Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

8
Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas Radziah Taris a *, Muhammad Hussin b a SK Lelaki Jalan Batu, 50350 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, Malaysia a b Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 43600, Malaysia Abstrak Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia untuk murid-murid sekolah rendah. Kebolehan membaca amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Murid yang tidak menguasai kemahiran bacaan akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas. Oleh yang demikian, kertas konsep ini membincangkan tentang masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Kertas konsep ini menerangkan tentang dua aspek sosioekonomi yang mempengaruhi kemahiran tersebut iaitu latar belakang pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa. Motivasi ekstrinsik pula dipilih kerana murid-murid pemulihan khas terdiri dari kanak-kanak berumur 9 tahun dan ke bawah dan belum mampu memotivasi diri sendiri (motivasi intrinsik). Kertas konsep ini juga mencadangkan pihak pengurusan sekolah konsisten dalam menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid pemulihan khas menguasai kemahiran membaca. Manakala pihak ibu bapa pula hendaklah peka dan prihatin tentang pencapaian anak. Galakan dan dorongan kepada anak-anak sangat penting dalam memastikan mereka termotivasi seterusnya dapat mencapai kecemerlangan. Kata kunci : tahap pendidikan, tingkat pendapatan, motivasi ekstrinsik, kebolehan membaca dan murid pemulihan khas Abstract Reading and writing are the basic skills in Malay Language for primary school’s student. Reading ability is utmost important to achieve greater success in the future. Student which did not have the ability to read will be placed in the remedial class. Thus, this concept paper aims to identify problems on reading ability among remedial class’s student s. This concept paper explaining about the two aspects in sosioeconomic which influenced that ability, that is educational background and parents’ level of income. Where else, extrinsic motivation was choosen since the remedial class’s student are aged between nine (9) years old and below and they not capable to motivate their own self (instrinsic motivasion). This concept paper also suggests the school management to be consistence in their will to help the remedial students. Meanwhile, parents should be aware and focus in their childrens’ achievement. Support and care for the children are most important in ensuring them to be motivated and further excell in their studies. Key words: education background, income level, extrinsic motivation, reading ability and remedial pupils Pengenalan Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis. Situasi ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis), kemudian kelas pemulihan khas dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah tidak menguasai kemahiran membaca ini masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia * Corresponding author. Tel.: +60192392606 E-mail address: [email protected]

description

Kertas Konsep yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Khas Universitas Negeri Jakarta

Transcript of Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Page 1: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik

Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris

a*, Muhammad Hussin

b

aSK Lelaki Jalan Batu, 50350 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, Malaysiaa bFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 43600, Malaysia

Abstrak

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia untuk murid-murid sekolah rendah.

Kebolehan membaca amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Murid yang

tidak menguasai kemahiran bacaan akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas. Oleh yang demikian, kertas konsep ini

membincangkan tentang masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Kertas

konsep ini menerangkan tentang dua aspek sosioekonomi yang mempengaruhi kemahiran tersebut iaitu latar belakang

pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa. Motivasi ekstrinsik pula dipilih kerana murid-murid pemulihan khas terdiri

dari kanak-kanak berumur 9 tahun dan ke bawah dan belum mampu memotivasi diri sendiri (motivasi intrinsik). Kertas

konsep ini juga mencadangkan pihak pengurusan sekolah konsisten dalam menggembeleng usaha mencapai matlamat

membantu murid-murid pemulihan khas menguasai kemahiran membaca. Manakala pihak ibu bapa pula hendaklah peka

dan prihatin tentang pencapaian anak. Galakan dan dorongan kepada anak-anak sangat penting dalam memastikan

mereka termotivasi seterusnya dapat mencapai kecemerlangan.

Kata kunci : tahap pendidikan, tingkat pendapatan, motivasi ekstrinsik, kebolehan membaca dan murid pemulihan khas

Abstract

Reading and writing are the basic skills in Malay Language for primary school’s student. Reading ability is utmost

important to achieve greater success in the future. Student which did not have the ability to read will be placed in the

remedial class. Thus, this concept paper aims to identify problems on reading ability among remedial class’s students.

This concept paper explaining about the two aspects in sosioeconomic which influenced that ability, that is educational

background and parents’ level of income. Where else, extrinsic motivation was choosen since the remedial class’s student

are aged between nine (9) years old and below and they not capable to motivate their own self (instrinsic motivasion). This

concept paper also suggests the school management to be consistence in their will to help the remedial students.

Meanwhile, parents should be aware and focus in their childrens’ achievement. Support and care for the children are

most important in ensuring them to be motivated and further excell in their studies.

Key words: education background, income level, extrinsic motivation, reading ability and remedial pupils

Pengenalan

Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13 peratus daripada jumlah

enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.

Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis. Situasi ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan

pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan

negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali

sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis), kemudian kelas pemulihan khas dan terbaru

ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah

tidak menguasai kemahiran membaca ini masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia

* Corresponding author. Tel.: +60192392606

E-mail address: [email protected]

Page 2: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris , Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

normal berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak

lagi, iaitu seawal usia 6 tahun. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar

sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.

Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas bacaan akan ditempatkan di kelas pemulihan

khas seawal usia 8 tahun. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang

lalu, iaitu sejak daripada awal 1970an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada

pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih

terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan

selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh

Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian Pelajaran

Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid

lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M – membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan,

strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam

pembelajaran (Rajesvari, 2008).

Kelas Pemulihan Khas wujud kerana wujudnya kanak-kanak yang tidak boleh membaca meskipun

mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seawal usia 7 tahun. Membaca merupakan aspek yang sangat

penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan

interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti

membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Justeru guru-

guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua

elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Menurut

Hasanalee dan Zulkifley (2007), proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu

pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur.

Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah

dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan

menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan

bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-

rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah.

Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang

serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.

Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan

membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa

membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja

serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan

pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan

makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang

terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru (Abdul Rasid dan Zulkafli,

2008).

Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering

mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca. Ia dapat dijadikan

sumber rujukan dan panduan bukan sahaja kepada guru-guru pemulihan khas tetapi juga kepada ibu bapa dan

penjaga murid yang terlibat, (Rajesvari, 2008).

Sosioekonomi Keluarga

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dalam kamus psikologi (2007, h.871) mendefinasikan taraf

sosioekonomi sebagai kedudukan status sosioekonomi sesuatu individu atau kumpulan dalam skala

sosioekonomi yang tertentu, yang mana terbentuk hasil daripada gabungan atau interaksi antara sosial dan

faktor ekonomi seperti pendapatan, jumlah atau jenis pendidikan, jenis pekerjaan dan persekitaran tempat

Page 3: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris, Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

tinggal dalam sesebuah masyarakat, turut wajar diambilkira asal usul etnik dan latar belakang agama. Definisi

ini adalah bermakna dan boleh diguna pakai di dalam konteks Afrika Selatan, dalam faktor inilah yang dapat

membezakan antara kumpulan sosioekonomi tinggi dan kumpulan sosioekonomi rendah. Magnuson and

Duncan (2006) dalam kajiannya telah mengenalpasti bahawa beberapa pengkaji mendefinasikan taraf

sosioekonomi mengikut takrifan masing-masing. Disebabkan perkara tersebut wujud percanggahan dari segi

pengukuran dan hasil kajian.

Faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan

ibu bapa pelajar (Rosna Awang Hashim et al., 2003). Manakala menurut Jeynes (2002), status sosioekonomi

keluarga kebiasaannya ditentukan melalui tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan ibu bapa dan tingkat

pendapatan. Manakala menurut Rosna Awang (2003), faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi

adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar.

Para saintis sosial kebiasaannya menggunakan salah satu sama ada pendapatan ibu bapa, pekerjaan

atau pendidikan ibu bapa dalam menentukan tingkat sosioekonomi keluarga, berlainan dengan pengkaji lain

yang mengambil ketiga-tiga aspek ini dalam menentukan tingkat ekonomi sosial (Magnuson & Duncan, 2006).

Satu kajian telah dilakukan di Afrika Selatan terhadap pengaruh taraf sosioekonomi ke atas pencapaian

pendidikan indikator yang digunakan dalam pengukuran tersebuat antaranya seperti sama ada rumah keluarga

tersebut memiliki televisyen atau radio, jenis kediaman, tahap pendidikan bapa, bilangan ahli rumah yang

berkongsi bilik tidur, dan pendapatan isi rumah (Themane et al., 2006). Justifikasi dalam menggunakan

indikator ini adalah kemampuan mereka menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa seterusnya sesuai

untuk kanak-kanak belajar.

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi dibahagi kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik, menurut Elliot et al. (1986), kedua-dua jenis

peneguhan ini penting bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar. Manakala Kazdin

(1984) pula menyatakan peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat

pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-

baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap.

Menurut Azizi (2006), motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan

menggerakkan individu supaya melakukan aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik

dapat dirangsang dalam bentuk pujian, insentif, hadiah, gred, dan membentuk suasana dan iklim persekitaran

yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Dalam kajian ini, motivasi ekstrinsik menggunakan definisi ini

tetapi difokuskan kepada pelajar pendidikan jarak jauh. Menurutnya juga, motivasi ekstrinsik diwujudkan

daripada rangsangan luaran untuk menggerakkan seseorang individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang

membawa manfaat kepada dirinya. Bentuk-bentuk rangsangan untuk motivasi ekstrinsik ialah seperti pujian,

insentif, hadiah, gred dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Bagi menjawab

objektif yang kedua, dapatan kajian menunjukkan motivasi ekstrinsik pelajar berada pada tahap tinggi.

Kebolehan Membaca

Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna

tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca sebagai

keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa

atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami

dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca

merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang

diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat

yang dibaca.

Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang

dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca

juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk

dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan

bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca (Abdul

Rasid, 2011).

Page 4: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris , Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

Suhaimi Razikin (1991) menyatakan kebolehan membaca merupakan satu daripada tuntutan hidup di

zaman moden ini. Kerajaan telah memberi keperihatinan yang serius untuk membudayakan tabiat membaca di

kalangan semua lapisan masyarakat. Matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang menerima pembacaan

sebagai cara hidup dan amalan yang berterusan berkait rapat dengan matlamat yang lebih besar iaitu

melahirkan masyarakat Malaysia yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi

dalam sistem nilai hidup mereka. Dalam ha1 ini pembacaan dilihat sebagai satu cara memperolehi ilmu.

Ahmad Othman (1990) menyatakan budaya membaca memberi erti suatu keadaan di mana wujudnya

satu masyarakat yang mencapai satu tahap amalan membaca yang meluas. Secara umumnya, ciri-ciri budaya

membaca dalam masyarakat ialah wujudnya individu-individu yang menyedari tentang keadaan di sekeliling

dan yang mempengaruhinya, individu yang mendapat kepuasan dengan menimba ilmu pengetahuan, mendapat

maklumat, penghayatan dan penghargaan daripada membaca.

Pemulihan Khas

Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada

awal 1970-an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang

bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid,

termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira (3M). Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001, menerusi

Unit Bahagian Sekolahnya, menunjukkan seramai 115,377 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia

menghadapi masalah pembelajaran dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Kajian oleh penyelidik

daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 pula mendapati 12.6 peratus daripada 20000 orang murid

tahun 1 hingga 3 di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran (Rajesvari, 2008).

Hubungan Antara Sosioekonomi Dengan Pencapaian

Menurut kajian Norazlinda (2007), berdasarkan sistem meritokrasi pelajar-pelajar yang sosioekonominya

rendah kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dapatan menunjukkan faktor-faktor seperti latar

belakang ekonomi keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya

kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga miskin

tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan miskin akan bertambah lebar. Justeru, ukuran

kecemerlangan (merit) dan kemampuan sosioekonomi boleh digunakan untuk menentukan kemasukan pelajar

ke IPTA.

Menurut Eamon (2005) dalam kajiannya, keluarga bersosioekonomi rendah mencatatkan markah ujian

rendah dan lebih berpotensi untuk berhenti sekolah. Murid-murid tersebut dikenalpasti mencatatkan markah

10 peratus lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan keluarga bersosioekonomi tinggi

(Seyfried, 1998). Faktor sosioekonomi dilihat sesuai dalam menggantikan pengaruh-pengaruh pendidikan yang lain

antaranya seperti campurtangan ibu bapa (McNeal, 2001).

Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar mendapati terdapat perkaitan yang positif di

antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993) pula

menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang ibubapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan

kepada anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan

persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak.

Manakala menurut Kamarudin Husin (1970), perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh

persekitaran. Seseorang individu merupakan hasil daripada pengalaman sosio budaya persekitaran.

Dalam kajian G. Conlon (2006), beliau mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sejarah

keluarga dengan kebolehan membaca perkataan tunggal, mengeja, kefahaman membaca, proses ortografik dan

kecekapan membaca kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang tidak mampu membaca dilihat

berkemungkinan lima kali ganda datang dari keluarga mempunyai sejarah masalah membaca Kajian oleh

Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar pula mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara

Page 5: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris, Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993), menyatakan

bahawa faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada

anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan

persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak.

Pertumbuhan seseorang individu akan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti baka dan

keturunan serta faktor luaran pemahaman serta kemudahan kesihatan. Pemakanan yang tidak cukup sama ada

dari segi kuantiti atau pun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang

seimbang boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan,kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan

protein. Faktor pewarisan atau pun baka juga boleh mempengaruhi pertumbuhan. Akibat dari taraf

sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan pemakanan seimbang tidak dapat disediakan dengan baik dan

mencukupi. Akibatnya, pola pertumbuhan terganggu dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan

kognitif kanak-kanak (Aida Baharuddin, 2004).

Menurut Zukina Yusoff (2003), anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi

yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-anak yang

datang daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang rendah. Ini kerana dalam keadaan status

sosial yang tinggi, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada

anak-anak mereka. Ibu bapa yang berstatus tinggi mampu menyediakan keperluan pendidikan sejak dari kanak-

kanak lagi. Ini membolehkan anak-anak mereka lebih berjaya dan berpeluang masuk ke IPT sedangkan mereka

yang tidak mampu terlepas peluang. Peluang untuk mendapat pendidikan tinggi memerlukan sejumlah kos

yang agak banyak. Sharifah Mohd Noor (1992) mendapati kelemahan anak-anak daripada kaum India adalah

berhubung rapat dengan status sosioekonomi keluarga mereka.

Kebanyakan kajian tentang pengaruh latar belakang pendidikan ibu bapa terhadap pencapaian anak

adalah dilakukan oleh Negara membangun. Kajian-kajian tersebut menghasilkan laporan yang lebih kurang

sama. Hasil daripada kajian Lockhead, Fuller dan Nyirongo (1989) terhadap sebahagian kanak-kanak Negara

Thailand dan Malawi mendapati bahawa pelajar yang mendapat keputusan baik dalam subjek Matematik

adalah terdiri daripada murid yang bapanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pekerjaan professional,

ibu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi serta keluarga yang tinggal di kawasan perumahan

selesa.

Hubungan Antara Motivasi Ekstrinsik Dengan Pencapaian

Kajian di dalam konteks Malaysia mencadangkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia adalah lebih tidak

semulajadi (ekstrinsik) berbanding untuk dimotivasi secara semulajadi (Intrinsik). Kajian terhadap

pembelajaran bahasa asing di UKM dan UiTM mendapati faktor tidak semulajadi (ekstrinsik ) telah menjadi

faktor yang mendominasi di kalangan pelajar-pelajar (Ainol Madziah dan Isarji, 2009). Kebanyakan pelajar-

pelajar dari kedua-dua universiti mempelajari bahasa asing bagi tujuan kerjaya masa hadapan mereka, untuk

menjadi lebih berpengetahuan dan untuk memenuhi kehendak graduasi mereka. Walaubagaimanapun,

penemuan mereka mendedahkan bahawa pelajar-pelajar UiTM lebih dimotivasikan secara semulajadi untuk

mempelajari bahasa asing berbanding pelajar-pelajar UKM kerana minat, keseronokan, untuk mempelajari

kesusasteraan budaya lain dan untuk tujuan melancong.

Dapatan kajian Azizi (2006) bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Azizi dan lain-lain

(2005) terhadap pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dalam kajian mereka,

motivasi ekstrinsik pelajar tingkatan empat berada pada sederhana (Min=3.43). Menurut kajian Siew dan

Nurjanah (2011), motivasi ekstrinsik lebih mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia berbanding motivasi

intrinsik. Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin (2009) telah menjalankan mengkaji tentang pembelajaran

bahasa asing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mereka

mendapati bahawa motivasi ekstrinsik sangat mempengaruhi pelajar.

Kajian Norlia Abd Aziz et al. (2006) yang menentukan hubungan antara motivasi dan gaya

pembelajaran pelajar dengan pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4 di empat buah sekolah di Kuala

Terengganu mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina,

etnik dan pencapaian awal tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam

dengan motivasi dalaman. Kajian ini sama dengan Nurul Ain dan Azizi (2012) yang mengkaji hubungan antara

faktor sikap, motivasi dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam

mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang melibatkan 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 5. Hasil dapatannya

Page 6: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris , Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

mendapati wujud hubungan yang signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi motivasi dan

gaya pembelajaran antara pelajar dan pelajar perempuan.

Menurut Abd.Wahab(1995), sokongan dan sikap daripada ibu bapa adalah penting untuk mewujudkan

minat membaca. Kalau ibu bapa tidak merasa perlu membaca sama ada untuk bekerja atau masa rehat maka

guru-guru mungkin menghadapi masalah di mana seseorang pelajar akan menganggap bahawa membaca

sebagai satu kemahiran yang tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya. Berdasarkan kajian yang telah

dibuat oleh Lepper, Corpus, dan Iyengar (2005), jelas dapat menunjukkan bahawa semakin banyak pengaruh

motivasi ekstrinsik diberikan kepada pelajar seperti ganjaran yang berbentuk wang akan menyebabkan

semakin menurun tahap motivasi intrinsik pelajar dan apabila tahap motivasi intrinsik pelajar semakin rendah,

akan menyebabkan pula pencapaian pelajar turut merosot.

Berlainan pula dengan hasil kajian Khairuddin (2011), beliau telah dapat membuktikan bahawa

terdapat hubungan yang positif antara motivasi intrinsik dengan pencapaian pelajar. Ini bermaksud

semakin pelajar diberi dorongan motivasi intrinsik, semakin meningkat keputusan pelajar. Sebaliknya berlaku

perhubungan negatif antara motivasi ekstrinsik dengan pencapaian pelajar. Maksudnya semakin pelajar diberi

dorongan motivasi ekstrinsik semakin merosot pencapaian pelajar

Perbincangan dan Cadangan

Usaha dan kesungguhan pihak pengurusan sekolah dalam semua murid mampu membaca seawal usia 9 tahun

wajar diteruskan. Guru-guru dan ibu bapa seharusnya bekerjasama untuk mencapai matlamat membantu

murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara langkah wajib dan biasa diambil

ialah dengan mengadakan kelas LINUS dan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat

seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang

keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian

pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan

pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam (Abd Rasid, 2008).

Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi ekstrinsik iaitu faktor popular, faktor mobiliti sosial,

faktor dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian. Melalui kajian, hubungan motivasi ekstrinsik memberi

pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan motivasi

ekstrinsik kurang mempengaruhi responden terhadap aktiviti pendidikan luar berbanding dengan motivasi

intrinsik. Hal ini kerana, sekiranya faktor–faktor motivasi ekstrinsik menguasai diri ia akan menjadi barah bagi

yang menjadikannya sebagai pegangan terhadap setiap individu. Ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh

seseorang individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam penyertaan aktiviti pendidikan luar.

Setiap ganjaran mahupun faktor luaran lain yang diperolehi hendaklah dianggap sebagai bonus tambahan yang

mempercepatkan lagi peningkatan kemahiran atau prestasi. Hal ini amat dibimbangi jikalau perkara ini

dijadikan matlamat utama, ianya akan merosakkan prestasi atau kemahiran individu itu sendiri dalam

penglibatannya terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara ini bertepatan dengan hasil kajian apabila mendapati

responden memberi tindak balas yang kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor luaran terhadap

aktiviti pendidikan luar (Mohad Anizu & Siti Salwa, 2010).

Kesimpulan

Kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah ilmu.

Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan

membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan (Yahya, 2008). Dalam pendidikan bahasa Melayu di

Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan

kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia

2000). Justeru, masalah membaca memberi kesan terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai keputusan

Page 7: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris, Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

yang lebih baik dalam semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Masalah membaca juga

dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata pelajaran (Tamam Timbang et all, 2011).

Keprihatinan guru boleh mengubah yang kurang atau tidak boleh membaca kepada suka dan mahir

membaca. Persekitaran yang sesuai yang disediakan di rumah oleh keluarga untuk merangsang kanak-kanak

supaya suka membaca akan membantu guru meneruskan dan memperkukuhkan minat kanak-kanak.

Kerjasama guru dan ibu bapa akan menjayakan persediakan modal insan yang diharap akan terus menjadi

harapan masyarakat dan ummah seluruhnya (Khadijah & Fatimah, T. Th)

Rujukan

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa

Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid

Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12

Abdul Wahab Mat. 1995. Hubungan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar-Pelajar SMKA Di Seberang Perai

Dengan Latar Belakang Keluarga Dan Persekitaran. Tesis Universiti Utara Malaysia

Aida Baharuddin. 2004. Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap

dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Kerai,

Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. 2009. Motivation To Learn A Foreign Language In Malaysia.

GEMA Online Journal of Language Studies. Vol. 9 (2), 73-87.

American Psychological Association. 2007. APA Dictionary of Psychology. Washington, DC: Author.

Anuar Abdullah. 1990. Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri Pelajar Dengan Pencapaian

Akademik. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. 2006. Psikologi Sosial: Alam Remaja.

Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Berns, R. M. 1993. Child, Family, Community: Socialization And Support. ( 3rd ed.). Forth Worth: Harcourt

Javanovich College.

Dacey, Travers. 1996. Human Development: Across The Lifespan. Masison,Wl: Brown & Benchmark.

Eamon, Mary. Keegan. 2005. Social-Demografic, School, Neigbourhood, and Parenting Influences On

Academic Achievement of Latino Young Adolescents. Journal of Youth And Adolescene, 34 (22), 163-

175.

Education Quality and Accountability Office. 1997. Inventions, Investigations, And Discoveries:

Administration Guide For Teachers And School Administrators. Toronto: Author.

Elizabeth G. Conlon, Melanie J. Zimmer-Gembeck, Peter A. Creed, Melinda Tucker. 2006. Family History,

Self-Perceptions, Attitudes And Cognitive Abilities Are Associated With Early Adolescent Reading

Skills. Journal of Research in Reading Volume 29, Issue 1, 11–32

Elliot L. Judd, Lihua Tan andHerbert J. Walberg. 1986. Teaching Additional Languages. International

Academy Of Education

Hariss, A. J. dan Sipay, E. R. 1980. How To Increase Reading Ability: A Guide to Development and Remedial

Methods. New York: Longman

Hasnalee Tubah, Zulkifley Hamid. 2007. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca Dan

Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47

Jeynes, William H. 2002. Examining The Effects Of Parental Absence On The Academic Achievement Of

Adolescents: The Challenge Of Controlling For Family Income. Journal of Family and Economic Issues

23(2).

Kamarudin Husin. 1970. Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Selangor :Utusan Publication & distributors

Sdn. Bhd

Khadijah Zon & Fatimah Saleh. T Th. Kesan Keprihatinan Guru dalam Latihan Kemahiran Awal

Bacaan.USM

Khairuddin Nisa. 2011. Kesan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Extrinsik Ke Atas Pencapaian Pelajar

Tingkatan 5 SMK Khir Johari Sungai Sumun. Universiti Perguruan Sultan Idris

Lockhead, Fuller dan Nyirongo. 1989. Family Effect Of Students’ Achievement In Thailand And Malawi.

Sosiology of Education, 62 (4): 239-56

Page 8: Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas

Radziah Taris , Muhammad Hussin

Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

Lepper, M. R., Corpus, J. H., & Iyengar, S. S. 2005. Intrinsic And Extrinsic Motivational Orientations In

The Classroom: Age Differences And Academic Correlates. Journal of Educational Psychology,

97(2), 184-196

Magnuson, K. A., & Duncan, G. J. 2006. The Role Of Family Socioeconomic Resources In The Black-White

Test Score Gap Among Young Children. Developmental Review 26, 365-399.

Marohaini Yusoff. 1989. Penggunaan Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dalam Bacaan: Pengajaran

Perbendaharaan Kata. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka .

McNeal, Ralph B. 2001. Differential Effect Of Parental Involvement On Cognitive And Behavioral Outcomes

By Sosioeconomic Status. Journal Of Sosio-economic. 30 (20),171

Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. 2010. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik

Ke Atas Penglibatan Para PelajarTerhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes. Fakulti

Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia. Mojaribanks, Kevin. 1996. Family Learning Environment and Student’s Outcomes : A Review. Journal Of

Corporative Family Studies, 27 (20), 373-394

Norazlinda Saad. 2007. Meritokrasi: Faktor Sosio Ekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi. Sintok.

Penerbitan : Universiti Utara Malaysia

Nurul Ain Hamsari, Azizi Yahaya. 2012. Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap

Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 , 30-57

Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Lee Meng Ling. T Th. Hubungan Antara

Tahap Pendidikan Ibu Bapa Dengan Tahap Perkembangan Psikososial Pelajar Kaunseling. Universiti

Teknologi Maklumat Skudai Johor. Malaysia.

Rajesvari Ramasamy. 2008. Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Sintok : Universiti

Utara Malaysia.

Rosna Awang Hashim, Noran Fauziah Yaacob, Jahara Hashim, Abu Hassan Othman dan Ruzlan Md Ali.

2003. Correlates Of Academic Help Seeking Behaviors Among Adolescents: Insights From A Cognitive

Motivational Perspective. IRPA Research Grant. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Seyfried, Sherri, F. 1998. Academic Achievement Of African American Preadolescents: The Influence Of

Teacher Perception. American Journal Of Community Psychology, 26

Sharifah Mohd Noor. 1992. Faktor-Faktor Latar Belakang Yang Berkaitan Dengan Pencapaian Akademik

Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 11, 1991/92. 61-69.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat. 2011. Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam

Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

89-107

Thang Siew Ming, Ting Siew Ling, Nurjanah Mohd Jaafar. 2011. Attitudes And Motivation Of Malaysian

Secondary Students Towards Learning English As A Second Language: A Case Study. 3L: The

Southeast Asian Journal of English Language Studies – Vol 17(1): 40 – 54

Themane, M. J., Koppes L. L. J., Monyeki, K. D., Twisk, J. W. R., & Kemper, H. C. G. 2006. Relationship

Between Socio-Economic Status And Educational Achievements Of Ellisras Rural Primary School

Children, South Africa. African Journal for Physical, Heath Education Recreation and Dance, 12, 298-

309.

Utusan Malaysia. 2012. 13 Januari

Yahya Othman. 2008. Proses Dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra

Malaysia.

Zukina Yusoff. 2003. Hubungan antara Latar Belakang Keluarga dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Melayu dalam PMR. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia

Zulkifley Hamid. 1990. Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behavioris. Dewan Bahasa

34(5):326-331