Skrip Sketsa

5
BABAK 1 LOKASI ` : PASAR MASA : WAKTU MALAM WATAK : Seorang Sultan dan dua orang penduduk. (Berlatarkan muzik unggas, cengkerik dan burung hantu) Raja Hussain sambil memegang obor api berjalan-jalan di sekitar pasar yang sunyi memerhati dan mengawal sekeliling kerana sejak kebelakangan ini sering berlaku kes-kes rompakan. Raja Hussain berhenti di depan gerai yang bertulis Buah-buahan dan sayur-sayuran sambil memukul dan menghalau nyamuk. RH : Barangkali, rakyat aku sudah tidur semuanya. Tidurlah dengan aman wahai rakyatku. RH meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, RH bertemu dengan dua penduduk yang sedang berehat di atas pangkin. RH : Assalamualaikum! Pemuda 1 : Waalaikumsalam… Pemuda 2 : Gerangan apakah wahai pemuda berjalan-jalan dimalam hari tanpa berteman? RH : Beta mengambil angin malam… Pemuda 1 : Beta? RH : Tuan hamba tersilap dengar tu….maksud hamba, putera…..p..e…t pet….r..a.. ra.. Putera… (ketawa..) Pemuda 2 : Oh….begitu rupanya….marilah duduk bersama kami sambil menghirup kopi. RH : Oh….tidak boleh…malam semakin dingin….isteri hamba keseorangan di rumah…

description

Kisah pembesar yang mengkhianati nageri

Transcript of Skrip Sketsa

Page 1: Skrip Sketsa

BABAK 1

LOKASI ` : PASARMASA : WAKTU MALAMWATAK : Seorang Sultan dan dua orang penduduk.

(Berlatarkan muzik unggas, cengkerik dan burung hantu)Raja Hussain sambil memegang obor api berjalan-jalan di sekitar pasar yang sunyi memerhati dan mengawal sekeliling kerana sejak kebelakangan ini sering berlaku kes-kes rompakan. Raja Hussain berhenti di depan gerai yang bertulis Buah-buahan dan sayur-sayuran sambil memukul dan menghalau nyamuk.

RH : Barangkali, rakyat aku sudah tidur semuanya. Tidurlah dengan aman wahai rakyatku.

RH meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, RH bertemu dengan dua penduduk yang sedang berehat di atas pangkin.

RH : Assalamualaikum!

Pemuda 1 : Waalaikumsalam…

Pemuda 2 : Gerangan apakah wahai pemuda berjalan-jalan dimalam hari tanpa berteman?

RH : Beta mengambil angin malam…

Pemuda 1 : Beta?

RH : Tuan hamba tersilap dengar tu….maksud hamba, putera…..p..e…t pet….r..a.. ra.. Putera…

(ketawa..)Pemuda 2 : Oh….begitu rupanya….marilah duduk bersama kami sambil menghirup kopi.

RH : Oh….tidak boleh…malam semakin dingin….isteri hamba keseorangan di rumah…

Pemuda 1 + Pemuda 2 : Ohhh….suami penyayang….(ketawa)….

BABAK 2LOKASI : PASARWAKTU : SIANGWATAK : 2 gadis penjual, 2 pengintip,

(Berlatarkan muzik - suasana bingit di pasar)

Page 2: Skrip Sketsa

Dua orang pengintip sedang berjalan-jalan di pasar dalam keadaan mencurigakan. Dua pengintip merapati dua gadis penjual sayur.

Pengintip 1 : Hallo….adik manis…

(Gadis penjual membuat muka marah dan tak senang hati) Pengintip 1 memegang sayur-sayuran. Pengintip 2 memegang buah-buahan

Pengintip 2 : Buah banyak berat…..sayur banyak segar …..adik-adik manis, itu betik berapa harga?

Gadis 1 : 50 sen sahaja.

Pengintip 1 : Ini kangkung, berapa?

Gadis 2 : 10 sen seikat.

Pengintip 1 : Itu apa??? (menunding ke arah belacan)

Gadis 1 : Belacan……belacan pun tak tau….

Pengintip 1 : Kita belacan….

Pengintip 2 : (membaling buah yang dipegang ke Pengintip 1) Adik manis……x mahu tanya kita berapa harga ke?

Gadis 1 : Muka tak lawa…..badan berbau….pakaian comot….

Gadis 2 : Jambang tak cukur….eeeeiii……muka putih, tangan hitam…. tak laris langsung….

(Pengintip 1 dan Pengintip 2 saling berpandangan, seterusnya meletakkan muka di meja jualan)

Pengintip 1 : Tengok betul-betul…ada rupa Jong Kook ma……

Gadis 1 dan Gadis 2 : Eeeeeummmmm…….

Pengintip 2 : Adik manis…..sini raja nama apa? Abang tengok penduduk sini hidup aman,…harmoni….ada orang jual barang…….ada orang beli barang…..banyak makmur….

Gadis 1 : Mestilah….kita punya negeri memang aman damai. Kita punya Sultan sangat baik, tegas…bijak….semua rakyat sanjung Sultan………

Gadis 2 : Semalam, Sultan mengadakan keramaian kerana negeri Falopia berjaya menawan satu lagi wilayah. Apa nama wilayah tu, Gadis 1?

Gadis 1 : Parunas…..askar-askar Sultan sangat cekap bermain senjata.

Page 3: Skrip Sketsa

Gadis 2 : Betul! Mereka kuat….gagah perkasa…..SETIA PADA RAJA DAN NEGARA……takkan berundur sebelum bertempur…..

Gadis 1 : Betul…betul….betul….

Gadis 2 : Tuan hamba berdua ni…dari mana? Jika rakyat Falopia, mesti tahu keupayaan negara.

Pengintip 1 : Eerrrrr……er…..Kami pedagang….belayar dari sebelah Selatan.

Pengintip 2 : Kita suka tempat ini….ada adik manis lagi cantik…… Tadi ….adik manis kata, askar pandai main senjata. Apa senjata?

Gadis 1 : Macam-macam…..pedang, tombak, busur….itu senjata biasa…..askar Sultan juga sudah ada meriam….bla…bla…..

(Iringi latar muzik)

Kedua-dua pengintip pergi

BABAK 3

LOKASI : TEMPAT ISTIRAHAT ISTANA WAKTU : SIANGWATAK : Sultan, permaisuri, dayang dan seorang pembesar.

Sultan sedang beristirahat bersama-sama permaisuri dan dayang.

Sultan sedang mengangga mulut sambil permaisuri mengacah-acah untuk memberi sultan buah anggur.

Sultan : Aaa…..Aaaa…(sambil mangangah) (3 kali ulang)

Permaisuri : Kanda…kanda….

Sultan : Ya dinda….

Permaisuri : Siapakah yang paling cantik di dalam negara kita ini….(sambil menjeling-jeling dayang yang sedang mengipas)

Page 4: Skrip Sketsa

Sultan : (Berdiri dan berjalan-jalan) Sudah tentulah dinda……(memandang dayang) Ayu….sopan…comel……putih melepak….tinggi….. (permaisuri berdiri membelakangkan Sultan sambil terpinga-pingga) saiz L…… (permaisuri membeliakkan mata)

Permaisuri : Kanda!

Sultan : (merapati permaisuri) Ya dinda….

Permaisuri : Macam tak sama sahaja….

Sultan :