Stattik Part 1

12
Describe the curriculum specification for the statistics and probability components.

description

stat

Transcript of Stattik Part 1

Page 1: Stattik Part 1

Describe the curriculum specification for the

statistics and probability components.

Page 2: Stattik Part 1

PENGENALAN Mata pelajaran statistik dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik ini perlu diajar di peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana untuk mengumpul, memproses dan menganalisis data.

Di Malaysia, ilmu statistik telah mula diajar sejak sekolah rendah bermula pada Tahun 3 melalui topik “Perwakilan Data”.

Ini kerana telah menjadi Dasar Pendidikan Negara yang berobjektifkan untuk menyediakan modal insan yang mampu berdaya saing dan berdikari serta menepati keperluan dan kehendak pasaran pada masa hadapan

Page 3: Stattik Part 1

PERWAKILAN DATA

Peringkat-peringkat Perwakilan Data

Page 4: Stattik Part 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

(STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN) Murid-murid sekolah rendah tidaklah mempelajari topik perwakilan data secara mendalam malah mereka memahami asas perwakilan data.

Manakala Topik Kebarangkalian merupakan salah satu tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Menengah.

Topik ini mula diajar dalam tingkatan empat. Ia juga dipelajari oleh pelajar Tingkatan Lima iaitu sambungan dalam Tingkatan Empat.

Topik ini tidak diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah.

Ini kemungkinan besar topik Statistik dan Kebarangkalian adalah terdiri daripada skop pengetahuan dan kemahiran yang luas perlu dikuasai sepanjang proses pembelajaran serta sukar untuk difahami dalam kalangan murid sekolah rendah.

Page 5: Stattik Part 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK (TAHUN 3)

Topik pengumpulan diperkenalkan kepada murid-murid tahun 3

mempelajari topik perwakilan data dimana murid mempelajari cara mengumpul, mengelas dan menyusun data.

Ketiga-tiga kaedah ini merupakan asas kepada perwakilan data.

Murid-murid mengumpul data berdasarkan situasi harian dan mengelas dan menyusun data menggunakan jadual.

Page 6: Stattik Part 1

Contoh :

Guru membimbing murid bagaimana

mengelas dan menyusun data menggunakan

jadual.

Guru membimbing murid bagaimana

mengelas dan menyusun data menggunakan

jadual.

.

Page 7: Stattik Part 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK (TAHUN 4)

• Murid-murid mempelajari graf palang di bawah topik perwakilan data.

• Murid-murid menggunakan graf palang untuk membaca dan mempamerkan data.

• Guru membimbing murid untuk mengumpul dan menganalisa maklumat daripada graf palang dengan menggunakan soalan yang bersesuaian.

• Guru memberi maklumat dalam bentuk jadual dan murid diminta menukar maklumat kepada graf palang.

Page 8: Stattik Part 1

Contoh :

Page 9: Stattik Part 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK (TAHUN 5)

• Murid-murid memahami dan menggunakan istilah yang berkaitan dengan purata.

• Perkataan purata mula diperkenalkan dalam topik ini. • Murid dibimbing untuk menyatakan purata daripada dua atau tiga

kuantiti. • Menentukan formula untuk purata. • Murid juga menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan dalam purata. • Guru memberi penekanan terhadap pengiraan purata tanpa baki.• Mengemukakan soalan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.• Mereka diberi penekanan terhadap pengiraan purata melibatkan nombor,

wang, masa, ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair serta kuantiti benda dan orang.

• Diberi penjelasan tentang istilah yang berkaitan dengan data pada graf.• Murid mengenal pasti frekuensi, mod, julat, nilai maksimum dan nilai

minimum daripada graf palang.

Page 10: Stattik Part 1

Contoh :

Page 11: Stattik Part 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK (TAHUN 6)

• Perwakilan data dikategorikan kepada dua bahagian iaitu memahami serta mengira purata dan mentafsir data daripada jadual dan carta.

• Mentafsir data daripada carta pai. • Carta Pai adalah satu carta yang berbentuk bulatan yang dibahagi

kepada beberapa bahagian atau sektor. • Ia adalah carta khas yang menggunakan pie slice suntuk menunjukkan

saiz-saiz relatif data yang diwakili.• Setiap potongan bahagian ini menggambarkan perkadaran kategori

pengelasan data. • Ia adalah penting untuk menunjukkan populasi keseluruhan dimana ia

boleh dibahagi-bahagikan kepada bahagian-bahagian dan menunjukkan apakah pewakilan bahagian dari keseluruhan bahagian.

• Keseluruhan populasi diwakili dengan satu bulatan. Setiap slice mewakili sebahagian dari keseluruhan.

• Memperkenalkan istilah min sebagai nilai purata.

Page 12: Stattik Part 1

Contoh :