Soalan Wajib 1(a)

7
1 a. Berdasarkan contoh, jelaskan bagaimana dasar yang telah ditentukan mempengaruhi pembinaan pelan pembangunan sesebuah organisasi? 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu daripada dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjurus kepada keberhasilan dan kemenjadian murid di mana setiap murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan sepanjang tahun. Ianya selari dengan anjakan yang ke 3 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai melalui pembangunan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform . Salah satu daripada program yang telah disediakan dalam Pelan Pembangunan Sekolah yang menjurus kepada dasar 1M1S ialah ‘Sukan Untuk Semua’. ‘Sukan Untuk Semua’ merupakan aktiviti sukan dan permainan yang melibatkan semua murid. Dengan kata lain, semua murid akan melibatkan diri untuk bersukan dan bermain dalam satu projek yang terancang dan sistematik ke arah melahirkan murid yang berpengetahuan, cergas dan berpotensi tinggi untuk menjalani kehidupan yang berkualiti. Di samping itu juga, aktiviti ini akan melahirkan generasi yang menjadikan sukan sebahagian dari kehidupan seterusnya menggambarkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia.

description

Tugasan Fasa 1 NPQEL 2/2015

Transcript of Soalan Wajib 1(a)

Page 1: Soalan Wajib 1(a)

1 a. Berdasarkan contoh, jelaskan bagaimana dasar yang telah ditentukan mempengaruhi pembinaan pelan pembangunan sesebuah organisasi?

1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu daripada dasar Kementerian Pendidikan

Malaysia yang menjurus kepada keberhasilan dan kemenjadian murid di mana setiap

murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah

serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan sepanjang tahun. Ianya selari

dengan anjakan yang ke 3 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu

melahirkan rakyat yang menghayati nilai melalui pembangunan murid secara holistik

dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1 Kelab dan 1

Badan Beruniform .

Salah satu daripada program yang telah disediakan dalam Pelan Pembangunan

Sekolah yang menjurus kepada dasar 1M1S ialah ‘Sukan Untuk Semua’. ‘Sukan Untuk

Semua’ merupakan aktiviti sukan dan permainan yang melibatkan semua murid.

Dengan kata lain, semua murid akan melibatkan diri untuk bersukan dan bermain dalam

satu projek yang terancang dan sistematik ke arah melahirkan murid yang

berpengetahuan, cergas dan berpotensi tinggi untuk menjalani kehidupan yang

berkualiti. Di samping itu juga, aktiviti ini akan melahirkan generasi yang menjadikan

sukan sebahagian dari kehidupan seterusnya menggambarkan tahap kesihatan

masyarakat Malaysia.

Dalam program ini, semua murid diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam

aktiviti sukan dan permainan yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan dan

kemampuan sekolah. Program ini bertujuan untuk memastikan setiap murid

termasuklah murid berkeperluan khas wajib mengambil bahagian dalam sekurang-

kurangnya satu jenis sukan Ia juga memberikan kepada semua murid yang berbakat

dan berpotensi dalam bidang sukan untuk dinilai hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

‘Sukan Untuk Semua’ bermatlamat untuk:

1. Mewujudkan rasa seronok sukan dan permainan. Melahirkan murid yang

seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Page 2: Soalan Wajib 1(a)

2. Memperkembangkan potensi dan bakat individu murid dalam bidang sukan

dan permainan.

3. Membentuk sikap positif terhadap sukan dan permainan.

4. Memperkenalkan kepada murid serta meningkatkan kemahiran asas dalam

kalangan murid terhadap sukan dan permainan.

5. Melahirkan murid yang prihatin dan sedar terhadap kepentingan menjaga

kesihatan.

6. Menjadikan sukan sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang yang

berfaedah.

Beberapa jenis sukan yang telah dipilih dalam program ‘Sukan Untuk Semua’

ialah :

1. Bola Sepak.

2. Bola Jaring.

3. Bola Baling.

4. Badminton

5. Olahraga

Antara aspirasi murid yang terlibat secara langsung dalam ‘Sukan Untuk Semua’

ialah pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin. Dalam program ini

murid akan diberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang sukan yang dipilih.

Kemudian murid akan melalui sesi latihan dari masa ke semasa mengikut jadual dan

perancangan yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Apabila murid telah dibekalkan

dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam sukan dan permainan yang

ditetapkan, mereka akan menggunakan kemahiran berfikir untuk mengaplikasikannya

sewaktu mereka bermain atau bersukan. Akal yang cerdas akan melahirkan badan

yang cerdas. Kemahiran memimpin akan diterapkan kepada ketua pasukan secara

langsung untuk mengemudi anak buah dalam pasukannya ketika satu-satu

pertandingan atau perlawanan. Satu pasukan yang baik dan berjaya bergantung

kepada cara kepimpinan yang baik juga.

Selain itu, pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang terlibat secara aktif

dari mula perancangan dijalankan, memberikan sumbangan idea, saranan dan

cadangan ke arah pelaksanaan program. Seterusnya melibatkan diri dalam proses

Page 3: Soalan Wajib 1(a)

pelaksanaan program dan akhirnya mampu menjadi penilai terbaik terhadap program

tersebut.

Soalan 1 b. Bagaimanakah Analisis Persekitaran berperanan dalam Pelan

Pembangunan sesebuah organisasi?

Analisis persekitaran merupakan satu proses pengumpulan maklumat dari

persekitaran sesebuah organisasi untuk menentukan isu-isu yang ada, cabaran-

cabaran yang timbul dan ’trends’ yang wujud yang akan memberikan kesan kepada

sesebuah organisasi.

Beberapa alat kualiti yang boleh digunakan untuk menguji tahap keberkesanan

analisis persekitaran dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi ialah Analisis

SWOT/C, Analisis Jurang(Gap), Analisis Force-Field, Analisis Tulang Ikan(Ishikawa),

Analisis Sebab-Akibat dan Strategi Kanvas( Blue Ocean Strategy).

Analisis SWOT/C merupakan alat kualiti yang dipilih untuk menguji tahap

keberkesanan pelan pembangunan yang dihasilkan kerana ianya boleh menguji dan

menganalisis persekitaran dalaman ( Strengths dan Weaknesses ) dan luaran

( opportunities dan threats). SWOT/C terdiri daripada elemen:

1. Strengths ( kekuatan) : ciri-ciri sesebuah organisasi yang boleh membantu

organisasi mencapai objektif.

2. Weaknesses ( kelemahan): ciri-ciri sesebuah organisasi yang boleh

menggagalkan organisasi untuk mencapai objektif.

3. Opportunities ( peluang ) : situasi luaran yang boleh membantu sesebuah

organisasi mencapai objektif.

4. Threats ( ancaman) : situasi luaran yang boleh membantu menggagalkan

organisasi mencapai objektif.

Melalui analisis SWOT, kita dapat mengenalpasti secara menyeluruh isu kritikal

yang menjadi halangan untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan dalam

Pelan Pembangunan Organisasi. Penggunaan analisis SWOT membolehkan program-

program dirancang secara S.M.A.R.T. iaitu:

1. S (Specific)- Tepat dan pasti

Page 4: Soalan Wajib 1(a)

2. M (Measurable)-boleh diukur dan dinilai.

3. A (Achievable/Accesible)- boleh dicapai

4. R(Realistic)- munasabah

5. T (Time frame) – dalam tempoh masa

Analisis persekitaran memainkan peranan yang sangat penting di dalam

penyediaan Pelan Pembangunan sesebuah organisasi supaya apa jua perancangan

yang diatur dan akan dilaksanakan menjadi lebih berfokus dan menjurus ke arah satu

matlamat yang telah dipersetujui. Setiap masalah dan kekangan dalam proses

mencapai matlamat dapat dikenalpasti dan ditangani bersama oleh pihak yang terlibat

dalam pembinaan Pelan Pembangunan. Dengan itu, Pelan Pembangunan yang dibina

bukan hanya harapan dan impian barisan kepimpinan sahaja tetapi menjadi impian

bersama warga sekolah sepenuhnya.

Soalan c : Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada

keupayaan seseorang pemimpin menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam

organisasinya. Jelaskan.

Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan

seseorang pemimpin dalam menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam

organisasinya. Seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan strategik iaitu

berfikiran terbuka, menerima kepelbagaian, berfikir diluar kotak, ingin tahu, mencabar

andaian, berhati-hati, simpati dan optimis. Selain itu juga, seorang pemimpin itu perlu

membuat pemantauan, penilaian dan pembahbaikan terhadap pelan pembangunan

yang dilaksanakan menggunakan alat-alat penilaian, borang-borang pemantauan yang

bersesuaian.

Dalam merealisasikan dasar 1M 1S seperti yang telah dirancang di dalam Pelan

Pembangunan Sekolah, beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah:

1. Kurang kemudahan dan prasarana sukan di sekolah.

2. Kurang sokongan daripada ibubapa dan komuniti setempat.

3. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah.

Page 5: Soalan Wajib 1(a)

4. Peruntukan yang diberikan dalam melaksanakan program 1M1S tidak

mencukupi.

Oleh itu, seorang pemimpin yang cemerlang akan menggunakan ciri-ciri

kepimpinan strategik dan juga kemahiran kepimpinannya untuk menangani isu yang

timbul dalam pelaksanaan program 1M1S. Faktor kekurangan sumber kewangan

menjadi isu utama dalam pelaksanaan projek yang telah dirancang. Dengan peruntukan

yang terbatas, pihak sekolah masih perlu meneruskannya. Oleh yang demikian,

sumbangan kewangan daripada pihak luar diperlukan bagi meneruskan segala usaha

ke arah menjana kecemerlangan sekolah.

Pemimpin yang cemerlang perlu sentiasa mempamerkan sikap yang optimis dan

positif dalam menangani apa jua isu dan cabaran. Jalinan baik dengan rakan setugas,

guru-guru, warga sekolah, ibubapa, PIBG dan NGO boleh mempengaruhi

penyelesaian isu yang timbul melalui bantuan kewangan, kepakaran dan sokongan

yang diperolehi.Kepimpinan yang cemerlang juga mampu mempengaruhi

kakitangannya untuk bekerja sepasukan bahkan dapat mempengaruhi komuniti luar

berganding bahu dalam merealisasikan pelaksanaan program yang dirancang.