Sutrah_Ketika_Solat

12
Tuntutan Meletakkan Sutrah (Penghadang) Untuk Solat & Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: ، د ن ر ا ﻴ د أ ع د ، و ة ر ﻰ ﺴ إ وا إ ﻴن ر اﻝ ن ، ﻓ ﺎﺘ ﻰ ﻓ أ ن “Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah (penghadang), dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.” [Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 800] www.ilmusunnah.com

description

fyi

Transcript of Sutrah_Ketika_Solat

Page 1: Sutrah_Ketika_Solat

Tuntutan Meletakkan

Sutrah (Penghadang) Untuk

Solat

&

Larangan Melintas di

Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فإن أبى فليقاتله، فإن معه القرين ال تصلوا إال إلى سترة، وال يدع أحدا يمر بين يديه،

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah

(penghadang), dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu

(di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap berkeras

untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.”

[Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 800]

www.ilmusunnah.com

Page 2: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

1

Apa itu sutrah?

Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang

diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak

meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi

yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud.

(Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktabah al-Ma’arif)

Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau

penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau

seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.

Sunnah ini berdalilkan dengan hadis yang banyak antaranya sebagaimana sabda

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إذا وضع أحدكم بين يديه مثل مؤخرة الرحل فليصل وال يبال من مر وراء ذلك

“Apabila salah seorang di antara kamu telah meletakkan sesuatu objek yang setinggi

seperti pelana haiwan tunggangan di hadapannya (sebagai sutrah atau penghadang),

maka solatlah dan jangan pedulikan siapa pun yang melintas di sebalik objek

tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 241)

Tinggi pelana haiwan tunggangan dimaksudkan adalah sekira-kira 1 kaki lebih atau

40cm hingga 60cm.

Ini sebagaimana ditanya kepada ‘Atha’. Ibnu Juraij bertanya:

ذراع قدر: قال المصلي؟ يستر إنه سعل الذي الرحل مؤخرة كم

“Berapa tinggi pelana haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah untuk solat?” ‘Atha’

jawab, “Sekira-kira satu hasta.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 807)

Hukum Meletakkan Sutrah

Ulama berbeza pendapat tentang hukum mengenakan sutrah (penghadang) ketika

solat Sama ada wajib atau pun sunnah. Di antara yang berpendapat wajib, dalil-dalil

mereka banyak sekali, tampak lebih kuat, dan jelas.

Di antara para ulama yang menegaskan kewajibannya adalah seperti Imam Ahmad

dalam salah satu pendapat beliau, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-

Haitami, asy-Syaukani, al-Albani, dan selainnya.

Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) berkata, “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi

wa Sallam bersabda:

Page 3: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

2

إلى إال المصلي يصلي أن وسلم عليه اهللا صلى زجر وقد سترة إلى إال تصلوا ال وسلم عليه اهللا صلى عنه يزجر ما يفعل فكيف سترة

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang seseorang yang hendak

melaksanakan solat melainkan dengan menghadap sutrah. Oleh itu, mana mungkin

beliau melakukan sesuatu yang beliau sendiri larang?” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/27

-Al-Maktab al-Islami)

Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H) berkata:

العلماء من جماعة عند واجبة السترة

“Sutrah adalah wajib di sisi sebahagian besar ulama.” (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-

Kubra, 2/141 - Daar ul-Fikr)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

واجب السترة اتخاذ أن فيه سترة إلى فليصل قوله

“Perkataan beliau (Rasulullah), “Maka solatlah menghadap sutrah” padanya terdapat

petunjuk bahawa mengenakan sutrah (ketika solat) adalah wajib.” (Nail ul-Authar,

3/2 - Daar ul-Hadits)

Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah berkata:

أحدكم صلى إذا وسلم عليه اهللا صلى لقوله الوجوب فالصحيح السترة اتخاذ أما منها وليدن سترة إلى فليصل

“Adapun persoalan meletakkan sutrah (ketika solat), maka hukumnya yang tepat

adalah wajib berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Apabila salah

seorang di antara kamu solat, maka solatlah menghadap sutrah dan mendekatlah

kepadanya.” (Dalam muhadharah beliau, As-ilah al-Ikhwati min Amrika)

Syaikh al-Albani berpendapat di dalam Kitabnya:

مسائله في هانئ ابن قال. الكبير المسجد في ولو والمنفرد؛ لإلمام منها بد ال والسترة بين وليس أصلي، وأنا يوما ) أحمد اإلمام: يعني( اهللا عبد أبو رآني: أحمد اإلمام عن

Page 4: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

3

فاستترت. بشيء استتر: لي فقال ؛ - الجامع المسجد في معه وكنت - سترة يدي برجل

والكبير، الصغير المسجد بين السترة اتخاذ في فرق ال أنه إلى اإلمام من إشارة ففيه كل في وغيرهم المساجد أئمة من المصلين جماهير به أخل مما وهذا. الحق وهو

في مرة ألول فيها التطواف فرصة لي أتيحت التي السعودية ومنها طفتها؛ التي البالد هـ 1410 السنة هذه رجب

تشمل وأنها أحكامها، لهم ويبينوا عليها، ويحثوهم إليها، الناس ينبهوا أن العلماء فعلى أيضا الشريفين الحرمين

(Aku katakan), “Sutrah dalam solat menjadi kewajiban bagi imam dan orang-orang

yang solat sendirian, sekalipun di dalam masjid besar. Demikianlah pendapat Ibnu

Hani’ dalam Kitab Masa’il dari imam Ahmad. Kata Ibnu Hani’, “Pada suatu hari aku

solat tanpa sutrah di hadapanku yang mana ketika itu aku melaksanakan solat di

dalam masjid Jami’. Imam Ahmad melihat hal tersebut, lalu beliau pun berkata

kepadaku, “Pasanglah (letaklah) sesuatu sebagai sutrahmu!” Aku pun menjadikan

seseorang sebagai sutrah solatku.”

Peristiwa ini adalah isyarat dari imam Ahmad bahawa orang yang solat di masjid

besar atau masjid kecil tetap berkewajiban mengenakan sutrah di hadapannya.

Pendapat inilah yang benar, tetapi kebanyakan orang-orang yang solat telah

mengabaikan sunnah ini termasuk para imam-imam masjid dan selainnya di setiap

tempat yang aku kunjungi termasuk ‘Arab Saudi ketika mana aku diberi kesempatan

thawaf buat pertama kalinya pada bulan Rejab tahun 1410.

Sepatutnya para ulama mengingatkan masyarakat tentang perkara ini,

menganjurkan supaya mengamalkannya, dan menjelaskan hukum berkaitan

dengannya. Kewajiban sutrah ini juga turut berlaku di dua tanah Haram (Masjid al-

Haram dan Masjid Nabawi).” (Ashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/116-117 – al-Maktabah

al-Ma’arif)

Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa hukum meletakkan

sutrah adalah sunnah, bukan wajib. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini

adalah Imam Abu Hanifah, asy-Syafi’i, Ahmad, Ibnu Qudamah, an-Nawawi, dan

beberapa yang lainnya. Manakala dari kalangan ulama kontemporari seperti Syaikh

‘Abdul ‘Aziz B. Baz dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahumallah.

Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H):

Page 5: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

4

الطريق يواجه ولم المرور أمن إذا السترة يترك أن بأس وال

“Tidak mengapa jika tidak meletakkan sutrah (ketika solat) apabila bebas dari orang

yang lalu-lalang di hadapan dan jika tidak menghadap ke arah tempat yang menjadi

laluan orang.” (Al-Fatawa al-Hindiyyah, 3/344 – Daar ul-Fikr)

Ibnu Rusyd rahimahullah (Wafat: 595H) mengatakan:

مفردا صلى، إذا والقبلة المصلي بين السترة استحباب على بأجمعهم العلماء واتفق إماما أو كان

“Para ulama telah berittifaq (sepakat) dengan ijma’ bahawa meletakkan sutrah di

antara orang yang bersolat dengan kiblat adalah suatu yang disukai (mustahab) sama

ada ketika solat sendirian atau sebagai imam.” (Ibn Rusyd, Bidayat ul-Mujtahid,

1/113)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

منها ويدنو غيرها أو سارية أو جدارا من سترة يديه بين يكون أن للمصلي يستحب أذرع ثالثة على بينهما يزيد ال بحيث

“Disunnahkan bagi orang yang solat supaya meletakkan sutrah di hadapannya, sama

ada daripada tembok, tiang, atau yang selainnya dan mendekat kepadanya dengan

jarak (antara dirinya dengan sutrah tersebut) tidak lebih dari tiga hasta.” (Raudhat

uth-Thalibin, 1/294 - al-Maktabah al-Islami, Cet. 3)

Juga sebagaimana kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

اكتفاء سترة اتخاذ له يسن ال المأموم فإن للمأموم إال مؤكدة سنة الصالة في السترة اإلمام بسترة

“Sutrah ketika solat adalah sunnah muakkadah, melainkan bagi makmum. Kerana

makmum tidak disunnahkan meletakkan sutrah, di mana para makmun cukup bagi

mereka dengan sutrah yang dipakai oleh imam.” (Fatawa Arkan il-Islam, m/s. 343,

no. 267)

Di antara dalil yang mereka pegang adalah:

Page 6: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

5

النبي رأى أنه جده عن أهله بعض عن وداعة أبي بن المطلب بن كثير بن كثير ون والناس سهم بني باب يلي مما يصلي وسلم عليه الله صلى وليس يديه بين يمر سترة بينهما

Katsir B. Katsir B. al-Muthallib B. Abi Wida’ah daripada sebahagian keluarganya,

daripada datuknya - Bahawasannya beliau pernah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa

Sallam solat di tempat setelah pintu Bani Sahm. Orang ramai lalu-lalang di hadapan

beliau sedangkan tidak ada sutrah antara keduanya (Nabi dan Ka’bah). (Hadis

Riwayat Ahmad, 6/399. Abu Daud, no. 2016. Tetapi hadis ini dha’if, dinilai dha’if oleh

al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad kerana ketidak

pastian perawi antara Katsir dengan datuknya)

al-Fadhl B. ‘Abbas berkata:

في فصلى عباس ومعه لنا بادية في ونحن وسلم عليه اهللا صلى اهللا رسول أتانا سترة يديه بين ليس صحراء

“Kami datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami berada di

gurun. Bersama-sama dengan beliau adalah ‘Abbas, maka beliau solat di gurun

sahara tanpa sutrah di hadapan beliau.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 718. Hadis ini

juga dha’if. Dinilai dha’if oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin

al-‘Abbad)

‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

اهللا صلى اهللا ورسول االحتالم، ناهزت قد يؤمئذ وأنا أتان، حمار على راكبا أقبلت وأرسلت الصف، بعض يدي بين فمررت جدار، غير إلى بمنى يصلي وسلم عليه

علي ذلك ينكر فلم الصف، في فدخلت ترتع، األتان

“Aku datang dengan menunggang keldai betina, yang pada ketika itu aku hampir

baligh, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang solat di Mina tanpa

menghadap dinding. Maka aku melintas di hadapan sebahagian saf kemudian aku

melepaskan keldai betina tersebut supaya bebas mencari makan. Aku pun masuk ke

tengah-tengah saf dan tidak ada orang yang menyalahkan aku.” (Hadis Riwayat al-

Bukhari, no. 76, 493, 861, 1857, dan 4412)

Sebahagian ulama mengatakan tentang maksud “tanpa menghadap dinding” dalam

hadis tersebut adalah tanpa menghadap sutrah. Ini antaranya dikemukakan oleh al-

hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) dalam Fathul Bari, 1/171.

Page 7: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

6

Tetapi ini dapat dijawab bahawa sutrah tidak semestinya dinding. Oleh itu apabila

dikatakan tidak menghadap dinding, tidak semestinya membawa maksud tidak

menghadap sutrah! Boleh jadi yang dijadikan sebagai sutrah adalah objek yang selain

dinding.

Ini sebagaimana dalam hadis yang lain di mana ‘Abdullah B. ‘Abbas mengatakan:

يمر والحمار إليها فصلى بعرفات، وسلم، عليه اهللا صلى النبي يدي بين العنزة كزت ر العنزة وراء من

“Tombak (atau lembing) ditancapkan di depan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam di

‘Arafah. Beliau solat dengan menghadap ke arahnya manakala keldai lalu-lalang di

belakang tombak tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 2175)

Kesempurnaan Solat Terjejas Tanpa Sutrah

Musa B. Thalhah daripada bapanya, beliau berkata:

: فقال وسلم عليه اهللا صلى اهللا لرسول ذلك فذكرنا أيدينا بين تمر والدواب نصلي كنا يديه بين مر ما يضره ال ثم أحدكم، يدي بين تكون الرحل مؤخرة مثل

“Kami pernah solat sedangkan haiwan tunggangan lalu-lalang di hadapan kami, lalu

kami menceritakan situasi tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Maka beliau bersabda, “Sekiranya telah ada objek seperti pelana haiwan tunggangan

dan diletakkan di hadapan salah seorang dari kamu (sebagai sutrah), maka sesuatu

yang melintas di hadapan mereka (di balik sutrah) tidak akan mengancam

(menjejaskan) solatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 499)

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:

بين يكن لم فإذا الرحل، آخرة مثل يديه بين كان إذا يستره فإنه يصلي، أحدكم قام إذا أبا يا: قلت األسود والكلب والمرأة، الحمار، صالته يقطع فإنه الرحل، آخرة مثل يديه ، أخي، ابن يا: قال األصفر؟ الكلب من األحمر الكلب من األسود الكلب بال ما ذر

شيطان األسود الكلب : فقال سألتني كما وسلم عليه اهللا صلى اهللا رسول سألت

“Apabila salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, sesungguhnya dia telah

memiliki sutrah bila di hadapannya terdapat suatu penghadang seperti pelana

haiwan tunggangan. Jika di hadapannya tidak terdapat sesuatu seperti itu, solatnya

akan terputus jika dilintasi oleh keldai, wanita, dan anjing hitam.”

Page 8: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

7

Aku (‘Abdullah B. ash-Shamit) bertanya, “Wahai Abu Dzar, apa perbezaan antara

anjing hitam dengan anjing merah atau kuning?”

Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, apa yang engkau tanyakan ini juga

pernah aku tanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau

menjawab, “Anjing hitam itu adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no.

510)

Hadis ini menjelaskan kriteria sutrah dan kesan solat tanpa sutrah yang mana solat

boleh terjejas kesempurnaannya akibat tidak ada sutrah di hadapannya. Apatah lagi

apabila ada sesuatu yang melintas berupa keldai, wanita, atau anjing hitam yang

melintas, maka solat boleh terputus (terbatal) berdasarkan zahir hadis.

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah:

“... melintasnya anjing, wanita, atau keldai membatalkan solat, bukan anjing yang

sedang diam itu membatalkan solat, bukan keldai yang menderum, dan bukan juga

wanita yang sedang baring di hadapan yang membatalkan solat. Sebagaimana hadis

yang menjelaskan bahawa ‘Aisyah baring di hadapan Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa

Sallam yang sedang solat selagi mana bukan melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu

Khuzaimah, 2/21)

Kata beliau lagi, “Anjing yang membatalkan solat (apabila ia melintas) adalah anjing

hitam, bukan yang selainnya. Demikian juga dengan hadis Ibnu ‘Abbas yang

menjelaskan bahawa wanita yang membatalkan solat adalah wanita yang telah

datang haid (baligh), bukan yang selainnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/22)

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

الحائض والمرأة الكلب الصالة يقطع

“Anjing dan wanita yang telah berhaid membatalkan solat.” (Hadis Riwayat Ibnu

Khuzaimah, no. 832. Dinilai sahih oleh al-A’zhami)

Jadi, hadis-hadis yang ada ini saling menjelas dan mengkhususkan antara satu sama

lain.

Berdasarkan penjelasan hadis-hadis ini, bagi yang sengaja melaksanakan solat tanpa

sutrah dan tanpa ada uzur syar’i maka solatnya tetap sah, cuma dibimbangi

kesempurnaannya terjejas. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita berhaid (yang telah

baligh), atau keldai, atau anjing hitam melintas di hadapannya sebagaimana yang

disebutkan oleh hadis tersebut, maka solatnya terbatal. Jika yang selain 3 ini, maka

solatnya tidak terbatal tetapi kesempurnaan solat akan terjejas.

Page 9: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

8

Perintah Menghalang Orang Melintas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فإن أبى فليقاتله، فإن معه القرين ال تصلوا إال إلى سترة، وال يدع أحدا يمر بين يديه،

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah dan jangan biarkan

seorangpun melintas di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang

tersebut tetap berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani

syaitan.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 800)

Ibnu Khuzaimah meletakkan hadis ini dalam bab: “Larangan Solat Tanpa Menghadap

Sutrah.”

Hadis ini selain menjelaskan larangan solat tanpa sutrah, ia turut menjelaskan boleh

dan perlunya menghalang orang yang cuba melintasi hadapan kita ketika sedang

solat.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

هو فإنما فليقاتله أبى فإن مرتين فليمنعه يصلي وهو شيء أحدكم يدي بين مر إذا شيطان

“Apabila ada sesuatu melintas di hadapan salah seorang di antara kamu yang sedang

solat, maka hendaklah ia menghalangnya dari melintas sebanyak dua kali. Apabila ia

tetap juga mahu melintas, maka lawanlah ia kerana ia adalah syaitan.” (Hadis

Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 818. Dinilai sahih oleh al-A’dzami)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فإن فليدفعه يديه بين يجتاز أن أحد فأراد الناس من يستره شيء إلى أحدكم صلى إذا شيطان هو فإنما فليقاتله أبى

“Jika salah seorang dari kamu solat menghadap sesuatu sebagai sutrah yang

membatasi dari orang ramai, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di

hadapannya, maka halanglah ia. Jika ia enggan maka lawanlah ia, kerana ia adalah

syaitan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 509)

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H):

Page 10: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

9

المار أن ال يديه بين المرور يريد الذي مع شيطان هو فإنما أي شيطان هو فإنما آدم بني عصاة على يقع قد الشيطان اسم كان وان شيطان آدم بني من

“Sabda Nabi, “... kerana ia adalah syaitan”, maksudnya adalah syaitan yang berada

bersama-sama orang yang melintas di hadapannya tersebut dan bukanlah bermakna

orang itu sendiri yang dinamakan syaitan dan penamaan syaitan memang biasa turut

ditujukan kepada orang-orang yang menentang dari kalangan bani Adam.

(Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah al-An’am, 6: 112).” (Shahih Ibnu

Khuzaimah, 2/17)

Dalam Sunan Abu Daud, hadis daripada Hisyam B. al-Ghaz daripada ‘Amru B. Syu’aib

daripada ayahnya daripada datuknya beliau berkata:

الة فحضرت أذاخر ثنية من وسلم عليه اهللا صلى الله رسول مع هبطنا يعني - الص زال فما يديه بين تمر بهمة فجاءت خلفه، ونحن قبلة فاتخذه - جدار إلى فصلى ورائه من ومرت بالجدار، بطنه لصق حتى يدارئها

“Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menuruni bukit

Adzakhir, lalu tibalah waktu solat. Beliaupun melaksanakan solat dengan menjadikan

dinding sebagai arah kiblat, manakala kami berada di belakang beliau (sebagai

makmum).

Tiba-tiba ada seekor anak kambing hendak melintas di hadapan beliau, maka beliau

pun segera menghalangnya sehingga perut beliau hampir merapat (menyentuh)

dinding. Akhirnya anak kambing tersebut melintas melalui belakang beliau.” (Hadis

Riwayat Abu Daud, no. 708. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadis ini menunjukkan bolehnya bergerak dengan gerakkan yang banyak semata-

mata untuk menghalang sesuatu yang melintas di hadapan kita ketika sedang solat

walaupun dengan berjalan untuk merapatkan diri dengan sutrah.

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يمر أن من له خيرا أربعين يقف أن لكان عليه، ماذا المصلي يدي بين المار يعلم لو سنة أو شهرا، أو يوما، أربعين أقال أدري، ال : النضر أبو قال »يديه بين

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa

akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik

baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Page 11: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

10

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang

dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau

bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

سالم انتظار طويلة مدة الوقوف أن على والدليل المصلي بين المرور في التغليظ المصلي يدي بين المرور من خير المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil

berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik

daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

اإلثم ذلك ارتكاب على أربعين الوقوف الختار اإلثم من عليه ما يعلم لو معناه ذلك في الشديد والوعيد األكيد النهي الحديث ومعنى

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan

tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu

menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang

cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan

orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang

solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah

yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara

sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

Makmum Mengikuti Sutrah Imam

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

ه رسول أنى اللم عليه اهللا صلبين فتوضع بالحربة، أمر العيد يوم خرج إذا كان وسل السفر في ذلك يفعل وكان وراءه، والناس إليها فيصلي يديه،

“Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila keluar pada hari raya, beliau

memerintahkan (pembantunya) membawa tombak. Ia untuk diletakkan di hadapan

beliau lalu beliau solat menghadap ke arahnya, manakala orang-orang solat (sebagai

makmum) di belakangnya. Beliau melakukan perkara tersebut dalam perjalanan

(safar) beliau.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 494. Muslim, no. 501)

Page 12: Sutrah_Ketika_Solat

www.ilmusunnah.com: Sutrah Ketika Solat

11

Dalil ini menunjukkan bahawa apabila imam telah mengenakan sutrah, maka ia telah

mencukupi bagi para makmum lainnya.

Contoh-contoh Objek Sebagai Sutrah

Dalam hadis-hadis Nabi banyak disebutkan contoh-contoh objek yang sesuai

dijadikan sebagai sutrah. Di antaranya adalah seperti:

1 – Manusia yang sedang duduk diam, berdiri, atau sedang berbaring. (Lihat hadis

dalam Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 285 dan 286)

2 – Haiwan tunggangan seperti unta dan keldai yang berdiri atau duduk diam.

3 – Tombak yang ditancapkan.

4 – Pelana haiwan tunggangan.

5 – Dinding atau tiang.

6 – Pokok.

7 – Anak panah yang ditancapkan.

8 – Tongkat.

Wallahu a’lam.