Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

4
8/19/2019 Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016 http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-hbef3503-semester-januari-2016 1/4 KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER : JANUARI 2016 SOALAN TUGASAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan untuk melaksanakan program pendidikan inklusif aliran arus perdana dan juga Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan khas. Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka. Untuk mencapai matlamat ini, KPM perlu memastikan semua guru diberi latihan dalam pendidikan khas supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran yang efektif dan bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. Anda sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri harus menyokong hasrat KPM ini; dan perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan program pendidikan inklusif di sekolah sendiri. Adakah anda bersedia untuk membantu murid yang berkeperluan khas di sekolah anda?

Transcript of Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

Page 1: Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

8/19/2019 Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-hbef3503-semester-januari-2016 1/4

KOD KURSUS : HBEF3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

SEMESTER : JANUARI 2016

SOALAN TUGASAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan untuk melaksanakan program

pendidikan inklusif aliran arus perdana dan juga Program Integrasi Pendidikan Khas

(SEIP) di sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan khas. Matlamatnya adalah

untuk memastikan setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan

berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka.

Untuk mencapai matlamat ini, KPM perlu memastikan semua guru diberi latihan dalam

pendidikan khas supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran yang efektif dan

bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.

Anda sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri harus

menyokong hasrat KPM ini; dan perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan program

pendidikan inklusif di sekolah sendiri. Adakah anda bersedia untuk membantu murid

yang berkeperluan khas di sekolah anda?

Page 2: Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

8/19/2019 Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-hbef3503-semester-januari-2016 2/4

Sebagai langkah persediaan, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

Aktiviti 1:

Sebelum boleh mengajar murid berkeperluan khas, anda perlu menjawab persoalan-

persoalan berikut:

● Siapakah individu-individu yang boleh dikategorikan sebagai berkeperluan khas?

● Bagaimanakah anda mengenalpasti seseorang murid berkeperluan khas?

(menggunakan instrumen khas atau melalui cerapan tingkahlaku tertentu atau

lain-lain cara)

● Apakah kaedah/teknik pembelajaran dan pengajaran yang anda boleh gunakan

supaya bersesuaian dengan murid berkeperluan khas?

● Apakah keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur yang mesti disediakan

untuk murid berkeperluan khas?

Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, anda perlu membuat rujukan-rujukan yang

berkaitan dan dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum/pada 23

Mac 2016 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

(30 markah)

Aktiviti 2:

Hasil daripada Aktiviti 1; anda diharapkan telah dapat meningkatkan ilmu dalam

pendidikan khas. Seterusnya anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

● Ambil salah satu cara menilai murid berkeperluan khas yang telah anda

kenalpasti dalam Aktiviti 1; dan nilai murid-murid dalam kelas yang anda ajar

sekarang; atau di mana-mana kelas di sekolah anda;

● Setelah mengenalpasti murid yang berkeperluan khas, dapatkan maklumat

terperinci latar belakang murid tersebut;

Page 3: Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

8/19/2019 Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-hbef3503-semester-januari-2016 3/4

● Cadangkan satu perancangan terperinci bagaimana anda akan mengajar murid

berkeperluan khas tersebut; termasuk alat bantu yang sesuai yang boleh

disediakan untuk murid sedemikian;

● Jelaskan juga bagaimana anda atasi halangan-halangan yang mungkin wujud

dalam usaha pembelajaran dan pengajaran anda ini.

Laporan hasil Aktiviti 2 perlu dimuatnaik dalam bentuk e-portfolio juga dan dinasihatkan

untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum/pada 23 Mac 2016

(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

(30 markah)

Aktiviti 3:

Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Antara perkara yang

perlu direnungkan adalah:

● Adakah sekolah anda bersedia untuk melaksanakan program pendidikan inklusif?

● Adakah anda rasa yakin diri untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas?

● Apakah perasaan anda sebagai seorang guru jika dapat mendidik seorang murid

berkeperluan khas?

Lain-lain perkara yang berkaitan.

Penulisan jurnal reflektif Aktiviti 3 perlu dimuatnaik dalam bentuk e-portfolio juga dan

dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum/pada 23 Mac 2016

(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.

(30 markah)

Page 4: Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

8/19/2019 Soalan Tugasan HBEF3503 Semester Januari 2016

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-hbef3503-semester-januari-2016 4/4

PERINGATAN:

1. Anda disarankan supaya membaca semua aktiviti; dan rancangkan cara terbaik untuk

membuatnya kerana semua aktiviti adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

2. Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dan ilmiah dalam FORUM kerana ia

memperuntukkan 10 markah kepada anda. Sila ambil peluang keemasan ini untuk

meningkatkan dan memperbaiki markah tugasan anda.

“SELAMAT MELAKSANAKAN TUGASAN”