Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

13
PENGURUSAN KESIHATAN,KESELAMATAN DAN MAKANAN DI PRASEKOLAH OLEH: PN. HJH FATIMAH BINTI ADAM JIP, KDRI

Transcript of Tajuk 4 pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Page 1: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

PENGURUSAN KESIHATAN,KESELAMATAN DAN

MAKANAN DI PRASEKOLAH

OLEH: PN. HJH FATIMAH BINTI ADAMJIP, KDRI

Page 2: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

PENGURUSAN KESIHATANMengikut WHO kesihatan

didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal mental /emosi, rohani dan sosial.

Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa berubah serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang dan berterusan.

Page 3: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Sambungan konsep……….Mengikut Hugh Hawes et.all,

kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja.

Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami gangguan bermakna individu tersebut tidak sihat.

Page 4: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Penjagaan Kesihatan Kanak-KanakMengawal vector dan agen yang menyebabkan

penyakit.Menyediakan air yang mencukupiMewujudkan persekitaran kerja yang sihat.Mengawal pencemaran. Mempastikan persekitaran prasekolah yang sihat,selesa dan selamat.Mempastikan sanitasi makanan dan minuman

yang baik.

Page 5: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKonsep keselamatan merujuk kepada

langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan

keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.

Page 6: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Sambungan………….Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak

dijalankan secara berkesan kerana dihantui olehkebimbangan dan takut yang tidak menentu.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana semuanya merupakan aspek keselamatan.

Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

Page 7: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Prinsip keselamatan kanak-kanak:

Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh

kanak-kanak.Pastikan lantai kelas tidak licin.Ruang dapur adalah tempat larangan dan

bukan laluan bagi kanak-kanak.Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup,

alat permainan perlu dipastikan keselamatannya.

Kawasan perlu berpagar.

Page 8: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Sambungan………………Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2

kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :

a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul. b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut. c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan. d) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut. 

Page 9: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.

Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Page 10: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Prinsip-prinsip pertolongan cemas1. Menyelamatkan nyawa mangsa 2. Mengelakkan komplikasi atau keadaan 3. Jangan panik dan perlu bertenang.4. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan

mengikut tertibnya dengan logik.5. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi

atau dapatkan bantuan secepat mungkin. 6. Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota

yang patah, jangan gerakkan mangsa tersebut.

Page 11: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

PENGURUSAN MAKANAN Konsep Makanan dan Pemakanan

Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa.

Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.

Page 12: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan di prasekolah

Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat.

Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif.

Memelihara adab sopan dan peraturan makan.

 

Page 13: Tajuk 4  pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan

Sambungan……………Berpeluang memperoleh bimbangan

ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat.

Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.