Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

13
Sumbangan muzik dalam perkembangan kanak-kanak Bagaimana muzik boleh mengalakkan perkembangan kanak-kanak? Saya akan jelaskan satu-satu persatu kesan muzik kepada perkembangan kanak-kanak dari segi saintifik dan secara am. Antara mengapa muzik boleh merangsang perkembangan kanak-kanak ialah: 1. Meningkatkan sistem pertahanan badan Idea yang mengatakan muzik dapat meningkatkan sistem pertahanan badan mungkin di anggap tidak logik oleh sesetengah pihak tetapi sains telah menyokong kenyataan tersebut. Muzik yang tenang di ketahui dapat meredakan tekanan. Apabila ia berlaku, ia juga mengurangkan tahap hormon cortisol( hormon adranalin cortex yang aktif dalam metabolisma karbohidrat dan protin). Bukan sahaja muzik yang tenang tetapi muzik yang berentak rancak juga dapat meningkatkan kadar antibodi di dalam system badan kita. Dr. Ronny Enk yang mengetuai kajian terhadap kesan muzik kepada system imunisasi baru-baru ini mencadangkan “Kami fikir muzik boleh memcetuskan keadaan yang menyenangkan dan ia

description

sumbangan muzik kepada kanak-kanak

Transcript of Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Page 1: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Sumbangan muzik dalam perkembangan kanak-kanak

Bagaimana muzik boleh mengalakkan perkembangan kanak-kanak? Saya akan

jelaskan satu-satu persatu kesan muzik kepada perkembangan kanak-kanak dari

segi saintifik dan secara am. Antara mengapa muzik boleh merangsang

perkembangan kanak-kanak ialah:

1. Meningkatkan sistem pertahanan badan

Idea yang mengatakan muzik dapat meningkatkan sistem pertahanan badan

mungkin di anggap tidak logik oleh sesetengah pihak tetapi sains telah

menyokong kenyataan tersebut. Muzik yang tenang di ketahui dapat meredakan

tekanan. Apabila ia berlaku, ia juga mengurangkan tahap hormon

cortisol( hormon adranalin cortex yang aktif dalam metabolisma karbohidrat dan

protin). Bukan sahaja muzik yang tenang tetapi muzik yang berentak rancak juga

dapat meningkatkan kadar antibodi di dalam system badan kita. Dr. Ronny Enk

yang mengetuai kajian terhadap kesan muzik kepada system imunisasi baru-

baru ini mencadangkan “Kami fikir muzik boleh memcetuskan keadaan yang

menyenangkan dan ia boleh membawa kepada perubahan fisiologi yang mana

akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ketahanan badan.”

Jika sains telah membuktikan ia begitu maka kita perlu ingat, jika merasa

tertekan, dengarkan muzik yang santai. Selain itu, dengar mata kasar kita dapat

melihat sendiri kesan muzik terutamanya kepada bayi atau kanak-kanak. Anak-

anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis

bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´

mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan

Page 2: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai

bentuk muzik yang ada.

Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka

menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk

punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri

untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan.

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik

atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak

anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang

atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang

tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu

menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan

menenangkan terhadap bayi.

Kesimpulannya, melalui muzik kita dapat mengimbau kembali memori yang ada

bersama muzik tersebut. Bagi proses pembelajaran ia dapat menolong

perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan muzik untuk mengingati

pembelajaran yang baru. Muzik yang tenang juga akan menghilangkan tekanan

mereka dan mereka dapat belajat dalam suasana yang riang. Muzik juga

membantu kanak-kanak ini agar mereka sentiasa sihat untuk belajar apabila

tahap imunisasi mereka tinggi.

2. Meningkatkan kadar senaman

Page 3: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Seperti yang kita telah ketahui, muzik juga memainkan peranan di dalam

senaman. Dalam satu kajian baru-baru ini, para penkaji telah mendapat

hubungan yang positif di antara muzik rancak dengan senaman. Walaupun ia

tidak memeranjatkan sesiapa pun, muzik berfungsi untuk meningkatkan kekuatan

apabila bersenam. Ia berfungsi apabila muzik mengalihkan perhatian dan

memaksa jantung dan otot untuk bergerak lebih pantas. Ini akan menyebabkan

kita menjadi lebih sihat.

Bagi kanak-kanak yang sihat mereka akan dapat menumpukan lebih perhatian di

dalam kelas bagi proses pembelajaran. Mereka akan lebih merasa cergas dan

dapat menimba ilmu dengan lebih pantas.

3. Sebagai alat komunikasi antara ibu dan anak

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk

operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika

itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali

suara ibu dan bunyi sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah

digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi,

gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum

bayi dilahirkan.

Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka

dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik

setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan

mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini

amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang

menunjukkan tidak balas.

Page 4: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada

rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan

deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan

bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini

dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi

kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi

bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan

bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan

memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan

jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila

muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik

tersebut.

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan

mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng

digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.

Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik

sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut

beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat

muzik yang terdapat di sekitar mereka.

4. Meningkatkan kemahiran bahasa

Page 5: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan

bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan

sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain

mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang

mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak

terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-

anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.

Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka

menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul

yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya

kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik.

Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-

anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang

melibatkan hafalan.

5. Menambah kemahiran

Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada

mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu

jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan

instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh

mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir

menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.

Page 6: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk

bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu

kuat atau menyakiti telinga bayi.

“Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia

memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna

Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung

muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu

Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals. Salah satu soalan

yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka

sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus

ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan

kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-

sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk

muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik

klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas

bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih

muzik pop. Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu

bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh

dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik

sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari

mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan

Page 7: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman

kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga

dengan bayi anda.

6. Meningkatkan fungsi otak

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan

mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik.

Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan

kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.Dalam usia enam tahun

pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka

cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh

penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi

merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan

bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti

Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi

agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat.

Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan;

umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang

betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai

Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan

pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa.

Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik

Page 8: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang

tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk

rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar

mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan

Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting

dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika

diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin

bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

7. Menolong kanak-kanak yang bermasalah

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil

kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa

muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia. Seperti yang

dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak

untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli,

bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa yang

ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa...Yang

berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.”

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik

mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di

dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us

smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan

awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang

Page 9: Sumbangan Muzik Dalam Perkembangan Kanak

menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik

menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas

penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam

menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran

muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh

yang sama.

8. Meningkatkan kadar celik huruf

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf.

Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan

bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak

dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna

untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah

orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk

memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik

meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri

anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan

pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak

menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak

sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat

negatif.