SMKASM.doc

15
SMK(A) SULTAN MUHAMMAD Penubuhan Malaysia Nama:Muhammad afiq aiman bin Zainuddin Ting:3 Ali

Transcript of SMKASM.doc

SMK(A) SULTAN MUHAMMADPenubuhan MalaysiaNama:Muhammad afiq aiman bin Zainuddin

Ting:3 Ali

N.Guru:

BiaodataNama:Muhammad Afiq Aiman

bin Zainuddin

Umur:15Tahun

T.Lahir: 16.9.1999Alamat:No.15Jalan BLI 4 Taman Bukit Lintang Indah, 75460 Melaka.ISI KANDUNGAN

ISIPERKARAM/S

1

2

3

4

5

6

7

PenghargaanPenghasilan folio sains ini telah melibatkan pelbagai pihak. Oleh itu, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberikan sumbangan sehingga folio ini sempurna disiapkan.

Objektif

1.Memerihalkan tentang Rombongan merdeka 1956.

2. Menyatakan kandungan Perjanjian London 1956.

3. Membincangkan peranan dan kewibawaan pemimpin semasa Rundingan Kemerdekaan 1956.

4. Membandingkan tentang Rombongan London 1954 dengan Rombongan London 1956.

5. Mengumpul maklumat tentang keanggotaan, matlamat, dan asas penggubalan Suruhanjaya Reid.

6. Mengemukakan perkara-perkara yang dipinda dalam rang undang-undang yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid

7. Menyenaraikan kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1957.

8. Menceritakan peristiwa pengishtiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

9. Menyenaraikan kandungan pemasyuran kemerdekaan.

10. membahaskan kemerdekaan mutlak Tanah melayu pada 31 Ogos 1957.

pengenalanTahukah anda bahawa negara kita ini merupakan sebuah entiti politik yang merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai banyak keseragaman dan juga beberapa perbezaan yang tersendiri. Keseragaman tersebut antara lain ialah dari segi bentuk populasi, iaitu dari segi jenis etnik dalam masyarakat, amalan agama, dan adat resam, manakala perbezaannya ialah dari segi pengaruh politik dan corak pembangunan. Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi pada 16 September 1963. Sebelum itu negara kita dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya atau dikenali juga sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri yang berada di Semenanjung. Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bab 7 ini akan mengajak anda untuk sama-sama membincangkan mengenai latar belakang penubuhan Malaysia. Dari segi sejarah perkembangannya sejarah kerajaan Melayu, ia merangkumi ruang lingkup geografi-politik yang agak luas. Lingkungan pemerintahan Melayu yang pernah wujud ialah seperti Kerajaan Majapahit, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Melayu Melaka, dan Empayar Johor-Riau. Namun demikian, penyatuan ini telah terpisah berikutan dengan termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824. Ia secara langsung telah memecahkan Empayar Melayu yang telah wujud sejak sekian lama.Cadangan pengabungan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-Negeri Selat dan wilayah-wilayah Borneo telah timbul semasa penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Cadangan yang pertama diutarakan oleh Lord Brassey pada abad yang merupakan seorang pengarah Syarikat Borneo Utara. Ideanya ialah penyatuan wilayah-wilayah Borneo dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat yang dinaungi oleh British bagi memudahkan pentadbiran dan ekonomi British dan membentuk sebuah jajahan yang besar. Namun demikian, cadangan ini ditolak oleh pemegang saham syarikat tersebut pada tahun 1894.2 Seterusnya pada tahun 1950-an, Malcolm Mac Donald iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (1949-1952) juga turut mencadangkan perkara yang sama. Seterusnya Ketua Menteri Singapura, David Marshall juga memberikan pandangan mengenai perkara tersebut. Pemikiran terhadap pencantuman Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah jiran akhirnya turut dikemukakan oleh tokoh tempatan. Pada tahun 1954, Ghazali Shafie yang pada masa itu baru sahaja tamat pengajian undang-undang di Britain telah menyuarakan pendapatnya mengenai penyatuan Singapura, Tanah Melayu, dan wilayah-wilayah Borneo Utara.Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 telah memberikan kesedaran kepada negara-negara jiran yang masih dijajah oleh Inggeris. Pada masa itu, Singapura, Sabah, dan Sarawak masih dikuasai oleh Inggeris, manakala Brunei merupakan negara naungan. Oleh kerana Tanah Melayu terlebih dahulu mencapai kemerdekaan, maka ramai pemimpin-pemimpin dari negara-negara jiran yang belum merdeka datang ke Tanah Melayu untuk berunding dengan tujuan untuk mencapai kemerdekaan bagi negara tersebut.

Usaha-usaha gigih Tanah Melayu dalam ancaman menghapuskan komunis pada masa itu masih dalam tempoh Darurat, serta usaha-usaha mula diadakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar merupakan antara faktor yang telah mendorong pemimpin-pemimpin negara jiran untuk mengenali lebih jauh Tanah Melayu pada masa itu.Walaupun banyak pandangan yang menyarankan mengenai keperluan bagi menyatukan Tanah Melayu dengan negara-negara jirannya, namun pendapat yang di anggap paling serius ke arah usaha-usaha ini telah di lihat berikutan dengan ucapan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis-Penulis Luar Negeri Asia Tenggara yang di adakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.3 Dalam ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman antara lain menyatakan bahawa adalah penting bagi Tanah Melayu membentuk satu kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara jiran, khususnya Singapura dan Borneo dalam aspek ekonomi dan politik. Ucapan Tunku Abdul Rahman telah mendapat liputan yang meluas di kalangan media tempatan dan luar negeri dan disifatkan sebagai bayangan kepada rancangan penubuhan Malaysia. FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN MALAYSIATerdapat empat faktor utama yang mendorong penubuhan Malaysia, iaitu imbangan kaum, kemerdekaan bagi negara-negara baru, meningkatkan taraf hidup bumiputera Sabah dan Sarawak, dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. Kita akan ikuti faktor-faktor yang disebutkan dengan lebih mendalam lagi.

Imbangan KaumRancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Antara perkara yang paling diperdebatkan ialah mengenai kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Dalam soal ini, parti UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO juga merasa ragu-ragu mengenai keadaan politik di Singapura pada masa itu yang agak kekirian kerana ia telah dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis. Oleh demikian, penggabungan dengan Singapura merupakan sesuatu yang agak bertentangan dengan dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis dan pro-Barat.Namun demikian, senario tersebut telah berubah berikutan dengan kajian yang dijalankan oleh Nordin Sopiee mengenai kebaikan-kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan Borneo berjaya dilakukan. Ia telah semakin mendapat sambutan dan sokongan berikutan dengan wujudnya pandangan oleh Dato Senu Abdul Rahman, Duta Tanah Melayu ke Indonesia. Beliau menyatakan bahawa penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu. Oleh yang demikian, kemasukan negeri-negeri tersebut tidak akan menggugat kedudukan orang Melayu sebagai majoriti. Tambahan pula, sememangnya wujud persamaan dari segi ras dan kebudayaan di kalangan penduduk di wilayah Borneo dengan Tanah Melayu yang merupakan sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami Nusantara.4 Menjelang tahun 1961, satu perkembangan baru telah berlaku dalam politik Singapura yang memperlihatkan parti pemerintah, Peoples Action Party (Parti Tindakan Rakyat - PAP) telah terancam kedudukannya apabila mengalami kekalahan di kawasan Hong Lim yang sebelum ini merupakan kubu kuat parti tersebut. Kekalahan ini berpunca akibat dari perpecahan yang berlaku di kalangan ahli PAP yang sayap kirinya diketuai oleh Ong Eng Guan yang telah membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah dipengaruhi oleh komunis. Perkembangan ini sangat membimbangkan Tunku Abdul Rahman yang menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke tangan komunis maka akan wujud Cuba 3 batu ataupun "Cuba Kedua" dari Tanah Melayu.5 Namun begitu, pada awalnya Tunku merasakan kemasukan Singapura adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura dibiarkan berada di luar Tanah Melayu. Oleh yang demikian, penyatuan kedua-dua negeri difikirkan perlu bagi mengawal keselamatan Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama.Walaupun begitu Tunku masih mempertimbangkan soal kemasukan Singapura dari aspek kesannya kepada komposisi penduduk di negara ini. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Sabah dan Sarawak perlu diajak untuk sama-sama menganggotai Malaysia. Ini kerana dengan kemasukan Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi komposisi kaum di negara ini nanti

Kemerdekaan Bagi Negara-Negara BaruPenubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu untuk membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan. Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong negara-negara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan. Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960. Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan SarawakKeadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang. Oleh kerana mereka mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka golongan pendatang tersebut merupakan mereka yang berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri. Selain itu, pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pegawai-pegawai British.Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, terdapat mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu yang berhasrat untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang pada masa tersebut kedudukan mereka cukup merosot dan tidak ada hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan. Sungguhpun kebanyakan penduduk Borneo tidak beragama Islam dan bukan Melayu, namun masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap mereka sebagai saudara dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan.6

Mengeratkan Hubungan yang Sedia AdaPencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin. Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan di Kuala Lumpur. Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang sama memang telah wujud di antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak.KESIMPULANPenubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang terlibat. Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.