Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

download Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

of 22

Transcript of Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    1/22

    1

    LAMPIRAN 4

    KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PERJANJIAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

    NO. KONTRAK :

    PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan 20__ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai"Perjanjian ini")

    ANTARA

    KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud perjanjian ini diwakili oleh Kementerian PelajaranMalaysia, yang beralamat seperti yang dinyatakan dalam Jadual A1 (kemudian daripada ini dirujuksebagai "Kerajaan") bagi suatu pihak

    DENGAN

    Syarikat yang dinyatakan dalam Jadual A2 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Kontraktor") sebagai

    pihak yang satu lagi.

    Dalam Perjanjian ini, dimana bersesuaian, Kerajaan dan Kontraktor kemudian daripada ini boleh disebutsecara perseorangan sebagai "Pihak" dan secara bersama sebagai "Pihak-Pihak".

    BAHAWASANYA

    Kerajaan telah menawarkan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dalamLampiran A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Perkhidmatan) dan Kontraktor telah bersetujuuntuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjianini.

    PIHAK-PIHAK TELAH BERSETUJU seperti yang berikut:

    1. TAKRIF, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN

    1.1 Takrif

    Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki sebaliknya dan jika digunakandalam atau berkenaan dengan Perjanjian ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklahmempunyai makna yang diberikan seperti berikut:

    Kerajaan ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuk

    (a) Kementerian Pelajaran Malaysia;

    (b) mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Bahagian, Pejabat,Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi,agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalamPerjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;dan

    (c) mana-mana Ketua Jabatan, pegawai atau kakitangan atau agen Kementerian PelajaranMalaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, Bahagian, Pejabat,Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi,agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalamPerjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    2/22

    2

    Kontraktor ertinya Syarikat yang dinyatakan dalam Jadual A dan termasuk wakilnya yangdiberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor,subkontraktor, pekhidmat dan pekerja;

    maklumat sulit ertinya segala maklumat, sama ada teknikal dan bukan teknikal yang tidakhanya terhad kepada penyiaran multimedia yang terdiri dari data, video dan suara yang

    dibekalkan oleh sesuatu Pihak kepada Pihak yang satu lagi bagi tujuan Perjanjian ini dan jugasegala maklumat yang terbit dari situ selagi dan setakat Kontraktor yang mana pengetahuanatau maklumat tersebut yang pada ketika ianya didedahkan belum menjadi urusan awam;

    pekerja ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja sebagai pekerja secara tetap,sementara atau kontrak oleh Kontraktor atau bagi pihak Kontraktor untuk melaksanakanPerkhidmatan di Premis dan termasuk Kontraktor;

    peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan ertinya apa-apa bahan, kenderaan,mesin, peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud Perkhidmatan sepertiyang dinyatakan dalam Lampiran C dan Lampiran D;

    Premis ertinya tempat atau kawasan Perkhidmatan dilaksanakan seperti yang dinyatakan

    dalam Lampiran E dan termasuk di sekitar, di sekeliling, pintu masuk utama, pintu-pintumasuk lain, pondok Pekerja keselamatan, di luar dan di dalam bangunan, kantin, dewanmakan, kafeteria, kelas, asrama, dapur, kawasan lapang, atau mana-mana tempat ataukawasan yang diarahkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan Perkhidmatan; dan

    "Perkhidmatan ertinya Perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan di Premis kepadaKerajaan sebagaimanan yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dalam Lampiran A yangdipersetujui untuk dilaksanakan oleh Kontraktor dan mengikut Skop Perkhidmatan yangdinyatakan dalam Klausa 2.

    1.2 Tafsiran

    (a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau penerangan yang

    dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahanatau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagaisebahagian dari Perjanjian ini;

    (b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan kepadaKlausa-Klausa atau Fasal-Fasal dalam Perjanjian ini;

    (c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa Akta,Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Enakmen, Ordinan, undang-undang,Undang-Undang Kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan danSurat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaandan lain-lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan yang dipinda,dipotong, digantikan, diubah, dicetak semula atau digubal semula;

    (d) Penyataan "Perjanjian", Kontrak atau penyataan lain yang sama hendaklahmengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi dan perjanjian tambahansecara bertulis padanya;

    (e) Perkataan termasuk hendaklah memberikan makna atau tafsiran apa-apaperkara lain berkenaan dengan Perjanjian atau Perkhidmatan selain dariperkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu dan perkara-perkarayang dinyatakan selepas perkataan itu adalah antara atau sebahagian daricontoh-contoh mengikut mana yang berkenaan;

    (f) Perkataan "undang-undang" ertinya mana-mana undang-undang bertulis

    semasa, akan datang dan apa-apa Perlembagaan, Dekri, Penghakiman atau

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    3/22

    3

    Perundangan, Peraturan-Peraturan, Perintah, Kaedah-Kaedah, Ordinan,Undang-undang Kecil atau Arahan yang dipinda dari semasa ke semasa;

    (g) Semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari danwaktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan amnegeri-negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau

    sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;

    (h) Perkataan "secara bertulis" ertinya suatu arahan suratan dalam bentuk bertulisyang diberikan, dikemukakan atau diserahkan secara rasmi antara Pihak-Pihak;

    (i) Tajuk kepada mana-mana klausa dalam Perjanjian ini adalah sebagai rujukandan kemudahan sahaja dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada tafsirandan pengertian klausa tersebut; dan

    (j) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini hendaklahditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa digunakan dalamindustri atau profesion yang berkenaan.

    1.3 Keseluruhan Perjanjian

    1.3.1 Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman diantara Pihak-Pihak berkenaan dengan Kerajaan dan mengatasi sertamembatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi,persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-termaterdahulu sebelum Perjanjian ini berkuatkuasa sama ada secara langsung atautidak langsung, atau sama ada secara lisan atau bertulis, di antara Pihak-Pihakterhadap atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau perkara-perkara yangmelibatkan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini.

    1.3.2 Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat

    dalam Perjanjian ini dengan Surat Setuju Terima dalam Lampiran A, terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini hendaklah mengatasi setakat manapercanggahan itu.

    2. SKOP PERKHIDMATAN

    Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan, mengikut arahan Kerajaan, dari semasa kesemasa, sama ada secara lisan atau bertulis mengenai Perkhidmatan mulai TarikhBerkuatkuasa yang dinyatakan dalam Klausa 3.1 atau pada apa-apa tarikh lain yangdimaklumkan, secara lisan atau bertulis, oleh Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syaratPerjanjian ini dan termasuk

    (a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti yang dinyatakandalam Lampiran B;

    (b) melaksanakan Perkhidmatan dengan menggunakan bahan, kenderaan, mesin,peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud Perkhidmatan sepertiyang dinyatakan dalam Lampiran C dan Lampiran D;

    (c) mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi perlindungan untuk Kerajaan,harta benda yang dikawal dan Pekerja;

    (d) melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat (bagi negeriKelantan, Terengganu, dan Kedah) manakala pada hari Ahad (bagi negeri Perlis,Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah,Sarawak, semua W.Persekutuan) dan Hari Kelepasan Am; dan

    (e) melaksanakan Perkhidmatan dengan mengupah, menggaji atau mengambil pekerjamengikut Skim Perkhidmatan Pekerja seperti yang dinyatakan dalam Lampiran G.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    4/22

    4

    3. TEMPOH DAN PELANJUTAN PERJANJIAN

    3.1 Perjanjian ini adalah bagi tempoh yang dinyatakan dalam Butiran 1 Jadual B (kemudiandari ini dirujuk sebagai "Tempoh Perjanjian") dan walau apapun dalam Perjanjian inihendaklah dianggap telah mula berkuatkuasa mulai tarikh yang dinyatakan dalam

    Butiran 2 Jadual B (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Tarikh Berkuatkuasa")hingga tarikh yang dinyatakan dalam Butiran 3 Jadual B (kemudian daripada ini dirujuksebagai "Tarikh Penamatan").

    3.2 Kontraktor boleh memohon secara bertulis kepada Kerajaan untuk melanjutkan TempohPerjanjian, dalam tempoh tidak kurang dari tiga (3) bulan atau dalam apa-apa tempohlain yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan, sebelum Tarikh Penamatan, jikaKontraktor ingin melanjutkan Tempoh Perjanjian kepada satu tarikh yang lain.

    3.3 Jika permohonan pelanjutan Tempoh Perjanjian dipertimbangkan atau dipersetujui olehKerajaan, Kontraktor hendaklah dengan segera tanpa apa-apa kelewatan atau dalamtempoh yang dinyatakan secara bertulis oleh Kerajaan, selepas menerima pertimbanganatau keputusan daripada Kerajaan, berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat

    pelanjutan tempoh tersebut dan jika Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan, Perjanjianini hendaklah tamat pada Tarikh Penamatan.

    4. NILAI PERJANJIAN

    4.1 Nilai keseluruhan Perjanjian ini adalah sebagaimana dalam Surat Setuju Terima yangdinyatakan dalam Jadual C (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Nilai Perjanjian)dan bagi maksud Perjanjian ini dan tertakluk kepada Kontraktor memenuhi semuaterma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah sebagaiganjaran kepada Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor, pada setiap bulandalam Tempoh Perjanjian berkuatkuasa membuat pembayaran kepada Kontraktormengikut Klausa 5.

    4.2 Pengiraan kepada Nilai Perjanjian adalah berdasarkan kepada Jadual Harga yangdinyatakan dalam Lampiran F.

    4.3 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Klausa 4.1 dan 4.2 adalah tetap dan tiada apa-apa kenaikan atau perubahan harga Perkhidmatan boleh dibuat oleh Kontraktorkecuali jika telah dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan.

    5. PEMBAYARAN

    5.1 Pembayaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada Kontraktordalamakaun bank Kontraktor yang dinyatakan dalam Jadual E dan pembayaran NilaiPerjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripadaKontraktor inbois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa

    ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan butir-butir Perkhidmatanyang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat daripada 5 haribulanberikutnya selepas Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masayang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan.

    5.2 Tertakluk kepada Klausa 5.1 Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepadaKontraktor selepas empat belas (14) hari atau dalam apa-apa tempoh masa yangmunasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan selepas tarikh penerimaan inboistersebut.

    5.3 Kenaan bayaran perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%)dikenakan bagi setiap nilaian pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta jika bayaran diproses

    menggunakan sistem ePerolehan dan hendaklah ditanggung sepenuhnya olehKontraktor melalui pemotongan atau tolakan (set-off).

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    5/22

    5

    5.4 Pembayaran Harga Perkhidmatan oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidakmengecualikan Kontraktor terhadap mana-mana terma-terma dan syarat-syarat didalam Perjanjian ini.

    5.5 Walau apa pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan hak lain

    Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk membuat tolakan (set-off), meminda, mengurangkan, memotong atau mengubah pembayaran NilaiPerjanjian yang kena dibayar kepada Kontraktor sekiranya Perkhidmatan yangdilaksanakan oleh Kontraktor tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apagabungan perkara yang berikut:

    (a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh Kontraktordidapati oleh Kerajaan tidak memuaskan atau tidak memenuhi SkopPerkhidmatan;

    (b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini;atau

    (c) pelanggaran apa-apa arahan lisan atau bertulis Kerajaan yang diberikan darisemasa ke semasa sama ada secara lisan atau bertulis berkenaan denganpelaksanaan Perkhidmatan.

    5.6 Jika tolakan (set-off), pindaan, pengurangan, pemotongan atau perubahan kepadapembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada Kontraktor yang dinyatakandalam Klausa 5.5 tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaanberhak menuntut baki jumlah wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklahmenjelaskan pembayarannya selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari daripada tarikhtuntutan itu dikemukakan.

    6. BON PELAKSANAAN

    6.1 Jika Nilai Perjanjian melebihi Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Ringgit (RM200,000.00)atau melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Ringgit (RM500,000.00), mengikutmana yang berkenaan, Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan suatu BonPelaksanaan dalam bentuk

    (a) Jaminan Bank atau Kontraktor Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank

    atau Kontraktor Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan InstitusiKewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia;

    (b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawahAkta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia;

    (c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh Kontraktor-Kontraktor insurans

    yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia;

    (d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Kontraktor Takaful yang berlesen dibawah Akta Takaful 1984; atau

    (e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad(PNMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sedarhana Malaysia (SME Bank)yang beroperasi di Malaysia,

    yang diluluskan oleh Kerajaan dan yang tidak boleh batal dengan nilai dan peratusandari Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Jadual D dalam tempoh empat belas (14)hari dari tarikh Surat Setuju Terima dalam Lampiran A atau dalam apa-apa tempohyang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan, sebagai jaminan bahawa Kontraktor

    tidak akan melanggar dan akan mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syaratPerjanjian ini dan, selain remedi yang diberikan kepada Kerajaan dalam Perjanjian ini,

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    6/22

    6

    Kerajaan berhak mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagianjumlah wang dalam Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan/atau jika Perjanjian ini ditamatkansebelum Tarikh Penamatan tanpa menyentuh apa-apa hak lain Kerajaan dalamPerjanjian ini.

    6.2 Nilai Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah sentiasa tetap seperti yang ditetapkan diKlausa 6.1 dan hendaklah berkuatkuasa selama dua belas (12) bulan selepas TarikhPenamatan.

    6.3 Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan

    (a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, Kontraktor hendaklahmenggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon Pelaksanaan baru sebagaigantian kepada keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yangdiambil atau dirampas mengikut Klausa 6.1 dan 6.2; atau

    (b) diambil atau dirampas sebahagian darinya, Kontraktor hendaklahmengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada bahagian

    jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas mengikutKlausa 6.1 dan 6.2.

    6.4 Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian ini dan akandikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh yang dinyatakan dalam Klausa 6.2 dantertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau potongan yangboleh dibuat oleh Kerajaan mengikut syarat-syarat dan terma-terma dalam Perjanjian iniberhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat yang dilakukanoleh Kontraktor.

    7. PEKERJA, TANGGUNGAN PERBELANJAAN DAN KOS

    7.1 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja

    (a) bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;

    (b) sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri;

    (c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan;

    (d) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidakmelebihi 58 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian,

    (e) mengemukakan laporan kesihatan daripada Hospital Kerajaan bagi Pekerjaberumur melebihi 55 tahun;

    (f) memakai pakaian seragam atau uniform Kontraktor dan tanda nama serta

    menggunakan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan yangdiperlukan semasa melaksanakan Perkhidmatan.

    (g) tidak berambut panjang dan merokok semasa melaksanakan Perkhidmatan;

    (h) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan terlibat denganpenyalahgunaan dadah merbahaya;

    (i) cergas, sihat akal fikiran dan tubuh badan;

    (j) boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik;

    (k) melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan pada setiap masa;

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    7/22

    7

    (l) mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bersesuaianterhadap Perkhidmatan; dan

    (m) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional, berdisiplin, sopan danberbudi bahasa.

    7.2 Kontraktor hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung danbertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berikut:

    (a) membaiki sebarang kerosakan alat-alat milik Kerajaan yang disebabkan olehpekerja. Sebarang kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti denganjenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi;

    (b) apa-apa perkara berkenaan dengan kebajikan pekerja;

    (c) perlindungan insurans pekerja;

    (d) perbelanjaan pengangkutan pekerja pergi dan balik dari dan ke Premis;

    (e) penginapan dan tempat tinggal pekerja;

    (f) perbelanjaan makanan dan minuman pekerja;

    (g) caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP);

    (h) perbelanjaan perubatan dan rawatan pekerja;

    (i) perbelanjaan membeli, penggantian dan penyelenggaraan peralatan ataualat kelengkapan Perkhidmatan;

    (j) pembayaran gaji, upah atau apa-apa elaun atau bayaran lain pekerja;

    (k) penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau alat kelengkapanPerkhidmatan;

    (l) apa-apa kerosakan dan/atau kehilangan yang dilakukan terhadap hartaKerajaan di Premis;

    (m) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerosakan, kehilangan atau kerugianyang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian, ketinggalan,kecurian atau kemusnahan terhadap harta Kerajaan;

    (n) pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran, atau lesen,mengikut mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh pihak berkuasa

    tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan denganPerkhidmatan dan pekerja;

    (o) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerugian termasuk reputasi dan namabaik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh mogok danketidakhadiran pekerja; dan

    (n) pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan dengan pekerja danpembuangan sampah sarap.

    8. MAKLUMAT PEKERJA, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PEKERJA

    8.1 Kontraktor hendaklah apabila diminta, memberikan kepada Kerajaan bagi maksudpemeriksaan, pengujian, kualiti atau pemantauan pada bila-bila masa tanpa

    mengenakan sebarang kos membekalkan kepada Kerajaan

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    8/22

    8

    (a) nama, gambar dan nombor telefon pekerja;

    (b) kelayakan dan latar belakang pekerja;

    (c) jadual bertugas pekerja; dan

    (d) laporan harian atau bulanan Perkhidmatan.

    8.2 Kerajaan boleh melantik pihak ketiga yang lain bagi mewakili Kerajaanmelaksanakan pemeriksaan mutu Perkhidmatan sama ada secara khususatau secara keseluruhan. Kontraktor hendaklah memberikan kerjasamasepenuhnya bagi membolehkan wakil Kerajaan yang dilantik itumenyempurnakan tugasnya.

    8.3 Kontraktor hendaklah membenarkan Kerajaan untuk bebas masuk bagimaksud pemeriksaan atau pemantauan pada bila-bila masa ke Premis.

    8.4 Sekiranya Kerajaan atas apa-apa sebab, tidak berpuashati termasuk tetapitidak terhad akibat daripada kecuaian, kelalaian, kesalahan, tingkah laku,

    perbuatan dan budi bahasa, mana-mana pekerja, Kontraktor hendaklah tanpaapa-apa kelewatan dan atas perbelanjaan sendiri menggantikan pekerjatersebut dalam masa dua (2) jam dari tarikh notis bertulis atau maklumansecara lisan diberikan oleh Kerajaan menggantung tugas Pekerja tersebutdaripada melaksanakan Perkhidmatan di Premis dengan SERTA MERTA.

    9. PERALATAN ATAU ALAT KELENGKAPAN PERKHIDMATAN

    Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan disenggaradengan bersih, kemas, teratur atau tersusun pada setiap masa, mengikut mana yangberkenaan.

    10. PERUBAHAN DAN MODIFIKASI

    10.1 Apa-apa perubahan atau modifikasi terhadap Perkhidmatan hendaklah dibuat denganpersetujuan bertulis Kerajaan dan Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatantanpa apa-apa kenaikan harga dan perubahan atau modifikasi itu hendaklah tidakmemberikan kesan atau menjejaskan pelaksanaan Perkhidmatan dan termasuk dariaspek mutu, kualiti dan tempoh.

    10.2 Dalam keadaan di mana Perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan mengikut Klausa 2tanpa alasan munasabah dan Kerajaan terpaksa menerima Perkhidmatan atas apa-apasebab atau alasan, Kerajaan boleh mengenakan denda seperti tersebut dalam Klausa12.

    10.3 Kerajaan boleh mengkaji dan, jika perlu dengan persetujuan Kontraktor, mengubah darimasa ke semasa Perkhidmatan. Kontraktor hendaklah, mulai dari tarikh yangdipersetujui, melaksanakan Perkhidmatan yang diubah tersebut.

    11. PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT

    Kerajaan sentiasa berhak menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya jikaPerkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjianini.

    12. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT

    TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    9/22

    9

    12.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaranmana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambiltindakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara berikut:

    (a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Kontraktormenggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa

    tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apabahagian darinya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan bolehmendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lainpunca dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang dikenakan kepadaKerajaan;

    (b) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakanPerkhidmatan;

    (c) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalamBon Pelaksanaan; dan

    (d) mengenakan denda dengan jumlah dua puluh peratus (20%) daripada jumlah

    bulanan Nilai Perjanjian bagi premis yang terlibat. Bagi maksud ini, asaspengiraan denda adalah seperti berikut:

    12.2 Tanpa menjejaskan klausa 12.1, jika didapati mana-mana pekerja Kontraktortidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalamPerjanjian ini, Kerajaan boleh mengenakan denda dengan jumlah yang samabanyak dengan gaji sehari setiap pekerja yang tidak hadir tersebut mengikutLampiran G. Bagi maksud ini, asas pengiraan kadar pemotongan bagipekerja yang tidak bertugas adalah seperti berikut:

    GPS : Gaji pokok sebulan mengikut Lampiran GBH : Bilangan hari tidak bertugasBP : Bilangan pekerja tidak bertugas

    12.3 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepadaKontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripadamana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjianini. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi

    menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itudaripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayarantersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan jugaberhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan agensi Kerajaan, sekiranyaKontraktor gagal membuat bayaran setelah dituntut.

    13. HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARI PUNCA LAIN

    13.1 Kerajaan berhak mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain daripadaKontraktor jika Kontraktor tidak dapat melaksanakan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian dari Perkhidmatan.

    Pemotongan = (GPS/ 30.5) x BH x BP

    Denda= 20% x Jumlah bulanan nilai perjanjian bagi

    premis terlibat mengikut Lampiran F;

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    10/22

    10

    13.2 Jika Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain daripadaKontraktor di bawah Klausa 13.1, Kerajaan boleh mengenakan kospenggantian tersebut.

    14. PERUBAHAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

    14.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan danPerkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mengikut perubahan tersebut.

    14.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagiPerkhidmatan, Nilai Perjanjian yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuatdengan persetujuan Pihak-Pihak secara bertulis.

    15. GANTIRUGI

    15.1 Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan terhadap segala bayarantuntutan, belanja, gantirosak, tanggungan, kerugian dan pembicaraan yang mungkinditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat langsung atau tidaklangsung dari pelanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itudua atau lebih daripada dua orang, maka tanggungan bagi mereka itu di bawah inihendaklah disifatkan sebagai bersama dan masing-masing.

    15.2 Kontraktor hendaklah memberi gantirugi kepada Kerajaan terhadap apa-apa jugatindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Hak atau Reka Bentuk Berdaftar (yangdisiarkan pada tarikh Perjanjian ini) semasa melaksanakan Perkhidmatan dan terhadapsegala belanja dan gantirosak yang Kerajaan mungkin lakukan dalam sesuatu tindakankerana perlanggaran itu atau yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatutindakan itu. Dengan syarat sentiasa gantirugi itu tidaklah dikenakan kepada apa-apa

    juga perlanggaran yang disebabkan oleh Kontraktor kerana menurut arahan sah yangdiberi oleh Kerajaan.

    15.3 Kontraktor hendaklah bertanggungan dan hendaklah menanggung rugi Kerajaanterhadap apa-apa tanggungan, tuntutan atau prosiding mengenai kecederaan diriatau kematian mana-mana orang dan kerosakan terhadap apa-apa harta dalam apa-apa bentuk sekalipun yang dipunyai oleh Kerajaan atau sesiapapun, mengikut manayang berkenaan jika ia disebabkan oleh kecuaian, perbuatan, atau keingkaransengaja oleh Syarikat, ejen atau pekerjanya yang mana kecederaan, kematian ataukerosakan tersebut disebabkan oleh atau berbangkit daripada atau semasa Syarikatmenjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.

    16. TANGGUNGJAWAB AM PIHAK-PIHAK

    16.1 Syarikat hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:

    (a) pada setiap masa, melaksanakan Perkhidmatan dengan teratur, sempurnadan profesional berdasarkan amalan pengurusan yang baik bagi menjagakepentingan Kerajaan supaya tidak terjejas;

    (b) pada setiap masa dalam melaksanakan Perkhidmatan dengan mengambilsemua langkah yang perlu bagi memastikan dan melindungi kepentinganKerajaan tidak terjejas;

    (c) mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan Perkhidmatan

    memenuhi kehendak Perjanjian ini; dan

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    11/22

    11

    (d) memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dengan serta merta apabilaberlaku apa-apa faktor atau kejadian, yang boleh memberikan kesanterhadap Perkhidmatan dan makluman tersebut hendaklah tidak ditafsirkansebagai pengecualian tanggungjawab Syarikat dalam Perjanjian ini; dan

    (e) membuat perakuan untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-

    mana individu dalam Kerajaan dan menandatangani Surat Akuan PembidaBerjaya seperti di Lampiran H.

    16.2 Kerajaan hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:

    (a) merujuk dan memaklumkan kepada Syarikat sekiranya terdapat apa-apaperubahan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan Perjanjian ini;

    (b) memastikan apa-apa bilangan pegawai Kerajaan menyelaraskanPerkhidmatan dengan Syarikat;

    (c) tertakluk kepada arahan-arahan keselamatan dan pentadbiran yang

    dikeluarkan dari semasa ke semasa, membenarkan kakitangan kebersihanberada dan masuk ke dalam Premis untuk melaksanakan Perkhidmatan; dan

    (d) melaksanakan pembayaran yang patut dibayar dalam Perjanjian ini.

    17. PENAMATAN

    17.1 Tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh denganmemberi notis bertulis kepada Kontraktor dan dengan tiada apa-apa tindakanselanjutnya terus menamatkan Perjanjian ini

    (a) jika Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma-terma dan

    syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini;

    (b) jika Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor ituadalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadibankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuatterhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan ataubagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah Kontraktor,meluluskan suatu perintah bahawa Kontraktor itu digantung (bukan suatupenggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusbagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yangmemberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan;atau

    (c) jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atausesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi Kontraktor, sama adadengan atau di luar pengetahuan Kontraktor, melakukan perbuatan rasuah dibawah

    Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694]. Dengan sentiasa

    bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaanuntuk mendapatkan gantirugi daripada Kontraktor; atau

    17.2 Perkhidmatan dalam Perjanjian ini hendaklah tamat serta merta jika Kontraktormeninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal dan syarikat ditubuhkandi bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]. PembayaranPerkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor yang sah.

    18. PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NASIONAL

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    12/22

    12

    18.1 Walau apapun dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini denganmemberikan, tidak kurang dari tiga puluh (30) hari, suatu notis bertulis kepadaKontraktor, tanpa apa-apa tanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab, jikaKerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah perlu untuk KepentinganNasional, Kepentingan Keselamatan Nasional atau bagi maksud Polisi Kerajaan atau

    Polisi Awam.

    18.2 Bagi maksud Klausa ini, apa yang merupakan "Kepentingan Nasional", "KepentinganKeselamatan Nasional", "Polisi Kerajaan" dan "Polisi Awam" hendaklah dibuat danditentukan oleh Kerajaan dan penentuan tersebut bagi semua maksud adalah muktamaddan tidak boleh dicabar.

    18.3 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa ini, Kontraktor berhak mendapatpembayaran Perkhidmatan setakat Tarikh Akhir Perkhidmatan yang telah dilaksanakanatau apa-apa jumlah pembayaran yang munasabah yang ditentukan oleh Kerajaan.

    19. HAK PIHAK-PIHAK APABILA PERJANJIAN DITAMATKAN

    Apa-apa penamatan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini hendaklah tidak memberikan kesankepada apa-apa hak Pihak-Pihak yang terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dantanggungjawab Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini hendaklah terus bersambung walaupunselepas penamatan Perjanjian bagi maksud apa-apa tindakan, pertikaian, rujukan, pembayaran,tuntutan atau perkara sebelum penamatan Perjanjian ini.

    20. JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN

    20.1 Apa-apa pertikaian atau tuntutan antara Pihak-Pihak yang berbangkit dari apa-apa

    perkara di bawah Perjanjian ini, melainkan berkaitan dengan Kerajaan menjalankanhak budi bicaranya, hendak diselesaikan secara aman atau baik antara Pihak-Pihakdan jika pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan secara aman ataubaik ia boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang ditubuhkanoleh Kerajaan (kemudian daripada ini disebut "Jawatankuasa") yang terdiri daripada

    (a) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya, sebagai pengerusi;

    (b) seorang wakil yang dilantik oleh Kerajaan sebagai ahli; dan

    (c) seorang wakil yang dilantik oleh Kontraktor sebagai ahli.

    20.2 Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bebas untuk memberikan

    pandangan, kepakaran atau nasihat berkenaan dengan perkara yang dipertikaikan itudan apa-apa kos yang berbangkit darinya hendaklah ditanggung oleh Kerajaan danKontraktor secara sama rata.

    20.3 Jawatankuasa itu hendaklah menetapkan prosedurnya sendiri dan mengadakanperbincangan dengan tujuan mencapai suatu keputusan sepakat berhubung denganpertikaian itu.

    20.4 Jika perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempohenam puluh (60) hari dari tarikh ia dibincangkan oleh Jawatankuasa, maka mana-mana Pihak dengan persetujuan Pihak yang satu lagi boleh merujuk perkara tersebutke timbang tara menurut Klausa 21.

    20.5 Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad dan mengikatke atas Pihak-Pihak.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    13/22

    13

    20.6 Rujukan sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada Jawatankuasa dibawah Klausa ini tidak menyebabkan apa-apa obligasi Pihak-Pihak selain daripadaperkara yang dipertikaikan itu tertangguh dan hendaklah diteruskan sebagaimanayang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

    20.7 Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada Jawatankuasa di bawah Klausa inihendaklah ditanggung secara bersama oleh Pihak-Pihak.

    21 TIMBANG TARA

    21.1 Jika apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan yang dinyatakan dalam Klausa 20 di atastidak dapat diselesaikan secara aman atau baik oleh Pihak-Pihak, maka halpertikaian atau tuntutan tersebut boleh dirujuk kepada Penimbangtara yangdipersetujui oleh Pihak-Pihak atau sekiranya tidak ada persetujuan, hendaklahdicalonkan, atas permohonan oleh salah satu Pihak, oleh Pengarah Pusat TimbangTara Serantau Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan hendaklah dianggap sebagaisuatu rujukan kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh AktaTimbang Tara 2005. Keputusan yang diberikan oleh Penimbang tara adalah

    muktamad dan mengikat Pihak-Pihak.

    21.2 Setiap timbang tara hendaklah dijalankan di Pusat Timbang Tara Serantau KualaLumpur dengan menggunakan kesemua kemudahan dan kelengkapan yang tersediadi pusat tersebut atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh Penimbang taradan dipersetujui oleh Pihak-Pihak.

    21.3 Rujukan kepada apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan kepada timbang tara selarasdengan Klausa ini dan/atau pelanjutan prosiding timbang tara akibat daripadanyahendaklah tanpa menyentuh apa-apa tuntutan oleh Pihak-Pihak terhadap Pihak yangsatu lagi mengenai apa-apa perlanggaran terdahulu terhadap mana-mana Klausaatau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

    21.4 Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada Penimbangtara di bawah Klausa inihendaklah ditanggung secara bersama oleh Pihak-Pihak.

    22. IKLAN

    Tiada iklan mengenai Perjanjian ini akan disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah atau mediapengiklanan yang lain melainkan jika pengiklanan itu dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaansecara bertulis.

    23. KONTRAK KECIL

    Kontraktor tidak boleh memajakkan atau membuat Kontrak kecil bagi Perjanjian ini atau apa-apabahagiannya bagi melaksanakan Perkhidmatan dan apa-apa bahagiannya tanpa terlebih dahulu

    mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.

    24. PEMBERIAN MILIK

    Kontraktor tidak boleh memberi milik Perjanjian atau mana-mana bahagiannya atau memberimilik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan atau mencuba memberi milik,menggadai-janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kenabayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini atau apa-apa faedahyang terbit dari atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulumendapat kelulusan bertulis Kerajaan.

    25. REPRESENTASI DAN WARANTI

    Kontraktor memberikan representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    14/22

    14

    (a) ia adalah sebuah Kontraktor yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia;

    (b) ia mempunyai kuasa korporat untuk memasuki dan melaksanakan Perkhidmatan dalamPerjanjian ini;

    (c) ia telah mengambil segala tindakan-tindakan korporat yang perlu untuk memasuki dan

    melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

    (d) pada Tarikh Berkuatkuasa

    (i) jika Kontraktor adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat1965 [Akta 125], pelaksanaan atau perjalanan Perjanjian ini tidak menyalahiatau melanggar dalam apa jua cara sekalipun peruntukan atau apa-apa perkaraberkenaan dengan Memorandum dan Artikel Pertubuhannya atau apa-apadokumen atau Perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; atau

    (ii) jika Kontraktor adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah AktaPendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]), pelaksanaan atau perjalananPerjanjian ini tidak menyalahi atau melanggar dalam apa jua cara sekalipun

    apa-apa dokumen atau Perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;

    (e) ia tidak tertakluk kepada apa-apa litigasi perundangan pada waktu semasa atau waktuyang tertangguh, atau pada pengetahuannya boleh menjejaskan keupayaannya untukmelaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini;

    (f) ia tidak litigasi, timbang tara, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran padamasa ini, atau yang belum selesai, atau dalam pengetahuan Kontraktor, yangmenjejaskan, mempunyai kesan yang merosakkan terhadap Kontraktor atau terhadapkeupayaannya melaksanakan tanggungjawab kewangan atau tanggungjawab lain dalamPerjanjian ini;

    (g) Perjanjian ini merupakan tanggungjawab yang sah dari segi perundangan dan mengikat

    Kontraktor dan berkuatkuasa mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjianini; dan

    (h) ia mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan teknikal untuk melaksanakanPerkhidmatan dalam Perjanjian ini.

    26. FORCE MAJEURE

    26.1 Pihak-Pihak tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran obligasimasing-masing di bawah Perjanjian ini sekiranya Pihak-Pihak tidak dapatmelaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini atau mana-mana bahagiandaripadanya akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian ForceMajeure hendaklah bermaksud

    (a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukanatau tindakan oleh musuh-musuh asing;

    (b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakanpengganas;

    (c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir dankebakaran bawah tanah yang spontan, tsunami, atau apa-apa bencana alam;

    (d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;

    (e) tekanan ombak yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apapun peranti

    aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    15/22

    15

    (f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

    (g) sebab-sebab atau bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.

    26.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihaktidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana

    bahagian daripadanya) yang terjejas akibat kejadian Force Majeure, Pihak tersebuthendaklah serta-merta memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti denganmengemukakan laporan terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut dankesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.

    26.3 Pihak-Pihak tidak berhak untuk bersandarkan kepada Peruntukan-Peruntukan dalamKlausa ini melainkan sekiranya Pihak-Pihak telah berpuas hati bahawa kejadianForce Majeure benar-benar berlaku.

    26.4 Jika Pihak-Pihak merasakan bahawa kejadian Force Majeure yang berlaku itu padatahap yang sebegitu teruk atau telah berterusan untuk suatu tempoh yangsebenarnya menggagalkan niat asal Perjanjian ini bolehlah ditamatkan ataspersetujuan bersama.

    26.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan akibat kejadian Force Majeure di bawah Klausa ini diatas, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak hendaklah terhenti dan Pihak-Pihak tidakboleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan masing-masingtidak bertanggungjawab terhadap satu sama lain berkaitan apa-apa hak dan liabilitiyang tercelaru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

    26.6 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terusmelaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas,tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi-obligasiberkenaan hendaklah, sementara menunggu pelaksanaan Klausa ini, terusberkuatkuasa.

    27. DUTI SETEM

    Apa-apa duti setem dan kos penyediaan Perjanjian ini yang harus dibayar hendaklah ditanggungsepenuhnya oleh Kontraktor.

    28. INDEMNITI

    Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa gantirugi atau pampasankepada sesiapa yang berada dalam penggajian Kontraktor atau sesiapa yang lainmengakibatkan kerosakan kepada hartabenda seseorang atau kecederaan, maut atau tidak,atau kerugian yang dihadapi oleh orang sedemikian melainkan kerosakan, kecederaan ataukerugian itu berakibat dari mana-mana tindakan atau keingkaran Kerajaan, ejen, pekhidmat ataupekerjanya yang mana Kerajaan akan ditafsirkan bertanggungan dari segi undang-undang.

    Kontraktor hendaklah mengindemnitikan Kerajaan berkaitan dengan tuntutan-tuntutan terhadapKerajaan bagi kecederaan atau kerugian yang dihadapi oleh orang tersebut dan kerosakankepada hartabenda termasuk hartabenda Kerajaan, yang mungkin timbul akibat dari kecuaian,peninggalan atau keingkaran Kontraktor, ejen, pekhidmat atau pekerjanya atau pihak lain yangdiberi kuasa atau sebarang keadaan yang di bawah kawalannya.

    29. PENAFIAN

    29.1 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidakakan terjumlah kepada suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulisterlebih dahulu.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    16/22

    16

    29.2 Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dandipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya yangdiberikuasa dengan sewajarnya.

    30. PENAMATAN ATAS ALASAN RASUAH ATAU AKTIVITI-AKTIVITI HARAM

    30.1 Tanpa prejudis kepada mana-mana hak Kerajaan,sekiranya Kontraktor, wakilnya yangdiberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan,kontraktor, subkontraktor, pekhidmat dan pekerja, didapati bersalah dari segi undang-undang membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi kepada mana-manapegawai Kerajaan, apa-apa bentuk, balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk ataukerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan atau aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang yang berkait rapat dengan perolehan atauperlaksanaan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan KerajaanMalaysia, Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Kontraktor dengan serta-merta.

    30.2 Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk mendapatkan apa-apa gantirugi, kos danperbenalnjaan dari Kontraktor yang timbul akibat penamatan Perjanjian ini.

    30.3 Kontraktor tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan, kos, gantirugi termasuklahtuntutan untuk kehilangan perolehan pendapatan akibat penamatan Perjanjian ini.

    31. NOTIS

    31.1 Semua surat-menyurat atau notis mengenai Perjanjian ini hendaklah dikemukakansecara serahan, tangan, pos biasa, pos Akuan Terima Berdaftar (Acknowledge ReceiptRegistered Post(A.R Registered Post)) atau faksimili di alamat seperti di bawah ini danhendaklah berkuatkuasa dari tarikh ia diterima oleh Pihak-Pihak:

    (a) Kerajaan:

    seperti yang dinyatakan dalam Jadual A1

    (b) Kontraktor:seperti yang dinyatakan dalam Jadual A2

    31.2 Sekiranya berlaku pertukaran alamat seperti yang dinyatakan di Klausa 31.1, makaPihak berkenaan hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada Pihak yang lagi satualamat barunya.

    32. UNDANG-UNDANG

    32.1 Perjanjian ini hendaklah mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.

    32.2 Kontraktor hendaklah menghormati dan mematuhi semua undang-undang yang

    terpakai di Malaysia dan menggunakan segala usaha yang munasabah untukmemastikan termasuk pekerja juga berbuat demikian dalam pelaksanaanPerkhidmatan.

    32.3 Kontraktor hendaklah mematuhi arahan, polisi, perintah, prosedur danperaturan Kerajaan yang berkaitan pada setiap masa dalam melaksanakankewajipannya.

    33. PINDAAN PERJANJIAN

    Apa-apa perkara dalam Perjanjian ini boleh dipinda dan sebarang perubahan, modifikasi,penambahan, pembatalan atau pindaan hendaklah dipersetujui secara bertulis Pihak-Pihak danboleh dilakukan dari semasa ke semasa selepas Perjanjian ini ditandatanganimelalui Perjanjian Tambahan yang secara khusus merujuk kepada Perjanjian ini dan

    ditandatangani oleh Pihak-Pihak dan Perjanjian Tambahan itu hendaklah dibaca dan ditafsirkansebagai sebahagian dari Perjanjian ini.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    17/22

    17

    34. KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIAN

    Sekiranya terdapat apa-apa terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini yang terbatal,tidak sah, tidak berkenaan, tidak berkaitan atau tidak selaras

    (a) dengan mana-mana undang-undang; dan/atau(b) dengan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat lain dalam Perjanjian ini;

    dan/atau,

    terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan lain dalam Perjanjian ini hendaklah terusberkuatkuasa dan tidak terjejas dengan peruntukan yang terbatal, tidak boleh dikuatkuasakan,atau tidak sah, tidak berkenaan, tidak berkaitan atau tidak selaras tersebut, mengikut manayang berkenaan.

    35. KERAHSIAAN

    Kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pihak yangmempunyai maklumat ataupun disebabkan oleh keperluan undang-undang, tiada Pihak pada

    bila-bila masa sekalipun dibenarkan memberitahu, mendedahkan atau berkomunikasi denganapa cara juga, kepada orang lain apa-apa perkara atau maklumat sulit yang diperolehi ataudidedahkan di bawah Perjanjian ini.

    36. MENGIKAT PENGGANTI

    Perjanjian ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir, wakil dan pemegang serahhak Pihak-Pihak.

    37. MAKLUMAT SULIT DAN HARTA INTELEKTUAL

    35.1 Pihak-Pihak hendaklah sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan selepas TarikhPenamatan Perjanjian ini untuk melakukan perkara-perkara berikut:

    (a) tidak akan menggunakan sebarang maklumat, data dan operasi yang sulitselain daripada untuk tujuan Perjanjian ini; dan

    (b) tidak akan mendedahkan atau menghebahkan atau memberitahu kepadapihak ketiga atau mana-mana kakitangan yang tidak terlibat dengansebarang perlaksanaan berkaitan maklumat sulit, kecuali dengan pihakterlibat terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis, dan dalam keadaandemikian, Pihak-Pihak terlibat perlu memastikan pihak ketiga atau kakitanganmereka bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Klausa ini.

    35.2 Pihak-Pihak hendaklah memelihara dan memastikan wakilnya yang diberi kuasa,waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor,

    subkontraktor, pekhidmat dan pekerja, mengikut mana yang berkenaan, jugamerahsiakan segala maklumat sulit.

    35.3 Tanggungjawab yang disebutkan dalam Klausa ini hendaklah terus kekal dan berkuatkuasa tanpa mengira penamatan Perjanjian ini.

    35.4 Kontraktor bersetuju bahawa semua hak harta intelektual yang timbul daripadaPerkhidmatan hendaklah terletak hak kepada Kerajaan dan Kontraktor hanya diberihak untuk melaksanakan Perkhidmatan sahaja.

    38. MASA

    Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    18/22

    18

    LAMPIRAN 3

    SPESIFIKASI (PENENTUAN SKOP PERKHIDMATAN)

    Petender hendaklah menyediakan perkara-perkara yang dinyatakan seperti berikut:

    1. JUMLAH BILANGAN PEKERJA

    Penentuan jumlah bilangan pekerja adalah mengikut kawasan seperti berikut apabiladikehendaki oleh pihak Jabatan/Sekolah/Institusi seperti yang ditetapkan dalam Jadual HargaTawaran (LAMPIRAN F) Borang Tender.

    2. JENIS PERKHIDMATAN

    Perkhidmatan membersih bangunan dan kawasan yang merangkumi;i.Blok bangunanii.Kawasaniii.Blok asrama (jika ada)

    3. WAKTU DIBENARKAN BERTUGAS

    Waktu bertugas adalah waktu sesi persekolahan seperti berikut;-

    Waktu Persekolahan Masa Bekerja

    Sekolah Satu Sesi 7.00 pagi hingga 4.00 petang

    Sekolah Dua Sesi 7.00 pagi hingga 6.00 petang

    KECUALI pada hari Ahad dan Jumaat bagi negeri yang cuti amnya jatuh pada hari Ahad danJumaat dan Hari Kelepasan:

    4. TEMPAT, KAWASAN, PERKHIDMATAN DAN KEKERAPANi. Tandas dan Bilik Air:

    TEMPAT PERKHIDMATAN KEKERAPAN

    i. Sinki;

    ii. Mangkuk Tandas;

    iii. Mangkuk Buang AirKecil;

    iv. Besen BasuhTangan;

    v. Cermin muka;

    vi. Lantai;

    vii.Dinding;

    viii. Kabin;

    ix. Urinal Bowl;

    x. Jenang

    xi. Cermin sisipan

    xii. Lavatory basin

    xiii. Bilik Mandi

    (asrama)

    a. Dicuci, dibersih dan digosok denganmenggunakan bahan-bahan pencuci.

    b. Menyembur dan meletakkan bahanpewangi selepas setiap kali dicuci.

    c. Mengumpul dan memasukkan sampah

    sarap dalam karung plastik sertadibuang.

    d. Menyediakan sabun basuh tangan padasetiap besin basuh tangan ataumenyediakan alat soap dispenser

    beserta sabun cecair pada setiaptandas.

    e. Mengelap dan membersih peralatan didalam bilik air dan tandas

    i. Sekolah satu (1)sesi:

    - 2 kali sehari

    ii. Sekolah dua (2)sesi:- 4 kali sehari

    2 kali sehari

    Memastikan bahansentiasa ada

    i. Sekolah satu (1)sesi:

    - 2 kali sehari

    ii. Sekolah dua (2)

    sesi:-4 kali sehari

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    19/22

    19

    ii. Bangunan Jabatan/ Sekolah/ Institusi/ Asrama seperti berikut:

    KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN

    i. Kaki lima/ koridor;ii. Tangga;iii. Bilik Pengetua;

    iv. Bilik Guru;v. Pejabat;vi. Bilik kaunselingvii. Bilik Mesyuarat;viii. Setor;ix. Dewan;x. Surau;xi. Kawasan pentas/

    astaka;xii. Gelanggang

    Permainan;xiii. Gimnasium;xiv. Bengkel;

    xv. Makmal;xvi. Bilik kebal;xvii. Wakaf;xviii. Kawasan Sekitar

    Kolam; danxix. Lain-lain bilik dan

    bangunan.

    a. Disapu, dimop dan dibersihkan

    b. Permaidani dibersihkan dengan

    menggunakan mesin penyeduthampagas

    c. Memungut sampah dan dimasukkandalam karung plastik serta dibuangdi tempat khas/melupus sampah

    d. Membekal serta memasang karungplastik pada tong sampah yangterdapat di dalam bangunan, pejabatdan asrama.

    2 kali sehari

    2 kali sehari

    2 kali sehari

    Memastikan plastiksentiasa ada

    iii. Kawasan Sekolah/Asrama:

    KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN

    i. Kawasan Sekolah/AsramaKeseluruhan

    a. Menyapu/ membersih/ memungutdan memasukkan sampah sarapdalam karung plastik sertamembuangkannya di tempatkhas/melupus sampah

    b. Memungut dan mengumpul/membuang sampah dari tong-tongsampah yang terdapat di bangunandan sekitar kawasan sekolah/asrama

    c. Membekal serta memasang karungplastik pada tong-tong/bekassampah di sekitar bangunansekolah/asrama

    2 kali sehari

    2 kali sehari

    Memastikan plastiksentiasa ada

    ii. Kawasanberumput

    Padang;

    Simpang jalan;

    Cerun/ tebingyang berbukitdan beralun;

    Luar Pagar (2kaki)

    Bahu Jalan,Longkang/ Parit

    a. Memotong, menyapu, mengumpuldan membuang rumput.

    b. Panjang rumput tidak boleh melebihi30.0mm (3cm) dari paras tanah

    2 kali sebulan(14 hari selepas potonganpertama)

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    20/22

    20

    KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN

    Tepi/CelahBangunan; dan

    Kawasan taman

    iii. Kawasansepanjang pagar,

    tebing parit, Kolamtitipan air danlongkang/ parit

    a. Menebas/memotong/memangkashedges semak/ belukar, pokok-

    pokok kecil/renek dengan ukuran lilittidak melebihi 12 serta mengumpulmembuang sampah hasil tebasan ditempat pelupusan sampah selepaskerja-kerja dilaksanakan.

    b. Mencuci serta membersih longkangdan parit disekitar kawasanbangunan dengan mengeluarkandan membuang semua sampah,mendapan dan rumput rampai.Dibubuh kapur pembersih kulat dankotoran.

    2 minggu sekali/ mengikutkeperluan

    2 minggu sekali

    iv. Pokok tanamandan pokok-pokokbunga

    a. Menyiram pokok dalam pasub. Menyiram pokok atas tanahc. Membajad. Menaname. Trim/mencantas/membersih dan

    mengembur tanah dipangkal pokok.

    Setiap hariMengikut keperluan2 minggu sekaliMengikut keperluan2 bulan sekali

    5. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN KHAS

    Perkhidmatan yang diperlukan pada cuti semester akhir persekolahan adalah seperti berikut:

    5.1 Membersih dan mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai gambar,dan lain-lain kelengkapan dalam bangunan dengan menggunakan bahan-bahan pencuciseperti yang ditawarkan.

    5.2 Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah dan sawangdan seumpamanya di semua bangunan sekolah/ asrama/ institusi.

    5.3 Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah, kaki lima bangunan dantangga dengan menggunakan bahan kimia yang bermutu.

    III. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN TENDER

    Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Petenderyang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi:

    2. Perbincangan dengan pihak sekolah/ Institusi Pendidikan hendaklah dilakukan bagi tujuanseperti berikut:

    i) Menentukan kawasan yang terlibat;ii) Mengatur program kerja;iii) Taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah;iv) Lain-lain perkara yang berkaitan; danv) Senarai pekerja yang akan dibekalkan.

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    21/22

    21

    3. Petender adalah bertanggungjawab membuang semua sampah sarap dan bahan-bahanbuangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatanberkenaan;

    4. Petender menanggung kos/saman/denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatanberkenaan di atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh

    petender;

    5. Petender adalah bertanggungjawab menggunakan racun rumput rampai mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa;

    6. Petender adalah dikehendaki membekal baja bagi pokok-pokok bunga dan pokok besarberdasarkan senarai yang ditetapkan dalam tender;

    7. Pada bila-bila masa apabila diperlukan, petender hendaklah membekalkan seorang atau lebihpekerja untuk menjalankan kerja-kerja yang ditentukan;

    8. Penentuan/pengagihan jumlah bilangan pekerja hendaklah mengikut kadar bilangan dalamSpesifikasi (Penentuan Skop Perkhidmatan);

    9. Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihaksekolah dari masa ke masa;

    10. Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna danmempunyai kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh petender;

    11. Petender yang berjaya adalah DIWAJIBKAN untuk mengambil pekerja-pekerja warganegara

    Malaysia di kalangan penduduk setempat yang berumur 18 hingga 58 tahun. Sekiranyapekerja tersebut berumur lebih 55 tahun, laporan kesihatan daripada hospital kerajaan adalahdiperlukan. Selain itu, petender juga DIGALAKKAN mengambil pekerja terutamanya daripadakeluarga berpendapatan rendah;

    12. Petender hendaklah memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemaskini padasetiap hari;

    13. Petender adalah bertanggungjawab membekal dan menyediakan semua peralatan,pengangkutan dan bahan-bahan yang hendak digunakan bagi perkhidmatan mencucibangunan dan membersih kawasan Sekolah / Insititusi Pendidikan;

    14. Petender adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap pekerja dan juga harta bendaSekolah / Institusi Pendidikan;

    15. Petender adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang berlakukepada harta benda Sekolah / Institusi Pendidikan akibat daripada kelalaian pihak pekerjapetender semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan;

    16. Petender adalah dikehendaki meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja pembersihansedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar-pelajar dan jugakakitangan Sekolah / Institusi Pendidikan berkenaan;

    17. Pekerja-pekerja adalah digalakkan mengikuti kursus yang berkaitan Perkhidmatan Mencucidan Membersih Bangunan dan Kawasan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan jugapihak Swasta.

    18. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-pekerja yang dibekalkandari hal :i) Pembayaran Gaji dan Upah

    ii) Caruman PERKESO dan KWSPiii) Pakaian Seragamiv) Kemudahan Perubatan

  • 8/10/2019 Perjanjian, Skop Kerja Dan Syarat-syarat KBK 2012 Terbaru

    22/22

    v) Disiplinvi) Kebajikanvii) Keselamatan

    19. Jabatan/Institusi adalah bebas daripada sebarang tuntutan pihak Kontraktor.

    20. Kontraktor hendaklah mematuhi tarikh pembayaran gaji mengikut format Skim PerkhidmatanPekerja.

    21. Pekerja perempuan sahaja dibenarkan bekerja di blok asrama perempuan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama.

    22. Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap hari perkhidmatan memberi satu perakuan bertulis bahawaperkhidmatan telah sempurna dan dijalankan dengan memuaskan seperti yang dipersetujui.