SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami...

10
Assalamu alaikum kepada semua ahli Puspanita sekelian, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Biro Penerbitan dan Seranta yang telah berusaha dengan gigih menerbitkan Suara Puspanita SPA Siri Kedua 2006 ini. Begitu juga kepada ahli- ahli Puspanita yang telah turut serta memberikan sumbangan buah fikiran dan penulisan untuk dimuatkan dalam Suara Puspanita SPA. Saya harap usaha-usaha murni ini akan dapat diteruskan demi memberikan manafaat kepada ahli-ahli sekelian. Saudari-saudari sekelian, Tahun 2005 sudah berlalu dan 2006 telah menjelang tiba. Banyak pengalaman manis dan pahit telah kita lalui . Ini semua akan menjadikan diri kita semakin matang dan menguatkan lagi azam dan jati diri kita untuk terus berjuang. Ikatan kekeluargaan hendaklah kita kukuhkan. Tanggungjawab kita sebagai isteri, ibu dan pekerja khidmat awam serta sebagai ahli persatuan hendaklah kita laksanakan dengan seimbang. Dengan itu barulah dapat kita capai matlamat yang ditentukan. Berusahalah tanpa jemu. Jadikan pengalaman yang buruk sebagai sempadan dan pengalaman yang baik sebagai pedoman. Lakukanlah segala amalan dengan ikhlas kerana dengan cara itu sahaja hati kita menjadi tenang. Elakkan sifat-sifat negatif saperti pendendam, pemarah dan seumpamya, dan ganti dengan sifat-sifat mulia saperti sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa ingin membantu orang lain dan sentiasa bersikap positif. Memang sukar dilaksanakan bagi sesetengah orang tetapi saya percaya dengan tekad yang kuat saudari-saudari sekelian akan berjaya mengatasinya. Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha yang akan menjelma tidak lama lagi dan Selamat menyambut Tahun Baru 2006. Semoga usaha kita selama ini mendapat rahmat dan diberkati Allah jua. Amiin.. Wanita Sepakat Negara Meningkat. Rohani Saim Pengerusi Puspania SPA 28.12.2005 [email protected] PERUTUSAN PENGERUSI PUSPANITA SPA SUARA PUSPANITA SPA Januari 2006/Zulhijjah 1426H Bil 1/2006 (Edisi 2) ISI KANDUNGAN Kami mengalu- alukan sumbangan dan maklumbalas anda. Hantarkan kepada … [email protected] Minda Pengarang 2 Aktiviti Biro 3 Berita Semasa 5 Sudut IT 8 Rehat Minda 9 Motivasi 10 Imbasan 2005 12 Resepi 17 Petua 18 Novel 19 Kalendar 20 menyajikan imbasan sepanjang tahun 2005 sebagai penutup tirai serta berita-berita semasa keluar dan masuk pegawai di SPA. Aktiviti yang dilaksanakan adalah sambungan dari aktiviti yang disiarkan dalam Suara PUSPANITA Bil. 1/2005 keluaran bulan Jun. Di kesempatan ini, kami Sidang Redaksi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penerbitan kami yang menyinggung mana-mana pihak. Akhir kata sambutlah salam ukhwah dari saya dan Sidang Redaksi. Semoga usaha- usaha kita akan diberkati Allah swt., insyaAllah. Wassalam. Pengerusi Penerbitan (Afidah Mohd Isa) Selamat Membaca Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan dorongan dan kekuatan kepada kami untuk menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha untuk meluaskan maklumat dan menyebarkan perkembangan PUSPANITA khususnya di SPA. Dalam kita mengharungi dunia moden yang serba canggih ini dengan masa yang beredar menambahkan lagi pengalaman kita maka pengalaman yang lalu jadikan sempadan untuk menempuh dugaan di masa akan datang Sebagai kakitangan awam kita hendaklah menjalankan kerja dengan amanah dan jangan melakukan kerja yang memburukkan keperibadian kita dan laksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Ingatlah segala rezeki datangnya dari Allah swt. Muka 2 SUARA PUSPANITA SPA MINDA PENGARANG Minda Pengarang Penasihat Ketua Pengarang Pengarang Rekabentuk Grafik Cetakan Pn. Hjh Rohani Saim Pn. Afidah Mohd Isa Pn. Ai’sah Hussin Cik Nurul Fauzana Kapi @ Kahbi Cik Halina Ibrahim Cik Kamisah Hamzah Pn. Rosyatimah Misnoh Pn. Afidah Mohd Isa / Pn. Ai’sah Hussin Biro Penerbitan PUSPANITA SPA SIDANG REDAKSI PENERBITAN PUSPANITA SPA

Transcript of SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami...

Page 1: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Assalamualaikum kepada semua ahli Puspanita sekelian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Biro Penerbitan dan Seranta yang telah berusaha dengan gigih menerbitkan Suara Puspanita SPA Siri Kedua 2006 ini. Begitu juga kepada ahli-ahli Puspanita yang telah turut serta memberikan sumbangan buah fikiran dan penulisan untuk dimuatkan dalam Suara Puspanita SPA. Saya harap usaha-usaha murni ini akan dapat diteruskan demi memberikan manafaat kepada ahli-ahli sekelian. Saudari-saudari sekelian, Tahun 2005 sudah berlalu dan 2006 telah menjelang tiba. Banyak pengalaman manis dan pahit telah kita lalui . Ini semua akan menjadikan diri kita semakin matang dan menguatkan lagi azam dan jati diri kita untuk terus berjuang. Ikatan kekeluargaan hendaklah kita kukuhkan. Tanggungjawab kita sebagai isteri, ibu dan pekerja khidmat awam serta sebagai ahli persatuan hendaklah kita laksanakan dengan seimbang. Dengan itu barulah dapat kita capai matlamat yang ditentukan.

Berusahalah tanpa jemu. Jadikan pengalaman yang buruk sebagai sempadan dan pengalaman yang baik sebagai pedoman. Lakukanlah segala amalan dengan ikhlas kerana dengan cara itu sahaja hati kita menjadi tenang. Elakkan sifat-sifat negatif saperti pendendam, pemarah dan seumpamya, dan ganti dengan sifat-sifat mulia saperti sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa ingin membantu orang lain dan sentiasa bersikap positif. Memang sukar dilaksanakan bagi sesetengah orang tetapi saya percaya dengan tekad yang kuat saudari-saudari sekelian akan berjaya mengatasinya.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha yang akan menjelma tidak lama lagi dan Selamat menyambut Tahun Baru 2006. Semoga usaha kita selama ini mendapat rahmat dan diberkati Allah jua. Amiin.. Wanita Sepakat Negara Meningkat. Rohani Saim Pengerusi Puspania SPA 28.12.2005 [email protected]

PERUTUSAN PENGERUSI PUSPANITA SPA

SUARA PUSPANITA SPA

Januari 2006/Zulhijjah 1426H Bil 1/2006 (Edisi 2)

ISI KANDUNGAN

Kami mengalu-alukan sumbangan dan maklumbalas

anda. Hantarkan kepada … [email protected]

Minda Pengarang 2 Aktiviti Biro 3 Berita Semasa 5 Sudut IT 8 Rehat Minda 9 Motivasi 10 Imbasan 2005 12 Resepi 17 Petua 18 Novel 19 Kalendar 20

Suara PUSPANITA kali ini akan menyajikan imbasan sepanjang tahun 2005 sebagai penutup tirai serta berita-berita semasa keluar dan masuk pegawai di SPA. Aktiviti yang dilaksanakan adalah sambungan dari aktiviti yang disiarkan dalam Suara PUSPANITA Bil. 1/2005 keluaran bulan Jun.

Di kesempatan ini, kami Sidang Redaksi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penerbitan kami yang menyinggung mana-mana pihak.

Akhir kata sambutlah salam ukhwah dari saya dan Sidang Redaksi. Semoga usaha-usaha kita akan diberkati Allah swt., insyaAllah. Wassalam.

Pengerusi Penerbitan (Afidah Mohd Isa)

Selamat Membaca

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan dorongan dan kekuatan kepada kami untuk menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha untuk meluaskan maklumat dan menyebarkan perkembangan PUSPANITA khususnya di SPA.

Dalam kita mengharungi dunia moden yang serba canggih ini dengan masa yang beredar menambahkan lagi pengalaman kita maka pengalaman yang lalu jadikan sempadan untuk menempuh dugaan di masa akan datang

Sebagai kakitangan awam kita hendaklah menjalankan kerja dengan amanah dan jangan melakukan kerja yang memburukkan keperibadian kita dan laksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Ingatlah segala rezeki datangnya dari Allah swt.

Muka 2 SUARA PUSPANITA SPA

MINDA PENGARANG

Minda Pengarang

Penasihat

Ketua Pengarang

Pengarang

Rekabentuk Grafik

Cetakan

Pn. Hjh Rohani Saim

Pn. Afidah Mohd Isa

Pn. Ai’sah Hussin

Cik Nurul Fauzana Kapi @ Kahbi

Cik Halina Ibrahim

Cik Kamisah Hamzah

Pn. Rosyatimah Misnoh

Pn. Afidah Mohd Isa / Pn. Ai’sah Hussin

Biro Penerbitan PUSPANITA SPA

SIDANG REDAKSI PENERBITAN PUSPANITA SPA

Page 2: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

TARIKH AKTIVITI

22 Ogos 2005 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2004 dan Ceramah Agama disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Mohamad Shahir bin Haji Abdullah – Ahli Surujanjaya yang bertajuk “Kecemerlangan Dalam Islam”.

02 Sept 2005 Majlis Bacaan Yassin dan SolaT Hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2005 (muslimah sahaja).

23 Sept 2005 Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Berbuka bagi anggota-anggota SPA yang telah kembali ke Rahmatullah di bimbing oleh Ustazah Rokian binti Ibrahim dari Jakim (muslimah sahaja).

05 Okt 2005 (Sepanjang Ramadhan)

Majlis Tadarus Al-Quran diadakan sepanjang bulan Ramadhan dan seramai 44 orang ahli yang mengambil bahagian.

19 Okt 2005

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Berbuka Puasa serta Solat Tarawih.

28 Okt 2005 Majlis Khatam Al-Quran. Nota: Anjuran bersama PUSPANITA SPA dan PASPA.

TARIKH AKTIVITI

4 Okt 2005

Lawatan amal ke Pondok Penyayang Raudah, Gombak

Anjuran bersama PUSPANITA SPA dan PASPA. Seramai 55 orang ahli PUSPANITA dan PASPA menyertai lawatan tersebut. Sumbangan seperti baju, makanan, buku nota dan pen telah diberi kepada anak-anak tersebut.

7 Okt 2005

Sumbangan ikhlas buah kurma kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil SPA bersempena bulan Ramadhan.

24 Okt 2005

Pengedaran Kad Hari Raya kepada semua ahli PUSPANITA daripada Pengerusi PUSPANITA Cawangan SPA.

25 Nov 2005 Jamuan Hari Raya AidilFitri yang telah diadakan di Dewan Temu Duga, Aras 6, SPA Putrajaya.

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 3

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

AKTIVITI BIRO

BIRO AGAMA

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Penerbitan:

Mengeluarkan buletin Suara PUSPANITA SPA. Mengambil gambar aktiviti—aktiviti yang dijalankan oleh PUSPANITA SPA

seperti Jamuan Hari Raya dan lain-lain. Menguruskan jualan Kad Hari Raya 2005.

Contoh kad raya tahun 2005

BIRO SUKAN

BIRO PENERBITAN

Bil 1/2006 (Edisi 2)

AKTIVITI BIRO

BIRO PENDIDIKAN

PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menyertai Sukan anjuran PUSPANITA JPM di dalam beberapa acara. Acara yang telah disertai oleh PUSPANITA Cawangan Kecil SPA adalah seperti berikut:

1. Bowling - Tempat ke 2 (Jabatan) Pertama Individu 2. Congkak dan Karam - Kalah 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat Kedua 5. Ping Pong - Tempat Ketiga

Tahniah kepada pasukan Badminton dan Ping Pong kerana telah berjaya dan bagi acara-acara lain usaha lagi bagi meningkatkan lagi mutu sukan PUSPANITA SPA.

TARIKH AKTIVITI

22 Ogos 2005

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2004 dan Ceramah Agama

disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Mohamad Shahir bin Haji Abdullah - Ahli Suruhanjaya yang bertajuk “Kecemerlangan Dalam Islam”.

5—9 Sep 2005

Pendaftaran pelajar baru di kaunter NCCC untuk Sesi 2006, Aras 1, Blok C7, SPA.

2 Okt 2005

Majlis graduan anak-anak tadika NCCC di Dewan Anuwar Mahmud, UKM.

Muka 4

Page 3: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

PK

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 5

BERITA SEMASA

PEGAWAI YANG BERTUKAR TAHUN 2005

BIRO EKONOMI

BIL BAH NAMA JABATAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

TM TM TM TM TM TM NT NT PN KT KT KT KT PG PG PG PG PG PE PK PK PK PK PK PK

Pn. Rosnita Bt. Abdul Kahar Cik Roszita Bt. Mohd Ahyar Pn. Resadah Bt. Yusof Pn. Azimah Bt. Ahmad Pn. Rafizah Bt. Abd Rahman Pn. Noraidah Bt. Mohd Nadzir Pn. Norazura Bt. Abd Talib Pn. Muhibbah Bt. Abdul Manap Pn. Zanariah Bt. Ibrahim Pn. Rakizah Bt. Ahmad Pn. Habsah Bt. Hashim Pn. Rohani Bt. Mohd Zairi Pn. Norsuliha Bt. Mohamad Shahar Pn. Sharifah Ruhani Syed Abu Bakar Pn. Rosnani Bt. Abd Rahman Pn. Nor Azmah Bt. Ajmain Cik Asnida Bt. Ali Cik Nurul Syazlin Bt. Zulkapli Cik Nor Azlinda Bt. Yusof Pn. Suzliyana Hanan Bt. Zanudin Pn. Zaharah Bt. Mohamad Pn. Arsyiah Bt. Talib Pn. Norliah Bt. Abu Bakar Pn. Gemilah Bt. Samsudin Pn. Omai Kalsum Bt. Ahmad

Jab. Imigresen Kem. Wilayah Persekutuan Jab. Akauntan, Kuantan Kem. Pengajian Tinggi ILP, Samarahan Kem. Sains Tek. & Inovasi PK, SPA (*Dalaman) JPJ JPJ, Ipoh Jab. Penilaian Harta TM, SPA (*Dalaman) Kem. Kesihatan JPA KT, SPA (*Dalaman) Jab. Penilaian Harta Jab. Penyiaran, Sabah Jab. Penilaian Harta MTEN, JPM JPA SPR JKR JPJ BPR JPM Jab. Pertanian

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Ekonomi :

Mengadakan jualan Hari Kantin di ruang kosong antara Blok C7 dan C6 setiap hujung bulan.

Mengadakan Jualan Mega Sales sempena menyambut Bulan Ramadhan

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 6

BERITA SEMASA

ANGGOTA SPA YANG BERKAHWIN TAHUN 2005

ANGGOTA SPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA TAHUN 2005

BIL BAH NAMA TARIKH

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10.

TM TM PN PK PK KT KT KT KT KT

Pn. Rosyatimah Bt. Misnoh Pn. Siti Sarah Bt. Khalid Pn. Norsharizad Bt. Abdul Shukor Pn. Norazlina Bt. Mohd Muhali Pn. Siti Hajar Bt. Hj Atan Pn. Nor Azwah Bt. Husain Pn. Noorlaila Watie Bt. Abd Ghani Pn. Norhuda Bt. Mohd Lin Pn. Suhana Bt. Abdullah Pn. Norsuliha Bt. Mohamad Shahar

20/02/05 25/09/05 03/12/05 06/08/05 17/09/05

*Tiada maklumat

tarikh

BIL BAH NAMA ANAK

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10. 11. 12. 13. 14. 15.

TM TM TM PG PG PG PK PK PK PK KT KT KT KT KT

Pn. Zarina Bt. Busran Pn. Siti Nasyarulvanu Bt. Mohd Nasushardin Pn. Wan Sarina Bt. Wan Omar Pn. Rosnani Bt. Abd Rashid Pn. Roszalina Bt. Awang Pn. Saniah Bt. Saidin Pn. Ety Darshila Bt. Hj Shariff Pn. Ruslinawati Bt. Ibrahim Pn. Puteri Norafedah Bt. Megat Tajudin Pn. Fairuz Zariah Bt. Abu Bakar Pn. Noriah Bt. M. Sirat @ M. Siraj Wafer Pn. Nooraini Bt. Mohd Noor Pn. Wan Nor Hazirah Bt. Mohd Zain Pn. Noor Zaida Bt. Hassan Pn. Suriya Bt. Ismail

Lelaki Perempuan

Lelaki Lelaki

Perempuan Perempuan

Lelaki Perempuan

Lelaki Lelaki

Perempuan Lelaki

Perempuan Perempuan

Lelaki

Page 4: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

ANGGOTA SPA YANG BERSARA TAHUN 2005

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 7

BERITA SEMASA

Laman Web Terbaik

SPA telah memenangi Anugerah Laman Web terbaik sempena Hari Kualiti yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri pada 20 Disember 2005. Tahniah juga kepada SPA dan Bahagian Teknologi Maklumat yang telah membangunkan laman web yang terbaik. Semoga lebih terbaik lagi di masa akan datang.

ANGGOTA SPA YANG MELEPASKAN JAWATAN

ANGGOTA SPA YANG SAKIT

TAHNIAH !!!

PUSPANITA SPA ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Norisan Baharom dari Bahagian Teknologi Maklumat yang berjaya memenangi pingat gangsa kerana mewakili Malaysia dalam acara Wheelchair Tennis di Manila pada 12 hingga 22 Disember 2005.

BIL BAH NAMA TARIKH

1. 2. 3.

TM KT PE

Y. Bhg. Datin Zaiton Bt. Mohamad Pn. Siti Ramlah Bt. Che Ha Pn. Hamidah Bt. Abu Bakar

04/09/05 14/10/05

*

BIL BAH NAMA TARIKH

1.

PN

Cik Edlina Bt. Md. Morni

31/03/05

BIL BAH NAMA CATATAN

1. 2.

PK PE

Pn. Yang Jameah Bt. Yoep Pn. Faidzah Bt. Arsad

* Kesakitan itu ujian dari Allah swt.

Kepada makhluknya

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 8

SUDUT IT

Kita

mungkin banyak mendengar cerita dan melihat betapa penggunaan komputer dalam kehidupan manusia masakini telah menjadi begitu penting terutama pada zaman ledakan maklumat ini.

Namun begitu ramai yang tidak mengetahui atau tidak mengambil berat tentang apakah itu Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat yang sering diperkatakan sekarang ini.

Apakah itu Sistem Maklumat?

Sistem maklumat ini merupakan interaksi antara manusia dan mesin (komputer) bertujuan mengumpul dan menyebarkan maklumat.

Selain itu ia juga boleh diiktirafkan sebagai satu sistem yang memproses data dan menjana maklumat untuk membuat keputusan dimana data dinilai, dianalisis dan diproses untuk menghasilkan maklumat yang berguna untuk membuat keputusan.

Definasi Teknologi Maklumat (IT)

Teknologi maklumat pula adalah gabungan sistem teknologi komputer dan telekomunikasi dalam perolehan, pemprosesan, penyimpanan, penyaluran dan penyebaran maklumat daripada sumber kepada sasaran.

Keseluruhan IT ini merujuk kepada semua aspek teknologi yang meliputi penciptaan, storan, paparan, pertukaran dan pengurusan maklumat bagi tujuan perdagangan, seni, saintifik, rekreasi atau kegunaan peribadi.

SENAMAN RINGAN

Page 5: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 9

Every morning wake up, thinking about not going to work.

But we have no choice but do to it, so we brush our teeth.

Go to the bathroom.

Eat breakfast.

Prepare to go to work.

OUR LIFE

At work, we work for the whole day and seeing someone we don’t like.

Our closer friend is the PC and with the terrible PC (programming #@*&…)

We work until feel like dying.

After work, we still have to finish tones of work.

Before going to bed always check at the calendar and looking forward to Saturday, and public holidays.

THAT’S OUR LIFE ……

HADIS

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah swt, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah swt tanpa dia membawa dosa sedikitpun. (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

REHAT MINDA

Muka 10 SUARA PUSPANITA SPA

MOTIVASI

RAHSIA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI

Apa yang saya inginkan dalam hidup? Berupayakah saya mencapai setiap kejayaan yang saya impikan? Bagaimanakah potensi diri saya untuk merealisasikan kejayaan tersebut? Persoalan begini sering bermain-main dalam fikiran setiap individu. 1. Bagaimanakah untuk merealisasikan kejayaan anda? a) Biologi dan Persekitaran.

Pada dasarnya keadaan diri individu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu biologi dan persekitaran. Faktor ini juga dapat membentuk sikap setiap individu dimana faktor persekitaran mempengaruhi lebih 80% sikap dan kejayaan setiap individu.

b) Qada’ dan Qadar Allah sahaja yang mengetahui nasib dan tahap kejayaan setiap individu. Allah menghidupkan kita sebagai manusia yang penuh dengan potensi. Gunakanlah potensi ini sepenuhnya dan capailah tahap kecemerlangan semaksima mungkin. Inilah Qada’ dan Qadar yang sebenar. Kita dilahirkan untuk berjaya, tetapi kesilapan membuat pilihan akan menjerumuskan kita ke arah kegagalan.

c) Motivasi Motivasi dalam diri merupakan faktor terpenting untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan diri, selain faktor biologi dan persekitaran. Jadi, untuk menjadi individu yang bermotivasi, kita memerlukan:

KebolehanKebolehan yang disertakan dengan minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang, misalnya bidang kesenian dan kemahiran teknikal akan mendorong anda menjadikan sesuatu yang kreatif dan terbaik.

Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda seharusnya berusaha bersungguh-sungguh dan merebut semua peluang yang ada. Sekiranya anda mempunyai kebolehan, peluang untuk mencapai kejayaan akan lebih cerah.

Kemahuan dan Keperluan

Setiap manusia mempunyai kemahuan dan keperluan. Anda memerlukan keperluan asas saperti makan, air, tempat tinggal dan pakaian untuk hidup. Kemahuan untuk berjaya adalah kehendak semulajadi setiap insan. Jika anda memotivasikan diri, sesuatu perkara yang sukar dapat dilaksanakan dengan mudah dan dapat menghindarkan rasa putus asa. Tempuhilah segala cabaran dan singkirkan sifat negatif anda. Bukalah minda agar setiap wawasan akan dapat di capai.

2. Pendorong Kajayaan dan Kecemerlangan diri. Pendorong utama kejayaan dan kecemerlangan adalah diri anda sendiri. Setiap individu yang inginkan kejayaan perlu ada motivasi sebagai pendorong terpenting. Motivasi merupakan kunci untuk memperolehi pengetahuan dan inspirasi. Bagaimana menjadi seorang yang bermotivasi.

samb. di sebelah

Page 6: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Muka 11 SUARA PUSPANITA SPA

MOTIVASI

Berikut merupakan panduan untuk menjadi seorang yang bermotivasi: 1) Berani menghadapi masalah 2) Bijak bertindak 3) Jangan mudah putus asa 4) Bermatlamat 5) Mencontohi kejayaan orang lain 6) Kikis fikiran negatif dan gantikan dengan positif 7) Kuatkan azam untuk berjaya 8) Bersedia menerima kritikan dan pendapat orang lain 9) Mengakui kelemahan diri 10) Inisiatif diri sendiri 11) Berminat dengan tugas yang dilakukan 12) Ketabahan hati.

“Kebanyakan manusia GAGAL dalam hidup bukan kerana mereka tidak mampu menghadapi dan mengatasi

cabaran tetapi disebabkan manusia itu sendiri takut dan lari daripada

menghadapi cabaran”

-Falsafah

MENARIK DI SIBER http://myschoolnet.ppk.kpm.my/tutor_it/index.htm - boleh belajar IT seperti Ms

Word, Ms Excell, pemasangan komputer, rangkaian dan lain-lain http://media.mmu.edu.my/gong/index.external.shtml - ngantuk dan bosan buat kerja,

lawat laman web ni. Tapi pastikan tak berada di situ dan jangan ganggu ketenteraman orang lain!

http://media.mmu.edu.my/gong/postcard/index.raya.shtml - untuk menghantar kad raya berlagu. Sesuai bagi sesiapa yang tak sempat membalas kad.

http://www.windowstomalaysia.com.my/index.html - apa yang anda patut tahu tentang Malaysia. Berita terkini, tempat-tempat menarik, sejarah , kerajaan dan pengetahuan am.

(Di petik dari buku RAHSIA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI Oleh Dr. Abdul Aziz Azimullah, Pengasas Entrepreneurs Development Institiut (EDI), Sdn Bhd dan juga Principal Consultant di Bahagian Perundingan EDI.) Untuk di kongsi bersama daripada ; Pn.Faizah Mohamad Nor, BTM

Muka 12 SUARA PUSPANITA SPA

IMBASAN 2005

SU dijemput hadir untuk memeriahkan pertanding tersebut

PERTANDINGAN BAKAT ANAK-ANAK TADIKA PUSPANITA SPA

Aduh!! Siap dengan baju kurung dan baju melayu… sungguh manis sekali..

ke kiri ke kanan….baik-baik nanti tumpah air tu… kreatif juga anak-anak ni...

Nampak macam seorang je nyanyi… yang lain backup ke...

Antara anak-anak tadika yang bertanding dan para juri

Barisan guru dan para juri pertandingan bakat antara kelas

Page 7: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Muka 13 SUARA PUSPANITA SPA

IMBASAN 2005

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2005

Tahniah !!! Kepada semua ibu dan bapa di SPA

Bergambar dengan ibu dan bapa yang dikurniakan anak-anak yang cemerlang...

Inilah bakal anak-anak wawasan 2020 !!!

Y. Bhg. Datuk Hj Mohamad Shahir B. Hj. Abdullah

Muka 14 SUARA PUSPANITA SPA

IMBASAN 2005

Berseri-seri muka nak pergi melancung ni..

Lawatan ke vietnam

Macam mana.. ok tak gaya ni..

Nampak macam tak cukup je.. Mana makanan ni dah lapar ni..

Kecilnya cawan ni, boleh tambah lagi tak.. Ok tak???

Page 8: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 15

IMBASAN 2005

Mesyuarat ajk puspanita spa

Kalau gembira tepuk tangan.. Nampak macam serius perbincangan ni..

Tahniah !!!

Program apa nak buat lagi ni..

jamuan perpisahan pn. Muhibbah bt. Abdul

manap

Muka 16 SUARA PUSPANITA SPA

IMBASAN 2005

Jamuan hari raya 2005

Tuan-tuan dan puan-puan...

Selamat datang.. tak ada buah tangan ke???

Bila nak mula agaknya...dah penat ni.. Skrin yang terbaik setakat ini...

Nyam-nyam sedapnya...nak tambah!!! Ha… dah habis dah.. Bolehlah makan..

Page 9: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Muka 17 SUARA PUSPANITA SPA

MEMBENTUK SEMULA BUNGA HIASAN LAMA?

Bunga hiasan lama jangan dibuang. Jika terlalu kotor dan berhabuk ceraikan dari gubahan dan kocakkan di dalam air sabun, kemudian jemur hingga kering.

RESEPI

“Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.”

MEE REBUS

Bahan-bahan A (untuk kuah):

3 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

4 sm halia

5 batang serai

200 gm cili giling

80 gm udang kering - kisar kasar

80 gm serbuk kari daging

2 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu besar serbuk jintan putih

Serbuk perisa ayam - secukup rasa

500 gm kentang

300 gm keledek

Minyak untuk menumis

Bahan-bahan B :

1 kg mee kuning

400 gm taugeh

3 keping tauhu - digoreng dan potong kecil

5 biji telur rebus - belah dua

4 biji jemput-jemput kelapa - potong kecil

80 gm cili hijau - dihiris

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.

2. Masukkan cili giling, serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, jintan manis dan jintan putih. Kacau rata hingga masak.

3. Masukkan keledek dan kentang yang telah dilenyek, udang kering dan tambahkan sedikit air.

4. Setelah mendidih masukkan serbuk perisa ayam.

5. Untuk menghidang, masukkan mee dan taugeh yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah ke atasnya. Kemudian hiaskan dengan tauhu, telur, jemput-jemput kelapa dan cili hijau.

rebus dan lenyek

dikisar

dicelur

MENGHILANG TANDA HANGUS PADA PERIUK?

Masukkan sedikit baking soda bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali..

Cuba gubah bunga tadi dalam bentuk baru atau guna bekas gubahan yang lain. Gubahan akan kelihatan baru dan menyerikan semula.

Membuat Sambal Yang Sedap Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah

Muka 18 SUARA PUSPANITA SPA

PETUA

Menghilangkan Bau Pedih Cili Semasa Memasak Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk mengelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan mata akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.

Menghalau Lalat Di Dapur Kehadiran lalat di dapur sangat tidak disenangi. Namun kini anda tidak perlu risau lagi kerana ada cara untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti

Asam Gelugor Atasi Tumit Kaki Pecah

Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam sebuah bekas berisi beberapa sudu cuka makan. Tambah sedikit air sejuk ke dalamnya. Rendamkan tumit ke dalam bekas tadi selama beberapa ketika supaya kotoran yang melekat akan tertanggal dan kaki anda menjadi bersih dan halus.

Menyimpan Tomato Tomato memang sedap dimakan begitu saja. Ia berkhasiat untuk tubuh badan. Tetapi ada kalanya kita terlebih membeli tomato yang masak dan ia cepat rosak. Jika tomato terlalu masak atau lembik, rendamkan tomato itu dalam ais bergaram selama setengah jam, kemudian bolehlah disimpan. Selamat mencuba.

Petua Melembutkan Daging Liat Kadang-kala anda tersilap membeli daging yg sudah liat. Ini amat menyukarkan untuk memasak kerana terpaksa direbus sehingga ia lembut. Untuk memudahkan memasaknya, anda hanya perlu menumbuk halia sebesar ibu jari dengan bawang putih. Gaulkan ramuan tersebut bersama daging sehingga sebati dan biarkan seketika.Insya-Allah daging tersebut akan menjadi lembut ketika memasak.

makan, kabinet serta dapur memasak, juga tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insya-Allah, lalat pasti akan berkurangan.

dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Insya-Allah sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi.

Page 10: SUARA PUSPANITA SPA Muka Minda Pengarang · menyediakan buletin edisi kedua bagi tahun 2006. Kami akan sentiasa berusaha ... 3. Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir 4. Badminton - Tempat

Bil 1/2006 (Edisi 2) Muka 19

NOVEL

“Malam Menjadi Siang Bila Hati Kita Bersatu” Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya. Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri. Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

Dinner for two is a book about music journalist Dave Harding "accidentally" choosing a different career path as an "agony uncle" ("Love Doctor Dave") and actually enjoying it.

Dave's married to the woman he loves, but experiences the pressure of a male biological clock ticking when they experience problems conceiving a baby together. Their problems are multiplied when it appears Dave might not be childless after all...

"Dinner for two" is a nice book about teenage love-problems, sensitive men and relationships. The author himself has written for many magazines including Cosmo, and has used some of his original material in the book. A funny read for women who want to understand men better, and for men trying to understand why women understand so little sometimes.

Halaman : 336 Harga : RM 35.90 Penulis : Mike Gayle Rating SUARA PUSPANITA : ****

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya? Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya... Halaman : 448 Harga : RM 15.00 Penulis : Anis Ayuni Keluaran : Alaf 21 Rating SUARA PUSPANITA : ****

Muka 20 SUARA PUSPANITA SPA

KALENDAR

CALENDAR FOR 2006

JANUARY FEBRUARY MARCH WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT

1 1 2 3 4 5 6 7 5 1 2 3 4 9 1 2 3 4

2 8 9 10 11 12 13 14 6 5 6 7 8 9 10 11 10 5 6 7 8 9 10 11

3 15 16 17 18 19 20 21 7 12 13 14 15 16 17 18 11 12 13 14 15 16 17 18

4 22 23 24 25 26 27 28 8 19 20 21 22 23 24 25 12 19 20 21 22 23 24 25

5 29 30 31 9 26 27 28 13 26 27 28 29 30 31

1 - New Year 10 - Raya Qurban 1 - Hari Wilayah 11 - Thaipusam 29-30 Chinese New Year

31 - Awal Muharam

APRIL MAY JUNE WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT

14 1 19 1 2 3 4 5 6 23 1 2 3

15 2 3 4 5 6 7 8 20 7 8 9 10 11 12 13 24 4 5 6 7 8 9 10

16 9 10 11 12 13 14 15 21 14 15 16 17 18 19 20 25 11 12 13 14 15 16 17

17 16 17 18 19 20 21 22 22 21 22 23 24 25 26 27 26 18 19 20 21 22 23 24

18 23 24 25 26 27 28 29 23 28 29 30 31 27 25 26 27 28 29 30

19 30

11 - Maulidur Rasul 1 - Labour Day 12 - Wesak Day 3 - Agong B’day JULY AUGUST SEPTEMBER

WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT

28 1 33 1 2 3 4 5 37 1 2

29 2 3 4 5 6 7 8 34 6 7 8 9 10 11 12 38 3 4 5 6 7 8 9

30 9 10 11 12 13 14 15 35 13 14 15 16 17 18 19 39 10 11 12 13 14 15 16

31 16 17 18 19 20 21 22 36 20 21 22 23 24 25 26 40 17 18 19 20 21 22 23

32 23 24 25 26 27 28 29 37 27 28 29 30 31 41 24 25 26 27 28 29 30

33 30 31

31 - National Day OCTOBER NOVEMBER DECEMBER

WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT WK SUN MON TUE WED THU FRI SAT

42 1 2 3 4 5 6 7 46 1 2 3 4 50 1 2

43 8 9 10 11 12 13 14 47 5 6 7 8 9 10 11 51 3 4 5 6 7 8 9

44 15 16 17 18 19 20 21 48 12 13 14 15 16 17 18 52 10 11 12 13 14 15 16

45 22 23 24 25 26 27 28 49 19 20 21 22 23 24 25 53 17 18 19 20 21 22 23

46 29 30 31 50 26 27 28 29 30 54 24 25 26 27 28 29 30

55 31

10 - Nuzul Al-Quran 21 - Deepavali 25 - Christmas 1 - Raya Qurban 24-25- Raya Puasa - Public Holiday - Replacement Holiday - School Term Holidays