Syarahan Faedah Menabung

4
Syarahan Faedah Menabung Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’. Hadirin sekalian, Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan. Hadirin sekalian, Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati. Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang- jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya. Hadiri yang dihormati sekalian, Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul- betul perlu sahaja. Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan. Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini. Sekian, Terima kasih

description

ok

Transcript of Syarahan Faedah Menabung

Page 1: Syarahan Faedah Menabung

Syarahan Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. 

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.  

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya. 

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja. 

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.  

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini. 

Sekian, Terima kasih

ULASAN GURU BERTUGAS TENTANG FAEDAH MENABUNGKEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG    Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan.   Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab itu, kita perlu

Page 2: Syarahan Faedah Menabung

merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.   Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang simpanan ini juga bolek digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita juga boleh membeli barangt-barang keperluan diri kita dengan wang simpanan.   Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleg digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.   Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya, bak kata pepatah, ‘beringat sebelum kena, berjimat sementara habis’. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. 7 Faedah Amalan Menabung

Kuasa menabung jangan diabaikan. Saya menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Banyak kelebihan jika kita mengamalkan sikap menabung dan saya pernah kupas serba sedikit pada post yang lepas. Cuba search pada kotak disebelah kanan pada bahagian paling atas untuk perkataan menabung. Insyaa Allah anda akan jumpa tajuk yang berkaitan menabung.

Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 7 faedah amalan menabung dan saya harap informasi ini memberi manfaat kepada anda kelak.

7 Faedah Amalan Menabung

1. Meningkatkan pendapatan

Apabila menabung dan menyimpan di bank atau saham secara berterusan, kita memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen yang berganda.

Page 3: Syarahan Faedah Menabung

Dalam keadaan tidak sedar kita berjaya menjadikan alternatif menabung sebagai jalan untuk meningkatkan pendapatan.

2. Meningkatkan kualiti hidup

Dalam masa panjang, menabung dapat membantu kita menikmati kehidupan lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang.

3. Membiayai pendidikan

Menabung mampu membantu kita membiayai kos pendidikan anak-anak supaya mereka memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sempurna.

Bagi yang masih belum berumah tangga, anda boleh mulakan menabung mulai sekarang untuk masa depan keluarga yang akan anda bina kelak.

4. Membeli rumah

Amalan menabung membolehkan kita menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian atau dikenali 'duit muka' apabila membeli rumah atau tanah. 

Dengan menabung ia mampu memudahkan kita memperolehi pinjaman penuh bank kerana kita mampu membayar wang pendahuluan yang tinggi.

Teringat saya pada kisah seorang rakan di tempat saya bertugas di mana beliau ingin membeli rumah dan telah berbincang dengan pihak bank untuk urusan pembelian rumah. 

Rakan saya telah diperlekeh untuk gaji pokok yang dimiliki sekarang iaitu RM 1500 untuk memiliki rumah. Pegawai bank itu berkata menurut perkiraan beliau, dengan gaji sebanyak ini sukar pihak bank meluluskan pinjaman untuk pembelian rumah.

Saya menasihatkan beliau untuk mula menabung secara khas untuk wang pendahuluan 10% dari harga rumah semasa.

Al maklumlah harga rumah semakin mahal saban tahun.

Mengikut kajian, peningkatan sebanyak 8% setahun daripada harga rumah kini menyebabkan sukar untuk mereka yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Jadi..mulakan amalan menabung mulai sekarang !

5. Tanggungjawab berumah tangga

Amalan menabung boleh membantu menyediakan generasi yang sentiasa menabung, terutama apabila mula bekerja supaya mereka mampu memulakan kehidupan berumah tangga tanpa berhutang.

Perkara seperti jarang berlaku bagi mereka yang baru mula bekerja. Kebanyakan mereka termasuk diri saya sendiri suatu ketika dulu tidak sedar untuk mula melakukan perancangan masa depan melalui amalan menabung untuk perkahwinan.

Ada sebuah produk info ataupun ebook yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang hantaran dan maskahwin secara lebih singkat. 

Ebook ini telah membantu ramai pasangan untuk berkahwin tanpa berhutang dan ia juga sesuai untuk anda yang merancang untuk membina rumah tangga.

Sila dapatkan informasi lanjut di sini !

6. Membeli barang keperluan

Apabila menabung sejak awal, kita memiliki wang untuk membeli kelengkapan dan perkakas rumah secara lebih murah melalui pembayaran tunai, sekaligus mengelakkan kita berhutang dan membayar pada harga lebih tinggi melalui ansuran.

7. Keselesaan waktu persaraan

Kebanyakan pekerja mengharapkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tabungan dihari tua. Sedangkan mengikut kajian majoriti wang dalam KWSP akan habis dalam masa 2 tahun.

Ini sangat menakutkan bagi mereka yang mengharapkan sepenuhnya dari simpanan ini.

Apa kata anda mulakan amalan menabung dari sekarang untuk menikmati kehidupan lebih selepas bersara kelak, bukan semata-mata bergantung kepada dana Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga perkongsian pada post kali ini membantu membuka minda anda untuk kuasa yang ada pada amalan menabung.

=======================Amalan Menabung Dunia Akhirat=======================

Amalan sedekah tidak boleh disangkal kelebihannya. Ramai orang kaya yang terus

Page 4: Syarahan Faedah Menabung

menjadi kaya dengan mengamalkan sedekah.

Sebagai umat Islam kita di sunatkan untuk melakukan sedekah setiap hari kepada mana-mana pihak yang memerlukan walaupun sedikit. Amalan ini memang tiada tandingan kelebihannya asalkan anda ikhlas mengamalkannya.

Ada sebuah rujukan sebuah ebook yang mengorek rahsia sedekah oleh seorang penulis yang bernama Zahidan Abdul Aziz. Beliau juga pernah menulis sebuah ebook tentang rahsia rezeki yang telah membantu ramai pembaca yang telah mengamalkan rahsianya.

Terdapat pecahan 32 bab yang diterangkan secara lengkap dari sudut istilah sehingga rahsia-rahsia lain.

Pada pandangan saya ia cukup bermanfaat untuk diamalkan untuk tabung dunia dan akhirat. Insyaa Allah