Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata...

5
Soalan Lazim (FAQ) 1. Apa itu Wakaf? Wakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf bermakna untuk memegang, melarang atau menahan (al-habs). Dalam istilah para Fuqaha Islam, wakaf bererti menahan sesuatu harta seseorang yang untuk manfaat orang orang lain sama ada untuk tujuan kebajikan umum atau khusus. 2. Apakah faedah Wakaf Selangor Muamalat (Wakaf)? Mudah dan tidak memerlukan harta yang banyak dan oleh itu sesuai untuk membantu mereka yang miskin Memudahkan orang ramai untuk berwakaf tanpa mengira tempat, masa dan aktiviti wakaf Dapat menjana lebih banyak dana yang boleh digunakan untuk membangunkan aset seperti tanah wakaf yang masih belum dimajukan dan lain-lain tanah perniagaan yang terbiar untuk aktiviti perniagaan Membantu institusi-institusi pendidikan yang menghadapi masalah aliran tunai dengan mewujudkan dana sandaran untuk mereka Mengurangkan pergantungan Institusi Islam kepada kerajaan dan membenarkan institusi-institusi ini untuk berdiri sendiri bagi melaksanakan dana wakaf tunai 3. Apakah perbezaan di antara zakat dan wakaf? Zakat adalah salah satu rukun Islam dan wajib bagi semua umat Islam dan hasil dari pungutan Zakat adalah untuk individu tertentu (Al-Asnaf). Manakala wakaf merupakan sumbangan aset oleh mana- mana individu dan manfaat daripadanya adalah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 4. Bagaimana Pelanggan BMMB sedia ada boleh menyumbangkan dana wakaf di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)? Pelanggan boleh menyumbang melalui: i. Secara Tunai di kaunter di semua cawangan BMMB dengan mengisi Slip Sumbangan Wakaf ii. Melalui Arahan Pembayaran Berkala (PPI) dengan mengisi borang PPI untuk potongan daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa. Saluran-saluran terbaru untuk menyumbang wakaf akan dimaklumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa. 5. Adakah pelanggan yang tidak mempunyai akaun BMMB boleh menyumbang di dalam dana Wakaf? Ya, mereka boleh menyumbang kepada dana Wakaf melalui: i. Pembayaran sekali sahaja ‘one-off’ (Tunai / Cek) di kaunter di semua cawangan BMMB dengan mengisi Slip Sumbangan Wakaf ii. Dengan membuka Akaun Simpanan atau Semasa dengan BMMB dan pelanggan boleh membuat bayaran melalui Arahan Pembayaran Berkala (PPI) dengan mengisi borang PPI melalui potongan daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa

Transcript of Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata...

Page 1: Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf ... boleh merujuk kepada Borang BE Tahun ... 3 Hadiah

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu Wakaf? Wakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf

bermakna untuk memegang, melarang atau menahan (al-habs). Dalam istilah para Fuqaha Islam,

wakaf bererti menahan sesuatu harta seseorang yang untuk manfaat orang orang lain sama ada untuk

tujuan kebajikan umum atau khusus.

2. Apakah faedah Wakaf Selangor Muamalat (Wakaf)?

Mudah dan tidak memerlukan harta yang banyak dan oleh itu sesuai untuk membantu mereka yang miskin

Memudahkan orang ramai untuk berwakaf tanpa mengira tempat, masa dan aktiviti wakaf

Dapat menjana lebih banyak dana yang boleh digunakan untuk membangunkan aset seperti tanah wakaf yang masih belum dimajukan dan lain-lain tanah perniagaan yang terbiar untuk aktiviti perniagaan

Membantu institusi-institusi pendidikan yang menghadapi masalah aliran tunai dengan mewujudkan dana sandaran untuk mereka

Mengurangkan pergantungan Institusi Islam kepada kerajaan dan membenarkan institusi-institusi

ini untuk berdiri sendiri bagi melaksanakan dana wakaf tunai

3. Apakah perbezaan di antara zakat dan wakaf? Zakat adalah salah satu rukun Islam dan wajib bagi semua umat Islam dan hasil dari pungutan Zakat adalah untuk individu tertentu (Al-Asnaf). Manakala wakaf merupakan sumbangan aset oleh mana-mana individu dan manfaat daripadanya adalah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

4. Bagaimana Pelanggan BMMB sedia ada boleh menyumbangkan dana wakaf di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)?

Pelanggan boleh menyumbang melalui:

i. Secara Tunai di kaunter di semua cawangan BMMB dengan mengisi Slip Sumbangan Wakaf ii. Melalui Arahan Pembayaran Berkala (PPI) dengan mengisi borang PPI untuk potongan

daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa.

Saluran-saluran terbaru untuk menyumbang wakaf akan dimaklumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

5. Adakah pelanggan yang tidak mempunyai akaun BMMB boleh menyumbang di dalam dana Wakaf? Ya, mereka boleh menyumbang kepada dana Wakaf melalui:

i. Pembayaran sekali sahaja ‘one-off’ (Tunai / Cek) di kaunter di semua cawangan BMMB

dengan mengisi Slip Sumbangan Wakaf

ii. Dengan membuka Akaun Simpanan atau Semasa dengan BMMB dan pelanggan boleh membuat

bayaran melalui Arahan Pembayaran Berkala (PPI) dengan mengisi borang PPI melalui

potongan daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa

Page 2: Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf ... boleh merujuk kepada Borang BE Tahun ... 3 Hadiah

6. Berapakah jumlah minimum dan maksimum bagi sumbangan Wakaf?

Jumlah minimum adalah sebanyak RM10.00 (RM100 untuk cek). Tiada jumlah maksimum.

7. Bolehkah pelanggan menyumbang / hibah beliau yang diterima daripada simpanan di BMMB?

Pelanggan boleh membenarkan hibah bulanan mereka disumbangkan kepada dana Wakaf sama ada

sebahagian atau keseluruhan.

8. Bolehkah bukan warganegara (orang asing dan penduduk tetap) menyumbang ke Wakaf?

Ya, walaupun mereka tidak mempunyai akaun dengan BMMB.

9. Adakah pelanggan akan mendapat resit atas sumbangan mereka?

Ya. Slip Sumbangan Wakaf mempunyai salinan pelanggan. Pihak berkuasa wakaf iaitu Perbadanan

Wakaf Selangor akan mengeluarkan (i) resit (seperti contoh di bawah), dan (ii) Penyata Tahunan

untuk sumbangan tetap.

10. Bagaimanakah cukai LHDN ke atas sumbangan wakaf?

Sumbangan wakaf boleh ditolak daripada pendapatan agregat individu sehingga kepada 7% daripada

pendapatan agregat boleh ditolak untuk "Derma dan Hadiah" seperti yang dinyatakan dalam LHDNM

Borang BE, ruang A3 (a), (b) dan (c) iaitu jumlah potongan dari gabungan caruman yang jatuh di

bawah 3 kategori: A3 (a), (b) & (c) tidak boleh melebihi 7% daripada pendapatan agregat. Anda juga

boleh merujuk kepada Borang BE Tahun Taksiran 2011.

Potongan yang dibenarkan dari Pendapatan Agregat

No Sumbangan Nota

Page 3: Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf ... boleh merujuk kepada Borang BE Tahun ... 3 Hadiah

1 Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau

Pihak Berkuasa Tempatan.

Subsection 44(6)

2 Hadiah wang kepada Institusi Atau Organisasi yang

diluluskan.

(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan

agregat)

Subsection 44(6)

3 Hadiah wang atau sumbangan kos kepada mana-mana

Aktiviti Sukan atau Badan Sukan Yang Diluluskan.

(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan

agregat)

Subsection 44(11B)

4 Hadiah wang atau sumbangan kos bagi Projek yang

Diluluskan bagi Kepentingan Negara oleh Kementerian

Kewangan.

(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan

agregat)

Subsection 44(11C)

5 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan. Subsection 44(6A)

6 Hadiah wang untuk penyediaan Kemudahan Perpustakaan

atau kepada Perpustakaan.

Subsection 44(8)

7 Hadiah wang atau sumbangan manfaat kepada penyediaan

kemudahan di Tempat Awam untuk manfaat orang yang

kurang upaya.

Subsection 44(9)

8 Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-

mana kemudahan jagaan kesihatan yang diluluskan oleh

Kementerian Kesihatan.

Subsection 44(10)

9 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-

mana Balai Seni Lukis Negeri.

Subsection 44(11)

11. Bolehkah bukan individu menyumbang ke Wakaf?

Ya. Syarikat, perkongsian, milikan, persatuan, masyarakat, organisasi, koperasi, masjid, surau,

sekolah, madrasah dan lain-lain boleh menyumbang ke dana Wakaf.

12. Bolehkah individu di bawah 18 tahun menyumbang ke Wakaf?

Boleh, bagi individu yang sudah akil baligh sahaja. Sumbangan dari anak-anak yang belum akil baligh

dari segi hukum adalah tidak sah.

13. Adakah pelanggan boleh menyumbang kepada Wakaf melalui potongan gaji?

Ya, dengan mengisi borang kebenaran dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Sumber Manusia.

Page 4: Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf ... boleh merujuk kepada Borang BE Tahun ... 3 Hadiah

14. Ke manakah dana Wakaf akan disalurkan?

Dana wakaf ini akan disalurkan ke sektor

i. Pendidikan

ii. Kesihatan, dan

iii. Pelaburan.

15. Bagaimana pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan projek-projek yang

mengunakan dana Wakaf tersebut?

Pelanggan dan orang awam boleh melawat laman sesawang BMMB, yang mempunyai pautan terus

kepada laman sesawang khas untuk Wakaf.

16. Di manakah dan Wakaf akan diagihkan?

Dana Wakaf akan diagih kepada projek-projek khas di dalam negara dan luar negara berpandukan

penilaian oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf.

17. Bolehkah orang bukan Islam menyumbang kepada Wakaf?

Ya, mereka dialu-alukan.

18. Bolehkah orang bukan Islam menikmati faedah daripada dana Wakaf?

Ya, Wakaf Selangor Muamalat akan menumpukan aktiviti projek wakaf dari sektor kesihatan dan

pendidikan, contohnya klinik pusat dialisis, sekolah bantuan rakyat dan lain-lain di mana

penerimanya terdiri dari pelbagai latarbelakang dan agama.

19. Bolehkah pelanggan membatalkan atau menghentikan sumbangan tetap mereka yang telah

dibuat melalui arahan pembayaran berkala (PPI) atau potongan gaji?

Ya, dengan mengemas kini borang/dokumen berkaitan.

20. Bolehkah pelanggan menuntut kembali dana yang telah mereka sumbangkan kepada Wakaf?

Tidak, kerana ia bukan dari konsep wakaf. Setelah disumbangkan, penyumbang tidak boleh

menuntut sebarang pembayaran kembali.

21. Adakah terdapat sebarang kontrak (pengisytiharan) apabila membuat sumbangan kepada wakaf?

Ya, Ia dinyatakan di dalam slip sumbangan Wakaf.

22. Apakah butiran-butiran yang diperlukan untuk disediakan bagi sumbangan Wakaf?

Nama, nombor kad pengenalan / nombor pasport / nombor pendaftaran perniagaan, nombor

telefon, dan alamat surat-menyurat.

23. Bolehkah pelanggan menyumbang bagi pihak ketiga?

Ya, sebagai contoh, pasangan dan/atau ibu bapa.

Page 5: Soalan Lazim (FAQ) - · PDF fileWakaf (pl. awqaf) adalah satu istilah yang berasal dari kata kerja Bahasa Arab “Waqafa”. Wakaf ... boleh merujuk kepada Borang BE Tahun ... 3 Hadiah

24. Bolehkah pelanggan memohon pihak ketiga membuat bayaran (sumbangan) bagi pihaknya?

Ya.

25. Bolehkah pelanggan dari negeri-negeri yang lain menyumbang kepada Wakaf?

Ya, mereka adalah dialu-alukan untuk menyumbang kepada dana Wakaf di mana-mana cawangan

BMMB yang berdekatan.

26. Bolehkah pelanggan menyumbang bagi pihak yang lebih dari seorang?

Ya, sebagai contoh, suami menyumbang bagi pihak dirinya dan bagi pihak isteri dan anak-anaknya.

Caranya ialah dengan mengisi borang Slip Sumbangan Wakaf yang berlainan.

27. Adakah terdapat had umur maksimum bagi menyumbang kepada dana Wakaf?

Tiada had umur maksimum.

28. Adakah terdapat apa-apa yuran atau caj yang akan ditanggung oleh pelanggan sekiranya

sumbangan Wakaf tersebut dibuat melalui arahan pembayaran berkala (PPI) / arahan tetap (SI)?

Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan kepada pelanggan.

29. Siapakah pemilik harta Wakaf menurut perundangan? Seperti, tanah dan bangunan?

Majlis Agama Islam Negeri seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

30. Kenapa BMMB menjalankan perkhidmatan Wakaf?

o Sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat dengan memberi dan berkongsi kekayaan

dengan masyarakat

o Untuk mempertingkatkan peranan Bank Muamalat sebagai institusi perbankan Islam

o Untuk menginstitusikan wakaf supaya perkhidmatan ini dapat diuruskan dengan ikhlas dan

saksama

o Untuk mengurangkan kebergantungan institusi pendidikan dan kesihatan terhadap bantuan

daripada kerajaan seterusnya dapat membantu mengurangkan bebanan rakyat yang tidak mampu

untuk menanggung bebanan kos perubatan dan pendidikan yang semakin meningkat