JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS PENYELIDIKAN... · Created Date: 1/23/2015 4:40:32 PM
suarayik809.pdf 1971KB Nov 22 2011 08:32:02 PM
Transcript of suarayik809.pdf 1971KB Nov 22 2011 08:32:02 PM
Suara YIK
©YIK Hakcipta Terpelihara
BIL 13/09 YAYASAN ISLAM KELANTAN RAMADHAN 1430/SEPT 2009
Nilam Puri: Seluruh warga YIK
mengucapkan selamat bertugas
kepada YABrs Pengarah, En . Ahmad
Robert b. Abd. Rahim yang mula ber-
tugas pada 16 Jun 2009. Beliau sebe-
lum ini adalah Ketua Penolong Seti-
ausaha Kerajaan Tempatan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Da-
rul Naim, Kota Bharu.
Mula berkhidmat pada tahun 1989 di
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat
sebagai Pegawai Tadbir Negeri
sebelum ditugaskan di Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian Negeri
pada 16 Mei 1990. Pada 1 Disember
1993 En Ahmad Robert berkhidmat di
Majlis Daerah Pasir Mas seterusnya
menjawat jawatan Penolong
Pengarah di Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN) pada 1 Disember
1996. Pada 1 Januari 1997 beliau
diberi kepercayaan
untuk bertugas di
Dewan Undangan
Negeri sebagai
Setiausaha Dewan
dan kemudiannya
dilantik sebagai
Penolong Kanan
Ketua Jajahan
Pejabat Tanah dan
Jajahan Jeli mulai 1
Januari 2000.
Bintangnya terus
bersinar dengan
diberi tanggung-
jawab yang lebih
mencabar sebagai
Pengarah Perbada-
nan Muzium Negeri
pada 1 Januari 2001. Setelah hampir
5 tahun di Perbadanan Muzium beliau
dipindahkan ke Pejabat Setiausaha
Kerajaan Neger i s eh ingg alah
ke Yayas an Is lam Kelantan
p ada 16 Jun la lu.
Selamat bertugas di Yayasan Islam Kelantan
Mulakan Tugas: En.Ahmad Robert b. Abd. Rahim menekan jari finger tag hari pertama
memulakan tugas di Yayasan Islam Kelantan
Pengkalan Chepa: Hari Yayasan
Islam Kelantan disambut meriah den-
gan beberapa persembahan yang me-
mukau hadirin, antara yang berjaya
mencuri perhatian YAB. Dato Menteri
Besar ialah sketsa “Sebuah Bakul Tua”
yang dipersembahkan dalam bahasa
Mandarin oleh pelajar-pelajar Kelab
Bahasa Mandarin SMU(A) Tarbiah
Mardziah Panchor. Acara sambutan
tahunan Yayasan Islam Kelantan pada
kali ini bertemakan “Pendidikan Islam
Pemangkin Khaira Ummah” dan di
sempurnakan perasmiannya oleh YAB.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.
Majlis yang menghimpunkan semua
guru dan kakitangan YIK tersebut
adalah untuk melahirkan penghargaan
di atas segala jasa dan sumbangan
yang telah dicurahkan oleh kakitangan
dan guru-guru YIK. Selain itu ia juga
merupakan penghargaan kepada
pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam berbagai
peringkat peperiksaan serta anugerah
sekolah-sekolah yang mencapai
keputusan cemerlang mengikut
kategori.
Lebih 2000 guru dan kakitangan YIK
hadir dalam majlis berkenaan. Hadir
sama Dato’ Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam, Pendidikan dan
Dakwah Negeri Kelantan, YB. Pegawai
Kewangan Negeri, Ahli-Ahli Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang
Berhormat DUN dan Parlimen, Pegawai-
pegawai YIK dan pengetua-pengetua.
Hari Yayasan Islam Kelantan 2009 di sambut meriah
Suara YIK 2
PENAUNG
En. Ahmad Robert b. Abd. Rahim
PENASIHAT
Hj. Abdul Manan b. Ali
Hj. Zakaria b. Mohamed
Hj. Mohamed b. Ya
KETUA EDITOR
Hj. Sukeri Hussin
EDITOR
Junaidi Abdullah Abd Kadir b.Othman
Nathir Ishak Nik Abd. Rahman Nik Yaakob
Wan Mahani Wan Haron Aziah Zawawi M. Suazhar Abdullah
GRAFIK
Wan Mohd Rashidi Wan Abdullah
Nik Hamdi Abd. Ghani Abd Ghafar Sulaiman Suara YIK diterbitkan oleh Yayasan Islam Kelantan setiap empat bulan sekali. Diedar
secara percuma kepada sekolah-sekolah agama di bawah YIK dan jabatan berkaitan
yang berurusan dengan YIK. Mana-mana pihak yang ingin mendapat maklumat lanjut
atau memberi buah fikiran atau sumbangan berupa rencana bolehlah menghubungi:
Suara YIK
Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan,Peti Surat 248
15730 Kota Bharu, Kelantan Tel: 09-7126933/09-7128144 Faks: 7127806
Sidang Pengarang Dari Meja Editor
Alhamdulillah kesyukuran yang tidak ter-
hingga kehadrat Allah SWT, selawat dan
salam atas Rasul junjungan SAW penunjuk
kebenaran menerangi alam.
Bertemu kembali dalam edaran kali ke 13
dan terimakasih kepada semua lapisan pem-
baca yang sudi meluangkan masa mengikuti
perkembangan YIK dari masa ke semasa.
Firman Allah yang bermaksud: “Bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan al
Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manu-
sia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pe-
tunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang
salah” Al Baqarah:185.
Sempena kita menyambut ketibaan bulan Ramadhan pada kali
ini marilah sama-sama kita luangkan masa memanfaatkan waktu,
merebut tawaran istimewa yang telah disediakan Allah kepada
hamba-hambaNya yang berusaha. Atas semangat Ramadhan,
perlunya guru menggandakan usaha mendidik generasi ke mercu
jaya sebagai pesediaan pelajar menduduki peperiksaan tidak
berapa lama lagi.
Untuk para pelajar, masa menjadi semakin suntuk, perbanyak-
kanlah usaha dan tingkatlah kemampuan serta gantunglah doa
setinggi-tingginya kepada Allah dalam usaha memajukan diri,
agama, keluarga dan Negara.
Akhir kata selamat menyambut Ramadhan dan “Selamat Hari
Raya” kepada semua, semoga Allah menerima segala amal ke-
bajikan sepanjang bulan mulia dan mengampunkan segala ke-
salahan - Amin.
Perutusan Pengarah Alhamdulillah,
pe r tamanya
saya panjat-
kan kesyukuran
kehadrat Allah
s.w.t dengan
limpah kurnia
serta inayah-
Nya dapat kita
bertemu di
bawah bum-
bung Yayasan
Islam Kelantan.
Saya men-
gambil kesempatan ini untuk mengucap-
kan selamat bertemu kepada semua
warga Yayasan Islam Kelantan dalam
rangka untuk sama-sama melonjak kece-
merlangan yang berterusan.
Sesungguhnya asas kejayaan sesuatu
organisasi banyak bergantung kepada
sejauhmana langkah penambahbaikan
yang dilaksanakan. Untuk itu saya melihat
antara asas yang menjadi keutamaan
ialah membuat analisis secara mendasar
kepada semua aspek yang berkaitan,
Antaranya ialah membuat analisis SWOT,
melihat tentang kekuatan dan keu-
payaan yang ada pada kita, memahami
kemampuan sebenar sesebuah organisasi
dan tahap jangkauannnya. Saya melihat
kekuatan ini menerusi tenaga kerja yang
berpotensi dan sekiranya dibina secara
sistematik YIK mampu melahirkan satu
pasukan yang cukup kuat untuk menuju
kecemerlangan.
Selain kekuatan kita juga perlu melihat
kepada kelemahan dan kekurangan-
kekurangan yang ada khususnya dari
sudut pembiayaan yang terhad dan sum-
ber kewangan yang terbatas. Begitu juga
dengan peluang-peluang yang ada un-
tuk kita mengatasi permasalahan dala-
man dan luaran. Untuk melengkapkan
analisis ini sudut terakhir yang perlu dibuat
ialah pemerhatian kepada ancaman.
Ancaman bukan sahaja dari luar or-
ganisasi, malah yang menjadi barah men-
gundang bahaya ialah ancaman dala-
man. Ianya bermula dari mana-mana
kakitangan yang bermasalah dan se-
kiranya tidak dibendung akan merebak
dan menular kepada kakitangan-
kakitangan yang lain. Justeru itu saya
menaruh harapan yang tinggi kepada
semua kakitangan dan warga kerja
Yayasan Islam Kelantan bermula dari pi-
hak pengurusan sehinggalah ke peringkat
pelaksanaan supaya dapat bersama-
sama saya memperkukuhkan pengurusan
jabatan ini dan sentiasa komited dengan
agenda yang telah dirangka sepanjang
masa. Saya juga berharap dengan pe-
luang yang ada pada saya menerajui YIK
ini akan saya gunakan untuk menabur
bakti memperkasakan sekolah-sekolah
agama bermula dengan memperkemas-
kan Jawatankuasa Panel Penasihat dan
Lembaga Tatatertib yang dapat mem-
buat teguran dan tindakan kepada guru
dan kakitangan bermasalah seterusnya
mengadakan forum terbuka antara pihak
pengurusan YIK dengan para pengetua
sebagai jambatan penhubung serta men-
jadi medan untuk menyelesaikan apa jua
permasalahan dan kekeliruan yang ber-
bangkit.
Saya juga melihat perlunya aspek kebaji-
kan diberi perhatian, oleh itu langkah
menubuhkan Tabung Khairat Kematian
Guru dan Kakitangan baru-baru ini di-
harapkan sedikit sebanyak dapat mem-
bantu meringankan beban kakitangan
yang ditimpa musibah disamping menun-
jukkan rasa kebersamaan dari rakan seja-
batan.
Marilah sama-sama kita doakan agar
usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran
berterusan dari Allah dalam agenda me-
martabatkan kecemerlangan pendidikan
agama di negeri ini dan menjadikan
“Pendidikan Islam Pemangkin Khaira Um-
mah
Suara YIK 3
5K 5P
Minda PengarahMinda PengarahMinda PengarahMinda Pengarah
Kita harus bersyukur
kepada Allah kerana
berpeluang menyam-
but Hari Yayasan
Islam Kelantan.
Sambutan ini juga
adalah satu usaha untuk mengenang
jasa guru-guru, kakitangan dan para
pelajar YIK. Tema Hari Yayasan Islam
Kelantan yang dipilih ialah “Pendidikan
Islam Pemangkin Khaira Ummah”.
Tema ini dipilih kerana tiada sistem
pendidikan yang lebih menyeluruh dan
terbaik sifatnya selain dari sistem pen-
didikan Islam.
Pendidikan Islam itu sendiri membawa
dua maksud iaitu Pendidikan Islam
Umum dan Pendidikan Islam Khusus.
Pendidikan Islam Umum meliputi semua
aspek kehidupan termasuklah ekonomi,
sosial, politik, teknik, pelajaran, per-
mainan, sukan dan sebagainya. Mana-
kala Pendidikan Islam Khusus ialah ilmu
Tauhid, Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak dan
sebagainya. Oleh itu apabila kita men-
yebut pendidikan Islam maka gambaran
atau ruang lingkupnya haruslah menye-
luruh.
Yayasan Islam Kelantan sentiasa beru-
saha membawa pembangunan insan
dan pembahuruan dalam pemikiran
umat Islam kini. Ini dapat dilihat dalam
Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Ke-
lantan yang bermatlamat untuk mela-
hirkan insan yang seimbang dan har-
monis dengan memberi penekanan
kepada intergrasi ilmu dan pendidikan.
Hasilnya diharapkan dapat membawa
pembangunan insan yang bukan sahaja
menjadi dai tetapi juga mampu mengu-
rus ‘system’ dan alam secara holistik.
Proses pembahuruan dalam ilmu dan
pendidikan adalah suatu yang tidak
dapat dielakkan terutamanya apabila
mendepani proses globalisasi yang amat
mencabar kini. Namun proses tersebut
haruslah berjalan atas krangka tradisi
yang sifatnya dinamik dan sifat peruba-
han itu harus berkesinambungan dari
generasi yang terdahulu.
Perubahan itu juga haruslah bertun-
jangkan asas ilmu dan pendidikan yang
Qurani dan dikembangkan oleh me-
todologi yang tidak menyalahi syarak.
Kerajaan Negeri Kelantan amat prihatin
dan menyedari kepentingan pendidikan
Islam dan telah menyediakan peruntu-
kan kewangan yang sangat besar. Maka
sewajarnyalah kita mengucapkan terima
kasih kepada Kerajaan. Manakala para
pelajar diharapkan dapat mengunakan
peruntukan dan peluang ini sebaik-
baiknya agar mencapai cita-cita dan
matlamat untuk menjadi manusia yang
berjaya di dunia dan akhirat.
Intisari Perutusan Hari YIK 2009
5
4
3
2
1
5
4
3
2
1
Amalkan dan jauhi
5K ialah:
Kerjasama
Setiap kakitangan perlu memberi ker-jasama dalam semua aktiviti anjuran jabatan dan dapat mengambil bahagian semaksima mungkin di atas suatu sikap untuk melonjak kecemerlangan dan organisasi dan jabatan. Sikap tidak mengendahkan orang lain dan berat tulang untuk membantu akan memban-tutkan pencapaian serta menjadi punca kelemahan serta tidak dapat bergerak dengan baik.
Kerja Berpasukan
Merupakan inti kepada kekuatan se-suatu jabatan atau organisasi, ianya begitu penting untuk bergerak sebagai
satu itentiti secara bersepadu tanpa melihat kepada sempadan bahagian dan unit.
‘Ketuaan’
Semua kakitangan hendaklah menghor-mati ketua, patuh kepada arahan dan tidak kepada yang lain. Setiap ketua mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan semua kakitangan perlu memberi kerjasama dalam semua sudut
Kerahsiaan
Rahsia organisasi hendaklah dilindungi, tidak boleh dengan secara sewenang-wenangnya dibuka kepada yang tidak berkenaan. Setiap maklumat yang perlu dirahsiakan hendaklah menjadi
rahsia. Sekiranya sesuatu maklumat itu diragui kerahsiaannya maka kita perlu merujuk kepada ketua terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka kepada sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Tanggung-jawab ini hendaklah menjadi amalan kita, kegagalan kita dalam menjaga kerahsiaan ini akan menimbulkan sua-sana yang tidak tenteram dan akan menyukarkan pihak pengurusan dalam membuat keputusan serta mengambil tindakan.
Konsisten
Dalam melaksanakan tugas, seharusnya kita tidak mudah berputus asa, tugas hendaklah dilaksanakan secara berteru-san, tidak semestinya apabila dipuji dan dihargai menjadikan kita bekerja den-gan begitu serius dan apabila tidak mendapat apa-apa penghargaan, pera-tus untuk melaksanakan tugas juga turut menurun. Kita perlu menyedarkan diri kita sendiri bahawa kerja juga adalah sebahagian daripada ibadat, mendapat habuan di dunia dan mem-perolehi ganjaran pahala di akhirat.
5P pula ialah:
Prasangka
Menaruh prasangka yang bukan-bukan kepada rakan sekerja, melihat sesuatu dari sudut negatif sehingga membawa kepada adu domba yang akhirnya mencetuskan kekecohan dan mewujud-
kan suasana persekitaran kerja yang tidak selesa.
Putar Alam
Terdapat kakitangan yang sengaja me-
mutarbelitkan jawapan, dengan menge-
mukakan berbagai alasan apabila tugas
yang dipertanggungjawabkan tidak da-
pat diselesaikan.
‘Pulas Kepala’
Ini bermaksud masing-masing ingin
mendedahkan keburukan rakan masing-
masing kepada pegawai atasan. .
Pesimis
kedudukannya adalah lebih hampir
kepada berputus asa, membuat andaian
yang mirip kepada kegagalan. Meletak-
kan rintangan yang terlalu banyak se-
hingga seakan-akan usaha itu tidak
akan mendapat kejayaan dan menun-
jukkan kegagalan sedari awal.
Peluk Tubuh
Dengan tidak melaksanakan kerja, tidak menyelesaikan tugas serta tidak beru-saha menjadikan diri seorang yang bekerja. Tidak berfikir mendapatkan maklumat dan bahan-bahan baru untuk meningkatkan kerja, berpada dengan ‘stereotype’ yang ada. Gagal membawa pembaharuan untuk diri sendiri.
Suara YIK 4
Pengkalan Chepa: Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul
Aziz Nik Mat menegaskan bahawa
Yayasan Islam Kelantan adalah
pemangkin keberkesanan teras
pelaksanaan Kerajaan Negeri,
Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan,
”tanggungjawab YIK cukup besar dalam
mengembalikan kesedaran generasi dan
masyarakat untuk menghayati konsep
yang diterapkan dalam pentadbiran
Kerajaan Negeri”, katanya. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut Yayasan
Islam Kelantan perlu mensasarkan
kurikulum dan ko-kurikulum yang
menjadikan masyarakat ”Celik Makruf
dan Jelik Munkar”. Menurutnya juga, YIK
harus mempersiapkan ilmu kepada
masyarakat secara menyeluruh bagi
menengkis sebarang keraguan yang
timbul berhubung keraguan tentang
kemampuan Islam menjadi penyelesai
masalah. Keraguan ini sengaja
ditimbulkan oleh golongan-golongan
yang irihati terhadap kebangkitan Islam
pada hari ini. Pendekatan yang
membawa manusia mengingati alam
akhirat, hari pembalasan, dosa dan
pahala akan dapat mengekang
kerakusan nafsu daripada terus
bermaharaja lela. Beliau berkata
demikian dalam majlis sambutan Hari
Yayasan Islam Kelantan yang diadakan
di Dewan PUTIK pada 28 Julai 2009.
Lebih 2000 guru dan kakitangan YIK
hadir dalam majlis berkenaan.
YIK pemangkin penghayatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan
YIK SERTAI PAMERAN SEMPENA MAJLIS
HAFAZAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Kota Bharu: Yayasan Islam Kelantan
turut mengambil bahagian dalam pam-
eran sempena Majlis Hafazan Al Quran
Peringkat Kebangsaan yang pada 5 April
2009. Majlis Hafazan Al– Quran Peringkat
Kebangsaan ini adalah yang julung-julung
kali diadakan di Negeri Kelantan Darul
Naim.
Menurut Urusetia Pameran, En.Abdul
Ghafar Sulaiman, Pameran ini bertujuan
untuk memberi gambaran sebenar
perkembangan dan pelaksanaan Maahad
Tahfiz di Negeri Kelantan. Oleh yang
demikian pameran pada kali ini memberi
tumpuan kepada Maahad-Maahad Tahfiz
YIK, seperti Maahd Tahfiz Wal Qiraat Pulai
Chondong, Maahad Tahfiz Banggol
Chicha, Maahad Tahfiz Sains
Tanah Merah, Maahad Tahfiz
Sains Berangan dan beberapa
Kelas Tahfiz aliran yang lain.
Menurut beliau, turut dipamerkan
ialah pencapaian-pencapaian
yang telah dicapai oleh lepasan
Maahad Tahfiz dalam berbagai
bidang. Selain dari menghafaz al
Quran pelajar-pelajar ini juga
telah menunjukkan kebolehan
dan kemampuan menguasai ber-
bagai-bagai bidang keilmuan
yang lain seperti, sains, mate-
matik, perubatan dan lain-lain.
Dengan bilangan pelajar yang hampir
mencecah 2000 orang di seluruh Maahad
Tahfiz di Kelantan, YIK menaruh keyaki-
nan bahawa pada suatu masa nanti, gen-
erasi ini mampu membawa perubahan
yang besar dalam memaju dan mengang-
kat martabat ilmu keagamaan dengan
menggabungjalinkan dua dimensi ilmu
dalam sesuatu profesion.
Selain YIK, turut mengambil bahagian
dalam pameran tersebut ialah Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan, Perbadanan
Muzium Negeri Kelantan, Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
serta beberapa agensi kerajaan Negeri
dan persekutuan yang lain.
Kunjung: Sebahagian dari tetamu Majlis Hafazan mengunjungi sudut
pameran Yayasan Islam Kelantan.
Tanah Merah: Seramai 65 peserta
Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Ke-
bangsaan telah mengadakan kunjun-
gan ke Maahad Tahfiz Sains Tanah
Merah pada 8 April 2009 sebagai seba-
hagian dari program sempena majlis
hafazan tersebut.
Rombongan yang ketuai oleh En. Mohd
Wafiq b. Mohd Nazari telah diberi sam-
butan meriah oleh pelajar-pelajar Maa-
had Tahfiz berkenaan, mereka disam-
but dengan alunan nasyid “Jilul Quran”
dan turut menerima persembahan
kawad informasi dari anggota briged
sekolah berkenaan.
Dalam pertemuan ringkas yang diada-
kan, Timbalan Pengarah (Sekolah)
Tuan Hj. Mohamed b. Ya melahirkan
rasa syukur dan terimakasih di atas
kunjungan dari rombongan ini dan
merupakan satu lagi pahatan sejarah
khususnya untuk Maahad Tahfiz ini.
Beliau turut memberi gambaran sepin-
tas lalu kedudukan sekolah-sekolah
Yayasan Islam Kelantan dan berharap
agar hubungan yang dijalin ini dapat
terus dipereratkan pada masa-masa
yang akan datang.
Selain En. Wafiq, turut serta dalam
rombongan berkenaan ialah, En Abd.
Aziz Mohd Noor, Dato’ Hj. Syeikh Mohd
Mohsin dan pengiring rombongan dari
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kelantan, iaitu Timbalan Pengarah
(Operasi) En. Salleh b. Yusof
PESERTA MAJLIS HAFAZAN PER-INGKAT KEBANGSAAN LAWAT
MAAHAD TAHFIZ SAINS
Amanat: YAB. Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
sedang menyampaikan amanat perasmian Hari YIK 2009
Semasa
Suara YIK 5
MAAHAD YAAKUBIAH JOHAN PERTANDINGAN NASYID MASSAK 2009
PUTIK, Pengkalan Chepa: Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nipah, Bachok yang mewakili zon 1 muncul johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah
agama peringkat negeri kali ke-17.
Kumpulan nasyid yang mewakili sekolah terbabit mengalahkan sembilan kumpulan lain pada pertandingan akhir yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini baru-baru ini.
Hasil kemenangan itu s e k o l a h b e r k e n a a n berjaya menggondol piala pusingan, sijil serta wang tunai sebanyak RM300.
Tempat kedua dan ketiga membawa pulang piala di
samping wang tunai berjumlah RM200 dan RM100. Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Pasir Mas
p e r nah me mp er tahank an juar a pertandingan nasyid sebanyak tujuh kali sejak ia diadakan.
Pertandingan tersebut dianjurkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (MASSAK).
Sementara itu Maahad Rahmah Kenali dan Maahad Amir Indera Putra juga
pernah menjuarai pertandingan nasyid beberapa tahun yang lalu dan tidak dapat mempertahankan kejuaaran itu pada kali ini.
Tema pertandingan kali ini 'Seni Dibedung Budaya Dikendung Syariat Dijunjung' adalah sesuai dan menepati dasar kerajaan negeri.
Lebih 1,000 pelajar dan penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid pada kali ini.
Salah satu kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dalam pertandingan
berkenaan
Pelajar sekolah agama di Kelantan bu-
kan sahaja cemerlang dalam bidang
akademik, malah mampu menguasai
kegiatan di luar bilik darjah.
Mereka bergiat aktif terutamanya dalam
pasukan berpakaian seragam.
Dan baru-baru ini diadakan pertandin-
gan kawad kaki akhir Majlis Sukan Se-
kolah-Sekolah Agama Kelantan
(MASSAK) 2009 di Dataran Stadium.
Pada pertandingan tersebut Pasukan
Kadet Polis Maahad Muhammadi
(Lelaki) muncul sebagai johan, tempat
kedua pasukan Kadet Polis Maahad
Rahmaniah Kuala Krai dan ketiga di-
menangi pasukan Kadet Bomba Sekolah
Menengah Ugama (Arab) Khairiah,
Banggol Setol, Pasir Mas.
Tempat keempat pasukan kadet Seko-
lah Menengah Ugama (Arab) Meheliah,
Geting, Tumpat, kelima pasukan Bulan
Sabit Merah Maahad Muhammadi
(Lelaki), keenam pasukan Kadet Re-
maja Sekolah Maahad Saniah, Pasir
Puteh.
Ketujuh pasukan Maahad Tahfiz Sains,
Tanah Merah dan kelapan pasukan Se-
kolah Menengah Ugama (Arab)
Hamidiah, Kadok.
Manakala ketua platun Pasukan Kadet
Polis Maahad Muhammadi (Lelaki) dii-
sytiharkan sebagai Ketua Platun Terbaik
MASSAK 2009.
Penyampaian hadiah pertandingan itu
disempurnakan Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Belia, Sukan dan NGO Negeri Ustaz
Abdul Latiff Abdul Rahman.
MAAHAD MUHAMMADI LELAKI JOHAN KADET MASSAK
HARI BAHASA ARAB ZON GUA MUSANG MERIAH
Gua Musang: Yayasan Islam Kelantan melalui Pusat Bahasa Arab menganjur-kan Hari Bahasa Arab ke semua seko-lah-sekolah melalui zon masing-masing.
Program yang bertujuan memupuk se-mangat berkomunikasi dan berinteraksi
dalam bahasa berkenaan turut melibatkan penyertaan terpilih dari kalangan pelajar.
Selain itu, program ini turut mendedahkan penggunaan ba-hasa Arab bukan sahaja yang termaktub di dalam buku-buku dan kitab-kitab malah menjadi-kan bahasa tersebut sebagai perantara di gerai-gerai jualan serta pameran-pameran.
Antara aktiviti Hari Mesra Ba-
hasa Arab adalah pertandingan-
pertandingan ilmiah bahasa
Arab mengikut kesesuaian sekolah,
persembahan-persembahan bahasa
Arab, gerai-gerai jualan melalui ker-
jasama Persatuan Usahawan Muda per-
ingkat sekolah dan pameran-pameran
yang menyentuk berbagai aspek dan
panorama yang sesuai.
Pameran yang dikendalikan oleh zon ini berjaya menarik minat pengunjung dan para pelajar yang dapat memberik maklumat segera kepada mereka ten-tang nama-nama dan istilah-istilah yang dalam pameran berkenaan. Selain mamaparkan lakaran artis dalam pem-binaan landskap pameran berkenaan juga turut meletakkan label bahasa Arab pada buah-buahan, alat-alat per-mainan dan jenis-jenis bola, peralatan komputer, peralatan pertanian harian seperti cangkul, penyodok, pengumpul sampah dan lain-lain lagi.
Perasmian telah dilakukan oleh Ust. Mohd Suazhar b. Abdullah, Pegawai Latihan Teknologi, Pusat Bahasa Arab pada 27 April 2009 di Dewan Maahad Muhammadi Gua Musang.
Ko-kurikulum
Suara YIK 6
Nilam Puri: Yayasan Islam
Kelantan melangkah setapak lagi
kehadapan apabila menubuhkan Kelab
Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah
kelolaannya. Bahasa Mandarin yang
pada mula cukup asing kepada sekolah
aliran agama, kini menjadi sebahagian
daripada kegiatan ko-kurikulum
sekolah-sekolah berkenaan. Menurut
Penolong Pengarah Kurikulum Umum
dan Ko- Kurikulum, En. Sabri b. Mat
Daud, penubuhan kelab ini adalah
cetusan idea dari YAB. Tuan Guru
Menteri Besar yang mahukan agar
pelajar sekolah agama dapat
menguasai sebanyak mungkin
kemahiran khususnya sebagai
persediaan menghadapi medan dakwah
yang cukup terbuka kepada masyarakat
Cina pada hari ini. Di samping itu dapat
meningkatkan tahap penggunaan
bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua
selepas bahasa kebangsaan dalam
menjalankan urusan yang berhubungkait
dengan bidang perniagaan yang
kebanyakannya menggunakan bahasa
Mandarin. Kelab berkenaan juga
bertujuan untuk melahirkan pelajar
yang mampu menulis dan membaca
menggunakan itu serta membolehkan
mereka menambahkan ilmu dari
pelbagai bahan bacaan berasaskan
bahasa tersebut.
Buat permulaan sebanyak 7 buah
sekolah dipilih untuk penubuhan kelab
berkenaan.
Kota Bharu: YB. Dato’ Mohd Amar
Nik Abdullah berhasrat agar Bahasa
Mandarin dapat diperluaskan ke semua
sekolah-sekolah YIK sebagai medium
perhubungan yang dapat mendekatkan
diri dengan masyarakat Tioghua di
negeri ini. Perhubungan bahasa ini di-
harap dapat menjadi jambatan untuk
menyebarkan dakwah menjelaskan prin-
sip-prinsip Islam kepada masyarakat
bukan Islam. Berucap dalam Majlis Pe-
lancaran Kelab Bahasa Mandarin di se-
kolah-sekolah YIK 16 Julai lalu, YB.
Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pemban-
gunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Negeri Kelantan turut menyingkap se-
jarah kemasukan Islam ke Tanah Besar
China yang diketuai oleh Saad b. Abi
Waqqas. Menurut beliau China lebih
dahulu menerima Islam berbanding Ma-
laysia, malah turut mendedahkan kajian
yang menyatakan asal keturunan
masyarakat Cina di Pulau Pinang adalah
daripada keturunan Islam. Oleh yang
demikian, bukan menjadi penghalang
yang besar untuk membawa dakwah ke
dalam masyarakat tersebut lebih-lebih
lagi apabila kita dapat mempersiapkan
diri dengan menguasai bahasa pertu-
turan mereka.
“Sejarah kehebatan ketamaddunan
China sewajarnya menjadi pengajaran
untuk mengorak langkah kemajuan.
Perintis kepada penggunaan kompas
dan penggunaan peluru senapang
adalah dari kemajuan tamaddun China”
katanya.
Dalam majlis yang sama, YB. Dato’ turut
mencadangkan agar sekolah-sekolah
YIK yang belum lagi menubuhkan kelab
berkenaan dapat mengambil langkah
proaktif untuk sama-sama melangkah
setapak lagi ke hadapan memberi pe-
luang pelajar-pelajar menguasai bahasa
tersebut. Sebagai langkah susulan YIK
perlu menambahkan satu lagi kegiatan
Ko-Kurikulum dengan mewujudkan
pasukan bola keranjang. Oleh kerana
sukan ini amat popular di kalangan
masyarakat Cina, ianya dapat memberi
peluang untuk sekolah-sekolah agama
menjalin hubungan kesukanan melalui
acara tersebut dan seterusnya dapat
meningkatkan penggunaan bahasa di-
kalangan mereka.
Majlis Pelancaran Bahasa Mandarin yang
telah ditubuhkan pada 21 Februari 2009
dan beroperasi pada bulan yang sama
disertai seramai 240 pelajar dari 7 buah
sekolah rintis. Sekolah berkenaan ialah
Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad
Muhammadi Perempuan, Maahad Penga-
jian Islam, Maahad Muhammadi Pasir
Mas, Maahad Tahfiz wal Qiraat Pulai
Chondong, Maahad Tahfiz Sains dan
Maahad Muhammadi Tanah Merah.
Kelab berkenaan dibimbing oleh guru-
guru YIK dan tiga guru dari negara
China. Majlis diserikan dengan persem-
bahan pelajar dalam bahasa Mandarin
seperti “Taaruf”, “Nyanyian Harijadi”,
“Sketsa Sebuah Bakul Tua” dan
“Demontrasi Penulisan Bahasa Manda-
rin”.
Majlis yang disertai oleh semua pen-
getua sekolah-sekolah YIK itu turut di-
hadiri oleh Timbalan Pengarah Sekolah,
Timbalan Pengarah Akademik, Penolong
-penolong Pengarah dan guru-guru
pembimbing semua sekolah yang terli-
bat.
Kelab Bahasa Mandarin melebar ke sekolah YIK
“Jadikan bahasa Mandarin medium dakwah”
Semasa
Suara YIK 7
LAWATAN ROMBONGAN GURU DAN PELAJAR PONDOK SELATAN THAI
Nilam Puri: Seramai 80 orang
guru-guru pondok Selatan Thai
mengadakan kunjungan ke Yayasan
Islam Kelantan. Kunjungan yang
diadakan pada 27 April 2009 meli-
batkan penyertaan dari beberapa
buah pusat pengajian agama dan
pondok di pelbagai lokasi wilayah
berkenaan.
Menurut ketua rombongan, yang
juga Pengarah Pusat Pentadbiran
Sempadan Wilayah Selatan Thai-
land, Pronai Swangrat, kunjungan
ini bertujuan mengadakan hubun-
gan yang lebih erat antara kedua-
dua komuniti masyarakat, iaitu
masyarakat Islam di Selatan Thai-
land dan masyarakat Islam di Ma-
laysia.
“Lawatan muhibbah seumpama ini
mampu melahirkan satu semangat
yang dapat membina kesejahteraan
sejagat” ujarnya.
Timbalan Pengarah (Akademik)
mengetuai taklimat bagi pihak
Yayasan Islam Kelantan yang
diadakan di Dewan Seminar YIK.
Rombongan kediannya diraikan
dalam jamuan ringan sebelum ber-
surai.
Ikuti Taklimat: Sebahagian dari ahli rombongan sedang mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Tn. Hj Zakaria Mohamed, Timbalan
Pengarah (Akademik)
Nilam Puri: Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah
mengadakan lawatan singkat ke Yayasan Islam
Kelantan pada 25 Mei 2009. Lawatan yang
bertujuan mendapat gambaran jelas berhubung
pelaksanaan kurikulum tahfiz diketuai oleh Dato’ Ali
dan diiringi oleh Sri Paduka Pengiran dan Awang
Puasa. Turut sama dalam rombongan berkenaan
Pengetua Maahad Tahfiz Al Balaghul Mubin, Rong
Chenok. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah
YIK, Hj. Che Ismail b. Hasabullah di Bilik Mesyuarat.
Rombongan seterusnya mengadakan kunjungan ke
Maahad Tahfiz wal Qiraat Pulai Chondong untuk
mendapat perincian pelaksanaan kurikulum tahfiz
sebagai asas pengkajian untuk dilaksanakan di
maahad-maahad tahfiz Brunei.
Nilam Puri: Seramai 38
pelajar dari Maahad Johor
mengunjungi Yayasan Islam
Kelantan dalam siri lawatan ke
Negeri Kelantan pada 28 Jun lalu.
Rombongan yang diketuai oleh
Ustazah Najihah bt Shahadan
akan berkunjung ke Maahad
Muhammadi Lelaki dan Maahad
Perempuan khusus untuk
memberi pendedahan kepada
pelajar-pelajar berkenaan
bagaimana sekolah-sekolah
tersebut dalam melahirkan pelajar
-pelajar cemerlang saban tahun.
Kunjungan ke Yayasan Islam Ke-
lantan adalah bertujuan khusus
untuk mendapat maklumat dan
bahan-bahan pengajaran yang
dapat membantu meningkatkan
tahap pengajaran dan pembela-
jaran bahasa Arab. Satu taklimat
ringkas telah diadakan dan diken-
dalikan oleh Ust Sukeri b. Hussin,
Penolong Pengarah Pusat Bahasa
Arab. Beliau juga turut mengambil
kesempatan menyampaikan moti-
vasi pendek memperkasakan ba-
hasa Arab di kalangan pelajar.
Selain YIK dan Maahad Muham-
madi, rombongan berkenaan turut
berkunjung ke Rantau Panjang
dan beberapa menarik di negeri
Kelantan.
Yayasan Sultan Hasanal
Bolkiah lawat YIK
38 Pelajar Maahad Johor Kunjungi YIK
Ramah Mesra: Ahli rombongan diberi taklimat ringkas Yayasan Islam Kelantan
oleh Pengarah YIK, Hj. Che Ismail Hasabullah di Bilik Mesyuarat YIK.
Lawatan
Suara YIK 8
YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan pada hari YIK Sebahagian tetamu yang turut sama meraikan sambutan Hari YIK 2009 di PUTIK
Persembahan kebudayaan dalam Majlis Penutup Kessuma 2009 di Dewan Besar Universiti Sains Malaysia Kubang
Kerian
Timbalan Pengarah (Sekolah) menyampaikan sumbangan dalam Program Mukhayyam Pengetua di SMU(A) Falahiah
Sungai Sok.
Sebahagian dari peserta Kontinjen Terengganu dalam Majlis Makan Malam sempena Penutupan KESSUMA dan
Penyerahan Bendera di Kampus USM Kubang Kerian.
Rombongan peserta ujian hafazan peringkat kebangsaan
mengadakan lawatan ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kreativiti pameran sempena Hari Mesra
Bahasa Arab peringkat zon
Pengurus Bank Kerjasama Rakyat mengagihkan zakat kepada wakil sekolah dalam kawasan operasi Kota
Bharu.
Jamuan perpisahan Pengarah di New Horizon Restaurant
Wakaf Che Yeh pada 15 Jun 2009
Perkhemahan Perdana Briged Amal di perkarangan
Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan Putik
Pendaftaran peserta-peserta KESSUMA 2009 di Kampus
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 8-11 April.
Suara YIK 9
Nilam Puri: Seramai 203 guru Yayasan Islam Kelantan telah dilantik ke jawatan tetap dan berpencen dalam
majlis penyampaian surat perlantikan berkenaan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan oleh YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan pada 13 Jun 2009. Perlantikan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan
Negeri terhadap masa depan guru-guru yang berkhidmat di bawah Yayasan Islam Kelantan. YB Dato’ dalam ucapannya menegaskan bahawa guru memikul amanah yang berat sebagai Mua’llim, Muraabi dan Mu’addib yang membawa generasi ke arah mengenal pencipta.
Beliau turut menyatakan punca kelewatan perlantikan adalah kerana
kemampuan Kewangan Kerajaan Negeri Terhad
dan sebahagian guru tidak memenuhi piawai prestasi yang ditetapkan.
Kerajaan Negeri menurutnya, menaruh harapan yang tinggi kepada guru-guru agar jangan lupa tugas sebagai guru, sehingga lupa tugas utama sebagai pendidik dan bekerja di sekolah. Guru juga perlu bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, ibubapa dan pelajar-
pelajar kesemua tugas harus disempurnakan dan akan dipersoalkan nanti. Selain itu guru perlu menjadi idol pelajar dan contoh terbaik seperti pepatah “Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.
”Masyarakat juga meletakkan harapan yang amat tinggi kepada sekolah-sekolah agama, usah kecewakan harapan mereka dengan sikap kita yang tidak beretika seperti tidak masuk kelas, merokok, tidur di bilik guru dan makan di luar sekolah”, ujarnya.
Guru-guru juga diingatkan agar mampu mengadun kepelbagaian ilmu dan mengintegrasikannya dari bidang sains, matematik dan geografi. Guru perlu bijak menyepadukan ilmu menjurus ke arah melahirkan kebesaran Allah. Kegagalan guru mengintegrasikan ilmu menjadi punca kejatuhan kerajaan-kerajaan besar seperti Rom dan Kerajaan Melayu Melaka.
Program berkenaan turut disertakan dengan ceramah motivasi dari En.Nik Mohamad b. Nik Lib dan disempurnakan penutupan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj. Che Ismail Hasabullah.
203 Guru YIK dilantik ke jawatan tetap
YIK ikuti Seminar SMS
KOTA BHARU: Bagi mempertingkatkan
sistem penyampaian kerajaan, Kelantan kini menggalakkan penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk menerima maklum balas daripada rakyat.
Yayasan Islam Kelantan turut menyertai seminar berkenaan yang diadakan pada 20 Mei 2009 dihadiri 200 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Dr Zainuddin Ibrahim.
Kerajaan Negeri berharap dengan
adanya seminar mySMS, kakitangan kerajaan dapat menimba ilmu dan ber-tukar pendapat bagi penyediaan pelba-gai maklumat untuk dihebahkan kepada rakyat.
Seminar berkenaan turut mendedahkan bahawa mySMS bermula pada Julai 2007 di kawasan Lembah Kelang dan ia dibahagikan kepada tiga fasa sehingga tahun 2010.
Fasa pertama meliputi seluruh Lembah
Klang, fasa kedua dan ketiga meliputi seluruh negara.
Ketiga tiga fasa ini melibatkan 753 agensi kerajaan dalam penggunaan mySMS. MAMPU sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mempertingkatkan penyebaran maklumat melalui sistem ini.
Nombor yang digunakan ialah 15888
dengan caj juga berpatutan
Teruskan penghayatan bahasa Arab di sekolah
Pasir Mas: Penghayatan Bahasa Arab perlu diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi untuk menjamin peningkatan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Yayasan Islam Kelantan dalam ucapan perasmin ”Youmu Tahbibil Lughatil Arabiah” (Hari Mencintai Bahasa Arab) bagi Zon 4 di SMU(A) Ismailiyyah Binjai Manis.
Program sehari tersebut adalah
anjuran YIK dengan kerjasama Gabungan Penasihat-penasihat Persatuan Bahasa Arab Sekolah yang memberi tumpuan kepada menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Arab dalam percakapan harian. Pengisian program tersebut termasuk Kiosk menjual makanan dan minuman yang dilengkapi dengan menu berbahasa Arab, Pameran pelbagai barangan, seperti pakaian, buah-buahan dan lain-lain perkakasan yang dilabelkan dengan nama-nama dalam bahasa Arab. Yang menarik dalam pameran tersebut ialah ditampalkan pada seorang pelajar yang sedang duduk dikerusi dengan perkataa-perkataan Arab pada kupiah, baju, seluar, tali pinggang dan kasut.
Sebanyak 16 buah sekolah dari zon berkenaan telah menyertai program
tersebut yang akan mendekatkan lagi pelajar dengan perkataan yang biasa mereka gunakan dalam percakapan harian.
Sebelum beredar, Timbalan Pengarah
telah dibawa melawat gerai-gerai
jualan dan juga meja-meja pameran
serta mencadangkan agar petugas di
gerai dapat memberi penjelasan
kepada pelawat nama-nama yang
terdapat di meja pameran mereka dan
mereka hendaklah menggunakan
bahasa Arab sepenuhnya walaupun
terpaksa menghafal terlebih dahulu.
Turut mengiringi Timbalan Pengarah,
Penolong Pengarah Pusat Bahasa Arab,
Ust. Sukeri Hussin.
Rasmi: Timbalan Pengarah (Akademik) sedang menyampaikan
ucapan perasmian program berkenaan.
Terima: Sebahagian guru-guru sedang mendapat surat-surat perlantikan di kaunter yang
disediakan
Semasa
Suara YIK 10
Kota Bharu: Maahad Muhammadi Lelaki
diumumkan sebagai johan dalam per-
tandingan Laman Web sempena Karnival
Sains dan Teknologi Peringkat Negeri
Kelantan tahun 2009, yang diadakan
pada 6 hingga 9 Ogos bertempat di
Kompleks Islam Darul Naim Lundang.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh
Maahad Muhammadi Tumpat dan ketiga
Maahad Muhammadi Perempuan. Hadiah
-hadiah disampaikan oleh Speaker
Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB.
Hj. Mohd Nasruddin b. Hj. Daud. Tempat
pertama menerima hadiah wang tunai
RM1,000, piala iringan dan sijil
penyertaan, manakala tempat kedua
RM800.00 beserta piala iringan dan sijil
penyertaan, manakala tempat ketiga
RM500.00 juga bersama piala iringan
dan sijil penyertaan.
Karnival tiga hari itu juga turut
mengadakan pertandingan-pertandingan
lain seperti Pertandingan Multimedia,
Pertandingan Aplikasi, Pertandingan
Menulis Esei, dan Pertandingan Perisian
Pendidikan 2009.
Dalam Pertandingan Multimedia, Maahad
Tahfiz Sains Tanah Merah menduduki
tempat kedua manakala Pertandingan
Menulis Esei Maahad Muhammadi
Perempuan berada di tempat ketiga.
SMU(A) Taqaddum Ilmi Ketereh berjaya
meraih johan dalam Program
Pertandingan Perisian Pendidikan
(Interaktif) 2009 sementara Maahad
Pengajian Islam Johan Pertandingan
Multimedia (Animasi).
Majlis Perasmian telah disempurnakan
oleh YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar
pada 6 Ogos dan Majlis Penutup pula
disempurnakan oleh YB. Dato’
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
pada 9 Ogos 2009. Penyertaan terbuka
kepada semua sekolah rendah dan
menengah Negeri Kelantan.
Maahad Muhammadi Lelaki Johan Pertandingan laman web
Sungai Sok, Kuala Krai: Pendidikan
Islam yang selari dengan tuntutan jiwa
dan keperluan rohani menjadi tunjang
untuk membangunkan ummah seiring
dengan perkembangan pembangunan
fizikal dan kemajuan tenologi pada hari
ini. Justeru itu masyarakat seharusnya
memafaatkan peluang yang tersedia di
sekolah-sekolah aliran Arab dan Agama
sebagai saluran mendidik tunas-tunas
yang sedang berkembang. Isu ini di-
bangkitkan dalam forum khas yang
diadakan di SMU(A) Falahiah Sungai Sok
sempena Program Mukhayyan Pengetua
anjuran Yayasan Islam Kelantan dengan
kerjasama Pengerusi Pembangunan
Islam, Penddidikan dan Dakwah Negeri
Kelantan. Forum yang bertajuk Pendidi-
kan Islam Ummah Cemerlang memba-
riskan panel terdiri dari Ust. Abdullah b.
Wahab, Pengetua Syamsul Maarif (L)
Labok, Ust. Zainuddin b. Ismail, Pen-
getua Maahad Muhammadi Lelaki dan
Ust. Mohd Mansor Hj Daud, Pengetua
Maahad Tahfiz wal Qiraat Pulai Chon-
dong, sementara moderatornya ialah
Ust. Muslim b. Yusoff, Pengetua Maahad
Muhammadi Pasir Pekan.
Program 2 hari 1 malam bermula pada
25 Jun 2009 dengan sesi perasmian
yang disempurnakan oleh YBrs. Tim-
balan Pengarah (Sekolah), Hj. Mohamed
b. Ya dan diteruskan dengan taklimat
untuk bersama masyarakat di madrasah
-madrasah
sekitar Sungai
Sok serta Fo-
rum khas
yang diadakan
pada malam-
nya. Manakala
pada 26 Jun,
Pengetua akan
bersama-sama
dengan
masyarakat
sekitar untuk
program suka-
neka dan
berakhir den-
gan kuliah
Maghrib di ma-
drasah-madrasah.
Program tahunan pengetua adalah se-
bahagian daripada gerakkerja pengetua-
pengetua sekolah Yayasan untuk men-
ingkatkan jatidiri dan memberi sumban-
gan kepada masyarakat sekadar yang
termampu. Program ini juga dapat
memberi pendedahan yang lebih luas
kepada pengetua untuk bergaul dengan
lebih rapat dengan masyarakat sekelil-
ing dan dapat memahami persoalan-
persoalan asas setempat.
Kupasan peri pentingnya pendidikan
dalam konteks kehidupan tentunya da-
pat meningkatkan tahap kefahaman
masyarakat terhadap pendidikan
agama. Selain itu perbezaan antara
maklumat dan ilmu harus difahami se-
cara jelas oleh semua agar dapat me-
mahami bagaimana orang-orang yang
mempunyai lambakan maklumat tetapi
masih mengerjakan maksiat, sedangkan
orang yang benar-benar berilmu, se-
makin tinggi ilmunya semakin hampir
dengan Pencipta dan semakin gerun
melakukan penderhakaan kepada Allah.
Pendidikan Islam Perkasa Ummah
Hadir: Timbalan Pengarah (Sekolah) dan Timabalan Pengarah (Akademik) hadir sama dalam
Mukhayyam berkenaan.
Semasa
Suara YIK 11
Nilam Puri: KOPYIK mencatat
keuntungan bersih RM112,861.49
untuk kira-kira berakhir 31 Disember
2008 dengan nilai asset keseluruhan
RM2,228,061.68, dalam pembentangan
kewangan koperasi baru-baru ini.
Dengan kedudukan kewangan yang
kukuh dan sumber yuran yang tetap
koperasi YIK dijangka dapat mem-
perkukuhkan kedudukan dan menjana
lebih keuntungan pada masa hadapan
sekiranya banyak peluang-peluang per-
niagaan diteroka
Sementara itu, 4 Ahli Lembaga
Koperasi Yayasan Islam Kelantan
Berhad (KOPYIK) dilantik semula ke
jawatan itu dalam Mesyuarat Agung
Perwakilan ke 7 pada 27 Jun 2009. Ahli
Lembaga berkenaan ialah En. Junaidi b.
Abdullah, En. Zahari b. Mat Amin, En
Hasan Basri b. Mahmood dan Ust. Ramli
b. Din. Cadangan mengekalkan jawatan
tersebut berdasarkan prestasi dan
sumbangan yang telah diberikan untuk
kemajuan Koperasi.
KOPYIK yang mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan ke 9 dan Mesyuarat Perwakilan ke 7 telah membentangkan agenda-agenda rutin termasuklah pem-bentangan kewangan dan anggaran perbelanjaan untuk tahun berikutnya.
Dalam perkembangan yang sama, Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, En Rahmat b. Ali,yang menyempurna-kan Majlis Perasmian Mesyuarat berke-naan turut berkeyakinan prestasi KOPYIK semakin menyerlah diperingkat Negeri. Beliau yang bercakap kepada Ahli-Ahli lembaga baru menyatakan harapannya untuk melihat lebih keha-
dapan dan buat masa ini ianya telah tersenarai di kalangan koperasi contoh dari sudut pengurusan dan janaan ke-untungan. Beliau mengakui beberapa mesyuarat peringkat Negeri telah bersetuju mengundang KOPYIK untuk sama-sama berkongsi idea dalam pengendalian pengurusan terbaik peringkat koperasi.
Selain menjana keuntungan Koperasi Yayasan turut menyatakan jumlah za-kat perniagaan sebanyak RM55,705.25 untuk diagihkan kepada yang layak. Mesyuarat berkenaan juga turut melu-luskan Undang-Undang Kecil Koperasi selepas pindaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta tiga Aturan Aktiviti iaitu Pelaburan Modal, Tabung Kebajikan Am dan Pinjaman. Manakala 10% dividen diatas syer dan 1% di atas Modal Yuran juga turut diluluskan.
Mesyuarat memperlihatkan kematangan apabila semua anggota yang mengambil bahagian dalam perbahasan telah menggunakan peluang untuk mengemukakan pandangan ke arah meningkatkan
kecemerlangan koperasi serta memberi cadangan-cadangan membina yang bermanfaat. Seramai 93 Anggota hadir dalam mesyuarat berkenaan termasuk Ahli-ahli Lembaga.
KOPYIK catat keuntungan RM112,861.49
Nilam Puri: Jawatankuasa Induk
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
meneruskan agenda penghayatan
kepada semua Bahagian dan Unit
Yayasan Islam Kelantan setelah
dipersijilkan pada 17 Disember tahun
2008. Pengerusinya En. Abdul Manan b.
Ali menyatakan demikian selepas
mempengerusikan Mesyuarat tersebut
pada 7 Julai 2009. Meskipun terdapat
banyak halangan-halangan sementara
seperti perubahan kedudukan pegawai-
pegawai di Bahagian Akademik dan
pengubahsuaian bilik di Bahagian
Sekolah, namun langkah-langkah
memperkemaskan amalan 5S hendaklah
sentiasa dipertingkatkan. Menurutnya
lagi, Jawatankuasa Audit Dalam juga
akan diperkasa dan akan membuat
penilaian pencapaian dari masa ke
semasa. Pertandingan antara unit,
kawasan-kawasan PIC serta
tempat-tempat umum juga akan
digerakkan dengan menawarkan
hadiah-hadiah yang lumayan.
Selain itu beliau turut
mengingatkan semua unit untuk
mengadakan gotong royong di
kawasan masing-masing sekiranya
dirasakan perlu dan sedia memberi
kerjasama penuh kepada sebarang
langkah penambahbaikan penghayatan
5S di YIK.
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S teruskan penghayatan
Kota Bharu: Yayasan Islam Kelantan
buat pertama kalinya mengadakan
mesyuarat di luar Pejabat Yayasan Islam
Kelantan. Mesyuarat mingguan yang
membincangkan segenap aspek berkaitan
pengurusan termasuk pentadbiran,
pendidikan dan kewangan kebiasaannya
diadakan di Pejabat Yayasan Islam
Kelantan, tetapi mulai 12 Julai 2009, YIK
mengambil keputusan untuk mengadakan
mesyuarat berkenaan di sekolah-sekolah
mengikut giliran. Untuk permulaannya
Maahad Muhammadi Lelaki jalan
Pengkalan Chepa dipilih sebagai lokasi
pertama. Menurut Pengarah YIK, En.
Ahmad Robert b. Abd. Rahim, penggiliran
mesyuarat di sekolah akan memberi
peluang kepada semua pegawai untuk
membuat tinjauan langsung dan dapat
mengadakan pertemuan dengan guru-
guru di sekolah berkenaan. ”Usaha ini
adalah untuk mendekatkan sekolah dan
guru-guru dengan pegawai-pegawai
Yayasan Islam Kelantan, sehingga tidak
menjarakkan mereka dengan pengurusan
pentadbiran yang sentiasa memberi
perhatian kepada mereka” ujarnya.
Dengan adanya program seumpama ini,
setiap kelemahan yang ada dapat dikesan
dengan lebih cepat dan tindakan segera
dapat diambil. Selain itu ianya dapat
memberi ruang kepada guru-guru
menyatakan pandangan dan komen
mereka secara terbuka kepada
pengendalian sekolah-sekolah agama.
YIK adakan Mesyuarat Pengurusan
Jabatan di sekolah
Semasa
Suara YIK 12
Melor, Kota Bharu: Yayasan Is-
lam Kelantan buat pertama kalinya
memperkenalkan tabung khairat kepada
semua kakitangan yang berkhidmat
dengan jabatan itu mulai bulan Ogos
2009. Tabung Khairat yang bertujuan
untuk sama-sama membantu mana-
mana kakitangan yang meningal dunia
dengan menghulurkan sumbangan khas.
Menurut Pengarahnya, En. Ahmad
Robert Abd. Rahim, penubuhan Tabung
ini adalah amat penting dalam usaha
menjaga kebajikan dan turut sama-
sama menyatakan rasa bersimpati
kepada kakitangan yang ditimpa
musibah. Sumber Tabung berkenaan
adalah dipungut dari semua kakitangan
dengan kadar RM2.00 setiap kematian.
Dengan jumlah tersebut, dianggarkan
RM4,000.00 dapat disumbangkan
kepada waris kakitangan yang
meninggal dunia. Seluruh warga
Yayasan Islam Kelantan menyambut
baik langkah tersebut yang dilihat
sebagai satu perkembangan yang cukup
menggalakkan, ini memandangkan
jumlah kakitangan YIK yang kini
mencecah 2300 orang sudah
semestinya dapat sama-sama berkongsi
kesedihan dan dapat menghulurkan
sumbangan untuk rakan-rakan yang
berada dalam kesusahan. Dalam
perkembangan yang lain YIK akan
meneliti mekanisme kutipan dan agihan
agar penubuhan Tabung ini benar-benar
memberi manfaat kepada seluruh
kakitangan yang bernaung di bawah
Yayasan Islam Kelantan.
YIK wujudkan Tabung Khairat
Putra Jaya: Yayasan Islam Kelantan terus
meningkatkan kerjasama serta hubungan dengan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam
perkembangan terbaru, pihak JAKIM menyumbang
buku-buku rujukan untuk diagihkan kepada sekolah
-sekolah di bawah kelolaannya. Sumbangan
tersebut disampaikan oleh Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Islam, En. Zul Azli Ismail
kepada Penolong Pengarah Kurikulum Arab/Agama
Yayasan Islam Kelantan, Ust. Mohd Zaki b.
Deraman di Persint 8 Putra Jaya pada 7 Ogos 2009.
Pihak YIK mengucapkan ribuan terimakasih atas
keprihatinan JAKIM membekalkan buku-buku
rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah YIK dan berharap sumbangan yang
serupa akan berterusan pada masa-masa yang
akan datang khususnya untuk meningkatkan kualiti
dan kuantiti pelajar menguasai bahasa Arab secara
menyeluruh.
Hubungan YIK - JAKIM erat
Pantai Cahaya Bulan: Yayasan
Islam Kelantan melalui Unit Kuri-
kulum Arab/Ugama mengagihkan
naskhah Al Quran kepada Maahad
-Maahad Tahfiz di bawah kelolaan
Yayasan dari seluruh negeri. Ma-
jlis penyampaian berkenaan
diadakan sempena Kursus Peman-
tapan Pengajaran dan Pembela-
jaran Guru-Guru Tahfiz yang
diadakan pada 15 Julai 2009 di
Dewan Selayang, Perdana Resort,
Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
YABrs.Tuan Hj. Zakaria bin
Mohamed, Timbalan Pengarah
(Akademik) mewakili Pengarah
menyampaikan agihan berkenaan.
Menurut Tuan Hj. Mohd.Zaki bin
Deraman, Penolong Pengarah Unit
Kurikulum Arab/Ugama, Al Quran
berkenaan adalah hasil
sumbangan Kerajaan Arab Saudi,
melalui Kedutaan Arab Saudi di
Kuala Lumpur. “Sebanyak 70
kotak Al Quran, cakera padat dan
kaset-kaset bacaan Al Quran telah
diterima dan akan digunakan oleh
semua pelajar-pelajar tahfiz”,
katanya.
Seramai 110 orang guru tahfiz
mengikuti kursus berkenaan yang
memberi penekanan kepada
kaedah pengajaran berkesan dan
pemantauan berkala di semua
Maahad Tahfiz Yayasan Islam
Kelantan.
YIK Agih Al Quran Sumbangan Arab Saudi ke
Maahad Tahfiz
Agih: Timbalan Pengarah (Akademik) Hj. Zakaria Mohamed sedang mengagihkan sumbangan Kerajaan Arab
Saudi kepada Hj. Sabri b. Mohd Amin dari Maahad Tahfiz Al Quran, Maahad Amir Indera Petra.
Sumbang: En. Zul Azli bagi pihak JAKIM menyampaikan sumbangan buku
rujukan kepada Ust. Mohd Zaki mewakili Yayasan Islam Kelantan di Putra Jaya.
Semasa
Suara YIK 13
Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang to-
koh pemikir Islam yang amat terkenal bukan
sahaja dalam kalangan umat Islam, malah
dalam kalangan bukan Islam. Beliau sangat
tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf,
pendidikan, politik dan lain-lain.
Dalam bidang pendidikan Al-Ghazali telah men-
gungkapkan falsafah menutut ilmu seperti beri-
kut :"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dir-
inya kepada kamu sebelum kamu menyerah
sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu
telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya,
sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun
sebahagian lagi masih belum tentu untuk mene-
rima kamu."
Di samping itu juga Imam Al-Ghazali telah me-
nagariskan 8 adab atau disilin kerja seorang
guru, iaitu :
1. Memperlakukan para murid dengan
kasih sayang seperti anaknya sendiri.
2. Mengikuti teladan Rasul, tidak
mengharap upah, balasan ataupun uca
pan terima kasih (ikhlas).
3. Jangan lupa menasihati murid tentang
hal-hal yang baik.
4. Jangan lupa menasihati murid dan
mencegahnya dari akhlak tercela, tidak
secara terang-terangan tapi hendaknya
gunakan sindiran. Jangan lupa untuk
mengerjakannya terlebih dahulu kerana
pendidikan dengan sikap dan perbuatan
jauh lebih efektif daripada perkataan
5. Jangan menghina disiplin ilmu lain.
6. Terangkanlah dengan kadar kemam
puan akal murid.
7. Hendaknya seorang guru harus menga
jar muridnya bermula dengan pelajaran
yang mudah difahami, kerana jika pelaj
arannya terlalu payah dan berbelit-belit
maka hal tersebut akan membuat
muridnya merasa bingung dan hilang
keyakinan diri.
8. Seorang guru harus menjadi orang
yang mengamalkan ilmunya.
Diharapkan guru-guru YIK dapat menghayati
dan mengambil manafaat daripada panduan
yang telah disarankan oleh Imam Al-Ghazali. Ini
kerana panduan ini dicatat berdasarkan kekua-
tan ilmu Al-Ghazali, sebagai tokoh ilmuan Islam
yang unggul.
Majlis Perasmian Masjid Solahuddin
Maahad Rahmaniah Kuala Krai.
MB lancar Geran Wakaf Pembinaan Asrama
Maahad Muhammadi Lelaki
Kota Bharu: Untuk meningkatkan kemudahan sedia ada dan menam-pung keperluan di Maahad Muhammadi Lelaki, pada 25 Julai 2009, YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar melancarkan Geran Wakaf untuk pembinaan asrama. 4 tingkat berkeluasan 14,853 kaki persegi dengan anggaran kos sebanyak RM1,260,000.00 (RM:Satu Juta Dua Ratus Enam Puluh Ribu) melalui penjualan lot RM50.00 untuk satu kaki persegi.
Nasihat Imam Al-Ghazali untuk Para Guru
Kuala Krai: YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Majlis telah menyem-
purnakan majlis Perasmian Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Maahad Rah-
maniah Kuala Krai. Masjid yang dibina pada awal 2004 mendapat sum-
bangan orang ramai, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak tertentu telah
siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk solat
berjemaah dan aktiviti-aktiviti dakwah dan kepimpinan. Kos keseluru-
han sebanyak RM400,000.00 dua tingkat dengan keluasan 9500 kaki
persegi dan dapat menampung 900 pelajar.
Majlis Perasmian berkenaan dilakukan oleh YAB. Tuan Guru Menteri
Besar sempena Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
kali ke 16.
Majlis yang diadakan pada jam 3.00 petang pada 12 Rejab 1430 ber-
samaan 5 Julai 2009 itu, turut diiringi Majlis Pelancaran Tabung Pembi-
naan Asrama Aisyah (Aspuri) yang bertujuan memungut dana untuk
pembinaan asrama yang lebih selesa bagi keperluan pelajar.
Semasa
Suara YIK 14
THE IMPORTANCE OF ENGLISH IN KELANTAN ISLAMIC
FOUNDATION SCHOOLS
The current emphasis on Eng-
lish Language has become a topic of
discussion among all quarters. It is an
international language, transcending the
barriers of distance, race and creed. It is
one of the official languages of the
United Nations. It is the language of
communication in major international
meetings and conventions and it is also
the lingua franca of business and com-
mercial world. As such the importance
of English as a world language cannot
be denied. However, considering that
Malaysians study English from their first
year in primary school, Kelantan Islamic
Foundation (KIF) has emphasized the
importance of English Language by
adopting the language as a subject in its
schools.
Although many people fear that
promoting English would once relegate
the national language to second place,
this may not be so. Proficiency in Eng-
lish may thus be used as a vehicle to
progress as it can increase the store of
knowledge in the national language.
What should really be concern
to us is the reality of the situation of
English Language in Kelantan Islamic
Foundation (KIF) schools. The standard
of English has declined and this may
hinder many bright students from keep-
ing up at tertiary level simply because
they are not proficient in English. Efforts
to raise the standard of English should
be done gradually both at Kelantan
Islamic Foundation (KIF) and school
levels.
At KIF level, special trainings or
courses for English teachers should be
introduced . While at school levels
teachers should develop a strategy to
make sure that students continue to
improve effectively. Teachers should
encourage students to make learning a
habit. If they study each day for 10
minutes, English will be constantly in
their head. If they study once a week,
English will not be present in their mind.
Teachers should ‘move the
students’ mouths’. Understanding some-
thing doesn’t mean the muscles of their
mouth can produce the sounds. So,
practice speaking what they are learning
aloud. It may seem strange, but it is
very effective-speaking a language well
takes time. Teachers should use the
internet because there is an unlimited
English resource that anyone could
imagine and it is right at your finger
tips.
In a nutshell, in order to be-
come a good English speaker, you must
endeavor to develop your listening skill
first. Most English beginners commit the
mistake of studying tons and tons of
English grammar rules and exceptions
but neglecting the need to practice Eng-
lish on a day to day basis .Thus it is
obvious that English is an important
global language, and being able to con-
verse well is an asset that all employers
look for in their employees.
Bahasa Arab/English
Suara YIK 15
Kelantan tuan rumah KESSUMA kali ke - 10
Nilam Puri:
K e l a n t a n
sekali lagi
diberi keper-
cayaan untuk
m e n g e n -
dalikan Kejo-
hanan Sukan
S e k o l a h -
sekolah Me-
n e n g a h
Agama Malay-
sia Zon Utara dan Timur Semenanjung
untuk kali yang ke-10 pada tahun ini
setelah menjadi tuan rumah buat per-
tama kalinya pada tahun 2004. Kejo-
hanan yang bermula sejak tahun 2000
telah menyaksikan kejayaan sekolah-
sekolah menengah agama dari Pulau
Pinang, Perlis, Kedah, Perak Tereng-
ganu dan Kelantan mengenengahkan
potensi pelajar sekolah agama dari
negeri masing-masing selain dapat
merapatkan hubungan silaturrahim.
Sejak diadakan, negeri Kedah telah tiga
kali menjadi tuan rumah iaitu pada ta-
hun 2000, 2001, dan 2007, Pulau Pi-
nang sebanyak dua kali pada tahun
2002 dan 2006, manakala Perak men-
jadi tuan rumah pada tahun 2003 dan
2008 sementara negeri Terengganu
pada tahun 2005.
Menurut Ketua Kontinjen Kelantan, Hj.
Zakaria b. Mohamed, kejohanan pada
kali ini diadakan di Kompleks Sukan
Kampus Universiti Sains Malaysia Ku-
bang Kerian dan Kompleks Belia dan
Sukan Negeri Kelantan di Panji yang
mempunyai kemudahan dan kelengka-
pan yang menepati keperluan.
Menurutnya lagi, pada kali ini juga se-
bagaimana tahun-tahun lepas sebanyak
9 acara akan di pertandingkan
Beliau berharap agar semua peserta
kejohanan kali ini mengekalkan seman-
gat kesukanan serta dapat menunjuk-
kan contoh sukan sekolah agama ter-
baik kepada rakyat negeri Kelantan.
Beliau turut memohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan sepan-
jang kejohanan ini berlangsung dan
seterusnya beliau mengucapkan se-
lamat datang ke Negeri Kelantan Ser-
ambi Mekah dan “Selamat Bersukan”
Ketua Kontinjen: Hj. Zakaria bin
Mohamed
Menteri Besar rasmi Majlis Penutup KESSUMA
Kubang Kerian: “YAB. Tuan Guru
Dato’ Menteri merasmikan Majlis Pe-
nutupan dan
P e n y e r a h a n
Bendera Kejo-
hanan Sukan
Sekolah-sekolah
Agama Malaysia,
Zon Utara dan
Timur di Dewan
Besar Kampus
Universiti Sains
Malaysia Kubang
Kerian.
Kejohanan yang
melibatkan negeri-negeri utara dan
timur adalah sebahagian dari usaha
merapatkan hubungan antara sekolah-
sekolah agama disamping memberi
ruang yang lebih luas untuk saling kenal
mengenal antara satu sama lain. Dalam
majlis berkenaan Tuan Guru Dato’
Menteri Besar diberi penghargaan men-
yampaikan Trofi Kejohanan dan men-
yerahkan Bendera KESSUMA untuk Ter-
enganu menjadi tuan rumah tahun
2010.
K e r a j a a n N e g e r i me n y u m b a ng
RM10,000.00 untuk majlis berkenaan
termasuk tajaan makan malam dan
persembahan kebudayaan dari Kumpu-
lan Kebudayaan Pak Simpol Kelantan.
Hadiah: Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sedang menyampaikan hadiah kepada wakil negeri
REHAT MINDA A.Ubaidillah
Virus H1N1 semakin merebak. Banyak kes kematian di negara ini disebabkan virus itu
Apa tindakan
Kerajaan?
Ada sekolah diarahkan tutup. Ada yang diminta berada di rumah untuk kuarantin
Sebenarnya ini satu musibah dari tuhan. Kita kena banyak solat hajat dan berdoa. Kita patut ting-galkan dosa dan maksiat.
Setuju.!!
Semasa
Suara YIK 16
Kuala Lumpur: Seramai 9 orang
pelajar Yayasan Islam Kelantan
menerima Anugerah Kecemerlangan
STAM Peringkat Kebangsaan anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
yang diadakan di Hotel Ancasa Kuala
Lumpur pada 1 Ogos 2009. Pemilihan
mereka berdasarkan pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Agama Malaysia 2008 dan
beberapa kriteria lain. Antara
penerima anugerah berkenaan ialah
Ahmad Hamidi b. Husain dari Maahad
Muhammadi Lelaki, Suhazlinda bt
Ghazaly, Maahad Muhammadi
Perempuan, Abdul Hakam Mohd Yusof,
SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor,
Abdul Hakam Al Umari b. Abdullah
Tahmin dan Mohd Farid b. Onn dari
SMU(A) Azhariah Melor,
Mursyida bt Azmi dari Maahad
Muhammadi Tumpat, Siti Nor
Izliana bt Nordin, Maahad
Rahmaniah Kuala Krai, dan
Norashibah bt Ibrahim dan
Nurulain Wahida bt Roslee dari
Maahad Saniah Pasir Puteh.
Anugerah tahunan ini
bertujuan memberi
penghargaan dan pengiktirafan
kepada kejayaan pelajar dan
meningkatkan kesungguhan
serta motivasi mereka untuk
mencapai kecemerlangan.
Anugerah di sampaikan oleh Tuan Hj.
Othman b. Mustapha, Timbalan Pengarah
(O) Jakim. Hadir sama Pengarah bahagian
Pembangunan dan Pendidikan Islam,
Hajjah Ramlah bt Yong, Ketua Penolong
Pengarah, En. Ramzan serta Timbalan
Pengarah (Sekolah) Mohamed b. Ya dan
pegawai- pegawai Yayasan Islam Kelantan.
9 pelajar YIK terima Anugerah Kecemerlangan STAM peringkat kebangsaan 2009
Tahniah: Ahmad Hamidi b. Husain dari Maahad Muhammadi Lelaki
menerima penghargaan dari Timbalan Pengarah (Operasi) JAKIM
Dato’ Hj. Abdul Halim Abdul Rahman Tokoh Pendidik YIK 2009
Pengkalan Chepa: Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan mantan Tim-balan Menteri Besar Kelantan diumum-kan sebagai Tokoh Pendidik Yayasan Islam Kelantan 2009 dalam majlis sambutan Hari YIK yang diadakan di Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelan-tan pada 28 Julai lalu. Dilairkan pada tahun 1939 di Kampung Laloh Tanah Merah dan mendapat pendidikan awal daripada ayahandanya Hj. Abdul Rahman Mamat dan seterusnya belajar di sekolah rakyat sebelum meneruskan pengajian ke Maahad Muhammadi Merbau. Pendidikan agamanya diperolehi dari beberapa buah pusat pengajian pondok seperti Pondok Kampung Dangar Pasir Mas dan Surau
Tok Tabal Kubang Pasu. Beliau kemudian menamatkan pengajian dengan mendapat Ijazah Aliah (BA.Hons) dalam bidang Usuluddin dari Universiti Al Azhar Mesir.
Merupakan antara pelajar yang aktif semasa menuntut dan memegang jawatan-jawatan penting dalam persatuan sebelum kembali manabur bakti di tanahair. Pada 1966 mula berkhidmat sebagai guru di Maahad Muhammadi Jalan Merbau sehingga diberi kepercayaan menyandang jawatan pemangku pengetua sebelum beralih tugas di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Beliau yang memenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri pada tahun 1990
beliau dilantik sebagai Timbalan
Menteri Besar sehingga tahun 2004.
Memberi sumbangan besar kepada
kemajuan negeri dan merupakan
antara perancang utama di
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan, khususnya Perancangan
Pembangunan Projek, Pelaburan dan
Kewangan Negeri. Pernah terlibat
mengenengahkan idea di Yayasan
Islam Kelantan sehingga membawa
kepada penubuhan Kelas Aliran Sains
Tulen, mempengerusikan
Jawatankuasa Pelajaran Yakin,
Lembaga Kompleks Perkayuan
Kelantan dan juga memanfaatkan
kemahiran dalam memandu
Jawatankuasa perjalanan Kerajaan
Kelantan dan Kedah.
Bergerak cergas dalam gerakan Islam dan banyak menghasilkan kertas-kertas kerja penting seperti, ”Tuntutan Berjemaah”, ”Tuntutan Berjihad”, ”Mengapa Saya Perlu Berjuang” dan ”Peranan Muslimat dalam Perjuangan Islam”.
Beliau mendapat pengiktirafan dari KDYMM Al Sultan Kelantan dengan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Yang Amat Mulia Al Muhammadi (DPMK) yang membawa gelaran Dato’.
Anugerah Tokoh Pendidik berkenaan
disampaikan oleh YAB. Tuan Guru Dato’
Menteri Besar.
Anugerah Tokoh Pendidik YIK 2009: YB.Dato’ Hj. Abd. Halim Abdul Rahman menerima hadiah penghargaan dari YAB. Tuan
Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.