Syahadatayn sebagai teras tawhid1

30
KULIAH 3 SYAHADATAYN SEBAGAI TERAS TAWHID Dr. Ramli Awang 1. SYAHADAH KETUHANAN ALLAH Allah menyebut dalam Quran: ـن الـرحـيـم هــو الـرحـمــه إل إلــه وحــد ل وإلــهــكــم إل"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha esa, tiada Tuhan [yang berhak disembah] selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mangasihi. [2: 163]. Allah menegaskan tentang keesaan-Nya dengan uluhiyyah-Nya bahawa tiada sekutu bagi-Nya, juga tiada tandingan dengan-Nya, bahkan Dialah Allah yang Maha Tunggal. Sayyid Qutb menyebut: "Pengabdian diri kepada Allah adalah rukun pertama dalam akidah Islam; yang terjelma dalam penyaksian la ilaha illallah. Manakala menerima apa yang dibawa Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana cara [kaifiyat] pengabdian itu merupakan bahagian kedua yang terjelma dari pengakuan Muhammad Rasulullah. [Maalim fi al-Tariq, 1969: 68]. Kenyataan di atas membayangkan bahawa penyaksian tawhid terhadap Allah [la ilaha illallah] yang tiada syirik bagi-Nya adalah asas terpenting dalam mendominasikan seluruh tindak laku kehidupan manusia di dunia ini. Penyaksian mentawhidkan Allah selaku menduduki posisi pertama dalam akidah sekaligus menolak adanya pengabdian kepada tuhan-tuhan selai-Nya. Begitu juga penyaksian Muhammad Rasulullah selaku pembawa sumber pengabdian itu sekaligus menolak sumber pengabdian yang lain dari bawaan pesuruh Allah itu. Ertinya kedua-dua pengakuan ini terangkai dalam ertikata akidah atau keimanan. Ia tidak sempurna lantaran engkarkan salah satunya meskipun sedikit.

Transcript of Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Page 1: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

KULIAH 3SYAHADATAYN SEBAGAI TERAS TAWHID

Dr. Ramli Awang

1. SYAHADAH KETUHANAN ALLAH

Allah menyebut dalam Quran:وإلــهــكــم إلــه وحــد ل إلــه إل هــو الـرحـمـن الـرحـيـم

"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha esa, tiada Tuhan [yang berhak disembah] selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mangasihi. [2: 163].

Allah menegaskan tentang keesaan-Nya dengan uluhiyyah-Nya bahawa tiada sekutu bagi-Nya, juga tiada tandingan dengan-Nya, bahkan Dialah Allah yang Maha Tunggal.

Sayyid Qutb menyebut: "Pengabdian diri kepada Allah adalah rukun pertama dalam akidah Islam; yang terjelma dalam penyaksian la ilaha illallah. Manakala menerima apa yang dibawa Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana cara [kaifiyat] pengabdian itu merupakan bahagian kedua yang terjelma dari pengakuan Muhammad Rasulullah. [Maalim fi al-Tariq, 1969: 68].

Kenyataan di atas membayangkan bahawa penyaksian tawhid terhadap Allah [la ilaha illallah] yang tiada syirik bagi-Nya adalah asas terpenting dalam mendominasikan seluruh tindak laku kehidupan manusia di dunia ini.

Penyaksian mentawhidkan Allah selaku menduduki posisi pertama dalam akidah sekaligus menolak adanya pengabdian kepada tuhan-tuhan selai-Nya. Begitu juga penyaksian Muhammad Rasulullah selaku pembawa sumber pengabdian itu sekaligus menolak sumber pengabdian yang lain dari bawaan pesuruh Allah itu. Ertinya kedua-dua pengakuan ini terangkai dalam ertikata akidah atau keimanan. Ia tidak sempurna lantaran engkarkan salah satunya meskipun sedikit.

Page 2: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Pengakuan ini merupakan sempadan yang mengeluarkan seseorang manusia daripada lingkungan kekufuran, syirik, ilhad kepada lingkugan keimanan, tawhid dan Islam.

Pengisytiharan ini adalah ikrar pengakuan bahawa Dialah satu-satu-Nya yang esa, tempat meminta, tiada beradak dan tiada di peranakkan, dan tiada yang setara dengan-Nya dari semua sudut. Dialah yang maha Hidup, berdiri sendiri, pencipta segala sesuatu, berkuasa atas segala-galanya, maha mengetahui, maha pemberi rezeki, dan seterusnya dari sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

"Katakanlah [wahai Muhammad]: wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau [wahai Tuhan] yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda-benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan dari benda-benda yang mati dari yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya.

Kalimah la ilaha illallah merangkumi dalamnya ketaatan dari mereka yang berikrar dengan kalimah ini kepada Allah Rabbul Alamin; menyerah dengan hati, lidah dan anggota kepada Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya.

Penyaksian tawhid ini juga bermakna mengisytiharkan pengengkaran terhadap syaitan dan nafsu, kerana mengabdikan diri kepada Allah sekaligus menafikan pangabdian kepada syaitan dan nafsu. Quran menegaskan:"Bukankah Aku perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang

Page 3: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

nyata terhadap kamu. Dan [Aku perintahkan]: hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; [setelah kamu mengetahui akibat mereka] maka tidakkah kamu berfikir dan insaf?. [36: 60-62].

Pengiktirafan kepada uluhiyyah Allah merangkumi keingkaran dari memberikan ketaatan dan penyembahan kepada selain-Nya dalam apa jua bentuk sekalipun.

"Bagaimana fikiranmu [wahai Muhammad] terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya?. [45: 23].

Kalimah la ilaha illallah adalah syiar pengabdian mutlak semata-mata bagi Allah. Manusia tidak menjadi hamba yang tulen kepada Allah kecuali setelah ia tunduk di bawah panji-panji la ilaha illallah. Kkalimah ini sepertimana yang dimengerti oleh bangsa Arab menurut tatabahasanya bermakna: "Tidak ada kehakiman melainkan Allah, tidak ada perundangan melainkan dari Allah, tidak ada kekuasaan seseorang manusia ke atas seorang manusia lain kerana kekuasaan semuanya milik Allah. [Maalim fi al-tariq, 1969: 19].

Berdasarkan pengertian itulah apabila Nabi s.a.w menyeru mereka dengan kalimah tawhid ini bangsa Arab menentangnya. Mereka mengerti bahawa bilamana mereka menerima pegangan kalimah tawhid ini mereka wajib melepaskan dan mengingkari seluruh bentuk kekuasaan yang bukan Allah. Lantaran memahami dan mengerti isi kandungan la ilaha illallah inilah maka pernah seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w.:

"Jika demikian [wahai Muhammad] kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan Ajam. [Tariq al-Da'wah di Zilal al-Quran, 1979: 1: 33].

Seorang Badwi lain mencelah:"Inilah perkara yang dibenci oleh raja-raja dan para penguasa. [Ibid: 33].

Page 4: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Demikianlah penyaksian ketuhanan Allah 'la ilaha illallah' yang dikehendaki Islam. Iaitu satu pengisytiharan kemerdekaan hakiki manusia selaku hamba Allah dan menolak seluruh tawanan berbentuk ketaatan, kepatuhan dan kekuasaan yang selain-Nya.

2. SYAHADAH KERASULAN MUHAMMAD S.A.W.

Sepertimana yang dijelaskan bahawa pengakuan tawhid itu tidak sempurna melainkan disertakan dengan perlaksanaan yang didasarkan kepada contoh bawaan Rasulullah; maka dengan sendirinya pengakuan MUhammad Rasulullah adalah pelengkap kepada pengakuan pertama. Ertinya yang pertama tidak sempurna melainkan dengan penggakuan yang kedua.

Rasulullah s.a.w. adalah Rasul penutup yang diutuskan Allah kepada seluruh umat manausia. Quran menegaskan:"Katakanlah [wahai Muhammad] wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua, [diutus oleh Allah] yang menguasai langit dan bumi; tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia". [7: 158].

Rasulullah s.a.w telah menyeru manusia kepada Allah dengan keterangan yang jelas nyata. Baginda telah berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa raganya; menerima wahyu dari Rabbul izzah menerusi Ruhul Amin dan membawa kepada manusia Quran sebagai mukjizat abadi hingga hari kiamat.

Baginda telah menunaikan amanah, menyampaikan risalah, menasihati umah dan membimbingnya. Berdasarkan kepada hakikat inilah maka pimpinan serta pertunjuk yang dibawa oleh baginda wajib dipatuhi dan diamalkan dalam kehidupan.

Adalah satu penyelewengan sekiranya mereka yang telah mempersaksikan keesaan Allah tetapi dalam melaksanakan cara pengabdian dan menjalani corak kehidupannya berdasarkan kepada bukan pimpinan Rasulullah s.a.w.

Page 5: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

"Setiap orang daripada umatku memasuki syurga, melainkan mereka yang ingkar. [Para Sahabat bertanya]: Siapakah yang ingkar itu?. Nabi bersabda: Sesiapa yang mentaatiku memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku sesungguhnya ia telah ingkar". [Bukhari, 4: 257].

Sesiapa yang mentaati Nabi maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai Rasulullah maka ia telah menderhakai Allah. Quran menyebut:

"Sesiapa yang mentaati Rasulullah, maka ia telah mentaati Allah". [4:80].

Sebarang ikutan atau percubaan untuk beralih kepada sesuatu corak pimpinan yang lain dari Quran dan Rasulullah dianggap sebagai sesat. Nabi menjelaskan:

"Wahai para pembaca Quran, beristiqamahlah kamu di atas jalan yang benar, sesungguhnya kamu telah didahului [orang lain] dengan begitu jauh; sekiranya kamu menyimpang ke kiri dan ke kanan, nescaya kamu akan sesat dengan kesesatan yang jauh. [Bukhari, 4: 297].

Pernah Rasulullah s.a.w. murka apabila melihat Umar al-Khattab memegang lembaran Tawrat [Maalim fi al-Tariq: 11]. Ini memberi erti bahawa meskipun Tawrat merupakan salah satu Kitab Allah yang wajib diimani, tetapi lantaran ia telah dimansukhkan [hukum hakam dan syariat-Nya], tiadalah boleh sekali-kali diambil panduan darinya.

Meninggalkan pimpinan Allah dan Rasul-Nya membawa akibat yang buruk kepada kehidupan manusia:

"Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan Rasul-Nya maka sesungguhnya disediakan baginya neraka jahannam: kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.

Page 6: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Pengakuan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ini terkandung juga dalamnya kewajipan melaksanakan hukum berdasarkan kepada apa yang di bawa oleh Rasulullah dan penolakan kepada hukum itu bermakna menafikan wujudnya iman kepada Allah:

"Maka demi Tuhanmu [wahai Muhammad]mereka tidak disifatkan beriman sehinggalah mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak berasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang engkau telah putuskan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". [4: 65].

"Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - tidak harus mereka mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesunggunya ia telah sesat denggan kesesatan yang jelas nyata". [24: 51].

"Sesunggguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka di ajak kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Berkenaan dengan pengiktirafan kerasulan Nabi Muhanmmad s.a.w. ini Abu Hanifah [80-150H] berkata:

"Sesiapa yang mendakwa bahawa sesungguhnya ia mengenal Allah dan mengingkari kerasulan Muhammad membuktikan kepada kitab bahawa ia mengingkari Allah dengan keingkaran kepada Nabi Muhammad s.a.w. [Abu Hanifah, al-Alim wa al-Muta'alim, 1972: 84].

Daripada penjelasan yang dinyatakan memaparkan bahawa batapa eratnya hubungan ikrar mentawhidkan Allah dengan lafaz la ilaha illallah dan ikrar kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dengan

Page 7: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

ucapan Muhammad Rasulullahj. Ikrar yang pertama akan termansukh bilamana mengingkari ikrar yang kedua selaku sumber melaksanakan ikrar pengabdian diri kepada Allah taala.

2. RUKUN DAN SYARAT TERLAKSANA AKIDAH TAWHID

Tawhid yang dibawa para Rasul dan dikehendaki Islam ialah tawhid yang mantap, teguh dan terpelihara daripada unsur-unsur yang merosakkannya.

Tawhid yang menjadi roh Islam; dasar akidah dan inti ibadat yang beranika ragam itu mengalir dalam seluruh pengajaran Islam sepertimana air mengalir dalam tumbuhan atau urat saraf ke seluruh badan. Hal ini menjelaskan hakikatnya oleh Quran di samping membentangkan fikrahnya serta membahaskan sudut-sudutnya. [Aqidah al-Muslim, 1951: 14].

Tegasnya di sini mengabdikan diri kepada Allah yang tiada sekutu bagi-Nya merupakan hikmat ilahiyyah yang maha tinggi dari penciptaan jin dan manusia. Keagungan ibadah, matlama tserta rohnya tersimpul dalam mentawhidkan Allah. Itulah risalah seluruh Rasul dan Da‘i, juga seruan setiap para wali Allah yang benar. [Da‘wah al-Haq, 1952:

Tawhid tidak terlaksana dengan teguh kukuh melainkan tegak di atasnya ruku-rukun serta syarat-syarat berikut:

1. Rukun Nafi2. Rkun Ithbat.

1. Rukun Nafi

Dimaksudkan dengan rukun nafi ialah menafikan sebarang bentuk ketuhanan yang diabdikan diri sama ada dalam bentuk ketaatan, kepatuhan, ketundukan, peribadatan, hak kehakiman, pentadbiran, penggubal peraturan dan seterusnya daripada sifat-sifat uluhiyyah, rububiyyah serta al-asma' wa al-sifat-Nya kecuali bagi Allah taala sahaja.

Page 8: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

2. Rukun Ithbat.

Dimaksudkan dengan rukun ithbat pula ialah mengithbatkan hanya bagi Allah sahaja dalam soal-soal pengabdian diri, ketaatan, kepatuhan, ketundukan, peribadatan, hak kehakiman, pentadbiran, penggubal peraturan, hak pemerintahan dan seterusnya daripada sifat-sifat uluhiyyah, rububiyyah dan al-asma' wa al-sifat-Nya.

Setiap rukun ithbat dan nafi ini mestilah dilakukan secara serentak menerusi tiga unsur iaitu, hati, lidah dan anggota - dalam keadaan ikhtiari [biasa] bagi menepati kehendak bertawhid menurut Quran dan Sunnah. Kenyataan ini bermaksud bahawa bilamana dilakukan ikrar syahadah tawhid, dilakukan penafian tersebut dengan hati, lidah, dan anggota akan tuhan-tuhan yang lain dan diithbatkan dengan hati dan anggota akan ketuhanan Allah.

Ketiga-tiga perkara ini membentuk apa yang dikatakan pengakuan akidah tawhid yang tulin dan meninggalkan salah satunya [dalam keadaan ikhtiari] bermakna ketidak sempurnaan akidah tawhid seseorang.

Quran ketika memperkatakan masalah ini telah menjelaskan secara tidak terpisah dan sekaligus memberi pengertian terjadinya kecacatan bilamana meninggalkan salah satunya. Tegasnya pengakuan syahadah tawhid itu bukan sekadar pengisytiharan seseorang dengan lidahnya bahawa dia seorang yang bertawhid, kerana hal ini juga dilakukan oleh si munafiq. [Quran, 2: 8-9] menyebut:

"Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal sebenarnya mereka tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya diri sendiri sedang mereka tidak menyedari".

Begitu juga dengan penzahiran amalan-amalan saleh selaku umat bertawhid berserta dengan syiar pengabdian yang tidak disertakan

Page 9: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

dengan pengakuan hati yang tulus ikhlas dalam membenarkan keesaan-Nya tidak dihitung benar dalam ertikata bertawhid. Quran, 4: 142] menyebut: "Sesunggguhnya orang-orang munafiq itu melakukan tipudaya [terhadap agama] Allah [dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya] dan Allah pula tetap membalas tipudaya mereka [dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafiq]. Mereka pula apabila berdiri hendak salat, mereka berdiri dengan malas. Mereka [hanya bertujuan] riyak kepada manusia [supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman], dan mereka pula tidak mengingati Allah [dengan mengerjakan salat] melainkan sedikit sekali".

Tawhid bukan hanya ikrar di hati tanpa melaksanakan tuntutan-tuntutan yang ditaklifkan sebagai penunaian terhadap janji dengan Allah kerana Allah menyebut: "Dan mereka mengingkari secara zalim dan sombong angkuh,sedang hati mereka menyakini kebenarannya. Oleh itu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan itu". [27: 14].

Tegasnya hati, lidah dan anggota mestilah menunaikan tugasnya masing-masing dalam membentuk akidah tawhid terhadap Allah taala.

1. Perlaksanaan Hati

Iaitulah pembenaran dengan hati secara tulus ikhlas, tiada syak walaupun sebesar zarrah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.

Hati merupakan tempat pertama menerima keyakinan, di hatilah terletaknya 'iman' dalam ertikata yakin dan percaya. Tanpa pembenaran dengan hati sekali-kali tidak diterima pengakuan tawhid seseorang itu.

Pembenaran di hati bermakna membenarkan penafian tuhan-tuhan selain Allah dan membenarkan pengithbatan ketuhanan Allah yang esa dalam semua sudut bahawa Dia sahaja pentadbir,

Page 10: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

pemerintah, penggubal syariat, pemberi rezeki, pengatur, pencipta dan seterusnya dari hak-hak ketuhanan-Nya.

Pembenaran ini juga merangkumi Dialah sahaja yang dikasihi, dicintai dan tidak ada yang dikasihi serta dicintai melebihi-Nya. Dialah juga yang diharapkan, kepada-Nyalah tempat bertawakal [menyerah diri] dan kepada-Nyalah ditakuti.

Jelasnya pembenaran dengan hati ini meliputi keseluruhan amalan hati yang bersifat kertundukan, kepatuhan, ketaatan, kesetiaan serta menyerah hanya sanya kepada Allah dan ia pula hendaklah dengan penuh hubb kepada Allah. Quran menyebut:ــحــب ــحــبــونـهــم ك ــدادا ي ـــه أن ـــن دون الل ــتـخــذ م ــن ي ــنـاس م ـــن ال وم

اللــه والــذيـن ءامــنــوا أشـــد حــبــا للــه "Dan ada juga di antara manusia yang mengambil selain Allah [untuk memuja dan mentaatinya] sebagaimana mereka mencintai Allah' sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta [taat] kepada Allah". [2: 165].

2. Perlaksanaan Lidah

Ucapan la ilaha illallah merupakan ikrar kalimah tawhid seseorang terhadap keesaan dan ketuhanan ALlah. Ucapan ini meninggalkanb dua kesan kepada orang yang mengucapkannya:

1. Kesan di dunia2. Kedan di akhirat.

1. Kesan Di Dunia

Dimaksudkan dengan kesan di dunia ialah terhasilnya masuk Islam seseorang dan terselamatnya harta benda serta darahnya. Mereka diperlakukan sebagai seorang Muslim dalam kehidupannya di atas dunia dan mereka yang meninggalkan ucapan syahadah ini dianggap kufur di dunia. Nabi menyebut:ـال ل ــمـن قـ ــه ف ــه إل اللـ ــقــولــوا ل إلـ ــتـى يـ ـنـاس حـ ــاتـل الـ ــرت أن أقـ أمـ إلـه إل اللــه عـصـم مـنـى مـالـه ونـفـســه إل بـحــقــه وحـســابـه عـلـى

اللــه

Page 11: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

"Aku diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan [yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya] melainkan Allah, sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah terselamatlah dariku hartanya dan dirinya melainkan dengan haknya dan perhitungannya di atas Allah". [Muslim, Sahih, 1: 38-39].

Hadis tersebut memberi jaminan terselamatnya nyata dan harta benda seseorang itu dari diperangi setelah mereka mengucapkan kalimah tawhid. Setelah diucapkan kalimah itu mereka tidak boleh di bunuh [dalam peperangan].

٢. Kesan Di Akhirat

Kesan di akhirat pula ialah keluarnya seseorang itu dari neraka bilamana ada padanya walaupun sebesar zarrah daripada tawhid. Nabi menegaskan:ــعـيـرة ـلـبــه وزن شـ ــى قـ ــه وف ــه إل اللـ ـال ل إلـ ــن قـ ـنـار م ــن الـ ــخــرج م ي

مـن خــيـرAkan keluar dari neraka sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah dan ada pada hatinya seberat zarrah dari kebaikan". [Bukhari, Sahih, 1: 17].

3. Perlaksanaan Anggota

Dengan kata lain tawhid yang menjadi teras kepada keiimanan itu tidak dapat dipisahkan dengan amalan. Quran menjelaskan kedudukan ini secara tidak terpisah: قــد أفــلــح الـمـؤمــنـون الـذيـن هـم فـى صــلــتـهـم خـشــعــون والـذيـن

هـم عـن الـلـغــو مـعـرضــون والـذيـن هـم للـزكــوة فــعـلــون "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya [dengan menunaikan zakat harta itu]. [23: 1-4].

Tidakkah engkau hairan melihat wahai Muhammad orang-orang [munafiq] yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada

Page 12: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada kitab-kitab yang diturunkan dahulu sebelum daripadamu, mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperiintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu; dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "marilah berhakimkan kepada Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah" nescaya engkau melihat orang-orang munafiq itu berpaling serta menghalang [manusia] dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu". [4: 60-61].

Dalam melaksanakan titah perintah Allah menerusi anggota ini , ia tegak di atas dua asas utama:

1. Rukun Maknawi

Iaitulah perbuatan serta amalan tersebut dilakukan semata-mata mencari keredaan Allah. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Rasulullah:

"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan kepada niat, dan hanya sanya setiap orang itu diganjari menurut apa yang diniatkannya; barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka ia mendapat pahala kerana Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka ia mendapat habuan hijrahnya yang tersebut itu". [Bukhari, Sahih, 1: 20]

إن اللـــه ل يــقـبـل مــن الــعـمـل إل مــا كــان لــه خــالـصــا وابــتـغــى بــهوجــهــه

"Sesungguhnya Allah tidak menerima dari sesuatu amalan itu melainkan ia dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana mengharapkan keredaan-Nya". [Al-Nasa'i, Kitab al-Jihad, 6: 25].

2. Rukun Maddi

Page 13: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Dimaksudkan dengan rukun maddi ialah amalan itu sendiri; ia mestilah terdiri daripada amalan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya; kerana Allah itu tidak diabdikan diri kepada-Nya melainkan dengan apa yang disyariatkan-Nya dengan perintah samada meninggalkan atau melaksanakan. Nabi menyebut:

مــن أحــدث فـى أمــرنـا هــذا مـا لـيـس مــنــه فـهــو رد"Sesiapa yang mengada-adakan pada urusan kami ini [perkara] yang bukan [perintah] kami, maka ia tertolak". [Muslim., Sahih, 5: 132].

Keterangan dan penjelasan yang lalu membuktikan betapa bersepadunya hati dengan amalan zahir.

Dengan itu jelas menunjukkan apabila sejahtera hati dengan akidah tawhid cergaslah anggota luar dalam menunaikan kewajipannya dan apabila sebaliknya akan terjadilah amalan itu kebalikannya pula. Hati disifatkan sebagai raja manakala anggota pula sebagai tentera yang mengikuti perintah. Ia berbahagia dengan bahagianya raja itu dan celaka dengan celakanya raja iu; ataupun ia seumapama roh dengan jasad [Syeikh Abdullah bin Zayd al-Mahmud, Tathqif al-Adhhan bi aqidah al-Islam al-iman, 1982: 6].

Lantaran itu telah menjadi ijmak bahawa iman adalah perkataan dan perbuatan; maka begitu juga tentang tawhid yang diimani akan keesaan Allah, sekali-kali tidak terkecuali daripada hakikat tersebut. Hal ini disebut oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dengan katanya bahawa telah menjadi ijmak dari kalangan Sahabat, Tabiin bahawa iman adalah perkataan, amalan serta niat. Tiada dipisahkan satupun daripada tiga itu melainkan niat. Selanjutnya beliau berkata iman ialah perkataan dan perbuatan, ia bertambah dan berkurang; tiada perselisihan padanya pada zaman Sahabat, Tabiin dan selepas Tabiin pada zaman al-Awza'i di Syam [w. 157H] Sufyan al-Thawri di Irak [w. 161H], Malik bin Anas di Hijaz [w. 179H] dan Mu'ammar di Yaman [w. 153H]. [Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, 1: 146-147].

Page 14: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Ibn Qayyim menyebut bahawa iman itu baginya ada zahir dan batin; zahirnya ialah ucapan lidah dan amalan anggota. Manakala batinya ialah pembenaran hati serta menyerah dan mencintai-Nya. Tiadalah berguna yang zahir lantaran ketiadaan yang batin; meskipun dengannya terpelihara darah, terselamat harta dan keturunan; begitu pula tiadalah diberi pembalasan yang batin tanpa adanya amalan zahir melainkan bilamana berlakunya keuzuran lantaran lemah atau dipaksa atau takut binasa; maka menyalahi amalan zahir semasa ketiadaan halangan adalah bukti atas rosaknya batin dan kosongnya iman, kurang amalan pula adalah bukti kurangnya iman manakala kuatnya beramal adalah bukti kuatnya iman. [Ibn Qayyim, al-Fawa'id, t.th: 79].

Kesimpulan

Mereka yang benar-benar berakidah tawhid ialah orang yang mentawhikan Allah dengan hati; mentawhidkan-Nya dengan lidah dan mentawhidkan-Nya dengan amalan. Ketiga tiga rukun ini mestilah sepakat dengan erti bilamana hati membenarkan keesaan Allah, maka ia disertakan dengan ucapan yang selaras dengan pembenaran hati serta ucapan lidahnya. Bilamana berlakunya pertentangan antara salah satunya [dalam keadaan ikhtiari], maka bermakna di sana telah berlaku kepincangan pada tawhidnya. Begitu pula setiap yang dilakukan iru wajib diarah-tujukan kepada Allah semata-mata bukan kepada yang selain-Nya.

قـل أغـيـر اللــه أبـغــى ربـا وهــو رب كــل شــئ

أل نــعـبـد إل اللـــه ول نــشــرك بــه شـــيـئـا ول يــتـخــذ بــعـضـنـا بــعـضـاأربـابـا مـن دون اللــه

Page 15: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

KULIAH 4

UNSUR TERLAKSANANYA TAWHID

Di samping rukun ithbat dan nafi, terdapat unsur-unsur yang tanpanya tidak terlaksana ucapan tawhid seseorang itu.

1. IKHLAS UBUDIYYAH HANYA BAGI ALLAH

Maksud ikhlas pengabdian diri ini ialah memberikah hak uluhiyyah-Nya dengan sempurna, penuh kecintaan dan ketundukan mutlak. Hal ini dapat disabitkan dengan tiga perkara:

1. Tidak mengambil selain ALlah sebaggai rabb yang dibesar-agungkan sepertimana ia mengagungkan Allah. Quran menegaskan:

"Katakanlah: [Sesudah aku mentawhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya] patutkah aku mencari rabb selain ALlah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu". [6:164].

Dengan itu setiap yang diambil dan dijadikan sembahan atau ditaati oleh manusia selain Allah atau bersama Allah wajiblah digugurkan, samada ia terdiri daripada batu, kayu, manusia ataupun yang berbentuk ideologi [isme], kerana inilah seruan dakwah para Rasul dan Nabi terakhir MUhammasd s.a.w kepada raja-raja, para pembesar serta manusia seluruhnya.

"Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan ALlah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu juapun; dan janganl;ah pula sebahagian daripada kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain Allah". [3: 64].]Berkata Ibn Juraij ــابـا] ــعـضــا أرب ـــعــضـنـا ب ـــتــخــذ ب maksud [ ول يـ"dan sebahagian kita dengan sebahagian yang lain saling mentaati dalam perkara maksiat kepada Allah. Ikrimah pula menegaskan

Page 16: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

sebagaian kita sujud kepada sebahagian yang lain. [Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, 1: 371].

2. Tidak mengambil selain Allah sebagai wali [pelindung]. Mengasihinya sepertimana mengasihi Allah. Quran [42: 9] menyebut:

قـل أغــيـر اللــه أتـخــذ ولـيـا فـاطــر الـســمــوت والرض Katakanlah [wahai Muhammad: "Patutkah aku mengambil [memilih] pelindung [wali] yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi?".

Ayat di atas memberi pengertian bahawa mengasihi sembahan-sembahan mereka, wali-wali [para penolong] mereka dengan kecintaan yang sebati bersama ketundukan, kepatuhan, takut serta memberikan sifat keagungan yang mana perkara tersebut sekali-kali tidak harus diberikan melainkan kepada Allah taala sahaja adalah terlarang.

Dalam pengertian bertawhid, seseorang itu hendaklah mengikhlaskan kecintaannya hanya bagi Allah; ia tidak mengambil sembahan yang lain sebagai pelindung atau sebagai yang dicintai sepertimana ia mencintai Allah. Sifat al-wilayah itu tidak boleh diberikan kecuali hanya kepada Allah taala sahaja. Quran menegaskan:ــحـى الــمــوتـى ــو ي ـولــى وهـ ــو الـ ـاللــه هـ ـيـاء فـ ــه أولـ ــن دون ــخــذزا م أم ات

وهـو عـلـى كـل شــئ قـديـرTidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung [yang disembah dan dipuja] kerana Allah jualah pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan [ingatlah], Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3. Tidak mengambil selain Allah sebagai Hakim. Ia mentaatinya sepertimana mentaati Allah. Quran [6: 114] menegaskan:

افـغـيـر اللــه أبـغــى حـكـمـا وهــو أنـزل إلـيـكــم الـكــتــب مـفـصــل [Katakanlah wahai Muhammad]: Patutkah aku [terpadaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku] hendak mengambil Hakim selain Allah, padahal yang Dia yang

Page 17: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

menurunkan Kitab Quran yang jelas tentang yang benar dan yang salah.

Sebenarnya bagi Allah sahaja hak kehakiman kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang memperuntukkkan undang-undang bagi mereka dalam urusan keagamaan dan keduniaan. Dialah yang esa, maha Mengetahui apa yang mendatangkan kebaikan dan kemudaratan kepada hamba-hamba-Nya. Quran [67: 14] menyebut:

ال يـعـلــم مـن خــلـق وهــو الـطـيـف الـخـبـيـرTidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui [segala-galanya]; sedang Dia maha halus urusan tadbiran-Nya lagi mana Mendalam Pengetahuan-Nya.

Quran menjelaskan bahawa kehakiman dengan makna tasyrik [perundangan]. Sekali-kali tidak ada hak atas yang lain kecuali Allah yang esa. Quran [40: 12] menegaskan:

فـالـحـكــم للــه الـعـلــى الـكــبـيـر Maka kuasa menjalankan keadilan hukum adalah hak Allah, yang maha tinggi [dari apa yang dipersekutukan] lagi yang maha besar [pemerintahan-Nya].

Seumpama itu juga Quran mengibaratkan bahawa berhukum kepada selain Allah dan Rasul-Nya adalah terkeluar dari hakikat dan hukum tawhid serta memasuki sempadan ketaatan kepada syaitan [Quran, 4: 60-61].

2. KUFUR DENGAN TAGHUTUnsur kedua yang membenar-sahihkan pengakuan akidah tawhid seseorang ialah mengkufuri taghut dan berlepas diri daripada mereka yang menyembah atau berwalikan selain Allah. Quran kadang-kadang mendahulukan menyebut kufur dengan taghut daripada istilah beriman dengan Allah. Ini menunjukkan betapa perlunya hati ditakhallikan [dikosongkan] daripada sebarang unsur yang bertentangan dengan keimanan dan kemudian barulah ditahallikkan [dihiasi atau diisi] dengan unsur keimanan yang tulin terhadap Allah. Quran [2: 256] menyebut:

Page 18: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

فــمــن يـكــفـر بـاالـطـاغــوت ويـؤمـن بـاللــه فـقـد اســتـمـسـك بـالـعـروةالـوثـقـى لانـفـصـتام لـهـا واللــه سـمـيـع الـعـلـيـم

Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan [tali agama] yang teguh, yang tidak akan putus. Dan [ingatlah] Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui.

Nabi s.a.w. menyebut:

ـالـه ــرم مـ ـــه حـ ــن دون اللـ ـعـبـد م ــمـا يـ ــفـر ب ــه وكـ ــه إل اللـ ـال ل إل ــن قـ مـودمـه وحـســابــه عـلـى اللــه

Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah dan ia mengkufuri dengan apa yang disembah selain Allah, maka haramlah [terpeliharalah] harta dan darahnya dan perhitungannya atas Allah. [Muslim, Sahih, 1: 40].

Nas di atas menjelaskan bahawa sekali-kali tidak terjadi dan terlaksana pengakuan tawhid yang dengannya terpelihara darah dan hartanya melainkan besertanya juga mengkufuri apa yang disembah selain Allah. Jelasnya sesuatu perkara itu berbeza dengan lawannya; begitu juga dengan tawhid dan syirik. Ia tidak akan terbeza melainkan dengan mengkufuri perkara-perkara kebatilan dan berlepas diri daripada ahli-ahlinya.

Imam al-Muwahhidin Ibrahim Khalilullah berlepas diri dari tuhan-tuhan kaumnya serta berhala-berhala dan musuh-musuhnya dengan mengisytiharkan kepada mereka. Quran [43: 26-27] menyebut perkara ini:

أنـنــى بــراء مــمـا تـعـبـدون إل الـذى فـطــرنـى فـإنـه سـيـهـديـن

Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - yang lain dari Tuhan yang menciptakan aku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayah pertunjuk kepadaku.

Selanjutnya Quran menyebut:وجـعـلـهــا كـلـمـة بـاقـيـة فـى عـقـبـيـه لـعـلـهــم يــرجـعــون

Page 19: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tawhid itu tetap kekkal pada keturunannya, supaya mereka kembali [kepada tawhid itu jika ada yang menyeleweng kepada syirik]. قـــد كـــانـت لـــكــم أســــوة حـــســنــة فـــى ابـــراهــيـم والـــذيـن مـــعــه إذ قـالــوا لـقــومـهــم إنـا بـرءوا مـنـكــم ومـمـا تـعـبـدون مـن دون اللـه كـفـرنـا بــكــم وبــدا بــيـنـنـا وبــيـنـكــم الــعـدوة والــبـغـضــاء أبــدا حــتـى تــؤمـنـوا

بـاللــه وحــده

"Sesungguhnya adalah bagi kamu kepada bawaan Nabi Ibrahim alaihis salam dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya [yang kufur ingkar]: sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan [segala penyembahan] kamu dan [dengan ini] nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selamanya sehingga kamu menyembah Allah semata-mata.

Berdasarkan kenyataan nas tersebut, nyatalah bahawa tawhid yang benar sahih itu tidak akan sempurna melainkan setelah mana bersebati ketulenan iman dengan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Seterusnya hendaklah mengkufuri taghut dan berlepas diri daripada pimpinan serta pertunjuknya. Inilah dakwah tawhid yang dicanangkan oleh seluruh Nabi dan Rasul kepada umat masing-masing. Quran [16: 36] menegaskan:

ـــتـنـبـوا ـــه واجـ ـــبـدوا اللـ ـــة رســــول أن اعـ ــل أمـ ــى كـ ــعـثـنـا فـ ــقـد بـ ولـالـطـغـــوت

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiaptiap umat seorang Rasul [dengan memerintahkannya menyeru mereka] Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.

PENGERTIAN TAGHUT

Menurut Umar al-Khattab, taghut ialah al-syaitan. Manakala Jabir pula menyebut taghut ialah Tukang-tukang Tenung yang turun padanya para syaitan [Fath al-Najid, hlm. 282].

Page 20: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Ibn Kathir menegaskan taghut ialah hukum serta peraturan yang tidak berdasarkan kepada al-Kitab dan al-Sunnah [Tafsir al-Quran al-Azim, 1: 519].

Sebahagian ulama menegaskan taghut ialah setiap perkara yang memalingkan seseorang hamba dan menghalangnya dari mengabdikan diri serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya; sama ada daripada syaitan jin ataupun dari kalangan syaitan manusia dan termasuk dalam penegertian ini tanpa syak ialah hukum hakam asing dari Islam yang dipakai oleh manusia. [Fath al-Majid, hlm. 282].

Tegasnya taghut ialah setiap yang melampaui batas dan ketetapan Allah; setiap ketua penyesat, syaitan yang memalingkan manusia dari jalan kebaikan; setiap yang disembah selain Allah dan termasuk dalam pengertian taghut ialah rumah-rumah berhala.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah [w. 751H] Taghut ialah setiap apa yang melampaui batas oleh seseorang hamba daripada ketentuan-Nya dalam penyembahan, ikutan atau ketaatan; maka dianggap taghut setiap kaum yang berhukum kepada selain Allah dan Rasul-Nya atau menyembah selain Allah atau mentaatinya pada apa yang tidak diketahui bahawa ketaatan itu mentaati Allah. Inilah taghut-taghut dunia, bila diperhatikan mereka itu dan keadaan manusia yang bersamanya nescaya engkau dapati kebanyakan mereka berpaling dari beribadat kepada Allah dan menghalakan ibadat kepada taghut; dari berhukumkan kepada Allah dan Rasul-Nya kepada berhukumkan taghut; dari mentaatai-Nya dan mengikuti Rasul-Nya kepada mentaati taghut dan para pengikutnya. Mereka itu tidak berjalan di atas jalan yang selamat lagi berkemenangan daripada kalangan umat ini - para Sahabat dan Tabiin. Mereka tidak mencontohi para Sahabat itu malahan meyalahinya pada perjalanan dan ikutan sekaligus. [Ibn Qayyim, A‘lam al-muqi‘in an Rabb al-alamin, 1968, 1: 50].

Imam Ibn Taimiyyah [661-728H] menegaskan seperti berikut: Taghut itu umum pada setiap apa yang disembah selain Allah dan rela dengan ibadat kepadanya. Ia berupa dalam bentuk

Page 21: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

sembahan, ikutan atau ketaatan pada selain Allah dan Rasul-Nya. Taghut itu pula banyak, ketua-ketua mereka terdiri dari lima kumpulan berikut:

1. Syaitan yang menyeru kepada beribadat selain Allah. Quran [36: 60] menyebut:ــكــم ــه ل ــشــيـطـان إن ــعـبـدوا ال ألــم أعــهــد إلــيـكــم يــبـنــى ءادم أن ل ت

عـدو مـبـيـن Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu.

2. Pemerintah yang zalim [al-hakim al-ja'ir] yang merubah hukum hakam Allah. Quran [4: 60] menyebut: ألـم تـر إلـى الـذيـن يـزعـمـون أنـهــم ءامــنــوا بـمـا أنـزل إلـيـك ومـآ أنـزلـــروا أن ـــد أمـ ــتـحـاكـمــوا إلـــى الـــطــغــون وقـ ــريـدون أن بـ ــبـلـك يـ ــن قـ مـ

يـكــفـروا بـه ويـريـد الـشـيـطـان أن يـضــلـهــم ضــلـل بـعـيـدا .Tidakkah engkau hairan melihat wahai Muhammad orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum daripadamu? Mereka hendak berhakimkan kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.

3. Orang yang berhukum selain hukum Allah. Quran [5: 44] menyebut:

ومــن لـم يـحــكــم بـمـا أنـزل اللــه فـأولـئـك هـم الـكـفــرون Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah [kerana mengingkarinya] maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

4. Orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib selain Allah. Quran [72: 26-27] menyebut:ــن ــضــى م ــن ارت ــدا إل م ـيـبــه أحـ ـلـى غـ ــظــهــر عـ ــل ي ــغـيـب ف ــلــم ال عـ

رســول فـإنــه يـســلـك مـن بـيـن يـديــه ومـن خـلـفــه رصــدا

Page 22: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Tuhan sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun - melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredai-Nya [untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian] maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya [sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan].

ــبـر ــا فـــى الـ ــعـلـم مـ ــو ويـ ــعـلـمـهـا إل هـ ــغـيـب ل يـ ــفـاتـح الـ ـــنـده مـ وعـــظـلـمـات ــى ال ـبـة ف ــعـلـمـهـا ول حـ ــة إل ي ــن ورق ــسـقـط م ـا ت ـبـحـر ومـ والـ

الرض ول رطـب ول يـابـس إل فـى كــتــب مـبـيـن Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja; dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir buji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan [semuanya] ada tertulis dalam Kitab [Lawh Mahfuz] yang terang nyata.

5. Sesuatu yang disembah selain Allah dan reda dengan ibadat itu. Quran [21: 29] menegaskan: ومـــن يـــقـول مـــنـهــم إنـــى إلــــه مـــن دونــــه فـــذلـك نـــجــزيـه جــــهــنــم

كـذلـك نـجــزى الـظــلـمـيـن Dan [jika ada] sesiapa di antara mereka berkata: sesungguhnya aku ialah tuhan selain Alllah, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan [azab] neraka jahannam; demikian Kami membalas golongan yang zalim.

Ibn Taimiyyah selanjutnya menegaskan: "Dan ketahuilah bahawa manusia itu tidak dianggap beriman dengan Allah melainkan kufur dengan taghut. Adapun sifat kufur dengan taghut itu ialah hendaklah berkeyakinan batalnya pengabdian diri kepada selain Allah dan hendaklah meninggalkannya; mengingkari ahli-ahlinya serta memusuhi mereka. [Majmu'ah al-Tawhid, 1979: 14-15].

Page 23: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Demikianlah taghut dan jenis-jenisnya yang wajib dijauhi oleh setiap mereka yang bertawhid bagi memurnikan tawhidnya. Sekiranya mereka tidak mengingkari taghut itu, maka tiadalah makna sedikitpun ucapan kalimah tawhid yang diikrarkannya.

3. WASPADA TERHADAP SYIRIK

Unsur ketiga bagi melaksanakan tawhid ialah berwaspada dan berhati-hati terhadap syirik. Ia bermaksud seseorang yang bertawhid merstilah memiliki pengetahuan terhadap batas-batas syirik secara menyeluruh, kecil atau besar, nyata ataupun tersembunyi. Hendaklah ia membebaskan dirinya daripada seluruh dorongan syirik dan mengihindarkan dirinya daripada dimasuki unsur-unsurnya. Sesuatu perkara itu tidak terbeza dengan yang l;ain kecuali dengan lawannya, maka begitu juga sekali-ali tidak dikenali tawhid yang tulin bersih dan tidak dapat dilaksanakan dengan betul sahih melainkan besertanya juga pengetahuan serta pengenalan terhadap lawannya iaitu syirik [al-Qaradawi, Haqiqat al-Tawhid, 1979: 31-37].

Page 24: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

KULIAH 5

SYARAT-SYARAT KESEMPURNAAN SYAHADATAYN

Syahadah tawhid yang diucapkan itu ada padanya syarat-syarat tertentu. Tanpa pemenuhan syarat-syarat ini tidak memberi makna apa-apa kepada si pengucapnya. Syarat-syarat yang dimaksudkan ialah:

1. Al-Ilmu. Maksud di sini ialah mengetahui apakah yang dinafikan dan mengetahui apakah yang diithbatkan. Allah mengajar kepada Nabi-Nya dengan menyebut:

فــاعـلــم أنــه ل إلــه إل اللــهMaka hendaklah diketahui bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.Quran [43: 86] menyebut:

إل مـن شــهــد بـالـحــق وهــم يـعـلــمــونKecuali orang yang bersaksi dengan benar dan mereka mengetahui.Nabi s.a.w. menyebut:

مـن مـات وهــو يـعـلــم أنــه ل إلــه إل اللــه دخــل الـجــنــة Sesiapa yang mati dan ia mengetahui sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, nescaya memasuki syurga. [Muslim, Sahih, 1: 41].

2. Yakin. Maksud di sini ialah percaya dengan teguh kukuh dalam hati atau dikenali sebagai kepercayaan yang jazam dan tiada sebarang keraguan walaupun sebesar zarrah. Quran [49: 15] menegaskan:

ــرتـابـوا ــاللــه ورســــولــه ثـــم لـــم يـ ــنــوا بـ ــذيـن ءامـ ــمـا الـــمـؤمـنـون الـ إنـــم ــئـك هـ ــه أولـ ـــبـيـل اللـ ــى س ــفـســهــم فـ ــأمـولـهــم وأنـ ـــهـدوا بـ وجـ

الـصــدقــون Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka [terus percaya dengan] tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar [pengakuan imannya].

Page 25: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Nabi s.a.w. menegaskan:ــهـمـا ـــه ب ــلـقـى الل ــه ل ي ـــول اللـ ــى رس ــه وأن ـــه إل اللـ ــهــد أن ل إل أشـ

عـبـد غـيـر شــاك فـيـهـمـا إل دخـل الـجــنــة Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah, tiadalah bertemu dengan Allah seseorang hamba itu dengan [ucapan] keduanya tanpa ragu melainkan memasuki syurga.

مــن لـقـي يـشــهـد أن ل إلــه إل اللــه مـســتـقـيـنـا بـهـا قـلـبـه بـشــرهبـالـجـنــة

Sesiapa yang bertemu aku, dia bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah, yakin dengan hatinya, khabarilah dia dengan syurga.

3. Ikhlas. Quran [98: 5] menyebut: ومــــآ أمــــروا إل لـــيــعـبـدوا اللــــه مـــخـلـصــيـن لــــه الـــديـن حــــنـفــاء

ويـقـيـمـوا الـصــلــوة ويـؤتـوا الــزكــوة وذلـك ديــن الـقـيــمــة Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tawhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

Quran [39: 9] menyebut lagi:أل للــه الـديــن الـخــالـص

Ingatlah [hak yang wajib dipersembahkan] kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih [dari segala rupa syirik].

Rasulullah s.a.w. menegaskan:

أســـعـد الــنـاس بــشــفـاعـتـى يــوم الــقـيـامـة مــن قــال ل إلــه إل اللـــهخـالـصـا مـن قـلـبـه أو نـفـســه

[Bukhari, Sahih, 1: 30].

Manusia paling bahagia yang menerima syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas daripada hatinya atau jiwanya.

Page 26: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Hadis Qudsi menyebut: أنــا أغـــنـى الــشــركــاء عــن الــشــرك مــن عــمـل عــمـل أشـــرك فــيـه

مـعــى غـيـرى تـركــتــه وشــركــه[Muslim, Sahih, 8: 223].

Aku [Allah] tidak berhajat kepada sebarang sekutu dari sebarang sekutu; sesiapa yang beramal sesuatu amalan yang disekutukan Aku padanya, Aku tinggalkannya dan sekutu-sekutunya itu.

4. Benar. Quran [39: 33] menyebut:والــذى جــاء بـالـصــدق وصــدق بــه أولـئـك هــم الـمـتـقــون

Dan nyatalah bahawa yang membawa kebenaran [tawhid dan hukum agama] serta ia [dan pengikut-pengikutnya] mengakui kebenarannya [dengan mematuhi hukum itu] mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Ibn Kathir meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas bahawa maksud dengan perkataan ja'a bi sidqi sebagai la ilaha illallah. [Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, 4: 53].

Quran [29: 3] menegaskan lagi:فــلـيـعـلـمــن اللــه الـذيــن صــدقــوا ولـيـعـلـمـن الـكــذبـيـن

Nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

Rasulullah s.a.w. menegaskan: مـــا مـــن أحـــد يــشــهـد أن ل إلـــه إل اللـــه وأن مــحـمـدا رســـول اللـــه

صــدقـا مـن قـلـبـه إل حــرمــه اللــه عـلــى الـنـارTiadalah daripada seseorang yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah [dengan persaksian] yang benar dari hatinya, melainkan Allah mengharamkan atasnya neraka. [Bukhari, Sahih, 1: 37].

Pernah seorang lelaki dari Najd datang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Islam, sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan serta zakat. Nabi menjawab kepadanya satu persatu. Bila berpaling pulang lelaki itu berkata: "demi Allah aku tidak akan

Page 27: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

menambah dan menguranginya". Lalu Nabi bersabda tentang lelaki itu [ـلـح إن صـــدق Maksudnya mencapai kemenanganlah .[ أفـjika sekiranya ia membenarkan apa yang diucapkannya.

6. Mahabbah. Quran [5: 54] menyebut:فـســوف يـأتـى اللــه بـقــوم يـحـبـهــم ويـحـبـونــه

Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka pula kasihkan Allah.

Sabda Nabi s.a.w: فــوالـذى نـفـســى بـيـده ل يـؤمــن أحــدكــم حـتـى أكــون أحــب إلــيــه

مـن والــده وولـدهDemi yang diriku dalam kekuasan-Nya, tidak [sempurna] iman seseorang kamu hinggalah aku [Rasulullah] terlebih ia kasih kepadanya dari ibubapa dan anak-anaknya. [Bukhari, Sahih, 1: 12].

Sabdanya: ثـلث مـن كــن فــيــه وجــد حـلوة اليــمــان أن يـكــون اللــه ورســولــه أحــب إلـــيــه مــمـا ســواهـمـا وأن يــحـب الــمــرء ل يــحــبــه إل للـــه وأن

يـكــره أن يـعــود فــى الـكـفــر كــمـا يـكــره أن يـقـذف فـى الـنـارTiga perkara sesiapa yang ada padanya [tiga perkara itu] nescaya akan mendapat kemanisan iman: Orang yang [menjadikan] Allah dan Rasul-Nya terlebih ia kasih kepadanya dari yang lain; orang yang mencintai seseorang [yang lain] semata-mata kecintaan itu kerana Allah; dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah melepaskannya [dari kekufuran itu] sepertimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api. [Bukhari, Sahih, 1: 12].

Sabdanya lagi: ل يـؤمــن أحــدكــم حـتـى أكــون أحــب إلــيــه مـن والـده وولـده والـنـاس

أجــمـعــيـنTidak [sempurna] iman seseorang kamu hinggalah aku [Rasulullah] terlebih ia kasih kepadanya dari ibu bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya. [Ibid].

Page 28: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

6. Taslim. Iaitu tunduk dan patuh serta berserah diri lahir batin. Quran [31:22] menyebut: ومــن يـســلــم وجــهــه إلـى اللــه وهــو مـحـســن فـقــد اســتـمـســك

بـالـعـروة الـوثـقــىDan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah [dengan ikhlas] sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan [tali agama] yang teguh.

Quran [39:54] menyebut lagi:وأنـيـبـوا إلـى ربــكــم وأســلـمــوا لــه

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertawbat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya.

7. Qabul. Maksudnya menerima. Mereka yang tidak menerima sesuatu lazimnya menolak. Begitu juga dengan kalimah tawhid, mereka yang tidak menerima kalimah ini tidak akan menjadikannya sebagai amalan serta dasar dalam kehidupannya. Dalam Quran [38: 54] Allah menceritakan bagaimana rupa penolakan terhadap kalimah ini pada zaman dahulu:ــذا ســـحــر ــكــفـرون هـ ــال ال ــنـهــم وقـ ــنـذز مـ ــآءهــم مـ ــجــبــوا أن جـ وعـ

كــذاب Dan mereka [yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu] merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran dari kalangan mereka sendiri; dan mereka yang kafir ituu berkata: "Orang ini adalah seorang penyihir lagi pendusta".

Syarat-syarat ini dapat disimpulkan dalam nazam berikut: عــــلــم يــقـيـن وإخــــلص وصــــدقـك مـــع * مـــحــبـة وانـــقـيـاد والـــقـبـول

لـهــا

Dalam Surah al-Safat [38: 22-36] Allah menceritakan balasan yang diterima oleh mereka yang menolak kalimah tawhid ini kerana terpengaruh dengan ketua-ketua mereka.

[Allah berfirman kepada malaikat] Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka

Page 29: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

serta benda-benda yang mereka sembah lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka. Dan hentikanlah mereka [menunggu] kerana sesungguhnya mereka akan disoal: "mengapa kamu tidak bertolong-tolongan [sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu]. [Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa] bahkan mereka pada hari itu menyerah dengan hina [untuk diadili]. Dan masing-masingpun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela. Pengikut-pengikutnya berkata [kepada ketua-ketuanya]: Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami [daripada beriman] dengan menggunakan kuasa kamu". Ketua-ketuanya menjawab: "[Tidak!] Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!. Dan kami [selain daripada mengajak kamu] tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas. [Dengan keadasan diri kota yang sedemikian] maka tetaplah di atas kita janji seksa [yang dijanjikan] oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai [azab itu]. [Dengan sebab ketentuan yang tersebut] maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang yang sesat. Maka sesungguhnya mereka pada hari itu, menderita azab bersama. Demikianlah KAmi melakukan kepada orang-orang yang berdosa. Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya: "[Ketahuilah bahawa] tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya.

Ayat-ayat di atas menjelaskan bagaimana sikap yang telah ditunjukkan oleh mereka yang tidak menerima kalimah ini, dengan itu mereka menolaknya.

KESIMPULANSyarat-syarat pengucapan syahadah tawhid itu merupakan satu kemestian bagi mensahkan seseorang itu diterima atau tidak pengakuannya tentang ketawhidan Allah. Syarat-syarat tersebut saling menafikan lawannya. Ilmu menafikan jahil, yakin menafikan syak, menerima menafikan penolakan, inqiyad [patuh beramal] menafikan meninggalkan, ikhlas menafikan syirik, benar menafikan dusta dan mahabbah menafikan benci.

Page 30: Syahadatayn sebagai teras tawhid1

Tanpa syarat diatas, walaupun kalimah itu diulang sebut oleh si pengucapnya, ternyata bahawa ia hanyalah mainan lidah tanpa membawa apa-apa erti menurut yang Allah dan Rasul kehendaki.