TAHAP KEFAHAMAN DAN PENGAPLIKASIAN KONSEP DAYA …€¦ · penyemakan ini adalah bertujuan untuk...

22

Transcript of TAHAP KEFAHAMAN DAN PENGAPLIKASIAN KONSEP DAYA …€¦ · penyemakan ini adalah bertujuan untuk...

TAHAP KEFAHAMAN DAN PENGAPLIKASIAN KONSEP DAYA DAN TEKANAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN FIZIK

HATIMAH NAIM BT HAJI ISA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Fizik)

Fakluti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

iii

DEDIKASI

Ditujukan khas buat ma dan abah yang banyak memberikan dorongan untuk terus tabah

dalam mengharungi cabaran hidup.

Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia, hanya ALLAH S.W.T

sahaja yang dapat membalasnya.

Segala pengorbananmu yang dicurahkan untuk kejayaan anakmu ini akan tetap

kukenang dan kubalas

Sehingga akhir hayatku…

Untuk abang-abangku,

Terima kasih di atas keprihatinan dan nasihat daripadamu…

Untuk adikku,

Teruskan perjuanganmu dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu

untuk terus cemerlang di masa hadapan…

Dan untuk rakan-rakanku,

Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat sepanjang

persahabatan kita.

Akan ku kenang kenangan kita bersama…

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka dapatlah

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan

kepada Penyelia Projek, Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamarudin di atas bimbingan dan

dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini.kesanggupan beliau meluangkan masa

untuk berbincang dan memberi kritikan membina sedikit sebanyak memberi inspirasi

kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda Prof.

Madya Dr.Seth Bin Sulaiman dan En.Abdul Halim Bin Abdullah di atas kerjasama dan

komen yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Rakaman terima kasih

juga ditujukan kepada En.Mohd Ali Bin Ibrahim di atas bimbingan dan cadangan bernas

beliau untuk memajukan lagi penulisan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pelajar tahun akhir program pendidikan Fizik yang

sudi memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang penyelidikan dijalankan.

Kerjasama, idea dan ransangan yang diberikan semasa saya menjalankan penyelidikan

ini akan dikenang sepanjang hayat.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi

memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan

kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan

penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.

v

ABSTRAK

Dalam pembelajaran fizik, pemahaman konsep merupakan satu aspek asas yang

paling penting bagi memastikan pembelajaran bermakna dan berkesan berlaku. Daya

dan tekanan merupakan satu topik yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar.

Sehubungan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar

terhadap konsep daya dan tekanan dan tahap pengpalikasian konsep tersebut dalam

fenomena sebenar. Seramai 44 orang pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik

dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih sebagai responden.

Satu set soal-selidik ‘Kefahaman dan Pengaplikasian Konsep Daya dan Tekanan’

(KPKDT) digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis dengan

menggunakan statistik deskriptif (frekuensi skor, peratusan dan min) serta statistik

inferensi (korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman dan

pengaplikasian konsep daya dan tekanan dalam kehidupan seharian dalam kalangan

pelajar adalah serdahana masing-masing. Dapatan kajian juga mendapati wujud korelasi

yang rendah antara tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep daya dan tekanan.

Bagaimanapun, hubungan ini tidak signifikan. Beberapa implikasi daripada hasil kajian

terhadap kefahaman dan pengaplikasian konsep daya dan tekanan diberikan dan

cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan di akhir laporan.

vi

ABSTRACT In the process in learning physics, understanding basic of the concepts is one of

the most important elements to produce meaningful learning. The concept of force and

pressure is among the basic concepts of the physics which are difficult to understand.

The objectives of the study are to identify the students’ understanding of the concepts

force and pressure and its relationship in daily life application. A total of 44 of final year

students from Faculty of Education in Technology University of Malaysia were involved

in this study. A set of questionnaire ‘Kefahaman dan Pengaplikasian Konsep Daya dan

Tekanan’ (KPKDT) was used. The data were analyzed by using descriptive statistics

(score frequency, percentage and mean) and inference statistics (Pearson correlation).

The study showed the level of understanding and its application on the concepts of force

and pressure was moderate. The finding also showed that there were a weak correlation

between the understanding of the concepts of the force and pressure with its application.

However the relationship between the two variables was not significant. Several

implications of the findings were given and some suggestions for further research were

put forward.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGAKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

viii

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Batasan Kajian 10

1.10 Definisi Istilah 11

1.10.1 Tahap Kefahaman 11

1.10.2 Tahap Pengaplikasian 11

1.10.3 Daya 11

1.10.4 Tekanan 12

1.10.5 Konsep 12

1.10.6 Miskonsepsi 12

1.10.7 Pembelajaran Secara Kontekstual 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Idea Pelajar Tahun Empat Pendidikan Fizik

Terhadap Konsep Fizik. 14

2.3 Konsep Daya dan Tekanan 16

2.3.1 Hukum Gerakan Newton 18

2.3.2 Konsep Asas Tekanan 20

2.4 Pembelajaran Kontekstual 21

2.5 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Konsep Daya

dan Tekanan 25

2.6 Rumusan 32

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Sampel Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Jangka Masa Kajian 36

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Prosedur Kajian 37

3.9 Analisis data 37

3.10 Rumusan 39

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pendahuluan 40

4.2 Analisis Data 40

4.2.1 Latar Belakang Responden 41

4.2.2 Tahap Kefahaman Konsep Daya

dan Tekanan 42

4.2.3 Tahap Aplikasi Konsep Daya dan

Tekanan Dalam Menyelesaikan Masalah

Harian 47

4.2.4 Korelasi Antara Tahap Kefahaman

dan Tahap Pengaplikasian Konsep Daya dan

Tekanan Dalam Kehidupan Seharian 53

4.4 Rumusan 54

x

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Rumusan 55

5.3 Implikasi Kajian 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.5 Rumusan 63

RUJUKAN 64

LAMPIRAN 71

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengagihan item bahagian B dan C mengikut aspek 36 3.2 Penentuan tahap pencapaian ( Markah Piawai SPM) 38 3.3 Klasifikasi koefisien Pearson mengikut Rowntree 39 4.1 Analisis bilangan responden mengikut Jantina 41 4.2 Analisis bilangan responden mengikut kaum 41 4.3 Analisis bilangan Responden mengikut keputusan

matapelajaran Matematik dalam peperiksaan SPM 42

4.4 Analisis bilangan responden mengikut keputusan

mata pelajaran Fizik dalam peperiksaan SPM 42

4.5 Frekuensi skor dan peratusan kefahaman responden

konsep daya dan tekanan (Bahagian B) 43

4.6 Frekuensi skor dan peratusan kefahaman responden

Konsep daya dan tekanan (Bahagian C) 43

4.7 Koefisien korelasi antara tahap kefahaman

Dan tahap pengaplikasian konsep daya dan tekanan. 44

xii

SENARAI SINGKATAN

& Dan

% Peratus

KPM Kememterian Pendidikan Malaysia

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statical Package For Social Sciences

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Item 71

B Pengesahana Item Daripada Pensyarah 72

C Analisis Kajian Rintis 73

D Soal Selidik : Bahagian A 74

E Soal Selidik : Bahagian B 76

F Soal Selidik : Bahagian C 83

G Skema Jawapan 87

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Sains adalah satu bidang yang menjanjikan pelbagai cabaran baru bagi setiap

insan yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sains juga merangkumi banyak elemen yang

bakal menjadikan individu yang meminatinya sebagai insan yang berwawasan. Antara

elemen yang penting dan amat diperlukan dalam dunia sains adalah sikap saintifik,

kemahiran dan nilai murni. Sebagai salah satu cabang yang bakal menjadikan Malaysia

sebagai sebuah Negara yang produktif dan berwawasan, sains kini menjadi satu bidang

ilmu pengetahuan yang membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan generasi

perintis iaitu pelajar memahami akan keadaan dan persekitaran sekeliling mereka.

Malaysia akan mencapai kemerdekaan yang ke lima puluh pada tahun ini dan

bermakna sistem pendidikan Negara juga telah melaui proses perubahan yang pesat

semenjak dari saat itu. Sejajar dengan maksud atau definisi kurikulum itu sendiri,

kurikulum ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan

kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,

unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid

dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam

dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pelajar pada hari ini diharapkan dapat untuk

mendokong cabaran arus perubahan sistem pendidikan Negara.

Secara amnya, pendidikan sains di sekolah-sekolah pada masa sekarang banyak

mengaplikasikan Kurikulum Sains Moden yang di adaptasikan daripada Kurikulum

Nuffield di United Kingdom (Abu Hassan, 2001). Berbeza dengan kurikulum pada masa

awal kemerdekaan, pembelajaran khususnya sains, banyak menggunakan kaedah suapan

atau secara kuliah lisan. Kaedah satu hala seperti ini tidak banyak memberi kesan yang

positif kepada pelajar berbanding dengan kaedah dalam kurikulum baru di mana setiap

pengajaran lebih menumpukan kepada kaedah pendekatan inkuiri atau pendekatan

penemuan (terpimpin). Ini mula diterapkan dalam pengajaran setelah menampakkan hasil

yang memberangsangkan.

Seterusnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah

dilaksankanakan pada tahun 1989 dan ianya berkuat kuasa terhadap semua sekolah

menengah. Antara penekanan di dalam kurikulum baru ini ialah, pemerolehan

pengetahuan, penguasaan kemahiran, dan penerapan nilai secara bersepadu (Abu

Hasssan, 2001). Namun begitu, KBSM telah disemak semula dan telah digubal untuk

menyelaraskan tujuan dan dapatan oleh KBSM. Oleh itu, KBSM yang terbaru telah

dikeluarkan dan dilaksanakan pada tahun 2002. Ini kerana pada awal 1950-an sehingga

akhir 1960-an, kurikulum tradisi mata pelajaran sains terlalu mementingkan fakta. Murid-

murid yang keluar daripada kursus tradisi ini tidak mempunyai kefahaman tentang sains

tetapi mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kerja-kerja makmal menyediakan latihan

untuk mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk

pemikiran saintifik. Tegasnya, kursus sains tradisi terlalu memberi penekanan kapada

pengetahuan dan sangat kurang memberi penekanan kepada proses. Penggubalan dan

penyemakan ini adalah bertujuan untuk merealisasikan impian Negara dalam untuk

melahirkan dan menjana modal insan kelas pertama. Ini adalah sejajar dengan seruan

Perdana Menteri yang saban hari menyeru rakyatnya untuk berfikiran kelas pertama dan

hasrat ini berkesinambungan dengan objektif KBSM yang terbaru ini. Pengubahsuaian ini

dibuat untuk memastikan kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut adalah relevan

dengan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi di samping untuk

melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang membolehkan mereka

menangani segala cabaran dunia masa akan datang. Jelas sekali KBSM terbaru hasil

penggubalan KBSM 1989 memfokuskan pada pembelajaran sains yang berfikrah dan

mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Oleh itu, kurikulum yang disemak semula ini memerlukan lebih anjakan

paradigma oleh warga pendidik dan juga minda yang kreatif oleh pelajar yang mengikuti

proses pengajaran dan pembelajran di bawah kelolaan kurikulum terbaru ini. Proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan sahaja harus diubah agar lebih seiring dengan

matlamat KBSM ini malah patut diolah agar strategi P&P lebih proaktif dan efektif.

Pembelajaran ini dapat dilaksanakan dengan mengamalkan pembelajaran secara

kontektual, masteri dan pelbagai kepintaran perlu ditekankan untuk melibatkan pelajar

semaksimum yang mungkin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menjana generasi perintis Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang,

komitmen dari semua pihak adalah sangat diperlukan. Guru-guru merupakan agen atau

pengantara yang sangat penting bagi membantu merealesasikan impian ini. Golongan

perintis yang di maksudkan ialah para pelajar yang bakal menerajui pucuk pimpinan

pada masa akan datang. Antara sembilan cabaran ke arah Wawasan 2020, cabaran ke

enam memperihalkan tentang membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta

progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat

yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang

terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. ini jelas

menunjukkan yang sains adalah salah satu target yang perlu direalisasikan untuk

memajukan Negara Malaysia.

Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan

utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk

menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula

pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu

yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Sistem pendidikan

negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-

kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan dapat

membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka

mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran. Sekolah memainkan

peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada

generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya,

sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah.

Fizik adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga serta hubungkait

antara keduanya. Sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, ilmu Fizik sentiasa bercambah

dan berkembang dengan begitu pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip Fizik dalam

pelbagai aktiviti kehidupan telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan

kesejahteraan hidup kita khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini. Mata pelajaran

Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid

tingkatan empat dan lima. Ia dirancang untuk membolehkan murid memahami konsep

dan prinsip Fizik dengan lebih mendalam serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Mata

pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan Fizik untuk melanjutkan

pelajaran dalam bidang Fizik dan bidang yang berkaitan dengan Fizik di peringkat yang

lebih tinggi. Di samping itu murid mendapat persediaan untuk membolehkan mereka

menceburkan diri dalam berbagai bidang kerjaya yang berorientasikan sains dan

teknologi.

Kurikulum Fizik membolehkan murid memperoleh pengetahuan tentang konsep,

prinsip, hukum dan teori Fizik serta menggunakannya untuk memahami fenomena alam,

memperoleh kefahaman tentang aplikasi prinsip Fizik dalam bidang teknologi dan

kehidupan harian, menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik,

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap

saintifik dan nilai murni dalam pembelajaran seharian. Di dalam pengajaran pada hari ni,

ramai warga pendidik yang tidak mengaplikasikan konsep atau gaya pengajaran

berpusatkan pelajar sekali gus menghalang pelajar itu sendiri untuk lebih kreatif dan

bertindak secara berdikari. Kebanyakan guru lebih senang dan memilih untuk mengajar

secara suapan, dan ini adalah satu masalah besar dalam pembelajran mata pelajaran sains.

Strategi pembelajaran seperti menghafal teorem, definisi serta langkah-langkah

penyelesaian masalah akan membantutkan peringkat perkembangan kognitif pelajar itu

sendiri (Ausubel, 1968). Atas kesedaran inilah, kajian yang bertujuan untuk mengenal

pasti tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep sains dalam kehidupan harian di

kalangan pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik sangat perlu dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam mata pelajaran Fizik, terdapat konsep-konsep sains yang abstrak dan

memerlukan pengetahuan asas kognitif yang tinggi dalam memahami konsep-konsep

tersebut dengan baik dan sebagai ingatan jangka masa panjang. Pemahaman konsep

adalah sangat penting kerana konsep adalah di anggap sebagai pembentukan asas

‘struktur’ kandungan dalam proses pembelajaran (Hoover, 1997). Konsep merupakan

aset penting yang mana permulaan yang baik akan berakhir dengan pemahaman yang

maksimum. Manakala tanpa menguasai konsep, pelajar akan memilih untuk menghafal

daripada memahami konsep tersebut dan semua pembelajaran akan menjadi hafalan

semata dan tidak lagi bermakna (Hanafi, 2004).

Fizik merupakan mata pelajaran yang memerlukan pelajar untuk mengamalkan

strategi pembelajaran secara kaedah Sains yang merangkumi beberapa proses yang

kompleks, iaitu, mengecam masalah, mengkaji dan mengenali faktor-faktor yang terlibat

dengan permasalahan, membuat jangkaan (hipotesis), memilih hipotesis, merangka

kaedah untuk mengumpul maklumat, menguji hipotesis, mengumpul data, menganalisis

data dan membuat keputusan serta kesimpulan. Untuk menguasai mata pelajaran sains

seperti Fizik pada peringkat tertentu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan peringkat

sebelumnya. Jika tidak, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata

pelajaran tersebut. Ini adalah satu faktor utama yang biasa ditimbulkan oleh guru

mahupun pensyarah di universiti apabila disoal tentang kelemahan pelajaran dalam mata

pelajaran sains. Ahli psikologi seperti Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1977)

menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran sains.

Hakikat ini telah diterima umum tetapi amat sukar difahami mengapa sedikit sangat

tumpuan diberi kepadanya.

Adakah kurikulum baru yang dibentuk oleh kementerian pelajaran bakal

menyediakan pelajar yang benar-benar memahami konsep Fizik (daya dan tekanan) yang

dipelajari? Sejauh manakah pelajar dapat mengaplikasikan konsep Fizik yang dipelajari

dalam menjelaskan fenomena kehidupan seharian? Adakah terdapat korelasi antara tahap

kefahaman dan tahap aplikasi konsep Fizik dalam kehidupan harian? Justeru itu, satu

kajian sangat diperlukan untuk melihat pelajar yang melalui proses pembelajaran masa

kini memahami konsep daya dan tekanan dan bagaimana mereka mengaplikasikan

konsep daya dan tekanan yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah kehidupan

seharian. Di samping itu, kajian ini akan menentukan sama ada terdapat hubungan antara

tahap kefahaman dan tahap aplikasi pelajar terhadap konsep daya dan tekanan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pembelajaran

yang berkesan berlaku dalam topik daya dan tekanan dalam kalangan pelajar Tahun

Akhir Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan

Fizik terhadap konsep daya dan tekanan.

2. Mengenal pasti kebolehan pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik

mengaplikasikan konsep daya dan tekanan dalam usaha untuk menyelesaikan

masalah harian.

3. Menentukan sama ada terdapat korelasi antara tahap kefahaman dan tahap

aplikasi konsep daya dan tekanan dalam kehidupan seharian di kalangan

pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik.

1.5 Persoalan Kajian Menurut Muhamad Najib (1999), persoalan kajian merupakan saranan sementara

yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Persoalan

dalam kajian ini ialah :-

i. Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap konsep daya dan tekanan oleh

pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik.

ii. Apakah tahap pengaplikasian konsep daya dan tekanan oleh pelajar Tahun

Akhir Program Pendidikan Fizik.

iii. Adakah terdapat kolerasi antara tahap kefahaman dan tahap aplikasi

konsep daya dan tekanan dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar

Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik.