Soalan Asaimen ELM

4
LAMPIRAN 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ___GAYA___ TUGASAN PROJEK TARIKH MULA Tugasan 1, 2 & 3 : 25 Ogos 2015 TARIKH HANTAR Tugasan 1, 2 & 3 : 28 September 2015 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan perancangan semester dan tahunan. 2. Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro. 3. Menyediakan rancangan persediaan harian Pendidikan Moral yang lengkap. 4. Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran pembelajaran harian. Projek ini menilai hasil pembelajaran1, 2, 3, dan 4. Objektif Projek : 1. Menghasilkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian dalam format KSSR yang lengkap dengan kepelbagaian kaedah dan bahan pengajaran . TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS: ELM3023E Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral SEMESTER: 4/2015 AMBILAN :

description

asaimen ELM

Transcript of Soalan Asaimen ELM

LAMPIRAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ___GAYA___TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA Tugasan 1, 2 & 3 : 25 Ogos 2015

TARIKH HANTAR Tugasan 1, 2 & 3 : 28 September 2015

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menghubungkaitkan

sukatan pelajaran dengan perancangan semester dan tahunan.

2. Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi

pengajaran mikro dan makro.

3. Menyediakan rancangan persediaan harian Pendidikan Moral yang lengkap.

4. Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti

pengajaran pembelajaran harian.

Projek ini menilai hasil pembelajaran1, 2, 3, dan 4.

Objektif Projek :

1. Menghasilkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian dalam format KSSR yang lengkap

dengan kepelbagaian kaedah dan bahan pengajaran .

2. Mengaplikasi pelbagai kaedah dan pengajaran dalam persembahan pengajaran mikro.

3. Menghasilkan produk bahan bantu mengajar untuk pengajaran Pendidikan Moral .

Tugasan Projek (100%)

TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS:

ELM3023E Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

SEMESTER: 4/2015

AMBILAN : JANUARI 2014

Tugasan 1 Individu (40%) – Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian

Fokus projek ini ialah pemupukan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah melalui

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Anda perlu membuat tinjauan literatur

berkaitan KBAT dalam pengajaran & pembelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.

Kemudian, anda dikehendaki memilih satu topik daripada kurikulum Pendidikan Moral KSSR

serta menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (60 minit) yang lengkap berdasarkan

format yang tepat. Pengajaran yang anda rancang harus berfokus kepada aktiviti pembelajaran

Pendidikan Moral berasaskan KBAT secara berkesan dalam kalangan murid sekolah rendah.

Tugasan 2 Kumpulan (30%) – Pengajaran Mikro

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina, laksanakan pengajaran mikro

sepenuhnya di dalam kelas secara kumpulan (3-4 orang) yang menunjukkan pemahaman anda

terhadap penulisan Rancangan Pengajaran Harian.

Tugasan 3 Individu (30%) – Penghasilan Produk

Alatan mengajar ialah kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar tidak terhad kepada buku-buku

teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja, tetapi juga merangkumi segala benda digunakan

dalam pelajaran yang dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan

dan sebagainya.

Anda diminta menghasilkan satu bahan maujud untuk Pengajaran dan pembelajaran secara

individu..

Prosedur:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan

2. Pengajaran Makro dan mikro Pendidikan Moral boleh dilakukan terhadap satu kelas atau satu kumpulan kecil murid.

3. Hasilkan satu rancangan pelajaran harian dengan mengambilkira kaedah dan aktiviti-aktiviti

4. yang dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam Pendidikan Moral murid.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dihantar dalam bentuk `hard copy’.

7. Muka depan `hard copy’ merangkumi: * Nama Pelajar * Angka Giliran * No Kad Pengenalan * Kumpulan/Unit

* Kod dan Nama Kursus * Tajuk Tugasan Projek * Nama Pensyarah Akademik * Tarikh Hantar * Gambar Pelatih

Disediakan Oleh:

(MOHD ZULKIFLI BIN SAARI)Pensyarah Pendidikan MoralJabatan Pendidikan Islam & MoralIPGK GayaTarikh:

Disemak Oleh:

(SUZANA BINTI YAZID)SME Jabatan Pendidikan Islam & MoralIPGK GayaTarikh:

Disahkan Oleh:

(TENGKU ZAHIRI BIN TENGKU ABDUL WAHAB)

Ketua JabatanJabatan Pendidikan Islam dan MoralIPGK GayaTarikh :