salah satu bahasa ASEAN dan antarabangsa pada suatu hari nanti.
Ini adalah suatu wawasan dan cita-cita yang besar dan memerlukan kerjasama dan kesungguhan
di kalangan negara anggota.
Kerjasama dan kesungguhan ini seharusnya menjadi agenda utama yang tidak
seharusnya dibayangi oleh imbalan sehingga menjejaskan persafahaman dan kerjasama itu.
Dalam kita menanti kedatangan alaf baru kita menghadapi banyak cabaran dan
persaingan untuk membina dan mengembangkan bahasa kita. Namun segala cabaran yang
dihadapi itu tentunya memberikan kita lebih bersemangat untuk memperjuangkan martabat
bahasa Melayu. Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan pengaruh-pengaruh yang
muncul memberikan semacam saingan kepada bahasa Melayu. Tetapi kita perlu yakin
perkembangan teknologi itu tidak semestinya menjadikan hambatan atau halangan malah ia
dapat kita manfaatkan untuk memajukan bahasa melayu dan selain daripada itu juga
keprihatinan serta sokongan dan galakan pemimpin=pemimpin kita amat diperlukan.
Alhamdulillah, kita di Negara Brunei Darussalam iltizam para pemimpin kita dapat mendorong
bagi mengangkat kedudukan dan martabat bahasa melayu itu. Dalam titah sempena hari Raya
Aidilfitri tahun 1418 Hijriah baru-baru ini, Kebawah D.Y.M.M. Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam antara lain bertitah “kasihilah bangsa dan
kasihilah bahasa kita”. Titah baginda itu tentunya menyemarakkan lagi semangat dan cita-cita
untuk memajukan bahasa Melayu kerana seruan itu datangnya dari pemimpin tertinggi sebagai
Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu itu
selain ia sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Brunei Darussalam tahun 1959 yang
memperuntukkan bahasa Melayu itu sebagai bahasa rasmi negara yang kemudiannya
melahirkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961 sebagai agensi kerajaan yang diberi
tanggungjawab untuk menangani perkembangan dan penggunaan bahasa Melayu di negara
Brunei Darussalam.
Kita juga melihat usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan di kalangan negara-
negara dalam MABBIM. Yang perlu dalam hal ini sikap dan keprihatinan rakyat amat penting
supaya bahasa Melayu terus hidup, berkembang dan digunakan seluas-luasnya di negara kita
masing-masing. Insya Allah, bahasa Melayu itu tidak akan terpinggir selagi bangsa kita tidak
meminggirkannya. Kita akan sentiasa bersama menghidupkan dan memajukan bahasa melayu.
Bahasa Jiwa Bangsa. Hidup Bahasa Hidup Bangsa.
33
Seperti lazimnya, ingin saya memperkenalkan para perwakilan Negara Brunei
Darussalam yang terdiri daripada:
1. Y.M. Dato Paduka Haji Ahmad Kadi
Ahli Jawatankuasa Tetap bahasa Melayu Brunei Darussalam
2. Y.M. Awang Haji Mohd. Zaini Haji Omar
Ahli Jawatankuasa Tetap bahasa Melayu Brunei Darussalam
Dan Pembentang Kertas Kerja Seminar
3. Y.M. Dr. haji hashim Haji Abdul Hamid
Panel Forum Seminar dan Ahli Jawatankuasa MASTERA Brunei Darussalam
4. Y.M. Awang Haji Abd. Majid Haji A. Rahman
Editor Penyelaras Rampak Serantau
5. Y.M. Awang Haji Abdul Ghani Haji Yusuf
Pembentang Kertas Kerja Seminar
6. Y.M. Awang Haji Mohd. Salleh Haji Matahir
Pembentang Kertas Kerja Seminar
7. Y.M. Awang Hanafiah Haji Zaini
Setiausaha JKTBMBD/MABBIM Brunei Darussalam
8. Y.M. Awang Haji Abdul Hakim Haji Mohd. Yassin
Setiausaha MASTERA Brunei Darussalam
9. Y.M. Dayang Hajah Saddiah Haji Ramli
Y.M. Dk. Sainah Pg. Haji Muhammad
Kedua-duanya Urusetia MABBIM Brunei Darussalam
6 orang ahli rombongan kebudayaan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam
Dan saya sendiri selaku Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam
Bagi pihak rombongan Negara brunei Darussalam saya sukacita merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih atas sambutan yang diberikan kepada kami dan mudah-
mudahan Sidang kali ini akan membuahkan hasil yang boleh mengukuhkan lagi usaha-usaha
MABBIM dalam memperjuangkan bahasa Melayu/Indonesia.
Wabillahirtaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
34
UCAPAN KETUA PERWAKILAN INDONESIA
Dr. Hasan Alwi
Ketua Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
dan Yang Amat Berbahagia Dato’ To’ Puan Seri Hajah Aishahtun.
Yang Berbahagia Tun Hajah Suhaila Tan Sri Mohd. Noah,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
dan Yang Berbahagia To’ Puan Hajah Mariam,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah
Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Mabbim
dan Yang Berbahagia To’Puan,
Yang Mulia Dato’ Paduka Haji Alidin Haji Othman
Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam serta anggota perwakilan,
Yang Berbahagia Tuan Haji A.Aziz
Ketua Perwakilan Malaysia
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Isteri,
Tan Sri, Datuk-Datuk,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia serta ahli
Lembaga Pengelola,
Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa melayu (JKTBM), Malaysia,
Penerima Anugerah Tokoh Kencana Mabbim dan Tokoh Ilmuan Mabbim,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Perwakilan Pemerhati dari Singapura, dan negara-negara lain,
Dif-Dif kehormat,
35
Ahli Jawatankuasa Sambutan,
Para peserta seminar,
Pagi hari ini kita akan segera mengawali dua kegiatan MABBIM, yaitu Seminar Ke-7
MABBIM dan Sidang Ke-37 MABBIM dalam suatu upacara khusus yang berkaitan dengan
Peringatan Ulang Tahun Ke-25 MABBIM. Peringatan ulang tahun MABBIM ini
diselenggarakan oleh Malaysia sebagai tuan rumah melalui kerja sama antara Dewan Bahasa
dan Pustaka Malaysia dengan Kerajaan Negeri Terengganu.
Seminar Kebahasaan MABBIM kali kali ini bertema “Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia
dan Teknologi Maklumat/Informasi”. Tema ini sungguh tepat untuk menjawab tantangan-
tantangan terkini yang sepatutnya dihadap secara lebih bersungguh-sungguh oleh kita semua,
terutama oleh MABBIM sebagai wadah kerja sama kebahasaan serantau yang tujuan utamanya
ialah membina dan meningkatkan kerja sama agar bahasa kebangsaan di negara masing-masing
tetap dapat berperanan secara mantap sebagai sasaran komunikasi dalam berbagai bidang
kehidupan, termasuk dalam bidang sains teknologi moden. Teknologi maklumat/Informasi jelas
termasuk ke dalam hal yang disebutkan terakhir.
Penyebarluasan atau pemasyarakatan istilah hasil MABBIM setakat ini hanya dilakukan
melalui penerbitan buku, baik yang berupa daftar istilah maupun kamus istilah, dengan
jangkauan sasaran yang boleh dikatakan amat terbatas pula. Di luar para guru sekolah
menengah, pengajar di perguruan tinggi, dan para penulis buku teks (buku pelajaran), hampir
tak ada lagi kelompok sasaran yang pantas disebutkan sebagai pihak yang diperkirakan dapat
memanfaatkan penerbitan istilah hasil MABBIM itu. Akan tetapi, apabila istilah yang berasal
dari berbagai bidang ilmu itu penyebarluasannya dilakukan dengan memanfaatkan (dan
mengoptimalkan) teknologi informasi yang mutakhir, maka ada dua buah manfaat yang
sekaligus dapat kita peroleh, yaitu penyebarluasannya akan jauh lebih cepat dan jangkauan
sasarannya akan jauh lebih luas pula. Untuk mengetahui seberapa jauh hubungan antara bahasa
Melayu/Indonesia dan teknologi informasi itu dapat dimanfaatkan untuk keperluan lebih
menjayakan Bahasa Kebangsaan di negara anggota MABBIM, maka pembicara yang
ditampilkan pada seminar ini tidak saja terbatas pada para pakar bahasa, tetapi juga para pakar
dari bidang teknologi informasi itu sendiri.
Di dalam Sidang Ke-37 MABBIM, seperti juga pada sidang-sidang MABBIM
sebelumnya, akan dilakukan tiga hal, iaitu (1) meneliti dan mengesahkan hasil Sidang Ke-36
MABBIM, (2) meneliti dan menerima Sidang Ke-11 Pakar MABBIM, (3) menyepakati dan
menentukan peranan kerja MABBIM selanjut. Sudah barang tentu kesemuanya itu tidak boleh
tidak harus didasarkan pada pengevaluasian secara cermat terhadap segala langkah dan kegiatan
MABBIM yang telah dilakukan. Apabila dianggap perlu, evaluasi itu bahkan dapat pula
diberlakukan terhadap sejumlah kesepakatan yang mendasari tata kerja MABBIM yang
berkaitan dengan hal-hal tertentu.
Dengan menyampaikan harapan semoga Semi8nar Ke-7 MABBIM dan Sidang Ke-37
MABBIM dapat mencapai hasil yang kita inginkan bersama, izinkan saya memperkenalkan
perutusan Indonesia yang terdiri atas sembilan orang, iaitu Dr. Hans Lapoliwa, Dr. Dendy
Sugono, Dr. Edwar Djamaris, Drs. Hasjmi Dini, Dr. Asim Gunawan, Prahastuti Adhitama, M.A,
Dr. Ono Purbo, Ir. Gunarso, dan saya sendiri.
36
Akhirul kalam, saya ingin menyampaikan terima kasih dan penghargaan yang tiada
terhingga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia serta pihak Kerajaan Negeri Terengganu
atas penerimaannya yang begitu ramah tamah, atas pelayanannya yang begitu nyaman, dan atas
upaya melaksanakan upacara peringatan ulang tahun Ke-25 MABBIM yang begitu profesional.
Wasalamu alaikum wr. wb.
37
UCAPAN KETUA PERWAKILAN MALAYSIA
Tuan Haji A. Aziz Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad
Menteri Besar Terengganu
Dan Yang Amat Berbahagia Dato’ To’ Puan Seri Hajah Aishahtun.
Yang Berbahagia Tun Hajah Suhaila Tan Sri Mohd. Noah,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
dan Yang Berbahagia To’ Puan Hajah Mariam,
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah
Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Mabbim
dan Yang Berbahagia To’Puan,
Yang Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Indonesia serta Anggota perwakilan,
Yang Mulia Dato’ Paduka Haji Alidin Haji Othman
Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam serta anggota perwakilan,
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Isteri,
Tan Sri, Datuk-Datuk,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia,
Ahli Lembaga Pengelola,
Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Malaysia,
Penerima Anugerah Tokoh Kencana Mabbim dan Tokoh Ilmuan Mabbim,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Perwakilan Pemerhati dari Singapura, dan negara-negara lain,
Dif-Dif kehormat,
Ahli Jawatankuasa Sambutan,
38
Para peserta seminar,
Taun-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Pada kesempatan yang sangat berbahagia ini, tampaknya tidak ada jalinan kata yang lebih tepat
untuk dilahirkan selain ungkapan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana kita dapat
berkumpul dalam suasana menyambut perayaan 25 tahun MABBIM. Selanjutnya saya bagi
pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Malaysia, serta semua yang telah
mengatur majlis ini, dengan rasa rendah hati merakamkan rasa terima kasih atas kesudian Yang
Amat Berhormat Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar
Terengganu, hadir bersama dalam majlis ini, dan seterusnya menyempurnakan majlis.
Selaku tuan rumah bagi Sidang Ke-37 MABBIM ini, saya mengalu-alukan kedatangan
perwakilan Sidang Majlis dan Seminar Kebahasaan, baik yang datang dari Indonesia, Brunei
Darussalam, dan Singapura, mahupun peserta yang berasal dari malaysia sendiri, serta peserta
seminar dari negara-negara lain.
Yang Amat Berhormat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Sidang MABBIM yang berlangsung selama ini, baik di Indonesia mahupun di Brunei
Darussalam sentiasa berjalan dengan baik dan teratur, dan layanan yang diterima sentiasa ramah
dan santun. Pada giliran kami ini, kami akan berusaha sedaya upaya agar sidang ini dapat
berjalan lancar, dan tuan-tuan dan puan-puan diharap akan berasa selesa selama berada di sini.
Tambahan pula sidang ini dilangsungkan di negeri Terengganu yang cantik dengan budaya yang
menarik dan pembangunan yang pesat, lebih-lebih lagi sejak Yang Amat Berhormat Tan Sri
menerajui tampuk kepimpinan negeri ini. Pada tahun 1992, Kuala Terengganu pernah menjadi
tempat pameran sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Pada kali ini, Terengganu sengaja
dipilih sebagai tempat sidang untuk memberi peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan
menikmati lebih banyak tempat di Malaysia. Kami juga mengharapkan supaya selepas majlis
ini, lebih banyak acara kebahasaan akan diadakan di negeri ini. Dengan itu, tidaklah hanya
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Pulau Langkawi yang menjadi tumpuan
Kerajaan Negeri Terengganu yang telah menjadi penganjur bersama sambutan 25 tahun
MABBIM dan sidang ke-37 ini.
Yang Amat Berhormat Tan Sri serta hadirin sekalian,
Hari ini, usia kerjasama kebahasaan ini sudah menglampaui sesuku abad. Sudah
dewasa, seharusnya telah semakin mantap. Dalam rangka menyambut 25 tahun usia MABBIM
ini, pihak Malaysia berkesempatan menyelenggarakan beberapa kegiatan. Pameran MABBIM
diadakan di beberapa tempat, iaitu di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, dan Kota Bharu. Kami
juga menerbitkan video yang memuatkan sejarah dan kegiatan MABBIM selama ini. Selain itu,
pameran, forum, dan ceramah perdana turut diadakan.
MABBIM tidak pernah melupakan jasa, sumbangan dan khidmat bakti individu yang
mencetuskan gagasan awal penubuhan wadah ini dan pakar bidang yang telah memantapkan
perkembangan peristilahan bahasa Melayu/Indonesia selama ini. Bersempena dengan sambutan
39
ini, MABBIM akan memberikan anugerah tokoh kencana dan tokoh ilmuan MABBIM kepada
mereka.
Hadirin yang dihormati,
Dalam era pengglobalan kini dan masa muka, dan dalam zaman ledakan teknologi
maklumat, dunia kita terasa semakin sempit dan ketat. Amat disayangkan, buat masa ini
sebahaghian besar daripada ilmu pengetahuan dan teknologi masih dimiliki bahasa asing,
terutamanya bahasa Inggeris. Tentu saja kita tidak mahu membatasi kerjasama kebahsaan ini
kepada memadan-madankan istilah saja. Kita harus melihat ke hadapan, walaupun hadapan
yang tidak begitu dekat dengan kita.
Kadang-kadang kita temui orang yang kurang memerlukan istilah dalam kegiatan
sehariannya menyarankan agar kegiatan peristilahan dihentikan segera. Lebih mendukacitakan
lagi, semacam ada tindakan atau usaha ke arah mengalihkan fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dengan bahasa lain. Kadangkala ada kecenderungan
terhadap penggunaan bahasa yang tidak bertempat atau penyalahgunaan bahasa yang
disengajakan. Di kalangan kita sendiri, dalam sektor-sektor tertentu kedapatan “penyanggah
bahasa”. Penyanggah-penyanggah ini seakan-akan hilang keyakinan terhadap bahasa negara
sendiri. Mereka menganggap bahasa asing sebagai bahasa yang sempurna dan tanpa cacat,
lantas perlu diladeni setiap warganya.
Akan tetapi, bagi kita yang mengikut dan menyaksikan perkembangan ilmu serta
ledakan maklumat, proses pembangunan bahasa ini tidak ada hujungnya. Mungkin tidak
keterlaluan jika saya katakan, tugas kita dalam konteks kerjasama melalui MABBIM ini ialah
terus berusaha menjadikan bahasa kita sentiasa cekap, dan dapat pula mengungkapkan apa saja,
dengan lancar dan tepat. Bahasa Melayu/Indonesia mestilah mempunyai upaya menjadi wahana
ilmu bidang teknologi maklumat, terutamanya pada alaf baharu.
Di Malaysia, khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku-buku
dalam bidang komputer dan teknologi maklumat juga telah diterbitkan dan istilah singkatan
dan akronimnya dijangka dapat diterbitkan pada akhir tahun ini. Kami juga memenfaatkan
teknologi maklumat dalam kegiatan pemasyarakatan istilah, terutamanya melalui laman Dewan,
kamus telapak, Dewan Eja, dan akan menyusul dalam bentuk CD-ROM.
Tema, “Bahasa Melayu/Indonesia dan teknologi maklumat/informasi”, dalam seminar
yang akan dilangsungkan selama dua hari ini, akan melihat kedudukan bahasa
Melayu/Indonesia dalam arus perkembangan teknologi maklumat masa kini, dan mencadangkan
strategi pengurusan bahasa yang berkesan dan pragmatik agar bahasa kita dapat terus
berkembang seiring dengan kepesatan perkembangan bidang teknologi maklumat. Seminar ini
akan menampilkan 11 kertas kerja yang menyentuh bidang teknologi maklumat dan bahasa,
empat kertas kerja dari Malaysia (termasuk ucap utama), tiga kertas kerja masing-masing dari
Indonesia dan Brunei Darussalam, dan satu kertas kerja dari Singapura. Seminar ini akan
dihadiri kira-kira lebih 300 orang peserta (jumlah penyertaan yang paling besar setakat ini),
termasuk peserta yang kami undang khusus dari Thailand, Filipina, Vietnam, Korea, Jepun, dan
China.
40
Hadirin yang dimuliakan,
Seperkara lagi yang kita idam-idamkan selama ini ialah keinginan melihat bahasa kita
tersebar ke rantau/negara ASEAN yang lain, dan seterusnya diterima sebagai salah satu bahasa
rasmi di perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam hal ini, jaringan kerjasama kebahasaan
antara kita, mungkin dapat diperluas dan dilaksanakan secara sepakat dengan negara luar, atau
dengan institusi luar yang kini ghairah mengajar, mempelajari, dan menekuni bahasa kita.
Sejajar dengan hasrat ini, setelah seminar selesai, para perwakilan negara anggota
MABBIM akan mengikuti Sidang Ke-37 MABBIM selama tiga hari, iaitu mulai 4 hingga 6
Mac 1998. Pada sidang Majlis itu teman-teman dari Singapura juga akan hadir sebagai
pemerhati. Antara lain, sidang tersebut akan membincangkan gagasan MABBIM untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ASEAN menjelang tahun 2005 dan
penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Sementara itu, seperti yang telah menjadi tradisi sejak dua pertemuan MABBIM yang
lalu, Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) juga akan mengadakan sidangnya. Sidang ke-
3 MASTERA ini akan meninjau pencapaian dan mengatur tindakan lanjut untuk memastikan
pencapaian matlamat yang telah disetujui bersama oleh ketiga-tiga negara anggota.
Yang Amat Berhormat dan hadirin sekalian,
Sejarah dan pengalaman MABBIM selama 25 tahun ini memperlihatkan bahawa cukup
luas lautan yang diharungi dan tidak sedikit pulau yang disinggahi, namun bahtera MABBIM
terus belayar. Hempasan gelombang masih mampu ditangkal dan bahtera masih tetap dilayari.
Biarlah dalam fikiran dan perasaan kita, Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut Cina Selatan terus
bertemu pinggir, dan Selat Tebrau semakin sempit. Kita terus berjiwa besar dan menerima satu
sama lain. Mudah-mudahan kita semua insaf dan sedar tentang cita-cita dan semangat
Perlembagaan negara, aspirasi serantau, dan jelas persepsi antara “menguasai” dengan
“menggunakan” sesuatu bahasa. Kita memerlukan pemaju-pemaju bahasa di semua peringkat
institusi, agensi dan organisasi.
Yang Amat Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Izinkanlah saya menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan anggota
perwakilan Malaysia dalam pertemuan pagi ini. Mereka terdiri daripada:
Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain
Prof. Datuk Dr. Hajah Nik Safiah Hj. Abdul karim
Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh
Dato’ Haji Hassan Ahmad
Datuk Faiza Tamby Chik
Encik Ismail Dahaman
Puan Hajah Noresah Baharom
Puan Halimah Haji Ahmad
Dr. Zoraini Wati Abas
Dr. Haji Ahmad Sabirin Arshad
41
Dan Encik Abdul Hamid Abdul Rahman
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang
Amat Berhormat Tan Sri yang turut menyerikan majlis ini, dan kepada semua peserta seminar
yang datang dari jauh dan dekat, kami ucapkan selamat berseminar.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.