Soal selidik

6
SOAL SELIDIK KEPUASAN PELAJAR Bahagian A: Maklumat Demografi Sila nyatakan dan tandankan X dalam kotak yang sesuai dengan anda. 1. Jantina: Lelaki Perempuan 2. Umur: ______________ 3. Bangsa: Melayu India Cina Lain-lain: 4. Semester pengajian: 5. Program Pengajian: 6. Kelulusan kemasukan: Diploma Matrik STPM Lain- lain: 7. Tempat tinggal saya merupakan: Bandar Luar bandar 8. PMK terakhir anda: 9. Pendapatan ibu + bapa:

description

file

Transcript of Soal selidik

Page 1: Soal selidik

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELAJAR

Bahagian A: Maklumat DemografiSila nyatakan dan tandankan X dalam kotak yang sesuai dengan anda.

1. Jantina: Lelaki Perempuan

2. Umur: ______________

3. Bangsa: Melayu IndiaCina Lain-lain:

4. Semester pengajian:

5. Program Pengajian:

6. Kelulusan kemasukan: Diploma MatrikSTPM Lain-lain:

7. Tempat tinggal saya merupakan: Bandar Luar bandar

8. PMK terakhir anda:

9. Pendapatan ibu + bapa:

10. Adakah anda ahli atau jawatankuasa sebarang persatuan di UUM:

Ya: Ahli JawatankuasaAhli Biasa

Tidak

Page 2: Soal selidik

Bahagian B: Suasana Pembelajaran Ideal

Bahagian ini mengandungi 13 pernyataan. Sila bulatkan nombor daripada pilihan penilaian yang paling hampir dengan pengalaman peribadi anda. Sila gunakan skala berikut untuk memberikan respon anda.

1: Sangat tidak signifikan 2: Tidak signifikan 3: Signifikan 4: Sangat signifikan

Dalam suasana pembelajaran saya yang ideal, sebagai seorang pelajar, saya akan ...

1 2 3 4

1. Mengkaji dan menghafal pelajaran - selagi ada pensyarah/penyelia untuk mengajar.

2. Mengambil nota dengan sempurna tentang perkara yang diajarkan di dalam kelas/penyeliaan dan menghasilkan kembali maklumat tersebut dalam ujian.

3 Berseronok apabila mendapat kawan di dalam kelas, tetapi mereka tidak menambahkan apa-apa yang sepatutnya saya peroleh daripada sesuatu kelas/aktiviti.

4. Berharap untuk meningkatkan keupayaan saya untuk menaakul dan menilai mengikut piawaian yang ditakrifkan melalui pelajaran.

5. Lebih suka untuk melakukan penyelidikan sendiri agar saya dapat menghasilkan idea dan hujah saya sendiri.

6. Menjangka akan dicabar untuk bekerja keras di dalam kelas.

7. Lebih suka jika rakan sekelas saya prihatin tentang peningkatan kesedaran mereka sendiri terhadap orang lain berhubung dengan dunia luar.

8. Menjangka bahawa rakan sekelas saya akan menyumbang secara signifikan kepada pembelajaran melalui kepakaran masing-masing dalam kandungan kursus.

9. Memerlukan peluang untuk saya berfikir sendiri, dan menghubungkaitkan isu yang dibincangkan di dalam kelas dengan bidang lain yang saya pelajari.

10. Melantik beberapa pemimpin, bersama-sama dengan rakan sekelas, untuk menentukan perjalanan kelas.

11. Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan kelas dengan rakan saya dan bertanya soalan untuk memahami topik sepenuhnya.

12. Menjangka untuk menjalani pembelajaran secara serius dan memperoleh galakan kendiri untuk mempelajari subjek ini.

13. Mahu mempelajari kaedah dan prosedur yang berkaitan dengan mata pelajaran - mempelajari cara belajar.

Page 3: Soal selidik

Bahagian C: Suasana Kuliah Ideal

Bahagian ini mengandungi 13 pernyataan. Sila bulatkan nombor daripada pilihan penilaian yang paling hampir dengan pengalaman peribadi anda. Sila gunakan skala berikut untuk memberikan respon anda.

1: Sangat tidak signifikan 2: Tidak signifikan 3: Signifikan 4: Sangat signifikan

Dalam suasana pembelajaran saya yang ideal, suasana kuliah dan aktiviti hendaklah ...

1 2 3 4

1. Tersusun dan mempunyai struktur yang baik –mempunyai set jangkaan yang jelas (misalnya sukatan pelajaran yang berstruktur untuk diikuti).

2. Mengandungi kuliah (serta peluang untuk bertanya) kerana dengan cara itu saya boleh mendapatkan semua fakta yang diperlukan dengan lebih cekap.

3. Merangkumi arahan khusus dan terperinci bagi semua aktiviti dan tugasan.

4. Memberikan tumpuan kepada prosedur, langkah demi langkah agar saya dapat melaksanakan tugasan dengan betul apabila mematuhi prosedur dengan betul.

5. Menyediakan peluang untuk saya menghubungkaitkan pelbagai subjek dan kemudian membina hujah yang mencukupi.

6. Hanya menyediakan struktur yang luwes (terhad) supaya pelajar sendiri yang akan memberikan tindak balas terhadap struktur yang ada.

7. Mencakupi kertas penyelidikan kerana mereka menuntut supaya saya merujuk kepada sumber dan memberikan tafsiran dan pandangan saya sendiri.

8. Mempunyai kepelbagaian bidang kandungan dan pengalaman pembelajaran secukupnya untuk mengekalkan minat saya.

9. Dapat diamalkan dan dihayati tetapi diimbangi dengan jangkaan, gerak hati, kefahaman, dan imaginasi kumpulan.

10. Mengandungi format seminar, membolehkan pertukaran idea supaya saya boleh mengkritik perspektif tentang kandungan subjek/kursus.

11. Menekankan perbincangan tentang jawapan peribadi dengan berdasarkan bukti yang relevan dan bukannya terhadap jawapan yang salah.

12. Menghidupkan dialog dan debat intelek dalam kalangan kumpulan kecil rakan sekelas yang bermotivasikan kepentingan pembelajaran.

13. Mengandungi banyak projek dan tugasan yang praktikal dan berbentuk aplikasi harian.

Page 4: Soal selidik

Bahagian D: Penilaian Ideal

Bahagian ini mengandungi 13 pernyataan. Sila bulatkan nombor daripada pilihan penilaian yang paling hampir dengan pengalaman peribadi anda. Sila gunakan skala berikut untuk memberikan respon anda.

1: Sangat tidak signifikan 2: Tidak signifikan 3: Signifikan 4: Sangat signifikan

Prosedur penilaian dalam persekitaran pembelajaran saya yang ideal hendaklah...

1 2 3 4

1. Mencakupi ujian yang terus-terang, tidak "rumit" merangkumi hanya apa-apa yang telah diajarkan dan tidak lebih daripada itu.

2. Terserah kepada pensyarah/penyelia, kerana dia sahaja yang tahu akan bahan yang terbaik.

3. Merangkumi ujian objektif kerana ujian ini mempunyai jawapan betul atau salah secara tepat.

4. Berdasarkan tahap kemajuan pelajar dan tahap kerajinan mereka belajar.

5. Memberikan saya peluang untuk menilai kerja saya sendiri bersama-sama pensyarah/penyelia, dan pada masa yang sama membimbing saya untuk mengkritik.

6. Tidak termasuk gred, kerana gred bukanlah standard yang objektif yang dapat digunakan oleh pensyarah/penyelia untuk menilai pemikiran pelajar.

7. Termasuk penggredan dengan sistem mata yang diatur terlebih dahulu (tugasan, projek, dll). Saya rasa penilaian ini paling adil.

8. Mewakili sintesis daripada pertimbangan dalaman dan luaran serta pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti kelas.

9. Mengandungi kritikan yang bernas terhadap kerja saya oleh seseorang yang mempunyai kepakaran yang sesuai.

10. Menekankan peperiksaan esei, kertas kerja, dan lain-lain dan bukan hanya ujian objektif supaya saya dapat menunjukkan lebih banyak perkara yang saya pelajari.

11. Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir sendiri dan membuat hubung kait di dalam kelas.

12. Memasukkan penilaian terhadap kualiti kerja secara lisan dan bertulis sebagai suatu cara untuk meningkatkan diri saya di dalam kelas.

13. Menekankan pemikiran bebas daripada setiap pelajar, tetapi mencakupi beberapa tumpuan terhadap kualiti hujahan dan bukti yang diberikan.