Skop Kerja

download Skop Kerja

of 4

description

2015

Transcript of Skop Kerja

1.0SKOP KERJA KOKURIKULUM 2015

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM

1. Merupakan Guru Penggerak Utama bagi memastikan semua kelab/ persatuan dan badan berunifom dapat bergiat aktif sepanjang tahun.2. Sentiasa menjalin kerjasama yang baik dengan pentadbir sekolah dan guru-guru penasihat kelab/persatuan/badan berunifom yang berada di bawah kawalannya.3. Bekerjasama dengan guru-guru penasihat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti berdasar bidang tugas masing-masing.4. Mempunyai Sistem Rekod Pemantauan yang kemas dan berkesan bagi memantau keberkesanan aktiti kelab/persatuan/badan berunifom di bawah kawalan masing-masing.

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM1. Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan.2. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan.3. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.5. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.6. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.7. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.8. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi perlembagaan atau peraturan sekolah.9. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa.10. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa.11. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan tidak melalui Pengetua sebelum sesuatu tindakan diambil.

2.0SKOP KERJA KURIKULUM 2015

BIDANG TUGAS GURU BAHASA INGGERIS1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan dan sukatannya.2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan BBB.3. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab.4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam folio/buku rekod mengajar.5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah dijalankan.6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio pelajar dan memberi komen yang akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata pelajarannya. 7. Menghantar buku latihan kepada Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan apabila dikehendaki berbuat demikian.8. Memeriksa kertas ujian selaras dan peperiksaan serta menyerahkan markah pelajar kepada penyelaras tingkatan dan pihak UPPM pada masa yang ditetapkan.9. Membuat analisis keputusan ujian selaras dan peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajarkan.10. Mengambil berat kemajuan akademik pelajar melalui intervensi serta berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan pelajarnya.11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan dan pemulihan apabila diperlukan atau mengikut jadual.12. Membantu Penyelaras Tingkatan dan Guru Kanan Subjek mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit sepanjang tahun.13. Mengendalikan persatuan yang berkenaan dengan mata pelajarannya apabila dilantik menjalankan tugas tersebut.14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (rendah) MARA, Jabatan Pelajaran Negeri atau pelbagai pihak.15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang diajarkannya.16. Mengawasi pelajar ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.17. Menilai pencapaian pelajar serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku/folio Rekod Mengajar dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah ditentukan.19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa daripada Penyelaras Tahun, Guru Kanan Subjek, Ketua Jabatan atau yang diarahkan oleh Guru Besar.

BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN JASMANI1. Menjalankan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa mata pelajaran pendidikan jasmani2. Anggarkan peruntukan yang diperlukan untuk perbelanjaan sepanjang tahun bagi mata pelajaran pendidikan jasmani.3. Menjalankan aktiviti yang diputuskan dalam mesyuarat terutama yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani4. Menyediakan laporan dan pelaksanaan sesuatu program yang telah dijalankan5. Merancang dan mengendalikan kemajuan staff (guru Pendidikan Jasmani)6. Menyelaras dan menyemak penyedian soalan dan skema markah7. Menyediakan Alat Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar8. Menyediakan bilik khas untuk Pendidikan Jasmani dan menyediakan jadual penggunaannya.9. Rancangan pelajaran sepanjang tahun untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani10. Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan dengan kurikulum11. Bertanggungjawab dalam hal kewangan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmanibertanggungjawab dalam kelancaran pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani11. Mencadangkan guru untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani12. Menyelesaikan masalah pelajar dan guru berhubung dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani