Soalan Amali Masakan Ert Spm

3
SOALAN KERJA KURSUS AMALI MASAKAN ERT SPM SOALAN 1: Adik lelaki anda akan meraikan hari ulangtahun yang ketujuh pada hari sabtu minggu hadapan. Sedia, masak dan hidangkan: i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap yang sesuai. ii) Kek hari ulangtahun. iii) Sejenis pencuci mulut menggunakan bahan tenusu sebagai salah satu bahan utama.. SOALAN 2: Anda sekeluarga akan mengadakan perkelahan pada hujung minggu ini, Sedia, masak dan pek hidangan berikut: i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap cara barat. ii) Sejenis kuih tempatan yang dimasak menggunakan kaedah menggoreng. iii) Pencuci mulut yang ringkas dan mudah dibawa. SOALAN 3: Rakan anda sekeluarga dari luar negara akan berkunjung ke rumah anda pada esok hari, mereka penganut agama Buddha serta pengamal pemakanan vegetarian lakto. Sedia, masak dan hidangkan sajian makan tengahari yang seimbang. i) Sejenis lauk yang sesuai. ii) Sejenis masakan sayur-sayuran. iii) Pencuci mulut berkuah menggunakan kaedah haba lembab. SOALAN 4: Anda merupakan salah seorang peserta pertandingan memasak, tema pertandingan “Masakan Tradisional Penuh Khasiat”. Sedia, masak dan pamerkan hidangan, i) Sejenis .hidangan sepinggan lengkap.

description

huk

Transcript of Soalan Amali Masakan Ert Spm

Page 1: Soalan Amali Masakan Ert Spm

SOALAN KERJA KURSUS AMALI MASAKAN ERT SPM

SOALAN 1:

Adik lelaki anda akan meraikan hari ulangtahun yang ketujuh pada hari sabtu minggu hadapan. Sedia, masak dan hidangkan:

i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap yang sesuai.

ii) Kek hari ulangtahun.

iii) Sejenis pencuci mulut menggunakan bahan tenusu sebagai salah satu bahan utama..

SOALAN 2:

Anda sekeluarga akan mengadakan perkelahan pada hujung minggu ini, Sedia, masak dan pek hidangan berikut:

i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap cara barat.

ii) Sejenis kuih tempatan yang dimasak menggunakan kaedah menggoreng.

iii) Pencuci mulut yang ringkas dan mudah dibawa.

SOALAN 3:

Rakan anda sekeluarga dari luar negara akan berkunjung ke rumah anda pada esok hari, mereka penganut agama Buddha serta pengamal pemakanan vegetarian lakto. Sedia, masak dan hidangkan sajian makan tengahari yang seimbang.

i) Sejenis lauk yang sesuai.

ii) Sejenis masakan sayur-sayuran.

iii) Pencuci mulut berkuah menggunakan kaedah haba lembab.

SOALAN 4:

Anda merupakan salah seorang peserta pertandingan memasak, tema pertandingan “Masakan Tradisional Penuh Khasiat”. Sedia, masak dan pamerkan hidangan,

i) Sejenis .hidangan sepinggan lengkap.

ii) Sejenis kuih muih tempatan menggunakan haba lembab,

iii) Minuman menyegarkan daripada buah-buahan tempatan .

Page 2: Soalan Amali Masakan Ert Spm

SOALAN 5:

Anda dilantik sebagai AJK jamuan mesyuarat kelab belia di kampung anda, Sedia, masak dan hidangkan Brunch berikut:

i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap menggunakan hasil gandum.

ii) Sejenis kuih savouri.

iii) Sejenis kuih tempatan manis menggunakan kaedah merebus atau mengukus.

SOALAN 6:

Ibu anda baru sahaja menjalani pembedahan ketika melahirkan, anda di kehendaki menyedia, memasak dan menghidang menu berikut:

i) Sejenis hidangan sepinggan lengkap yang sesuai dan mudah dihadam.

ii) Sejenis pencuci mulut menggunakan kaedah haba lembab..

iii) Sejenis minuman menyegarkan daripada campuran buah-buahan dan hasil tenusu

SOALAN 7:

Beberapa hari lagi anda akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilitri dan bercadang hendak mengadakan rumah terbuka untuk jiran dan rakan-rakan anda, Sedia, masak dan hidangkan:

i) Sejenis hidangan pengiring untuk ketupat, nasi impit atau lemang menggunakan hasil protein sebagai bahan utama.

ii) Sejenis pencuci mulut menggunakan kelapa sebagai bahan dalam masakan.

ii) Sejenis kuih tempatan manis menggunakan kaedah haba lembab.

PERATURAN AMALI MASAKAN :

1. Peruntukan masa amali 2 jam ( 120 minit ).

2. Porsi hidangan adalah untuk 4 orang

3. Kad menu, Gubahan bunga, bahan hiasan makanan dan peranggu meja boleh disediakan sebelum amali dijalankan.

4. Semua peralatan yang hendak digunakan boleh di sediakan sebelum amali

5. Semasa amali pelajar perlu memakai apron, berkasut, menutup rambut dan menyediakan tuala

tangan, tuala pengelap pinggan, tuala pengelap meja dan berkuku pendek.

6. Alas tong sampah dengan beg plastik sampah.

7. Penjimatan bahan api, air dan bahan makanan dinilai dalam amali

8. Kebersihan dan keselamatan dinilai sepanjang amali dijalankan.

9. Ketepatan masa menyedia, memasak, menghidang dan mengemas meja kerja dinilai.

Page 3: Soalan Amali Masakan Ert Spm