Skrip Cerita untuk moral

2
Cerita __________________ Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. Sang semut :Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk nanti Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi semut-semut itu keluar mencari makanan. Sang semut: Wa…banyaknya makanan, jom kita bawa balik semua makanan ini Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. Pada suatu hari, terdapat beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang bekerja. Sang belalang: Apakah yang sedang kamu lakukan? Sang semut: kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti Sang belalang: Musim sejuk? Sekarang masih musim panas, kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Sang semut : Nasib baik kita ada banyak makanan simpanan, cukup sampai musim berhenti nanti. Sang belalang: Aaaa…laparnya. Macam mana dapat kita cari makanan? Apa kata kita pergi minta sedikit makanan daripada sang semut?

description

skrip lakonan-nilai kerajinan

Transcript of Skrip Cerita untuk moral

Page 1: Skrip Cerita untuk moral

Cerita __________________

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk.

Sang semut :Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk nanti

Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu.

Keesokan pagi semut-semut itu keluar mencari makanan.

Sang semut: Wa…banyaknya makanan, jom kita bawa balik semua makanan ini

Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka.

Pada suatu hari, terdapat beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang bekerja.

Sang belalang: Apakah yang sedang kamu lakukan?

Sang semut: kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti

Sang belalang: Musim sejuk? Sekarang masih musim panas, kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami

Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal.

Sang semut : Nasib baik kita ada banyak makanan simpanan, cukup sampai musim berhenti nanti.

Sang belalang: Aaaa…laparnya. Macam mana dapat kita cari makanan? Apa kata kita pergi minta sedikit makanan daripada sang semut?

Apabila sampai sarang semut.

Sang belalang: Tolong berikan kami makanan. Kami kelaparan dan kesejukan

Sang semut : Marilah masuk. Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah  semua makanan ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu

Sang belalang : Maafkan kami semut semua kerana mentertawakan kamu tempoh hari.

Sang semut : Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya. Baiklah, tapi kamu mesti ingat kita perlu bersikap rajin supaya kita tidak susah di kemudian hari.

Akhirnya, Sang belalang akhirnya insaf dan berjanji untuk mengubah perangainya.