Surat Untuk Ina

3
SURAT UNTUK INA Sinopsis Badar dan Jais mengusik-gusik Zali agar Zali dapat berkenalan lebih rapat dengan Zalina, seorang pengawas sekolah. Zali berasa kurang pasti sama ada Zalina sudi berkawan dengannya atau tidak. Akhirnya Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat kepada Zalina. Namun, Zali khuatir sekiranya Zalina akan melaporkannya kepada guru disiplin. Badar dan Jais mencadangkan agar Zali tidak menulis nama pengirim dan hanya menyatakan hasrat untuk berkenalan sahaja. Zali bersetuju dengan cadangan berkenaan. Surat tanpa nama itu ditulis dan diletakkan di dalam meja Zalina. Zalina melaporkan surat yang diterimanya tanpa nama pengirim itu kepada Cikgu Halil. Badar dan Jais cuba menyakinkan Zali bahawa Cikgu Halil tidak akan dapat mengenal pasti penulis surat tersebut. Cikgu Halil meminta penulis surat tersebut mengaku. Malangnya tiada siapa yang mengaku menjadi penulisnya. Tindakan Cikgu Halil seterusnya adalah memeriksa tulisan pada buku latihan dan karangan. Cikgu Halil telah meminta Zali menulis nama dan alamatnya pada papan hitam. Setelah diamati, tulisan pada surat itu mirip tulisan Zali.Akhirnya, Zali mengakui bahawa dialah yang menulis surat tersebut. Cikgu Halil menyerahkan soal menjatuhkan hukuman terhadap Zali mengikut budi bicara Zalina. Zalina memaafkan perbuatan Zali. Zalina meminta Zali tidak mengulangi perbuatannya. Badar, Jais, dan Fatimah tumpang gembira atas sikap pemaaf Zalina. Tema Kenakalan murid lelaki yang meningkat remaja.

description

KOMSAS-tingkatan 1

Transcript of Surat Untuk Ina

Page 1: Surat Untuk Ina

SURAT UNTUK INA

Sinopsis

Badar dan Jais mengusik-gusik Zali agar Zali dapat berkenalan lebih rapat dengan Zalina, seorang pengawas sekolah. Zali berasa kurang pasti sama ada Zalina sudi berkawan dengannya atau tidak. Akhirnya Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat kepada Zalina. Namun, Zali khuatir sekiranya Zalina akan melaporkannya kepada guru disiplin.

Badar dan Jais mencadangkan agar Zali tidak menulis nama pengirim dan hanya menyatakan hasrat untuk berkenalan sahaja. Zali bersetuju dengan cadangan berkenaan. Surat tanpa nama itu ditulis dan diletakkan di dalam meja Zalina.

Zalina melaporkan surat yang diterimanya tanpa nama pengirim itu kepada Cikgu Halil. Badar dan Jais cuba menyakinkan Zali bahawa Cikgu Halil tidak akan dapat mengenal pasti penulis surat tersebut. Cikgu Halil meminta penulis surat tersebut mengaku. Malangnya tiada siapa yang mengaku menjadi penulisnya.

Tindakan Cikgu Halil seterusnya adalah memeriksa tulisan pada buku latihan dan karangan. Cikgu Halil telah meminta Zali menulis nama dan alamatnya pada papan hitam. Setelah diamati, tulisan pada surat itu mirip tulisan Zali.Akhirnya, Zali mengakui bahawa dialah yang menulis surat tersebut.

Cikgu Halil menyerahkan soal menjatuhkan hukuman terhadap Zali mengikut budi bicara Zalina. Zalina memaafkan perbuatan Zali. Zalina meminta Zali tidak mengulangi perbuatannya. Badar, Jais, dan Fatimah tumpang gembira atas sikap pemaaf Zalina.

Tema

Kenakalan murid lelaki yang meningkat remaja.

Zali menulis surat tanpa nama pengirim kepada Zalina untuk menyatakan niatnya ingin berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Perbuatan tersebut melanggar peraturan sekolah.

Persoalan

1) Perasaan tertarik dengan individu yang berlainan jantina. Contohnya, Zali tertarik kepada Zalina kerana Zalina , seorang gadis yang cantik, berperwatakan sopan santun. Oleh itu, Zali ingin berkenalan dan bersahabat dengan Zalina.

2) Kebijaksanaan guru dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Cikgu Halil menyelesaikan masalah di kelasnya.

3) Pengaruh rakan sebaya yang kuat. Contohnya, Zali mudah terpengaruh dengan kata – kata rakan sekelasnya iaitu Jais dan Badar.

4) Memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya, Zalina memaafkan kesalahan Zali.

Page 2: Surat Untuk Ina

Binaan Plot

PLOT bermaksud rentetan peristiwa atau susunan peristiwa.Binaan plot terdiri daripada permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks, dan perleraian

I. Permulaan : Perbualan tiga orang sahabat iaitu Badar, Jais dan Zali . badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina

II. Perkembangan : Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada Zalina.

III. Perumitan : Zali bimbang jika Zalina melaporkan kepada Cikgu Halil mengenai surat berkenaan.

IV. Klimaks : Zali didapati bersalah kerana menulis surat kepada Zalina. Dia mengakui kesalahan apabila Cikgu Halil membuat pemeriksaan tulisan secara individu di kelasnya.

V. Perleraian : Cikgu Halil menyuruh Zalina memutuskan hukuman terhadap Zali. Zalina memaafkan kesalahan Zali. Bajar dan Jais berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.

Nilai

(a) Kebijaksanaan. Contohnya, Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan dengan kes surat Zali kepada Zalina.

(b) Keberanian. Contohnya, Zalina berani memarahi Badar dan Jais yang mengusiknya. Zalina juga berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil.

(c) Ketegasan. Contohnya, Cikgu Halil tegas mendesak Zali mengakui perbuatannya.

(d) Baik Hati. Contohnya, Zalina sanggup memaafkan kesalahan Zali.

Pengajaran

(a) Kita mestilah mendahulukan pelajaran berbanding dengan cinta

(b) Kita mestilah sedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.

(c) Kita mestilah bijak membezakan antara kepentingan diri dengan kehendak hati

(d) Kita mestilah telus ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan