Sosioemosi remaja

7
1.0 PENGENALAN Peringkat remaja merupakan satu zaman dalam kehidupan seseorang yang penuh dengan cabaran dan dikenali juga sebagai zaman yang penuh dnegan gelora dan stres. Oleh itu, persediaan ke alam dewasa dan pekerjaan memerlukan remaja mempunyai pendidikan formal yang lebih tinggi. Remaja turut berhadapan dengan berbagai masalah berkaitan pembelajaran yang menggugat ke arah matlamat alam dewasa. Perkembangan dalam kehidupan seseorang boleh dilihat dalam pelbagai perspektif iaitu fizikal dan motor, kognitif dan intelektual serta sosial dan emosi. Secara umumnya, peringkat remaja merupakan permulaan pemikiran formal dan ketika ini mereka berupaya menguasai pemikiran kreatif, kritis dan penyelesaian masalah. Perkembangan sosial dikatakan sebagai perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain manakala perkembangan emosi pula berkaitan dengan perasaan seseorang sama ada sedih, marah, gembira dan sebagainya. Menurut Suizzo (2000), beliau mengatakan bahawa fungsi kognitif dan fungsi emosi dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja saling bertindak ke atas satu sama lain yang akan meningkatkan keupayaan mereka untuk memikirkan dan memahami emosi mereka, mempertimbang perspektif orang lain dan mengelak atau merancang tindakan mereka. Kawalan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mengawal sebaiknya tindak balas emosinya dalam konteks neurophysiological dan biochemical, tingkah laku dan kognitif (Bennathan, 1992). Keadaan emosi kanak-kanak dan remaja perlu difahami oleh ibu bapa dan guru. Menurut Bennathan lagi, kanak-kanak tidak ke sekolah atas 1

Transcript of Sosioemosi remaja

Page 1: Sosioemosi remaja

1.0 PENGENALAN

Peringkat remaja merupakan satu zaman dalam kehidupan seseorang yang penuh dengan

cabaran dan dikenali juga sebagai zaman yang penuh dnegan gelora dan stres. Oleh itu,

persediaan ke alam dewasa dan pekerjaan memerlukan remaja mempunyai pendidikan formal

yang lebih tinggi. Remaja turut berhadapan dengan berbagai masalah berkaitan pembelajaran

yang menggugat ke arah matlamat alam dewasa. Perkembangan dalam kehidupan seseorang

boleh dilihat dalam pelbagai perspektif iaitu fizikal dan motor, kognitif dan intelektual serta

sosial dan emosi. Secara umumnya, peringkat remaja merupakan permulaan pemikiran

formal dan ketika ini mereka berupaya menguasai pemikiran kreatif, kritis dan penyelesaian

masalah. Perkembangan sosial dikatakan sebagai perhubungan antara seseorang dengan

seseorang yang lain manakala perkembangan emosi pula berkaitan dengan perasaan

seseorang sama ada sedih, marah, gembira dan sebagainya.

Menurut Suizzo (2000), beliau mengatakan bahawa fungsi kognitif dan fungsi emosi

dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja saling bertindak ke atas satu sama lain yang

akan meningkatkan keupayaan mereka untuk memikirkan dan memahami emosi mereka,

mempertimbang perspektif orang lain dan mengelak atau merancang tindakan mereka.

Kawalan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mengawal sebaiknya

tindak balas emosinya dalam konteks neurophysiological dan biochemical, tingkah laku dan

kognitif (Bennathan, 1992). Keadaan emosi kanak-kanak dan remaja perlu difahami oleh ibu

bapa dan guru. Menurut Bennathan lagi, kanak-kanak tidak ke sekolah atas sebab

pengalaman dan sikap yang sama dengan rakan-rakannya. Oleh itu, adalah menjadi suatu

yang kurang bijak bagi seseorang guru menanamkan dalam pemikirannya bahawa memahami

kurikulum adalah penting daripada memahami pelajarnya.

1

Page 2: Sosioemosi remaja

2.0 CADANGAN MENINGKATKAN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DALAM

KALANGAN REMAJA

2.1 Peranan ibu bapa

Ibu bapa adalah orang yang penting dalam kehidupan seseorang. Hurlock (1973)

berpendapat ibu bapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Cara

seseorang disosialisasikan oleh ibu bapa memberi kesan yang mendalam dalam

perkembangan sama ada amalan pemeliharaan anak ataupun cara mendisiplinkan anak, ia

amat mempengaruhi pembentukan personaliti mereka. Ibu bapa mempunyai tiga peranan

utama dengan anak remaja iaitu menyediakan keperluan asas, melindungi anak dan

membimbing dan menyokong perkembangan fizikal dan psikologi. Menurut kajian yang

pernah dibuat di luar negara menunjukkan terdapat beberapa ciri-ciri ibu bapa yang

diperlukan oleh mereka sebagai seorang remaja. Ibu bapa haruslah menunjukkan minat

kepada anak dan sentiasa ada apabila diperlukan, meluangkan masa untuk mendengar

masalah anak dan cuba memahami mereka, bercakap dengan mereka dan bukannya bercakap

kepada mereka, menunjukkan kasih sayang dan mempercayai serta menjangkakan yang

terbaik untuk mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu melayan mereka seperti orang dewasa

dan menunjukkan contoh yang baik serta dapat mendisiplinkan anak secara adil.

2.2 Peranan rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya adalah kuat pada peringkat remaja dan ia amat penting dalam

perkembangan remaja. Keperluan kedua dalam model hirarki keperluan Maslow

menunjukkan keperluan kekitaan remaja dalam menjadi ahli kepada satu kumpulan rakan

sebaya dan diterima oleh mereka menunjukkan begitu kuat pengaruh rakan sebaya ini. Hal ini

menunjukkan bahawa remaja mahu mengidentifikasikan diri mereka dengan kumpulan rakan

sebaya dan mahu diterima oleh kumpulan tersebut. Sahabat handai memainkan peranan

penting dalam pembentukan personaliti dan sosial yang sihat. Selain itu, mereka juga menjadi

tempat untuk meluahkan perasaan suka dan duka, seseorang yang boleh menyimpan rahsia

dan berkongsi pengalaman dan juga dapat memberi sokongan moral apabila diperlukan.

Ormrod (1998) mengatakan bahawa hubungan rakan sebaya menghasilkan sekurang-

kurangnya tiga perkara penting iaitu sokongan emosi, informasi mengenai tingkah laku dan

nilai yang sesuai, dan arena untuk perkembangan kemahiran bersosial.

2

Page 3: Sosioemosi remaja

2.3 Peranan guru

Guru memainkan peranan penting apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal

menyediakan suasana yang menyumbang kepada pelindung kepada diri remaja. Guru-guru di

sekolah yang mampu mewujudkan hubungan yang penyayang, jangkaan yang tinggi dan

peluang untuk pelajar mengambil bahagian akan melahirkan ciri-ciri remaja resilient

(Bernard & Marshall. 1997). Resilient atau ketahanan diri secara menyeluruh adalah lebih

penting dan merupakan salah satu cara yang dapat menyumbang ke arah perkembangan

sosioemosi yang sihat dalam menghadapi cabaran alaf baru ini.

2.3.1 Hubungan yang penyayang

Dalam satu teori psikologi perkembangan, salah satu daripada tugas utama remaja

ialah pencarian identiti (Woolfolk, 1998). Remaja kini sering berhadapan dengan krisis

identiti di mana mereka sudah mampu mempersoalkan kewujudan mereka. Hubungan yang

penyayang ini dapat diwujudkan dengan memberi perhatian, kasih sayang dan sokongan

yang konsisten untuk membina kepercayaan pelajar. Justeru itu, guru yang prihatin dapat

menjadi contoh terbaik kerana apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal menyediakan

suasana harmoni, bertimbang rasa dan penyayang, ia dapat menyalurkan kefahaman,

penghormatan dan minat individu remaja.

2.3.2 Jangkaan yang tinggi

Guru harus menyemai sikap ‘saya boleh’ dalam pemikiran remaja dan diikuti strategi

untuk mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian akademik yang baik dapat diperoleh

apabila sekolah yang menentukan jangkaan yang tinggi dan strategi yang sesuai kerana ia

menjanjikan pelaburan yang tinggi daripada pelajar. Dapatan kajian yang dirumuskan

daripada oleh Cavington (1998) menunjukkan bahawa individu yang mempunyai keyakinan

terhadap diri sendiri mampu menghadapi masa depan dengan lebih berjaya walaupun mereka

kurang berkebolehan, berbanding dengan individu yang berkebolehan tetapi kurang yakin

akan kebolehan mereka.

3

Page 4: Sosioemosi remaja

2.3.3 Mewujudkan peluang untuk pelajar mengambil bahagian

Guru harus memaksimumkan potensi individu dengan memberi perhatian terhadap

kekuatan yang ada dalam diri seseorang dan kurang memberi perhatian terhadap kelemahan

mereka. Di sekolah, penyediaan ruang bagi setiap pelajar menyumbang kepakaran mereka

sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum adalah perlu dan amat penting. Pelajar

yang tidak menyertai apa-apa aktiviti sekolah akan berasa terasing dan tersisih dari sekolah.

Guru harus terlebih dahulu percaya dan yakin bahawa setiap individu itu dilahirkan dengan

pelbagai potensi yang boleh dididik. Hal ini kerana, sesuatu perubahan itu mengambil masa

dan tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan melainkan dengan usaha.

3.0 KESIMPULAN

Terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mempengaruhi

perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa, rakan sebaya, guru dan

persekitaran ternyata mempengaruhi pengaruh masing-masing dalam perkembangan

sosioemosi remaja. Setiap pihak harus bertanggungjawab untuk membimbing dan

membentuk remaja ini demi memastikan kesejahteraan sosioemosi mereka dapat dibina dan

dikekalkan. Isu mengenai perkembangan sosial dan emosi penting berkaitan kesejahteraan

hidup. Remaja yang gagal mengatasi kedua-dua isu ini berkemungkinan berhadapan dengan

beberapa masalah lain seperti cicir sekolah, menagih dadah dan terlibat dengan tinglah laku

delinkuen. Gangguan emosi pula dapat dilihat dalam pelbagai bentuk gangguan personaliti

seperti malu, mengasingkan diri, tidak yakin dan tingkah laku devian. Remaja yang resilient

mampu menghadapi segala kesukaran hidup dengan lebih berjaya, lantas menyumbang ke

arah perkembangan sosioemosi yang sihat.

4

Page 5: Sosioemosi remaja

4.0 RUJUKAN

Bennathan, M. (1992). The care and education of troubled children. Therapeutic Care and

Education, 10 (1), 37-49

Bernard, B. & Marshall, K. (1997). A framework for practice: Tapping innate resilience.

Research/Practice: Center for Applied Research and Educational Improvement, 5(1),

University of Minnesota

Covington, M.V. (1998). The Will to Learn: A Guide for Motivating Young People.

Cambridge: Cambridge University Press

Hurlock, E. (1973). Adolescent development. New York: McGraw Hill

Ormrod, J.E. (1998). Educational Psychology Developing Learners (2nd Ed.). Merill Prentice

Hall

Suizzo, M.A. (2000) . The social-emotional development and cultural contexts of cognitive

development: Neo-piagetian perspectives. Child Development. 71, 846-849

Woolfolk, A.E. (1998) .Educational Psychology (7th. Ed.). MA: Allyn and Bacon

5