Sinopsis Drama Dogeng Sang Puteri

10
LAMPIRAN A SINOPSIS DRAMA DONGENG SANG PUTERI Drama ini megisahkan perbezaan darjat antara golongan istana dan orang biasa. Puteri seorang anak terbuang disebabkan perbezaan darjat. Ibunya seorang penari joget sedangkan ayahnya kerabat diraja iaitu Tengku Mahmud. Pihak istana menhalang hubungan ibu dan ayahnya lalu mereka terpisah. Pada waktu itu isterinya mengandung. Selepas setahun melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura. Bekerja sebagai perempuan kelab malam dan berkahwin dengan orang sana. Tiga tahun selepas itu, terdengar khabar bondanya telah meninggal dunia. Puteri sedih apabila mengetahui bondanya mati sebagai penari kelab malam juga. Namun, neneknya mengatakan bahawa ibunya mati di bilik sembahyang di kelab itu. Sultan Mahmud datang kembali mengajak Puteri dan Kebayan tinggal denganya, namu Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagi dihina. Dia lebih rela tinggal di situ, Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikan tempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal itu. Tidak lama selepas Sultan Mahmud pergi, Mamat datang mengajak Puteri mendengar cerita Putera.

description

Drama Dongeng Sang Puteri

Transcript of Sinopsis Drama Dogeng Sang Puteri

LAMPIRAN A

SINOPSIS DRAMA DONGENG SANG PUTERI

Drama ini megisahkan perbezaan darjat antara golongan istana dan orang biasa. Puteri seorang anak terbuang disebabkan perbezaan darjat. Ibunya seorang penari joget sedangkan ayahnya kerabat diraja iaitu Tengku Mahmud. Pihak istana menhalang hubungan ibu dan ayahnya lalu mereka terpisah. Pada waktu itu isterinya mengandung. Selepas setahun melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura. Bekerja sebagai perempuan kelab malam dan berkahwin dengan orang sana. Tiga tahun selepas itu, terdengar khabar bondanya telah meninggal dunia. Puteri sedih apabila mengetahui bondanya mati sebagai penari kelab malam juga. Namun, neneknya mengatakan bahawa ibunya mati di bilik sembahyang di kelab itu. Sultan Mahmud datang kembali mengajak Puteri dan Kebayan tinggal denganya, namu Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagi dihina. Dia lebih rela tinggal di situ, Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikan tempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal itu. Tidak lama selepas Sultan Mahmud pergi, Mamat datang mengajak Puteri mendengar cerita Putera. Mamat mengatakan juga bahawa Putera menunggu mereka di Rumah Besar dan kemudian akan membawa mereka ke rumah sakit kerana Tengku Mahmud sakit Leukimia.LAMPIRAN BSOALAN PEMAHAMAN1. Apakah jenis-jenis latar yang terdapat dalam sesebuah drama?

I. Latar tempat

II. Latar masyarakat

III. Latar masa

IV. Latar tarikhA. I, II dan IV

B. II, III dan IV

C. I, II dan III

D. III dan IV2. Apakah maksud latar masyarakat dalam sesebuah drama?

A. Gambaran kehidupan seseorang penulis.

B. Gambaran tentang masyarakat dalam cerita.

C. Gambaran tempat sesuatu peristiwa berlaku.

D. Gambaran masa sesuatu peristiwa dalam cerita.

3. Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat di dalam drama Dongeng Sang Puteri KECUALI

A. Masyarakat daripada golongan bangsawan

B. Masyarakat daripada golongan miskin.

C. Masyarakat yang penyayang.

D. Masyarakat yang bersatu padu4. Apakah golongan masyarakat yang sesuai untuk menunjukkan watak Puteri yang tinggal di kawasan setinggan yang di kelilingi sampah-sarap, tong sampah, kayu-kayu buruk dan lain-lain?A. Masyarakat yang mengambil berat.

B. Masyarakat yang hina.

C. Masyarakat yang miskin.

D. Masyarakat yang sederhana.

5. Golongan istana yang terdapat di dalam drama Dongeng Sang Puteri adalah golongan masyarakat yang mementingkan darjat. Betul atau salah?

A. Betul

B. salah

LAMPIRAN C

LEMBARAN KERJA RUMAH

1. jelaskan tiga latar masyarakat dalam drama Dongeng Sang Puteri tersebut.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Berikan contoh yang sesuai, yang terdapat di dalam drama tersebut berdasarkan latar masyarakat yang mementingkan darjat.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Apakah golongan masyarakat yang diwakili oleh Putera dan Tengku Mahmud?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN D

Dialog 1 (Masyarakat penyayang)

PUTERI: (Memakai subang itu) Bagaimana? Macam orang gila tak?MAMAT: Bertambah cantik, walau pun subang sebelah. Kalau sepasang lagi cantik. Mujur Mamat Tak taruh minat pada Puteri. Kalau Mamat ada hati kat Puteri, sudah lama Mamat minta nenek kawinkan Mamat dengan Puteri. (Ketawa memanjang)KEBAYAN: Cantik! Sebijik cantiknya macam bonda kamu, Puteri!

PUTERI: Nenek sebut pasal bonda lagi, bosan Puteri mendengarnya. Kalau bonda masih hidup bagus juga.

KEBAYAN: Maafkan nenek! Nenek sayang dan rindukan bonda kamu, macam nenek saying dan cintakan Puteri.Dialog 2 (Masyarakat miskin)

PUTERA: Mamat! Tak apalah, maaf! Kerana mengambil tempat nek di sini. Nenek nak berjualan tu. Ke mana nenek nak bawa jualan ni?

KEBAYAN: ke serata tempat, kalau tidak pun ke pasar. Ini mata pencarian nenek yang termiskun ini. Inilah mata pencarian nenek dan puteri.

PUTERA: Puteri lagi! Siapa Puteri itu, kita tak pernah tengok pun.

KEBAYAN: Cucu nenek, satu-satunya.

PUTERA: Tentunya cantik semacam neneknya. Tak apalah nenek tak perlu menjaja hari ini. Biarkan saya membeli semuanya.

Dialog 3 (Masyarakat bangsawan)

MAHMUD: Mahukah Puteri tinggal di Rumah Besar, di Istana?

PUTERI: Terima kasihlah kerana Yang Mulia Tengku membawa Puteri makan dan tidur di Rumah Besar Istana tempoh hari.

MAHMUD: Anakanda Puteri mahu ke Rumah Besar itu lagi?

Mahu menetap di situ selamanya?

PUTERI: Dogeng Puteri memang macam tu. Telah lapan belas tahun Puteri ditinggal buang dibanyak tempat termasuk di tempat yang kotor ini.

MAHMUD: Adakah Puteri suka tinggal di Rumah Besar tu?

PUTERI: Siapa tidak suka kesenangan, kemewahan?

MAHMUD: Adakah anakanda ikut ayahanda ke Rumah Besar itu, bagaimana, ?

PUTERI: Tentunya boleh tapi kena Tanya nenek Kebayan Kasturi terlebih dulu, kena minta izin nenek.

Dialog 4 (Mementingkan darjat)KEBAYAN: Kamu mementingkan darjat dan kedudukan tetapi mengabaikan isteri yang kamu kata kamu sangat sayangi itu. Dalam keadaan melahirkan puteri pun kamu tidak bersama isteri kamu itu.

PUTERI: Puteri hidup dalam buangan, yatim piatu, tiada bonda dan tiada ayahanda, mujur ada nenekanda yang ria walau pun terlalu banyak berduka.

MAHMUD: Sebab itu ayahanda mahu Puteri kembali ke rumah besar. Cerita lama sudah berlalu. Cerita buruk telah dimusnahkan. Yang membesar dan membanggakan diri semuanya sudah meninggal dunia. Keturunan baharu lebih terbuka. Puteri ialah keturunan baharu di rumah itu. Puteri mesti memperjuangkan hak di rumah besar itu. Puteri anak ayahanda. Percayalah Puteri akan menjadi tuan besar di Rumah Besar itu.