Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini ... and Events/SJI in the news... · BAPA Encik...

1
BAPA Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee meninggal dunia akibat barah pada 2002, semasa beliau berusia enam tahun dan baru memasuki darjah satu. Pemergian bapanya, Allahyarham Zulki- flee Mohamed, tidak menghambatnya men- capai kejayaan, malah mencekalkan hatinya menghadapi pelbagai cabaran hidup. Baru-baru ini, Encik Haqeem, 19 tahun, dianugerahi biasiswa berprestij Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) bagi menerus- kan pengajian di menara gading. “W`alau hidup tanpa bapa kandung, saya dibesarkan dalam keluarga besar, termasuk ibu, nenek dan datuk saya, yang mengajar saya menghargai nilai pendidikan serta hidup berdikari,” ujarnya. Encik Haqeem akan meneruskan penga- jian dalam bidang ekonomi dan statistik di Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun ini. Beliau menamakan ibunya, Cik Waheeda Mohammad, guru Sekolah Menengah Ander- son, dan neneknya, Cik Rokiah Bidin, guru adjung di Sekolah Rendah Zhonghua, se- bagai sumber inspirasi yang membuat beliau memilih kerjaya dalam perkhidmatan awam. “Mereka mengajar saya tentang pentingn- ya mempunyai kerjaya bermakna. Saya juga ingin mengejar kerjaya bermakna seperti mereka, dan berharap dapat menyumbang kepada negara dan masyarakat menerusi ker- jaya dalam perkhidmatan awam,” ujar Encik Haqeem, yang mempunyai bapa tiri, Encik Ahmad Effendy Ahmad Thani, 47 tahun, se- orang pereka grafik, yang turut mendo- rongnya belajar bersungguh-sungguh bagi mengejar impiannya. Mac lalu, akhbar ini memaparkan penca- paian cemerlang bekas pelajar St Joseph’s In- stitution (SJI) dan Maktab Rendah Temasek (TJC) itu dalam peperiksaan Sijil Am Pelaja- ran (GCE) peringkat ‘A’. Beliau mendapat gred A bagi mata pelaja- ran Ekonomi serta Kertas Am (GP) dan gred B bagi Fizik, Kimia dan Matematik. Encik Haqeem juga giat dalam pelbagai kegiatan kokurikulum termasuk menjadi presiden majlis pelajar di TJC. Cik Waheeda, 47 tahun, pula percaya apa yang dilalui anaknya itu juga mempengaruhi pilihan kerjayanya. “Mungkin kesukaran yang dilalui Haqeem setelah kehilangan ayahnya semasa kecil memberinya semangat membantu or- ang lain dan menyumbang kembali kepada masyarakat,” ujarnya. Menurut Cik Waheeda, beliau memberi anak sulung empat adik-beradik itu kebe- basan memilih bidang pelajaran serta kerjaya yang diminatinya. “Sebagai ibu, saya berharap beliau akan terus berjaya dan menjadi kebanggaan masyarakat,” kata beliau. ANTARA kenangan paling manis Encik Hud Syafiq Herman semasa kecil ialah kunjungan ke kedai buku Borders di Orchard Road bersama ke- luarganya setiap Sabtu. Anak sulung daripada empat adik-beradik itu gemar mem- belek-belek dan membaca terutama sekali buku sains. Menerusi kunjungan ke kedai buku dan perpustakaan, ibu bapa En- cik Syafiq memupuk tabiat membaca dan sikap dahagakan ilmu dalam ke- luarga mereka. Bapanya ialah pengetua Mad- rasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Encik Herman Cher Main, 48 tahun, semen- tara ibunya adalah naib pengetua Sekolah Menengah Zhenghua, Cik Hartati Osman, 45 tahun. Baru-baru ini, Encik Syafiq menja- di kebanggaan ibu bapanya apabila beliau diberi biasiswa berprestij Suru- hanjaya Perkhidmatan Awam (PSC). “Ibu bapa saya menitikberatkan pendidikan dan memupuk sikap cin- ta ilmu, khususnya bidang sains, se- jak saya kecil. “Walaupun dahulu saya tidak fa- ham sains, saya tertarik pada gam- bar-gambar dalam buku dan la- ma-kelamaan mula membacanya dengan lebih mendalam,” ujar Encik Syafiq. Beliau mempunyai tiga adik – berumur 17, 14 dan 11 tahun dan masing-masing belajar di Maktab Rendah Victoria, Sekolah Menengah Kranji dan di Sekolah Rendah Yew Tee. Encik Syafiq adalah antara pelajar dalam kumpulan pertama Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) selama dua tahun di St Joseph’s Institution, selepas lulus Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ di Sekolah Menengah Tanjong Katong. Beliau dipaparkan di akhbar ini Januari lalu apabila muncul sebagai antara pelajar terbaik IBDP dengan mendapat 43 mata daripada markah penuh 45 mata. “Saya sedar bahawa mengambil program IB di SJI waktu itu satu risi- ko kerana kami kumpulan pertama dalam program itu, tetapi saya ter- tarik pada pendidikannya yang menyeluruh. “Saya juga menganggapnya se- bagai satu cabaran, dan saya tidak akan rugi apa-apa kalau mencuba,” ujar Encik Syafiq. Beliau memanfaatkan saiz kecil kelas IBDP di SJI – paling ramai 20 pelajar – untuk banyak bertanya dan meminta penjelasan daripada guru. Kini Encik Syafiq merancang men- dalami bidang kimia di Universiti Cambridge di England di bawah bia- siswa PSC itu. Encik Herman berkata beliau dan isterinya cuba memupuk nilai-nilai memberi yang terbaik dalam apa sa- haja tugas yang diamanahkan, rasa empati pada mereka yang kurang mampu dan semangat berpegang teg- uh pada jati diri Melayu/Islam. “Banyak contoh kejayaan dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapu- ra diketengahkan semasa perbualan kami bersama anak-anak kami. “Kami juga sering berbincang ten- tang perlunya menyumbang kembali kepada masyarakat,” ujarnya. Malah, beliau dan isterinya turut menjadi contoh kepada anak mereka dengan melakukan kerja ke- masyarakatan termasuk di masjid dan membimbing pelajar memerlu- kan. “Oleh kerana kami berdua pen- didik, jangkaan kami juga tinggi bagi pengajian dan kerja sekolah anak-anak kami,” kata Encik Her- man. Galakan cinta ilmu, jangkaan tinggi ibu bapa dorong jaya Kehilangan bapa cekalkan hati kejar kejayaan HARAPAN KELUARGA: Encik Syafiq (tengah) bersama ibu bapanya Cik Hartati, seorang naib pengetua, dan Encik Herman, seorang pengetua. – Foto-foto M.O. SALLEH KELUARGA TULANG BELAKANG: Encik Haqeem (kanan) bersama (dari kiri) bapa tirinya, Encik Ahmad Effendy, ibunya Cik Waheeda dan neneknya, Cik Rokiah. Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee dan Encik Hud Syafiq Herman berkongsi satu persamaan – keluarga menjadi pendorong mereka berazam kuat dalam pelajaran dan berbakti kepada masyarakat melalui kerjaya dalam perkhidmatan awam. Mereka antara 75 penerima biasiswa berprestij Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini. NUR ADILAH MAHBOB ([email protected]) menyelongkar kisah di balik kejayaan mereka. 4 Berita Minggu | 26 Julai 2015 Berita SETEMPAT

Transcript of Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini ... and Events/SJI in the news... · BAPA Encik...

Page 1: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini ... and Events/SJI in the news... · BAPA Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee meninggal dunia akibat barah pada 2002, semasa beliau

BAPA Encik Mohammed Noor HaqeemZulkiflee meninggal dunia akibat barah pada2002, semasa beliau berusia enam tahun danbaru memasuki darjah satu.

Pemergian bapanya, Allahyarham Zulki-flee Mohamed, tidak menghambatnya men-capai kejayaan, malah mencekalkan hatinyamenghadapi pelbagai cabaran hidup.

Baru-baru ini, Encik Haqeem, 19 tahun,dianugerahi biasiswa berprestij SuruhanjayaPerkhidmatan Awam (PSC) bagi menerus-kan pengajian di menara gading.

“W`alau hidup tanpa bapa kandung, sayadibesarkan dalam keluarga besar, termasukibu, nenek dan datuk saya, yang mengajarsaya menghargai nilai pendidikan serta hidupberdikari,” ujarnya.

Encik Haqeem akan meneruskan penga-jian dalam bidang ekonomi dan statistik diUniversiti Nasional Singapura (NUS) tahunini.

Beliau menamakan ibunya, Cik WaheedaMohammad, guru Sekolah Menengah Ander-son, dan neneknya, Cik Rokiah Bidin, guruadjung di Sekolah Rendah Zhonghua, se-bagai sumber inspirasi yang membuat beliaumemilih kerjaya dalam perkhidmatan awam.

“Mereka mengajar saya tentang pentingn-ya mempunyai kerjaya bermakna. Saya jugaingin mengejar kerjaya bermakna sepertimereka, dan berharap dapat menyumbangkepada negara dan masyarakat menerusi ker-jaya dalam perkhidmatan awam,” ujar EncikHaqeem, yang mempunyai bapa tiri, EncikAhmad Effendy Ahmad Thani, 47 tahun, se-orang pereka grafik, yang turut mendo-rongnya belajar bersungguh-sungguh bagimengejar impiannya.

Mac lalu, akhbar ini memaparkan penca-paian cemerlang bekas pelajar St Joseph’s In-stitution (SJI) dan Maktab Rendah Temasek(TJC) itu dalam peperiksaan Sijil Am Pelaja-ran (GCE) peringkat ‘A’.

Beliau mendapat gred A bagi mata pelaja-ran Ekonomi serta Kertas Am (GP) dan gredB bagi Fizik, Kimia dan Matematik.

Encik Haqeem juga giat dalam pelbagaikegiatan kokurikulum termasuk menjadipresiden majlis pelajar di TJC.

Cik Waheeda, 47 tahun, pula percaya apayang dilalui anaknya itu juga mempengaruhipilihan kerjayanya.

“Mungkin kesukaran yang dilaluiHaqeem setelah kehilangan ayahnya semasakecil memberinya semangat membantu or-ang lain dan menyumbang kembali kepadamasyarakat,” ujarnya.

Menurut Cik Waheeda, beliau memberianak sulung empat adik-beradik itu kebe-basan memilih bidang pelajaran serta kerjayayang diminatinya.

“Sebagai ibu, saya berharap beliau akanterus berjaya dan menjadi kebanggaanmasyarakat,” kata beliau.

ANTARA kenangan paling manisEncik Hud Syafiq Herman semasakecil ialah kunjungan ke kedai bukuBorders di Orchard Road bersama ke-luarganya setiap Sabtu.

Anak sulung daripada empatadik-beradik itu gemar mem-belek-belek dan membaca terutamasekali buku sains.

Menerusi kunjungan ke kedaibuku dan perpustakaan, ibu bapa En-cik Syafiq memupuk tabiat membacadan sikap dahagakan ilmu dalam ke-luarga mereka.

Bapanya ialah pengetua Mad-rasah Al-Arabiah Al-Islamiah, EncikHerman Cher Main, 48 tahun, semen-tara ibunya adalah naib pengetuaSekolah Menengah Zhenghua, CikHartati Osman, 45 tahun.

Baru-baru ini, Encik Syafiq menja-di kebanggaan ibu bapanya apabilabeliau diberi biasiswa berprestij Suru-hanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).

“Ibu bapa saya menitikberatkanpendidikan dan memupuk sikap cin-ta ilmu, khususnya bidang sains, se-jak saya kecil.

“Walaupun dahulu saya tidak fa-ham sains, saya tertarik pada gam-bar-gambar dalam buku dan la-

ma-kelamaan mula membacanyadengan lebih mendalam,” ujar EncikSyafiq.

Beliau mempunyai tiga adik –berumur 17, 14 dan 11 tahun danmasing-masing belajar di MaktabRendah Victoria, Sekolah MenengahKranji dan di Sekolah Rendah YewTee.

Encik Syafiq adalah antara pelajardalam kumpulan pertama ProgramDiploma International Baccalaureate(IBDP) selama dua tahun di StJoseph’s Institution, selepas lulus SijilAm Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ diSekolah Menengah Tanjong Katong.

Beliau dipaparkan di akhbar iniJanuari lalu apabila muncul sebagaiantara pelajar terbaik IBDP denganmendapat 43 mata daripada markahpenuh 45 mata.

“Saya sedar bahawa mengambilprogram IB di SJI waktu itu satu risi-ko kerana kami kumpulan pertamadalam program itu, tetapi saya ter-tarik pada pendidikannya yangmenyeluruh.

“Saya juga menganggapnya se-bagai satu cabaran, dan saya tidakakan rugi apa-apa kalau mencuba,”ujar Encik Syafiq.

Beliau memanfaatkan saiz kecil

kelas IBDP di SJI – paling ramai 20pelajar – untuk banyak bertanya danmeminta penjelasan daripada guru.

Kini Encik Syafiq merancang men-dalami bidang kimia di UniversitiCambridge di England di bawah bia-siswa PSC itu.

Encik Herman berkata beliau danisterinya cuba memupuk nilai-nilaimemberi yang terbaik dalam apa sa-haja tugas yang diamanahkan, rasaempati pada mereka yang kurangmampu dan semangat berpegang teg-uh pada jati diri Melayu/Islam.

“Banyak contoh kejayaan dalammasyarakat Melayu/Islam di Singapu-ra diketengahkan semasa perbualankami bersama anak-anak kami.

“Kami juga sering berbincang ten-tang perlunya menyumbang kembalikepada masyarakat,” ujarnya.

Malah, beliau dan isterinya turutmenjadi contoh kepada anak merekadengan melakukan kerja ke-masyarakatan termasuk di masjiddan membimbing pelajar memerlu-kan.

“Oleh kerana kami berdua pen-didik, jangkaan kami juga tinggi bagipengajian dan kerja sekolahanak-anak kami,” kata Encik Her-man.

Galakan cinta ilmu,jangkaan tinggi ibubapa dorong jaya

Kehilangan bapacekalkan hati kejar kejayaan

HARAPAN KELUARGA: Encik Syafiq (tengah) bersama ibu bapanya Cik Hartati, seorang naib pengetua, dan Encik Herman,seorang pengetua. – Foto-foto M.O. SALLEH

KELUARGA TULANG BELAKANG: Encik Haqeem (kanan) bersama (dari kiri) bapa tirinya, EncikAhmad Effendy, ibunya Cik Waheeda dan neneknya, Cik Rokiah.

IKLANEncik Abdul Nasir Bin Allapitchay diminta hadir ke PejabatPendaftaran Pernikahan Singapura, 7 Canning Rise, Singapore179869 sebelum 1/08/2015 kerana mewalikan pernikahan anaksaudaranya Nabisah Begum Binte Md Ibrahim dengan Abdul JalilBin Abdul Razak. Jika tidak hadir pernikahan akan dijalankan secaraWali Hakim.

Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee dan Encik Hud Syafiq Herman berkongsi satu persamaan – keluarga menjadi pendorong mereka berazamkuat dalam pelajaran dan berbakti kepada masyarakat melalui kerjaya dalam perkhidmatan awam. Mereka antara 75 penerima biasiswa berprestij

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini. NUR ADILAH MAHBOB ([email protected]) menyelongkar kisah di balik kejayaan mereka.

beritaharian.sg/galeri-video

NOTIS

4 Berita Minggu | 26 Julai 2015

Berita SETEMPAT