SISTEM PETI SEJUK PINTAR MENGGUNAKAN RFID …ir.fsksm.utm.my/272/1/IZZATIIZNIBC070048d09ttp.pdf ·...

22

Transcript of SISTEM PETI SEJUK PINTAR MENGGUNAKAN RFID …ir.fsksm.utm.my/272/1/IZZATIIZNIBC070048d09ttp.pdf ·...

SISTEM PETI SEJUK PINTAR MENGGUNAKAN RFID

IZZATI IZNI BINTI AB LAZIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

JULAI , 2009

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-

Nya akhirnya dapat juga saya menyiapkan projek Sistem Peti Sejuk Pintar

Menggunakan RFID ini.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

saya iaitu Cik Hazinah binti Kutty Mammi diatas segala bimbingan dan dorongan

yang beliau curahkan sepanjang tempoh saya menyiapkan Projek Sarjana Muda.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa serta ahli

keluarga saya yang selama ini telah banyak memberi dorongan dan galakan.

Disamping itu, buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar. Sokongan dan bantuan dari kalian amatlah dihargai.

Akhir sekali, kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau

tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini, ribuan terima kasih

diucapkan. Segala jasa baik yang telah kalian beri tidak akan saya lupakan.

v

ABSTRAK

Perkembangan pesat teknologi maklumat hari ini adalah seiring dengan hala

tuju kerajaan kita untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar memanfaatkan

sebaiknya setiap teknologi dalam memperbaiki kehidupan seharian. Penggunaan

teknologi RFID yang semakin mendapat tempat di negara membangun kini menjadi

wadah alternatif kepada sistem pengurusan barangan atau aset kerana ia merupakan

teknologi terkini yang menawarkan pelbagai kelebihan dengan menggantikan

teknologi terdahulu. Sistem pengurusan produk makanan yang terdapat didalam peti

sejuk setiap pemilik masih lagi asing di negara kita, seringkali pengguna terlupa

tentang produk makanan yang sudah tamat tarikh luputnya tetapi masih lagi

tersimpan didalam peti sejuk mereka. Sistem Peti Sejuk Pintar dibina untuk

menyelesaikan masalah yang timbul dengan menggunakan teknologi RFID. Sistem

ini dibangunkan untuk memudahkan maklumat seperti jenis dan tarikh luput produk

di dalam peti sejuk disimpan secara sistematik sekaligus memudahkan pengguna

menguruskan inventori barangan makanan mereka. Sistem ini turut dilengkapi

dengan kotak mesej amaran sebagai peringatan kepada pengguna tentang produk

makanan mereka yang hampir luput tempoh hayatnya. Metodologi yang digunakan

untuk membangunkan sistem ini ialah prototaip evolusi kerana setiap fasa

pembangunan sistem akan berulang sehingga segala keperluan pengguna dapat

dipenuhi oleh sistem. Diharap dengan kewujudan Sistem Peti Sejuk Pintar yang

dibangunkan ini dapat mambantu golongan pengguna menjalani kehidupan harian

yang lebih teratur dan bijak.

vi

ABSTRACT

Nowadays, the rapid increase in the development of Information Technology

field has proven very useful to the mankind in improving their daily routine. The

booming technology such as Radio Frequency Identification, has become the best

alternative for assets management tracking system which is widely used all over the

world as it offers more benefits than other older technologies. System for products’

expiration date management in refrigerators is still unfamiliar and unknown in our

country. Though many still unaware of their existence and importance, it is not

uncommon for a consumer to forget about their food supplies that have reached their

expiration dates. Thus, a Smart Fridge System is proposed to solve the problem that

arises, by applying the RFID technology. This system is developed to ease the

process of storing and archiving information about the type, and expiration date of

any inventory stored in a refrigerator, and records them in a systematically manner,

so that consumer can further manage their refrigerator inventory more efficiently.

This system is also equipped with a warning message box, to remind the user about

their food or beverage that has almost reached their expiration. The methodology that

was used to develop this system was evolutional prototyping, so that various users’

requirements can be meet using repetition development phase. By the invention of

this Intelligent Refrigerator System, it is also hoped that consumers can live a better

life.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat Projek 3

1.4 Objektif Projek 4

1.5 Skop Projek 4

1.6 Justifikasi 5

viii

2 KAJIAN LITERATUR 6

2.1 Pengenalan 6

2.2 Kajian Terhadap Sistem Semasa 7

2.2.1 Hasil Analisis Kaji Selidik 7

2.3 Kajian Terhadap Sistem Setara 11

2.4 Kajian Perbandingan Sistem 14

2.5 Teknologi dan Perkakasan Yang Digunakan 14

2.5.1 Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) 15

2.5.1.1 Komponen RFID 15

2.5.1.2 Jenis Teg RFID 17

2.5.1.3 Toolkit RFID : Pakej RFID Proximity Reader MF700 18

2.5.2 Visual Studio 2005 19

2.5.3 Microsoft SQL Server 2000 20

2.6 Rumusan 20

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 21

3.1 Pengenalan 21

3.2 Metodologi Projek 22

3.3 Metodologi Prototaip 23

3.4 Prototaip Yang Digunakan 24

3.4.1 Justifikasi Metodologi 25

3.5 Fasa-Fasa Pembangunan Sistem 26

3.5.1 Fasa Perancangan 26

3.5.2 Fasa Analisa 27

3.5.3 Fasa Rekabentuk 28

3.5.4 Fasa Implementasi 29

3.5.5 Fasa Pengujian 29

ix

3.6 Analisa Keperluan Sistem 30

3.6.1 Keperluan Perkakasan 30

3.6.2 Justifikasi Pemilihan Perkakasan 31

3.6.3 Keperluan Perisian 32

3.6.4 Justifikasi Pemilihan Perisian 32

3.7 Kesimpulan 33

4 REKABENTUK 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 35

4.3 Pemodelan Kes Gunaan 36

4.4 Gambarajah Jujukan 38

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 40

4.6 Rekabentuk Antaramuka 41

4.7 Kesimpulan 42

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM 43

5.1 Pengenalan 43

5.2 Persekitaran Perisian 44

5.3 Membaca dan Menulis Data Kedalam Tag RFID Yang

Terdapat Pada Produk 44

5.4 Pembangunan Antaramuka 46

5.4.1 Antaramuka Modul Menambah Produk Kedalam

Senarai Produk 48

5.4.2 Antaramuka Modul Membuang Produk Daripada

Senarai Produk 50

x

5.5 Implementasi Modul Membaca Data Pada Produk

Menggunakan Tag Radio Frequency Identification (RFID) 52

5.6 Implementasi Modul Menambah Produk 53

5.7 Implementasi Modul Membuang Produk 54

5.8 Implementasi Modul Memaparkan Semua Produk

dan Amaran Produk Yang Telah Luput 56

5.9 Fasa Pengujian Sistem 57

5.9.1 Pengujian Kotak Putih 58

5.9.2 Pengujian Kotak Hitam 58

5.10 Kesimpulan 60

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 61

6.1 Pengenalan 61

6.2 Pencapaian 62

6.3 Kelemahan Sistem 62

6.4 Cadangan Sistem 63

6.5 Kesimpulan 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 66

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Kajian Perbandingan Antara Sistem 14

2.2 Ciri-Ciri Tag RFID AD-709 16

2.3 Spesifikasi Toolkit RFID : Pakej RFID Proximity Reader MF700 19

3.1 Fasa Perancangan 26

3.2 Fasa Analisa 27

3.3 Fasa Rekabentuk 28

3.4 Spesifikasi Minimum Perkakasan 30

3.5 Spesifikasi Minimum Perisian 32

4.1 Keterangan Kes Guna bagi aktor Pengguna 37

4.2 Jadual Pangkalan Data Maklumat Produk 41

5.1 Pengujian Terhadap Input dari Pengguna 59

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Peratusan Pengguna Membeli Barangan Dapur Dalam Tempoh Sebulan 8

2.2 Kekerapan Pengguna Peti Sejuk Membersihkan Peti Sejuk 9

2.3 Ciri-ciri Pilihan Pengguna Untuk Paparan Pada Mesej Amaran 10

2.4 Waktu Mesej Amaran Perlu Dilaksanakan Mengikut Pilihan Pengguna 11

2.5 Rajah Susun Atur Sistem Pengurusan Tarikh Luput 12

2.6 Konfigurasi Sistem Pada Terminal Di Rumah 13

2.7 Contoh-Contoh Tag RFID 16

2.8 Gambarajah Tag RFID AD-709 17

3.1 Fasa-Fasa Metodologi Prototaip Evolusi 24

4.1 Senibina Keseluruhan Sistem 35

4.2 Rajah Kes Gunaan bagi Pengguna Sistem 36

4.3 Rajah Jujukan bagi Fungsi Membaca Produk Dari Tag RFID 38

4.4 Rajah Jujukan bagi Fungsi Menambah Produk 39

4.5 Rajah Jujukan bagi Fungsi Membuang Produk 39

4.6 Melihat Paparan Maklumat Semua Produk 40

5.1 Membaca Data Yang Sedia Ada Pada Tag RFID 45

5.2 Menformat Tag RFID 45

5.3 Menulis Data Pada Tag RFID 46

5.4 Gambarajah Antaramuka Pengguna Sistem Peti Sejuk Pintar

Menggunakan RFID 47

5.5 Paparan Semua Produk Di dalam Pangkalan Data 48

xiii

5.6 Mesej Ralat Untuk Mengisi Bilangan Produk Yang Ingin Ditambah 49

5.7 Mesej Untuk Memastikan Pengguna Hendak Menambah 5 Produk 49

5.8 Produk Yakult Telah Terpapar Pada Ruangan Paparan Produk 50

5.9 Mesej Pengesahan Pengguna Untuk Membuang Sebanyak 3 Produk 51

5.10 Mesej Untuk Memaparkan Produk Yang Tinggal 51

5.11 Baki Produk Yakult Yang Tinggal Pada Ruangan Paparan Produk 52

5.12 Sebahagian Kod Aturcara Untuk Menjana Pengimbas RFID Bagi

Membaca Data Daripada Tag RFID Produk 53

5.13 Sebahagian Kod Aturcara Untuk Menambah Produk 54

5.14 Sebahagian Kod Aturcara Untuk Modul Membuang Produk 55

5.15 Sebahagian Kod Aturcara Untuk Modul Memaparkan Semua Produk 56

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PERKATAAN PENUH RFID Radio Frequency Identification

USB Universal Serial Bus

ASP Active Server Pages

VB Visual Basic

SQL Standard Query Language

OOP Object-Oriented Programming Language

RAM Random Access Memory

MB Mega byte

GB Giga byte

UML Unified Modelling Language

RUP Rational Unified Process

RAD Rapid Application Development

˚C Celcius

˚F Fahrenheit

xv

SENARAI ISTILAH

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Aktor Actor

Alternatif Alternative

Antena Antenna

Cakera Keras Hard disk drive

Daftar Masuk Log in

Emel Email

Gambarajah Kes Guna Use case diagram

Gambarajah jujukan Sequence diagram

Ingatan Simpanan Rawak Random access memory

Katalaluan Password

Kriteria Criteria

Pelayan Server

Pangkalan Data Database

Pengaturcaraan Programming

Perisian Software

Perkakasan Hardware

Rangkaian Network

Sistem System

Teknik Technique

Teknologi Technology

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Gantt Projek Sarjana Muda I dan II 66

B Borang Kaji Selidik 69

C Carta Alir Sistem 73

D Manual Pengguna 75

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Setiap produk makanan yang disimpan didalam peti sejuk mempunyai tarikh

luput yang tertera pada bungkusannya, terutama bagi produk-produk makanan yang

telah diproses seperti makanan dan minuman dalam tin, produk tenusu dan

sebagainya. Maklumat ini penting untuk pengguna mengetahui tempoh hayat

makanan yang dibeli. Pada kebiasaannya, pembeli dengan inisiatif sendiri terpaksa

merekodkan secara manual barangan dan tarikh luput produk sebagai peringatan

untuk mengelakkan pembuangan produk makanan akibat terlupa memasak atau

menggunakan produk-produk tersebut sebelum tarikh luputnya tiba.

Berikutan dari masalah ini, perlunya satu Sistem Peti Sejuk Pintar

Menggunakan RFID dibangunkan. Sistem yang telah dibangunkan ini merupakan

pembangunan sistem dalam bidang rangkaian dan komunikasi komputer. Sistem

kawalan barangan di dalam peti sejuk ini menggunakan teknologi Radio Frequency

Identification (RFID) bagi menggantikan teknologi terdahulu seperti teknologi

bacaan kod bar. Sistem ini juga turut ditambah dengan utiliti penghantaran maklumat

2

menerusi sistem amaran sebagai peringatan kepada pengguna tentang produk mereka

yang hampir tamat tempohnya pada skrin paparan yang terdapat pada peti sejuk.

Oleh yang demikian, diharap Sistem Peti Sejuk Pintar Menggunakan RFID

yang telah dibina ini dapat membantu kehidupan seharian manusia amnya atau

penduduk Malaysia khususnya dengan memaklumkan atau memberi peringatan

kepada pengguna tentang tarikh luput produk yang terdapat didalam peti sejuk

mereka, samada pada hari atau beberapa hari sebelum tarikh luput produk supaya

pembaziran tidak berlaku.

1.2 Latarbelakang Masalah

Setiap keluarga di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti

sejuk di dalam kediaman mereka. Peti sejuk persendirian di rumah-rumah biasanya

digunakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak seperti makanan tenusu,

sayur, ikan, makanan dalam tin dan sebagainya.

Semua makanan yang disimpan di dalam peti sejuk mempunyai tempoh hayat

tertentu bergantung kepada jenis makanan. Bagi makanan yang belum diproses

seperti sayuran, daging, ikan, telur dan buah-buahan, tempoh hayat makanan ini agak

sukar dijangka kerana ia bergantung kepada beberapa sebab seperti kualiti asal

makanan sebelum disimpan di dalam peti sejuk, kaedah semasa menyimpan makanan

dan tempoh makanan tersebut disimpan.

Bagi makanan yang telah diproses seperti makanan dan minuman dalam tin,

susu segar, mentega, makanan segera dan sebagainya pula telah dilabelkan dengan

tarikh luput pada bungkusan produk. Ini dapat membantu pengguna untuk mengenal

pasti tempoh hayat sesuatu produk yang mereka beli.

3

Lazimnya, para pengguna tidak mengambil berat tentang produk makanan

yang disimpan di dalam peti sejuk mereka. Segelintir pengguna yang rajin terpaksa

mencatat secara manual setiap produk dan tarikh luputnya untuk mengelakkan

pengguna terlupa makan atau masak makanan tersebut sebelum tarikh luput produk

itu tiba. Kerapkali juga berlaku pengguna terpaksa membuang makanan yang belum

habis dimakan akibat terlupa tentang produk yang di beli.

Sehubungan dengan masalah yang timbul itu, diharap Sistem Peti Sejuk

Pintar Menggunakan RFID yang telah dibangunkan ini dapat mambantu golongan

pengguna menjalani kehidupan harian yang lebih teratur dan bijak.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah membangunkan satu sistem iaitu Sistem Peti

Sejuk Pintar Menggunakan RFID yang dapat merekodkan setiap produk dan tarikh

luput produk-produk yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah dengan

menggunakan teknologi RFID dan paparan mesej amaran sebagai peringatan kepada

pengguna tentang produk yang akan luput dalam peti sejuk mereka.

4

1.4 Objektif Projek

Di antara objektif-objektif bagi Sistem Peti Sejuk Pintar Menggunakan RFID

ini ialah:

1. Mengkaji sistem lama dan kaedah kawalan stok secara manual untuk

produk-produk yang disimpan didalam peti sejuk.

2. Merekabentuk satu sistem baru yang inovatif untuk memudahkan

pengguna dimasa hadapan berpandukan perancangan yang telah

ditetapan pada carta gantt yang boleh dirujuk pada LAMPIRAN A.

3. Membangunkan prototaip sistem untuk pengguna peti sejuk bagi

mengatasi masalah yang timbul.

4. Menguji Sistem Peti Sejuk Pintar Menggunakan RFID yang dibina

sama ada dari aspek larian sistem untuk mengesan ralat atau

pendedahan kepada pengguna yang pelbagai untuk mendapat maklum

balas bagi melengkapkan keperluan pengguna.

1.5 Skop Projek

Di antara skop-skop yang ditekankan di dalam projek ini ialah:

1. Sistem ini akan dilaksanakan pada peti sejuk untuk merekod atau

mengawal kuantiti produk berdasarkan tarikh luput produk yang

disimpan di dalam peti sejuk.

5

2. Sasaran pengguna untuk sistem ini adalah pengguna persendirian atau

seisi keluarga tetapi tertumpu kepada suri rumah sama ada suri rumah

sepenuh masa, lebih lagi suri rumah yang turut bekerja kerana pada

kebiasaannya peti sejuk mereka mempunyai stok makanan yang

banyak.

3. Pengguna akan diberi peringatan melalui teknologi sistem paparan dan

mesej amaran apabila tarikh tamat produk hampir tiba. Teknologi

RFID pula akan mengambil data pada produk-produk sebagai kawalan

stok produk yang keluar dan masuk dari peti sejuk.

4. Sistem ini juga hanya terhad kepada barangan yang mempunyai

bungkusan sahaja dimana tarikh luput produk akan disimpan pada

memori tag RFID yang dilekatkan pada pembungkus barangan.

1.6 Justifikasi

Secara umumnya, bab ini menerangkan pengenalan terhadap sistem secara

ringkas di mana ia merangkumi pengenalan, latarbelakang masalah, matlamat projek,

objektif projek, dan skop projek. Beberapa persoalan dikaji dan dikenalpasti untuk

mendapatkan pemahaman awal mengenai sistem yang bakal dibangunkan ini.

Objektif dan skop yang jelas adalah penting untuk mengukuhkan matlamat

pembangunan sistem agar sistem yang akan dibangunkan ini dapat digunakan dan

dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna sasaran.

Bab seterusnya akan membincangkan tentang kajian latar belakang sistem

sedia ada, pemahaman tentang teknologi-teknologi bagi sistem yang akan

dibangunkan serta keperluan pengguna.