suratTawaran

3
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Tel. : 03-8885 3000 Faks : 03-8889 2176 Web : http://www.jpa.gov.my PIDN/ 2013 Ruj. Kami: JPA(I) 930530115317 Tarikh: 31/12/2013 AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN 182 JALAN INTAN 23000 DUNGUN TERENGGANU Saudara / Saudari, SURAT TAWARAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (PIDN) Sukacita dimaklumkan bahawa saudara / saudari adalah ditawarkan Biasiswa Persekutuan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Dalam Negara: INSTITUSI : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SKUDAI) KURSUS : SAINS PEMBINAAN PERINGKAT : IJAZAH PERTAMA PROGRAM : PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TEMPOH TAWARAN 2. Tawaran ini berkuat kuasa untuk tempoh selama 8 SEMESTER pengajian: MULAI : SEM 1 SESI 2013/2014 HINGGA : SEM 2 SESI 2016/2017 SYARAT-SYARAT TAWARAN 3. Kelulusan tawaran ini adalah tertakluk kepada ahli keluarga saudara / saudari tidak disenarai hitam di dalam mana-mana program penajaan JPA. Sekiranya didapati ahli keluarga saudara / saudari disenarai hitamkan, tawaran ini boleh ditarik balik. 4. Syarat-syarat tawaran adalah seperti di LAMPIRAN A. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dinyatakan dalam Surat Tawaran ini dan Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang ditandatangani di antara Pelajar, Penjamin dan Kerajaan.

description

jpa

Transcript of suratTawaran

Page 1: suratTawaran

JABATAN PERKHIDMATAN AWAMBAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSANAras 3-6, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 W.P. PUTRAJAYAMALAYSIATel.   : 03-8885 3000Faks : 03-8889 2176Web : http://www.jpa.gov.my

PIDN/ 2013Ruj. Kami: JPA(I) 930530115317

Tarikh: 31/12/2013

AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN182 JALAN INTAN23000 DUNGUNTERENGGANU

Saudara / Saudari,

SURAT TAWARAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK PENGAJIAN DIINSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (PIDN)

 Sukacita dimaklumkan bahawa saudara / saudari adalah ditawarkan Biasiswa Persekutuan untuk mengikutipengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Dalam Negara:     INSTITUSI : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SKUDAI)

  KURSUS : SAINS PEMBINAAN  PERINGKAT : IJAZAH PERTAMA  PROGRAM : PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA       

   TEMPOH TAWARAN    2. Tawaran ini berkuat kuasa untuk tempoh selama 8 SEMESTER pengajian:       MULAI : SEM 1 SESI 2013/2014

  HINGGA : SEM 2 SESI 2016/2017       

SYARAT-SYARAT TAWARAN    3. Kelulusan tawaran ini adalah tertakluk kepada ahli keluarga saudara / saudari tidak disenarai hitam di

dalam mana-mana program penajaan JPA. Sekiranya didapati ahli keluarga saudara / saudari disenaraihitamkan, tawaran ini boleh ditarik balik.

 4. Syarat-syarat tawaran adalah seperti di LAMPIRAN A. Tawaran ini adalah tertakluk kepada

syarat-syarat dan terma-terma yang dinyatakan dalam Surat Tawaran ini dan Perjanjian BiasiswaPersekutuan yang ditandatangani di antara Pelajar, Penjamin dan Kerajaan.

   

Page 2: suratTawaran

PENERIMAAN TAWARAN    5. Sekiranya saudara / saudari bersetuju dengan syarat-syarat tawaran seperti yang terkandung di

dalam surat ini dan LAMPIRAN A dan seterusnya menerima tawaran ini, sila sahkan penerimaansaudara / saudari secara atas talian melalui Sistem Penawaran Tajaan JPA (ePenawaran) di http://esilav2.jpa.gov.my selewat-lewatnya pada 14/01/2014 . Sila tandatangani Surat AkuanPenerimaan / Penolakan Biasiswa Persekutuan seperti di LAMPIRAN B (JPA/BMI/B/2) dankembalikan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 31/01/2014 . Jika dalam tempoh tersebut,Jabatan ini tidak menerima kembali sebarang maklum balas daripada saudara / saudari, Jabatan inimenganggap saudara / saudari menolak tawaran ini.

   6. Manakala dokumen-dokumen berikut yang telah disempurnakan perlu dihantar ke HEP institusi

masing-masing selewat-lewatnya pada 31/01/2014.     a) Salinan Surat Tawaran;

   b) Perjanjian Biasiswa Persekutuan;   c) Borang Maklumat Penjamin (JPA/BMI/PENJAMIN/B/1); dan   d) Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (JPA/BMI/PENJAMIN/B/2).   

BAYARAN BIASISWA    7. Bayaran Biasiswa akan mula dibayar setelah penerimaan tawaran seperti di perenggan 6 dipatuhi dan

saudara / saudari mendaftar untuk mengikuti pengajian. Bayaran akan dibuat sepanjang tempohtawaran atau sehingga tamat dengan jaya atau mana-mana yang terdahulu. Kaedah pembayaranadalah sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan kepada saudara /saudari.

   8. Bayaran akan diberhentikan sekiranya tawaran ditamatkan atas sebab-sebab melanggar apa-apa

yang terkandung di dalam Surat Tawaran JPA dan Borang Perjanjian Biasiswa Persekutuan.   PENUKARAN PENAJA    9. Sekiranya saudara/saudari menerima tawaran ini, saudara/saudari tidak boleh menerima tawaran lain

selain tawaran ini termasuk pinjaman pengajian di sepanjang tempoh pengajian.   10. Saudara / saudari akan dikenakan tuntutan ganti rugi dengan membayar balik keseluruhan

perbelanjaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh pengajian sekiranya penukaran penaja dibuatatau sekiranya saudara / saudari menarik diri dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh SuratTawaran JPA. Manakala bayaran tuntutan ganti rugi mengikut jumlah yang ditetapkan di dalamperjanjian akan dikenakan apabila penukaran penaja dibuat atau sekiranya saudara / saudari menarikdiri selepas dua belas (12) bulan dari tarikh Surat Tawaran JPA.

   SYARAT BERKHIDMAT   11. Saudara / saudari yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat ijazah pertama

hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak BerkuasaMelantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lainsebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh Kerajaan.

   12. Walau apa pun yang dinyatakan di perenggan 11, Kerajaan boleh dari semasa ke semasa

menetapkan apa-apa syarat berkhidmat lain antara saudara / saudari dengan Kerajaan.

Page 3: suratTawaran

   PELANGGARAN PERJANJIAN   13. Sekiranya saudara / saudari melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam Surat

Tawaran JPA dan Perjanjian Biasiswa Persekutuan, maka pihak Kerajaan akan menuntut ganti rugiseperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan.

         

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Bahagian Pembangunan Modal InsanJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Nota: Surat ini adalah cetakan berkomputer dan tidak memerlukan tandatangan.