Tajuk 1

14
Tajuk 1 : Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa. Komponen Pengajaran Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

description

bmm

Transcript of Tajuk 1

Tajuk 1 : Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

Komponen PengajaranMengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu: Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1 Kemahiran InduksiKonsep Cara guru memulakan pelajaran Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan berfikirPrinsip-prinsip Induksi Bermakna kepada murid Berkaitan isi dan objektif pelajaran Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid Dengan suara, gerak geri dan kontak mata Dengan ABM Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3. Menstruktur Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4. Membuat perkaitan Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

1.2 Kemahiran PeneranganDefinisiSatu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif:Untuk menjelaskan sesuatu perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lainUntuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya. Huraian: Menerangkan sesuatu proses. Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikanKomponen Penerangan1. Komponen Struktur Penggunaan tanda saran Penggunaan contoh-contoh Penyimpulan atau rumusan

2. Komponen Penyampaiankejelasanpelbagai penekananmemberi petunjukmembuat perkaitan dan keutamaanmengelakkan kekaburanturutanmaklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid. Penekanan intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya. Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur. Ilustrasi penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-bahan visual yang lain. Maklum balas bersedia menerima pandangan dan pendapat murid. Penutup kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara yang diterangkan.

1.3 Kemahiran PenyoalanPengenalan Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid. Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip: Ditujukan kepada semua murid Murid diberi masa berfikir Sesuai dengan kebolehan murid Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi Penyampaian soalan jelas Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan; Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P Menimbulkan minat dan ingin tahu murid Membantu murid dalam perkembangan daya fikir Menggalakkan murid menyoal Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai. Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan. Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan Melayan murid dengan adil Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu. Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIANHujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESISKebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISISMengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASISoalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.KEFAHAMANSoalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.PENGETAHUANMengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

Teknik PenyoalanMencungkil pemikiran muridJelas, tepat, dan padatMemastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan merekaMendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan1. Soalan Bertumpu (Tertutup) Bentuk convergent atau tertutup Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman Lebih bersifat objektif Jawapan atau respon terhad Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka) Bentuk divergen atau terbuka Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian Lebih bersifat subjektif Jawapan atau respon luas atau terbuka Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang diperoleh.

1.4 Kemahiran Variasi RangsanganKonsep:Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Perubahan tingkah laku guruPerubahan Pertuturan / Suara

KepelbagaianSaluran DeriaKepelbagaian InteraksiKOMPONEN KEMAHIRAN

Kepelbagaian Media danKepelbagaian KaedahBahan Bantu Belajardan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan1. Perubahan tingkah laku guru Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

2. Perubahan Pertuturan (Suara) Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi. Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.

3. Kepelbagaian Saluran Deria Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4. Kepelbagaian Interaksi Interaksi guru-murid, murid - murid, individu kumpulan, kumpulan kumpulan dan sebagainya. Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya. Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid. Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid. Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.